You are on page 1of 2

TAJUK

BUKU PANDUAN UNTUK PENGURUSAN TINGKAH LAKU


MURID HYPERAKTIF
PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG

Buku panduan ini dihasilkan bagi memudahkan guru dalam menguruskan tingkah laku murid yang
mempunyai masalah pembelajaran khususnya bagi murid yang hyperaktif (Attention Deficit-
Hyperactivity Disorder, ADHD). Kebanyakan kanak-kanak yang dikatakan terlalu lasak oleh ibubapa
boleh dikawal dan didisiplinkan.Mereka semakin kurang lasak apabila usia mereka meningkat 8
tahun.Tetapi yang menyulitkan para ibubapa ialah apabila keadaan lasak ini menjadi tidak terkawal.
Anak tidak mendengar kata, asyik dengan aktivitinya,terlalu resah,tidak boleh duduk diam hampir dalam
semua situasi (di tadika,di klinik,di kedai,di taman permainan)dan tidak boleh menumpukan perhatian
kepada sesuatu aktiviti. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Sindrom Hiperaktif’ atau ‘Attention Deficit’ atau
‘Hyperactive Disorder’. Buku ini mengandungi kaedah-kaedah dan cara-cara yang terbaik dan mudah
bagi guru dalam mengurus dan mengatasi tingkah laku murid hyperaktif. Kaedah-kaedah yang akan
dipaparkan nanti juga dapat membimbing dan memahamkan lagi guru tentang tingkah laku murid yang
hyperaktif ini. Guru yang memahami akan kehendah dan tingkah laku anak muridnya akan dapt
menguruskan murid dengan lebih berkesan dari segi pengajaran dan pembelajaran di dalam dan diluar
kelas. Malah, murid yang hyperaktif ini juga akan dapat mempelajari cara yang terbaik dalam
mendapatkan ilmu pengetahuan dan turut bersama-sama mengikuti proses pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas tanpa rasa takut dan tertekan. Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan 
program rawatan tersendiri memandangkan kepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan yang
ada padanya.  Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku(behavioral modification
therapy), terapi pemakanan, dan ubat ubat untuk mengurangkan keresahan bergantung kepada
keperluan. Sebaliknya suasana keliling yang bising dan tidak tenteram serta  berkemas hendaklah
diubah. Selin itu, perkara yang perlu di ambil berat termasuklah  mempertingkatkan ilmu ibu bapa dan
penjaga, membantu mereka memahami jiwa anak anak mereka dan menyedari dengan lebih mendalam
kebolehan dan kelemahan  anak anak mereka
KANDUNGAN

OBJEKTIF

1) Membantu guru pendidikan khas masalah pembelajaran dalam memahami tingkah laku murid
hyperaktif
2) Membantu guru dalam mengatasi tingkahlaku murid masalah pembelajaran iaitu murid
hyperaktif
3) Memenuhi kehendak guru dari segi pengurusan untuk guru-guru di kawasan luar Bandar.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran merupakan guru pendidikan khas di kawasan luar Bandar terutamanya di Sabah dan
Sarawak. Kumpulan sasaran yang lain pula ialah murid-murid hyperaktif yang terdapat di kawasan luar
Bandar dan subbandar sabah dan Sarawak.

You might also like