You are on page 1of 7

KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGAN

TAMADUN ISLAM DI NUSANTARA.

DEFINISI TAMADUN

Tamadun dari segi bahasa membawa maksud yang sama dengan perkataan
civilization dalam bahasa Inggeris

Istilah tamadun berasal dari perkataan Arab,iaitu ‘ maddana’ yang bererti ‘


kehalusan budi bahasa’ dan ‘kesopanan tingkah laku’

Edward L. Farmers pula mendefinisikan tamadun sebagai satu unit budayayang


besar mengandungi norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang dikongsi dan
diwarisi dari generasi ke generasi.

Profesor Wan Hashim Wan Teh berpendapat bawaha perbezaan antara tamadun
dengan budaya ialah tahap pencapaiannya.

KONSEP TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang dihasilkan oleh sekelompok manusia
yang dikategorikan secara meluas sebagai kelompok orang-orang Melayu dan
bertempat di suatu wilayah Asia Tenggara.Kawasan atau rantau tersebut dikenali
sebagi Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia(Malay-Indonesian
Archipelago),Nusantara,Alam Melayu,Tanah Jawi dan sebagainya.

Istilah Melayu diidentitikan berdasarkan persamaan rumpun bangsa dan bahasa


mereka.Antara cabang atau suku-suku yang mengelompokkan diri mereka sebagai
rumpun Melayu ialah orang
Melayu,Jawa,Sundra,Madura,Aceh,Minagkabau,Sasak,Melanau,Iban,
Bajau,Murut,Bugis,Meranau,Sulu dan sebagainya.Cabang Melayu-Indonesia
merangkumi di dalam rumpun bahasa Austronesia iaitu daripada keluarga bahasa
sumbernya yang dinamakan Keluarga Autric.

Konsep peradaban Melayu dan Alam Melayu boleh ditinjau dari tiga dimensi ruang,iaitu:

Alam Melayu berintikan keislaman ,memandangkan majoriti warganya beragama


Islam.Bermakna setelah kehadiran Islam di alam Melayu ,ia telah mewarnai seluruh
corak budaya dan peradaban Melayu.

1
Bahasa Melayu telah mengidentitikan alam Melayu lantaran pelbagai negara
,pelabagai etnik dan pelbagai agama di rantau alam Melayu bertutur dan menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama.

Dunia Melayu Polinesia yang mempunyai salasilah keturunan rumpun bahasa induk
yang sama yang merentasi Lautan Hindi ke Pulau Malagasi atau Madagascar sehingga
kelautan Pasifik merangkumi Pulau-pulau Polinesia,Hawaii,Mikronesia dan ke utara
sehingga ke Pulau Taiwan.

Kemunculan Pusat-pusat Kerajaan dan Tamadun Melayu Pra Islam .

Kerajaan Melayu Pra Islam terbahagi kepada dua ciri utama iaitu :

a)Agraria

b)Maritim.

Kerajaan agraria

Kerajaan agraria ialah kerajaan yang berasaskan pertanian. Ia berkembang di lembah


sungai. Perkembangannya berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana
mempunyai teknologi pertanian.

Ciri-ciri

1. Kegiatan ekonominya bergantung kepada pertanian.


2. Terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai, dan di kawasan
pendalaman
3. Hasil utama kegiatan pertanian ialah padi huma, ubi taro dan padi sawah
4. Membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatan pertanian
5. Sistem pangaliran dikawal oleh pemerintah.

2
Lokasi

Dari segi lokasi ia terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan di
kawasan pedalaman.Ia menggunakan sistem aliran air yang disalurkan daripada baray
maksudnya ialah kolam besar yang mampu menampung isipadu air sebanyak 30 Juta
liter padu. Kerajaan Angkor menggunakan sistem ini menjadikan mereka negara yang
kaya hasil pertaniannya. Air yangdisalurkan ke tempat pertanian di angkor juga berasal
dari Tasik Tonle Sap (sebuah tasik buatan yang besar.)

Aktiviti masyarakat

Dilihat dari segi aktiviti masyarakat, mereka memperolehi makanan secara berburu,
mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada peringkat awal. Mereka juga
mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah
sehingga mengusahakan pertanian tetap dan menternak binatang. Jenis-jenis tanaman
utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi.

Kerajaan maritim

Kebanyakannya kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan muara sungai kerana
ia utamanya berasaskan kegiatan perdagangan laut dan menjalankan kegiatan
perdagangan. Laut dan sungai menjadi laluan utama kerajaan maritim.

Aktiviti utama adalah membina kapal dan menjalankan aktiviti perikanan. Pusat
pentadbirannya tertumpu di kawasan muara sungai. Pelabuhan amat penting bagi
kerajaan maritim. Pelabuhan merupakan pusat perdagangan, pusat jual beli, tempat
menyimpan barang perdagang dan tempat persinggahan pelayar dan juragan. Kerajaan
maritim berfungsi sebagai orang tengah iaitu tempat pengumpulan dan pengedaran
barangan mentah. Antaranya barang yang diperdagangkan adalah hasil hutan, rempah
ratus, ganaru, cendana, damar dan ubat-ubatan. Pelabuhan entrepot adalah pelabuhan
utama yang menjalankan kegiatan perdagangan yang menjual barang mentah ke India,
China, Arab dan Eropah.

Masyarakat maritim mahir dalam membaiki kapal dan ilmu pelayaran.

Antaranya contoh kerajaan maritim ialah SriVijaya, Champa, Chih Tu, Kedah Tua dan
Majapahit.

3
Faktor kebangkitan kerajaan maritim

 Faktor-faktor kebangkitan ialah penduduknya sangat mahir dalam pelayaran.


Malah mereka juga mahir membuat kapal-kapal besar.(mahir dalam semua
bidang berkaitan dengan laut)
 Faktor yang kedua ialah penduduknya terlibat dalam kegiatan perdagangan,
dengan ini cukai telah memberikan sumber pendapatan yang utama.
 Kerajaan maritim juga terletak di tengah perjalanan Timur dan Barat. Tiupan
angin monsun menyebabkan para pedagang terpaksa singgah sementara
menunggu pertukaran angin monsun. Boleh dikatakan ia terletak di kawasan
yang strategik.
 Faktor terletak di pelabuhan yang strategik juga menyebabkan kemunculan
kerajaan maritim. Dengan itu pelbagai kemudahan disediakan kepada pedagang
yang singgah di situ. Misalnya air, tempat penyimpanan barangan dan
sebagainya.

4
KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU ISLAM

Tiga teori kedatangan Islam ke Alam Melayu.

1.Teori kedatangan Islam dari Timur Tengah.Teori ini disokong oleh para ilmuan Muslim
seperti Profesor Hamka,Profesor Syed Naquib Al-Attas dan Profesor Ismail Yaakub.
Kesejajaran teori ini berlandaskan dengan hujah-hujah berikut:

Timur Tengah adalah wilayah yang menjadi sumber kedatangan dan kebangkitan
Islam.Sehubungan ini Islam yang dibawa oleh para pendakwah Arab dan Parsi memiliki
sifat-sifat keaslian dan kemurniaan.Pengaruh para ilmuan Islam dari Timur Tengah
seperti Imam Al Ghazali,Imam Asy-Syafie ,Imam Abu Hassan Al Asy arid an Imam

An-Nawawi telah melahirkan para ilmuan islam di alam Melayu seperti seperti Hamzah
Fansuri ,Syeikh Daud Al Fatani,Tuk Kenali,Abdul Samad Pelembangi ,Syamsudin Al
Sumatrani,Abdul Rauf Singkel,Arsyad Al Banjari dan tokoh –tokoh ilmuan Islam lain di
alam Melayu.Mazhab fiqh Asy-Syafiee dan mazhab teologi Asy ari begitu dominan di
dunia Arab seperti Mesir dan negara-negara Arab.Apa yang menariknya aliran-aliran
tersebut juga begitu dominan di alam Melayu sehingga ke hari ini.

Pengaruh tulisan Arab ke atas tulisan Jawi ,bahasa Arab ke atas bahasa Melayu dan
kesusteraan Arab Parsi keatas bahasa Melayu dan kesusasteraan Arab Parsi keatas
bahasa Melayu adalah bukti terkukuh tentang hakikat kebenaran teori kedatangan
Islam ke alam Melayu dari Timur Tengah.

Pengislaman raja-raja Melayu oleh para pendakwah Arab –Parsi juga turut
mendokong kebenaran hujah-hujah teori ini seperti pengislaman Parameswara dari
Melaka dan Merah Silu dari Samudera Pasai.

5
TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA

2.Teori ini didokong oleh para orientalis Barat yang menyokong agenda
penjajahan Barat ke atas dunia Islam.Antara mereka ialah Van Ronkel,R.A.Kern,Van
Leur,Wilkinson,Winstedt dan Pijanappei tokoh orientalis.Antara hujah-hujah mereka
ialah:

Islam yang dianuti dan diamalkan di alam Melayu telah bercampur aduk dan
tercemar dengan unsur-unsur India yang diistilahkan sebagai sinkreiteisme.Wujudnya
persamaan di antara batu-batu nisan yang ditemui Gujerat,India dengan batu nisan di
Pasai,Sumatera(Sultan Malik al-Saleh tahun 1297 dan batu nisan Maulana Malik
Ibrahim yang ada persamaan di Gujerat).Terdapat istilah-istilah Hindu yang digunakan
dalam bahasa Melayu seperti istilah raja,syurga,neraka,sengsara,seksa dan
sebagainya.Mazhab Syafie juga diamalkan di Melabar,India sebagaimana amalan
mazhab tersebut dalam masyarakat alam Melayu.

Pendapat ini diperkukuh dengan wujudnya hubungan perdagangan di antara


India dengan rantau ini sejak zaman pra-Islam lagi.Apabila agama Islam bertapak
kukuh di India,pedagang-pedagang India yang telah memeluk agama Islam,datang
berdagang ke Asia Tenggara dengan membawa Islam bersama-sama mereka da
menyebarkannya.Secara umumnya,ketiga-tiga teori ini telah membuktikan secara
mutlak bahawa agama Islam trelah dibawa masuk ke rantau Asia Tenggar dan ini telah
membuahkan interaksi antara tamadun.

TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA

3.Teori ini disokong oleh S.Q.Fatimi di dalam bukunya Islam Comes To


Malaya.Tujuan teori ini untuk menyatakan bahawa Islam telah datang lebih awal ke
China sebelum tiba ke alam Melayu.Justeru itu pengaruh Islam di China
berkemungkinan mempengaruhi penganut Islam di alam Melayu.Lebih-lebih lagi
adanya hubungan politik,ekonomi dan sosial di antara alam Melayu dengan China.

Mengikut teori ini,Islam dibawa daripada China melalui Canton dan Hainan pada
kurun ke-9.Teori ini dipelopori oleh seorang penulis Sepanyol,Emanuel Godinho de
Eredia.Antara bukti dan hujah rasional yang dikemukan ialah penemuan batu bersurat
di Campa bertarikh 1039,di Brumei bertarikh 1048,di Laren,Jawa bertarikh 1082,dan
batu bersurat di Terengganu bertarikh 1303.Kesemua bukti sejarah ini mencatatkan
adanya masyarakat Islam dan menunjukkan arah kedatangan Islam ke rantau ini
melalui negara China.Ini diperkukuhkan dengan hujan bahawa wujudnya hubungan
perdagangan di antara Tanah Arab dengan Tanah China yang membawa kepada

6
kemasukan agama Islam ke negeri China.Daripada negeri China,Islam telah dibawa ke
Alam Melayu.

Walaupun pengkaji –pengkaji sejarah mengemukakan pelbagai pendapat mengenai


teori bagaimana agama Islam tiba ke nusantara tetapi mereka bersependapat
mengenai teori penyebaran Islam di nusantara.Islam tersebar di nusantara kerana
peranan besar yang dimainkan oleh beberapa golongan iaitu para pedagang yang juga
pendakwah .Ini diikuti oleh golongan bangsawan yang terlebih dahulu memeluk
Islam,yang menyebarkan dikalangan rakyatnya.

You might also like