You are on page 1of 105

SENI PAKAIAN DAN

PERHIASAN ZAMAN AWAL


ISLAM HINGGA KE ALAM
MELAYU
SEJARAH KESENIAN ISLAM
DR SAMSU ADABI MAMAT
DISEDIAKAN OLEH:
RAHMAWATI MOHD SHARIFF (A106171)
NORUL HAIDA MOHAMED TAMIZI (A106186)
1.0 PENDAHULUAN
• Pakaian penting untuk melindungi tubuh
daripada panas dan sejuk. Pakaian
diperbuat daripada pelbagai bahan
antaranya yang paling terkenal adalah
kapas, linen, bulu haiwan, sutera dan
sebagainya. Fungsi pakaian yang utama
sebenarnya adalah untuk menutup aurat.
Ia juga berfungsi untuk melindungi kulit
daripada hujan dan cahaya terik matahari.
Jenis-jenis pakaian juga melambangkan
kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang.
Melalui pakaian juga identiti seseorang
dapat dikenalpasti.
• Apabila penulis memperihalkan tentang
pakaian, ia tidak dapat lari daripada
perhiasan yang akan dipakai. Sebagai
contoh, barangan kemas boleh
menunjukkan taraf hidup seseorang itu.
Perkembangan pakaian dan perhiasan
telah berkembang sejak zaman berzaman.
Kesenian pakaian dapat dilihat melalui
warna dan kualiti fabrik yang digunakan.
Manakala perhiasan pula dinilai melalui
bahan dan hasil kerja tangan tukang
perhiasan untuk menghasilkan barang
kemas yang cantik dan bermutu tinggi
• Justru, kertas kerja ini akan
memuatkan tentang seni pakaian
dan perhiasan yang terdapat dalam
dunia islam di mana penulis akan
mengklasifikasikan seni pakaian dan
perhiasan mengikut zaman.
2.0 SENI PEMAKAIAN DAN
PERHIASAN
• Manusia memerlukan tiga perkara asas
dalam kehidupan. Antaranya ialah
makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Pakaian adalah keperluan asas yang amat
penting dalam kehidupan manusia
sejagat. Perhiasan pula adalah pelengkap
kepada gaya penampilan dan personaliti
seseorang individu. Isi-isi penting di bawah
akan memuatkan maklumat mengenai
pemakaian dan perhiasan mengikut
zaman.
2.1 ZAMAN NABI DAN KHULAFA
AL RASYIDUN
• Pakaian yang dihasilkan oleh ummat Islam
pada zaman awal Islam adalah sangat
mudah dan senang buatannya.
Kebanyakkan daripada mereka tidak
gemar menunjuk-nunjuk dalam dalam
etika pemakaian. Antara material yang
digunakan untuk membuat pakaian pada
zaman ini ialah bulu binatang, kain linen
iaitu jalinan rami yang membentuk kain
dan kain kapas.
• Secara umumnya pemakaian orang Arab adalah
terdiri daripada jubah, tunik, mantel atau pakaian
yang biasanya dipakai oleh imam-imam dan
kasut atau capal. Pakaian yang diperbuat
daripada linen dan bulu kambing biri-biri adalah
sangat tinggi harganya. Terdapat lebih daripada
20 000 atau mungkin lebih daripada 100 000
sama ada koleksi simpanan peribadi atau
simpanan awam yang telah diklasifikasikan
sebagai Coptic. Kebanyakkan daripada Coptic ini
akan dihiasi dengan sejenis pingat yang
diletakkan dipinggang. Pingat ini berfungsi
sebagai tali pinggang. (Patricia L. Baker: 1995).
• Telah dinyatakan di dalam hadith bahas Nabi
Muhammad S. A. W. telah memakai sejenis
pakaian yang diperbuat daripada benang bulu
biri-biri. Malah kebanyakkan daripada ahli sufi
orang-orang yang zuhud telah mengenakan
pakaian seperti ini.
• Dalam bahasa Arab kain kapas dipanggil suf,
dalam bahasa Turki pula ia disebut sebagai yün
dan bahas parsi pula ia diungkapkan sebagai
pasm. Pakaian daripada benang bulu biri-biri ini
turut menunjukkan hati yang rendah diri.(Patricia
L. Baker: 1995).
• Wanita pada zaman tersebut memakai
pakaian berupa seluar panjang dan baju
berbelah di leher. Ketika musim sejuk
pakaian-pakaian ini ditambah lagi dengan
sejenis pakaian dalam atau baju dalam
yang agak sempit. Sebelum meninggalkan
rumah para wanita akan memakai pakaian
yang menutup aurat sebelum
mengenakan tudung. (Samsu Adabi
Mamat: 2007)
• Kebiasaaanya pakaian-pakaian
zaman awal Islam ini dihasilkan
secara kecil-kecilan di rumah. Jarang
sekali ada penghasilan pakaian
secara besar-besaran yang terdapat
pada zaman ini. Mereka juga sering
kali mengimport kain-kain daripada
kerajaan yang telah lama berdiri
dalam bidang ini seperti kerajaan
Rom dan Byzantin.(Anon: 2008)
• Secara umumnya pemakaian barangan kemas
adalah suatu tradisi yang diwarisi sejak
berzaman. Setelah kedatangan Islam, lelaki
adalah dilarang dan haram memakai barang
kemas yang diperbuat daripada emas dan perak.
Ini tidak bermakna lelaki tidak dibenarkan
langsung memakai barangan perhiasan. Nabi
Muhammad sendiri memakai cincin yang
diperbuat daripada gangsa dan tembaga. Cincin
ini mempunyai perkataan Muhammad Rasul Allah
dan digunakan sebagai cop mohor. (Anon: 2008)
• Barang perhiasan boleh ditakrifkan
sebagai sesuatu yang diperbuat daripada
logam yang boleh dicairkan dan dibentuk
menjadi bahan yang baru. Logam emas
dan perak adalah bahan yang paling
terkenal untuk dijadikan barang perhiasan.
Wanita-wanita pada zaman awal Islam
turut memakai barangan kemas seperti
gelang tangan, gelang tangan, rantai
subang dan lain-lain lagi.
2.2 ZAMAN UMAYYAH DAN
ABASIYYAH
• Menurut catatan yang berkaitan
dengan Marwan II ada menyatakan
bahawa terdapat terdapat unsur-
unsur seperti gambar pemburuan
binatang, kepak burung dan lain-lain
bentuk di atas sehelai kain sutera.
Tidak terdapat sebarang catatan
sama ada khalifah zaman Umayyah
tertarik untuk menjadikan warna
tertentu sebagai warna bagi
kerajaan.
• Tetapi semasa hari Jumaat, semua rakyat
kerajaan Umayyah akan memakai pakaian
yang berwarna putih sama ada untuk solat
mahupun sepanjang hari Jumaat. Ketika
perarakkan pula, penonton perarakkan
akan memakai pakaian yang pelbagai
warna sedangkan orang yang bertugas
untuk melakukan perarakkan akan
memakai pakaian yang berwarna putih.
(Patricia L. Baker: 1995)
• Ketika pada zaman Umayyah dan
‘Abbasiyyah telah banyak pengaruh mula
meresap dalam etika pemakaian ummat
Islam pada ketika itu. Penaklukan di setiap
wilayah juga menyebabkan rakyat
tempatan yang memeluk Islam cuba untuk
menyelarikan pakaian tempatan yang
biasa mereka pakai dengan kehendak
syariat Islamiyyah. Keadaan ini telah
menyebabkan beberapa pakaian perlu
dipakai agar ia menepati tuntutan Islam.
• Semasa zaman ‘Abbasiyyah, gaya
pemakaian orang Parsi mula mendapat
tempat dikalangan golongan bangsawan.
Pakaian ini kemudiannya dijadikan sebagai
pakaian rasmi bagi pegawai yang bertugas
di istana khalifah. Arahan telah
dikeluarkan oleh Abu Bakar al-Mansur
memerintahkan pegawai-pegawai
kerajaan memakai sejenis songkok
panjang yang berbentuk keroncup. (Samsu
Adabi Mamat: 2007)
• Pakaian adalah berbeza antara golongan
bangsawan mahupun golongan biasa. Bagi
golongan bangsawan, pakaian mereka terdiri
daripada seluar besar, baju dalam, baju luar yang
berbelah dibahagian dada, kain penutup badan,
jubah dalam, pakaian sebelah luar dan songkok.
• Manakala golongan biasa akan mengenakan
pakaian sarung, baju dalam, baju bahagian luar
yang berbelah di bahagian dada, sejenis kain
yang panjang digunakan untuk menutup badan
dan tali pinggang.
• Mereka memakai kasut atau capal untuk
melindungi kaki. Baik golongan
bangsawan mahupun golongan biasa.
Kebiasaannya orang-orang kaya akan
memakai stoking. Para khalifah dan kadi
akan memakai serban yang berwarna
hitam telah dililitkan disekeliling songkok
sebagai cogan bagi golongan ‘Abbasiyyah.
Baju yang berlilin akan dipakai ketika hari
hujan untuk mengelakkan diri daripada
basah-lencun.
• Al-Mansur telah menetapkan warna hitam
sebagai warna pakaian untuk majlis keramaian
untuk pegawai kerajaan yang mempunyai
kedudukan yang tinggi dalam struktur
pemerintahan. Warna pakaian untuk ulama’ juga
telah dikhususkan dengan warna hitam. Warna ini
perlu dipakai sekurang-kurangnya dua kali
seminggu. Sekiranya mereka tidak mematuhinya
dan mengingkarinya kerajaan ‘Abbasiyyah akan
menggunakan kekuasaan yang ada untuk
menghukum mereka sebagai pembelot atau
penentang. (Patricia L. Baker:1995)
• Wanita pada zaman ‘Abbasiyyah telah
mula mengorak langkah baru dalam
pemakaian tudung. Mereka mula memakai
tudung yang bertatahkan batu permata
dan juntaian emas yang diikat dengan
batu-batu permata yang mahal dan
bernilai. Disebutkan bahawa wanita
pertama yang mula mengenakan tudung
seperti ini ialah Siti Aliyyah binti al-Mahdi
dan saudara perempuan Harun al-Rashid.
• Bagi golongan pertengahan pula
mereka mula menghiasi tudung
mereka dengan emas. Disamping itu
juga mereka telah menambah intan
dan permata zamrud dan
mengikatnya disekeliling skaf kepala.
Selain itu, para wanita jug telah
memakai perhiasan seperti gelang-
gelang tangan dan gelang kaki.
• Ketika ingin membeli pakaian,
pembeli berhak untuk menentukan
warna pakaian yang ingin dimiliki.
Pada awal kurun ke-15 seorang
pembeli boleh untuk menentukan
rekaan dan corak pada pakaian
mereka. Malah mereka juga boleh
mereka sendiri corak dan warna
pakaian menurut kreativiti sendiri.
(Patricia L. Baker: 1995).
• Ketika zaman ‘Abbasiyyah teknik mewarnakan
pakaian telah berkembang dengan lebih pesat.
Malah penggunaan warna juga amat penting
untuk membezakan agama seseorang individu.
Pada zaman pemerintahan al-Mutawakkil (847-
861) beliau telah memerintahkan agar orang
awam yang bukan beragama Islam memakai
pakaian yang berwarna kuning madu ketika
keluar di khalayak ramai. (Patricia L. Baker:
1995).
• Wanita pada zaman ini juga mula bersolek
dan berdandan. Wanita-wanita yang paling
pandai bersolek dan berdandan ialah wanita-
wanita Parsi.
2.3 ZAMAN MAMLUK
• Zaman Mamluk juga tidak terkecuali untuk
mengaplikasikan warna dalam pemakaian.
Sebagaimana zaman yang lain zaman
Mamluk juga telah memilih satu warna
sebagai cogan. Kerajaan Mamluk telah
meletakkan kuning sebagai warna rasmi
kerajaan. Kecuali dua minggu pada bulan
Mei mereka akan berpakaian dengan
warna putih sebagai tanda permulaan
musim panas.
• Pemerintah juga memerintahkan pemakaian
warna yang berbeza bagi membezakan agama
mereka. Sebagai contoh, di ibu negara seperti
Mesir, Alexandria dan Dimasq kaum lelaki Yahudi
dan Kristian dikehendaki memakai turban
berwarna biru atau kuning secara bergilir-gilir.
Manakala kaum wanitanya pula bebas untuk
mengenakan tudung atau tidak.
• Reka bentuk dan corak pada zaman Mamluk
menunjukkan ianya mempunyai pengaruh dari
Eropah, Cina dan tanah jajahan, dan tanah air
mereka sendiri.
• Terdapat kemungkinan besar kain sutera yang
mempunyai selaput atau hiasan emas dan perak
adalah hasil buatan daripada Mamluk Mesir dan
tenunan orang Syria.
• Reka bentuk geometri dalam penghasilan
tekstil juga mendapat perhatian yang agak baik
dari kalangan masyarakat Mamluk. Disamping itu
juga, corak-corak seperti bunga, burung, haiwan
dan ikan masih digunakan dan dicetak di atas
tekstil. Mereka juga masih menggunakan jenis-
jenis kain dan pakaian yang digunakan oleh
zaman sebelumnya.
• Malah telah terdapat teknik
mengecop pakaian untuk
memudahkan corak dilukis pada
kain. Setelah itu kain tersebut akan
diwarnakan mengikut warna yang
sesuai. Mereka telah menggunakan
blok-blok tertentu untuk mengecop
pakaian. Antara kain yang biasanya
menggunakan teknik ini ialah kain
kapas. (Patricia L. Baker: 1995)
• Masyarakat zaman ini turut tidak
terkecuali untuk mempercayai
kepada kuasa yang terdapat pada
tangkal atau azimat. Pada awal abad
ke-14 terdapat bekas penyimpanan
azimat atau tangkal. Bekas ini dihiasi
dengan ukiran dan tulisan. Ia
kemudiannya di cat dengan cat
enamel yang berwarna hijau. (Nasser
D. Khalili: 2005)
• Pemakaian tidak tertakluk kepada
pemakaian harian semata-mata. Malah
ketika peperangan para pahlawan akan
memakai baju besi sebagai langkah-
langkah keselamatan. Hanya tentera elit
dan tentera daripada golongan bangsawan
yang menggunakan baju besi ini. Pada
abad yang ke-16, telah dipercayai bahawa
pahlawan elit juga mengenakan topi besi
ketika berperang. (Nasser D. Khalili: 2005)
PAKAIAN DAN PERHIASAN
ZAMAN MAMLUK
2.4 ZAMAN UTHMANIYYAH
• Basrah menjadi pelabuhan utama
dalam bidang mengeksport dan
mengimport takstil dari Iran, Mesir
dan Syiria. Setiap sutera yang di
bawa masuk ke dalam kawasan
Uthmaniyyah akan ditimbang dan
dikenakan cukai perdagangan. Ini
berikutan sutera adalah material
yang sangat mahal dan mendapat
permintaan yang tinggi.
• Menjelang tahun 1504 lebih daripada jenis
tekstil yang mewah telah dihasilkan
menggunakan lebih daripada 1000 mesin
tenun. Industri menjadi bertambah rancak.
Permintaan terhadap kain mewah turut
meningkat. Mesin tenunan telah
memudahkan lagi kerja untuk menenun
kain. Setiap kesatuan Uthmaniah
mempunyai pelanggan tetap mereka yang
tersendiri.
• Kebanyakkan daripada kain yang
dihasilkan adalah bermotifkan tumbuh-
tumbuhan, bunga-bunga, geometri, corak
kulit harimau dan lain-lain lagi.
Kebanyakkan daripada corak hiasan pada
pakaian turut dipengaruhi oleh industri
tekstil daripada Eropah seperti Itali.
• Sekiranya bandar Basrah terkenal
dengan industri sutera, bandar Ankara
pula sangat terkenal dengan industri
pakaian yang diperbuat daripada bulu
kambing. Pakaian yang dihasilkan akan
dihasilkan dengan begitu teliti.
• Tukang-tukang jahit akan menggunting dan
menjahit kain mengikut corak yang sepadan.
Hasilnya pakaian yang telah siap jahit akan
kelihatan seperti digunakan dalam selembar kain
yang tidak digunting. Malah corak di lengan kiri
dan lengan kanan sanrat seimbang dan sama
rata. (Patricia L. Baker: 1995)
• Pemakaian serban juga telah berubah mengikut
zaman. Pada zaman Uthmaniyyah serban mula
dihiasi dengan permata yang agak menonjol.
Malah serban sudah mula dihiasi dengan
barangan kemas seperi kerongsang yang
bertatahkan batu-batu permata seperti zamrud,
delima dan pelbaga lagi jenis permata yang lain.
• Pada zaman Uthmaniah mempunya citarasa yang
tinggi dalam seni pemakaian perhiasan.
Masyarakat turut menghiaskan barangan seperti
tali pinggang dengan batu permata dan ukiran-
ukiran yang sangat cantik.(Nasser D. Khalili:
2005)
• Pada awal abad ke-16 dan 17 sudah terdapat
ukiran berbentuk kuntuman bunga pada
medallion atau pingat. Malah tentera Uthmaniah
atau Janissri turut dibekalkan dengan azimat atau
medallion. Mereka percaya bahawa azimat ini
mampu untuk melindungi meraka daripada
malapetaka dan kesusahan. (Patricia L. Baker:
1995)
• Pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18
terdapat sedikit perubahan dalam hiasan
medallion ini dan ianya ditambahi dengan hiasan
batu permata. Bekas jam poket yang dihiasi
dengan batu permata dan disaluti dengan cat
enamel agak popular pada zaman Uthmaniyyah.
(Nasser D. Khalili: 2005).
• Pada akhir abad ke-15, topi berbentuk serban
telah dibuat untuk tentera Uthmaniah atau untuk
pasaran Negara Parsi. Topi serban ini diperbuat
daripada aloi dan besi. Terdapat perubahan dari
sudut pembuatan topi perang. Topi ini dilengkapi
dengan engsel yang dapat membuka penutup
topi ini dengan mudah tanpa menanggalkannya.
(Nasser D. Khalili: 2005).
PAKAIAN DAN PERHIASAN
ZAMAN UTHMANIYYAH
2.5 ZAMAN SAFAWIYYAH

• Kerajaan Safawiyyah merupakan


antara kerajaan dinasti kecil yang
pernah memerintah wilayah Islam
pada suatu masa dahulu. Kerajaan
Safawiyyah mempunyai agenda
tersendiri dalam pentadbirannya.
• Di samping itu Kerajaan Safawiyyah
juga mempunyai sejarah seni
pakaiannya dan perhiasannya yang
tersendiri. Seni Pakaian dan
perhiasan zaman Safawiyyah
mempunyai sedikit persamaan
dengan sejarah kesenian pemakaian
dan perhiasan Uthmaniyyah tetapi
masih mempunyai perbezaan bagi
menunjukkan identitinya yang
tersendiri.
• Kaum Safawiyyah gemar memakai
pakaian merah bagi menunjukkan
kegagahan dan keperkasaan
seseorang. Selain itu turut meminati
warna merah jambu, oren, peach,
lavender dan kelabu(Patricia L Baker
1995).
SENI PAKAIAN DAN PERHIASAN
ZAMAN SAFAWIYYAH
2.6 ZAMAN FATIMIYYAH

• Dinasri Fatimiyyah memiliki


keindahan dan keunikan
keseniannya yang tersendiri. Di
mana ia memiliki seni pakaian dan
perhiasan yang tersendiri bagi
melambangkan kewujudan identity
mereka dalam dunia islam.
• Lelaki mahupun wanita Fatimiyyah
gemar memakai jubah. Lelaki
memakai serban di kepala manakala
wanita memakai tudung bagi
menutup rambut mereka. Kadang-
kadang terdapat wanita yang
memakai purdah bagi
menyembunyikan wajah mereka.
Apabila memakai purdah maka
hanya mata wanita itu sahaja yang
terdedah(Anon 2007).
• Seperti zaman-zaman yang lain juga,
Dinasti Fatimiyyah turut memiliki
perhiasan seperti cincin, gelang,
rantai, subang, mahkota dan banyak
lagi yang boleh kita ketahui
sepertimana zaman-zaman yang lain
• Ada pendapat yang mengatakan
bahawa kebanyakan barangan
kemas Fatimiyyah sebenarnya
berasal dari Tunisia pada 1952. Pada
kebiasaannya barangan kemas
Fatimiyyah dipperbuat daripada
emas. Bentuk barang kemas
Fatimiyyah kebiasaannya
menyerupai bentuk binatang seperti
arnab dan burung.
• Cucuk sanggul juga dipakai bagi
wanita Fatimiyyah. Cincin dipakai
oleh kaum lelaki ataupun wanita.
Terdapat berbagai jenis bentuk
subang, cincin dan barangan
perhiasan lain di Zaman
Fatimiyyah(Nasser D Khalili 2005).
2.7 ZAMAN MUGHAL INDIA
• India turut memiliki seni pemakaian dan
perhiasan yang tersendiri. Pakaian yang
terkenal adalah saree. Patola saree
merupakan contoh terbaik tenunan
Gujerat pada abad 18. Bersaiz 936cm x
120cm dan menggunakan bahan daripada
kain sutera atau zari. Asalnya, patola
saree silk ini merupakan tradisi patan
Gejerat sejak dahulu lagi di mana
pengembara menemui kewujudannya
sejak abad 14 dan 15 lagi. Saree dipakai
menggunakan teknik ikatan yang tertentu.
• Berkenaan perhiasan ataupun barang
kemas zaman Mughal pula, Maharaja
Akbar amat berminat dengannya di mana
baginda gemar barang kemas hasil
gabungan kesenian Iran dan India. Pada
zaman kegemilangan Maharaja Jahangir
dan Shahjahan, mereka telah
mengamalkan minat yang sama seperti
Akhbar malah meletakkan nama mereka
pada batu permata yang berkualiti.
• Barang kemas Mughal merupakan contoh
kesenian enamel(lapisan cat yang berkilat) yang
terbaik. Perhiasan zaman ini dihiasi dengan
enamel yang boleh didapati di aksesori seperti
subang, cincin hidung, rantai, alas lengan,
gelang, cincin dan banyak lagi. Zaman
pemerintahan Aurangzeb merupakan zaman
ortodoks muslim. Baginda melarang penggunaan
barang kemas daripada emas. Ini adalah kerana
baginda menganggap bahawa permata, delima,
zamrud dan mutiara yang berkilau merupakan
kegemaran dalam pemerintahan baginda dan
mesti disesuaikan dengan kod agama islam.
• Rantai enamel asalnya dibawa oleh orang Eropah
ke India ke Deccan. Ia kebiasaannya dihiasi
dengan bunga teratai beserta dua ekor burung.
Armlet pula digunakan bagi lelaki mahupun
wanita bagi tujuan perhiasan. Kadang-kadang
kaum lelaki memakainya bagi tujuan
menunjukkan kekuatannya. Bangles/sepasang
gelang pula merupakan perhiasan popolar di
kalangan lelaki dan wanita zaman Mughal. Ia
diperbuat daripada emas, berlian atau enamel
dan bersaiz Dia 5.4 cm dan beratnya
44.7+44.3=89gsm.
• Ring/amulet/cincin ini pula digunakan
bertujuan mempertahankan diri
daripada kuasa kekejaman
kejahatan. Adakalanya ia di ukir
dengan nama Allah, nabi saw
ataupun saidina Ali. Bracelet/gelang
seakan jam pula dikenali sebagai
pahunchi merupakan cetusan idea
Jahangir untuk Nurjahan.
• Cincin yang terdapat pada zaman
Mughal adalah seperti diperbuat
daripada emas, enamel, mutiara dan
zamrud. Jhoomar ataupun perhiasan
kepala pula pada kebiasaannya
diperbuat daripada emas, delima
ataupun berlian. Sepasang
subang/karnpul juga merupakan
perhiasan bagi wanita India.
• Perhiasan yang lain pula adalah seperti
gelang kaki lelaki dan wanita, rantai leher,
pendant, hansuli(di leher), hathful,
chaukar(neck collar) dan seumpamanya.
• Tentera Mughal pula mempunyai
pakaiannya yang tersendiri. Contohnya
adalah seperti helmet(khud) yang
digunakan di kepala bagi tujuan
melindungi kepala. Ia diperbuat daripada
besi Damaskus. Helmet ini terdapat
dalam berbagai bentuk seperti kulah zirah.
• Tentera Mughal turut memakai
waistcoat armour/kabacha bagi
melindungi tubuh daripada serangan
musuh. Ia diperbuat daripada besi
dan corak emas. Mereka juga turut
memakai sepasang
armguards/bazuband bagi
melindungi tangan mereka daripada
serangan musuh(Veena Sikri 2002).
PAKAIAN DAN PERHIASAN ZAMAN
MUGHAL DI INDIA
ARMLET
BANGLES DAN
RING/AMULET
BRACELET/GELANG
RING
JHOOMAR/HIASAN KEPALA DAN
SUBANG
ALGRETTE/HIASAN SERBAN
DAN ARMLETS
RANTAI LEHER
PENDANT DAN HANSULI
HAITHFUL
CHAUKAR/NECK COLLAR
HELMET/KHUD
WAISTCOAT
ARMOUR/KABACHA
ARMGUARDS/BAZUBAND
2.8 ALAM
MELAYU/NUSANTARA
• Alam melayu ataupun nusantara
mempunyai seni pemakaian dan perhiasan
yang tersendiri. Kaum lelaki di alam
melayu kebiasaannya memakai kain
sarung. Kaum wanita pula memakai kain
kemban. Tetapi setelah kedatangan islam
kain kemban hanya digunakan untuk
mandi sahaja. Kain kerudung atau
selubung atau kain tudung digunakan
untuk menutup kepala daripada panas
terik matahari bagi lelaki atau sebagai
tudung bagi wanita.
• Kain selempang pula diletakkan di bahu.
Kain samping pula digunakan beserta baju
melayu bagi kaum lelaki. Kain selendang
pula dugunakan bagi wanita bagi
menambahkan lagi penampilan wanita
tersebut (Zahir Turab Suterwala 2005).
• Pakaian tradisional wanita melayu
adalah baju kurung manakala lelaki adalah
baju melayu (Anon 2008).
• Kain songket turut terkenal digunakan di
Nusantara. Songket bermaksud menyulam
dengan benag emas atau perak. Di semenanjung
Malaysia songket terkenal di Kelantan dan
Terengganu. Songket dikenali dengan banyak
nama di tempat lain di mana ia dikenali sebagai
balapak basirek(Minangkabau), jong
sarat(Brunei), sawek(Palembang), dombak
(Bangkahulu) dan ija pinggang (Aceh).
• Kain batik turut terkenal di nusantara di mana
ianya berasal dari Indonesia. Kain batik boleh
didapati dengan harga yang agak rendah di
Kelantan dan Terengganu(bagi semenanjung
Malaysia). Terdapat kain batik yang dicetak dan
dilukis akan coraknya.
• Kaum lelaki turut memakai kain lilit kepala
dan juga seluar panjang. Serban, kopiah
dan tudung digunakan oleh muslimin atau
muslimat. Jubah turut terkenal digunakan
di nusantara di kalangan alim ulama
terutamanya. Di Sumatera Barat terdapat
beg khas yang digunakn bagi upacara
tertentu. Waist coat(baju tanpa lengan)
turut digunakan di Nusantara(Tomy
Beamish 1981).
• Kedatangan islam ke Asia Tenggara telah
mendatangkan kesan terhadap seni
perhiasan di Asia Tenggara di mana corak
dan stylenya telah berubah. Pedagang
Melayu yang berinteraksi dengan Hindhu
dan Buddha telah mempengaruhi seni
perhiasan di Nusantara pada pertengahan
abad ke 15. Barang kemas yang terkenal
di Nusantara adalah seperti kerongsang
dan pending. Bagi acara tertentu
perhiasan yang digunakan adalah seperti
cincin, medallion, dokoh dan beberapa
lagi.
• Pending adalah hiasan pengancing tali pinggang
yang digunakan oleh bangsawan dan diraja pada
kebiasaannya. Ia dihiasi dengan renda logam dan
juga permata. Di tangah-tengahnya terdapat
tulisan Allah. Medallion pula terkenal di
kebanyakan Negara islam di dunia. Tangkal
tembaga ini dihiasi renda tembaga dan butir-butir
permata. Di tengahnya terdapat bintang enam
bucu dan tulisan kalimah Allah. Medallion juga
kadang-kadang ditulisi dengan kalimah Allah dan
Muhammad. Terdapat medallion yang
mempunyai lubang di tengahnya bertujuan untuk
diletakkan beserta tali pinggang
• Cucuk sanggul pula digunakan bagi wanita
Nusantara sebagai perhiasan. Ia dihiasi dengan
renda logam beberapa butir batu. Cucuk sanggul
dipakai di rambut dan terdapat dalam berbagai
corak, saiz dan bentuk. Ia juga boleh dijadikan
sebagai senjata tersembunyi bagi wanita. Subang
emas juga merupakan aksesori yang digunakan
oleh wanita Nusantara. Dokoh ataupun rantai
turut dijadikan perhiasan. Rantai tersebut
selalunya buahnya berbentuk daun sukun. Selain
itu boleh didapati dalam bentuk tiga segi.
• Cincin emas pula menjadi perhiasan
utama bagi wanita. Ia mempunyai
sembilan lekuk dan mempunyai ukiran
yang tersendiri. Caping pula digunakan
oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan
sebagai seluar dalam bagi melindungi
mereka daripada gangguan mahluk halus.
Gelang kaki dan tangan juga turut
dijadikan perhiasan bagi wanita(Zahir
Turab Suterwala 2005).
PAKAIAN DAN PERHIASAN DI
NUSANTARA
SONGKET
SARONG SELANGOR
SARONG INDONESIA
MEN CEREMONIAL
HEADDRESS
SARUNG JAWA
SELUAR LELAKI
BEG UPACARA
WAIST COAT
PENDING
MEDALLION/TANGKAL
HAIRPINS
EARRINGS
DOKOH
KERONGSANG
BANGLE/GELANG EMAS
CAPING
3.0 KESIMPULAN
• Kesimpulannya, sejarah seni pakaian dan
perhiasan tidak wajar kita abaikan kerana
tanpa mempelajarinya, kita tidak akan
tahu asal usul sejarah pakaian dan
perhiasan yang kita gunakan pada hari ini.
• Meskipun terdapat berbagai jenis
fesyen pakaian dan perhiasan yang indah-
indah dan mahal serta menarik pada hari
ini, tetapi semuanya adalah hasil cetusan
kreatif dan inovatif ilham daripada sejarah
awal seni pakaian dan perhiasan itu
sendiri.
SEKIAN

TERIMA KASIH

You might also like