Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Akhlak Mulia Menjana Keluarga Bahagia

Akhlak Mulia Menjana Keluarga Bahagia

Ratings: (0)|Views: 541 |Likes:
Published by Norsakina_Abdu_5365

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: Norsakina_Abdu_5365 on Mar 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/10/2013

pdf

text

original

 
AKHLAK MULIA MENJANA KELUARGA BAHAGIAAkhlak. Kajian Akhlak Tauhid.
Akhlak
berarti prilaku,sikap, perbuatan, adab dan sopan santun. Akhlak mulia berati seluruhprilaku umat manusia yang sesuai dengan tuntunan Al-Quran dan Hadistyaitu adab sopan santun yang dicontohkan dan diajarkan RasulullahMuhammad SAW kepada kepada seluruh umat manusia ketika beliaumasih hidup. Akhlak beliau adalah Al-Quran.
 
Akhlak atau adab sopan santun yang telah dicontohkan dan diajarkanRasulullah Muhammad SAW itu meliputi akhlak manusia kepada AllahSWT dan Akhlak terhadap sesama ciptaan Allah, termasuk didalamnyaakhlak terhadap diri sendiri karena diri sendiri itu termasuk ciptaan AllahJuga, lahir dan batin
 
Secara garis besar, akhlak mulia itu dapat dikelmpokkan kedalam duakelompok yaitu :
 
1
Akhlak kepada Allah
 
Akhlak mulia kepada Allah berati mengikuti seluruh perintah yangtelah disampikan Allah kepada Rasul yang Maha Mulia MuhammadSAW. Seluruh perintah tersebut sudah tercatat dalam Al-Quran danHadist.
 
2
Akhlak kepada ciptaan Allah
 
Akhlak terhadap ciptaan Allah meliputi segala prilaku, sikap,perbuatan, adab dan sopan santun sesama ciptaan Allah yang terdiriatas ciptaan Allah yang gaib dan ciptaan Allah yang nyata, bendahidup dan benda mati.
 
Posted:
May 5th, 2009 under Pendidikan.Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik untuk dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia. Firman Allah SWT :QS 33:21.Kamu ada satu teladan yang baik pada rasul Allah bagi sesiapa yang mengharapkanAllah dan Hari Akhir, dan mengingati Allah dengan banyak.Ayat tersebut menjelaskan bahawa mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan balasan yang baik di akhirat nanti disamping mereka tergolong dari kalangan merekayang banyak mengingati Allah, maka bagi mereka contoh ikutan yang terbaik ialah diri RasulullahSAW. Ini jelas membawa makna bahawa sekiranya kita ingin menjalani hidup dankehidupan di dunia ini dengan penuh rasa kebahagian dan menikmati penghidupan diakhirat dengan kebahagian, maka kita hendaklah mencontohi diri Baginda SAWdalam apa jua bidang, tanpa berpilih-pilih dan cuba mencontohi yang mana kita rasa bersesuaian dengan diri kita sahaja.Mempelajari, mengkaji seterusnya mengamalkan bagaimana Baginda menjalani hidupdan kehidupan di dunia ini sebagai jambatan untuk menempuh penghidupan yangkekal abadi diakhirat nanti. Maksudnya kebahagiaan di dunia ini berhubung kait dengankebahagiaan di akhirat nanti. Ini sekaligus menyanggah pendapat mereka yang hanyamementingkankebahagiaan hidup di dunia semata-mata tanpa mengambil kira kebahagiaan hidup diakhirat. Demikian pula halnya pendapat yang hanya mengutamakan kebahagaiaanhidup di akhiratsemata-mata lalu memandang sepi kebahagiaan hidup di dunia ini.Apabila seseorang itu mempunyai tahap, maqam atau martabat keislaman, keimanandan ketaqwaan yang rendah, ia sudah tentu tidak dapat menerima konsep kebahagiaanyangdijalani oleh Nabi SAW yang memperjuangkan hidup dalam taraf kemiskinan darisegi material. Tetapi mereka yang mempunyai tingkat keimanan dan ketakwaan yangtinggi, tidak akan menjadikan material sebagai kayu pengukur kepada maknakebahagiaan itu. Semakin tinggi tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang itu makasemakin jelas baginya bahawakebahagiaan yang hakiki itu adalah sepertimana yang ditunjukkan oleh RasulullahSAW dan juga Khulafaur Rasyidin, yang rata-rata melihat kebahagiaan itu berpaksikan keimanan danketakwaan yang tinggi, atau dengan kata lain menilai kebahagiaan itu dengan rohani, jasmani dan akal yang sihat tanpa ada mengidap apa-apa penyakit.Hanya mereka yang benar-benar sihat keseluruhan tiga aspek tadi sahaja yang merasakebahagiaan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu sebagai kebahagian yanghakiki. Al-
 
Quran pula mahu semua manusia amnya dan umat Islam khasnya memilih kehidupan berumah tangga yang bahagia seperti yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Ini jelasapabila Ummul-Mukminin Saiyiditina ‘Aisyah R.A ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, beliausegera menjawab bahawa: “Akhlak Rasulullah SAW itu ialah (seperti tuntutan) Al-Quran”.Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 21, hadis yang baru disebutkan (di atas) dan banyak lagi ayat serta hadis yang mengupas mengenai akhlak dan peribadi muliaRasulullah SAW jelas menunjukkan bahawa Al-Quran adalah sebagai penjanakeluarga bahagia, manakala Rasulullah SAW pula disahkan sebagai contoh yangmesti dikuti oleh seluruh manusia amnya dan umat Islam khasnya, jika benar-benar inginkan sebuah keluarga bahagia dalam erti-kata kebahagian yang hakiki.KESIMPULANKeluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dan dihiasi oleh sepak terajang anak-anak adalah satu institusi yang perlu kepada pentadbiran yang betul yang bolehmenjaminkehidupan yang rukun, aman dan damai. Manakala suasana “Keluarga Bahagia” yangmenjadi idaman semua manusia adalah matlamat yang ingin dicapai dengan apacarasekalipun. Cuma apa yang cuba dicari kadang-kadang begitu kabur apabila penilaianterhadap erti kebahagiaan itu sendiri menghadapi masalah akibat dari permasalahanyang dihadapi oleh manusia dari sudut ketiga-tiga elemen penting yang kita huraikansebentar tadi. Namun apa yang dapat kita titipkan melalui catatan yang serba ringkas ini dalammendamBakan kehidupan yang bahagia dalam institusi keluarga ialah; kesediaan kitauntuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang baik dalam segalaagenda hidup kita,Apa yang perlu kita lakukan ialah mencuba sedaya upaya untuk mengamalkan segalaapa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, segala apa yang disuruh buatlah dengankemampuan yang maksima, demikian pula apa yang dilarang hendaklah kita jauhi,hindari dan tinggalkan sama sekali dengan penuh rasa kesedaran dan keinsafan demimemperolehi keredaan Allah SWT.Mempertingkatkan kualiti keislaman, keimann dan ketakwaan kita adalah diiktiraf sahsebagai anak kunci sebuah kebahagiaan yang hakiki. Oleh itu terpulanglah kepadakita sejauhmana ikhlasnya niat kita dan juga usaha upaya kita untuk memiliki sebuahkeluarga yang bahagia mengikut kaca-mata Al-Quran yang merupakan “Kalamullah”dan berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi besar kita MuhammadSAW yang diiktiraf oleh Allah SWT yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui lagiMaha Pengasih dan Penyayang serta Maha Adil ke atas sekelian makhluk ciptaanNya.
13 Comments» 

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Cik Isma liked this
hulma_96 liked this
fatin_malina94 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->