Professional Documents
Culture Documents
Home
Pengenalan & Halatuju
Aktiviti
Alamat
Firman & Hadis
Forum
Video
Foto
Akhbar
JOM PRIHATINet
AL-QURAN DAN KELUARGA BAHAGIA
Posted: May 5th, 2009 under Pendidikan.
Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik untuk
dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia. Firman Allah SWT :
QS 33:21.
Kamu ada satu teladan yang baik pada rasul Allah bagi sesiapa yang mengharapkan
Allah dan Hari Akhir, dan mengingati Allah dengan banyak.
Ayat tersebut menjelaskan bahawa mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan
balasan yang baik di akhirat nanti disamping mereka tergolong dari kalangan mereka
yang banyak
mengingati Allah, maka bagi mereka contoh ikutan yang terbaik ialah diri Rasulullah
SAW. Ini jelas membawa makna bahawa sekiranya kita ingin menjalani hidup dan
kehidupan di dunia ini dengan penuh rasa kebahagian dan menikmati penghidupan di
akhirat dengan kebahagian, maka kita hendaklah mencontohi diri Baginda SAW
dalam apa jua bidang, tanpa berpilih-pilih dan cuba mencontohi yang mana kita rasa
bersesuaian dengan diri kita sahaja.
Apabila seseorang itu mempunyai tahap, maqam atau martabat keislaman, keimanan
dan ketaqwaan yang rendah, ia sudah tentu tidak dapat menerima konsep kebahagiaan
yang
dijalani oleh Nabi SAW yang memperjuangkan hidup dalam taraf kemiskinan dari
segi material. Tetapi mereka yang mempunyai tingkat keimanan dan ketakwaan yang
tinggi, tidak akan menjadikan material sebagai kayu pengukur kepada makna
kebahagiaan itu. Semakin tinggi tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang itu maka
semakin jelas baginya bahawa
kebahagiaan yang hakiki itu adalah sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah
SAW dan juga Khulafaur Rasyidin, yang rata-rata melihat kebahagiaan itu
berpaksikan keimanan dan
ketakwaan yang tinggi, atau dengan kata lain menilai kebahagiaan itu dengan rohani,
jasmani dan akal yang sihat tanpa ada mengidap apa-apa penyakit.
Hanya mereka yang benar-benar sihat keseluruhan tiga aspek tadi sahaja yang merasa
kebahagiaan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu sebagai kebahagian yang
hakiki. Al-
Quran pula mahu semua manusia amnya dan umat Islam khasnya memilih kehidupan
berumah tangga yang bahagia seperti yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Ini jelas
apabila Ummul-
Mukminin Saiyiditina ‘Aisyah R.A ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, beliau
segera menjawab bahawa: “Akhlak Rasulullah SAW itu ialah (seperti tuntutan) Al-
Quran”.
Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 21, hadis yang baru disebutkan (di atas) dan
banyak lagi ayat serta hadis yang mengupas mengenai akhlak dan peribadi mulia
Rasulullah SAW jelas menunjukkan bahawa Al-Quran adalah sebagai penjana
keluarga bahagia, manakala Rasulullah SAW pula disahkan sebagai contoh yang
mesti dikuti oleh seluruh manusia amnya dan umat Islam khasnya, jika benar-benar
inginkan sebuah keluarga bahagia dalam erti-kata kebahagian yang hakiki.
KESIMPULAN
Keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dan dihiasi oleh sepak terajang anak-
anak adalah satu institusi yang perlu kepada pentadbiran yang betul yang boleh
menjamin
kehidupan yang rukun, aman dan damai. Manakala suasana “Keluarga Bahagia” yang
menjadi idaman semua manusia adalah matlamat yang ingin dicapai dengan apacara
sekalipun. Cuma apa yang cuba dicari kadang-kadang begitu kabur apabila penilaian
terhadap erti kebahagiaan itu sendiri menghadapi masalah akibat dari permasalahan
yang dihadapi oleh manusia dari sudut ketiga-tiga elemen penting yang kita huraikan
sebentar tadi.
Namun apa yang dapat kita titipkan melalui catatan yang serba ringkas ini dalam
mendamBakan kehidupan yang bahagia dalam institusi keluarga ialah; kesediaan kita
untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang baik dalam segala
agenda hidup kita,
Apa yang perlu kita lakukan ialah mencuba sedaya upaya untuk mengamalkan segala
apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, segala apa yang disuruh buatlah dengan
kemampuan yang maksima, demikian pula apa yang dilarang hendaklah kita jauhi,
hindari dan tinggalkan sama sekali dengan penuh rasa kesedaran dan keinsafan demi
memperolehi keredaan Allah SWT.
Mempertingkatkan kualiti keislaman, keimann dan ketakwaan kita adalah diiktiraf sah
sebagai anak kunci sebuah kebahagiaan yang hakiki. Oleh itu terpulanglah kepada
kita sejauhmana ikhlasnya niat kita dan juga usaha upaya kita untuk memiliki sebuah
keluarga yang bahagia mengikut kaca-mata Al-Quran yang merupakan “Kalamullah”
dan berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi besar kita Muhammad
SAW yang diiktiraf oleh Allah SWT yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui lagi
Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Adil ke atas sekelian makhluk ciptaanNya.
13 Comments »
1.
2.
4. An Nisaa’
123. (Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong
dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. Barangsiapa yang
mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu
dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari
Allah.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Dalam membentuk keluarga ada sesautu perkara penting bagi setiap ketua
keluarga iaitu drill. Kalau setengah mereka yg pernah mengikuti kursus asas
ketenteraan selama 6 bulan di PUSASDA, drill adalah satu strategi utama yg
digunakan utk melatih perajurit. Sepanjang 6 bulan tersebut, keutamaan adalah
dikhususkan kepada drill kawad. Orders spr ‘baris sedia’, ’senang diri’,’ cepat
jalan’ , ‘berhenti’ dan sebagainya diulang beribu2 kali. (Dalam surah arrahman
ada satu ayat yg diulang 31 kali-kenapa ya?). Dengan drill inilah dapat
membentuk perajurit tadi menjadi perajurit yang berkualiti. Setelah tamat
latihan tersebut, perajurit akan mempunyai disiplin dan taat setia yang tinggi
kepada pemimpian atasan. Persoalannya, adakah kita menggunakan amalan ini
dalam mendisiplinkan keluarga kita agar cemerlang?Dan bagaimana nak
dikaitkannya?Pernahke kita test betulke bacaan bismillah anak kita?Cuba test,
tentu ada kesalahannya nanti. dari situ suruh anak ulang berkali-kali
(drill)supaya bacaannya tepat. Itulah salah satu drill asas terhadap anak kita.
Selamat mencuba(psst: kita boleh drill pada anak, tapi pada maknya
macamana?, jgn maknya pula mendrillkan paknya sudahlah-jadi ketua
keluarga kena berilmu)
11.
Setuju dgnMr Awang. Lahirnya kita dan nabi adam dulu, dunia dah wujud.
Kita tak mampu bina tempat sendiri, bina rumah pasir di pantai, bolehlah. Kita
hanya penumpang di bumi Allah. Kita hanya menumpang lalu. Kita hanya
menumpang berteduh je. Jgn kita pergi tempat org dan nak pandai2 guna
kaedah sendiri. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, kita hanya
menumpang di bumi Tuhan, tiba2 dah tak sedar diri, dah tak nak ikut
kaedah/aturan asal yg disediakan, bahkan guna kaedah sendiri lagi. Kalau
begitu yang kita perbuat, memang kitani masih tak kenal diri, tak kenang budi
dan sumbang. Iblis kena reject dan jadi kafir sebab tak nak tunduk pada adam
(satu perintah je). Habis yg ikut sikit dan tak ikut banyak semua ayat 6236
alquran yg lain tu macamana?. Fikir2 kanlah
12.
menarik sungguh komen awang dan rijal66… kalau tak terbukak pintu hati
juyga tak tau laaa…
13.
Assalamualaikum wbt.