You are on page 1of 22

NOR BAHIYAH BT

Soalan 1

“Pengajaran dan pembelajaran KOMSAS yang diterapkan dalam mata pelajaran


bahasa Malaysia diharapkan dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar dalam
penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan berbahasa”.

Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran


KOMSAS di sekolah dengan memberi fokus terhadap keberkesanan pelaksanaannya
dalam konteks mempertingkat penguasaan berbahasa pelajar. Perbincangan anda perlu
disertakan dengan contoh dan data yang berkaitan.

PENDAHULUAN

Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen Sastera'. Komsas merupakan komponen
dalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5 di semua sekolah menengah.

Dalam subjek bahasa Melayu, setiap tingkatan diberi 2 buah buku iaitu sebuah novel dan
sebuah antologi. Apabila sampai ke tingkatan 3, mereka sudah membawa 6 buah buku. Novel
yang dipilih terdiri daripada pelbagai genre yang dihasilkan oleh novelis Malaysia, tidak
semestinya Sasterawan Negara. Karya-karya Sasterawan Negara dianggap berat, panjang dan
hanya sesuai untuk bacaan umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar PMR dan SPM.

Kupasan novel termasuk dalam Bahagian B Kertas Bahasa Melayu PMR dan membawa
markah 10 % sahaja. Antologi pula merupakan kumpulan pelbagai genre seperti puisi moden dan
puisi klasik, cerpen, sedutan teks klasik dan drama. Komsas dilihat sebagai alternatif kepada
subjek Sastera di tingkatan 4 dan 5 sebelum ini. Tidak ramai pelajar yang mengambil subjek
Kesusasteraan terutama sekali pelajar aliran sains. Sedangkan membaca bahan sastera dapat
membina kecekapan berbahasa dan membina kualiti minda dan keinsanan.

Komsas adalah merupakan satu medium untuk membentuk dan memantapkan aspek
emosi dan rohani, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melaluinya diharapkan

____________________________________________________________________________________
1
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

emosi para pelajar dapat dibentuk dengan jayanya melalui penghayatan bahan-bahan sastera
yang ditetapkan. Justeru itu konsep bersepadu dalam pendidikan KOMSAS telah berlaku. Iaitu
dari segi ilmu iaitu pengajaran KOMSAS menyepadukan ilmu kesusteraan dengan ilmu bahasa.
Selain itu berlaku juga penyepaduan dalam aspek bahan pengajaran di mana bahan-bahan
kesusteraan seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya digunakan dalam pengajaran.

Matlamat Utama Pengajaran Komsas

☻mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan


dan kehalusan bahasa.

Objektif

☻menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar

☻mempertingkatkan kemahiran berbahasa

☻merangsang kemahiran menilai

☻mengkritik pelbagai karya sasteradan akhir sekali untuk memupuk semangat yakin diri

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMSAS

Saya telah memilih cerpen yang bertajuk “Kasut Kelopak Jantung” terbitan Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka 2009. Cerpen ini ditulis oleh Ghazali Lateh
untuk pengajaran dan pembelajaran KOMSAS tingkatan 1.

Untuk tugasan ini, saya telah memilih teknik improvisasi sebagai teknik pengajaran
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada pendapat saya, teknik ini adalah yang paling
sesuai dijalankan untuk menjalani sesi pengajaran cerpen dalam kelas. Menurut modul
Pengajaran Kesusasteraan Melayu dan Kemahiran Berbahasa, improvisasi ialah lakonan spontan
yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang
terdapat dalam genre sastera yang diajarkan.

____________________________________________________________________________________
2
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

Oleh sebab saya memilih karya sastera cerpen, maka teknik improvisasi adalah teknik
terbaik bagi mengetengahkan jalan cerita cerpen yang dipilih, iaitu Kasut Kelopak Jantung.
Melalui teknik improvisasi, para pelajar lebih mengetahui tentang cerpen yang sedang
dibincangkan dengan lebih mendalam.

Teknik improvisasi merupakan aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan


kejadian, peristiwa atau situasi sebenar. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
menarik dengan teknik ini. Selain guru, para pelajar juga lebih terhibur dan menghayati cerpen
dengan lebih mendalam. Teknik ini merupakan salah satu teknik yang sama sekali berlainan
dengan teknik kapur dan papan hitam.

Saya memilih untuk menunjukkan slaid jantung pisang kepada pelajar. Ini penting kerana
terdapat pelajar yang tidak pernah melihat jantung pisang.Kemudian, saya membuka kelopak
jantung pisang sehelai demi sehelai dan meminta beberapa orang murid menjadikan kasut
dengan kelopak tersebut. Saya akhirnya mengaitkan aktiviti dengan isi pelajaran hati tu.

Dalam langkah 1, pelajar dibahagikan dalam kumpulan antara 2 – 5 orang pelajar.


Mereka diberi masa 10-15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog. Para pelajar lebih berasa
relaks dan tenang untuk mempelajari cerpen ini. Di samping itu, secara tidak langsung semangat
kerjasama dapat diwujudkan antara mereka. Masing-masing berganding bahu untuk menyiapkan
tugasan yang diberi oleh guru. Para pelajar juga akan lebih berdisiplin kerana turut mempelajari
untuk menepati masa mengikut masa yang ditetapkan. Hubungan para pelajar dengan pelajar
serta pelajar dengan guru juga lebih erat.

Melalui teknik improvisasi juga, para pelajar lebih memahami cerpen yang dipelajari.
Mereka akan menghayati setiap rentetan peristiwa yang berlaku dalam cerpen dan boleh
mengemukakan nilai-nilai penting, pengajaran, persoalan-persoalan dan tema dengan tepat.
Mereka juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis dalam menceritakan semula peristiwa
dalam cerpen dengan teknik dan cara tersendiri.

Bagi aspek kebahasaan, terdapat dua bidang besar iaitu morfologi dan sintaksis. Dalam
bidang morfologi, peraturan dan cara penggunaan kata atau perkataan diperincikan. Aspek-aspek
morfologi meliputi;

____________________________________________________________________________________
3
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

i) Jenis-jenis kata iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, kata ganda dan
akronim.
ii) Pembentukan kata iaitu imbuhan, pemajmukan, gandaan dan gabungan.
iii) Penggolongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Manakala sintaksis pula ialah bidang yang memperincikan ayat dan pembentuknnya.
Dalam bidang sintaksis, perkara-perkara berikut dibincangkan;

i) Struktur ayat iaitu subjek, predikat, pola ayat dasar, ayat pasif dan ayat aktif.
ii) Pembentukan ayat iaitu ayat selapis dan ayat majmuk.
iii) Jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya dan ayat seru.
iv) Frasa iaitu hukum DM, pembentukan frasa dan konstituen terdekat.

Langkah seterusnya untuk menyerapkan aspek kebahasaan, saya telah memilih aspek
morfologi iaitu penggolongan kata di bawah kata adjektif. Pelajar diminta mencari ayat yang
menggandungi kata adjektif seperti:

1. ‘Matanya yang besar dijegilkan ke arah Ahmad.’


2. ‘Dia memakai kemeja putih lusuh dan seluar biru pudar.’
3. ‘Sebentar kemudian dia kembali dengan seutas tali rafia berwarna merah.’
4. ‘Kelopak jantung diacukan ke tapak kakinya yang comot.’

Pelajar akan menggariskan perkataan yang menunjukkan kata adjektif. Kemudian,


mereka diminta membina ayat lain dengan menggunakan perkataan yang telah digariskan tadi.
Melalui cara ini, pelajar dapat mengembangkan penggunaan perbendaharaan kata yang telah
mereka pelajari.

Selain itu, dengan pengajaran dan pembelajaran KOMSAS ini, pelajar dapat mendalami
dan menilai keindahan dan kehalusan bahasa sastera yang tinggi. Pelajar dapat memahami apa
itu peribahasa, metafora dan sebagainya. Langkah keempat, pelajar akan menyebut peribahasa
yang terdapat di dalam cerpen dan memberikan maknanya sekali secara lisan. Contoh peribahasa
yang terdapat di dalam cerpen ialah membatukan diri, berkaki ayam, budak hingusan, ambil
kisah, seperti ayam kalah menyabung, lurus bendul, kaki lima dan berkecil hati. Apabila pelajar

____________________________________________________________________________________
4
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

dapat menyebutkan peribahasa-peribahasa ini, bermakna mereka mula mengenali dan menilai
keindahan dan kehalusan yang terdapat dalam bahasa sastera.

Guru akan memberikan nilai-nilai dan pengajaran dalam cerpen di akhir pengajaran.
Kolaborasi antara kaedah improvisasi dan kesimpulan adalah amat baik untuk teknik mengajar
bagi cerpen ketika dalam kelas.

Memandangkan kesemua murid dalam kelas tersebut boleh membaca tidak menjadi
masalah kepada saya untuk mengajar KOMSAS di kelas ini. Dengan adanya pelaksanaan
KOMSAS pelajar dapat mempelajari asas ilmu kesusteraan sebelum meneruskan lebih lanjut
semasa menengah atas nanti. Di Tingkatan 4 dan 5 , terdapat satu mata pelajaran sastera yang
ditawarkan kepada pelajar yang meminati untuk mendalami ilmu sastera.

DATA SOAL SELIDIK KEBERKESANAN KOMSAS

Berdasarkan bilangan 20 orang respoden yang terdiri dari 14 orang (70%) guru Bahasa Melayu
yang mengajar KOMSAS dan 6(30%) orang pelajar yang mempelajari KOMSAS selama 3
tahun.Majoriti responden menyokong Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS diteruskan di
sekolah.

____________________________________________________________________________________
5
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

Berikut dirumuskan hasil dapatan kajian:

RUMUSAN SOAL SELIDIK KEBERKESANAN KOMSAS


ASPEK KEBAHASAAN
NOMBOR SOALAN

5
4
TIDAK SETUJU LANGSUNG
3 TIDAK SETUJU
ANTARA SETUJU DAN TIDAK
2
SETUJU
1 AMAT SETUJU

0% 20% 40% 60% 80% 100%


PERATUSAN

Jadual menunjukkan hasil dapatan kajian tentang hubungan di antara kebekesanan pelaksanaan
KOMSAS terhadap aspek berdasarkan skala likert. Secara amnya, majoriti responden menyokong
KOMSAS membantu dalam aspek kebahasaan.Ini terbukti dalam soalan 5 majoriti responden
bersetuju KOMSAS berjaya mempertingkatkan keupayaan pelajar dari aspek kebahasaan.
Terdapat juga 2 orang responden yang tidak menyokong penyataan tadi. Pada pandangan
responden tersebut, sastera tidak sepatutnya digabungjalinkan dengan Bahasa Melayu kerana
____________________________________________________________________________________
6
mata pelajaran tersebut telah sarat dengan pelbagai kemahiran yang perlu diajar kepada pelajar.
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
Selain itu, terdapat sebahagian dari ayat dalam buku sastera tersebut yang mengelirukan pelajar dari
aspek tatabahasa.
NOR BAHIYAH BT

RUMUSAN SOAL SELIDIK KEBERKESANAN KOMSAS


ASPEK KEINDAHAN
NO M B O R SO ALA N

10
TIDAK SETUJU LANGSUNG
TIDAK SETUJU
9 ANTARA SETUJU DAN TIDAK
SETUJU
AMAT SETUJU
8

71

0% 20% 40% 60% 80% 100%


6
PERATUSAN

Berdasarkan soal selidik yang dilakukan, majori responden bersetuju KOMSAS berjaya menarik

` minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu. Hanya 10% responden tidak setuju sama sekali.
Pada pandangan mereka, jika terdapat murid yang masih belum mahir membaca bagaimanakah
mereka dapat membaca novel? Tentang keberkesanan KOMSAS menerap nilai-nilai kemanusiaan
pelajar, terdapat 30% responden tidak bersetuju dengan pendapat ini. Pada pandangan mereka
waktu untuk mengajar KOMSAS terlalu sedikit dan agak sukar menerapkan sifat-sifat kemanusia
kepada pelajar. Walaubagaimanapun 50% responden amat bersetuju dengan peranan KOMSAS
berjaya menerapkan nilai-nilai kemanusiaan. 80% menyokong pandangan KOMSAS berkesan
membudayakan pelajar. Terdapat taburan yang agak sekata tentang keberkesanan KOMSAS
____________________________________________________________________________________
7
menyampaikan pengalaman kreatif kepada pelajar. Kesimpulannya 50%KOMSAS
PENGAJARAN responden amat
DALAM bersetuju
BAHASA MELAYU
HBML 3103
KOMSAS berjaya mempertingkatkan keupayaan pelajaran dalam aspek keindahan bahasa..
NOR BAHIYAH BT

15

14

13

12

11

Terdapat taburan yang agak sekata tentang pelajar mempelajari pemilihan kata-kata melalui
KOMSAS. Walaubagimanapun 50% responden bersetuju pelajar dapat mempelajari ketertiban
bahasa melalui KOMSAS.Majoriti responden bersetuju penyampaian yang menarik dalam teks
KOMSAS berkesan menarik minat pelajar. Dari segi aspek kehalusan bahasa , majority responan
menyokong pandangan Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS berjaya mempertingkatkan
keupayaan pelajar dalam aspek kehalusan berbahasa.

____________________________________________________________________________________
8
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

KELEBIHAN KOMSAS

Kesusasteraan Melayu, khususnya KOMSAS boleh memainkan peranan penting dalam


pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadah fikiran, dan perasaan
yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan murid-murid atau kanak-kanak sedar akan
perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain.
Kesusasteraan Melayu, seperti karya-karya seni yang lain bukan sahaja memukau deria rasa dan
intelek peminatnya, bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara,
menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah.

Secara singkat hal ini bermakna bahawa unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang dibaca
oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berupaya untuk membentuk dirinya agar
menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok, dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai-
nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu
dapat mendidik murid mengamalkan keperibadian yang seimbang. Proses pengajaran dan
pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan
mewujudkan jati diri murid serta berilmu pengetahuan. Sebagai contoh cerpen “Diari Seorang
Pengawas” memaparkan secara langsung dunia murid. Pengarang mengemukakan watak murid
yang bertanggungjawab terhadap tugasnya, dan ia merupakan satu “role model” yang wajar bagi
seorang murid yang menjadi pengawas di sekolah (Sehijau Warna Daun, 2002: 50).

Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu


dalam subjek Bahasa Melayu akan dapat memotivasikan murid untuk belajar melalui bahan-
bahan yang dibaca. Dengan ini, bahan yang dibaca atau yang didengar akan menyalurkan
pemikiran positif, kreatif, dan kritis dalam proses pendidikan seumur hidup. Bahan-bahan
komponen kesusasteraan Melayu akan dapat menarik perhatian murid terhadap topik yang akan

____________________________________________________________________________________
9
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

disampaikan. Keadaan ini akan memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid dalam
proses pembelajaran secara berterusan.

Malahan, semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap murid sekiranya
mereka didedahkan dengan pengajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam proses
pembelajaran mereka. Melalui pengajaran komponen kesusasteraan Melayu, murid akan
diperkenal dengan unsur-unsur patriotik, perpaduan negara, dan kebudayaan kebangsaan.
Sebagai contoh sajak “Di Ruang Gemanya” yang dinyatakan oleh penyair akan kesetiaannya
yang tidak berbelah bagi pada Malaysia dan cintanya tak perlu disangsikan pada negara (Kerusi,
2002: 13).

Oleh itu, semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap murid, sekiranya
murid dengan bantuan guru dapat menilai dan mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran
komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Malah, dengan demikian
akan meningkatlah rasa cinta mereka kepada tanah air.
Satu perkara lagi yang penting dan menariknya tentang kesusasteraan Melayu dalam pendidikan
Bahasa Melayu yang dikenali sebagai s kecil yang ada dalam sistem pendidikan di Malaysia
adalah kerana kesusasteraan Melayu dapat membantu melahirkan manusia yang mempunyai
sifat-sifat yang mulia.

Melalui pembacaan teks-teks atau bahan kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu, murid dapat meneladani dan menambahkan ilmu pengetahuan, menyuburkan
emosi, membina moral dan pengajaran, unsur kemasyarakatan dan nilai kemanusiaan, dan
estetik. Hal ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan
Melayu dalam subjek Bahasa Melayu terdapat pelbagai gubahan yang menyingkapkan nilai
budaya.

Bahan-bahan kesusasteraan Melayu yang bertemakan moral dapat membantu murid


menghayati nilai-nilai murni. Perkara ini disebabkan murid dapat belajar melalui peniruan
watak-watak baik yang ditonjolkan dalam sesebuah karya kesusasteraan Melayu. Keadaan ini
____________________________________________________________________________________
10
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah disiplin pada kalangan murid kerana murid
tertarik dengan cerita tersebut, mereka akan mendengarnya atau membacanya dengan teliti dan
tidak mungkin akan menimbulkan masalah disiplin.

Pertimbangan utama dalam kehidupan bermasyarakat ialah soal sejauh manakah


seseorang itu dapat mengutamakan nilai-nilai murni dalam tindak-tanduk, perancangan, dan
keputusan-keputusannya dalam kehidupan. Sebagai contoh seorang individu Muslim sentiasa
dipandu oleh nilai-nilai yang sesuai dengan kepercayaan akidah dan akhlak Islam. Demikianlah
halnya dengan yang lain yang sebahagian besar daripada mereka, terutama yang berpegang
kepada agama akan melihat nilai-nilai yang positif, seperti menghormati hak-hak manusia lain
dan menghargai sebarang hal yang secara universalnya diterima sebagai baik dan memberi
kesejahteraan kepada masyarakat. Malahan, Islam memaparkan nilai-nilai murni yang diterima
sebagai bersesuaian dengan semua agama di dunia.

Oleh itu, wajarlah karya-karya kesusasteraan Melayu yang terpilih perlu memancarkan
nilai-nilai murni yang dapat membentuk konsep-konsep kebaikan, keikhlasan dan kebenaran
dalam pemikiran dan perasaan murid-murid yang mempelajari kesusasteraan Melayu. Hal
sedemikian bersesuaianlah dengan dasar pendidikan kebangsaan, yang antara tujuan pentingnya
adalah untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kadang-kadang,
proses pengajaran dan pembelajaran unsur kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu
sebelum pelaksanaan pada tahun 2000 tidak mencapai objektifnya kepada murid. Hasil atau
bahan kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid ada kalanya bukannya hasil kesusasteraan
Melayu yang sesuai dengan kebolehan, tahap atau keupayaan murid, tetapi lebih berupa cerita
semata-mata. Malah kajian yang dijalankan sebelum ini juga mendapati bahawa buku-buku
bacaan kesusasteraan Melayu yang disenaraikan oleh KPM itu sesetengah daripadanya kurang
sesuai untuk bacaan murid kerana berunsur negatif (Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir, 1997: 189).

Oleh yang demikian, kurikulum baru yang berorientasikan komponen kesusasteraan


Melayu lebih berupaya untuk mewujudkan individu yang berminat dengan karya-karya yang
bermutu. Selain itu, penggunaan kesusasteraan Melayu melalui pengajaran dan pembelajaran

____________________________________________________________________________________
11
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

Bahasa Melayu yang berkesan dapat membantu dan mempercepat proses itu, selari dengan
dasarnya, iaitu untuk membina dan mengukuhkan lagi pengetahuan asas kepada cita rasa warisan
bangsa Melayu supaya lahir kesedaran; rasa hormat kepada nilai-nilai Melayu, di samping
menanamkan bibit-bibit penghayatan yang dapat melahirkan rasa keinginan untuk menyumbang
kepada khazanah kesusasteraan kebangsaan yang dimiliki bersama itu.

Seterusnya, penggunaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Melayu yang berkesan juga berupaya untuk melahirkan sebilangan besar anggota
masyarakat yang dapat menghargai kesusasteraan bangsa. Sekali gus menambahluaskan bilangan
pembaca buku kesusasteraan Melayu. Di samping itu, pengetahuan tentang konsep dan teori-
teori kesusasteraan yang berhubungan dengan beberapa pendekatan seperti pendekatan sosiologi
sastera yang digunakan oleh pengarang dalam menganalisis karya-karya kesusasteraan Melayu
yang estetik dapat meluaskan pengetahuan guru. Malah pengetahuan itu akan dapat menjadi daya
penarik kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Guru Bahasa
Melayu yang terlatih harus sedar akan adanya perbezaan perkembangan antara sains sosial dan
sains kemanusiaan. Bahkan, guru Bahasa Melayu perlu sentiasa peka bahawa terdapatnya
perubahan yang radikal dan bersifat revolusioner dalam dunia sains kemanusiaan atau dalam
dunia era globalisasi atau dunia tanpa sempadan berbanding dengan yang lainnya. Apabila
seseorang guru itu dapat mengikuti atau menangani perkembangan dalam ilmu sains
kemanusiaan yang cepat berubah itu, maka, tidaklah pula guru Bahasa Melayu itu akan
ketinggalan zaman.

Pandangan tentang fenomena itu sering dikaitkan oleh cerdik pandai dengan
perkembangan kesusasteraan Melayu yang sentiasa menerima perubahan. Dengan memahami
situasi ini, teks atau sumber kesusasteraan Melayu tidak hanya sebuah cerita tetapi mampu
membawa perubahan terhadap alam pendidikan atau dunia kehidupan itu sendiri. Tanpa
memahami segala hal, komponen kesusasteraan Melayu tidak akan hidup seperti sepatutnya.
Oleh itu, guru Bahasa Melayu wajar bijak menangani bahawa penggunaan komponen
kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu itu bukan sekadar mengajar bahasa, seni,
falsafah, sejarah, peradaban, atau agama, bahkan mengajar erti atau nilai kehidupan itu sendiri.

____________________________________________________________________________________
12
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

SOALAN 2

Berdasarkan kajian menunjukkan bahawa kadar membaca dalam kalangan rakyat


Malaysia masih rendah. Mereka lebih berminat untuk membaca bacaan ringan
yang tidak memerlukan rangsangan kognitif (Jama’yah Zakaria : 2008).

Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaskan kenapa hal ini demikian. Anda juga
dikehendaki mencadangkan langkah-langkah yang boleh ipraktikkan untuk menerapkan
budaya membaca dalam kalangan pelajar khususnya kegiatan membaca yang
menggunakan kebolahan kognitif mereka.

Perbincangan anda perlu disertakan dengan contoh dan data yang berkaitan.

Pendahuluan

Budaya membaca memainkan peranan yang penting dalam memajukan sesuatu


masyarakat atau negara. Ini kerana melalui membaca, pemikiran atau minda seseorang akan
berubah dan mempengaruhi pembangunan sesebuah negara dan bangsa.

Menurut artikel yang dihasilkan oleh Mohd Farid Md Alias, manfaat yang diperolehi
daripada aktiviti pembacaan yang berkualiti dan bernilai keilmuan adalah seperti membantu
pembaca mengenali makna kehidupan dan nilai-nilai murni untuk dicontohi, membentukan
pemikiran kritis, memilih cara penyelesaian yang terbaik untuk masa depannya dan memenuhi
masa lapang yang dimiliki, justeru mampu menjadi anekdot buat menghadapi isu kecairan
sahsiah remaja hari ini.

Tetapi amalan membaca di kalangan rakyat Malaysia masih rendah, Mohd Arif Atan
menyatakan banyak alasan diberikan seperti berat hati dan merasakan tidak mempunyai wang
yang mencukupi untuk membeli bahan bacaan, tidak mempunyai masa dan malas membaca.
Budaya membaca di masyarakat kita sekadar untuk meluluskan peperiksaan, memperoleh ijazah

____________________________________________________________________________________
13
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

serta mendapat kerja yang bergaji lumayan. Akibatnya, lahir masyarakat yang jauh berbudi
bahasa berbanding dengan masyarakat yang banyak membaca seperti negara barat.

Jadual 1.3 menunjukkan bahawa bagi kumpulan ini, golongan lelaki lebih ramai boleh
membaca berbanding dengan golongan perempuan. Data juga menunjukkan perbezaan antara
pengakuan boleh membaca dan amalan membaca sebenarnya adalah lebih bagi lelaki (96 - 91 =
5) berbanding dengan perempuan (90 - 83 = 7). Ini menunjukkan lebih ramai lelaki yang boleh
membaca sebenarnya mengamal membaca apabila dibandingkan dengan perempuan.

Kajian ini menunjukkan dengan jelas kebolehan membaca berkurangan mengikut umur.
Sebab utama ialah kadar rakyat Malaysia yang mendapat pendidikan formal juga berkurangan
mengikut peningkatan kumpulan umur. Rakyat Malaysia yang lebih berumur berkemungkinan
lebih ramai yang tidak berpendidikan formal. Isu yang menjadi persoalan ialah perbezaan ketara
antara kebolehan membaca dan amalan membaca. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia
semakin kurang membaca apabila mereka lebih berumur, walaupun mempunyai kebolehan
membaca.

Seperti yang dijangkakan, kebolehan membaca dan amalan membaca adalah lebih tinggi
di kalangan penduduk bandar jika dibandingkan dengan penduduk luar bandar.

Asas: Semua berumur 10 tahun ke atas


Kebolehan membaca dan amalan membaca
____________________________________________________________________________________
bagi kumpulan umur 1014tahun ke atas
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

Semenjak daripada tahun 1999, rancangan NILAM diadakan oleh Jabatan Pendidikan
untuk menggalakkan para murid sekolah rendah dan menengah membaca bahan bacaan. Murid
yang paling banyak membaca akan mendapat ganjaran. Sehingga hari ini, aktiviti-aktiviti yang
dimasukkan dalam program NILAM adalah bercorak dan berbagai. Contoh-contoh aktiviti
NILAM adalah Tahap Jauhari dan rakan pembaca. Objektif NILAM adalah menjadikan murid
banyak membaca (semua bidang, bahan berkualiti dan bukan sahaja pembacaan yang
berorientasikan peperiksaan).

Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Jabatan Media, Universiti
Malaya (UM), Dr. Abu Hassan Hasbullah mengenai tabiat membaca di kalangan pelajar
universiti di negara Malaysia menunjukkan mereka hanya membaca empat buah buku setahun.
Sebagai perbandingan jumlah buku yang dibaca oleh pelajar universiti di Australia ialah 180
buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah). Di
samping itu juga, jumlah buku yang dibeli oleh pelajar kita pula hanya setakat empat buah sahaja
untuk tiga tahun pengajian berbanding pelajar universiti di luar negara, jumlah buku yang dibeli
oleh pelajar Australia ialah 160 buah, Indonesia (43 buah), Thailand (31 buah), India (75 buah)
dan Brunei (15 buah). Ini menunjukan amalan membaca di kalangan pelajar universiti adalah
jauh berbeza.

Ambigapathy et al. menyatakan bahawa pembentukan minat membaca di kalangan murid


dipengaruhi oleh sejumlah faktor seperti penjaga atau ibubapa, jantina, kemudahan sumber
bahan bacaan dan pihak sekolah. Setiap faktor memiliki peranan tertentu untuk mempromosikan
perkembangan minat pembaca. Ambigapathy et al. mengulaskan kajian yang dilakukan oleh The
Star pada 8 May 1997 tentang masa yang digunakan oleh pemuda untuk aktiviti-aktiviti harian.
Kebanyakan daripada mereka meluangkan masa 14.6 jam untuk program TV, 4.1 jam untuk
komputer, 16.3 jam untuk radio 7.11 jam untuk suratkhabar dan 4.7 jam sahaja untuk buku dan
komik. Ini menunjukkan bahawa bahan visual telah menjadi pengganti bahan bercetak dan

____________________________________________________________________________________
15
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

pendedahan kepada bahan multimedia dan komputer mempengaruhi tabiat membaca di kalangan
murid.

Menurut kajian Abd Wahab Bin Mat (1995), pendapatan penjaga mempengaruhi minat
membaca buku dan jantina mempengaruhi minat membaca majalah. Sebanyak 76.3 % respondan
bersetuju bahawa ibubapa merupakan orang yang menggalakan mereka untuk membaca.

Nor Shahriza Abdul Karim (2006) juga mendapati terdapat perbezaan antara amalan dan tingkah
laku membaca untuk jantina yang berbeza. Bahan bacaan yang dipilih adalah berbeza bagi
pelajar yang berlainan jurusan.

Carta 1.7 menunjukkan jenis bahan bacaan yang dipilih oleh rakyat Malaysia. Majoriti
rakyat Malaysia membaca surat khabar (79 peratus). Ini adalah wajar memandangkan dari segi
harga, bahasa dan penyebarannya, bahan ini paling mudah diperolehi. Buku menduduki tempat
kedua (52 peratus) diikuti dengan majalah (47 peratus), dan komik (32 peratus).

Carta 1.7 Bahan bacaan mengikut jenis bahan

Jadual 1.8 seterusnya menunjukkan data tentang jenis bahan yang dibaca mengikut
jantina, kumpulan umur, dan lokasi. Daripada jadual ini dapat dilihat bahawa orang lelaki lebih
menggemari surat khabat dan komik, dan sebaliknya perempuan lebih gemarkan majalah. Lelaki
dan perempuan menunjukkan minat yang sama terhadap buku.

____________________________________________________________________________________
16
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

Jadual 1.8 Jenis bahan bacaan yang dibaca mengikut jantina,


umur dan lokasi

Disamping itu, Najibah (2009) telah membuat satu bancian tentang orang yang paling
mempengaruhi tabiat membaca dalam diri para peminat melalui Goodreads dan Bukuria.
Keputusan bancian itu menunjukan bahawa ibubapa dan ahli keluarga adalah daya gerakan
utama pembaca, diikuti oleh pembaca sendiri, kawan-kawan dan terakhirnya adalah guru dan
program membaca. Walaupun bancian ini adalah tidak formal tetapi ia telah memberikan satu
persoalan yang penting kepada kita, tentang sejauh manakah keberkesanan program membaca di
sekolah dan peranan guru untuk memupuk tabiat membaca di kalangan murid-murid.

Kajian R.Vijayaletchmi (2007) mendapati bahawa program yang berbentuk ganjaran


memang dapat menarik murid darjah empat untuk belajar. Beliau mencadangkan bahawa guru
harus memberi peluang kepada para murid untuk membaca buku cerita dan hadiah diberikan
sebagai ganjaran. Justerusnya, tabiat membaca akan dipupuk di kalangan murid-murid. Pendapat
Najibah (2009) bertentangan dengan R.VIjayaketchmi (2007) kerana sampel yang dipilih adalah
berlainan. Sampel Najibah adalah pelayar internet, kebanyakkannya adalah golongan yang lebih
tinggi pelajaran dan persekolahan. Manakala sampel Vijayaketchmi(2007) adalah murid sekolah
rendah di mana mereka lebih mudah dimotivasi dan digalakkan oleh ganjaran-ganjaran. Sampel
____________________________________________________________________________________
17
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

yang dipilih dalam kajian ini adalah murid tingkatan tiga, oleh itu hipotesis keputusan soal
selidik akan dibuat berdasarkan dapatan Najibah (2009) dan Abd Wahab Bin Mat (1995).

Data terbaru menunjukkan kecenderungan membaca di kalangan rakyat negara ini sudah
bertambah baik di mana secara purata sejumlah lapan hingga 12 buku dibaca oleh rakyat
Malaysia setahun, berbanding hanya dua buku setahun berdasarkan rekod empat tahun lalu.

Rekod Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan jumlah pengunjung


perpustakaan di seluruh negara yang berjumlah 2,429 turut menunjukkan peningkatan
memberangsangkan dengan sejumlah kira-kira 38 juta pengunjung sepanjang 2008. Jumlah
peminjaman buku di perpustakaan seluruh negara turut menunjukkan trend menaik iaitu daripada
12,613,344 pinjaman yang dibuat pada 2007 kepada 19,551,957 pada 2008.

Begitu juga statistik penjualan buku dan penyertaan penggiat serta pengusaha kedai buku
dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) bagi tempoh tiga tahun (2007-2009)
juga mencatatkan petunjuk positif.

Langkah-langkah yang boleh dipraktikkan untuk menerapkan budaya membaca dalam


kalangan pelajar.

Kempen Membaca telah dilaksanakan secara sambutan Bulan Membaca Kebangsaan


bermula dari tahun 1995 hingga 2005. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan telah
dilaksanakan sepanjang bulan Ogos bagi tahun 1995 hingga 2000 dan Julai 2001 hingga 2005.
Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca
sebagai budaya.

Mulai tahun 2006, di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
kempen ini telah diperhebatkan dengan mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun bagi
memberi impak yang lebih efektif. Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program
dan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca. Ia bukan sahaja dikendalikan oleh
____________________________________________________________________________________
18
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

Perpustakaan Negara Malaysia tetapi juga Perpustakaan Awam Negeri, Kementerian, Jabatan,
Agensi Kerajaan dan Swasta serta institusi-institusi lain. Tujuannya adalah bagi menarik
penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan
minat membaca, memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat,
mengamalkan membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai
budaya. Selain program NILAM yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia,
kita juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti lain yang dapat membantu menerapkan budaya
membaca dalam kalangan pelajar seperti;

1. Membentuk Kumpulan Membaca

Tabiat membaca perlu dihayati bersama-sama oleh sekumpulan masyarakat. Tabiat


tersebut tidak akan bertahan dan berkembang jika ia hanya dihayati oleh beberapa individu
sahaja. Kumpulan membaca kerana ia dapat memotivasikan pelajar untuk terus menghayati
tabiat membaca.

Minat merupakan satu motivasi secara langsung untuk mempertingkatkan lagi


kesungguhan membaca. Tanpa motivasi, pelajar akan kehilangan minat. Apatah lagi untuk
membaca bahan yang bersifat ilmiah dan teoritikal.

Sekiranya anda bersendirian, barangkali agak sukar bagi anda untuk mengikuti
perkembangan buku kerana kekurangan sumber maklumat. Tetapi jika anda menganggotai
kumpulan membaca yang aktif, sumber maklumat itu akan tersebar dengan mudah melalui
perbincnagan dan pertukaran ide. Pelajar yang gemar membaca biasanya peka kepada
perkembangan semasa di dunia.

Kumpulan belajar sangat penting kerana ia akan meningkatkan daya bacaan pelajar
secara berperingkat peringkat. Kumpulan belajar menekankan aspek membaca dan seterusnya
memahami bahan bacaan yang dibaca. Oleh sebab yang demikian, kumpulan belajar dianggap
sebagai motivasi untuk mendorong kepada minat membaca.

2. Program Membaca Setiap Hari Selasa

____________________________________________________________________________________
19
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

Untuk menggalakkan pelajar membaca, pihak sekolah boleh mengadakan kempen


membaca setiap hari Selasa atau hari-hari yang telah dipilih. Pada waktu pagi sebelum masuk ke
kelas atau selepas waktu rehat, seorang atau dua orang pelajar dipilih akan membacakan sinopsis
sebuah buku yang telah dibaca kepada rakan mereka yang lain.

3. Memberi Hadiah Kepada Murid Yang Banyak Membaca


Guru boleh menyediakan pohon membaca di dalam kelas. Di mana apabila seorang
pelajar telah menghabiskan membaca sebuah buku, guru hendaklah menguji sedikit tahap
kefahaman bacaan pelajar tersebut. Jika guru berpuas hati, pelajar tersebut akan menerima
sticker pada cawan kepunyaannya yang digantung pada pohon berkenaan. Jika dalam satu
tempoh yang ditetapkan, pelajar yang membaca melebihi jumlah buku yang ditetapkan, maka
guru akan memberi hadiah kepada pelajar berkenaan.

4. Peraduan Membaca Petikan Teks Yang Diberikan Oleh Guru


Selain itu, guru juga boleh mengadakan peraduan membaca teks dengan jelas dan lancar.
Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan, guru boleh mengadakan
pertandingan secara spontan tetapi guru hendaklah menyediakan sedikit hadiah sebagai motivasi
kepada pelajar untuk mencuba. Di samping melatih pelajar berani, ia juga akan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran pada hari itu lebih seronok dan berkesan. Pelajar mungkin akan
menunggu lagi sesi pengajaran yang akan datang.

5. Menyediakan Sudut Bacaan Yang Menarik


Guru kelas lebih arif prestasi pembelajaran kanak-kanak dan mereka lebih berkelayakan
untuk memberi panduan bagaimana meningkatkan kemahiran membaca. Oleh itu, guru perlu
kreatif untuk menyediakan sebuah sudut bacaan di dalam kelas masing-masing. Ini akan menarik
minat murid untuk mengisi masa lapang mereka dengan membaca di sudut berkenaan.

6. Mengadakan Aktiviti Mencari Maklumat


Guru boleh mempelbagaikan aktiviti bermain sambil di kelas. Pelajar dibahagikan di
dalam kumpulan kecil dan dikehendaki melengkapkan maklumat yang diperlukan dalam tempoh

____________________________________________________________________________________
20
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

masa yang ditetapkan. Dengan cara ini, pelajar tidak akan membuang masa dan memberi
tumpuan kognitif mereka terhadap apa yang dicari. Biasanya kumpulan yang terpantas akan
diberi ganjaran.

Kesimpulan

Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting di peringkat sekolah
rendah dan menengah. Ia menjadi semakin penting apabila seseorang itu melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu kolej, institut atau universiti. Membaca membawa
pengertian yang berbagai kepada aktiviti berfikir. Proses membaca tidak akan tercapai dengan
sepenuhnya sekiranya pembacaan berikut tidak disertai dengan konsep kefahaman. Semua orang
tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka.

Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya
sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.
Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam
pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk
menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.

Rujukan

Abdul Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

____________________________________________________________________________________
21
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103
NOR BAHIYAH BT

Che Zainon Omar et. al. (2004). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Tingkatan 1.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak Ramly. (2003). Teknik Mengajar Sastera. Bentong: PTS Publication & Distributor Sdn.
Bhd.

Kamarudin Husin. (1995). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Naffi Mat. (2006). Teknik Mengajar KOMSAS. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Noreidah binti Othman. (2009). Kasut Kelopak Jantung. Kementerian Pelajaran Malaysia:

Dewan Bahasa dan Pustaka

____________________________________________________________________________________
22
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
HBML 3103

You might also like