BAHASA JIWA BANGSA
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.Bahasa Jiwa Bangsa! Maksudnya, daripada bahasa orang dapat mengenal kita.Sesungguhnya makna bahasa sangat luas pengertiannya, iainya tidak hanya merujuk sebagai satu sistem linguistiksemata-mata, tetapi bahasa juga melambangkan budaya dan fungsi bahasa itu sendiri sebagai alat perhubungansosial dalam masyarakat. Justeru itu, izinkan saya untuk membawa tiga usul pada petang ini iaitu yang pertama,
bahasa jiwa menyatukan bangsa
, kedua
bahasa jiwa memajukan bangsa,
dan yang terakhir
, bahasa jiwamemartabatkan bangsa
.Menurut Asmah Haji Omar, seorang tokoh linguistik Melayu ,perkataan bahasa merujuk kepada firasat ataupetunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Dalam konteks ini, bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya, iaitucara hidup dan persekitaran fizikal serta sosial masyarakat tersebut.Bahasa Jiwa pula ditakrif sebagai bahasa yang paling dekat dengan hati nurani seorang, iaitu bahasa sendiri ataubahasa ibunda, bahasa komunikasi dengan ibu bapa dan keluarga terdekat dan seluruh bangsa. Sebagai wargaMalaysia, kita seharusnya menghayati dan menghargai bahasa kebangsaan sebagai jiwa bangsa kita dan cerminan jatidiri kita. Sesungguhnya jiwa sesuatu bangsa itu dapat dilihat pada bahasanya. Pada bahasa itulah tergambaretos atau semangat kita sebagai satu bangsa dalam satu lingkungan tanah air yang dipunyai secara bersama.Usul saya yang pertama, bahasa jiwa merupakan wasilah terpenting dalam menyatukan bangsa Malaysia.Sesungguhnya, apa yang termaktub dalam Perkara 152 yang menyediakan peruntukkan-peruntukkan yangberkaitan dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak boleh dipersoalkan, hal ini keranapenguatkuasaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara adalah bertujuan untukmenyatupadukan kaum-kaum, yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain di bawah satu bahasa.Cuba kita bayangkan, bagaimana selepas hampir 53 tahun merdeka, jika kaum Melayu hanya dengan bahasamelayunya, dan kaum Cina dengan bahasa Mandarin,Tionghua, ataupun Hokkien nya, dan kaum India pula denganbahasa tamil nya sahaja, maka bagaimanakah kewujudan bangsa Malaysia dapat direalisasikan?Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, makaakan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa, iaitu bangsa Malaysia. Sebaliknya, jika kitamendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan terpancarlah `jati diri asing'. Lantas, akan terencatlah pembentukan jatidiri kita sebagai bangsa MalaysiaUsul saya yang kedua, bahasa jiwa menjadi pemancu kearah kemajuan bangsa. Sesungguhnya untuk mewujudkansatu bangsa itu bukanlah mudah. Suka saya tegaskan disini, bahawa dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia