You are on page 1of 6

Hari Raya Aidilfitri

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


(http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri)

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Hari Raya Aidilfitri

Nama rasmi Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa,


Bahasa Arab: ‫' عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr

Juga Hari Raya Fitrah, Eid, Idul Fitri, Lebaran


dinamakan (Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh),
Ramazan Bayramı (Turki)

Diraikan oleh Umat Islam seluruh dunia, juga bukan


muslim di negara Muslim

Jenis Perayaan agama

Keutamaan Menandakan berakhirnya bulan Ramadhan,


bulan puasa

Tarikh 1 Syawal

Tarikh 2009 21 September

Tarikh 2010 10 September

Tarikh 2011 31 Ogos

Perayaan Menghias, menziarahi keluarga dan sahabat


taulan, memasang lampu pelita, balik
kampung

Amalan Solat

Berkaitan Hari Raya Aidiladha, perayaan umat Islam


dengan lain, yang disambut 70 hari kemudian

Sebahagian dari siri berkaitan

Islam
Rukun Iman

Allah · Kitab · Malaikat · Nabi


Hari Akhirat · Qada dan Qadar
Rukun Islam

Syahadah · Solat · Puasa


Zakat · Haji
Kota Suci

Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya

Aidilfitri · Aidiladha

Hukum

Quran · Sunnah · Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam


Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w


Ahlul Bait · Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah


Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik · Haiwan · Seni


Takwim · Kanak-kanak
Demografi · Perayaan
Masjid · Dakwah · Falsafah
Sains · Wanita · Politik
Lihat juga

Kritikan · Islamofobia
Glosari

Portal Islam
 p • b • s 

Hari Raya Aidilfitri (bahasa Arab: ‫' ;عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut
pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya
Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan
perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan
berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa
dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari
Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan)
ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan,
ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah
Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah
petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Zakat fitrah dan takbir
 2 Simbol
 3 Persiapan
 4 Amalan lazim
 5 Pakaian
 6 Aidilfitri dalam Kalendar Masihi
 7 Perayaan lain
 8 Rujukan

 9 Pautan luar

Zakat fitrah dan takbir


Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat
fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu.
Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia.
Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan
puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri
dimulakan.
Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid
sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah
antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari
Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada
pagi hingga malam.

Simbol

Gambar ketupat yang dianyam dari riben.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah
juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang
dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan
bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong,
dodol, dan kuih raya.

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi
Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada
unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari
Raya Aidilfitri.

Persiapan
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu
sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah
dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi
dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio
dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan.
Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari
sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat
kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut
Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali
sebagai Balik Kampung.

Amalan lazim
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.
Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari
Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari
Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi
pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.
Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka
akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari
Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali
persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada
Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit
raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit
yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada
amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau".
Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau
atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan
syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas
polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian
hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik
keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan
turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih,
bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita
bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang
berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan
Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan
keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti
hari ini.[1]

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan
dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga
Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid
kami." [2], dan juga riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah


maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "
[3]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang
bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga
sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang
pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan
dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

Pakaian
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di
Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket
di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju
kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi
mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik,
songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan
komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Aidilfitri dalam Kalendar Masihi


Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah.
Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar
Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut
peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza
daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.

Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-
tarikh berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.

 2008: 1 Oktober
 2009: 21 September
 2010: 10 September
 2011: 31 Ogos
 2012: 19 Ogos
 2013: 8 Ogos
 2014: 29 Julai
 2015: 19 Julai

Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya
matahari.

Perayaan lain
Di Malaysia, terdapat populasi Cina dan India. Masing-masing menyambut perayaan
Deepavali dan Tahun Baru Cina. Kadangkala, salah satu perayaan tersebut iaitu
Deepavali dan Tahun Baru Cina sering bertembung dengan perayaan Hari Raya
Aidilfitri mengikut kalendar Masihi. Oleh sebab itu, terdapat segelintir pihak yang
mengadakan sebuah 'rumah terbuka' untuk dua perayaan sekaligus. Disebabkan situasi
itu, wujudlah fenomena "DeepaRaya" dan "KongsiRaya".

Walau bagaimanapun, mufti negeri Perak menyatakan perayaan umat Islam yang
dikongsi dengan perayaan keagamaan orang kafir yang lain seperti "DeepaRaya" dan
"KongsiRaya" serta lain-lain kerana dianggap menjurus ke arah perbuatan syirik dan
ditegah sama sekali oleh Islam. Ini berdasarkan surah Al-Kafirun yang menyebutkan
amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"

You might also like