You are on page 1of 14

KEMAHIRAN HIDUP

TAHUN 6
PENGHASILAN PROJEK
REKA CIPTA
Penyelesaian Masalah
Masalah dalam konteks reka cipta:
- masalah yang dihadapi oleh manusia
dalam sesuatu perkara yang boleh
diselesaikan dengan menghasilkan
sesuatu produk atau idea yang baru.
Mengenalpasti masalah
- merupakan langkah pertama dalam proses
reka cipta yang bertujuan menyelesaikan
masalah atau meringankan masalah yang
sedang dihadapi oleh manusia.
 Seorang pereka cipta mestilah jelas

dengan masalah yang ingin mereka cuba


selesaikan.
Cuba fikirkan…..
 Adakah kamu menghadapi masalah
untuk menyimpan buku-buku kamu
di rumah??
 Adakah mudah untuk kamu
mencari buku-buku yang perlu
dibawa ke sekolah pada setiap hari?
Mengumpul maklumat
Sambungan mengumpul maklumat……

 Kita perlu mengumpul maklumat


yang selengkapnya bagi
menyelesaikan masalah yang telah
dikenalpasti.
Sambungan mengumpul maklumat……

 Maklumat yang harus diperoleh dan


dikumpul:
- bahan binaan produk
- alatan yang digunakan
- reka bentuk
- kekuatan dan kelemahan
- kos yang terlibat
- fungsi produk
Sambungan mengumpul maklumat……
LAWATAN
KAEDAH
MENGUMPUL PENGALAMAN
MAKLUMAT SENDIRI

BIMBINGAN GURU
SOAL SELIDIK
MELAYARI
INTERNET
PEMERHATIAN
PEMBACAAN DAN
PENYELIDIKAN
Sila bincangkan….
1. Ayu sukar mencari alat tulis kepunyaannya
kerana berkongsi bilik dengan adiknya. Alat-
alat tulisnya sering bercampur dengan alat
tulis adiknya.
2. Iqbal menghadapi kesukaran untuk
membersihkan kipas siling di rumahnya
kerana kipas tersebut berada di kedudukan
yang tinggi
3. Bau busuk sering menganggu kehidupan
keluarga Aiman berikutan sampah sarap yang
telah dibuang diselongkar oleh anjing di
kawasan perumahan mereka.
Sila bincangkan….
4. En Zainal menghadapi masalah untuk
mengangkut buku-buku yang baru
sampai ke perpustakaan awam yang
berada di tingkat 4.
5. Oleh kerana musim hujan, Pn Suhaila
sering menghadapi masalah untuk
menjemur dan mengeringkan pakaian
yang baru selesai dicucinya.
Sekian Terima Kasih…

You might also like