You are on page 1of 22

Kecacatan Ciri-ciri Khusus

 Perlakuan yang bongkak


 Ketawa dengan tiba-tiba
 Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
 Tidak mengenali bahaya.
 Tidak merasai kesakitan.
 Menangis dan marah tanpa sebab.
 Permainan yang luar biasa.
 Tidak mahu didakap.
 Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
Autisme  Berkelakuan seperti orang pekak.
 Tiada perhubungan mata bila bercakap.
 Memutar barang.
 Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
 Tingkahlaku aktif keterlaluan.
 Tidak mahu terima pelajaran biasa.
 Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
 Takut dan cemburu berlebihan.

Ciri-ciri Khusus Kecacatan


 Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
 Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung
terjelir.
 Mata sentiasa berair dan merah.
 Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan
terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang
menutupi bahagian dalam mata.
 Bentuk muka yang kecil.
 Bahagian kepala leper.
 Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak Sindrom
tangan satu melintang.
 Majoriti berambut lurus dan lembut. Down
 Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.
 Berbadan gembal dan rendak.
 Badan yang agak bongkok.
 Suka bermanja, bermain dan gembira.
 Dapat bergaul dengan baik.
 IQ di antara 30 hingga 80.
 Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Kecacatan Ciri-ciri Khusus


Cacat Akal 1. Adiot
 Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal
Ringan dan mungkin mencederakan diri sendiri.

2. Imbersil

 Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.


3. Moron

 Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.


 Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar
biasa.
 Lambat berjalan dan lambat bercakap.

4. Lembab

 Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri


dengan situasi sekolah biasa.
Ciri-ciri Khusus Kecacatan
 Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.
 Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu
mengeluarkannya.
 Air liur yang meleleh tanpa kawalan.
 Sukar bernafas.
 Sukar tidur dan terjaga waktu malam.
 Selalu menangis.
 Sukar bercakap dan memahami orang lain. Cacat Akal
 Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.
 Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak Berat
balas terhadap bunyi.
 Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan
sentuhan.
 Tidur yang berlebihan.
 Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.

Kecacatan Ciri-ciri Khusus


 Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.
 Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan
cahaya, bunyi dan warna.
 Tidur yang tidak tetap.
 Terlalu kerap menangis atau ketawa.
 Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja
Hyperaktif yang dilakukan.
 Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
 Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
 Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan
rakan sebaya.

Ciri-ciri Khusus Kecacatan




Murang dan menyendiri.
Aktiviti fizikal yang pasif.
Hypoaktif
 Tiada respond pada persekitaran.
 Suka termenung.
 Tidak suka bergaul atau berinteraksi.
 Menundukkan muka bila nama dipanggil.
 Suka bermain sendirian.
 Suka berkhayal.

Kecacatan Ciri-ciri Khusus


 Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh
badan.
 Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.
 Tidak berupaya mengangkut badan.
Spastik  Tidak berupaya berpijak atau berdiri.
 Tidak berupaya memegang objek.
 Tidak berupaya mengurus diri.

Ciri-ciri Khusus Kecacatan


 Kebolehan yang luar biasa.
 Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah
kelakuan dan emosi.
 pergaulan dengan kanak-kanak lain.


Perkembangan bahasa yang lambat.
Perbendaharaan kata yang kemas.
Pintar
 Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar. Cerdas
 Kemukakan soalan yang bertalu-talu.
 Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.
 Suka mencari helah.

http://reocities.com

APAKAH AUTISME ?
Ia merupakan keadaan yang melibatkan kecelaruan (disorder) tingkah laku kanak-kanak.
Kerumitan ini biasa mula dapat dikesan apabila kanak-kanak mencecah umur 3 tahun. Antara ciri
utama autisme ialah kanak-kanak tersebut agak lewat menguasai kemampuan bertutur.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah autisme biasanya tidak menunjukkan minat untuk
berinteraksi dengan persekitaran mereka. Kumpulan kanak-kanak yang menghidap masalah ini
biasanya mempunyai interaksi sosial yang terbatas. Mereka juga mempunyai masalah dalam
komunikasi lisan dan juga bukan lisan.

Pakar perubatan kanak-kanak menganggarkan bahawa terdapat antara 3 hingga 6 orang kanak-
kanak akan mengalami autisme bagi setiap 1000 kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki pula adalah
empat kali ganda berisiko menghidapnya berbanding kanak-kanak perempuan.

KOMPUTER DAN KANAK-KANAK AUTISME.


Para pakar dalam bidang sains komputer dan teknolog maklumat telah menghasilkan perkakasan
dan perisian terkini. Mereka mendapati bahawa kanak-kanak autisme menunjukkan bahawa
mereka lebih tertarik dengan kaedah pemulihan dengan interaksi berkomputer berbanding
kaedah rawatan tradisional (tanpa komputer). Kumpulan kanak-kanak ini lebih responsif, peka
dan bermotivasi sepanjang sessi terapi. Hal yang lebih menggembirakan adalah mereka mampu
menguasai lebih banyak kosa kata. Kanak-kanak autisme juga mengalami ketidakupayaan dalam
membuat pilihan atau membuat keutamaan. Dengan perisian komputer, kanak-kanak autisme
diajar membuat perbandngan dari segi persepsi terhadap sifat objek seperti berat atau ringan,
perlahan atau laju dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, kebanyakan perisian komputer yang dihasilkan memfokus kepada usaha
untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak autisme untuk belajar menghasilkan perlakuan
yang betul. Mereka juga dididik agar memahami konsep-konsep asas tertentu.

Matlamat utama adalah untuk menjana keupayaan bertutur dalam kalangan kanak-kanak autisme
tersebut.

Maka, kiranya anak anda tidak berupaya untuk bertutur sehingga mencapai umur 3 tahun, jangan
berlengah untuk mencari penyelesaian mengatasi masalah tersebut. Dalam masa yang sama,
tidak perlu risau atau gentar. Usaha dan percaya bahawa anak anda normal dan keupayaan
bertutur akan terserlah.
http://adianiez.blogspot.com

Autisme

Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan
anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup
dalam dunianya sendiri. Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan
pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.Walaupun kebanyakan
kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu
memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal. Dunia kanak-kanak
autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka,
khususnya apabila mereka mula ‘buat perangai’, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik
mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.Autisme adalah
gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang
kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya
berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik
menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada
jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang
mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri
sendiri.

Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini
sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi
dan tingkah laku.

Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain,
tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.
Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang
berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka
berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme.

Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.

Ciri-ciri kanak-kanak autisme ialah:

a) Tidak mampu bersosial

 Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan
berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:

1. Tidak menghiraukan orang lain.

2. Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.

3. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.

4. Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).

5. Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.

6.   Lebih suka bermain sendiri.

7. Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.

b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi

 Lambat bercakap.

 Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.

 Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.

 Bercakap dalam nada pelik — seperti menyanyi atau bercakap macam robot.

 Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).

 Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.

 Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka
kedengaran seperti orang dewasa.

c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan

 Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan.

 Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.


 Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan
berpusing dan memutar objek.

 Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di
luar kawalan.

 Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.

 Tidak boleh duduk diam.

 Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa

d. Masalah tingkah laku

 Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti
mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang
merosakkan seperti mencederakan diri.

 Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk.
Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.

 Tidak tahu bersosial — jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.

 Aktif tetapi berperangai pelik — kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain
dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.Memiliki ciri yang disenaraikan di atas
mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati.

Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu
membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-
kanak autisme sebagai bodoh.“Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru
dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran
dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan
daripada kanak-kanak normal. “Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di
sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru
menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras kemampuan,” kata Pengerusi
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel strategi praktikal
mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Menurut
Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen Underwood, masalah autisme boleh
dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak
mencapai usia tiga tahun.Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan dan
pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan baik. Golongan ini
memerlukan bantuan dalam segenap segi, terutama kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk
menguruskan diri sendiri.

Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini hanya disedari
guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah. Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme
berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan
memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah
fungsi pembelajaran juga bertambah baik.
Panduan membentuk hubungan sosial

Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti tidak pandai berkawan, mementingkan diri
sendiri dan sukar mengekalkan tumpuan, beberapa langkah boleh diambil iaitu dari peringkat pra
sekolah lagi.

Oleh kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul, ibu bapa boleh menjemput kawan datang
ke rumah. Ini membuatkan anak berasa diterima, lebih yakin serta dapat mengelak mereka
menjadi mangsa buli.

“Setiap kali cuba berkawan, ada saja kesalahan yang mereka dilakukan. Ini membuatkan kanak-
kanak autisme berasa tertekan dan mula menyalahkan orang lain. Mereka mungkin jadi
sombong, berlagak dan lebih susah berkawan. Kanak-kanak autisme, terutama perempuan, ada
kecenderungan meniru perbuatan orang lain bagi membolehkan mereka diterima sebagai kawan.

“Yang ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan jenis permainan yang dimainkan
rakan sebaya anak. Belajar cara dan peraturan permainan supaya anda boleh bermain dengan
anak. Ini membolehkan anak belajar untuk menunggu giliran dan berinteraksi.

“Kaedah lain ialah merakam suasana permainan di sekolah. Oleh kerana anak autisme ada
masalah lambat belajar, dia boleh menonton rakaman ini berulang kali di rumah,” katanya.

Pada masa sama, galak anak menjadi peramah dan mudah didekati. Jangan kritik jika anak tidak
melakukan perkara sepatutnya kerana mereka tidak tahu apa yang salah atau betul.

Sebaliknya, galakkan mereka dengan cara positif seperti membuat diari persahabatan atau carta
markah bersosial (beri satu markah apabila mereka melakukan usaha berkawan, terutama ketika
kecil iaitu pada umur empat atau lima tahun).

Sebagai ibu bapa, anda juga perlu menjadi ‘model’ dan kawan kepada anak, terutama apabila
mereka meningkat umur enam hingga sembilan tahun kanak-kanak autisme mula ada minat sama
dengan rakan sebaya.

Ketika ini mereka perlu belajar apa yang tidak boleh dicakap kerana kanak-kanak autisme
‘sangat jujur’ dan kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan.

Pada umur sembilan hingga 13 tahun, ibu bapa boleh menggunakan rancangan televisyen seperti
Mr Bean untuk mengajar anak apa yang tidak boleh dilakukan kerana pada ketika ini anak
autisme mula mengambil kira pandangan orang terhadap diri mereka dan sedar wujudnya
perbezaan jantina.

“Kanak-kanak autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa buli. Mereka
masih tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana bimbang dipulaukan. Rata-
rata berasa rendah diri, cepat resah, mudah tertekan dan pencapaian akademik juga lemah.
“Walaupun mula pandai berkawan tetapi dalam kebanyakan kes, persahabatan itu biasanya
berakhir di pintu pagar sekolah. Antara cara membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran
berkawan ialah menggalakkan mereka terbabit dalam pementasan drama atau aktiviti
berkumpulan serta membuat sistem mentor,” katanya.

Perlu diingat, bukan semua anak autisme ada masalah pembelajaran. Ada yang cerdas otaknya
seperti kanak-kanak yang alami Sindrom Asperger. Bagi yang tidak berjaya dalam hubungan
sosial, pencapaian akademik menjadi agenda penting untuk meningkatkan keyakinan diri anak
autisme.

Corak pemikiran dan pembelajaran mereka berbeza daripada kanak-kanak normal. Mereka ada
kemahiran memahami logik, dapat mengingat sesuatu secara terperinci dan boleh menyusun
fakta secara sistematik.

Masalah sering dihadapi golongan ini ialah pencapaian akademik tidak konsisten kerana mereka
mengalami kesukaran memanipulasi minda, terutama dalam perkara yang perlukan penumpuan
fikiran.

Kanak-kanak Sindrom Asperger bijak bercakap dan pandai memberi alasan. Kemahiran ini
bertambah jika mereka rajin membaca dan sifat ini membolehkan mereka bersembang panjang
dari satu topik ke topik lain.

Bagaimanapun, kata Underwood, kira-kira 75 peratus kanak-kanak Sindrom Asperger juga


mengalami Gangguan Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Jadi mereka susah untuk
menumpukan perhatian, mudah terganggu dan sukar mengingat fakta penting.

Yang boleh dilakukan ibu bapa ialah menggaris atau menandakan maklumat penting, memberi
tugasan pendek (atau pecahkan satu tugasan kepada beberapa bahagian untuk membentuk sifat
tanggungjawab), sentiasa memantau perkembangan anak dan memberi maklum balas secara aktif
bagi mengekalkan daya tumpuan anak.

“Mereka juga cepat lupa apa yang dipesan guru di sekolah. Bagi guru yang ada murid autisme,
minta pelajar tulis pesanan atau buat senarai kerja rumah. Ibu bapa juga boleh bekalkan anak
dengan kaset rakaman atau buku nota khas untuk mencatat pesanan. Kaedah ini boleh membantu
pengurusan dan pembelajaran anak autisme.

“Apabila semakin besar, kebanyakannya bimbang melakukan kesalahan kerana tidak mahu
diejek atau ditertawakan rakan sebaya. Mereka perlu diajar menerima kesalahan dan jika mereka
melakukannya, ia perlu diberitahu secara lisan dan ajar cara betul membuat sesuatu perkara.

“Anak autisme juga cepat berasa panik dan resah. Beritahu mereka bertenang adalah langkah
bijak. Lebih cepat mereka bertenang, lebih mudah sesuatu masalah dapat diselesaikan.

“Mempunyai anak autisme memang cabaran besar tetapi mereka boleh menikmati kehidupan
sebaik orang normal dengan sokongan ibu bapa, guru dan ahli keluarga. Paling penting, ibu bapa
jangan berputus asa dan sentiasa berdoa untuk kebaikan anak,” katanya.” http://ppdlms.edu.my
Mengatasi Kesulitan Belajar
Pada Anak
Written by Helex Wirawan   
Monday, 23 February 2009 04:01
Pendahuluan 

Sebagai seorang guru yang sehari-hari mengajar di sekolah, tentunya tidak jarang harus
menangani anak-anak yang mengalami kesulitan dalam belajar. Anak-anak yang sepertinya sulit
sekali menerima materi pelajaran, baik pelajaran membaca, menulis, serta berhitung. Hal ini
terkadang membuat guru menjadi frustasi memikirkan bagaimana menghadapi anak-anak seperti
ini. Demikian juga para orang tua yang memiliki anak-anak yang memiliki kesulitan dalam
belajar. Harapan agar anak mereka menjadi anak yang pandai, mendapatkan nilai yang baik di
sekolah menambah kesedihan mereka ketika melihat kenyataan bahwa anak-anak mereka
kesulitan dalam belajar.

Akan tetapi yang lebih menyedihkan adalah perlakuan yang diterima anak yang mengalami
kesulitan belajar dari orang tua dan guru yang tidak mengetahui masalah yang sebenarnya,
sehingga mereka memberikan cap kepada anak mereka sebagai anak yang bodoh, tolol, ataupun
gagal.

Fenomena ini kemudian menjadi perhatian para ilmuan yang tertarik dengan masalah kesulitan
belajar. Keuntungannya ialah, mereka mencoba menemukan metode-metode yang dapat
digunakan untuk membantu anak-anak yang mengalami kesulitan belajar tersebut tetap dapat
belajar dan mencapai apa yang diharapkan guru dan orang tua.

Dalam tulisan ini, kita akan mendapati apa sebenarnya yang dimaksud masalah kesulitan belajar,
factor apa yang menjadi penyebabnya, serta metode yang dapat digunakan untuk membantu anak
yang  mengalami masalah kesulitan belajar.

Definisi Kesulitan Belajar 

Aktifitas belajar bagi setiap individu, tidak selamanya dapat berlangsung secara wajar. Kadang-
kadang lancar, kadang-kadang tidak, kadang-kadang dapat cepat menangkap apa yang dipelajari,
kadang-kadang terasa amat sulit. Dalam hal semangat, terkadang semangatnya tinggi, tetapi juga
sulit untuk mengadakan konsentrasi. Demikian kenyataan yang sering kita jumpai pada setiap
anak didik dalam kehidupan sehari-hari dalam kaitannya dengan aktifitas belajar. Setiap individu
memang tidak ada yang sama. perbedaan individu ini pulalah yang menyebabkan perbedaan
tingkah laku dikalangan anak didik. “dalam keadaan di mana anak didik / siswa tidak dapat
belajar sebagaimana mestinya, itulah yang disebut dengan kesulitan belajar. Kesulitan belajar
merupakan kekurangan yang tidak nampak secara lahiriah. Ketidak mampuan dalam belajar tidak
dapat dikenali dalam wujud fisik yang berbeda dengan orang yang tidak mengalami masalah
kesulitan belajar. Kesulitan belajar ini tidak selalu disebabkan karena factor intelligensi yang
rendah (kelaianan mental), akan tetapi dapat juga disebabkan karena faktor lain di luar
intelligensi. Dengan demikian, IQ yang tingi belum tentu menjamin keberhasilan belajar. Dengan
demikian dapat dikatakan bahwa kesulitan belajar adalah suatu kondisi proses belajar yang
ditandai hambatan-hambatan tertentu dalam mencapai hasil belajar.

Jenis Kesulitan Belajar

   
Jenis kesulitan belajar ini dapat dikelompokkan menjadi empat macam, yaitu sebagai berikut :

Dilihat dari jenis kesulitan belajar :


ada yang berat
ada yang sedang

Dilihat dari bidang studi yang dipelajari : 


ada yang sebagian bidang studi yang dipelajari, dan
ada yang keseluruhan bidang studi.

Dilihat dari sifat kesulitannya :


ada yang sifatnya permanen / menetap, dan
ada yang sifatnya hanya sementara

Dilihat dari segi factor penyebabnya : 


ada yang Karena factor intelligensi, dan
ada yang karena factor bukan intelligensi 

 Faktor Penyebab Kesulitan Belajar

   
Masalah kesulitan belajar ini, tentunya disebabkan oleh berbagai factor. Untuk memberikan suatu
bantuan kepada anak yang mengalami kesulitan belajar, tentunya kita harus mengetahui terlebih
dahulu faktor apa yang menjadi penyebab munculnya masalah kesulitan belajar.
Faktor-faktor penyebab kesulitan belajar dapat digolongkan ke dalam dua golongan, yaitu :

A. Faktor intern (factor dari dalam diri anak itu sendiri ) yang meliputi: 
  1). Faktor fisiologi 
    Faktor fisiologi adalah factor fisik dari anak itu sendiri. seorang anak yang sedang sakit,
tentunya akan mengalami kelemahan secara fisik, sehingga proses menerima pelajaran,
memahami pelajaran menjadi tidak sempurna. Selain sakit factor fisiologis yang perlu kita
perhatikan karena dapat menjadi penyebab munculnya masalah kesulitan belajar adalah cacat
tubuh, yang dapat kita bagi lagi menjadi cacat tubuh yang ringan seperti kurang pendengaran,
kurang penglihatan, serta gangguan gerak, serta cacat tubuh yang tetap (serius) seperti buta, tuli,
bisu, dan lain sebagainya. 
     
  2). Faktor psikologis
    Faktor psikologis adalah berbagai hal yang berkenaan dengan berbagai perilaku yang ada
dibutuhkan dalam belajar. Sebagaimana kita ketahui bahwa belajar tentunya memerlukan sebuah
kesiapan, ketenangan, rasa aman. Selain itu yang juga termasuk dalam factor psikoogis ini adalah
intelligensi yang dimiliki oleh anak. Anak yang memiliki IQ cerdas (110 – 140), atu genius (lebih
dari 140) memiliki potensi untuk memahami pelajaran dengan cepat. Sedangkan anak-anak yang
tergolong sedang (90 – 110) tentunya tidak terlalu mengalami masalah walaupun juga
pencapaiannya tidak terlalu tinggi. Sedangkan anak yang memiliki IQ dibawah 90 ataubahkan
dibawah 60 tentunya memiliki potensi mengalami kesulitan dalam masalah belajar. Untuk itu,
maka orang tua, serta guru perlu mengetahui tingkat IQ yang dimiliki anak atau anak didiknya.
Selain IQ factor psikologis yang dapat menjadi penyebab munculnya masalah kesulitan belajar
adalah bakat, minat, motivasi, kondisi kesehatan mental anak, dan juga tipe anak dalam belajar.
     
B. Factor ekstern (factor dari luar anak) meliputi ;
    
  1). Faktor-faktor sosial
    Yaitu faktor-faktor seperti cara mendidik anak oleh orang tua mereka di rumah. Anak-anak
yang tidak mendapatkan perhatian yang cukup tentunya akan berbeda dengan anak-anak yang
cukup mendapatkan perhatian, atau anak yang terlalu diberikan perhatian. Selain itu juga
bagimana hubungan orang tua dengan anak, apakah harmonis, atau jarang bertemu, atau bahkan
terpisah. Hal ini tentunya juga memberikan pengaruh pada kebiasaan belajar anak.
     
  2). Faktor-faktor non- sosial
    Faktor-faktor non-sosial yang dapat menjadi penyebab munculnya masalah kesulitan belajar
adalah factor guru di sekolah, kemudian alat-alat pembelajaran, kondisi tempat belajar, serta
kurikulum.
 
Mengatasi Kesulitan Belajar

   
Anak yang memiliki keterlambatan kemampuan membaca, mengalami kesulitan dalam
mengartikan atau mengenali struktur kata-kata (misalnya huruf atau suara yang seharusnya tidak
diucapkan, sisipan, penggantian atau kebalikan) atau memahaminya (misalnya, memahami fakta-
fakta dasar, gagasan, utama, urutan peristiwa, atau topik sebuah bacaan). Mereka juga mengalami
kesulitan lain seperti cepat melupakan apa yang telah dibacanya. Sebagian ahli berargumen
bahwa kesulitan mengenali bunti-bunyi bahasa (fonem) merupakan dasar bagi keterlambatan
kemampuan membaca, dimana kemampuan ini penting sekali bagi pemahaman hubungan antara
bunyi bahasa dan tulisan yang mewakilinya. Istilah lain yang sering dipergunakan untuk
menyebutkan keterlambatan membaca adalah disleksia. Istilah ini sebenarnya merupakan nama
bagi salh satu jenis keterlambatan membaca saja. Semasa awal kanak-kanak, seorang anak yang
menderita disleksia mengalami kesulitan dalam mempelajari bahasa lisan. Selanjutnya ketika tiba
masanya untuk sekolah,anak ini mengalami kesulitan dalam mengenali dan mengeja kata-kata,
sehingga pada akhirnya mereka mengalami masalah dalam memahami maknanya.

Disleksia mempengaruhi 5 hingga 10 persen dari semua anak yang ada. Kondisi ini pertama kali
diketahui pada abad ke sembilan belas, dimana ketika itu disebut dengan buta huruf (word
blindness). Beberapa peneliti menemukan bahwa disleksia cenderung mempengaruhi anak laki-
laki lebih besar disbanding anak perempuan. Tanda-tanda disleksia tidak sulit dikenali, bila
seorang guru dan orangtua cermat mengamatinya. Sebagai contoh, bila anda menunjukkan sebuah
buku yang asing pada seorang anak penderita disleksia, ia mungkin akan mengarang –ngarang
cerita berdasarkan gambar yang ia lihat tanpa berdasarkan tulisan isi buku tersebut. Bila anda
meminta anak tersebut untuk berfokus pada kata-kata dibuku itu, ia mungkin berusaha untuk
mengalihkan permintaan tersebut.. Ketika anda menyuruh anak tersebut untuk memperhatikan
kata-kata, maka kesulitan mebaca pada anak tersebut akan terlihat jelas. beberapa kesulitan bagi
anak-anak penderita disleksia adalah sebagai berikut :

Membaca dengan sangat lambat dan dengan enggan


Menyusuri teks pada halaman buku dengan menggunakan jari telunjuk.
Mengabaikan suku kata, kata-kata, frase, atau bahkan baris teks.
Menambahkan kata-kata atau frase yang tidak ada dalam teks.
Membalik urutan huruf atau suku kata dalam sebuah kata
Salah dalam melafalkan kata-kata, termasuk kata-kata yang sudah dikenal
Mengganti satu kata dengan kata lain, meskipun kata yang digantikan tidak mempunyai arti
dalam konteksnya.
Menyusun kata-kata yang tidak mempunyai arti.
Mengabaikan tanda baca.
 
 Kiat Mengatasi Problem Dysleksia

   
Cara yang paling sederhana, paling efektif untuk membantu anak-anak penderita dysleksia belajar
membaca dengan mengajar mereka membaca dengan metode phonic. Idealnya anak-anak akan
mempelajari phonic di sekolah bersama guru, dan juga meluangkan waktu untuk berlatih phonic
di rumah bersama orang tua mereka.

Metode phonic ini telah terbukti berpengaruh terhadap peningkatan kemampuan anak dalam
membaca (Gittelment & Feingold, 1983). Metode phonic ini merupakan metode yang digunakan
untuk mengajarkan anak yang mengalami problem dysleksia agar dapat membaca melalui bunyi
yang dihasilkan oleh mulut. Metode ini dapat ssudah dikemas dalam bentuk yang beraneka
ragam, baik buku, maupun software.

Bagi anda orang tua, berikut ini merupakan ide-ide yang dapat membantu anak anda dengan
phonic dan membaca:

Cobalah untuk menyisihkan waktu setiap hari untuk membaca.

Tundalah sesi jika anak terlalu lelah, lapar, atau mudah marah hingga dapat memusatkan
perhatian.
Jangan melakukan sesuatu yang berlebih-lebihan pada saat pertama;mulailah dengan sepuluh atau
lima belas menit sehari.

Tentukan tujuan yang dapat dicapai : satu hari sebanyak satu halaman dari buku phonics atau
buku bacaan mungkin cukup pada saat pertama.

Bersikaplah positif dan pujilah anak anda ketika dia membaca dengan benar. Ketika dia membuat
kesalahan, bersabarlah dan bantu untuk membenarkan kesalahan. Jika dia ragu-ragu, berikan
waktu sebelum anda terburu-buru memberi bantuan.

Ketika anda membaca cerita bersama-sama, pastikan bahwa anak tidak hanya melafalkan kata-
kata, tetapi merasakannya juga. Tanyakan pendapatnya tentang cerita atau karakter-karakter
dalam cerita tersebut.

Mulailah dengan membaca beberapa halaman pertama atau paragraph dari cerita dengan suara
keras untuk memancing anak. Kemudian mintalah anak membaca terusan ceritanya untuk
mengetahui apa yang akan terjadi selanjutnya.

Variasikan aktivitas dengan meluangkan beberapa sesi untuk melakukan permaianan kata-kata
sebagai ganti aktivitas membaca, atau mintalah anak untuk mengarang sebuah cerita, tulislah
cerita tersebut, dan mintalah ia untuk membaca kembali tulisan tersebut.

Jangan membuat sesi ini sebagai pengganti kegiatan membaca dengan suara keras pada anak
anda. Jik anda selalu membacakan cerita waktu tidur, pertahankanlah itu. Ini akan sangat
membantunya mengenal buku dengan punuh kegembiraan.

Berikan hadiah padanya ketika dia melakukan sesuatu dengan sangat baik atau ketika anda
melihat perubahan yang nyata pada nilai-nilainya di sekolah. 

Problem Kesulitan Menulis (Dysgraphia)

   
Dalam sebuah pelatihan menjadi ahli ilmu kesehatan anak, terdapat seorang ahli ilmu kesehatan
yang bernama Stephen yang tidka pernah menulis apapun di atas kertas. Ia menggunakan mesin
ketik yang dapat dibawa kemana-mana (portable) untuk segala sesuatu laporan pasien, catatan
singkat. Kemudian diketahui bahwa Stephen memang tidak dapat menulis secara jelas.
seberapapun ia mencoba dengan keras ia tidak dapat menulis apapun dengan jelas, sehingga dia
dan orang lain tidak dapat membaca tulisan tangannya.

Apa yang dialami Stephen merupakan problem kesulitan menukis (disgraphya). Tentunya
disgraphya ini berbeda dengan tulisan tangan yang jelek. Tulisan tangan yang jelek biasanya tetap
dapat terbaca oleh penulisnya, dan juga dilakukan dalam waktu yang relatif sama dengan yang
menulis dengan bagus. Akan tetapi untuk dysgraphia, anak membutuhkan waktu yang lebih lama
untuk menulis.

Dalam menulis sesuatu kita membutuhkan penglihatan yang cukup jelas, keterampilan motorik
halus, pengetahuan tentang bahasa dan ejaan, dan otak untuk mengkoordinasikan ide dengan
mata dan tangan untuk menghasilkan tulisan. Jika salah satu elemen tersebut mengalami masalah
maka menulis akan menjadi suatu pekerjaan yang sulit atau tidak mungkin dilakukan. 

Kiat Mengatasi Problem Dysgrapia

   
Untuk mengatasi problem dysgraphia ini, sangatlah baik apabila kita belajar dari sebuah kasus
anak yang mengalami dysgraphia. Problem dysgraphia muncul pada Stephen saat sekolah dasar,
ia memiliki nilai yang bagus pada masa-masa awal, akan tetapi kemudian nilainya jatuh dan
akhirnya guru Stephen di kelas V memanggilnya, dan juga memanggil orang tuanya. Guru
tersebut meminta orang tua Stephen untuk mengajari Stephen mengetik pada mesin ketik yang
dapat dibawa kemana-mana (portable). Hasilnya nilai dan prestasi Stephen meningkat secara
tajam.

Sebagian ahli merasa bahwa pendekatan yang terbai untuk dysgraphia adalah dengan jalan
mengambil jalan pintas atas problem tersebut, yaitu dengan menggunakan teknologi untuk
memberikan kesmepatan pada anak mengerjakan pekerjaan sekolah tanpa harus bersusah payah
menulis dengan tangannya.

Ada dua bagian dalam pendekatan ini. Anak-anak menulis karena dua alasan : pertama untuk
menangkap informasi yang mereka butuhkan untuk belajar (dengan menulis catatan) dan kedua
untuk menunjukkan pengetahuan mereka tentang suatu mata pelajaran (tes-tes menulis).

Sebagai ganti menulis dengan tangan, anak-anak dapat:

Meminta fotokopi dari catatan-catatan guru atau meminta ijin untuk mengkopi catatn anak lain
yang memiliki tulisan tangan yang bagus ; mereka dapat mengandalkan teman tersebut
danmengandalkan buku teks untuk belajar.
Belajar cara mengetik dan menggunakan laptop / note book untuk membuat catatan di rumah dan
menyelesaikan tugas-tugas sekolah.
Menggunakan alat perekam untuk menangkap informasi saat pelajaran
Sebagai ganti menulis jawaban tes dengan tangan, mereka dapat :

Melakukan tes secara lisan


Mengerjakan tes dengan pilihan ganda.
Mengerjakan tes-tes yang dibawa pulang (take – home test) atau tes dalam kelas dengan cara
menegtik.
Bila strategi-strategi di atas tidak mungkin dilakukan Karena beberapa alasan, maka anak-anak
penderita dysgraphia harus diijinkan untuk mendapatkan waktu tambahan untuk tes-tes dan ujian
tertulis.
Keuntungan dari pendekatan ini adalah bahwa pendekatan ini memberikan perbedaan yang segera
tampak pada anak. Dari pada mereka harus bersusah payah mengusaia suatu keterampilan yang
sangat sulit bagi mereka, dan nantinya mungkin akan jarang butuhkan ketika beranjak dewasa,
mereka dapat berkonsentrasi untuk mempelajari keterampilan lain, dan dapat menunjukkan apa
yang mereka ketahui. Hal ini membuat mereka merasa lebih baik berkenaan dengan sekolah dan
diri mereka sendiri. tidka ada alasan untuk menyangkal kesempatan bagi seorang anak yang
cerdas untuk meraih kesuksesan di sekolah. selain itu, karena pendidikan sangatlah penting bagi
masa depan anak, maka tidak sepadan resiko membiarkan anak menjadi semakin lama semakin
frustasi dan menjadi putus asa karena pekerjaan sekolah.
 
Problem Kesulitan Menghitung (Dyscalculia)

   
Berhitung merupakan kemampuan yang digunakan dalam kehidupan kita sehari-hari, baik ketika
membeli sesuatu, membayar rekening listrik, dan lain sebagainya. Tidak diragukan lagi bahwa
berhitung merupakan pekerjaan yang kompleks yang di dalamnya melibatkan :

membaca, menulis, dan keterampilan bahasa lainnya.

kemampuan untuk membedakan ukuran-ukuran dan kuantitas relatif dan obyektif.

kemampuan untuk mengenali urutan, pola, dan kelompok.

ingatan jangka pendek untuk meningat elemen-elemen dari sebuah soal matematika saat
mengerjakan persamaan.

kemampuan membedakan ide-ide abstrak, seperti angka-angka negatif, atau system angka yang
tidk menggunkan basis sepuluh.
Meskipun banyak masalah yang mungkin turut mempengaruhi kemampuan untuk memahami,
dan mencapai keberhaislan dalam pelajaran matematika. Istilah ‘dyscalculia’, biasanya mengacu
pada pada suatu problem khusus dalam menghitung, atau melakukan operasi aritmatika, yaitu
penjumlahan, pengurangan, perkalian, dan pembagian.

Anak yang mengalami problem dyscalculia merupakan anak yang memiliki masalah pada
kemampuan menghitung. Anak tersebut tentunya belum tentu anak yang bodoh dalam hal yang
lain, hanya saja ia mengalami masalah dengan kemampuan menghitungnya. Untuk lebih jelas
mengenai gambaran anak yang mengalami problem dyscalculia, perhatikanlah contoh kasus
berikut.

Seorang anak bersama Jesica (sepuluh tahun, duduk di kelas V) didapati mengalami masalah
dengan mata pelajaran matematika. Nilai matematika yang Jessica dapat selalu rendah, walaupun
pada mata pelajaran lain, nilainya baik. Lalu seorang guru memanggilnya, dan memberinya
lembar kertas dan pensil dan memintanya menyelesaikan soal berikut :Jones seorang petani
memiliki 25 pohon apel dan tiap pohon menghasilkan 50 kilogram apel pertahun, berapa
kilogram apel yang dihaislkan Jones tiap tahun?. Ia berusaha keras menemukan jawabannya
tetapi tetap tidak bisa. Ketika guru bertanya bagaimana cara menyelesaikan, ia menjawab, ia
harus mengalikan 25 dengan 50, akan tetapi ia tidak dapat menghitungnya. Kemudian guru
memberinya kalkulator, dan kemudian ia dapat menghitungnya. Inilah gambaran seorang anak
yang mengalami problem “dyscalculia”.
 
Kiat Mengatasi Anak Dengan Dyscalculia

   
Seperti halnya problem kesulitan menulis dan membaca, ada dua pendekatan yang mungkin : kita
dapat menawarkan beberapa bentuk penganganan matematika yang intensif, atau dengan
mengambil jalan pintas.
Pendekatan yang pertama, yaitu penanganan matematika yang intensif, dapat kita lakukan dengan
teknik “individualisasi yang dibantu tim”. Pendekatan ini menggunakan pengajaran secara privat
dengan teman sebaya (peer tutoring). Pendekatan ini mendasari tekniknya pada pemahaman
bahwa kecepatan belajar seorang anak berbeda-beda, sehingga ada anak yang cepat menangkap,
dan ada juga yang lama. Teknik ini mendorong anak yang cepat menangkap materi pelajaran agar
mengajarkannya pada temannya yang lain yang mengalami problem dyscalculia tersebut.

Pendekatan yang kedua, yaitu jalan pintas, sebagaimana Jessica diberikan kalkulator untuk
menghitung, maka anak dengan problem dyscalculia ini juga dapat diberikan calculator untuk
menghitung. Hal ini sederhana karena anak dengan problem dyscalculia tidka memiliki masalah
dengan kaitan antara angka, akan tetapi lebih kepada menghitung angka-angka tersebut.
 
Penutup

   
Pada dasarnya semua anak memiliki kemampuan, walaupun mungkin saja kemampuan yang
dimiliki berbeda satu dengan yang lainnya. pada tingkat pendidikan dasar berbagai kemampuan
tersebut masih memiliki relasi yang kuat, membaca, menulis, serta berhitung. Masalah yang
mungkin ada pada pada salah satu kemampuan tersebut dapat menggangu kemampuan yang lain.
Dengan demikian apa yang kita sering lakukan baik sebagai seorang orang tua, ataupun seorang
guru dengan mengatakan seorang anak yang mendapatkan nilai yang rendah merupakan anak
yang bodoh dan gagal perlu menjadi perhatian kita. Karena sebagaimana kita ketahui bahwa
mungkin saja anak hanya mengalami gangguan pada salah satu kemampuan tadi, dan ia tidak
tahu bagaimana mengatasi masalah tersebut.
Untuk itu, yang terpenting bagi kita adalah dapat menelaah dengan baik perkembangan anak kita.
Diagnosis terhadap permasalahan sesungguhnya yang dialami anak mutlak harus dilakukan.
Dengan demikian kita akan mengetahui kesulitan belajar apa yang dialami anak, sehingga kita
dapat menentukan alternatif pilihan bantuan bagaimana mengatasi kesulitan tersebut.
http://www.iapw.info

Pengajaran dan Pembelajaran:


Dewasa ini, peranan pendidik dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna kepada anak didiknya
sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran yang menjadi asas pegangannya. Seseorang pendidik akan
menggunakan kaedah pengajaran yang paling efisyen bagi menjamin berlakunya pembelajaran di
kalangan murid- muridnya. Secara umunya, pengajaran ialah penyampaian maklumat dalam seting
pendidikan misalnya sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Manakala
pembelajaran pula adalah perbuatan atau pengalaman seorang pembelajar yang diperoleh melalui
pendidikan[1]. Namun, dalam konteks pendidikan, pembelajaran membawa maksud perubahan tingkah
laku seseorang akibat ilmu, kemahiran atau amalan yang diperoleh melalui proses pendidikan.
Teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu teori pembelajaran pembelajaran
behavioris, kognitif, konstruktivisme, sosial dan pendekatan humanis. Setiap jenis teori pembelajaran
tersebut mempunyai prinsip dan pemfokusan yang berlainan. Malah, hujah yang dikemukakan juga
banyak bergantung pada persekitaran dimana pelopor teori tersebut membesar, mendapatkan
pendidikan dan budaya masyarakat setempat. Contohnya, teori behavioris yang berpecah kepada tiga
cabang iaitu, teori pelaziman klasik, teori pelaziman tingkah laku dan teori pelaziman operant. Jika kita
mengkaji dan memahami teori-teori tersebut, sangat jelas dan nyata, idea yang dikemukakan
bergantung pada jangka masa teori tersebut diilhamkan.

Teori Behavioris:
Setiap teori pembelajaran yang dikemukakan memberi implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
secara tersendiri. Berdasarkan teori pembelajaran behavioris yang dipelopori oleh John Broadus
Watson, Ivan Petrovich Pavlov, Edward Thorndike dan Burrhus Frederic Skinner. Dalam teori mereka,
mereka memberi bebrapa fokus dalam pengukuhan, pengukuhan berjadual, shaping, penghapusan dan
modifikasi tingkahlaku.

Pelaziman Klasik:
Menurut teori pelaziman klasik, cara pembelajaran yang sesuai ialah menggunakan ransangan tak
terlazim dikaitkan dengan ransangan terlazim. Hal ini dibuktikan oleh Pavlov dan Watson melalui kajian
yang mereka jalankan iaitu Eksperimen Little Albert dan eksperimen ke atas anjing. Eksperimen-
eksperimen tersebut secara ringkasnya menekankan bahawa, peneguhan atau keselesaan kepada
responden pada awalnya. Kemudian, setelah responden terbiasa dengan keadaan tersebut,
penghapusan akan dijalankan.
Melalui teori yang dikemukakan oleh kedua- dua tokoh tersebut, dapatlah digunakan oleh para pendidik
dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara implikasi teori tersebut dalam P&P ialah gerak balas positif
(perhatian dan penglibatan murid- murid dalam P&P) dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Selain
daripada itu juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid- murid untuk memudahkan
proses P&P. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan perkataan “bola” kepada murid, pastikan
murid mampu menyebut perkataan tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji bola kearahnya.
Kemudian, tunjukkan kad perkataan bola disertakan dengan sebiji bola untuk mendapat gerak balas
murid tersebut. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut perkataan
buku apabila ditunjukkan kad perkataan kepadanya. Malah, guru perlu membimbing murid- murid
menggunakan kemahiran generalisasi dengan tepat, dengan memberikan pelbagai contoh yang
berkaitan.
Selain daripada itu juga, guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan
terlazim dengan gerak balas terlazim. Contonhnya, memberikan penyelesaian masalah matematik
dengan kerap kali. Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim
yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan
murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan gula- gula, pada
suatu hari guru memberikan pensel sebagai peneguhan. Malah, guru perlu membantu murid
memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan
pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.

Pelaziman Operan;
Manakala, teori pelaziman operan yang dipelopori oleh Skinner lebih menekankan kepada peneguhan
diberikan selepas responden berjaya dalam sesuatu usaha atau berlakunya peningkatan positif. Melalui
kajian yang dijalankan beliau terhadap tikus, dapatlah disimpulkan bahawa tingkahlaku yang disertai
dengan pengukuhan akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkahlaku yang sama pada masa
akan datang. Manakala peneguhan negatif yang diberi akan membawa kesan tidak menyeronokkan dan
responden akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini.
Antara implikasi teori tersebut dalam P&P ialah, sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari
hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran
atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan. Selain daripada itu, prinsip penghapusan melalui proses
pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak
diigini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau
negatif. Peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Malah, guru
juga perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya
mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.

Hukum Kesan:
Teori yang dikemukakan oleh Edward Thorndike ini terdapat pertindahan untuk dikelaskan. Dalam
sesetengah sumber, ia dikategorikan dalam teori pelaziman, dan sesetengahnya pula pengklasifikasikan
sebagai Hukum Kesan. Thorndike menjalankan kajian ke atas kucing yang sedang lapar dibiarkan di
dalam sangkar yang mempunyai penyendal untuk membuka pintu sangkar tersebut dan kucing tersebut
boleh mendapatkan makanan yang berada di luarnya. Dalam teorinya, terdapat tiga jenis hukum iaitu
hukum kesediaan, latihan dan kesan.
Implikasi teori Thorndike dalam P&P ialah untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar. Pada masa yang
sama, guru perlu memainkan peranan dalam menggunakan motivasi yang sesuai. Selain daripada itu, ia
mampu mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas pelajar dengan memperbanyakkan
aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. Guru juga
perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada
pelajar. Antara peneguhan yang boleh digunakan ialah peneguhan social dan material. Malah, teori ini
juga menekankan pemberian peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran
mereka.

Teori Kognitif:
Jean Piaget merupakan individu bertanggungjawab yang telah mempelopori teori ini. Menurut beliau,
perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat; peringkat
deria motor (0-2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-12 tahun) dan operasi formal
(selepas 12 tahun). Teori ini juga menekankan lima konsep asas iaitu skema, adaptasi, keseimbangan,
asimilasi dan akomodasi.
Teori Kognitif ini memberikan beberapa implikasi dalam proses P&P. Menurut teori tersebut, isi
kandungan hendaklah disusun mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak dan yang paling relevan
adalah daripada konkrit kepada abstrak, dekat kepada jauh, pengalaman sedia ada kepada pengetahuan
baru dan daripada kasar kepada halus. Contohnya, untuk mengajarkan tentang buah-buahan tempatan,
mulakan dengan memberi contoh yang diketahui oleh murid- murid terlebih dahulu. Selain daripada itu,
guru seharusnya berperanan sebagai fasilitator dalam proses P&P yang bertugas sebagai penyusun
maklumat yang hendak disampaikan bagi memudahkan murid mengaitkan pelajaran baru dengan
pelajaran lepas.
Seterusnya, guru harus sedar bahawa ada murid yang berada dalam mod pembelajaran yang berbeza
dan guru perlu bijak memainkan peranan dalam menguasai proses P&P. sebagai contoh, jika terdapat
murid yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam proses pembelajaran yang berlangsung, guru
perlu memikirkan cara yang efisyen bagi menarik minat mereka.

Teori Konstruktivisme:
Teori ini berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam
minda berdasarkan pengalaman sebenar. Antara tokoh yang bertanggungjawab memperkanalkan teori
ini adalah L. Vigotsky dan Jean Piaget. Melalui hujah- hujah yang dikemukakan, dapatlah disimpulkan
bahawa, implikasi teori ini dalam P&P ialah peranan guru merupakan pembimbing, pemudahcara serta
perancang dan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Malah, pengalaman dan
kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru. Ini bererti
tahap isi pelajaran hendaklah sesuai dengan kebolehan pelajar. Contohnya, jika pelajar tidak mampu
menguasai sesuatu topik, guru perlu mengubah pendekatan yang lebih mudah difahami oleh murid
tersebut.
Selain daripada itu juga, penilaian tradisi tidak sesuai lagi digunakan dan bentuk serta alat penilaian
terhadap tahap pembentukan ilmu hendaklah dibentuk oleh guru dan murid bersama- sama. Hal ini
bermaksud, penilaian seperti peperiksaan dan ujian bukanlah peratusan atau kemahiran sebenar murid-
murid. Guru seharusnya menyediakan penilaian lain secara berterusan bagi menentukan tahap sebenar
anak didiknya.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KE ATAS PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN (P&P) KEPADA KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Teori pembelajaran yang diperkenalkan bukan sahaja memberi implikasi dalam P&P kanak-kanak
normal, namun ia turut mencakupi kanak- kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas
ialah kanak-kanak yang mengalalami masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran[2].
Bagi guru-guru yang sudah lama berkecimpung dalam dunia khas, semestinya mereka telah memahami
dan begitu arif tentang pengubahsuaian kurikulum berdasarkan kognitif dan tahap keabnormalan murid-
murid. Malah, jika diteliti dan dihayati, pengajaran terhadap kanak-kanak khas juga banyak
mengaplikasikan teori-teori pembelajaran yang diutarakan.

Teori Behavioris:
Dalam mengajar kanak- kanak berkeperluan khas, pengaplikasian teori ini amat tepat dengan situasinya.
Jika kita melihat kepada masalah kanak-kanak khas yang kebanyakkannya tidak tahu membaca,
pendekatan teori ini mampu meningkatkan sedikit ransangan mereka agar terus berminat dalam
mengikuti pembelajaran. Berdasarkan teori tersebut juga, guru-guru boleh menggunakan peneguhan
positif atau negatif bagi meransang murid-murid berusaha untuk meningkatkan kemahiran membaca.
Seelok-eloknya, guru perlu memberi ganjaran atau hadiah kepada murid-murid yang menguasai
kemahiran tersebut. Sebagai contoh, seorang guru memberikan coklat kepada muridnya yang mampu
membaca huruf ‘a’ hingga ‘h’ dengan betul. Kaedah ini akan memberikan motivasi kepada kanak-kanak
lain untuk mencuba dan kanak-kanak yang memperoleh peneguhan tersebut untuk terus menguasai
huruf seterusnya.

Malah, berdasarkan hukum pembelajaran yang terdapat dalam teori tersebut, seseorang guru perlulah
membuat persiapan sebelum mengajar. Sediakan BBM yang menarik, ransangan yang sesuai dan teknik
pendekatan yang praktikal. Selain daripada itu juga, guru perlu memastikan tahap kesediaan murid. Bagi
mengetahui tahap murid-murid, gunakan waktu set induksi untuk berinteraksi dan bertanyakan hal-hal
umum kepada murid- murid. Contohnya, guru bertanyakan apakah yang dilakukan oleh anak muridnya
yang mengalami masalah hiperaktif.
Guru perlu memberikan respon yang spesifik dan kerap. Hal ini kerana murid-murid khas sentiasa
memerlukan perhatian dan respon agar mereka dapat meningkatkan tahap kelakuan kearah yang lebih
positif. Respon guru dan teguran yang positif serta spesifik agar kanak-kanak yang mengalami masalah
tingkah laku dapat mengetahui masalah mereka yang lari dari norma asal. Contohnya, kanak-kanak
‘down sindrom’ yang bermasalah akolalia iaitu mengulang-ulang perkataan dengan kerap, guru perlu
menegur secara terus terang bahawa perlakuannya adalah diluar norma manusia normal. Respon guru
tersebut, mampu mengurangkan keadaanya kepada yang lebih baik.
Selain daripada itu juga, guru perlu menggiatkan penghapusan tingkah laku yang tidak diingini. Gunakan
kaedah ‘time-out’, ‘kontrak’, ‘pengasingan’, dan sebagainya dalam mengawal dan mengurangkan
tingkah laku yang tidak diingini. Namun begitu, kaedah atau hukuman tersebut perlulah sesuai dengan
masalah tingkah laku kanak-kanak tersebut. Jika kanak-kanak yang mengalami masalah down sindrom,
kaedah ‘time out’ merupakan antara kaedah yang boleh digunakan.

Teori Kognitif:
Menurut teori kognitif, guru perlu menyediakan BBM yang berbentuk besar, maujud ataupun benda
yang senang dilihat dan disentuh. Adalah lebih baik sekiranya bahan pengajaran tersebut berdasarkan
pengetahuan sedia ada murid- murid dan sesuatu yang hampir dengan kanak-kanak tersebut. Manakala
dalam mendidik kanak-kanak khas, guru perlu mempelbagaikan BBM kerana tahap kognitif mereka
terhad. Contohnya, guru ingin mengajarkan tentang buah-buahan, guru membawa dan menunjukkan
buah-buahan sebenar serta menyuruh murid menyentuh, melihat, mencium bau dan merasa buah
tersebut. Pendekatan tersebut akan menjadikan murid lebih mudah mengingat apa yang dipelajari pada
hari itu.
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah daya tumpuan yang singkat, guru perlu lebih peka dalam
penyediaan rancangan pengajaran. Jika murid-murid sudah menguasai konsep terdahulu, guru tersebut
perlulah meningkatkan tahap pembelajaran kepada sifat egosentrik. Kanak-kanak khas juga sebenarnya
mempunyai keupayaan jika diberi pendedahan secara sistematik dan terapi yang berterusan. Sebagai
contoh, jika murid sudah mampu menguasai operasi tambah dan tolak dalam subjek matematik, guru
perlu mempertingkatkan pengajaran kepada operasi darab dan bahagi yang lebih mencabar. Pada masa
tersebut, pemikiran mereka akan terus berkembang.
Selain daripada itu juga, kanak-kanak khas perlu diajar mengikut subjek yang telah disusun dan
diperingkatkan. Pemeringkatan tersebut perlulah dari yang senang kepada susah kerana mereka sangat
bermasalah dalam reseptif dan menyusun maklumat yang diterima. Apatah lagi untuk menyimpan
ingatan tersebut dalam stor jangka masa panjang. Contohnya dalam mengajar operasi tambah dalam
matematik, guru perlu memulakan dengan nombor yang kecil. Setelah murid-murid mampu
menguasainya, barulah guru memberikan soalan yang membabitkan nombor lebih besar.
Malah, guru perlu mengubahsuai kaedah dan pendekatan P&P untuk disesuaikan dengan keadaan
murid-murid khas tersebut. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan murid-murid yang
dikategorikan sebagai autisme, kaedah pengajaran tersebut perlulah menekankan komunikasi dan
interaksi terutamanya yang melibatkan ‘eye contact’. Perbanyakkan interaksi dua hala dan soalan yang
mampu dijawab serta menarik minatnya untuk terus meningkatkan tahap komunikasi. Kaedah P&P yang
digunakan perlulah ringkas dan berkesan kerana kanak-kanak khas tidak mampu menerima laras bahasa
yang tinggi.

Teori Konstruktivisme:
Implikasi teori konstruktivisme dalam proses P&P kanak-kanak berkeperluan khas pula ialah guru perlu
membina suasana P&P yang mampu membina pengetahuan murid-murid. Pastikan suasana yang dibina
tidak merencatkan pengetahuan mereka. Contohnya, seorang kanak-kanak yang mengalami ‘mental
retardation’ tahap ringan dan boleh dididik dibiarkan dalam kelas yang menempatkan kanak-kanak
‘mental retardation’ sederhana akan memberi kesan negatif terhadap perkembangannya. Sepatutnya,
kanak-kanak tersebut perlu ditempatkan di kelas yang mampu meningkatkan daya pemikirannya.
Selain daripada itu juga, guru perlu merancang dan melaksanakan strategi-strategi pengajaran seperti
soalan terbuka dan dialog bersama murid- murid. Kaedah ini akan membantu peningkatan tahap
komunikasi. Komunikasi merupakan item terpenting dalam membina kemahiran menganalisis, mentafsir
dan meramal maklumat. Contohnya, semasa set induksi sesi P&P guru bertanyakan khabar dan
mengenai hobi seorang kanak-kanak autisme sebelum memulakan pembelajaran bertemakan hobi pada
hari tersebut. Selain daripada itu juga, guru boleh menggunakan kaedah dialog bersama rakan sekelas
untuk membantu kanak-kanak khas meningkatkan tahap interpersonal. Perancangan guru yang
sistematik dan fleksibel boleh digunakan oleh guru tersebut dalam menagani pelbagai karenah murid.
Implikasi seterusnya adalah guru menggunakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) sebagai untuk
menganalisis perkembangan dan kemajuan murid dari semasa ke semasa. Seperti yang diketahui umum,
kanak-kanak khas tidak mengambil peperiksaan umum kecuali mereka yang mengikuti kelas inklusif
dengan kelas normal. RPI yang digunakan merupakan kolaborasi pelbagai disiplin. Jadi, perkembangan
dan kemajuan yang dianalisis merupakan peningkatan dari pelbagai aspek. Contohnya, jika seorang
murid yang mengalami masalah tingkah laku, perubahannya diperhatikan oleh semua pihak yang terlibat
dan terapi diberikan dari pelbagai aspek. Keadaan dan perkembangannya dicatat dari semasa ke
semasa. Apa yang menjadi fokus keutamaan adalah proses perubahannya, bukanlah hasil terakhir. Hal
ini kerana setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan yang pelbagai.

You might also like