You are on page 1of 13

PENYONGSANG TERSUAP ARUS & TERSUAP VOLTAN E5105/UNIT 8/1

UNIT 8 PENYONGSANG TERSUAP ARUS


DAN TERSUAP VOLTAN

OBJEKTIF

Objektif Am : Mengetahui dan memahami kawalan kelajuan motor aruhan


sangkar tupai dengan menggunakan penyongsang frekuensi
bolehubah, penyongsang penukar tertib, terminologi tersuap
voltan, terminologi tersuap arus serta kendalian pemacu
penyongsang tersuap arus dan tersuap voltan.

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

 menakrifkan kawalan kelajuan motor sangkar tupai


menggunakan penyongsang frekuensi bolehubah
 menerangkan fungsi penyongsang penukar tertib kendiri bagi
sebuah motor sangkar tupai
 menerangkan prinsip asas penyongsang penukar tertib kendiri
 melakarkan gambarajah litar penyongsang penukar tertib
kendiri
 menerangkan kendalian sistem penerus – penyongsang bagi
mengawal laju motor aruhan sangkar tupai
PENYONGSANG TERSUAP ARUS & TERSUAP VOLTAN E5105/UNIT 8/2

INPUT

8.0 PENGENALAN

Motor segerak boleh dipacu dengan penyongsang penukar tertib semulajadi. Ini
adalah tidak mustahil kerana motor segerak boleh membekalkan kuasa reaktif
yang diperlukan oleh penyongsang.

Malangnya, jika kita menggantikan motor segerak dengan motor aruhan sistem
penukaran frekuensi akan rosak disebabkan motor aruhan tidak boleh
memindahkan atau menghantar kuasa reaktif. Jika keadaan tadi kekal maka ia
sebenarnya menyerap kuasa reaktif.

Bagaimanapun, kita boleh memacu motor aruhan menggunakan penyongsang


tertukar tertib kendiri. Penyongsang tertukar tertib kendiri beroperasi berbeza
sedikit daripada penyongsang tertukar tertib semulajadi iaitu:

i. Ianya boleh menjana frekuensi sendiri di mana ianya ditentukan oleh


frekuensi denyut yang di berikan pada kaki “gate”.
ii. Ianya boleh menyerap atau memindah / menghantar kuasa reaktif. Kuasa
reaktif ini di jana atau diserap bergantung kepada tindakan penyuisan oleh
tiristor kuasa.

Kita akan lebih mengetahui fungsi-fungsi serta kendalian penyongsang tertukar


tertib kendiri dalam subtopik-subtopik yang seterusnya.
PENYONGSANG TERSUAP ARUS & TERSUAP VOLTAN E5105/UNIT 8/3

8.1 TAKRIFAN KAWALAN KELAJUAN MOTOR ARUHAN SANGKAR


TUPAI MENGGUNAKAN PENYONGSANG FREKUENSI BOLEHUBAH

Takrifan mengenai kawalan kelajuan motor aruhan sangkar tupai dengan


menggunakan penyongsang frekuensi bolehubah adalah berdasarkan kepada
penyongsang tertukar tertib kendiri dan sistem penerus – penyongsang. Kedua-
dua teknik kawalan ini akan diterangkan pada sub topik – sub topik yang
seterusnya.

8.1.1 FUNGSI PENYONGSANG TERTUKAR TERTIB KENDIRI BAGI


SEBUAH MOTOR ARUHAN SANGKAR TUPAI

Penyongsang tertukar tertib kendiri dapat berfungsi untuk menukarkan


kuasa arus terus kepada arus ulang-alik. Terdapat berbagai jenis
penyongsang tertukar tertib kendiri, akan tetapi semuanya adalah
berasaskan kepada kekuatan penukaran (forced commutation). Frekuensi
keluarannya boleh mencapai sehingga 20 kHz bergantung kepada
kecekapan penyuisan tiristor. Beban mungkin berbentuk pasif seperti
perintang atau aruhan, atau mungkin juga berbentuk aktif seperti motor
arus ulang alik (AU).

Litar penyongsang tertukar tertib kendiri mengandungi tiristor kuasa yang


disusun dalam litar tetimbang tiga fasa. Bagaimanapun, setiap tiristor
dikelilingi oleh susunan kapasitor , induktor, diod dan tiristor tambahan.

Tujuan komponen-komponen tambahan ini adalah untuk memaksa


sebahagian tiristor kuasa untuk mengalir apabila secara normalnya ianya
tidak boleh berkendali dan memaksa sebahagian lagi tiristor kuasa untuk
berhenti mengalir sebelum tiba masa ‘semulajadi’nya. Secara tepatnya,
tindakan penyuisan membolehkan penukar ini menjana kuasa reaktif.
PENYONGSANG TERSUAP ARUS & TERSUAP VOLTAN E5105/UNIT 8/4

AKTIVITI 8(A)

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN PENILAIAN KENDIRI


SILA SEMAK JAWAPAN DIRUANGAN MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA

8-1 Penyongsang tertukar tertib kendiri beroperasi berbeza sedikit daripada


penyongsang tertukar tertib semulajadi. Terangkan apakah perbezaan tersebut.

8-2 Berikan DUA (2) teknik kawalan kelajuan motor aruhan sangkar tupai yang
menggunakan penyongsang frekuensi boleh ubah.

8-3 Nyatakan fungsi asas penyongsang tertukar tertib kendiri.

8-4 Litar penyongsang tertukar tertib kendiri mengandungi susunan komponen-


komponen tambahan yang disusun dalam litar tetimbang 3 fasa. Terangkan tujuan
komponen-komponen tambahan ini.
PENYONGSANG TERSUAP ARUS & TERSUAP VOLTAN E5105/UNIT 8/5

MAKLUMBALAS AKTIVITI 8(A)

8.1 Rujuk pada nota 8.0 (Topik Pengenalan)

8.2 2 teknik kawalan kelajuan :


i. Penyongsang tertukar tertib kendiri
ii. Sistem penerus – penyongsang

8.3 Menukarkan kuasa arus terus (AT) ke kuasa arus ulang alik (AU).

8.4 Rujuk pada nota 8.1.1.


PENYONGSANG TERSUAP ARUS & TERSUAP VOLTAN E5105/UNIT 8/6

8.1.2 PRINSIP ASAS PENYONGSANG TERTUKAR TERTIB KENDIRI

Rajah 8.1 menunjukkan gambarajah litar penyongsang penukar tertib


kendiri yang ringkas. Rajah tersebut dapat membantu kita memahami
prinsip asas bagi kesemua penyongsang tertukar tertib kendiri iaitu:

i. Kuasa kehilangan penyongsang adalah kecil, maka kita andaikan


kuasa masukan arus terus adalah bersamaan dengan kuasa aktif
keluaran arus ulangalik.
ii. Kuasa reaktif yang dijanakan oleh penyongsang tidak dihasilkan
melalui penukar tertib kapasitor dalam litar. Kuasa reaktif adalah
merujuk kepada tindakan penyuisan itu sendiri.
iii. Kuasa keluaran reaktif tidak memerlukan masukan arus terus.
iv. Tiristor menyambung terminal masukan arus terus kepada terminal
keluaran arus ulang alik dalam rangkaian terkawal dengan
mengabaikan kejatuhan voltan. Ini diikuti oleh:
a) dalam penyongsang suap voltan, talian voltan arus ulangalik
adalah bersamaan dengan voltan masukan arus terus.
b) dalam penyongsang suap balik arus, talian arus ulang alik
adalah bersamaan dengan arus terus.

8.1.3 GAMBARAJAH LITAR PENYONGSANG PENUKAR TERTIB

E T1 T2 T3
R
C

Q1 Q2

RAJAH 8.1 : Penyongsang tertukar tertib kendiri


PENYONGSANG TERSUAP ARUS & TERSUAP VOLTAN E5105/UNIT 8/7

8.1.4 KENDALIAN SISTEM PENERUS-PENYONGSANG BAGI


MENGAWAL KELAJUAN MOTOR ARUHAN SANGKAR TUPAI

Untuk mengawal kelajuan motor sangkar tupai, kita menggunakan sistem


penerus-penyongsang. Penerus di sambungkan ke talian bekalan tiga fasa
dan penyongsang di sambungkan ke stator. Keluaran arus terus daripada
penerus di sambungkan sebagai masukan arus terus bagi penyongsang
melalui sebuah penyambung arus terus.

Terdapat dua jenis penyambung arus terus yang digunakan iaitu :


1. Penyambung arus terus arus malar
2. Penyambung arus terus voltan malar

Penyambung arus terus ini dapat memberikan peningkatan nilai bagi


penyongsang tersuap arus dan suap voltan di mana bagi penyongsang
tersuap voltan, voltan talian arus ulangalik adalah bersamaan dengan
voltan masukan arus terus manakala bagi penyongsang tersuap arus pula,
arus talian arus ulangalik adalah bersamaan dengan talian arus terus.

Sambungan arus malar sedemikian adalah untuk membekalkan arus yang


tetap kepada penyongsang yang mana seterusnya akan disuapkan secara
berturutan kepada bekalan tiga fasa bagi motor (Rajah 8.2 (a)). Begitu
juga bagi penyongsang voltan malar, ia juga adalah bertujuan untuk
membekalkan voltan yang tetap kepada penyongsang di mana ia adalah
disuiskan dari satu fasa ke satu fasa bagi motor aruhan sangkar tupai
(Rajah 8.2 (b)). Penyuisan ini boleh dilakukan samada secara kompleks
atau ringkas bergantung kepada rekabentuk penukar.
PENYONGSANG TERSUAP ARUS & TERSUAP VOLTAN E5105/UNIT 8/8

Id

L
Penyong Ia
sang
tertukar A
tertib
kendiri E
Talian 3 fasa E1 E2
B M
C
Motor Aruhan
Sangkar tupai

Pemicu
gate
RAJAH 8.2 (a) : Penyongsang tersuap-arus

Id

L
Ia
Penyong-
sang A
tertukar
tertib
kendiri
E1 E2
Talian 3 fasa M

B
Pemicu
C
gate
C
Motor
Aruhan
Sangkar
tupai

RAJAH 8.2 (b) : Penyongsang tersuap-voltan


PENYONGSANG TERSUAP ARUS & TERSUAP VOLTAN E5105/UNIT 8/9

AKTIVITI 8(B)

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN PENILAIAN KENDIRI


SILA SEMAK JAWAPAN DIRUANGAN MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA

8-5 i. Berikan DUA (2) prinsip asas penyongsang tertukar tertib kendiri.

ii. Lakarkan gambarajah litar asas penyongsang tertukar tertib kendiri.

8-6 Salah satu cara untuk mengawal kelajuan motor aruhan sangkar tupai adalah
dengan menggunakan sistem penerus-penyongsang. Terangkan kendalian sistem
tersebut secara ringkas.

8.7 Nyatakan DUA (2) jenis penyambung arus terus yang digunakan dalam sistem
penerus penyongsang.

8-8 i. Lakarkan gambarajah litar penukar frekuensi suap arus.


ii. Terangkan tujuan penukaran litar dalam soalan 8-8 (i).

PENYONGSANG TERSUAP ARUS & TERSUAP VOLTAN E5105/UNIT 8/10

MAKLUMBALAS AKTIVITI 8(B)

8-5 i. Rujuk pada nota 8.1.2.

ii. Rujuk pada Rajah 8.1.

8-6 Rujuk pada nota 8.1.4.

8.7 Penyambung AT arus malar dan penyambung AT voltan malar.

8-8 i. Rujuk pada Rajah 8.2 (a).

ii. Untuk membekalkan arus yang tetap kepada penyongsang yang mana
seterusnya akan disuapkan secara berturutan kepada bekalan tiga fasa bagi
motor.
PENYONGSANG TERSUAP ARUS & TERSUAP VOLTAN E5105/UNIT 8/11

PENILAIAN KENDIRI

 JAWAB SEMUA SOALAN.


 SEMAK JAWAPAN PADA MAKLUMBALAS YANG DISEDIAKAN.
 JIKA ADA MASALAH, SILA RUJUK PADA PENSYARAH
MATAPELAJARAN.

SOALAN 8-1

Penyongsang tertukar tertib semulajadi boleh digunakan untuk memacu motor segerak
TIGA (3) fasa bukannya motor aruhan TIGA (3) fasa. Terangkan mengapa.

SOALAN 8-2

Motor aruhan sangkar tupai yang besar perlu berkendali pada kelajuan yang stabil dan
perlahan. Jika kawalan elektronik diperlukan, apakah jenis kawalan yang lebih sesuai
digunakan.

SOALAN 8-3

Berikan EMPAT (4) prinsip asas bagi penyongsang tertukar tertib kendiri.

SOALAN 8-4

Bagi penyongsang tersuap voltan, voltan talian AU adalah bersamaan dengan voltan
masukan AT. Bagaimana pula dengan penyongsang tersuap arus ? Nyatakan.
SOALAN 8-5

i. Lakarkan gambarajah litar penukar frekuensi suap voltan.

ii. Nyatakan tujuan penukaran bagi litar dalam soalan 8-5 (i) di atas.

PENYONGSANG TERSUAP ARUS & TERSUAP VOLTAN E5105/UNIT 8/12

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

SOALAN 8-1

Rujuk pada nota 8.0.

SOALAN 8-2

Penyongsang tertukar tertib kendiri.

SOALAN 8-3

i. Rujuk pada Rajah 8.2 (b).

ii. Untuk membekalkan voltan yang tetap kepada penyongsang di mana ia adalah
disuiskan dari satu fasa ke satu fasa bagi motor aruhan sangkar tupai

SOALAN 8-4

Arus talian arus ulangalik (AU) adalah bersamaan dengan talian arus terus (AT).

SOALAN 8-5

Rujuk pada nota 8.1.2.

You might also like