You are on page 1of 1

Ruj. Kami : P.T.

04021-03/(17)

Tarikh : 14 Mac 2010

Semua Guru Besar,


Sekolah Rendah Negeri Terengganu.

Tuan,

SENARAI MURID TAHUN 1 HINGGA 6 YANG TERCICIR DARI SISTEM


PERSEKOLAHAN SEHINGGA 31 MAC 2010 ( SUKU TAHUN PERTAMA )

Adalah dengan hormatnya saya diarah merujuk surat KP(BS/PSR)/8502/13/002/Jld.III/(41) bertarikh 15 Januari
2004 mengenai perkara di atas.

2. Pihak jabatan memohon kerjasama dari pihak sekolah untuk mengenal pasti murid tahun 1 hingga 6 di
sekolah tuan yang tercicir daripada Pendidikan Wajib (Murid Cicir – yang berhenti/ meninggalkan sistem
persekolahan) mulai 1 Januari 2010 hingga 31 Mac 2010.

3. Bersama ini disertakan Lampiran ‘A’ untuk tujuan tuan penuhi dan kembalikan kepada Jabatan Pelajaran
Negeri Terengganu (u.p: Unit Sekolah Rendah – En. Wahab bin Mohammad) atau

E-mail : wahabpsr3@yahoo.com.my

wfg3038@yahoo.com

Faks : 09 – 6213050

pada atau sebelum 4 April 2010 dan sesalinan kepada PPD masing-masing.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan”

Saya yang menurut perintah,

(TENGKU ANUAR BIN TENGKU DALAM)


Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Sekolah,
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

s.k:-
1. Semua Pegawai Pelajaran Daerah – Sila tuan kunci dan bawa bersama ke Mesyuarat
Pendidikan wajib pada 13 hingga 15 April 2010.

2. Setiausaha Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.


WM/Kajian Keciciran/Da*

You might also like