You are on page 1of 1

Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan

Penentangan Dol Said di Naning

1. Penentangan terhadap British yang paling awal di Tanah Melayu ialah penentangan
Penghulu Dol Said di Naning.

2. Dol Said menentang British kerana Naning telah diletakkan di bawah pentadbiran negeri-negeri
Selat, iaitu sebahagian daripada wilayah Melaka.

3. Tindakan British menjadikan Naning sebahagian daripada Melaka telah menimbulkan


kemarahan Penghulu Dol Said kerana terpaksa membayar cukai satu persepuluh
hasilnya kepada British di Melaka.

4. Dol Said enggang berbuat demekian, dan menganggap Naning bukan wilayah Melaka
dan British tiada hak ke atas Melaka.

5. Ini menyebabkan British telah menghantar tenteranya untuk menakluki Naning pada tahun
1831.

6. Dol Said dengan bantuan tentera daripada :

a. Yam Tuan Ali ( Rembau )

b. Syed Shaban

c. Penghulu Remai

d. Rechat

e. Dato’ Kelana Sungai Ujung

f. Penghulu Gemencheh

7. Pasukan Dol said tersebut telah berjaya mengalahkan 150 tentera British dibawah
pimpinan Kapten Wyllie yang berusaha untuk menawan Taboh yang terletak dalam
daerah Naning.

8. Kekalahan tersebut telah menyebabkan British telah sekali lagi menyerang Naning pada
tahun 1832 dengan membawa tentera yang lebih ramai iaitu seramai 1200 orang.

9. Pasukan Dol Said tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, dan akhirnya
terpaksa mengaku kalah kepada British dengan menyerah diri.Beliau akhirnya telah
dibawa ke Melaka dengan diberi pencen dan sebuah rumah.

You might also like