secara perseorangan atau bersama-sama dalam lumba rampai. Urutan lumba rampai ialah: 1)gaya rama-rama, 2) gaya lentang, 3) gaya dada, dan 4) gaya bebas. Terdapat dua jenis lumba berganti-ganti: lumba rampai dan gaya bebas. Urutan lumba rampai ialah: 1) gaya kuak lentang,2) gaya kuak dada, 3) gaya kuak kupu-kupu, dan 4) gaya bebas. Setiap empat perenang dalamrenang lumba berganti-ganti berenang pada jarak yang tertentu, bergantung kepada jarak keseluruhan lumba berganti-ganti. Ketiga-tiga jarak lumba berganti-ganti ialah 200meter atauela, 400 meter atau ela, dan 800 meter atau ela (yang terakhir ini hanya direnang denganmenggunakan gaya bebas). Untuk kolam 50 meter, setiap perenang dalam lumba berganti-ganti berenang dari hujung ke hujung kolam renang bagi lumba 200 meter, dua jarak hujung ke hujungkolam renang bagi lumba 400 meter, dan empat jarak bagi lumba 800 meter. Bagi kolam 25meter atau ela, setiap perenang dalam lumba berganti-ganti berenang dua jarak bagi lumba 200meter, empat jarak bagi lumba 400 meter, dan lapan jarak bagi lumba 800 meter. Banyak kolam pertandingan yang bersaiz penuh diAmerika Syarikatadalah 50 meter panjangnya dan 25 elalebarnya. Ini membenarkan kedua-dua lumba jarak pendek (kolam 25 m atau 25 ela) dan lumba jarak panjang (kolam 50 m) diadakan.Terdapat beberapa jenis pengadil:
y
pemula yang memulakan perlumbaan;
y
para pengadil pemusingan yang memastikan bahawa pemusingan perenang adalahmenetapi peraturan
y
para pengadil renang yang memeriksa gaya renang peserta,
y
para penjaga waktu yang menentukan masa yang diambil oleh para peserta; dan
y
ketua pengadil ( bahasa Inggeris:
umpire
) yang memastikan bahawa segala aspek perlumbaan dikendalikan dengan lancar.Jika seseorang pegawai menangkap sesiapa antara peserta-peserta yang melanggar peraturangaya renang, peserta itu akan disingkirkan dan renangnya dianggap tidak sah.Komuniti-komunitiAmerika SyarikatdanUnited Kingdommenaja liga-liga renang pertandingan
yang terdiri daripada pasukan-pasukan renang kanak-kanak dan remaja. Liga-liga ini sebahagian besarnya menepati peraturan-peraturan renang yang diiktiraf dan berenang dengan gaya piawai,tetapi pada jarak yang lebih pendek, sebagai acara-acara dalam temasya sukan renang. Liga-ligaitu yang biasanya bergiat pada bulan-bulan yang lebih panas tidak dikaitkan secara langsungdengan sebarang pertubuhan renang negara atau dunia. Bagaimanapun, perenang-perenang yangmemulakan pengalaman renang pertandingan mereka dalam pasukan-pasukan renang tempatantersebut kekadangnya akan menyertai pasukan peringkat negara.
Renang untuk bersenam
Renang ialah sejenissenamanyang cemerlang. Oleh sebabketumpatantubuh manusia adalah
lebih kurang sama dengan ketumpatan air, tubuh disangga oleh air dan oleh itu, tekanan padasendidantulangdikurangkan. Justeru renang sering dipergunakan sebagai senaman untuk
pemulihan selepas kecederaan atau untuk mereka yang mengalamikehilangan upaya.