You are on page 1of 3

TUGASAN 3 : PERANAN GURU TERHADAP MURID DARI ASPEK BIMBINGAN

DAN KEBAJIKAN

TEMU BUAL BERSAMA GURU PRASEKOLAH TENTANG PERANAN GURU


TERHADAP KANAK-KANAK DENGAN MENGAMBIL KIRA ASPEK;

 BIMBINGAN
 KEBAJIKAN

Tarikh : 4 September 2009

Masa : 11.00 pagi hingga 11.15 pagi

Tempat : Prasekolah Bestari, SK Seri Tasik, Bandar Sri Permaisuri, KL

Temu bual;

Syaza : Assalamualaikum Puan. Terima kasih kerana sudi ditemu bual untuk
tugasan saya ini.
Pn Hayati : Wa’alaikum salam. Sama-sama. Tidak mengapa. Saya sekadar hanya
boleh membantu apa yang boleh dibantu.
Syaza : Saya ditugaskan untuk membuat temu bual mengenai peranan guru
terhadap kanak-kanak dengan mengambil kira aspek bimbingan dan
kebajikan. Ini termasuklah dari segi pemakanan dan segala aktiviti yang
dijalankan di prasekolah termasuklah proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, sebagai soalan pembukaan, adakah puan setuju
dengan pernyataan saya di mana guru perlu memainkan peranan penting
terhadap kanak-kanak dengan mengambil kira aspek bimbingan dan
kebajikan?
Pn Hayati : Sudah semestinya. Peranan sebagai seorang guru prasekolah sangat
besar. Ini adalah kerana bilik darjah prasekolah merupakan rumah kedua
kanak-kanak. Guru prasekolah pula adalah ibu bapa kedua mereka
selepas ibu dan bapa mereka di rumah. Segala perkara yang berlaku
terhadap kanak-kanak di prasekolah adalah menjadi tanggungjawab guru
prasekolah. Guru prasekolah sememangnya mempunyai peranan yang
sangat besar dari aspek bimbingan dan kebajikan.
Syaza : Boleh puan berikan contoh apakah yang dimaksudkan dengan peranan
guru dari aspek bimbingan dan kebajikan?
Pn Hayati : Dari aspek bimbingan, guru prasekolah perlu memberi bimbingan dari
segi akademik. Sebagai contoh dari awal tahun, guru mula mengajar
kanak-kanak untuk mengenal huruf dan angka hingga mereka boleh
membaca struktur ayat serta menulis. Guru sentiasa bimbingan kepada
setiap murid-murid terutamanya kepada murid-murid yang lemah dan
tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dalam suatu tempoh tertentu.
Bimbingan khusus perlu diberikan kepada kanak-kanak tersebut
sehinggalah kanak-kanak itu berjaya menguasai sesuatu kemahiran
seiring dengan rakan-rakannya yang lain. Dari segi kebajikan pula, seperti
yang saya katakan pada awal tadi, guru perlu memastikan semua
kebajikan murid-murid dijaga dengan baik sepanjang mereka berada di
bilik darjah prasekolah sama ada dari segi pemakanan, kebersihan,
pakaian dan juga kesihatan.
Syaza : Oh, begitu. Sekarang saya sudah faham. Bagi kanak-kanak yang
bermasalah seperti hiperaktif, lembab dan sebagainya pula, bagaimana
puan mengendalikan mereka dari segi bimbingan?
Pn Hayati : Pada peringkat awal dulu, saya juga mengalami masalah ini. Memang
tidak tahu apa yang perlu dilakukan walaupun semua pendekatan yang
dipelajari dulu telah digunakan. Tetapi saya cuba mendekati mereka dan
mencari sebab-sebabnya, saya mencari jalan penyelesaian yang sesuai
untuk membantu kanak-kanak tersebut. Ada juga kanak-kanak yang
bermasalah ini datang dari keluarga yang bermasalah seperti ibu bapa
yang bercerai. Situasi ini memang sukar untuk dibantu. Hanya ibu bapa
mereka saja yang dapat menyelesaikan masalah yang mendatangkan
kemurungan kepada anak mereka. sebagai seorang guru, saya hanya
dapat berjumpa dengan ibu bapa mereka dan memberi tahu
perkembangan anak-anak mereka agar mereka dapat sama-sama
mengatasi masalah anak-anak mereka. selain itu, saya hanya boleh
membantu anak-anak mereka dari segi akademik sahaja. Saya akan
sentiasa membimbing mereka agar mereka dapat mengikui pengajaran
dan pembelajaran tanpa sebarang kemurungan dan belenggu masalah
keluarga.
Syaza : Penjelasan puan itu sebenarnya sudah menjawab soalan saya
seterusnya. Walau bagaimana pun saya ucapkan terima kasih kepada
puan sekali lagi kerana sudi ditemu ramah. Terima kasih juga kerana
menerima saya di sini untuk menjalankan tugas saya. Harap apa semua
yang saya pelajari di sini memberi manfaat kepada saya pada masa akan
datang. Terima kasih dan assalamualaikum.
Pn Hayati : Sama-sama. Wa’alaikumsalam.

You might also like