Pendahuluan
Imaginasi memberi impak yang besar dan kuat didalam hidup seharian kanak-kanak. Jikakita lihat kebiasaannya kanak-kanak memang suka berkhayal. Mereka kadang-kadang berimaginasi sambil melakonkan watak-watak yang mereka suka seperti polis, guru, artis dansebagainya. Imaginasi kanak-kanak dapat menbantu mereka untuk belajar kerana sesetengahguru mengunakan imaginasi kanak-kanak semasa mengajar, contoh matapelajaran yangmemerlukan kanak-kanak untuk berimaginasi adalah sains tentang rasa. Kebanyakan guru akanmenyuruh kanak-kanak untuk membayangkan rasa manis, masam, masim, pahit serta tawar.Imaginasi diaktifkan secara jelas melalui asosiasi kreatif dengan idea-idea yang lain.Kunci menuju imaginasi kreatif ialah asosiasi. Asosiasi terbentuk oleh tiga hokum iaitukedekatan, kemiripan dan kontras. Kedekatan adalah melibatkan perkara masa silam yang bolehmengigatkan kita kepada sesuatu. Contohnya, apabila seorang dewasa melihat kasut ketika diamasih bayi, ia akan mengingatkannya kenangan ketika masa dahulu. Bagi kemiripan iamelibatkan sesuatu yang sama bentuknya, contoh yang dapat diutarakan disini adalah sepertiapabila seorang kanak-kanak melihat singa ia akan menyebut kucing kerana bentuk kucing dansinga sama cuma yang membezakannya adalah saiznya. Bagi kontras ia melibatkan sesuatu yangkita gambarkan, contohnya apabila melihat gambar dianosour kanak-kanak akan mengatakanianya adalah raksasa, ini terjadi kerana kanak-kanak melihat cerita karton seperti ultraman dansebagainya. Ia memberi pengaruh besar kepada kanak-kanak. Menurut Albert Einstein, imaginasilebih penting daripada pengetahuan. Ini mungkin kerana, kanak-kanak yang berimaginasi dapatmenyelesaikan masalah melalui berimaginasi dan penyelesaian masalah ini adalah kemahiranasas apabila telah dewasa kelak.