You are on page 1of 10

TAJUK : TANAMAN HIASAN (TAHUN 4)

PENGENALAN

Terdapat pelbagai jenis tanaman hiasan. Antaranya ialah :

1. Pokok naungan

- Untuk tujuan teduhan

- Merupakan pokok yang rendang dengan kanopi yang luas dan padat.

- Contohnya : Pokok Tembusu, Beringin, dan Angsana

2. Pokok hiasan

- Pokok yang mempunyai bunga, buah, daun, batang dan bentuk yang

menarik yang dapat menarik perhatian.

- Contohnya : Pokok Akasia, Mempisang


3. Pokok renek

- Pokok renek mempunyai banyak batang dan cabang.

- Terdiri daripada tiga jenis iaitu renek berdaun, renek berbuang dan renek

berpagaran.

- Contohnya : Pokok Bunga Raya, Pokok Bunga Kertas dan Pokok Bunga

Ixora.

4. Pokok menjalar dan memanjat

- Pokok yang tidak mempunyai batang yang berkayu.

- Sesetengahnya mempunyai alat khasnya sen diri seperti duri atau akar yang

berpelekat.

- Contohnya : Pokok ros Jepun, Kembang Pagi.


7. Rumput

- Merupakan turf dan hiasan

- Digunakan untuk padang permainan, halaman, pinggiran jalan.

- Contohnya : Bermuda, Zoysia

8. Bunga semusim

- Tanaman hiasan ini berbunga sekali sahaja dan kebiasaanya bertahan

selama 3-4 bulan.

- Contohnya Pokok Bunga Balong Ayam, Pokok Bunga Keembung, Pokok

Bunga Matahari, Pokok Bunga Butang, dan Pokok Bunga Zinnia.


9. Penutup bumi

- Digunakan untuk menghalang hakisan tanah.

- Contohnya : Pandanus pygmeus, Ophigon jaburan.


POKOK BUNGA SEMUSIM

Tanaman semusim ini ialah pokok bunga yang mempunyai kitaran hidup yang singkat

sahaja iaitu semusim sahaja bagi Negara yang mempunyai empat musim. Tanaman ini

boleh hidup bermula dengan anak benih kemudian membesar sehingga berbunga.

Namun tanaman ini akan bertahan selama lebih kurang tiga hingga empat bulan

sahaja.

Antara contoh-contoh pokok bunga semusim ialah pokok bunga zinnia, bunga butang,

bunga marigold, bunga balung ayam dan bunga keembong.

KEPERLUAN TANAMAN

Sebelum menanam pokok, kita hendaklah menyediakan segala keperluan tanaman.

Keperluan tersebut merangkumi medium tanaman iaitu tanah yang telah dicampur, biji

benih tanaman, pasu dan segala kelengkapan tanaman seperti sudip tangan,

serampang tangan, penyiram dan sebagainya.

Oleh itu, sebelum menanam pokok, biji benih pokok yang hendak ditanam perlulah

diperiksa bagi memastikan kualiti biji benih tersebut. Biji benih ini diperoleh daripada

induk yang telah matang. Ciri – ciri biji benih yang baik adalah untuk mendapatkan

kadar percambahan yang tinggi dan untuk memperoleh pokok yang sihat. Antara ciri

tersebut ialah :

1. Matang

2. Bernas

3. Bebas penyakit dan perosak

4. Berbentuk normal

5. Tidak mempunyai sebarang kecederaan


ALATAN KERJA

Sebelum memulakan aktiviti me nanam, segala alatan kerja hendaklah disediakan.

Antaranya ialah :

Nama Alatan Alatan Kegunaan

Digunakan untuk
Sudip tangan menyodok
dan menggaul
medium/tanah.

Serampang tangan Digunakan untuk


mengembur tanah

Digunakan untuk
Sketaur mencantas ranting, daun
atau dahan kecil.

Digunakan untuk menapis


bahan-bahan yang tidak
diperlukan seperti batu
Penapis dan
untuk menghaluskan
medium.

Digunakan untuk
menyiram
Penyiram tanaman.

Digunakan untuk
menggemburkan tanah
Cangkul dalam proses penyediaan
batas.
BAHAN – BAHAN KERJA

Antara bahan – bahan yang terlibat dalam menanam pokok ialah :

Nama bahan Bahan

Tanah

Beg politena

Pasu

Hormon Pengakaran

Baja
Racun
BEKAS TANAMAN

Bekas tanaman digunakan untuk menanam tumbuhan serta memudahkan pengalihan

tumbuhan dari satu tempat ke tempat yang lain. Bekas tanaman ini bergantung kepada

tujuan penanaman dan kesesuaian dengan pokok yang hendak ditanam.

Antara ciri –ciri bekas tanaman ialah :

1. Mempunyai lubang untuk saliran

2. Tidak mudah pecah

3. Ringan supaya mudah diangkut

4. Kemas dan menarik

5. Boleh dibeli dengan harga murah.

Jenis –jenis bekas tanaman ialah :

1. Pasu tanah liat

2. Pasu plastik

3. Bekas yang diperbuat daripada logam atau kayu papan

4. Beg politena

5. Bahan- bahan terbuang seperti tayar, sabut kelapa, tempurung kelapa dan

sebagainya.
Cadangan Aktiviti

Guru menyuruh murid menyenaraikan jenis-jenis pokok yang ada di sekitar sekolah
sama ada pokok penutup bumi, pokok renek, pokok menjalar, pokok naungan dan
sebagainya dan beri 2 contoh bagi setiap jenis.

You might also like