You are on page 1of 12

Contoh bahan p&p bagi kemahiran

mendengar dan kemahiran bertutur.


kemahiran mendengar
Guru bahasa perlu menggunakan alat dan
bahan yang sesuai, menarik dan mencabar
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu.

Bagi menyediakan bahan-bahan yang


sesuai, guru hendaklah memproses bahan-
bahan tersebut sebelum ia digunakan.
Beberapa langkah boleh digunakan,
umpamanya proses memilih, mengolah,
membina, menggunakan dan menilai.
Klasifikasi alat dan bahan pengajaran
Bahan Jenis alat Bentuk bahan
1. Audio Radio, pita rakaman (audio), Petikan bunyi haiwan, suasana,
piring hitam senikata nyanyian, petikan cerita,
berita, dll.
2. Bahan bercetak Kad, carta, peta, graf, kit Sedutan sajak, pantun, dan
nyanyian;sedutan teks,
novel,cerpen; dan sedutan
rencana.
3. Visual Slaid, lut sinar dan OHP, filem, Ilustrasi, penjelasan konsep, kata
filem lajur, gambar kunci/ penunjuk, ayat kunci.
4. Objek Fizikal 4. Objek sebenar, Kosa kata, ayat model

5. Audio dan Visual T.V dan rakaman video, filem Seperti (i) dan (iii)
( Pandang dan Dengar)
6. Manusia dan Alam Sekeliling Kumpulan rakan sebaya, situasi Perbincangan,dialog,
sesuatu tempat perbincangan teks.
7. Komputer Disket dan hasil cetakan Seperti (ii) dan (iii)
komputer
8. Audio dan Bahan Bercetak Kedua-dua bahan dan alat (i) dan Seperti (i) dan (ii)
(ii)
Contoh bahan bantu mengajar yang
kerap digunakan oleh guru.

1. Bahan bantu mengajar yang paling


kerap digunakan bagi melatih kemahiran
mendengar ialah pita rakaman.
• Rakaman yang dimainkan semula kepada
pelajar-pelajar itu dapat didengar tanpa
apa-apa perubahan terhadap sebutan,
nada, intonasi dan gaya pengucapan.
2. Pita rakaman video adalah lebih berkesan. Melalui
pita rakaman video ini, murid-murid bukan sahaja
dapat mendengar sebutan, nada intonasi dan gaya
pengucapan tetapi mereka juga dapat melihat
gerak-geri mimik muka orang yang bertutur.

• Unsur-unsur bahasa dan unsur-unsur paralinguistik


yang didengar dan unsur-unsur bukan linguistik
yang dapat dilihat melalui pita rakaman video akan
memudahkan pendengaran dan pemahaman
murid-murid.
3. bahan bantu mengajar seperti gambar,
ilustrasi, poster, rajah, carta, peta, dan
kad-kad imbasan dapat digunakan juga untuk
membantu pelajar-pelajar memahami bahan
yang diperdengarkan.
• Begitu juga, bahan ini boleh menjadi alat
yang dapat menggerakkan murid untuk sedia
mendengar bahan rakaman.
Kemahiran bertutur
• Guru boleh memilih alat atau bahan
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
kriteria yang berikut;
a) Bahan yang sedia ada
b) Kesesuaian dengan objektif pengajaran
c) Keberkesanannya.
Alat atau bahan bantuan mengajar kemahiran bertutur

a) Guru, Murid dan Bilik darjah


 
• Gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-
baiknya untuk membantu Proses pengajaran dan
pembelajaran, misalnya;
i. Guru menaikkan dan menurunkan tangan kanan atau
menggerakan kepala bagi menunjukkan perbezaan intonasi
dalam pertuturan.
ii. Guru menunjukkan cara membunyikan sesuatu sebutan
iii. Guru menggunakan papan tulis untuk mencatat perkataan
atau frasa yang perlu digunakan oleh murid apabila bertutur.
 
b) Objek Sebenar
 
• Objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan
bahan pengajaran yang berkesan, untuk membolehkan murid;
i. Mengaitkan konsep dengan bunyi, contohnya, bunyi pelbagai
kenderaan, mergastua dan air dengan menggunakan alat
audio seperti radio dan pita rakaman.
ii. Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang
berlaku. Contohnya, pertuturan sekumpulan manusia di
stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar. Contoh ini
boleh ditunjukkan atau didengar melalui alat audio dan visual
seperti television, video, filem dan transperansi.
iii. Bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai
warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah
bahan yang boleh digunakan secara kreatif sebagai bahan
bertutur.
c) Gambar
 
• Guru digalakkan mempunyai fail untuk
menyimpan gambar yang boleh digunakan
dalam pengjaran dan pembelajaran
bertutur. Sama ada gambar tunggal atau
gambar bersiri boleh digunakan sebagai bahan
rangsangan untuk murid-murid bercerita,
berlakon, berpuisi dan berdialog. Gambar-
gambar yang digunakan hendaklah sesuai dari
segi saiz, terang dan jelas.
C0ntoh 1: video yang sesuai bagi tahap 1(tahun
3)

Hasil pembelajaran : 2.0, Bercerita dan


melaporkan sesuatu perkara yang didengar,
ditonton, dibaca atau dialami.
Huraian hasil pembelajaran : menceritakan
cerita yang didengar dengan menggunakan
sebutan dan intonasi yang betul (aras 1).

Cadangan aktiviti : menonton cerita dan


menceritakannya kepada seseorang.

You might also like