2
mempengaruhi hasil karya tersebut. Dalam hal yang sama, teknik tersebut sebenarnyadapat dikenali sebagai
poetic license
atau
licentia poetica
. Lewat teknik tersebut, penulis dibolehkan untuk melanggar hukum nahu sesebuah bahasa. Penggunaan teknik atau kaedah tersebut lazimnya didasari empat perkara, yakni (1) penulis mempunyaihak sepenuhnya terhadap penggunaan bahasanya, (2) pembaca harus menerima karya penulis dengan keadaan seadanya, (3) digunakan secara sengaja ataupun tidak sengajaserta (4) berguna untuk merealisasikan sebuah keadaan yang tidak mungkindiperbolehkan dengan hukum nahu konvensional.Dalam konteks kesusasteraan Melayu,
poetic license
turut memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sastera. Namun begitu,
poetic license
tidak bermakna bahawa karya-karya kesusasteraan, khususnya karya-karya puisi tidak mempunyai keupayaan untuk dikaji dari sudut linguistik mahupun bahasa.
Kertaskerja ini akan meneliti sudut kebahasaan dalam puisi. Dalam hal ini, pengkaji akanmenelusuri proses pembentukan kata, khususnya proses pemajmukan kata dalam puisi.
2.0 Latar Belakang Kajian
Puisi,khususnya sajak merupakan sebuah fenomena baharu dalam alam kesusasteraandan bahasa Melayu. Berasaskan ilmu bahasa, penyair mengungkapkan segala perasaan, citra dan falsafah dalam bentuk yang indah sifatnya serta. Namun begitu, disebalik keindahan yang terpancar dalam karya-karya kesusasteraan tersebut, pastilahhadir beberapa fenomena kecil yang menjadi inti terhadap penjanaan nilai keindahandalam puisi tersebut. Dalam hal ini, pengkaji berpendapat bahawa proses pembentukan kata merupakan salah satu daripada fenomena yang dihadirkan dalamgenre kesusasteraan Melayu, khususnya puisi. Lewat keterbatasan kata yang