Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword or section
Like this
36Activity
×
P. 1
Bercakap Dengan Jin (Bercakap Dengan Jin

Bercakap Dengan Jin (Bercakap Dengan Jin

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 5,912|Likes:
Published by azan90

More info:

Published by: azan90 on Mar 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

05/30/2013

pdf

text

original

 
BERCAKAP DENGAN JIN(Bercakap dengan Jin - Siri ke 1)
Suatu petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57tahun, membersihkan senapang kampung berlaras satu di anjung rumahnya.Dengan tenang dia berkata pada saya "Kamu usah jadi pemburu." "Kenapatok?" Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang-nimang senapangnya.Kemudian datuk ambil golok perak dia mengasah golok di batu dekat kepalatangga. Dan saya masih menanti jawapan dari datuk. "Aku tak mahu cucu-cucu aku jadi pemburu," tiba-tiba datuk bersuara. Dia duduk di anjung rumahkembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akanmengajukan sebarang pertannyaan padanya. Datuk mudah naik darah, kalauselalu ditanya atau disoal. Dia juga tidak suka orang membangkangcakapnya, terutamanya dari anak-anak cucunya sendiri.Datuk memang handal memburu. Tidak ramai orang kampung Mandi Upehmacam datuk. Cukup asyik dengan kegemaran memburunya, hampir seluruhhutan Jajahan Dinding dijelajahnya. Orang-orang kampung menganggapdatuk bukan pemburu sebarangan. Pemburu yang ada isi, kalau tidakmasakan ia berani masuk ke dalam hutan yang tidak pernah didatangi olehmanusia. Datuk tidak menembak sebarangan pada binatang-binatangburuannya. Dia akan memilih tepat dikening diantara kedua-dua keningbinatang itu. Dan setiap kali datuk masuk ke hutan dia akan memulakanlangkah kaki kiri dahulu. Kedua belah tumitnya tidak memijak bumi, kecualisesudah lima tapak melangkah. Lepas itu datuk berhenti dia membacasesuatu, lalu mematah ranting kayu yang berada di bawah ketiak kanannya.Dilemparkanya sebelah kiri.Datuk dapat senapang bukan kerana dia HomeGuard atau AP. Dia mintasendiri pada kerajaan dengan alasan mahu menjaga tanahnya yang seluaslima belas ekar yang ditanam dengan getah, durian dari serangan monyetdan babi hutan. Pemintaan datuk dipenuhin oleh Inggeris, sesudah pegawaipolis, tuan DO serta penghulu dan ketua kampung memeriksa tanah datuk.Datuk beli senapang dari Taiping dalam tahun 1949. Sejak itulah datuk giatmemburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengansenapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengan membuat jerat dansebagainya. Banyak perkara-perkara aneh yang datuk lalui sepanjangkariernya. Dan saya antara cucu yang selalu mendengar cerita-cerita datukitu, kerana saya selalu menolongnya mencangkul di kebun, kadang-kadangmenjadi temannya ke surau. Datuk terlalu sayangkan saya, kerana sayaadalah cucu lelakinya yang pertama dari anak sulungnya iaitu ibu saya. Sayatahu apa kelemahan datuk dan kegemaranya. Dia pemurah dan sukamendengar orang mengaji Quran, kebetulan pula saya cucunya yang agak
1
 
terkenal membaca al-Quran di kampung itu. Datuk tidak kedekutmengeluarkan wangnya untuk memberikan pada orang mengaji tapi datuktidak memberikannya sendiri melainkan melalui saya.Biasanya, kalau datuk suruh beri sepuluh ringgit, saya hanya memberikanseparuh saja, yang separuh lagi masuk saku saya. Pernah datuk berceritapada saya: "Suatu ketika datuk dan kawan-kawannya masuk hutan dekatdengan Gunung Tunggal di Kawasan Segari berhampiran denga PantaiRemis. Kawasan itu tidak pernah dimasuki oleh manusia. Datuk dan kawan-kawannya berjaya menembak beberapa ekor binatang. Kerana terlalu asyikmemburu, tanpa disedari datuk telah terpisah dengan seekor rusa besar.Datuk mengikutnya dengan teliti. Datuk memintas rusa itu sebelah kiri danmengambil tempat di sebalik pokok besar. Datuk mengahala muncungsenapang pada kepala rusa. Dia yakin sasarannya akan tepat pada tempatyang dimahunya. Tetapi rusa itu bagaikan mengerti dan mempunyaipengalaman. Dia mempermainkan datuk, macam mempermainkan kucing.Rusa merendahkan badannya kemudian menyelinap di depan datuk danterus hilang.Datuk terkejut dan bercampur hairan, tapi datuk bukanlah manusia yangmudah putus asa. Dia mencari kesan jejak rusa itu. Diperhatikannya ke arahmana tapak rusa itu lari. Dia mencium daun-daun kering yang terdapat disitu. Akhirnya, datuk merapatkan telinganya dengan bumi. Dia mengeluh,ternyata kesan rusa itu sukar diperolehinya. Waktu datuk berpusing-pusing disitu. Seekor rusa lain mjncul di depan datuk. Rusa itu jauh lebih besar dantegap dari rusa yang pertama tadi. Matanya berkilau-kilau bagaikanmenentang mata datuk yang terbeliak kerana terkejut. Datuk tidakmelepaskan peluang dan terus melepaskan tembakan. Datuk gembira,tembakannya tepat mengenai kening rusa itu. Dia mencabut golok perak ditangan untuk menyembelih rusa. Golok ditayangkan di depan matanya.Datuk membaca sesuatu dan menghentakkan ulu golok ke tanah.Bila datuk memulakan langkah. Rusa itu segera bangun. Di depan matadatuk sekarang wujud dua ekor rusa. Serentak dengan itu dada datukberdebar. Dia mula terasa ada sesuatu yang kurang baik akan terjadi. Datukterdengar kokok ayam hutan. Datuk melepaskan tembakan. Kena pada salahseekor rusa itu di kening. Rusa itu rebah dan bangun kembali menjadi tigaekor. Datuk yakin ada sesuatu kejadian yang lain di sebalik semuanya itu. Tapi, datuk bukannya manusia lemah semangat, kalau tidak masakan diaberani meninggalkan kampung halamannya di Aceh, berperahu ke PengkalanBharu dan bermukim di kawasan Bruas. Datuk terus menembak bertalu-talu.Rusa terus menjadi tiga,empat,lima,enam dan tujuh. Kokok ayam hutanbertambah nyaring.Daun-daun hutang di keliling datuk bergerak-gerak bagaikan digoncangorang. Tanah yang dipijaknya jadi bersih tanpa sehelai daun. Datukmenumbuk tanah dengan tangan kiri. Dirasa daging pangkal lehernyabergerak-gerak. Datuk senyum. Dia tahu perkara ini mesti dihadapi dengancara lain. Dia teringat pesanan arwah neneknya dari tanah seberang, kalauberburu binatang dan terasa daging pangkal leher bergerak, alamatnya yang
2
 
diburu bukan binatang lagi, tapi boleh jadi penunggu hutan atau syaitan danorang bunian. Datuk letakkan senapang atas tanah. Dia duduk bertafakurmengumpulkan tenaga batin sambil membaca mentera yang diamalkannya.Melalui pancaindera batin datuk, datuk dapat melihat dengan jelas, bahawarusa itu adalah jin penunggu hutan itu.Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat-rapat.Mata datuk tidak berkelip. Dia melihat di depannya, terdiri lembaga berbadanbesar, matanya merah menyala, rambut panjang sampai ke tumit. Giginyabesar, dua giginya di sebelah kiri dan kanan terjulur keluar, macam gadinggajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya."Kurang ajar, manusia laknat," suara itu bergema, daun-daun hutan bergerakmacam ditiup angin. Datuk diam bertafakur."Kau tahu kesalahan kau manusia ?" Tambah suara itu . Belakang datuk terusdibasahi peluh datuk. Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang-lubangkelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang dipusakainya dari arwahneneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalamtubuh datuk."Tidak," jawab datuk dengan berani."Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku.""Aku sudah meminta kebenaran.""Aku tidak membenarkan." Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginyayang terjulur bergerak-gerak."Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masaaku masuk tadi." Cukup tenang datuk menjawab. Dia sudah bersediamenghadapi semuanya."Kau manusia biadap," pekik jin itu, pokok hutan bergerak-gerak.
Bertemu dengan Penunggu Babi Hutan - Siri ke 2)
Percakapan datuk dengan jin semakin hangat, secara perlahan-lahanpercakapan itu bertukar kepada pertarungan kebatinan. Kemampuan dankekuatan datuk benar-benar teruji. Mata datuk bercahaya garang denganurat-urat timbul di dahi dan lengannya. Peluhnya jangan dikira terus menerusmembasahi seluruh badan.Datuk tahu kalau dia kalah. Dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akanlebam. Jadi datuk bertekad untuk melawan dengan apa cara sekali pun. Masaberlawan itulah datuk terasa cuping telinga sebelah kirinya lembik. Datuksenyum, satu tanda baik. Kemenangan akan berada di pihaknya. Datuk terusmengucapkan begini :
3

Activity (36)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
pretender liked this
SyifaRosli liked this
izzgee46 liked this
Aleeza Ariff liked this
azan90 liked this
nabilah liked this
nabilah liked this
Badrul Hisham liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->