You are on page 1of 40

Factors Affecting Feedback

Oleh: Nor Anisa Bt. Musa


Kesan Penonton
• Kehadiran penonton boleh mempengaruhi
kelakuan seseorang dan suatu kelakuan
itu dapat dijangkakan perubahannya.
• Contohnya: tahap kesedaran dan
keinginan sosial individu akan meningkat
positif dan mengurangkan keinginan yang
negatif.
• Aspek kawalan kelakuan tersebut
dipengaruhi oleh kehadiran orang lain
(penonton).
Kesan Penonton
• Shrauger (1972)- orang yang mempunyai
keyakinan tinggi dan berkebolehan
melakukan sesuatu mempunyai kesan
yang sedikit pada emosi mereka.
Sebaliknya bagi yang tidak berkebolehan
yang berkeyakinan rendah, mereka
merasakan kehadiran orang sekeliling
membuatkan mereka rasa tidak selesa.
• Kesan emosi juga mempengaruhi kualiti
kerja mereka.
Kesan Penonton
• Dengan kata lain, individu yang
berkeyakinan tinggi lebih baik penampilan
mereka berbanding individu yang kurang
berkeyakinan.
• Perasaan cemas dan bimbang dalam diri
seseorang juga boleh menyebabkan
keyakinan diri menjadi lemah.
Fokus Penumpuan
• Selain itu, fokus/ penumpuan individu juga
mempengaruhi penampilan seseorang.
• Kehadiran penonton merupakan ransangan bagi
penumpuan seseorang menjadi lebih fokus atau
tidak.
• Mereka akan jadi lebih sedar kerana semua
tumpuan penonton akan tertumpu kearahnya.
• Contohnya: guru yang berada dihadapan kelas
akan menjadi tumpuan kepada anak muridnya.
Atau murid yang dikehendaki membuat
pembentangan akan menjadi tumpuan murid-
murid lain.
Fokus Penumpuan
• Brockner (1979) berpendapat, orang yang
berkeyakinan rendah tidak dapat
mempersembahkan sesuatu dengan baik
apabila terdapat penonton, kamera atau cermin.
• Fokus perhatian mereka dimanipulasikan oleh
perasaan cemas.
• Tetapi individu yang lebih fokus akan
membuatkan diri mereka lebih berkeyakinan.
Bagaimana pun, jika individu latih tubi dan
memperbaiki tugasan persembahannya,
keyakinan mereka akan beransur positif.
Fokus Penumpuan
• Fokus akan membuatkan individu lebih
daripada cemas.
• Brockner memberikan bukti dan
mempercayai bahawa kebimbangan dan
penampilan mempunyai hubungan yang
bertentangan.
• Beliau memerhati estim diri yang rendah
mempunyai penampilan yang tidak
menyenangkan dirinya dan sering
terganggu penumpuannya.
Contoh Kajian
• Contoh kajian yang dijalankan, seseorang
telah dihadapkan di depan cermin dan
diminta beri tumpuan pada tugasan yang
diberi.
• Sekumpulan low estim yang dikenalpasti
juga diminta membuat tugasan di hadapan
cermin tetapi diarah untuk beri tumpuan
pada tugasan.
Keputusan
• Keputusannya menunjukkan, yang diminta
untuk beri tumpuan pada tugasan lebih
banyak melakukan beberapa kesilapan
berbanding kumpulan yang tidak diminta
beri tumpuan.
• Kumpulan yang tidak diminta beri tumpuan
menunjukkan kurang kebimbangannya.
Fokus Penumpuan
• Wicklund & Ferris (1973), mendapati
seseorang yang rendah estim diri akan
lebih mudah menyiapkan tugasan tanpa
cermin di hadapan berbanding terdapat
cermin di hadapan mereka.
• Ia menunjukkan orang yang berkeyakinan
rendah akan mempamerkan rasa cemas
yang jelas.
Fokus Penumpuan
• Pelajar yang mempunyai tahap keyakinan yang
tinggi membolehkannya fokus dalam tugasan
akademik dan menyelesaikan masalah.
• Mossman & Ziller (1968) berpendapat,
keyakinan rendah akan menyebabkan perhatian/
tumpuannya terhalang kerana pelajar lebih
prihatin terhadap perasaannya sendiri.
• Mereka juga dijangkakan akan gagal
sebagaimana orang sekeliling memberi reaksi
terhadap persembahannya.
Respon & Kebimbangan
Feedback & Anxiety
• Respon yang negatif terhadap
persembahan seseorang akan
menyebabkan keyakinan diri menurun dan
melemahkan persembahannya.
• Hubungan antara konsep diri dan
perasaan bimbang biasanya adalah
negatif.
• Konsep diri yang rendah berkait langsung
dengan perasaan bimbang/ cemas yang
tinggi.
Respon & Kebimbangan
• Low self-esteem akan lebih mudah
mengalami stres berbanding mereka yang
berkeyakinan tinggi.
• Esperimen Schalon (1968) menunjukkan
tugasan subjek telah gagal apabila
membuat persembahan kerana mereka
tidak cuba untuk lebih berusaha dan lebih
ketinggalan 50% berbanding kumpulan
yang berkeyakinan tinggi.
Respon & Kebimbangan
• Kebimbangan (anxiety), merupakan
ransangan utama dalam sesebuah
hubungan sosial. Ia juga sebagai cabang
individu untuk menilai individu lain dan
juga melihat pencanggahan penilaian diri
sendiri dengan orang lain.
• Dari sudut psikodanamik, kebimbangan
melibatkan komponen phenomenological
dan physiological kedua-duanya.
(Keadaan dan keperluan).
Respon & Kebimbangan
• Suatu keadaan: contohnya pengalaman
yang mendatangkan kebimbangan kepada
individu akan memberi kesan kerisauan
tentang masa depan atau ketakutan yang
amat sangat.
• Simptom fisiologi: termasuklah sesak
nafas, berpeluh-peluh, gigil dan
bermacam-macam lagi masalah
manifestasi anggota badan.
Respon & Kebimbangan
• Sullivan (1953) menekankan bahawa
kebimbangan timbul melalui hubungan
antara satu sama lain.
• Kebimbangan boleh terjadi dengan
pelbagai isyarat dan mempengaruhi orang
lain. Contohnya dengan melihat secara
nyata orang tersebut dalam ketakutan
atau secara membayangkannya sahaja.
Respon & Kebimbangan
• Miller’s (1963) telah membezakan antara
self-esteem dan subjective public-esteem.
• Self-esteem merujuk kepada penilaian
attribusi individu (anggapan individu).
• Subjective public-esteem merujuk kepada
persepsi individu dalam menilai diri
mereka sendiri berdasarkan hubungan
sosial
Respon & Kebimbangan
• Pertama: hipotesis menyatakan bahawa
kebimbangan mempunyai hubungan
dengan SPE yang rendah. Seseorang
percaya bahawa orang lain mempunyai
persepsi yang buruk terhadap dirinya dan
mereka memberi reaksi dengan kritikan
dan tidak setuju. Oleh itu kebimbangan
akan lebih meningkat.
Respon & Kebimbangan
• Kedua: keyakinan dan semangat yang
rendah akan menyebabkan tahap
kebimbangan lebih ketara. Kebimbangan
akan terus menguasai apabila individu
berasa tidak setanding ataupun tidak
dapat menyesuaikan diri dengan
kehidupan.
Respon & Kebimbangan
• Ketiga: SPE yang negatif menyebabkan
tekanan dan penurunan terhadap SE dan
seseorang akan menjadi amat tertekan.
Susceptibility to Persuasion
Sifat mudah makan pujuk
• Self-esteem kebanyakannya mempunyai
hubungan yang negatif dengan ‘sifat mudah
makan pujuk’, terutamanya self-esteem yang
tinggi kerana ingin melindungi diri daripada
pengaruh sosial.
• Nisbett dan Gordon (1967) menyatakan,
hubungan yang negatif hanya akan kuat atau
dipertimbangkan jika pujukan difahami
sepenuhnya atau tidak menyakinkan.
• Semakin payah seseorang memahami suatu
pujukan, semakin besar keyakinan individu dan
semakin tinggi self-esteem yang diperlukan
untuk mengelakkan diri dari dipengaruhi.
Objektive Appraisal and Credibility
Tujuan menilai dan Kredibiliti (boleh
dipercayai)
• Kredibiliti boleh mempengaruhi respon dalam
hubungan seseorang dari segi perbezaan
pendapat dan perubahan persepsi diri.
• Dengan mempunyai kredibiliti yang tinggi,
perbezaan pendapat akan berkurangan dan
mengubah tingkah laku yang bertepatan.
• Manakala kredibiliti yang rendah cenderung
untuk kurang berubah.
• Kredibiliti mempunyai kesan yang kuat dalam
penilaian kendiri.
Tujuan menilai dan Kredibiliti
• Menentukan kepastian/ keyakinan mungkin
merupakan suatu penjelasan terhadap kriteria
yang mana ia bertentangan dengan suatu
anggapan yang dibuat.
• Seseorang akan lebih kukuh pendiriannya
kerana anggapannya sangat jelas dengan
definisi awam.
• Kanak-kanak berpotensi mempunyai sifat
konsep kendiri yang mudah dibentuk. Atau
mungkin mereka kurang penjelasan tentang
criteria dan definisi sesuatu kerektor.
Tujuan menilai dan Kredibiliti
• Contohnya: pemerhatian yang dibuat
tentang persepsi kendiri yang negatif.
Iaitu: “saya buruk”, “saya benar-benar
gagal”. Ia menentang untuk berubah tanpa
meneliti apakah anggapan ini benar-benar
berlaku.
• Oleh itu, maklum balas kredibiliti
hendaklah dilihat adil dan tidak berat
sebelah terutama di sekolah kerana ia
amat bermakna dan memberi kesan yang
sangat kuat terhadap self-esteem.
Tujuan menilai dan Kredibiliti

• Apabila penilai (appraiser) muncul untuk


memperolehi kemahiran dalam mana-
mana situasi, kita akan lebih meletakkan
kepercayaan kita pada penilaiannya.
Kesannya, penilai tersebut bertambah
berkredibiliti.
• Kajian dalam mengubah sifat
menunjukkan, semakin berkredibiliti dalam
komunikasi semakin besar kesan konsep
kita terhadap diri.
Tujuan menilai dan Kredibiliti
• Ini merupakan suatu alasan mengapa
ibubapa dan guru perlu mengambil
bahagian dan mempengaruhi untuk
menentukan self-konsep kanak-kanak.
• Jika ibubapa berkomunikasi dengan anak
dan menyatakan anaknya tidak
bertanggungjawab, anaknya mungkin
memandang dirinya sebagaimana yang
dinyatakan.
Personalism
Keperibadian
• Suatu experimen telah dijalankan melalui
demonstrasi. Ia memberi tumpuan kepada self-
esteem seseorang iaitu pelajar perempuan yang
diinterview oleh pelajar perempuan lain yang
sangat menarik dan lebih senior dari mereka.
• Ketika interview, subjek diberi tugasan untuk
menilai diri mereka sendiri dengan pelbagai
dimensi.
• Penemuduga secara halus menunjukkan tanda
persetujuan apabila subjek menilai dirinya
secara positif dan tanda tidak setuju apabila
subjek menilainya secara negatif.
Keperibadian
• Persetujuan disertai dengan senyuman,
anggukan atau menyatakan “ya, saya rasakan
begitu juga”.
• Tidak bersetuju menunjukkan tanda dengan
berdiam, berkerut atau menyatakan tidak setuju.
• Keutamaan dalam interview ini, separuh
daripada subjek belajar bahawa temuduga akan
menjadi latihan yang mudah jika menggunakan
teknik yang mana semua kelakuan yang
ditunjukkan boleh memberi nasihat kepadanya
(ia juga tidak bersifat peribadi)
Keperibadian
• Subjek lain pula diberitahu bahawa penemuduga
akan beri pengajaran untuk tingkah laku mereka
sebelum ini. Mereka perlu bersikap sejujur
mungkin ketika temuduga. (ia merupakan suatu
keadaan yang bersifat peribadi).
• Kedua-duanya sebelum dan selepas temuduga,
semua subjek diberi ujian self-esteem dan
diberitahu untuk menilai diri mereka sendiri
sejujur yang mungkin.
Keperibadian
• Keputusannya menunjukkan subjek yang
menerima penilaian secara impersonal
memperlihatkan sedikit peningkatan self-
esteem.
• Manakala subjek yang menerima penilaian
secara personalistic lebih banyak peningkatan
self-esteem.
• Dengan kata lain, seseorang akan kuat
terkesan jika orang lain melihatnya secara jujur,
tidak berkira-kira, dan membawa seseorang
supaya setuju pada diri mereka sebagai individu.
Group Aspirations
Harapan kumpulan yang tinggi
• Kumpulan yang mempunyai cita-cita untuk
berjaya mempunyai hubungan yang
relevan dalam mempengaruhi yang mana
individu menilai secara adil. Jika gagal,
mereka benar-benar mengatakan gagal
dan jika berjaya mereka benar-benar
mengatakannya berjaya.
• Di sini mereka mengandaikan
kumpulannya akan lebih berminat dengan
persembahannya.
Harapan kumpulan yang tinggi
• Stotland et al. mengkaji kesan tahap
pencapaian terhadap penilaian individu
berkenaan persembahannya berdasarkan
harapan ahli kumpulannya. Ia juga
menentukan tahap self-esteem seseorang.
• Berdasarkan harapan kumpulan, individu
yang mempunyai estim diri yang tinggi
lebih melindungi diri mereka daripada
memberi penilaian negatif terhadap diri
sendiri.
Harapan kumpulan yang tinggi
• Jika mereka menemui kegagalan, mereka
menganggap ia merupakan kegagalan
yang kecil, dan jika mereka berjaya,
mereka berpendapat ia merupakan suatu
kejayaan yang besar.
• Bagi individu yang low self-esteem pula,
kegagalan mereka dianggap
persembahan yang sangat lemah dan
kejayaan mereka hanya suatu kejayaan
yang kecil.
Harapan kumpulan yang tinggi
• Keputusan ini, mengemukan high esteem
yang berjaya tidak menilai
persembahannya berdasarkan harapan
kumpulannya, tetapi, jika mereka gagal
mereka beranggapan ia memberi kesan
kepada harapan ahli kumpulannya.
• Kejayaan mereka tiada kena-mengena
dengan harapan ahli kumpulan sama ada
ia tinggi atau tidak, atau begitu penting
atau tidak berapa penting.
Harapan kumpulan yang tinggi
• Jika mereka gagal, mereka menilai
persembahan diri mereka rendah jika
harapan kumpulannya tinggi.
• Dan mereka menilai persembahannya
tinggi jika harapan kumpulannya tidak
seberapa.
• Kesan daripada tahap harapan terhadap
penilaian persembahan juga meningkat
jika lebih ramai orang mengambil berat
terhadap harapan kumpulan.
Harapan kumpulan yang tinggi
• Mengapa harapan sesebuah kumpulan akan
lebih banyak menentukan penilaian kendiri bagi
individu yang gagal daripada individu yang
berjaya?
• Individu yang gagal tidak begitu pasti bagaimana
ahli kumpulannya dapat menerima apabila
mendapati dia gagal.
• Penonton yang melaporkan kegagalannya,
terutama jika kumpulannya merupakan sebuah
kumpulan yang menarik akan menimbulkan rasa
malu.
Harapan kumpulan yang tinggi
• Kadang kala tidak pasti, kesan kegagalan
menjadikan seseorang lebih sensitif
terhadap pendapat dan penilaian orang
lain.
• Maka, realiti hubungan sosial lebih penting
bagi mereka yang gagal daripada mereka
yang berjaya.
• Mereka yang berjaya pula bersedia untuk
dinilai dan tidak memerlukan realiti sosial
dari ahli kumpulannya.
Salience of characteristic judged
Keutamaan watak penilaian
• Karektor penilai ada berkaitan dan
mempengaruhi maklum balas yang mana
kesan maklum balas secara amnya adalah
berkenaan dengan kerektor orang lain.
• Terdapat 3 kajian telah dijalankan untuk
menguji kesannya dengan menggunakan
sumber yang cekap dan teratur yang
mana ia menunjukkan pelbagai dimensi
berkenaan penumpuan.
Keutamaan watak penilaian
• Maehr et al. (1962), menyatakan bukan
suatu yang menghairankan jika terdapat
perubahan pada sesuatu penilaian yang
telah dinilai terlebih dahulu akan lebih
ukurannya, berbanding sesuatu yang
belum pernah dinilai.
• Perubahan tersebut juga akan berlainan
pengukurannya atau lenyap mengikut
peredaran masa.
Keutamaan watak penilaian
• Dengan kata lain, sesuatu penilaian
mempengaruhi atau bergantung kepada
penilaian yang telah dibuat sebelumnya.
• Jika penilaian pernah dibuat, tahap ukuran
lebih tinggi berbanding sesuatu yang
belum pernah dinilai sebelum ini.

You might also like