Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
261Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sejarah Hari Raya Aidilfitri

Sejarah Hari Raya Aidilfitri

Ratings:

3.5

(2)
|Views: 25,728 |Likes:
Published by rahimi

More info:

Published by: rahimi on Mar 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/18/2013

pdf

text

original

 
Sejarah Hari Raya Aidilfitri 
SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Bagindamendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari rayayang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hariraya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atauAidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satuibadat.Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasaRamadan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selamasebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripadamelakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allahmenganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.
 
Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yangasal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersihdaripada dosa dan noda.Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itusendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, makamulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik danikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaituhari kiamat.
Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikansolat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung dikalangan saudara mara dan sahabat handai.Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergayadengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru,kata sahabat ini: "
Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.
Lalu baginda segera bertanya: “
 Kenapa wahai saudaraku?
” Lelaki itu berkata: "
 Kerana sayatidak ada baju baru.
"
 
Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk  bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hariraya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yangingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan sepertimercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku keranamasyarakat kita hidup dalam kemewahan.Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkintidak dapat merayakan hari raya seperti kita.Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islamtidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kitamendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akandiberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikankepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islammenjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikankepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yangditetapkan syariat.

Activity (261)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
aurararo liked this
romizah liked this
Fa Kh Ri added this note
trima kasih kpade siapa yang share!!
PChin PChin liked this
D'Jimmy Gme liked this
欣盈 liked this
Alice Lu liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->