You are on page 1of 15

KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH

NEGARA
CONTOH SOALAN :

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan mempelajari sejarah negara. Panjang huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PENDAHULUAN
 Sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun yang bermaksud pohon
atau pokok.
 Syajaratun juga bermaksud salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul.
 Muhd. Yusuf Ibrahim – sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai
sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.

ISI PENTING

o Supaya dapat memahami sejarah tamadun awal bangsa kita.


 Contoh : Zaman Paleolitik, Zaman Noelitik dan Zaman Logam

o Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi.

o Membentuk keperibadian bangsa dengan menghapuskan rasa rendah diri dengan


bangsa lain di dunia.

o Menghayati pegorbanan tokoh pemimpin Negara yang mempertahankan


kedaulatan bangsa dan negara.
 Contoh : Tunku Abdul Rahman Putra yang berusaha menuntut
kemerdekaan negara.

o Mengajar kita sikap berhati-hati supaya kesilapan masa lalu tidak akan berulang
lagi.

PENUTUP

 Sejarah boleh dijadikan iktibar dan pengajaran.


 Mempelajari sejarah dapat memupuk semangat patriotisme serta bangga akan negara
sendiri.
 Sejarah membantu kita menghargai serta memelihara kemerdekaan dan kedaulatan
negara.
KESAN NEGATIF FILEM KEPADA REMAJA
CONTOH SOALAN:
Huraikan pendapat anda tentang kesan negatif filem kepada remaja. Panjang huraian anda
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PENDAHULUAN
Filem atau wayang gambar boleh merujuk kepada wayang tersebut ataupun industri perfileman
secara umum. Perkatan 'filem' datangnya dari filem fotografi yang merupakan perantara utama
wayang tersebut dicetak, dipanggil pita filem.

ISI – ISI PENTING

 Terpengaruh dengan aksi – aksi tertentu seperti rempit


Cth : Filem Rempit
 Lebih mendorong berlakunya gejala sosial
Cth : Filem yang berunsurkan pergaulan bebas antara berlainan jantina
 Melunturkan budaya bangsa dan maruah bangsa dengan mengikuti budaya barat
Cth : Remaja kini terpengaruh dengan tarian Barat
 Membuang masa kepada remaja kerana kebanyakan filem pada masa kini tidak
meyampaikan mesej yang tepat
Cth : Filem tidak memberi pengajaran kepada remaja
 Remaja lebih gemar menggunakan bahasa yang terdapat di dalam filem
Cth : Bahasa yang tidak sopan (mencarut)

PENUTUP

 Filem memberi banyak kesan negative kepada remaja

 Ibu bapa perlulah mengawal tontonan filem terhadap anak – anak

 Agar remaja pada masa kini dan generasi remaja yang akan datang akan menjadi
manusia yang berkeperibadian mulia dan disanjung tinggi oleh masyarakat.
PERANAN IBU BAPA DALAM MENANGANI
MASALAH REMAJA MASA INI

CONTOH SOALAN :
Terdapat pelbagai strategi untuk mengatasi masalah remaja. Pelbagai pihak khususnya ibu bapa
haruslah prihatin dalam memastikan remaja sentiasa cemerlang dalam setiap aspek. Huarikan
pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam menangani masalah remaja masa ini.

PENDAHULUAN
 Marcapada ini, kita sering terdengar masalah remaja yang berlaku di Malaysia

 Masalah ini dapat didapati pada media massa, akhbar dan majalah.

 Ibu bapa perlulah memainkan peranan

ISI – ISI PENTING

Menerapkan nilai – nilai murni dalam diri anak – anak dari kecil.
Huraian : Didik anak secara lembut dahulu semasa kecil supaya mudah diikuti
 Sentiasa mengambil berat walaupun sibuk dengan kerja.
Cth : Ibu bapa menelefon anak di rumah semasa waktu kerja
 Memberi didikan agama yang secukupnya.
Huraian : Ibu bapa perlu mengorbankan sedikit wang untuk pembiayaan sekolah agama
 Mengawal aktiviti sosial anak – anak dengan rakan – rakan.
Huraian : Membenarkan anak berkawan dengan orang yang boleh dipercayai sahaja.
 Lebih meluangkan masa kepada anak – anak di rumah apabila waktu lapang.
Cth : Menggunakan masa dengan berkelah pada hujung minggu.
PENUTUP

 Ibu bapa adalah aset penting dalam mendidik anak – anak ke jalan yang lurus.

 Peranan ini tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa.

 Supaya remaja yang berkualiti dapat dilahirakan untuk menjadi pemimpin pada masa
akan datang.
PERANAN MALAYSIA DALAM MEMBASMI
PENULARAN PENYAKIT BERBAHAYA
SEPERTI H1NI
CONTOH SOALAN :
Penularan penyakit berjangkit seperti influenza H1N1 memberi impak kepada seluruh warga
dunia. Kerjasama nagara di seluruh dunia amat perlu dalam menangani krisis penyakit
berjangkit ini. Ulas peranan Malaysia dalam membasmi penularan penyakit berbahaya ini.

PENDAHULUAN

 Pada zaman era globalisasi ini, ramai rakyat yang telah menghidapi penyakit seperti
H1N1.

 Bukan negara kita sahaja, malah negara lain juga turut mengalami perkara yang sama.

 Kerajan perlu mengambil langkah mencegah penyakit H1N1.

ISI – ISI PENTING


 Menjadikan pengisian borang pengisytiharan kesihatan sebagai mandatori.
Huraian : Menghukum jika enggan.
 Pemeriksaan kesihatan suhu badan bagi penumpang dari luar negara yang mempunyai
penularan yang tinggi.
Cth : Amerika Syarikat, Melbourne dan Manila ( berisiko untuk Malaysia).
 Penyediaan topeng muka oleh operator pengangkutan untuk mereka yang bergejala
influenza.
Huraian : Mengelakkan daripada penyakit merebak dengan luas
 Penguatkuasaan undang-undang sedia ada oleh pihak berkuasa tempatan untuk
kebersihan tandas-tandas awam.
Huraian : Menyembur pembunuh virus
 Pelalian vaksin influenza bermusim untuk golongan berisiko
Huraian : Mereka yang bekerja di barisan hadapan iaitu pekerja Kementerian Kesihatan
dan pihak berkuasa.

PENUTUP

 Langkah ini amat penting bagi mencegah penayakit ini daripada terus merebak kepada
orang lain.
 Kerajaan dan rakyat perlu mengamalkan langkah ini
 Supaya rakyat yang sihat dapat dijana dan rakyat hidup dengan aman dan harmoni.
KEPENTINGAN NILAI MURNI DALAM
MASYARAKAT HARI INI
CONTOH SOALAN :

Orang Daik memacu kuda,


Kuda dipacu deras sekali,
Buat baik berpada – pada,
Buat jahat jangan sekali.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan nilai murni dalam masyarakat hari ini.

PENDAHULUAN

 Bangsa Melayu dikenali dengan kekayaan unsur nilai murni dan budi bahasa yang
tinggi.
 Pada masa kini, masyarakat luar atau pelancong sering memandang serong terhadap
bangsa Melayu kerana hakisan penerapan nilai murni yang terlalu tinggi.
 Masalah ini perlu diambil tahu oleh seluruh rakyat Malysia.

ISI – ISI PENTING

 Nafas baru kepada masyarakat untuk menjadi satu masyarakat bertamadun


Huraian : Mampu menjadikan negara kita lebih baik untuk didiami.
 Generasi muda yang dipupuk dengan nilai murni mampu mematuhi semua peraturan
atau norma yang ditetapkan oleh masyarakat.
Huraian : Segala kerja dapat dilakukan dengan selesa dan mudah
 Menjelmakan sikap generasi muda yang mematuhi peraturan
Huraian : Melalui sikap mereka yang tidak terbabit dalam sebarang aktiviti berunsur
jenayah atau tidak bermoral.
 Imej negara akan terus dijulang oleh masyarakat antarabangsa.
Huraian : Pelancong asing akan sentiasa hormat terhapad rakyat Malaysia
 Mengerartkan hubungan antara kaum
Huraian : Kerana dalam pemupukan nilai murni memang ditekankan perasaan saling
hormat antara kaum.
PENUTUP

Kesimpulannya, usaha menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat orang tua, menjaga
kesopanan di khalayak ramai, mengunjungi rumah jiran, dan berinteraksi antara kaum mampu
melahirkan satu bangsa Malaysia yang moden tetapi penuh budaya tersendiri. Usaha ini harus
diteruskan kerana generasi muda sering berubah dan keadaan turut berubah tetapi nilai murni
akan terus kekal seperti tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
SUMBANGAN ANDA UNTUK
MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN
RAKYAT MALAYSIA
CONTOH SOALAN :
Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin
terhakis. Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk
megekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.

PENDAHULUAN

 Malaysia mempunyai banyak warisan budaya mengikut kaum masing – masing.

 Kebanyakan warisan ini diwarisi sejak zaman kesultanan Melayu.

ISI – ISI PENTING

 Menyertai pertandingan atau persembahan yang berunsurkan budaya warisan.


Huraian : Menghayati persembahan tersebut
 Keluarga : Melarang anak terpengaruh dengan budaya luar seperti budaya barat.
Huarian : Mengurangkan aktiviti sosial terhadap rakan yang sudah terpengaruh.
 Sekolah : Mengadakan kempen atau pameran tentang warisan budaya yang terdapat di
Malaysia.
Huraian : Mengadakan sekurang – kurangnya sekali setahun.
 Masyarakat : Mengamalkan budaya mengikut kaum masing – masing dalam kehidupan
harian.
Huraian : Tidak mencaci budaya warisan bangsa lain
 Kerajaan : Mengadakan festival atau persembahan ketika menjelang hari perayaan
kaum masing – masing.
Huraian : Mengadakan persembahan tarian zapin ketika menjelang Hari Raya.

PENUTUP

 Warisan budaya sangat penting bagi membuktikan rakyat Malaysia mempunyai


tamadun.

 Kita seharusnya berusaha mengekalkan budaya ini

 Supaya mendapat penghormatan daripada masyarakat luar.


PERANAN IBU BAPA MENDIDIK ANAK –
ANAK MEMANFAATKAN INTERNET
CONTOH SOALAN :
Teknologi internet kini telah maju. Ibu bapa berperanan penting dalam mengawal
kecenderungan anak – anak melayari internet tanpa berasa risau dab bimbang. Berdasarkan
pernyataan di atas, huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa mendidik anak – anak
memanfaatkan internet dalam kehidupan seharian.

PENDAHULAN

 Pada zaman yang serba canggih ini, penggunaan internet sangat luas dalam kalangan
kanak – kanak, remaja dan dewasa.
 Penggunaan internet sangat penting dalam kehidupan kerana banyak maklumat atau
sumber dapat diperoleh daripada internet.
 Tetapi, sebahagian pengguna internet telah salah gunakannya seperti manghantar virus
dan menonton video lucah.

ISI – ISI PENTING

 Ibu bapa perlu berada di samping anak – anak ketika mereka menggunakan internet.
Huraian : Melarang anak membuka laman web berunsurkan sosial
 Menggalakkan anak membuka laman web yang berunsurkan ilmiah.
Huraian : Lebih memberi banyak faedah seperti e-tutor dan Score A
 Memberi anak – anak menggunakan internet ketika perlu sahaja
Huraian : Mencari maklumat untuk melaksakan kerja sekolah dengan lebih mudah.
 Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak – anak.
Huraian : Ibu bapa tidak membuka laman web yang dilarang kepada anak
 Ibu bapa perlu memasang pengawal pencarian internet
Huraian : Memasang ‘Firewall’

KESIMPULAN

 Ibu bapa perlulah mendidik anak – anak memanfaatkan internet dengan betul.

 Peranan ini janganlah diabaikan supaya negara dapat melahirkan generasi yang
terbilang dan gemilang.
KEMASUKAN WARGANEGARA ASING
MENINGGALKAN BEBERAPA IMPLIKASI
CONTOH SOALAN :
Kemasukan warganegara asing ke beberapa buah negara lain meninggalkan pelbagai implikasi.
Jelaskan pernyataan ini.

PENDAHULUAN
 Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat.
 Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar.
 Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah
kekurangan tenaga kerja.
 Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki
lumayan.
 Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan
pelbagai masalah.

ISI – ISI PENTING

 Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras
kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan
Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan
ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama.
Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya
supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos
penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan
terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.
 Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini
merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka.
Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa
negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes
rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma
sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am
buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam
ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis
bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna,
Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk
melakukan rompakan pada siang hari.
 Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang
sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin
tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara
asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS,
tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik
telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula.
Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan
hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat
jangkitan AIDS.
 Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan
masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram.
Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai
kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan
kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu,
pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada mas a
akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga
terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan
ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang
mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.
 Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah
pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah
kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan
rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini.
Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka
gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada
antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai
pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan
rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.

PENUTUP

 Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara.


 Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan
masalah.
 Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi
minoriti di tanah airnya sendiri.
KEPETINGAN PELABURAN MASA DEPAN
CONTOH SOALAN :
Sediakan payung sebelum hujan sering kali menjadi prinsip mereka yang gemar akan
pelaburan. Sebagai pegawai bank, anda diminta menyampaikan ceramah tentang kepentingan
pelaburan masa depan. Tulis teks ceramah itu selengkapnya.

PENDAHULUAN

 Ucapan terima kasih kepada pengerusi majlis.


 Mengucapkan tanda kesyukuran kerana berpeluang memberi ucapan.
 Menekankan kepada hadirin dan hadirat bahawa pelaburan masa depan sangat penting.

ISI – ISI PENTING


 Pelaburan mempunyai ciri atau pendekatan terbaik
Huraian : Menjana simpanan masa depan untuk pendidikan jangka panjang generasi
muda.
 Supaya dapat meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat negara ini
Huraian : Membuat persediaan awal dan perancangan yang baik untuk keperluan
pendidikan tinggi dan masa depan anak-anak yang lebih terjamin.
 Supaya dapat memberikan pulangan yang kompetitif
Huaraian : Berdasarkan kecemerlangan pengurusan pelaburan yang telah ditunjukkan
selama ini.
 Membantu dalam meningkatkan ekonomi diri dan keluarga, masyarakat dan negara.
Huraian : Kehidupan akan lebih senang dan terjamin
 Memberi peluang kepada masyarakat Malaysia terutamanya bumiputera
Huarian : Memiliki kepentingan ekuiti dalam sektor korporat melalui pembahagian
dalam bentuk unit-unit saham amanah telah berjaya menebus maruah bangsa kita.

PENUTUP
 Membuat kesimpulan terhadap isi – isi utama yang disampaikan ketika ceramah.
 Menekankan rakyat untuk melabur untuk masa depan supaya masa depan rakyat
Malysia akan lebih cerah terutamanya untuk pendidikan.
LANGKAH – LANGKAH YANG BOLEH
DILAKUKAN OLEH USAHAWAN UNTUK
MENCAPAI STANDARD KUALITI
BARANGAN – ANTARABANGSA
CONTOH SOALAN :
“Barangan Tempatan Berkualiti Antarabangsa” ialah slogan kerajaan kea rah mencapai
standard kualiti barangan antarabangsa. Bincangkan langkah – langkah yang boleh dilakukan
oleh usahawan tempatan supaya hasrat ini menjadi realiti.

PENDAHULUAN
 Penyelidikan dan pembangunan merupakan aktiviti yang penting ke arah meningkatkan
kualiti hidup masyarakat.
 Antara pihak yang terlibat ialah SIRIM.
 SIRIM telah mengambil berbagai langkah untuk mempertingkatkan usaha-usaha
membantu perkembangan industri melalui program-program teknologi perindustrian
dan kualiti.

ISI – ISI PENTING


 Penggunaan teknologi termaju dalam proses rekabentuk, pengeluaran dan kejuruteraan.
Huraian : Mempertingkatkan kecekapan pengeluaran, produktiviti, mengurangkan kos
pengeluaran di samping menghasilkan produk yang kualitinya tinggi dan konsisten.
 Menggalakkan barangan-barangan buatan di negara ini
Huraian : Agar mendapat tempat di pasaran antarabangsa.
 Memastikan skim-skim pengesahan kualiti yang terdapat di SIRIM adalah skim-skim
bertaraf antarabangsa.
Huraian : Barangan lebih mudah mendapat kepercayaan pengguna
 Mandapatkan pengiktirafan dengan beberapa negara yang penting kepada
perkembangan perdagangan negara ini telah pun diperolehi.
Huraian : Sebagai sokongan kuat terhadap hasil pengeluaran barangan.
 Mendapatkan sokongan daripada badan-badan pengesahan luar negeri untuk memberi
kepercayaan dan sanggup mengadakan kerjasama teknikal.
PENUTUP

 Langkah – langkah tersebut hendaklah dilaksanakan oleh pihak yang terlibat.

 Supaya ekonomi dapat terus berkembang dan membangun di peringkat global.


PENDIDIKAN INDUSTRI – MENJURUS
KEPADA BIDANG TEKNOLOGI UNTUK
MELAHIRKAN TENAGA KERJA YANG
MAHIR DALAM BIDANG PERINDUSTRIAN
CONTOH SOALAN :
Pendidikan industri ialah pendidikan yang menjurus kepada bidang teknologi untuk melahirkan
tenaga kerja yang mahir dalam bidang perindustrian. Tulis rencana tentang kesan pendidikan
tersebut kepada masyarakat.

PENDAHULUAN
 Pada masa kini, teknologi semakin berkembang dari masa ke semasa.
 Penggunaan teknologi banyak diaplikasikan dalam kehidupan harian.
 Teknologi sangat penting dalam membantu perkembangan industri negara.
 Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pendidikan industri kepada pelajar bagi
melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang perindustrian.

ISI – ISI PENTING


 Dapat menghasilkan produk yang lebih berkualiti.
Huraian : Menjamin hasil pengeluaran yang lebih menguntungkan
 Sesuatu produk dapat dihasilkan dengan lebih cepat dan mudah.
Huraian : Melalui penggunaan teknologi yang canggih dan maju.
 Ekonomi negara akan cepat membangun.
Huraian : Hasil daripada keuntungan yang diperoleh oleh negara
 Pekerja akan memperoleh hasil atau gaji yang lebih lumayan.
Huraian : Kerajaan akan memberi banyak bonus kepada pekerja.
 Melahirkan masyarakat yang berfikiran jauh ke hadapan.
Huraian : Melalui penggunaan teknologi moden, masyarakat mampu berfikir penciptaan
teknologi yang baharu dan lebih canggih

PENUTUP
 Pendidikan industri sangat penting kepada pelajar lepasan Sijil Penilaian
Menengah(SPM).

 Ibu bapa perlu manggalakkan anak mereka menceburi bidang ini supaya ekonomi
negara akan terus membangun seterusnya nama Malaysia akan harum di persada
antarabangsa.
CERPEN / SKRIP DRAMA – KONFLIK
REMAJA
CONTOH SOALAN :
Tulis sebuah cerpen atau skrip drama berdasarkan tema “Konflik Remaja”/

PENDAHULUAN
 Menceritakan latar belakang watak utama dan beberapa watak sampingan.
 Menceritakan serba sedikit tentang kehidupan watak utama.
 Menceritakan perkara yang sering dilakukan dalam kehidupan seharian.

ISI – ISI PENTING


 Menceritakan cabaran / halangan / dugaan hidup / konflik / masalah yang dihadapi dan
sukar untuk diselesaikan.
Huaraian : Cabaran tersebut sebaiknya dihadapi sendirian
 Menonjolkan usaha – usaha watak utama menyelesaikan masalah tersebut.
Huraian : Watak tersebut telah banyak mengorbankan masa, harta dan wang.
 Usaha tersebut gagal dilakukan.
Huraian : Watak hamper berputus asa dan tidak sanggup meneruskan kehidupan.
 Mendapat pertolongan dan sokongan daripada watak sampingan.
Huraian : Bersama – sama menempuh cabaran tersebut.
 Berkat usaha yang bersungguh – sungguh dan tawakal, masalah tersebut dapat
diselesaikan dengan mudah.
Huraian : Watak berasa sungguh gembira dan bersyukur kepada tuhan.
 Sepanjang menempuh cabaran tersebut, watak utama mendapat banyak pengalaman dan
pengajaran untuk meneruskan kehidupan seterusnya.
Huraian : Watak akan lebih berhati – hati ketika melakukan sebarang kerja.

PENUTUP
 Kehidupan watak utama lebih tenang.
 Memberi sedikit pengajaran yang jelas kepada pembaca.

You might also like