Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
16Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Persekitaran Pantai

Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Persekitaran Pantai

Ratings: (0)|Views: 1,083 |Likes:
Published by norriza65

More info:

Published by: norriza65 on Mar 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/30/2012

pdf

text

original

 
 
NAMA SEKOLAH
:
SMK SULTAN ABDUL JALIL SHAH,SEBERANG PERAK, 36000 TELUK INTAN,PERAK.
T
 AJUK KERJA KURSUS GEOGRAFI 2
:
KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP PERSEKITARAN PANTAI
NAMA PELAJAR
:SITI NABILA AISHAH BINTI IBRAHIM(911031-08-6634)
NAMA GURU
:EN. MOHD KHAIRI BIN MD. AKHIR
T
 ARIKH HAN
T
 AR
:16 FEBRUARI 2010
 
 KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP PERSEKITARAN PANTAI
 
Pengenalan
Sejak dahulu lagi, kawasan pantai telah dimanfaatkan oleh manusia untuk pelbagai kegunaan.Manusia memperoleh pelbagai jenis hidupan laut sebagai makanan. Laut yang terbentang luasyang bersambung secara langsung dengan sungai pula mempermudahkan manusia untuk  bergerak dari satu tempat dengan tempat lain. Disamping itu, pantai juga menyediakan tempatyang sesuai untuk dijadikan kawasan penempatan manusia.Pada masa ini, kebergantungan manusia terhadap kawasan pantai semakin meningkat.Disebabkan kedudukannya yang strategik, kawasan pantai telah digunakan untuk mendirikan pelabuhan, limbungan, pangkalan tentera laut, pusat pelancongan dan kawasan-kawasanrekreasi. Corak penggunaan yang semakin meningkat ini boleh dilihat di banyak kawasan pantai di seluruh dunia. Penggunaan kawasan pantai secara berterusan akan memberi kesan besar terhadap ekosistem ini. Sesetengah kesan ini boleh dielakkan atau dikurangkan melalui pendidikan manakala yang lain memerlukan pelaksanaan undang-undang. Dalam bab ini, beberapa kesan akibat daripada kegiatan manusia akan dibincangkan.
Pencemaran
Kawasan laut selalu dianggap sebagai satu
kawasan pembuangan
yang paling sesuai untuk  bahan-bahan buangan manusia. Untuk sekian lama, manusia beranggapan bahawa lautan yangluas mampu untuk menyerap segala bahan-bahan yang dilambakkan ini. Sekarang manusia mulamenyedari bahawa biarpun seluas mana laut, laut tidak akan mampu untuk menyerap kesemua buangan. Ada sesetengah bahan biarpun wujud dalam jumlah yang sedikit mampu memberikesan yang besar terhadap komuniti lain.
Pencemaran Logam Berat
Logam berat seperti raksa, kadmium dan plumbum merupakan komponen semulajadi persekitaran. Namun, apabila kepekatan logam-logam ini tinggi daripada biasa, logam-logam iniakan menjadi satu ancaman kesihatan kepada manusia. Kawasan pantai kerap dicemari olehlogam-logam berat yang terdapat dalam air buangan dari kawasan industri dan kegiatan perlombongan. Air buangan ini selalunya tidak dirawat terlebih dahulu tetapi disalurkan terus kelongkang-longkang yang kemudiannya akan memasuki kawasan pantai melalui sistem sungai.Biarpun kandungannya mungkin rendah di air, namun disebabkan logam berat ini bolehmemasuki rantai makanan, kesannya boleh dilihat pada hidupan lain yang hidup jauh darisumber pencemaran. Kesannya mungkin tidak dirasai serta-merta tetapi mungkin akan disedariselepas beberapa tahun.Sesetengah organisma marin berkemampuan mempertingkatkan kesan bahan toksik denganmengumpul logam berat di dalam jasad pada kepekatan yang jauh lebih tinggi daripadakepekatan di air. Kepekatan bahan kimia ini dipertingkatkan oleh hidupan air melalui prosesyang dikenali sebagai
magnifikasi
 
biologi
atau
biotumpukan
. Melalui proses ini, kandunganlogam berat dalam jasad organisma di aras trofik yang lebih tinggi adalah lebih pekat daripadayang ditemui dalam jasad haiwan aras trofik sebelumnya. Peningkatan kepekatan ini berlaku
 
kerana logam berat tidak digunakan oleh organisma sebaliknya terkumpul dalam tisu. Apabila beberapa individu dimakan oleh haiwan karnivor aras trofik yang lebih tinggi, karnivor inimenerima kesemua logam daripada setiap individu yang dimakan. Maka kepekatan logam beratdi dalam karnivor dipertingkatkan. Sekiranya rantai makanan panjang, maka kepekatan logam berat yang cukup tinggi boleh dikesan di dalam jasad karnivor yang teratas di rantai makanantersebut. Memandangkan manusia pada kebiasaannya memakan organisma yang mendudukiaras trofik yang tinggi (seperti ikan tuna), maka manusia terdedah kepada bahaya keracunanlogam berat. Satu kes klasik tentang keracunan logam berat adalah kes keracunan di
T
eluk Minimata
.Pada tahun 1930, sebuah kilang kimia telah dibina di Teluk Minimata, Jepun. Hasil sampingandaripada kilang ini mengandungi bahan raksa yang disalurkan terus ke teluk. Melalui prosesmagnifikasi biologi, kepekatan raksa yang tinggi telah terkumpul dalam ikan marin dan kerang-kerangan. Ikan dan kerang-kerangan ini seterusnya telah dimakan oleh penduduk tempatan.Selepas 15 tahun, satu penyakit neurologi mula dikesan di kalangan penduduk terutama kanak-kanak. Penyakit aneh ini dikenali sebagai
penyakit Minimata
. Pada tahun 1959, keracunanraksa telah dicamkan sebagai punca penyakit. Hanya pada tahun 1960 keracunan raksa ini dapatdibuktikan berpunca daripada air buangan daripada kilang kimia yang telah beroperasi semenjak tahun 1930 itu.Selain mempunyai kesan buruk terhadap manusia, keracunan logam berat boleh juga membunuhhidupan liar. Pada tahun 1979, lebih kurang 2000 ekor burung kebanyakannya
Calidris
 
alpina
 telah mati di kawasan muara
Mersey
, di United Kingdom. Kandungan plumbum dalam hati burung-burung yang mati ini adalah sekitar 10 ppm berat kering. Punca plumbum ini ialahdaripada efluen kilang yang sampai pada burung ini melalui makanannya iaitu
 M 
acoma balthica
 (1 ppm) dan
 Nereis diversicolor 
(0.2 ppm).
Pencemaran Pestisid
Pestisid adalah bahan kimia organik dan bukan organik yang diwujudkan oleh manusia untuk mengawal bakteria, haiwan dan serangga perosak. Namun begitu, penggunaannya secara berterusan dan tanpa kawalan boleh memberi kesan buruk kepada persekitaran terutama sekalisekiranya pestisid ini bersifat kekal. Pestisid kekal yang lengai ini, tidak boleh diurai melalui proses kimia mahupun melalui kegiatan biologi. Lagi pun, pestisid jenis ini jugamemperlihatkan sifat biotumpukan.
Diklorodifeniltrikloroetana
atau singkatannya
DD
T
 adalah satu contoh baik untuk melihat kesan biotumpukan pestisid.DDT adalah pestisid sintetik dalam kumpulan
h
idrokarbon berklorin
yang pertamadiwujudkan. Pestisid ini telah digunakan pada tahun 1945 dan telah dianggap sebagai rahmatkerana telah berjaya memusnahkan pelbagai jenis serangga perosak. Pada masa yang sama, pestisid ini tidak berbahaya pada manusia. Namun, pestisid ini mempunyai beberapa sifat yang boleh memberi kesan buruk kepada persekitaran.DDT adalah sebatian yang sangat stabil dan boleh kekal di persekitaran untuk jangka waktu yangsangat lama. Pestisid ini juga tidak larut dalam air tetapi larut dalam lemak atau lipid.

Activity (16)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Atikah Afri liked this
Mayya Nusin liked this
Yagami Chitose liked this
Zetty Alin liked this
Alin Lin liked this
Makiki Pika liked this
Aini Abdullah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->