Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
32Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
pembelajaran e-learning

pembelajaran e-learning

Ratings: (0)|Views: 3,863|Likes:
Published by kamariahmanas

More info:

Published by: kamariahmanas on Mar 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as TXT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/02/2013

pdf

text

original

 
 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISNAMA KURSUSREKA BENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGIKOD KURSUSKPT 2063SEMESTER 2 SESI 2009/2010KUMPULAN QTAJUK SOALANE-Learning dikatakan begitu popular pada abad ini. Apakah maksud e-learning dan bagaimana dilaksanakan ? jawapan anda juga perlu megemukakan contoh-contoh e-learning yang sedang berlaku masa kini. Gambarajah boleh menambahkan markah anda.DISEDIAKAN OLEHSITI KAMARIAH BINTI MANASD20071029437PENSYARAHENCIK HASSANUSI BIN AHMAD ZABIDIFakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ManusiaTarikh Hantar : 24 FEB 2010Isi Kandungan1.0Pengenalan1-22.0Jenis-jenis e-learning dan bagaimana ianya dilaksanakan22.1CBT- Computer Based Training2-32.2WBT- Web Based Training3-62.3E-Learning Secara Masa Nyata Dan Tidak Secara Nyata63.0Implimentasi E-Learning74.0Kelebihan Menggunakan E-Learning7-95.0Penutup9BiblografiSoalan : E-Learning dikatakan begitu popular pada abad ini. Apakah maksud e-learning dan bagaimana dilaksanakan ? jawapan anda juga perlu megemukakan contoh-contoh e-learning yang sedang berlaku masa kini. Gambarajah boleh menambahkan markah anda.1.0PENGENALAN
 
Dunia menyaksikan perkembangan pesat yang berlaku pada zaman Revolusi Perindustrian pada akhir kurun ke-18, dan bertitik tolak dari situ perkembangan secara menyeluruh berlaku samada pembangunan ekonomi, seni dan kebudayaan serta sektor komunikasi. Begitu juga dengan dunia pendidikan yang tidak dapat lari mengalami perubahan ini secara evolusi dan revolusi. Bermula daripada pembelajaran secara tidak formal daripada orang yang lebih tua dan berpengalaman, kepada pendidikan yang lebih formal iaitu pengajian pondok. Kemasukan penjajah Inggeris walaupun meninggalkan kesan pahit untuk diingati, namun peninggalan sistem pendidikan Inggeris juga telah memberi suntikan kepada perkembangan pendidikan di Tanah Melayu pada ketika itu. Dan kini perkembangan pesat telah mewarnai dunia pendidikan kita seiring dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi massa. Terbaru dan terkini merupakan pembelajaran e-learning semakin mendapat tempat dihati penuntutilmu di Malaysia.E-learning didefinisi sebagai salah satu bentuk pendidikan yang berasaskan internet. E-learning merupakan satu teknologi yang digunakan secara luas dalam pendidikan tinggi untuk tujuan komunikasi di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat dan Australia. Menurut Bates (1997), teknologi diperlukan dalam pendidikan tinggi untuk meningkatkan kualiti pembelajaran, mempertingkatkan jalan masuk ke pendidikan dan kursus, mengurangkan perbelanjaan pendidikan dan juga meningkatkan keberkesanan pendidikan. Di Malaysia, kebanyakan universiti menggunakansistem e-learning tersendiri sama ada perisian open-source ataupun Learning Management System (LMS) yang berlesen. Di UPSI sendiri menggunakan konsep e-learning untuk melancarkan urusan pembelajaran melalui laman portal myupsi.upsi.edu.mycontohnya.Menurut Sandars, J. and Langlois, M. (2005), secara umumnya e-learning merupakankandungan pembelajaran yang boleh didapati dalam beberapa format yang berbeza,misalnya secara teks atau imej video, dan dihantar menerusi Internet, computer individu, personal digital assistant (PDA) atau CD-Rom.Implementasi E-Pembelajaran ini dengan kelebihan-kelebihan yang ada padanya dapat mempercepatkan lagi proses pembangunan modal insan yang sangat dituntut oleh pihak kerajaan Malaysia kerana modal insan yang bestari ini akan berupaya menangani segala cabaran dalam merealisasikan Wawasan 2020.2.0JENIS-JENIS E-LEARNING DAN BAGAIMANA IANYA DILAKSANAKAN.E-learning merupakan konsep pembelajaran menggunakan internet dan dibawah konsepini terdapat banyak jenis pembelajaran yang setiap satu mempunyai cara perlaksanaan dan tujuan yang tertentu. Terdapat pelbagai bentuk pembahagian e-learning daripada pelbagai sumber, sumber daripada laman sesawang dan beberapa artikel daripada jurnal telah dirumus dan diringkaskan. Hasil rumusan beberapa pendapat daripada sumber-sumber tertentu, e-pembelajaran dapat dibahagikan kepada tiga jenisyang utama iaitu, e-pembelajaran yang berasaskan kepada teknologi web (Web Based Training-WBT), e-pembelajaran yang berasaskan komputer ( Computer Based Training-CBT) dan e-pembelajaran secara masa nyata atau bukan masa nyata.2.1Cbt- Computer Based TrainingDalam bahagian latihan berasaskan komputer merupakan pengaplikasian komponen multimedia dalam komputer seperti persembahan powerpoint, CD-ROM, DVD dan sebagainya. Kelebihan CBT adalah ianya boleh digunakan tanpa perlu mengakses internet. Selain itu material yang disediakan dalam CBT adalah lebih berkualiti tinggi tetapi memerlukan ruang simpanan yang lebih besar. Contoh program pembelajaran menggunakan CBT adalah seperti CD-ROM interaktif yang disediakan oleh pihak kementerian ataupun daripada pihak swasta seperti Linguaphone yang menggunakan CD-ROM danjuga alat berbantu komputer yang lain. Melalui CBT juga tiada interaksi lansungantara pengajar dan pelajar. Walaubagaimanapun, pelajar akan diuji mengikut format yang ditentukan oleh pemilik program. Contohnya Linguaphone akan menguji pengguna produk mereka setiap kali pengguna telah bersedia untuk diuji, dan sekiranya pengguna lulus, mereka akan diberi penghargaan berupa kenaikan pangkat kefahaman dalam bentuk sijil.
 
2.2WBT- Web Based TrainingE-pembelajaran yang berasaskan kepada teknologi web dan Internet atau lebih dikenali sebagai pembelajaran atas talian. Sistem ini memerlukan pengguna untuk mempunyai akses internet dan mempunyai pengenalan diri juga kata laluan untuk mengakses laman web dan isi kandungannya. Contohnya adalah seperti e-pembelajaran yangdiaplikasikan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi memudahkan kelancaran proses pembelajaran dan interaksi antara pihak pentadbir, pensyarah dan juga pelajar iaitu portal pendidikan dan beberapa rangkaian daripada myupsi.upsi.edu.my untuk ke myguru. Contoh aplikasi yang dekat dengan pelajar UPSI adalah E-forum. E-forum merupakan salah satu bentuk WBT yang melibatkan gabungan interaksi nyata dan tidak nyata. Iaitu pengguna boleh mengakses maklumat dan tajuk forum secara atas talian, kemudian berbincang atau mencari maklumat secara offline. Selepas bersedia dengan jawapan pengguna boleh mendaftar masuk semula dan secara intraksi nyata menghantar e-forum kepada pengendali forum.Salah satu contoh WBT e-learning adalah daripada laman sesawanghttp://ccel.upsi.edu.my . Daripada laman web ini terdapat beberapa format e-learning yang ditawarkan. Seperti biasa WBT memerlukan pengguna untuk mendaftar danmempunyai kata laluan untuk mengakses laman tersebut.Selepas mendaftar, pengguna boleh mengakses laman web ini. Format yang ditawarkan oleh web ini adalah format mingguan, format topik, dan format sosial.Format mingguan Format topik Format sosial Kaedah E-Pembelajaran berasaskan Web dan Internet ini sangat popular digunakan kerana ia ia berupaya dicapai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Di samping kandungannya yang interaktif seperti terdapat ruangan perbincangan,pengundian, perkongsian fail dan sebagainya. Ia juga menyediakan satu platfom pembelajaran sokongan yang murah dari segi kos, meningkatkan akses kepada prosespembelajaran dan tanggungjawab pembelajaran diperluaskan kepada semua yang terlibat dalam proses pembelajaran tersebut .2.3E-Pembelajaran secara masa nyata atau bukan masa nyata.E-Pembelajaran secara masa nyata atau bukan masa nyata. Bagi pembelajaran masa nyata adalah satu keadaan di mana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara serentak walaupun kedudukan fizikal pengajar dan pelajar adalah sangat jauh dari segi jaraknya seperti persidangan video, kuliah secara atas talian atau secara langsung menerusi satelit. Keadaan sebaliknya pula bagi e-pembelajaran secarabukan masa nyata. WBT dan CBT adalah gabungan daripada pembelajaran secara nyata dan tidak nyata.Pembelajaran secara nyata seperti video conferencing dilakukan pada masa sebenardengan tenaga pengajar mengendalikan kelas. Semua log masuk pada masa yang ditetapkan dan mereka boleh berkomunikasi secara langsung antara satu sama lain danbersama pengajar. Kebiasaanya dijalankan di Kelas virtual â

komunikasi menggunakanvideo dan audio atau melalui video dan audio, teks sembang, berkongsi pembentangan, dokumen dan imej di atas papan putih. Selain itu persidangan audio dan visual serta ruangan sembang seperti chatroom juga merupakan salah satu bentuk pembelajaran masa nyata.video conferencing

Activity (32)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ungu Violet liked this
Yuli Yani liked this
Bob Bol liked this
Mohd FirDaus H liked this
Hazrul Azila liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->