You are on page 1of 11

TUGAS IPA

( SULFUR )

Kelompok :”fuck in love”

Nama Anggota :
1. Eka Julianto
2. Muh. Yanwar Eka Pambudi
Pendahuluan

Sulfur adalah belerang dan di dalam jadual berkala yang mempunyai


simbol S dan nombor atom 16.

Ia adalah unsur bukan logam multivalen yang berlimpah, tanpa rasa


dan tanpa bau. Sulfur, dalam bentuk aslinya, adalah satu hablur
pepejal yang berwarna kuning. Dalam alam semulajadi, ia dijumpai
dalam bentuk unsur tulen atau dalam bentuk mineral sulfida atau
sulfat. Ia merupakan unsur penting untuk kehidupan dan adalah
didapati dalam dua asid amino. Secara komersilnya, sulfur digunakan
terutamanya dalam baja dan juga digunakan secara meluas dalam ubat
bedil, mancis, racun serangga dan racun kulat.
Daftar isi

 1 Sifat-sifat utama…………………………………….. 4

 2 Aplikasi-aplikasi……………………………………. 5

 3 Peranan biologi……………………………………... 5

 4 Kesan persekitaran………………………………….. 6

 5 Sejarah……………………………………………… 6

 6 Ragam kewujudan………………………………….. 7

 7 Sebatian…………………………………………….. 8

 8 Langkah pengawasan………………………………. 10
SULFUR

1. Sifat-sifat utama

Sekeping sulfur melebur menjadi cecair merah darah. Apabila terbakar, ia mengeluarkan
nyala berwarna biru.

Pada suhu bilik, sulfur adalah satu pepejal lembut berwarna kuning terang. Sulfur adalah
terkenal dengan baunya yang tidak menyenangkan yang menyerupai bau telur-telur busuk.
Bau tersebut adalah sebenarnya ciri bagi hidrogen sulfida (H2S); sulfur keunsuran adalah
tidak berbau. Ia terbakar dengan nyalaan biru dan mengeluarkan sulfur dioksida, yang
dikenali kerana bau peliknya yang menyesakkan. Sulfur adalah tak larut dalam air tetapi larut
dalam karbon disulfida dan pada kadar kelarutan yang kurang sedikit dalam pelarut organik
lain seperti benzena. Keadaan pengoksidaan sulfur yang biasa termasuk −2, +2, +4 dan +6.
Sulfur membentuk sebatian stabil bersama semua unsur kecuali gas nadir.
Sulfur dalam keadaan pepejal biasanya wujud sebagai siklik berbentuk mahkota yang terdiri
daripada molekul-molekul S8. Sulfur mempunyai banyak alotrop selain S8. Dengan
membuang satu atom daripada mahkota akan menghasilkan S7, yang yang berperanan dalam
warna kuning sulfur yang unik. Terdapat banyak lagi bentuk cincin lain yang disediakan,
termasuk S12 dan S18. Secara bandingannya, jirannya oksigen yang lebih ringan hanya wujud
dalam dua keadaan yang mempunyai kepentingan kimia: O2 dan O3. Selenium, analog sulfur
yang lebih berat boleh membentuk cincin tetapi lebih sering dijumpai sebagai satu rangkaian
polimer.

Kristalografi sulfur adalah kompleks. Bergantung kepada keadaan-keadaan yang tertentu,


alotrop sulfur membentuk beberapa struktur hablur berbeza, antara yang paling terkenal
adalah rombus dan monoklinik S8.

Suatu sifat unik ialah kelikatan sulfur yang lebur, iaitu berbeza dengan kebanyakan cecair
lain, ia meningkat dengan suhu oleh keranapembentukan rangkaian-rangkaian polimer.
Bagaimanapun, setelah menjangkau suhu yang tertentu, kelikatan mula menurun kerana
terdapatnya tenaga yang mencukupi untuk memecahkan rantaian-rantaian.

Sulfur amorfus atau "plastik" boleh dihasilkan melalui pendinginan segera sulfur yang lebur.
Kajian-kajian kristalografi sinar-x menunjukkan bahawa bentuk amorfus mungkin
mempunyai satu struktur berlingkar dengan lapan atom setiap pusingan. Bentuk ini adalah
metastabil pada suhu bilik dan ia akan beransur-ansur kembali semula kepada bentuk hablur.
Proses ini berlaku dalam tempoh antara beberapa jam sehinggalah beberapa hari dan boleh
dipantaskan dengan menggunakan mangkin.

2. Aplikasi-aplikasi
Sulfur mempunyai banyak kegunaan industri. Melalui terbitan utamanya, asid sulfurik
(H2SO4), sulfur adalah antara unsur-unsur yang berkepentingan tinggi sebagai bahan mentah
perindustriaan. Ia merupakan kepentingan utama dalam setiap sektor ekonomi dunia.

Pengeluaran asid sulfurik adalah penggunaan akhir utama untuk sulfur, dan penggunaan asid
sulfurik telah dianggap sebagai satu daripada indeks yang terbaik untuk kemajuan
perindustrian sesebuah negara. Asid sulfurik dihasilkan lebih banyak di Amerika Syarikat
setiap tahun daripada mana-mana perindustrian kimia yang lain.

Sulfur juga digunakan dalam bateri, bahan cuci, pemvulkanan getah, racun kulat, dan dalam
pembuatan baja-baja fosfat. Sulfit digunakan untuk meluntur kertas dan sebagai bahan
pengawet dalam wain dan jeruk. Oleh sebab sifatnya yang mudah terbakar, sulfur juga
digunakan dalam mancis, ubat bedil, dan bunga api. Natrium atau ammonium tiosulfat
digunakan sebagai agen fixing fotografi. Magnesium sulfat, lebih dikenali sebagai garam
Epsom, digunakan sebagai julap, bahan penambah mandian, exfoliant, atau zat magnesium
tambahan untuk tumbuh-tumbuhan.

Pada lewat 1700-an, pembuat-pembuat perabot menggunakan sulfur lebur untuk


menghasilkan hiasan tatah dalam di dalam rekaan-rekaan mereka. Oleh sebab sulfur dioksida
yang terhasil semasa proses peleburan sulfur, pertukangan tatah dalam sulfur tidak lagi
diteruskan.

3. Peranan biologi
Asid amino sisteina dan metionina mengandungi sulfur, dan juga kesemua polipeptida,
protein, dan enzim yang mengandungi asid-asid amino ini. Ini membuatkan sulfur satu
komponen yang perlu bagi semua sel hidup. Ikatan disulfida antara polypeptida adalah sangat
penting dalam himpunan dan struktur proteinr. Homosisteina dan taurina adalah juga asid-
asid amino yang mengandungi sulfur tetapi tidak dikodkan oleh DNA, malahan juga bukan
sebahagian daripada struktur utama bagi protein-protein. Beberapa jenis bakteria
menggunakan hidrogen sulfida (H2S) sebagai pengganti air dalam peranan penderma elektron
dalam satu proses yang meyerupai fotosintesis tetapi agak primitif. Tumbuhan menyerap
sulfur daripada tanah dalam bentuk ion sulfat. Sulfur yang tak organik membentuk
sebahagian daripada kelompok besi sulfur, dan sulfur adalah ligan penyambung dalam tapak
CuA tapak sitokrom c oksidase. Sulfur adalah komponen penting bagi koenzim A

4. Kesan persekitaran
Pembakaran arang batu dan petroleum oleh industri dan loji-loji kuasa membebaskan jumlah
sulfur dioksida (SO2) yang sangat banyak dan ia bertindak balas dengan air atmosfera dan
oksigen untuk menghasilkan asid sulfurik. Asid sulfurik adalah komponen bagi hujan asid,
yang merendahkan pH tanah dan jasad air tawar, mengakibatkan kerosakan teruk kepada
persekitaran semulajadi dan luluhawa kimia pada tugu-tugu dan seni bina. Piawai-piawai
bahan api memerlukan semakin banyak sulfur dikeluarkan daripada bahan api fosil untuk
mengelakkan pembentukan hujan asid. Sulfur yang dikeluarkan kemudiannya dikilangkan
dan mewakili sebahagian besar daripada pengeluaran sulfur.

5. Sejarah

Sulfur crystal

Sulfur (Sanskrit, sulvere; latin sulpur) dikenali semenjak zaman purbakala, dan pernah
dirujuk dalam kitab Injil Pentateuch (Kejadian). Perkataan ini hampir-hampir pastinya
daripada Bahasa Arab sufra yang bermaksud warna kuning, daripada warna terang dalam
bentuk semula jadinya.

Terjemahan Kitab Injil ke dalam Bahasa Melayu biasanya merujuk sulfur sebagai "belerang",
menimbulkan penggunaan frasa khutbah 'Api dan belerang', iaitu pendengar sering diingatkan
tentang takdir kebinasaan abadi yang menanti mereka-mereka yang tidak percaya dan tidak
bertaubat. Dalam bab itu juga ada mengatakan dengan tersiratnya bahawa neraka "berbau
seperti belerang", walaupun belerang sebenarnya tidak berbau. "Bau belerang atau sulfur"
biasanya merujuk kepada bau hidrogen sulfida, iaitu daripada telur busuk. Sulfur terbakar
menghasilkan sulfur dioksida, iaitu bau yang dikaitkan dengan mancis bernyala.

Homer pernah menyebut tentang "sulfur pengelak perosak" (pest-averting sulfur) pada abad
kelapan SM. Pada 424 SM, kaum Boeotia merosakkan dinding-dinding sebuah kota
menggunakan pembakaran satu campuran arang batu, sulfur, dan tar di bawah dinding-
dinding tersebut. Pada sekitar abad ke-12, orang cina mencipta serbuk senapang, yang
merupakan satu campuran kalium nitrat (KNO3), karbon, dan sulfur. Ahli-ahli alkimia awal
memberi sulfur simbol kimia yang merupakan segitiga di atas salib. Pada lewat 1770-an,
Antoine Lavoisier membantu meyakinkan golongan sains bahawa sulfur merupakan sejenis
unsur dan bukannya satu sebatian. Dalam 1867, sulfur ditemui di dalam mendapan-mendapan
bawah tanah di Louisiana dan Texas. Lapisan hampar atas bumi pada kawasan tersebut
merupakan pasir jerlus, lalu menghalang penggunaan pengendalian-pengendalian
perlombongan biasa. Oleh itu proses Frasch telah digunakan.

6. Ragam kewujudan

Sulfur

Hablur-hablur sulfur pada mata air panas Wai-o-tapu, New Zealand


Unsur sulfur boleh didapati berdekatan mata air panas dan kawasan-kawasan gunung berapi
di kebanyakam bahagian dunia, terutamanya sepanjang Lingkaran Api Pasifik. Kehadiran-
kehadiran ini merupakan asal kepada nama lama sulfur iaitu belerang, kerana sulfur boleh
didapati berdekatan dengan genang kawah-kawah gunung berapi. Longgokan-longgokan
gunung berapi ini dieksploitasikan di Indonesia, Chile, dan Jepun.

Longgokan ketara unsur sulfur juga wujud dalam kubah garam sepanjang pantai Teluk
Mexico, dan pada sejatan di Eropah timur dan Asia barat. Sulfur dalam longgokan-longgokan
ini dipercayai terhasil daripada tindakan bakteria anaerob pada mineral sulfat, terutamanya
gipsum. Longgokan-longgokan ini merupakan dasar kepada pengeluaran komersil Amerika
Syarikat, Poland, Rusia, Turkmenistan, dan Ukraine.

Sulfur yang dikeluarkan dari minyak, gas dan Pasir Minyak Athabasca telah menjadi bekalan
lebihan dalam pasaran, dengan simpanan stok sulfur yang sangat besar di serata Alberta.

Sulfur yang dilombong di Alberta, bersedia untuk penghantaran di Vancouver, B. C.

Sebatian biasa sulfur yang terhasil secara semula jadi termasuklah logam sulfida, seperti pirit
(besi sulfida), sinabar (merkuri sulfida), galena (plumbum sulfida), sfalerit (zink sulfida) dan
stibnit (antimoni sulfida); dan logam sulfat, seperti gipsum (kalsium sulfat), alunit (kalium
aluminium sulfat), dan barit (barium sulfat). Hidrogen sulfida adalah gas yang
bertanggungjawab untuk bau busuk telur-telur. Ia tehasil secara semula jadi pada hembusan
gunung berapi, seperti dari lepasan hidroterma, dan daripada tindakan bakteria pada jirim
organik reput yang mengandungi sulfur.

Warna-warna tersendiri bulan bergunung berapi Musytari, Io, adalah terhasil daripada bentuk
beraneka sulfur lebur, pejal dan bergas. Juga terdapat satu kawasan gelap berdekatan kawah
Aristarchus pada bulan yang mungkin merupakan longgokan sulfur. Sulfur juga hadir dalam
berbagai jenis meteorit.

Lihat juga Mineral sulfida, Mineral sulfat.

7. Sebatian
Hidrogen sulfida mempunyai ciri-ciri berbau telur busuk. Apabila terlarut dalam air, hidrogen
sulfida adalah berasid dan akan bertindak balas dengan logam-logam untuk menghasilkan
satu siri logam sulfida. Logam sulfida semula jadi adalah biasa ditemui, terutama sebatian
besi. Besi sulfida adalah dipanggil pirit. Menariknya, pirit dapat menunjukkan sifat-sifat
semikonduktor [1]. Galena, sejenis plumbum sulfida yang terhasil secara semula jadi,
merupakan semikonduktor yang pertama ditemui, dan digunakan sebagai rektifier (penerus)
isyarat dalam "misai kucing" bagi hablur radio awal.

Kebanyakan bau busuk bahan organik adalah berdasarkan sebatian yang mengandungi sulfur
seperti metil dan etil merkaptan yang digunakan untuk memberi bau kepada gas asli supaya
bocoran dapat dikesan dengan mudah. Bau busuk bawang putih dan "bau busuk skunk" juga
disebabkan oleh sebatian organik yang mengandungi sulfur. Bagaimanapun, tidak semua
sebatian organik sulfur berbau busuk; misalnya, merkaptan limau gedang, satu
monoterpenoid yang mengandungi sulfur dan adalah bertanggungjawab dalam ciri bau limau
gedang.

Polimer sulfur nitrida mempunyai sifat-sifat logam walaupun ia tidak mengandungi sebarang
atom logam. Sebatian ini juga mengandungi sifat keelektrikan dan optik yang ganjil. Polimer
ini boleh dihasilkan daripada tetrasulfur tetranitrida S4N4.

Fosforus sulfida adalah penting dalam sintesis. Misalnya, P4S10 dan terbitannya iaitu bahan uji
Lawesson dan naftalen-1,8-diyl 1,3,2,4-ditiadifosfetan 2,4-disulfida digunakan untuk
menggantikan oksigen daripada beberapa molekul organik dengan sulfur.

Sebatian-sebatian lain yang mengandungi sulfur termasuklah:

Sebatian sulfur tak organik:

 Sulfida (S2-), satu kumpulan sebatian kompleks yang biasanya diterbitkan daripada
S2-. Kadmium sulfida (CdS) merupakan satu contoh.
 Sulfit (SO32-), garam-garam bagi asid sulfurus (H2SO3) yang dihasilkan dengan
melarutkan SO2 dalam air. Asid sulfurus dan sulfit sepadan adalah agen penurun yang
agak kuat. Sebatian lain yang diterbit daripada SO2 termasuklah pirosulfit atau ion
metabisulfite (S2O52−).
 Sulfat (SO42-), garam-garam bagi asid sulfurik. Asid sulfurik juga bertindak balas
dengan SO3 pada nisbah molar seimbang untuk membentuk asid pirosulfurik
(H2S2O7).
 Tiosulfat (kadangkala dirujuk sebagai tiosulfit atau "hiposulfit") (S2O32−). Tiosulfat
digunakan dalam pengekalan gambar (HYPO) iaitu sebagai agen penurunan.
Ammonium tiosulfat dikaji sebagai pengganti kepada sianida dalam melarut lesap
emas.[2]
 Natrium ditionit, Na2S2O4, adalah dianion penurun kuat yang diterbitkan daripada asid
hiposulfurus/ditionus.
 Natrium ditionat (Na2S2O6).
 Asid politionik (H2SnO6), di mana n berjulat antara 3 hingga 80.
 Asid peroksimonosulfurik (H2SO5) dan asid peroksidisulfurik (H2S2O8), masing-
masing dihasilkan daripada tindakan SO3 pada H2O2 pekat, dan H2SO4 pada H2O2
pekat.
 Natrium polisulfida (Na2Sx)
 Sulfur heksafluorida, SF6, gas yang mampat pada keadaan ambien, adalah digunakan
perejang yang tidak reaktif dan tidak bertoksik
 Sulfur nitrida adalah sebatian rangkaian dan siklik yang mengandungi hanya S dan N.
Tetrasulfur tetranitrida S4N4 adalah satu contoh.
 Tiosianat mengandungi kumpulan SCN-. Pengoksidaan tiosianat manghasilkan
tiosianogen, (SCN)2 dengan keterkaitan NCS-SCN.

Sebatian sulfur organik (di mana R, R', dan R'' adalah kumpulan organik seperti CH3):

 Tioeter mempunyai bentuk R-S-R'. Sebatian-sebatian ini adalah padanan eter bagi
sulfur.
 Ion-ion sulfonium mempunyai formula RR'S-R'', iaitu di mana tiga kumpulan berkait
dengan pusat sulfur berkation. Dimetilsulfoniopropionat (DMSP; (CH3 )
+ -
2S CH2CH2COO ) adalah sejenis ion sulfonium, yang penting dalam kitar sulfur
organik laut.
 Tiol (juga dikenali sebagai merkaptan) mempunyai bentuk R-SH. Ini adalah padanan
alkohol bagi sulfur.
 Ion-ion Tiolat mempunyai bentuk R S-.Anion-anion sebegini terhasil daripada
tindakan tiol dengan bes.
 Sulfoksida mempunyai bentuk R-S(=O)-R'. Sulfoksida biasa ialah DMSO.
 Sulfon mempunyai bentuk R-S(=O)2-R'. Sulfon biasa adalah sulfolan C4H8SO2.

Lihat juga Sebatian-sebatian sulfur.

8. Langkah pengawasan
Karbon disulfida, karbon oksisulfida, hidrogen sulfida, dan sulfur dioksida haruslah
dikendalikan dengan berhati-hati.

Walaupun sulfur dioksida adalah cukup selamat untuk digunakan sebagai bahan penambah
makanan dalam jumah yang sedikit, pada kepekatan tinggi ia akan bertindak balas dengan
kelembapan untuk membentuk asid sulfurus yang dalam kuantiti yang cukup boleh
merosakkan paru-paru, mata dan tisu-tisu. Pada makhluk-makhluk yang tidak mempunyai
peparu seperti serangga dan tumbuhan, ia dapat menghalang pernafasan.

Hidrogen sulfida adalah agak toksik (lebih beracun daripada sianida). Walaupun baunya
sengit pada mulanya, ia dengan cepatnya mematikan deria bau, jadi mangsa-mangsa mungkin
tidak dapat mengesan kehadirannya sehinggalah keadaan menjadi agak terlambat.
Daftar pustaka
http//;www.Wikipedia.com

You might also like