Ekspresionisme
adalah satu penerokaan idea-idea paradigma psikologi. Secara tidaklangsung seni dijadikan uji kaji dan para seniman menggunakan kreativiti, kognetif danpsikologi untuk membuktikan dapatan baru dalam imej seni tampak. Nyata di sini teoriGestalt meletakkan peranannya dalam pengaruh seni abstrak dan memasukkan sainsdan matematik bersamanya.Seperti yang dinyatakan oleh Reid Hastie dan Christian Schmidt, bahawa dari zamanAristotle sudah pun dibicarakan seni dalam sains bersama matematik. Keunggulanbentuk-bentuk yang terikat dalam hukum keseimbangan fizik dan seni itu dikaitkandengan matematik dalam arahtuju untuk menerapkan kadar banding bentuk-bentukdalam ilusi.
Ketika zaman ilmu falsafah Greek memuncak, sudah ada pencarian idea-idea senidalam menimbulkan kesan harmoni dalam komunikasi visual. Bentuk-bentuk dalam senitelah bermula awal sebelum Gestalt yang dianggap sudah bertapak kira-kira 1,000tahun dahulu bagi membantu menjadikan elemen bentuk sebagai elemen seni. Gestaltmuncul sebagai merevolusikan bentuk dalam seni yang melahirkan elemen baruberasaskan kreativiti.
Dalam proses kreativiti, Gestalt mencari keseimbangan sebagai daya tarikan. Proseskreativiti yang seimbang berlaku dengan melalui tindak balas secara aktif denganelemen-elemen seni menolak dan menarik antara satu sama lain untuk mendapatkankeseimbangan. Apabila keseimbangan antara satu sama lain sudah berlaku maka satu
“kerehatan”
yang menunjukkan ketenangan diwujudkan.Penemuan psikologi Gestalt adalah satu cetusan revolusi kognetif yang sangatberharga. Bermula dengan satu jangkaan dalam penyelesaian masalah berhubungkaitdengan tingkahlaku dan kewujudan ingatan telah beralih kepada hal yang lebih luas. Iadilihat sebagai suatu aspek dalam pengalaman manusia secara sedar bahawa isupenting tentang imej visual dianggap utama dalam komunikasi visual. Dari buku Kohler
Gestalt Psychology
(1929) hingga kepada Wertheimer
Productive Thinking
(1945)telah menjelaskan bahawa pemikiran tentang imej penting dalam kehidupan.
Kesimpulannya, konsep Gestalt telah diterima dan berkembang secara revolusi padasekitar tahun 1956, ketika era psikologi muncul mendadak sehingga mendominasikanbanyak bidang sains, sosial dan seni. Pada asalnya berkembang di Jerman, akhirnyamenjadi kajian konsep ke atas objek-objek seni tampak yang menimbulkankeharmonian.
4
Reid Hastie & Christian Schmidt,
Encounter With Art,
New York: Mc Graw-Hill, BookCompany (Tanpa Tahun)(hlm: 14-15)
5
Hans Kreitler & Skulamith Kreitler
, Psychology of Arts,
N.C: Duke University Press,Durham, 1972 (hlm: 101-103)
6
David J. Murray,
Gestalt Psychology and the Cognitive Revolution,
London:Harverster Wheatsheaf, 1995(hlm: 15-17)
7
Ibid., (hlm: 25).