Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
72Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kemahiran Interpersonal Guru Dalam an Psikologi Kanakkanak

Kemahiran Interpersonal Guru Dalam an Psikologi Kanakkanak

Ratings: (0)|Views: 1,979 |Likes:
Published by Nor Anisa Musa

More info:

Published by: Nor Anisa Musa on Mar 12, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/06/2013

pdf

text

original

 
KEMAHIRAN INTERPERSONAL GURU DALAM PERKEMBANGANPSIKOLOGI KANAK-KANAK Oleh: Nor Anisa Musa
Abstrak Kertas konsep ini membincangkan keperluan interpersonal guru dalam perkembangan psikologi kanak-kanak dari pelbagai perspektif isu dan cabaran. Isu yangdikemukan adalah beberapa isu kebanyakan tingkah laku guru dan cara menanganikepelbagaian tingkah laku murid. Terdapat juga beberapa panduan khas menurut pakar- pakar psikologi bagaimana untuk menjadi seorang guru yang ideal, berkarisma, berkredibiliti dalam menangani permasalahan psikologi kanak-kanak. Pelbagai keperluanyang bersesuaian telah diperbincangkan dan diperkaitkan dengan secara tidak langsunguntuk perkembangan pendidikan dan sosial mereka.
Pengenalan
Hubungan interpersonal adalah aspek penting yang perlu diketahui oleh guru.Persoalan sejauh manakah guru menguasainya adalah suatu yang subjektif walaupunterdapat kaedah-kaedah dan panduan tertentu yang boleh dipelajari serta rahsia-rahsiamembina konsep kendiri dan imej. Abdullah dan Ainon (2002) menyatakan, antarakemahiran asas interpersonal ialah kemahiran komunikasi, kemahiran mendengar,kemahiran bertanya dan penampilan.Kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan(Mok Soon Sang, 2004). Menurutnya lagi, kejayaan mencapai objektif kaunseling pulaadalah bergantung kepada kecekapan guru bimbingan menggunakan prinsip-prinsip psikologi individu, khasnya kemahiran mewujudkan perasaan empati, memahami perasaan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mendengar.Arkes (1982) menyatakan, definisi motivasi ialah
those processes that influencethe arousal, strength or direction of behavior.
Oleh itu, kaedah pengajaran guru yang pelbagai menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar, sama ada berbentuk dalaman ataupun luaran dan menggerakkan pelajar bagi memulakan sesuatudan diikuti dengan keupayaan bagi mengekalkan penglibatan itu (Sarina dan Yusmini,2007).Selain dari itu, kepentingan hubungan interpersonal dapat membantu melahirkan persefahaman yang baik antara guru dan pelajar serta wujud rasa percaya mempercayai dikalangan mereka serta dapat memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran (Sarina dan Yusmini, 2007).Terdapat isu dan cabaran yang diperbincangkan untuk merealisasikan arena pendidikan dengan jayanya. Di antara perkara yang akan dibincangkan ialah tentang:
1. Keperluan Kemahiran Hubungan Interpersonal:
Membincangkan bagaimana pembangunan interpersonal guru boleh membantudan memperkembangkan psikologi murid melalui kemahiran-kemahiran asas yang bolehdigunakan dan diterima secara umum. Seterusnya membincangkan kelemahan dan1
 
kekuatan kemahiran-kemahiran asas yang diguna pakai dalam menangani isu-isu dancabaran dalam pendidikan.
2. Fungsi Kredibiliti:
Membincangkan bagaimana penggunaan kredibiliti dapat memberi kepercayaandan membantu interpersonal guru dalam menangani persoalan pembelajaran serta tingkahlaku harian murid.
3. Keperluan Ransangan Kreatif:
Membincangkan tentang pengisian-pengisian pembentukan idea kreatif terhadapmurid.
4. Keperluan Guru Sebagai Motivator Dan Kaunselor:
Membincangkan bagaimana guru secara tidak langsung sebagai motivator dankaunselor yang dapat menangani setiap permasalah murid melalui kemahiran-kemahiranasas dalam proses memotivasikan murid dan proses kaunseling.
1. Keperluan Kemahiran Hubungan Interpersonal
 Hubungan interpersonal dapat melahirkan persefahaman yang baik antara gurudan pelajar sekali gus meningkatkan kebolehan guru membina suasana persekolahanyang lebih harmoni (Sarina dan Yusmini, 2007). Menurutnya lagi, kemahiran hubunganinterpersonal dapat membantu guru menggunakan bentuk-bentuk komunikasi yang sesuaidengan tahap psikologi pelajar supaya hubungan yang terjalin antara mereka adalahhubungan yang berkesan dan dapat membantu tahap pencapaian pelajar dalam bidangakademik.Menurut Fadzilah dan Ahmad (2007), terdapat kajian menunjukkan apabila kitamemberi ucapan, 55 peratus komunikasi adalah melalui komunikasi bukan
verbal.
Keseluruhan ucapan dinilai daripada gerak badan. Oleh itu, antara kemahiran hubunganinterpersonal ialah:
1.1 Melalui Komunikasi
Menurut Abdullah dan Ainon (2006), seseorang individu itu cenderungmemelihara konsep dirinya supaya tidak berubah malah memperkukuhkannya lagi. Samaada konsep dirinya itu positif ataupun negatif, dia cenderung memelihara konsep dirinya.Inilah faktor yang menyebabkan konsep diri merupakan perkara yang stabil sepanjanghidup. Apabila sekali konsep diri sudah terbina, bermakna konsep itu cenderung berkekalan. Maka, komunikasi yang positif dari segi perkataan mahu pun bahasa badanguru berperanan penting membentuk personaliti serta konsep murid.Komunikasi dapat menjalinkan hubungan, mendapat respon, meningkatkan estimdiri melalui penghargaan dan penghormatan, mendapatkan maklumat, meraihkepercayaan, berkongsi pengalaman serta mewujudkan keseronokan (Abdullah danAinon, 2002). Bagaimana pun, iklim komunikasi ada pasang surutnya keranakebiasaannya komunikasi datang daripada emosi kedua-dua belah pihak untu berkehendakkan sesuatu. Apabila guru membuat kerja-kerjanya dengan hati yang reladan seronok, maka dia akan berkomunikasi secara positif kepada murid-muridnya. Begitu juga apabila emosi murid stabil mereka akan bercakap secara positif kepada guru mereka(Jas, 2002). Jas juga menyatakan, perkembangan prososialnya terlebih dahulu telah2
 
mempengaruhi dirinya yang kebiasaannya ia datang dari rumah dan membawa kesan-kesan psikologikal.Keputusannya, maka gurulah yang perlu menjadi perintis dan permulaanmewujudkan iklim komunikasi positif dan bijak mengatur arah jika terdapat kecelaruanemosi dan tingkah laku di kalangan murid mereka.Keperluan psikologi murid yang pelbagai harus dipenuhi. Sebagai contoh estimdiri yang diperlukan oleh murid dapat merasakan dirinya dihormati dan dikasihi olehsemua orang (Abdullah dan Ainon, 2003). Untuk mewujudkan interaksi yang memenuhikeperluan psikologi, gunakanlah gaya bahasa yang positif, memberi lebih pengiktirafan,teguran, nasihat dan jangan sekali-kali suka membuktikan kesalahan (Habibah dan Noran, 2002).Terdapat juga golongan yang menunjukkan amat berminat dengan diri sendiri dansering bercakap
 saya..saya..saya..
dari mula sehingga habis. Sebagai guru yang bijak  berkomunikasi ketika mendekati muridnya, guru perlu lebih banyak mendengar dari bercakap. Minta pendapat murid dan sumbangan idea daripadanya berkenaan perbualankosong mahupun perkara yang sedang diperbincangkan. Laluan giliran mereka bercakaphendaklah ditunjukkan minat kepada apa yang sedang diperkatakan. (Fadzilah danAhmad, 2007)
 1.2 Kesan Pigmalion, Optimistik dan Kemahiran Memuji
Habibah dan Noran (2002), telah bersependapat dalam keupayaan mencipta realitiatau kenyataan dalam teori-teori motivasi yang menekankan betapa pentingnya individuitu memikirkan perkara-perkara yang bertemakan kejayaan dan tidak membayangkankegagalan.Menurut Abdullah dan Ainon (2006), salah satu proses bagaimana perkara ini berlaku adalah melalui ramalan-ramalan. Apabila individu itu meramalkan kejayaan,akhirnya mereka berjaya dan demikianlah sebaliknya.Keseluruhan alam semula jadi berkeadaan harmoni dan seimbang, kecuali kitalahyang mencipta ketidakseimbangannya (Lynda, 2000). Realitinya, sejauh manakah guru-guru mampu mencipta dan memiliki EQ apabila berhadapan dengan murid yang bermasalah tingkah lakunya. Tahap kesabaran di sekolah rendah mampu membuktikanekspresi sebenar diri seorang guru berbanding berhadapan dengan remaja di sekolahmenengah.Buktinya, apabila guru beranggapan kanak-kanak kecil tidak mempunyai pemikiran dan berupaya mengkritik tingkah laku mereka secara terang-terangan berbanding remaja lebih berani dan berkeyakinan mengadu, membantah danmemberontak dengan cara mereka. Seperti yang diperkatakan oleh Phyllis (1965) juga, berbagai persepsi negatif yang dikemukakan guru melalui kata-kata terhadap tubuh badanmurid mengakibatkan impak yang besar dalam kehidupannya walaupun ia merupakanrealiti yang sedang ditanggung oleh murid.
Mindset 
murid mudah di
imun
kan apabiladirinya diperkatakan sama ada ia negatif mahupun positif. Oleh itu, bergantung kepada pilihan guru mana yang mudah untuk mereka menyebutnya dengan rasa puas hati atauterpaksa menyebutnya dengan kerelaan untuk mengharapkan kesan yang baik.Berdasarkan kebenaran teori pigmalion, boleh disimpulkan bahawa ramalan tidak meramalkan masa depan, sebaliknya mencipta masa depan (Syukri, 2006). Persepsikendiri yang positif daripada ibubapa, rakan-rakan dan guru-guru akan membuatkanmereka memperolehi perasaan penghargaan diri yang tinggi dan mereka akan melibatkan3

Activity (72)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Fadhilah Hafad liked this
Lee Chai Ling liked this
Ruhaida Kaslam liked this
Idah Idan liked this
Marizan Muhammad liked this
Marizan Muhammad liked this
Ayah Noor liked this
nirzee liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->