Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
ran Kontrak Nota 2 Sem2 20092010 Space

ran Kontrak Nota 2 Sem2 20092010 Space

Ratings: (0)|Views: 394 |Likes:
Published by anoy_x

More info:

Published by: anoy_x on Mar 18, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/14/2013

pdf

text

original

 
1norazampentadbiran kontrak SBC2522
PRESTASI DAN PERLAKSANAAN KERJA KONTRAKTOR 
Penyerahan tapak Klien dan kontraktor masing-masing berkewajipan (obliged) untuk menyempurnakantanggungjawab mereka dan tanggungjawab ini bertumpu kepada apa yang dikatakansebagai ‘kerja’ atau ‘Works’. Dalam apa jua perbincangan mengenai hak pihak yang berkontrak, ianya amat berkait dengan status ‘kerja’ tersebut.Kontraktor berkewajipan memastikan kerja disiapkan dan diserahkan kepada kliendalam tempoh masa yang dijanjikan. Tempoh masa ini amat kritikal kerana dalamtempoh masa tersebut kontraktor dibenarkan melakukan apa jua yang perlu agar kewajipannya dapat disempurnakan. Tempoh masa ini (yang selalunya ditawarkanoleh kontraktor sebagai tempoh masa yangs sesuai baginya) mestilah mengambilkirasegala risiko yang mungkin berlaku. Risiko yang dimaksudkan adalah wajar danmunasabah untuk seorang professional pembinaan untuk diambilkira dan pada masayang sama menunjukkan bahawa langkah-langkah yang munasabah telah diambildemi mengelakkan atau mengurangkan implikasi risiko tersebut terhadap tempohmasa pembinaan (fasal 43 JKR203A perenggan akhir) Namun begitu kewajipan kontraktor (menyiapkan kerja dalam tempoh masa yangditetapkan) sudah tentu tersekat/terhalang jika tapak bina tidak diserahkan kepadanya.Tanpa serahan maka tiadalah pemilikan tapak bina. Menurut Robinson dan Lavers(1988), dalam ertikata kontrak pembinaan, pemilikan tapak bina merupakan suatulesen untuk memasuki dan mendiami tapak bina untuk sesuatu tujuan iaitusehinggalah penyiapan kerja tercapai dan disahkan. Pemilikan tapak bina sertamendiami tapak bina secara tersirat bermaksud mempunyai kawalan keatasnya dan bertanggungjawab terhadap segala yang berlaku didalam tapak bina atau kejadian-kejadian yang berlaku akibat ‘kerja’ tersebut. Lesenini bukanlah mutlak –pemilik sebenar dan mereka-mereka yang berkaitan dengan pemilik masih boleh memasukidan mendiami tapak (fasal 23 & 38[f] JKR203A).Kontraktor hendaklah diberikan (kewajipan klien) pemilikan tapak bina pada atausebelum tarikh yang dinyatakan (fasal 38[b] JKR203A) agar beliau boleh memulakankerja dengan sertamerta (hak kontraktor) dan meneruskan dan menyiapkan kerja (hak klien) pada atau sebelum tarikh siap (kewajipan kontraktor). Beberapa isu telah timbuldari hak dan kewajipan diatas.Apakah tahap pemilikan yang sepatutnya diterima oleh kontraktor? Tahap pemilikanmestilah sepenuhnya dan mencukupi agar dapat lakukan kerja tanpa halangan (TheQueen in Right of Canada mln Walter Cabott Construction Ltd [1975] 69 DLR [3d]542). Kontraktor mestilah diberikan pemilikan, pendudukan (mendiami) dan penggunaan oleh klien agar kontraktor dapat melaksanakan kontrak beliau (LondonBorough of Hounslow mln Twickenham Garden Development [1970] 3 All ER 326).Jika tapak bina telah pun dimiliki oleh kontraktor, beliau berkewajipan menyiapkankerja pada atau sebelum tarikh siap. Namun begitu, berdasarkan kepada kes GlenlionConstruction Ltd mln The Guinness Trust [1987] 11 ConLR 126, kontraktor hanya berkewajipan menyiapkan kerja pada tarikh siap tetapi berhak menyiapkannya lebihawal. Walaupun pada dasarnya klien mestilah memberi kerjasama kepada kontraktor 
 
2norazampentadbiran kontrak SBC2522contohnya memberi arahan (fasal 5[a] JKR203A) atau mengenai pancang tanda (fasal14 JKR203A), kerjasama ini bukanlah agar kontraktor dapat siapawal.Kegagalan memberi milik tapak bina dianggap suatu perlanggaran yang serius,terutamanya dimana suatu tempoh masa telah ditetapkan. Namun untuk kontrak  pembinaan, oleh kerana keunikan proses pembinaan itu sendiri, beberapa pengecualian dan kelonggaran telah diberikan iaitu seperti pemilikan tapak binasecara seksyen atau bahagian atau sekatan lain (fasal 38[c] JKR203A), membenarkanklien menunda atau membuat keputusan terhadap tapak bina yang lambat diserahkan(fasal 39[d] JKR203A) dan membenarkan kontraktor menentukan pengambilankerjanya dibawah Kontrak tersebut (fasal 38[e] JKR203A) jika terlalu lewat diberikan pemilikan.Masalah yang sering timbul jika kontraktor tidak diberikan pemilikan sepenuhnyaatau lambat memasuki tapak adalah dari segi kewangan iaitu kerugian atau kerosakanyang ditanggung. Berdasarkan kepada JKR203A (fasal 38[d] dan 38[e][i]), kontraktor tidak berhak menuntut gantirugi atau lain-lain bentuk kewangan jika sekiranya beliaumeneruskan kerja atau tidak menamatkan kontrak. Yangdiberikan adalahkemungkinan dilanjutkan tempoh masa pembinaan (fasal 43[g] JKR203A). Perkaraini sukar untuk diketahui jawapannya oleh kerana terdapat kemungkinan kontraktor  boleh menuntut perbelanjaan atau kerugian akibat mematuhi arahan klien berdasarkankepada fasal 5[d] JKR203A.Apabila Kontraktor telah memiliki tapak, Fasal 15 JKR203A meletakkan kewajipankeatas kontraktor agar melakukan pemeriksaan keatas tapak agar tidak menanggungkos pembinaan yang berlebihan. Namun tanggungjawab ini sudah semestinya terhad jikalau dapat dibuktikan bahawa pemeriksaan keadaan tapak bina sukar dilakukansecara munasabah, contohnya keadaan dalam tanah.Walaupun klien berkewajipan untuk memberikan apa-apa maklumat yang dapatmembantu kontraktor mendapat gambaran tapak bina tersebut, kadangkala klien tidak akan memberi pampasan atau gantirugi jikalau maklumat tersebut silap atau disalahtafsir oleh kontraktor (fasal 15 JKR203A)
OBLIGASI KLIEN YANG BERKAITAN DENGANPEMBAYARAN
PengenalanObligasi utama klien adalah untuk membuat bayaran sebagai balasan kepada kerjayang dilakukan oleh kontraktor. Lazimnya pembayaran dikaitkan dengan pengeluaransuatu sijil dan amaun pembayaran adalah berdasarkan kepada prinsip pengiraan yangtelah pun ditetapkan dalam syarat-syarat kontrak. Namun begitu kadangkala terdapat beberapa keadaan yang mana amaun akhir (jumlah keseluruhan) yang dibayar tidak sama dengan harga kontrak. Perkara-perkara yang boleh memungkinkan ini berlakuterbit dari tuntutan kerugian dan perbelanjaan (loss and/or expenses), perubahan kerja,turun-naik harga dan tuntutan balas kewangan (set-off).
 
3norazampentadbiran kontrak SBC2522Harga kontrak tidak boleh diubah pada prinsipnya kerana ianya telah dijanjikanapabila kontrak ujud namun ini tidak bermakna ianya mutlak merupakan sesuatuamaun yang semestinya akan diterima oleh kontraktor atau dibayar oleh klien.Disebabkan peredaran masa yang dialami dalam kerja-kerja pembinaan, prinsip initertakluk kepada keadaan yang mana dibenarkan amaun akhir yang dibayar tidak sama dengan harga kontrak, dengansyarat ianya (keadaan) dinyatakan dengan jelasseperti berlakunya perubahan kerja.Perubahan kerjaMerupakan suatu keperluan terutamanya dalam pembinaan akibat faktor persekitaranyang sentiasa berubah-ubah; tanpa peruntukan ini klien atau kontraktor mungkin akanmengalami kerugian dan seterusnya tidak boleh mengubah harga kontrak. Yangselalunya menjadi isu adalah apakah tahap perubahan yang dibenarkan diarahkan olehklien?Yang pasti perubahan kerja mestilah sesuatu yang menyerupai/menyamai bidangkerja asal (Blue Circle mln Holland Dredging) dimana kerja asal membuang hasil pengorekan telah mengujudkan suatu pulau tiruan yang tiada persamaan dengan kerjaasal. Bukan sahaja sesuatu kerja (baru) dinilai dari segi skop kerja asal tetapikadangkala apabilaterdapat perbezaan dari segi kuantitinya juga (Mitsui Constructionmln AG of Hong Kong). Apabila pasti ianya suatu perubahan kerja, peraturan bagaimana untuk menghargakannya adalah terpakai (kadar harga kontrak; kadar harga pro-rata; kadar harga harian; kadar harga baru).Turun-naik hargaUjud dalam JKR203A yang berfungsi untuk mempampas kontraktor akibat perubahanharga yang mana mereka tidak berupaya mengawal atau diluar jangkaan yangmunasabah.Bon perlaksanaan/wang tahananBerfungsi melindungi hak klien dan sebagai gerenti untuk kerja-kerja cacatTuntutan balas kewangan (set-off)Tuntutan seperti ini adalah dari klien yang mana walaupun tiba kewajipannya untuk membayar, namun terdapat tuntutan balas yang mungkin mengurang ataumenghapuskan apa yang telah atau patut dibayar kepada kontraktor. Hak melakukantuntutan balas memang ujud dalam kontrak seperti kontrak pembinaan kecuali ianya jelas diketepikan –jika ini berlaku, maka klien tiada alternatif tetapi perlu menuntut balas secara berasingan sama ada timbangtara atau mahkamah.Hak ini boleh digunakan dalam beberapa keadaan seperti:
Hutang yang telah ditetapkan dan ditentukan
Kecacatan pada kerja sebagai alasan untuk mengurangkan tuntutan bayarankerja tersebut
Dibenarkan dalam syarat-syarat kontrak 
Tuntutan dari kontrak yang sama seperti LAD diimbangi dengan bayarankepada kontraktor Oleh sebab bayaran merupakan sesuatu yang amat penting, pastikan prosedur dalammengemukakan tuntutan balas iaitu butiran amaun yang mengurangkan atau

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Elyna Remely liked this
Carl Semion liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->