HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528
2
Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin senihalus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, danreka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visualialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu.Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yangingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahamiataupun digunakan mereka.Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut bahancampuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abadkesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telahmenghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999). Perkembangan budaya danmasyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual, justeru melahirkan beberapa istilahseni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul padaabad ke-18. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahanataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen,fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi.Selepas pengajaran Pendidikan Seni Visual membolehkan murid menghargai keindahanalam ciptaan Tuhan, meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi disiplin serta kemahiranyang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.Di samping itu murid juga menunjukkansemangat jati diri kea rah pembentukan negara bangsa seperti yang dimahukan oleh PerdanaMenteri kita.