Sirah Rasulullah merungkai Kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya dengan amat jelas; sejak perkahwinan bapa Baginda, Abdullahdengan ibu Baginda, Aminah sehinggalah Baginda s.a.w.wafat. Kita mengetahui banyak perkara tentang kelahiran, zaman kanak-kanak, zamanremaja, pekerjaan Baginda sebelum diangkat menjadi nabike luar Makkah sehinggalah Allah rnengutuskannya sebagai Rasul yang mulia. Kita juga mengetahui secara lebih terperinci, jelas dan sempurna setiap hal ehwal Bagindaselepas perutusan tersebut daripada setahun ke setahun. Ini menjadikan sirah Bagindas.a.w. jelas, terang dan nyataseumpama matahari. Sebagaimana kata sesetengah pengkritik Barat: Muhammads.a.w.merupakan satu-satunya tokoh yang lahir di bawah sinaran matahari.Fenomena seperti ini tidak mudah didapati di kalangan mana-mana rasul yangterdahulu. Kita tidak tahu sesuatu pun tentang Nabi Musa a.s. ketika zaman kanak-kanak, zaman remaja mahupun sumber pencariannya sebelum kenabian. Kita hanyamengetahui sedikit sahaja berkenaan kehidupan baginda selepas kenabian. Ini tidak memberi gambaransempurna berkenaan keperibadiannya kepada kita. Hal yang sama diperkatakantentang nabi Isa a.s. Kita tidak mengetahui apa-apa tentang zaman kanak-kanaknyamelainkan apa yang diceritakan oleh Injil-injil hari ini. Injil menceritakan bahawa baginda telah memasuki haikal Yahudi dan berbincang dengan pendita-penditanya.Inilah satu-satunya kejadian yangdisebutkan tentang zaman kanak-kanaknya. Kita tidak dapat mengetahui perkara- perkara yang lain mengenai nabi Isa kerana sumbernya tiada dan penerangannyasangat samar.Jika dibandingkan dengan sirah Nabi yang dihimpunkan daripada sumber yang sahih iaitu al-Quran dan As-sunnah, Sumber-sumber ini menyebutkan secaraterperinci mengenai kehidupan peribadi Rasul kita seperti makan, bangun, duduk, pakaian, rupa bentuk, gaya, percakapan, interaksi dengan keluarga, ibadat, solat dan pergaulan Baginda dengan parasahabatnya. Bahkan perincian dalam meriwayat sirah Baginda hingga ke tahapmereka menyatakan kepada kita bilangan uban di kepala dan janggut Baginda s.a.w..Sirah Rasulullah s.a.w. menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yangdimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun ia tidak mengeluarkan Baginda