Penangkapan Ikan Air Tawar Cara TradisionalPengenalan
Penangkapan ikan air tawar atau ikan darat secara tradisional merupakan satu warisan yang telahdipraktikkan oleh masyarakat Melayu sejak zaman dahulu hingga ke hari ini. Selain daripada sumberrezeki bagi memenuhi keperluan harian, ia juga berperanan sebagai aktiviti mengisi masa terluangdengan membuat peralatan tangkapan dan keluar menangkap ikan.Peralatan seperti bubu, tangkul, jala, tuar, rawai, sempila, belat, bok mengelau, pelompat, serampangdan sebagainya merupakan alat penangkapan ikan yang mempunyai ciri-ciri tangkapan tersendiri.Bentuk dan saiz alat ini bergantung kepada jenis ikan yang hendak ditangkap dan tempatpenangkapan ikan.Kawasan-kawasan yang menjadi perhatian penangkapan ikan ialah di mana terdapat banyak ikan-ikanberkumpul seperti di lubuk-lubuk atau di laluan ikan bermain arus ke hulu atau ke hilir sungai.Tempat-tempat strategik seperti di saluran-saluran air yang dialir keluar atau masuk dari sungai kesawah atau sebaliknya yang juga dipanggil alor, gelung air, parit tali air dan sebagainya. Di dalamkawasan sesebuah bendang atau sawah itu sendiri juga menjadi tumpuan penangkap ikan daratterutama di kawasan dalam yang dipanggil telaga.Tangkapan dilakukan ketika bendang atau sawah sedang dibajak dan selepas menuai padi dengancara
mengagau
dan menyerkap. Masa yang menyeronokkan menangkap ikan ialah ketika anginbertukar ke musim timur. Ikan dikatakan jenuh atau banyak dan sangat galak ketika ini.Bagi penggemar-penggemar ikan darat, nama-nama ikan ini tidak asing lagi bagi mereka seperti keli,haruan, toman, puyu, sepat, belida, kelah, lampam, seberau dan sebagainya. Ikan-ikan ini bukansahaja sedap dimakan dan berprotein malah ada digunakan untuk tujuan perubatan. Spesis-spesisikan ini masih lagi kedapatan hingga kini.Peralatan tangkapan ini dibuat mengikut kemahiran atau kepakaran sendiri tanpa melibatkan kosdengan menggunakan bahan-bahan tempatan yang sedia ada terdapat di kampung-kampung sepertibuluh, rotan dan akar kayu. Lazimnya ia dibuat untuk kegunaan individu dan tidak dikomersilkan. Darisemasa ke semasa peralatan menangkap ikan tradisional ini diubahsuaikan dengan keadaan setempatbeserta bahan-bahan yang mudah diperolehi.Kebaikan alatan ini selamat digunakan bagi mengawal spesis ikan daripada pupus iaitu ikan tertentusahaja yang ditangkap dengan jumlah yang kecil sekadar keperluan. Tangkapan ikan tradisional inimerupakan satu kaedah yang baik untuk memelihara serta pengurusan sumber perikanan.