You are on page 1of 3

Ponteng -- 34,628 pelajar terlibat

PELAJAR tingkatan dua dan tiga dikenal pasti sebagai kumpulan yang paling ramai
terlibat dalam gejala ponteng sekolah pada tahun lalu.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd. Khir berkata,


mengikut statistik kementeriannya, kebanyakan mereka menuntut di sekolah-sekolah
dalam kawasan bandar dan pinggir bandar.

Beliau berkata, bilangan yang terlibat dalam gejala itu merangkumi 34,628 pelajar
daripada keseluruhan lima juta pelajar di negara ini termasuk sekolah rendah dan
menengah.

``Daripada jumlah itu 99 peratus adalah pelajar lelaki,'' katanya kepada para pemberita
selepas merasmikan Kempen Basmi Ponteng peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur,
baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut Mahadzir, bilangan tersebut bukanlah perkara yang


membimbangkan atau serius kerana ia hanya meliputi 0.78 peratus daripada keseluruhan
jumlah pelajar.

Malah katanya, bilangan itu juga menunjukkan penurunan berbanding tahun 1999 iaitu
38,053 pelajar.

Beliau berkata, kebanyakan pelajar yang ponteng menghabiskan masanya pergi ke


tempat-tempat hiburan.

Dalam pada itu beliau berkata, bilangan pelajar yang dibuang sekolah kerana kes ponteng
tersebut adalah kecil.

``Bilangan yang kena buang amat sedikit kerana lazimnya pihak sekolah akan memberi
amaran terlebih dahulu,'' jelasnya.

Menurutnya, pihak sekolah tidak boleh sewenang-wenangnya membuang pelajar kerana


ia perlu mengikut prosedur.
``Tindakan buang sekolah hanyalah jalan terakhir jika didapati pelajar yang terlibat
benar-benar tidak boleh dibantu,'' katanya.

Beliau menambah, kebanyakan pelajar yang ponteng menghabiskan masanya pergi ke


tempat-tempat hiburan.

Sementara itu Mahadzir berkata, pelancaran kempen membasmi ponteng sekolah,


bukanlah bermakna gejala berkenaan semakin serius.

``Apa yang dilakukan oleh kementerian adalah langkah awal bagi menghalang gejala itu
menular di kalangan pelajar lain terutama di sekolah-sekolah rendah,'' katanya.

Kempen itu juga katanya, bertujuan mewujudkan kesedaran kepada masyarakat di negara
ini terutama Kementerian Pendidikan, pelajar, ibu bapa, pihak sekolah dan orang ramai.

``Mereka harus sedar bahawa perkara ini tidak boleh diambil mudah kerana apabila ia
telah menjadi budaya, adalah sukar untuk membendungnya,'' ujarnya.

Sehubungan dengan itu katanya, antara langkah awal untuk mengawal gejala tersebut
ialah dengan mewujudkan suasana ceria di sekolah.

``Suasana ceria tersebut bermaksud mewujudkan daya tarikan kepada para pelajar dengan
pelbagai aktiviti seperti ko-kurikulum yang bersesuaian dengan tahap umur pelajar itu,''
jelasnya.

Beliau berkata, ibu bapa dan orang ramai juga harus menegur kumpulan pelajar yang
disyaki ponteng sekolah terutama mereka yang melepak di pusat-pusat membeli belah.

Selain itu katanya, kementerian juga akan menyegerakan pelaksanaan sekolah satu sesi
bagi mengatasi masalah tersebut.

Dalam pada itu beliau berkata, kempen tersebut yang bertemakan Menuju Ke arah
Ponteng Sifar akan diadakan secara berterusan dan meliputi setiap negeri dan daerah.
Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat  perlulah berganding bahu dan bekerjasama 
dalam memikul tanggungjawab  mendidik anak-anak dan para pelajar. Sebagai
masyarakat mikro, sekolah sepatutnya  mempunyai ciri-ciri yang ada dalam
masyarakat  makro. Oleh itu adalah wajar  supaya pelajar didedahkan akan kesan
buruk  dalam  masyarakat  malalui interaksi  mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu
melancarkan satu kempen yang menyeluruh  untuk menyedarkan remaja dan pelajar
supaya menghindarkan  diri dalam  apa jua bentuk  gejala buruk  yang boleh
merosakkan  diri  dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu 
didedahkan dengan  pengetahuan undang-undang  agar mereka  gementar dengan
hukuman. 
Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa
depan negara.. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang
peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun
demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman
kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa
panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus
dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap
aset yang tidak ternilai ini.

You might also like