You are on page 1of 31

Faktor-faktor yang mempengaruhi

pengambilan tenaga buruh asing


dalam sektor perkilangan di beberapa
kilang Bandar Bentong.

Guru mentor : pn. wan pauziah binti


wan mamat

AHLI KUMPULAN : Lee Woon Yong (6R1)


Loh Wei Ni (6R1)
Kiu May Lie (6R1)

Faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan


tenaga buruh asing dalam sektor perkilangan di
beberapa kilang Bandar Bentong.
Oleh

Lee Woon Yong, Loh Wei Ni, Kiu May Lie

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan di tiga buah kilang di Bandar Bentong, Pahang iaitu Bentong Kian
Guan Trading Sdn. Bhd, ROHAS_EUCO Industries Berhad, dan SB Wood Sdn. Bhd. Kajian ini
melibatkan 3 orang pengusaha kilang dan 84 orang buruh iaitu 42 orang buruh tempatan dan
42 orang buruh asing. Aspek yang dikaji ialah upah, bayaran lebih masa, jumlah masa bekerja
dan umur buruh asing. Hasil kajian mendapati upah bagi buruh asing adalah rendah . Oleh itu,
pengusaha kilang mengambil buruh asing bekerja di kilang mereka. Namun demikian, terdapat
juga pengusaha mengambil segelintir buruh tempatan bekerja di kilang.

Pengenalan
Sejak kebelakangan ini, kebanyakan pengusaha kilang suka mengambil tenaga buruh
asing. Kemasukan buruh asing yang semakin meningkat telah memberi kesan yang buruk
kepada penduduk tempatan. Kedatangan buruh asing telah menyebabkan masalah
pengangguran di kalangan rakyat Malaysia. Hal ini berlaku kerana buruh asing telah mengambil
alih pekerjaan di pekerja kolar biru iaitu seperti di sektor pembinaan, perladangan dan
perkilangan. Rakyat Malaysia yang berpendidikan tinggi telah memilih untuk berkhidmat dalam
sektor perkhidmatan. Mereka yang berpendidikan tidak akan memilih pekerjaan di ladang,
kilang atau tapak pembinaan. Keadaan ini telah menyebabkan masalah kekurangan tenaga
buruh, maka terdapat banyak majikan terpaksa mengupah buruh asing dalam sektor-sektor
tertentu.

Selain itu, upah yang diberi kepada buruh asing adalah lebih murah berbanding dengan
buruh tempatan. Kebiasaannya, buruh asing seperti dari Nepal, Myanmar, Indonesia dan
Bangladesh diberi upah yang rendah dan juga penginapan sahaja. Ini telah membantu
pengusaha kilang untuk mengurangkan bebanan kos. Tetapi terdapat segelintir pendatang
asing telah menimbulkan masalah sosial dan juga kes jenayah seperti merompak, merogol dan
merampas yang akan mengancam keselamatan negara. Selain itu, terdapat juga pendatang
asing berkahwin dengan penduduk tempatan dan telah menyebabkan huru-hara atas status
kerakyatan Malaysia. Kepentingan buruh asing kepada pembangunan negara terutama di
sektor pembinaan, perladangan dan pembantu rumah memang diakui sangat penting.
Walaubagaimanapun, kawalan kemasukan mereka secara tersusun sangat diperlukan.

PERNYATAAN
MASALAH
Kemasukan buruh asing yang meningkat memberi kesan sosial yang amat ketara kepada
penduduk tempatan. Antara kesan-kesan adalah:-

1.Peluang pekerjaan buruh tempatan menurun.


-Kewujudan persaingan pekerjaan yang hebat antara buruh asing dengan buruh tempatan
mengakibatkan pengangguran penduduk tempatan berlaku dan seterusnya menyebabkan
pendapatan rakyat tempatan merosot.

2.Taraf hidup penduduk tempatan menurun.

-Pendapatan penduduk tempatan berkurang menyebabkan kuasa beli penduduk tempatan


menurun.

-Kegagalan menikmati barangan berkualiti serta pelbagai jenis barangan menyebabkan taraf
hidup penduduk tempatan turut menurun.

3.Imej negara terjejas.

-Buruh asing meningkatkan kadar jenayah di negara.

-Kes jenayah seperti merompak, merampas, merogol dan mencuri menyebabkan imej negara
menjadi buruk.

-Hal ini bukan sahaja akan mengancam keselamatan negara tetapi juga menjejaskan imej
negara.

-Jika imej negara terjejas, kemasukan pelancong asing serta pelabur asing akan berkurangan
dan ini memberi impak kepada kegiatan ekonomi negara.

4.Membawa penyakit berbahaya. (AIDS, batuk kokol, neonatal tetanus, penyakit kelamin.)

-Kemasukan pendatang asing yang tidak pasti latar belakang kesihatan mereka menyebabkan
mereka membawa masuk pelbagai penyakit yang tidak diketahui.

-Kerajaan terpaksa membiayai kos perubatan yang tinggi untuk membendung masalah ini.
5.Kekeliruan status kerakyatan.

-Oleh kerana budaya buruh asing menyamai penduduk tempatan maka adalah sukar untuk
membezakan status kerakyatan mereka baik dari segi budaya, sikap dan rupa paras.

-Perkahwinan buruh asing dengan penduduk tempatan menyebabkan ramai pengusaha kilang
atau kontraktor tertarik untuk menawarkan pekerjaan kepada buruh asing kerana komitmen
perkahwinan mereka dengan rakyat tempatan.

-Pengusaha kilang dan kontraktor yang mengambil jalan mudah selalu membuat klon kepada
kad pengenalan rakyat Malaysia untuk buruh asing yang bekerja di kilang mereka untuk
memudahkan permit pekerjaan di Malaysia.

OBJEKTIF
Umum:
 Mengenalpasti faktor-faktor mempengaruhi peningkatan pengambilan tenaga buruh
asing dalam sektor perkilangan.
Khusus:
1. Mencari hubungan antara jumlah upah dengan jenis tenaga buruh asing dan buruh
tempatan.
2. Membandingkan jumlah bayaran lebih masa kepada buruh asing dengan buruh
tempatan.
3. Menganalisis jumlah jam bekerja buruh asing berbanding buruh tempatan.
4. Mengenal pasti faktor umur buruh dalam mempengaruhi pengambilan buruh.

HIPOTESIS
Umum:
 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan tenaga buruh asing dalam
sektor perkilangan?
 

Khusus:
1. Apakah hubungan antara jumlah upah dengan jenis tenaga buruh?
2. Adakah faktor jumlah bayaran lebih masa akan mempengaruhi pengusaha kilang dalam
mengupah buruh?
3. Bagaimanakah jumlah jam bekerja mempengaruhi pengambilan tenaga buruh?
4. Bagaimanakah faktor umur buruh mempengaruhi pengambilan tenaga buruh?

KEPENTINGAN
1. Pengusaha kilang
 Untuk membuat pemilihan antara buruh asing dengan buruh tempatan.

2. Buruh Tempatan
 Untuk menilai keupayaan dan kemampuan diri dalam menarik minat pengusaha
mempelawa mereka bekerja.

 Dapat meningkatkan daya saing mereka dalam mendapatkan pekerjaan

3. Masyarakat
 Untuk menilai keutamaan pengusaha kilang dalam pengambilan pekerja.

4. Kerajaan
 Untuk menyelesaikan masalah pengangguran dalam negara.
 Kesan-kesan kedatangan buruh asing ke dalam negara dapat diatasi.

DEFINISI
1. Faktor-faktor (m/s 405)

 Unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil.

  2. Upah (m/s 1776)

 Wang dan lain-lain yang dberikan kepada orang yang disuruh mengerjakan sesuatu,
bayaran sebagai pembalas jasa, ganjaran untuk tenaga orang yang telah digunakan.

  3. Bayaran (m/s 119)

 Gaji, upah yang dibayar.

4.Lebih Masa (m/s 779)

 Di luar waktu kerja yang telah ditetapkan.


5. .Jam bekerja (m/s 603)

 Masa ditentukan untuk bekerja.

6.Umur (m/s 1519)

 Jangka masa hidup atau hayat seseorang mulai dilahirkan.

(Sumber: Hajah Noresah bt. Baharom; 2005, Kamus Dewan Edisi Keempat,
Ampang/Hulu Kelang Selangor.)

7. Buruh asing (m/s 23)

 Para pekerja yang didatangkan dari negara luar untuk bekerja di negara kita dalam
pelbagai bidang seperti pembinaan, perladangan, perkilangan, dan pembantu rumah.

(Sumber: Bahagian 1: Karangan ,Teks dan Rujukan Lengkap SPM Bahasa Melayu,
Nornajamah Najmuddin, Kaithiresan D.)

KERANGKA
KONSEPTUAL
METODOLOGI

1. REKA BENTUK KAJIAN


h
L
y
U
p
B
lM
siJu
b
g
en
r-m
to
ak
F
Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik sebagai asas
pelaksanaan. Kaedah soal selidik yang digunakan adalah berstruktur dengan mengemukakan
soalan-soalan yang terpilih. Borang soal selidik terdiri daripada 15 soalan bagi pengusaha kilang
dan 10 soalan bagi buruh asing serta buruh tempatan.

2. SASARAN KAJIAN
Sampel kajian adalah terdiri daripada:

 3 orang pengusaha daripada kilang masing-masing.

 42 orang buruh tempatan (Bentong, Pahang) dan 42 orang buruh asing (Myanmar,
Nepal & Bangladesh).

3. Tempat penyelidikan
Kajian ini dijalankan di tiga buah kilang yang terletak di Bandar Bentong:

 Bentong Kian Guan Trading Sdn. Bhd

 SB Wood Sdn. Bhd

 ROHAS_EUCO INDUSTRIES BERHAD

4.instrumentasi
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah kertas soal selidik. Tujuan diadakan
ujian soal selidik adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pengusaha
mengambil tenaga buruh asing dalam industri perkilangan.

5. Jangka masa
Kajian ini dijalankan dalam tempoh 4 bulan bermula bulan Julai hingga Oktober.

A. JULAI: mencari isu dan mengenal pasti masalah.

B. OGOS: menyediakan proposal penyelidikan.

C. SEPTEMBER: menjalankan soal selidik, menganalisis data dan merumus hasil kajian.
D. OKTEMBER: membentangkan hasil kajian mengikut giliran dalam jadual
pembentangan.
KEPUTUSAN

MALAYSIA: Jumlah Bilangan Buruh Tempatan dan


Buruh Asing yang Diupah Oleh Tiga Buah Kilang
Bandar Bentong.
350
300
250
200
150
100
50
0
ROHAS_EUCO SB WOOD SDN. BHD BENTONG KIAN
INDUSTRIES GUAN TRADING
BERHAD SDN. BHD

BURUH ASING
BURUH TEMPATAN
Bar chat ini menunjukkan maklumat tentang bilangan pengambilan buruh asing &
buruh tempatan oleh 3 buah kilang di Bandar Bentong pada tahun 2009.Antara 3 buah
kilang tersebut adalah ROHAS_EUCO INDUSTRIES BERHAD, SB WOOD SDN. BHD
dan BENTONG KIAN GUAN TRADING SDN. BHD.

Kilang yang bernama ROHAS_EUCO INDUSTRIES BERHAD telah mengambil


tenaga buruh asing & buruh tempatan yang berjumlah 289 orang. Bagi buruh tempatan
adalah seramai 213 orang manakala buruh asing adalah seramai 76 orang.

Selain daripada itu, SB WOOD SDN. BHD mempunyai tenaga buruh dengan
jumlah 27 orang. Kilang ini pula mengambil seramai 11 orang buruh tempatan &
seramai 16 orang buruh asing.

BENTONG KIAN GUAN TRADING SDN. BHD terdapat 47 orang buruh


tempatan & 11 orang buruh asing. Jumlah pekerja yang diambil oleh kilang tersebut
adalah seramai 58 orang.

Kesimpulannya, pengusaha kilang tetap mengupah buruh asing bekerja di kilang


mereka walaupun tenaga buruh tempatan adalah mencukupi. Hal ini demikian, faktor-
faktor yang dikaji itu yang mempengaruhi pengusaha kilang untuk mengupah mereka.

Malaysia: Bilangan Pengambilan Buruh Tempatan dan Buruh Asing dari


Negara yang Berbeza Oleh Pengusaha Kilang.
BURUH ASING
2% 4%
21%
MYANMAR
BANGLADESH
NEPAL
MALAYSIA

72%

Carta pai ini menunjukkan maklumat tentang bilangan pengambilan buruh


tempatan dan buruh asing dari negara yang berbeza oleh pengusaha kilang
daripada 3 buah kilang yang terletak di Bandar Bentong. Buruh asing adalah
termasuk buruh dari negara Myanmar, Bangladesh, dan juga Nepal.

Antara negara-negara tersebut, buruh dari negara Nepal merupakan


negara asing yang paling banyak diambil oleh ketiga-tiga buah kilang berkenaan
iaitu seramai 79 orang daripada 103 orang buruh asing atau 21%.

Manakala, negara Bangladesh pula merupakan negara yang kedua


terbanyak bagi pengambilan tenaga buruh asing antara pengusaha kilang
berkenaan. Buruh asing yang diambil adalah seramai 16 orang daripada 103
orang atau 4%.

Bagi buruh asing yang paling sedikit diupah oleh pengusaha kilang
berkenaan adalah dari negara Myanmar. Bilangan buruh asing adalah seramai 8
orang atau 2% sahaja.

Namun demikian, buruh tempatan tetap merupakan buruh yang terbanyak


diambil oleh pengusaha kilang iaitu seramai 271 orang atau 73%.

Sebagai kesimpulannya, buruh tempatan merupakan buruh yang


terbanyak diupah oleh ketiga-tiga pengusaha kilang tersebut. Namun demikian,
ketiga-tiga pengusaha kilang tersebut tetap ada mengupah buruh asing bekerja di
kilang mereka. Ini mungkin adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang dikaji
tersebut mempengaruhi pengusaha kilang untuk mengupah mereka.

MALAYSIA: Jumlah Bayaran Upah yang Diberi Kepada 42 Orang


Buruh Tempatan & 42 Orang Buruh Asing yang dikaji
30
25
20
15 RM300-RM500
RM500-RM800
10 RM800-RM1000
RM1000-RM1200
5 RM1200-RM1400
0

Graf bar ini menunjukkan maklumat tentang jumlah bayaran upah kepada
42 orang buruh tempatan dan 42 orang buruh asing yang dikaji.
Antara negara-negara tersebut, hanya terdapat seramai 12 orang buruh
asing dari negara Nepal adalah dibayar dengan kadar upah yang terendah
sahaja iaitu RM300-RM500.

Manakala, pada kadar upah antara RM500-RM800, terdapat seramai 48


orang buruh yang diupah oleh pengusaha kilang iaitu 27 orang terdiri daripada
buruh tempatan serta 6 orang buruh asing dari negara Nepal dan 15 orang buruh
asing dari negara Bangladesh.

Pada kadar upah antara RM800-RM1000 pula, terdapat seramai 9 orang


buruh tempatan serta 8 orang buruh asing dari negara Myanmar yang diupah
oleh pengusaha kilang. Jumlah buruh yang diupah pada kadar upah ini adalah
seramai 17 orang.

Di samping itu, hanya terdapat 4 orang buruh tempatan sahaja yang


diupah oleh pengusaha kilang pada kadar RM1000-RM1200.

Kadar upah yang paling tinggi iaitu antara RM1200-RM1400 hanya


terdapat 3 orang buruh yang diupah oleh pengusaha kilang. 2 orang merupakan
buruh tempatan dan seorang pula merupakan buruh asing yang datang dari
negara Bangladesh.

Kesimpulannya, kadar upah bagi buruh asing adalah lebih rendah


berbanding dengan buruh tempatan. Oleh itu, hal ini mempengaruhi pengusaha
kilang untuk mengambil tenaga buruh asing. Manakala, upah bagi buruh asing
dari negara Nepal adalah paling murah berbanding dengan negara-negara asing
lain. Negara Bangladesh pula merupakan sederhana dari segi bayaran upah.
Bilangan buruh asing dari Myanmar adalah paling sedikit diambil oleh pengusaha
kilang kerana upah bagi buruh Myanmar adalah paling mahal berbanding dengan
negara asing lain.

MALAYSIA: Kadar Bayaran Lebih Masa Kepada 42 Orang Buruh


Tempatan & 42 Orang Buruh Asing
20
18
16
14
RM2
12 RM3
10 RM4
8 RM5
6 RM6
4
2
0
BANGLADESH MYANMAR NEPAL MALAYSIA

Graf ini menunjukkan kadar bayaran lebih masa kepada 42 orang buruh
tempatan dan 42 orang buruh asing yang dikaji.

Kadar bayaran lebih masa yang terendah dibayar oleh pengusaha-


pengusaha kepada buruh ialah RM3 sejam. Terdapat seramai 11 orang buruh
tempatan dan 12 orang buruh asing dari negara Bangladesh adalah dibayar
dengan kadar ini.

Pada kadar bayaran lebih masa RM4 sejam, terdapat seramai 14 orang
adalah dibayar dengan kadar ini iaitu 11 orang buruh tempatan dan 3 orang buruh
asing dari negara Bangladesh.

Di samping itu, pada kadar bayaran lebih masa RM5 sejam, terdapat
seramai 39 orang buruh dibayar dengan kadar ini iaitu terdiri daripada 20 orang
buruh tempatan, 8 orang buruh asing dari negara Myanmar serta 11 orang buruh
asing dari negara Nepal.

Kadar bayaran lebih masa yang paling tinggi dibayar oleh ketiga-tiga
pengusaha kilang tersebut ialah RM6 sejam.Terdapat seramai 8 orang buruh
sahaja yang dibayar pada kadar ini iaitu terdiri daripada seorang buruh asing dari
negara Bangladesh dan 7 orang buruh asing dari negara Nepal.

Dari kajian menunjukkan, buruh dari negara Bangladesh merupakan


penerima bayaran lebih masa yang paling rendah iaitu RM3 sejam seramai 12
orang ,manakala buruh tempatan (Malaysia) adalah kedua ramai berbanding
buruh dari negara Bangladesh yang menerima bayaran yang sama.

Kesimpulannya, bayaran lebih masa kepada buruh tempatan adalah lebih


rendah berbanding dengan bayaran lebih masa kepada buruh asing. Hal ini
demikian, bayaran lebih masa bukan merupakan faktor yang mempengaruhi
pengusaha mengupah buruh asing bekerja di kilang mereka.

MALAYSIA: Bilangan Pengusaha Tiga Buah


Kilang Di Bandar Bentong yang setuju atau tidak
bahawa Buruh Asing Lebih Rela Bekerja dalam
Masa Lebih Panjang.
Rajah tersebut menunjukkan 2 orang pengusaha kilang yang tidak setuju
bahawa buruh asing adalah lebih rela untuk bekerja dalam masa yang lebih
panjang berbanding dengan buruh tempatan.

Manakala, terdapat seorang pengusaha kilang pula yang bersetuju


bahawa buruh asing adalah lebih rela untuk bekerja dalam masa yang lebih
panjang berbanding dengan buruh tempatan.

Kesimpulannya, faktor jumlah masa bekerja bukan merupakan faktor yang


mempengaruhi pengusaha kilang mengupah buruh asing untuk bekerja di kilang
mereka.

MALAYSIA: Bilangan Buruh Tempatan dan Buruh


Asing yang Diupah oleh Pengusaha Kilang Mengikut
Kumpulan Umur.
16
14
12
20-29
10
30-39
8 40-49
6 50-59
4
2
0
BANGLADESH MYANMAR NEPAL MALAYSIA

Bar chat ini menunjukkan bilangan buruh tempatan dan buruh asing yang
diupah oleh ketiga-tiga buah kilang yang dikaji mengikut kumpulan umur.
Dari kajian, kumpulan umur yang termuda diupah oleh pengusaha kilang ialah
20-29 tahun. Dalam kumpulan umur ini, buruh tempatan merupakan buruh yang paling
banyak diambil oleh pengusaha kilang iaitu seramai 13 orang. Manakala, buruh asing
kilang dalam kumpulan umur ini.

Namun demikian, kumpulan umur yang tertua diupah oleh pengusaha kilang
iaitu 50-59 tahun hanya menunjukkan seramai 9 orang buruh tempatan yang diupah
oleh pengusaha kilang sahaja.

Kesimpulannya, pengusaha kilang lebih cenderung dalam mengambil buruh


yang lebih muda. Hal ini demikian, buruh yang muda lebih bertenaga dan berusaha
dalam melakukan segala kerja yang diberi. Oleh sebeb buruh tempatan yang muda
biasa merupakan buruh yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan mereka
akan memilih bekerja dalam sektor perkhidmatan. Ini menyebabkan pengusaha
terpaksa mengupah buruh asing yang muda bekerja dalam sektor perkilangan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, faktor upah merupakan faktor yang utama mempengaruhi pengambilan
buruh asing oleh pengusaha dalam sektor perkilangan. Di samping itu, faktor umur pula
merupakan faktor sampingan yang mempengaruhi pengusaha-pengusaha kilang untuk
mengupah buruh asing .

RUJUKAN
1.Kamus
Hajah Noresah bt. Baharom; 2005, Kamus Dewan Edisi Keempat,
Ampang/Hulu Kelang Selangor.

2.Website
http://eprints.uum.edu.my/1320/1/ROSLI_ABD_HAKIM.pdf
http://www.statistics.gov.my/

3.Buku Rujukan
Nornajamah Najmuddin, Kaithiresan D., Khairiah Rahmat, Alit Rahman;
Bahagian 1 Teks & Rujukan Lengkap SPM Bahasa Melayu.
Lai Mooi Chang, Hew Yoke Foong; Longman Teks PRA-U STPM
Makroekonomi.

4.Surat Khabar
Utusan Malaysia, 18 September 1996.
LAMPIRAN

Kumpulan 9(A) Rujukan kami:________________


SMK Ketari, ____________________________
28700 Bentong,
Pahang Darul Makmur.
 
Melalui
 
Tuan Pengetua,
SMK Ketari,
28700 Bentong,
Pahang Darul Makmur. Tarikh:________________
 
Pengurus Kilang__________________________________
 
Tuan,
 
Kebenaran Untuk Membuat Kajian Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengambilan Tenaga
Buruh Asing Di Sektor Perkilangan Bandar Bentong.
 
Perkara di atas adalah dirujuk
 
2. Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa Pelajar Tingkatan 6 Rendah sedang
menjalankan kajian bagi memenuhi sukatan pelajaran kertas penyelidikan, sesi 2009.
 
3. Berhubung dengan itu, saya Pn.Wan Pauziah Bin Wan Mamat sebagai guru penasihat meminta
kumpulan ini membuat kajian di kilang tuan.
 
4. Oleh yang demikian, pohon kerjasama pihak tuan agar dapat memberi kebenaran bagi
menjayakan kajian tindakan tersebut. Kerjasama yang tuan berikan kami dahulu mengucapkan
dengan ribuan terima kasih.
 
 
 
Sekian,
 
 
Yang benar,
_____________
(Pn.Wan Pauziah Bin Wan Mamat)
Guru Tingkatan 6 Rendah,
SMK Ketari,
28700 Bentong,
Pahang.

BORANG SOAL
SELIDIK UNTUK
PENGUSAHA KILANG
1) Nama kilang_____________________________
 
2) Nama Pengusaha kilang: __________________________
 
3) Jantina__________________________
 
4) Kilang terletak di negeri mana? ____________________________
 
5) Lokasi kilang anda?
A. Bandar
B. Luar Bandar
C. Pinggir Bandar
 
6) Kelulusan tertinggi pihak pengurus
A. MCE/SPM
B. HSC/STPM
C. DIPLOMA
D. IJAZAH
E. MASTER
F. PHD
 
7) Pengalaman mengurus selama
_________________tahun______________bulan
 
8) Jumlah pekerja di kilang
___________________
 
9) Bilangan pekerja buruh asing
______________________
 
10) Jika ada pekerja buruh asing, pekerja anda berasal dari Negara mana?
A. Indonesia
B. Filipina
C. Thailand
D. Singapura
E. Lain-lain, Nyatakan _____________________

11) Adakah upah buruh asing lebih murah berbanding dengan buruh tempatan?
Ya / Tidak
 
12) Adakah jumlah masa bekerja buruh asing lebih panjang?
Ya / Tidak
 
 
13) Jika buruh asing diminta bekerja lebih masa, berapakah jam maksimum yang
dibenarkan oleh pihak majikan?
  _________________________
 
14) Adakah pekerja asing dibayar upah lebih masa?
Ya / Tidak
 
 
15) Berapakah kadar upah sejam?
  Buruh tempatan _______________
Buruh Asing__________________

BORANG SOAL
SELIDIK UNTUK
BURUH ASING
&
BURUH TEMPATAN
1) Negara asal _________________ 2) Umur ___________
 
3) Kelulusan tertinggi _______________________
 
4) Pengalaman bekerja dalam kilang ___________tahun __________bulan
 
5) Berapakah gaji anda sebulan (gaji tetap)?
  A) RM300-RM500
B) RM500-RM800
C) RM800-RM1000
D) RM1000-RM1200
E) RM1200-RM1400
 
6) Berapakah anda dibayar bagi overtime yang dilakukan?
  A) RM2-sejam
B) RM3-sejam
C) RM4-sejam
D) RM5-sejam
E) RM6-sejam
 
7) Adakah anda diberi elaun-elaun yang lain?
Jika ada nyatakan _____________________
 
8) Adakah anda diberikan kemudahan penginapan?
Ya / Tidak
 
9) Masa bekerja berapa jam sehari? Nyatakan
_______________________
 
10) Berapa jam paling lama anda diberi jam bekerja lebih masa?
___________________________
 
11) Adakah anda diberikan shift?
Ya / Tidak

You might also like