Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
20Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Asia Tenggara Myanmar

Asia Tenggara Myanmar

Ratings: (0)|Views: 3,924|Likes:
Published by wqs0712

More info:

Published by: wqs0712 on Mar 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/19/2012

pdf

text

original

 
TRANSFORMASI MASYARAKAT
KANDUNGAN TEMA:BAB 5 Penjelajahan dan Campur Tangan Barat Tema 2.1BAB 6 Migrasi dan Proses Pembentukan Masyarakat Tema 2.2BAB 7 Penentangan Terhadap Campur Tangan Barat Tema 2.3BAB 8 Penerimaan dan Pengubahsuaian Tema 2.4PENJELAJAHAN DAN CAMPUR TANGAN BARAT5.1 Pengenalan1. Penjelajahan kuasa-kuasa Barat ke Asia bermula pada abad ke-15 dan 16. Pada masa itu, penjelajahan mereka berkait rapat dengan konsep mekantilisme iaitu usaha untuk mendapatkankeistimewaan dari segi perdagangan. Hal ini berlaku kerana pada masa itu orang Eropah terpaksa bergantung kepada orang Arab untuk mendapatkan rempah yang amat diperlukan di Eropah. Mereka berhasrat untuk mendapatkan terus rempah dari Kepulauan Melayu yang akan dapatmemaksimumkan keuntungan mereka.2. Dasar mekantilisme kemudiannya berubah menjadi dasar imperialisme apabila kuasa-kuasaEropah lebih agresif dan berlumba-lumba untuk menguasai wilayah-wilayah tertentu untuk kepentingan ekonomi dan politik.3. Dasar imperialisme berkait pula dengan dasar kolonialisme atau penjajahan iaitu proses untuk mendapatkan kawasan atau wilayah baru, biasanya melalui peperangan. Seterusnya kuasa Barat itumemulakan system pentadbiran di kawasan tersebut. Kolonialisme membawa kepada penindasan politik, ekonomi dan sosial ke atas penduduk tempatan.4.Subtopik ini menumpukan kepada dua perkara iaitu faktor-faktor yang menjadi pendorong campur tangan Barat di ketiga-tiga rantau Asia yang kita pelajari, dan yang kedua pula ialah cara kuasa Baratcampur tangan sama ada melalui perjanjian, peperangan dan pengilhakan.5.2 Faktor-faktor Campur tangan Kuasa BaratFaktor Ekonomi1.Perkembangan Revolusi Perusahaan di Eropah menyebabkan kuasa Eropah mula mencari danmenguasai kawasan yang mempunyai bahan mentah untuk dibekalkan kepada perusahaan kilang danuntuk dijadikan tempat pemasaran barangan kilang mereka. Bijih timah diperlukan untuk membuattin bagi menyimpan makanan dan minuman. Perusahaan bijih timah di Cornwall England telahmerosot. Begitu juga dengan keperluan membuat enjin kereta. Getah pula diperlukan bagimenghasilkan tayar-tayar kereta.
11
Getah asliKewujudan perusahaan baru di Eropah seperti perusahaan penjanaan kuasa elektrik memerlukan getah asli yang banyak kerana getah paling sesuai digunakan untuk menyalut dawai elektrik. Kemunculan perusahaan automobiledan ciptaan tayar angina getah telah menambahkan lagi permintaan untuk getah.
1
2
Mengikut Richard Storry, kapal-kapal asing seperti dari Rusia, British dan Amerika yang tiba di perairan Jepunapabila meminta sebarang bekalan, kadang-kadang tidak diberi. Anak-anak kapal yang singgah itu disuruh beredar dari pelabuhan itu secepat mungkin. Kapal dari Rusia berada beberapa bulan di Nagasaki cuba memujuk pihak  berkuasa Jepun menerima utusan tetapi ditolak. Malah mereka diberitahu supaya jangan lagi menghantar kapal-kapal ke negeri Jepun.
2.. Sasaran mereka ialah benua Asia yang kaya dengan pelbagai bahan mentah yang diperlukan sertamempunyai bilangan penduduk yang ramai. Lantaran itu wujud persaingan dalam menguasaikawasan yang kaya dengan bahan mentah bagi menjamin bekalan yang berterusan. Antara kuasa-kuasa Barat tersebut ialah Britain, Perancis, Belanda, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Jerman.3. Di Myanmar, British ingin menguasai perdagangan kayu jati. Jika saingannya, Perancis menguasaiMyanmar terlebih dulu, hasrat British untuk menguasai kayu jati tidak tercapai. Kayu jati digunakanuntuk membina dan membaiki kapal.4. Selain itu itu British juga ingin menggunakan Myanmar sebagai pangkalan kepentingan perniagaannya dengan Negara China. Berdasarkan kepentingan inilah British menghantar Kapten
 
Michael Symes ke Myanmar untuk berunding dengan Raja Bodawpaya untuk berunding tentangsempadan Arakan, mengadakan perjanjian perdagangan dengan Myanmar dan meminta Myanmar menutup pelabuhan kepada saudagar Perancis. Myanmar hanya bersetuju menerima seorang ResidenBritish manakala syarat lain ditolak.5. Perancis berhasrat menguasai perdagangan di China melalui Sungai Mekong dan WilayahTongking di Vietnam. Disebabkan oleh kepentingan ekonomi dan bimbang Tongking akan dikuasaioleh kuasa Barat lain seperti Itali, Jerman dan Amerika Syarikat, Perancis menakluk Tongking padatahun 1883.6. Indonesia pula kaya dengan rempah-ratus terutamanya Acheh dan Maluku (terutamanya Ternatedan Tidore). British mahu menguasai hasil barangan India kerana hasil barangan India mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara Barat.7.British memerlukan hasil keluaran China untuk diperdagangkan di Eropah seperti teh dan sutera,dan menjadikan China sebagai pasaran barangannya. Bagaimanapun China menjalankan dasar tutup pintu dan perdagangan hanya dijalankan melalui Co Hong melalui pelabuhan Canton.8.Kegiatan menangkap ikan paus di Lautan Pasifik kadangkala menyebabkan nelayan AmerikaSyarikat terdampar di Jepun. Mereka dibawa ke Nagasaki dengan usungan tertutup yang sempit.Selepas disoalsiasat dan diseksa dan nelayan-nelayan itu terpaksa menunggu dalam tempoh yanglama sebelum dihantar ke Amerika Syarikat menerusi orang Belanda.
2
9.Perdagangan antara Amerika Syarikat dan China semakin berkembang. Justeru Amerika Syarikat perlu mencari tempat persinggahan untuk mendapatkan batu arang dan membaiki kapal. Jepun sesuaiuntuk tujuan ini.Faktor Politik 
2
 
3
Rancangan MembunuhPihak Perancis mengugut Thieu Tri supaya turun dari takhta. Baginda enggan melepaskan takhta dengan alas aningin meyambut angkatan Perancis di Tourane pada tahun 1847. Sebenarnya baginda merancang menjemput wakilPerancis untuk menonton suatu pertunjukkan di istana dan kemudian membunuh mereka. Setelah itu, bagindamerancang untuk menyerang kapal Perancis. Oleh sebab Perancis menolak pelawaan
1.Zaman imperialisme Barat yang berlaku pada abad ke-19 memperlihatkan kuasa-kuasa Baratseperti Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Belanda dan Sepanyol berlumba-lumba antara satu samalain untuk menguasai tanah jajahan demi kepentingan ekonomi mereka.2.Di samping itu, ada dua lagi kuasa Eropah baru yang cuba menjalankan dasar imperialisme di Asiadan Afrika. Kuasa baru itu ialah Jerman dan Itali. Jerman yang disatukan Otto Von Bismark dan Itali pula disatukan Camilio de Cavour mampu menjadi pesaing untuk mendapatkan tanah jajahan.Jerman misalnya sudah menjalin hubungan perdagangan di Asia Tenggara melalui syarikat-syarikatJerman dan orang perseorangan.3.Kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa Barat yang lain menyebabkan kuasa-kuasa tertentu tidak mengambil masa yang lama untuk campur tangan. Di Myanmar misalnya, Raja Mindon Minh telah berbaik-baik dengan Perancis dan Itali bagi melindungi kepentingannya daripada ancaman British.Berikutan itu, beberapa utusan diplomatik telah dihantar ke Itali, Perancis dan Amerika Syarikat.4. British juga bimbang Perancis akan menguasai Myanmar Hulu. British semakin cemas apabila pengganti Mindon Minh, Raja Thibaw meneruskan dasar Mindon Minh yang berbaik-baik dengankuasa Barat lain.5. Saudagar-saudagar British telah mendesak kerajaan mereka supaya menguasai Myanmar Hulu.Akibatnya Gabenor Jeneral British di India membuat keputusan menakluki Myanmar Hulu.6. Kuasa-kuasa Barat juga bersaing sesame sendiri untuk menakluki tanah jajahan kerana merekamenyanjung tinggi kuasa yang mempunyai tanah jajahan yang luas. Orang British dan Belandasering menggunakan slogan “beban orang putih” untuk mendapatkan tanah jajahan.7.Mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Oleh itu, timbul rasatanggungjawab untuk memimpin orang timur kea rah kehidupan yang lebih sejahtera. Perancis pulamenggunakan slogan “tugas menyebarkan tamadun” yang bermaksud mereka bertanggungjawabmentamadunkan orang timur.8. Kerajaan British di India telah mengilhakan wilayah Qudh dengan alasan untuk menjaga kebajikandan faedah-faedah yang dibawa oleh pemerintahan British ke atas kawasan-kawasan yangmenghadapi masalah penyelewengan pemerintah tempatan.Faktor Agama1.Salah satu aspek yang rapat dengan dasar imperialisme Barat ialah penyebaran agama Kristian dikalangan penduduk Asia. Penduduk Vietnam banyak yang memeluk agama Kristian ekoran kegiatanmubaligh Kristian Perancis. Kerajaan Vietnam menghalau keluar mubaligh Kristian dan menindas penduduk Vietnam yang beragama Kristian. Pada masa pemerintahan Maharaja Gia Long, bagindamembenarkan agama Kristian, Buddha dan Confucius berkembang.2.Pengganti baginda, Minh Mang mengamalkan dasar anti-Kristian. Sesiapa yang menganut agamaKristian dihukum bunuh. Pengganti baginda pula, Maharaja Thieu Tri
3
telah meluluskan undang-undang yang membuang negeri bagi sesiapa yang menganut
3

Activity (20)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nurul Faizah added this note
tq
Syiera Abdullah liked this
Syidah Nur liked this
Kamal Omr liked this
Hidayah Nurul liked this
Yuan Nan Shuai liked this
Kamal Omr liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->