/  29
 
Kerja Kursus Sejarah21/2
5.1 PENGENALAN
Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan.Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu.Ini termasuklahsuka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi,di mana ikatan itu terus diperkukuhkandan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan.Lantaran resam yang demikianmaka banyak permainan tradisonal yang dipertandingkan.
21/2Sila Lihat Sebelah
 
Kerja Kursus Sejarah21/2
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yangdilalui oleh nenek moyang kita.Asas penting yang menjamin kesinambungan permainantradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.Ini membolehkanmereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama.Malah sejak dari kecil lagi merekamembiasakan diri dengan keadaan yang demikian.Apabila musim menuai padi berakhir danmusim tengkujuh tiba,pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan.Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah.Tempoh peralihan antara musim inilahdigunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampong,penduduk kampong berdekatan turut berkunjung untuk mengambilbahagian atau sekadar member semangat.Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampong-kampung yangmengambil bahagian.Oleh yang demikian,permainan tadisional juga dikenali sebagai permainanrakyat.Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahuioleh ibubapa dan datuk nenek kita sahaja.Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini.Di antara permainan itu termasuklah guli,congkak,gasing,wau,sepak ragadan lain-lain.Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketikadahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulumencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang. Ini telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu untuk mencipta permainan gasing yang diperbuat daripada saki baki kayu yang terbuang. Pelbagai faedah boleh
21/2Sila Lihat Sebelah
 
Kerja Kursus Sejarah21/2
didapati daripada permainan gasing ini. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu,dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainangasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainangasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yangmeredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahirandan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Kemahiran dan kebolehan inidiaplikasi secara sistematik dalam gelanggang gasing. Kepantasan dan ketepatan amat jelasdalam permainan gasing dan ia juga memupuk semangat kekitaan yang tinggi. Permainan gasingharus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang sebagai langkah mengekalkan daya kreatif  bangsa Melayu mencipta permainan berasaskan serpihan kayu. Jika usaha gigih diteruskan pastisuatu ketika nanti gasing akan menjadi permainan yang digemari. Pemulihan permainan inidiharap dapat memaparkan kepada umum tentang warisan bangsa Melayu yang telah dilupakanagar terus berkekalan.Gasing kepada orang-orang Melayu ialah kayu berbentuk cakra,pada salah satu permukaannya terdapat paksi besi ditengah-tengahnya.Gasing mempunyai ukuran yang berbeza- beza tetapi tertakluk kepada ukuran biasa iaitu 28.5 inci bagi kelilingnya dan 9 inci bagi garis pusatnya.Di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu membuat gasing merupakan satu seni yangmemerlukan kemahiran (keterampilan) dan kesabaran.Keseluruhan proses membuatnya darimula sehinggalah siap mungkin mengambil masa enam minggu.Main gasing adalah sukan untuk orang-orang dewasa di beberapa tempat di semenanjung,khususnya di Kelantan danTereangganu.Terdapat dua bentuk pertandingan yang diadakan iaitu sama ada pertandingan
21/2Sila Lihat Sebelah

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...

Solihan Genjileft a comment

susah nye

deleted_fbuser_1302425779left a comment

2011 pnye folio ag susah r

nasya_95left a comment

kt mne ek???

MissEiraleft a comment

read this

Andie Amal Jumpenleft a comment

camne nk cri lae isi utk kjian sej niey...................skit pla psal nie..........errghhhhhhhhh