Professional Documents
Culture Documents
1
Pendahuluan
Saya, Anas bin Shamsudin merupakan murid Tingkatan 2 RK di Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa Kuala Kangsar, Perak. Saya
bersama-sama dua orang rakan sekelas, Muhd Sufi bin Razman dan Muhd
Hazlami bin Abdul Razak telah menjalankan satu kajian tempatan di Kampung
Jerlun, Kuala Kangsar, Perak. Tajuk kajian saya ialah Komposisi Penduduk dan
Kaitannya dengan Jenis Pekerjaan di Kampung Jerlun, Kuala Kangsar, Perak.
Melalui kajian ini, saya dapat mengenal pasti taburan penduduk,
komposisi penduduk dan jenis pekerjaan penduduk di Kampung Jerlun.
2
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian Geografi Tempatan ini adalah untuk mengenal pasti
komposisi penduduk di kawasan kajian dari segi kaum dan jantina
faktor-faktor yang berkemungkinan mempengaruhi komposisi penduduk
cara-cara untuk mempertingkatkan taraf hidup penduduk kawasan kajian
bilangan kenderaan yang lalu lalang di berhampiran Kampung Jerlun
3
KAWASAN KAJIAN
Saya telah memilih Kampung Jerlun sebagai kawasan kajian saya.
Kampung Jerlun terletak di Kuala Kangsar, Perak. Di sebelah tenggaranya
terletak Pekan Jerlun (rujuk peta). Jarak antara Kg. Jerlun dengan Pekan Kg.
Jerlun ialah 2 km.
Kampung Jerlun terletak di Lembah Sungai Jerlun. Kawasannya yang
rendah dan rata sesuai untuk kegiatan pertanian dan petempatan.
Terdapat juga kawasan tanah tinggi kira-kira 50 m yang dikerumuni
dengan semak samun.
U
Kg Jerlun
Pekan Jerlun
Sg Jerlun
Petunjuk
Jambatan Sungai Kawasan Kajian
4
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual untuk
mengumpul dan memperoleh maklumat.
Pemerhatian telah dijalankan dari semasa ke semasa terutamanya pada
waktu pagi dan petang. Penduduk Kampung Jerlun keluar untuk bekerja dan
pulang ke rumah pada kedua-dua waktu tersebut. Keadaan ini memudahkan
kami untuk mengenal pasti taburan dan komposisi penduduk di Kampung Jerlun.
Saya telah menemu bual ketua kampung. Encik Ahmad bin Yusof dan 20
orang penduduk kampung yang lain. Borang soal selidik telah disediakan untuk
memudahkan kerja pengumpulan maklumat (rujuk lampiran). Melalui kaedah ini,
maklumat sebenar tentang komposisi jantina dan kaum serta pekerjaan
penduduk dapat diperoleh.
5
HASIL KAJIAN
Taburan penduduk di Kampung Jerlun adalah tidak sekata. Kebanyakan
penduduknya tertumpu di bahagian utara kampung seperti ditunjukkan oleh peta
di bawah.
Petunjuk
50 30 10
Jambatan
Petempatan
Jalan raya
Sungai
Kebun sayur
Pokok getah
Buah-buahan
6
Penduduk di Kampung Jerlun melibatkan diri dalam empat sektor ekonomi
utama, iaitu pertanian, perkilangan, perniagaan dan perkhidmatan. Rajah 4.3
menunjukkan jenis pekerjaan 20 orang responden mengikut kaum di Kampung
Jerlun. Berdasarkan graf tersebut, didapati kebanyakan orang Melayu bekerja
dalam sektor pertanian. Seramai 7 orang Melayu daripada 20 responden
melibatkan diri dalam sektor pertanian. Kebanyakan kawasan pertanian dimiliki
oleh orang Melayu. Mereka telah mengusahakan tanah tersebut untuk
penanaman getah, buah-buahan dan sayur-sayuran (Peta 4.1). Penduduk yang
terlibat dalam sector perkilangan pula kebanyakannya ialah kaum India.
Daripada 4 orang pekerja kilang yang ditemu bual, 2 orang daripadanya adalah
orang India.
Penduduk di Kampung Jerlun juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
Mereka mebuka gerai buah-buahan, gerai makanan dan kedai runcit. Pelanggan
mereka majoritinya terdiri daripada penduduk kampung itu. Terdapat juga
segelintir responden yang melibatkan diri dalam sektor perkhidmatan. 3 orang
daripada 4 responden tersebut berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan
Ulu Kenas manakala yang selebihnya berkhidmat sebagai pegawai kerajaan di
Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPPK).
9
4.1 Cara-cara untuk meningkatkan taraf hidup penduduk Kampung Jerlun.
Taraf
Kebersihan
Cara-cara
meningkatkan
Peluang Pengangkutan
taraf hidup
penduduk Kg
Pekerjaan Awam
Jerlun
Tahap
Keselamatan
4.1.1 Taraf Kebersihan
11
- Sampah-sampah bertaburan di sekitar kawasan perniagaan. Terdapat juga
penduduk yang membuang sampah ke dalam sungai. Pengeluaran asap
kenderaan bermotor pula menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Hal ini
berpotensi menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes, banjir lumpur dan juga
penyakit asma. Kerajaan haruslah membuat kempen yang dapat menyedarkan
penduduk tentang akibat pembuangan sampah merata-rata. Selain itu, kerajaan
juga boleh menggalakkan penduduk agar berjalan kaki jika pergi ke destinasi
yang kurang daripada 500m.