Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
13Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
buli

buli

Ratings: (0)|Views: 621 |Likes:
Published by 11_dimension

More info:

Published by: 11_dimension on Mar 25, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as ODT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/01/2013

pdf

text

original

 
Gejala Buli
Masalah Buli Di SekolahMohd. Aris bin Anis Mohd. Noor bin Abd. RashidKejadian buli di sekolah dewasa ini kian menjadi-jadi . Pelbagai kes dilaporkan di dada-dada akhbar dan keadaan ini amat membimbangkan bukan sahaja pihak individu, malah ibu bapa, sekolah, PejabatPelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya Kementerian Pelajaran. Oleh yangdemikian, masalah ini perlu dibanteras segera agar tidak menjadi barah yang mengancam keselamatandan keharmonian sesebuah sekolah. Kertas kerja ini ditulis untuk menjelaskan beberapaaspek berkaitandengan masalah buli di sekolah. Aspek-aspek yang akan diberi penekanan ialah definisi buli, jenis-jenis buli, mengenali ciri-ciri pembuli, mengenali ciri-ciri mangsa buli, statistik kes buli, faktor-faktor yangmendorong berlakunya kes buli, beberapa peringkat menangani masalah buli dan tatacara membuataduan berkaitan kes buli disekolah
Gejala BuliAzneezal Ar-Rashid Bin Mohd RamliNora Binti MislanSiti Mislia Binti SelamatGejala perlakuan ganas di kalangan pelajar yang semakin hangat dibicarakan di dada-dada akhbar sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa ianya perlu tindakan segera oleh pihak-pihak tertentu agar ianyatidak terus menular. Perlakuan buli merupakan sejenis perlakuan salah laku yang boleh meninggalkankesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik pelajar yang dibuli. Kertas kerjaini selain membincangkan tentang jenis-jenis perlakuan buli, juga akan mengutarakan aspek-aspek  penting yang mempengaruhi dan yang berkaitan dengan tingkah laku buli ini. Buli dikatakan sering berlaku di dalam bilik darjah, di padang, di koridor, di dalam dewan, di kantin dan juga di dalamtandas. Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada perlakuan yang tidak sihat ini umpamanya pengaruh persekitaran dan rakan-rakan. Langkah-langkah pencegahan turut diketengahkan yangdirasakan sesuai dilakukan oleh pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam membendung keadaanini. Persekitaran sekolah yang selesa dan selamat amat diperlukan dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna bagi pelajar.
 
Bunuh diri : pelajar terpinggir dan terasing13/07/2004 12:50 p.m.Oleh Rohana ManDR. ZURIA MAHMUDKES bunuh diri dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negara ini memanglah tidak serius kerana jumlah yang melakukannya amat sedikit.Sungguhpun begitu, pelbagai pihak perlu mengambil usaha untuk menyelamatkan pelajar bermasalahdaripada membunuh diri.Kajian yang dilakukan oleh pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Profesor Madya Dr. Zuria Mahmud mendapati hanya beberapa kes pelajar bunuh diri dilaporkan berlaku di tiga tempat yang dikajinya iaitu Seremban, Kuala Lumpur dan Selangor.Terdapat pelajar yang membunuh diri dilihat tidak mempunyai masalah dan apabila ia berlaku, semua pihak termasuk ibu bapa dan pihak sekolah tidak menyangka perkara itu boleh berlaku.``Ada kaunselor sekolah berkata kepada saya bahawa dia tidak menyangka seorang pelajarnyamembunuh diri.``Ayat terakhir yang ditinggalkan oleh pelajar ini ialah `semua orang tidak memahami saya','' katanyaketika membentangkan kertas kerja bertajuk Kajian Strategi Dalam Menangani Tingkah LakuBermasalah Pelajar di Sekolah Menengah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, baru-baruini.Pensyarah lain yang turut menjalankan kajian yang sama ialah Profesor Datin Dr. Amla Mohd Sallehdan Dr. Noriah Mohd Ishak. Kajian yang dibentangkan itu dibiayai oleh skim Penumpuan PenyelidikanDalam Bidang Keutamaan (IRPA) dan melibatkan temu bual dengan 33 kaunselor dari Seremban,Kuala Lumpur dan Selangor.Data yang diperoleh kemudian diproses secara kualitatif dan kajian yang bermula pada bulanSeptember 2003 itu masih diteruskan sehingga hari ini.Mengulas lanjut, beliau berkata, kajian yang dilakukannya mendapati pelajar bermasalah yangcenderung membunuh diri terdiri daripada mereka yang mempunyai tingkah laku terpinggir.Menurutnya, tingkah laku itu menyebabkan pelajar berasa terasing kerana tidak mempunyai kumpulansendiri di sekolah.Katanya, pelajar terlibat akan berasa dirinya tidak diterima di sekolah sekali gus menyebabkannya tidak mempunyai rakan.Tambahnya, tingkah laku pelajar terpinggir akan menjadi lebih buruk apabila berasa diri mereka jugatidak dipedulikan oleh keluarga.Pelajar yang berasa terpinggir di sekolah pula biasanya akan menjadi mangsa buli di sekolah atauasrama.Ini berlaku kerana pelajar berkenaan dilihat bersendirian tanpa mempunyai kumpulan sendiri.``Pelajar berkenaan sebenarnya tidak mampu `membina' kumpulannya sendiri dan akhirnya akanmenjadi mangsa buli.``Ini antara punca pelajar berasa terpinggir dan kesan buruknya ialah ia boleh mengakibatkan pelajar membunuh diri,'' katanya.Selain itu, katanya, kajian beliau juga mendapati pergaulan dan seks bebas pelajar bukan sahaja berlaku
 
di antara pelajar perempuan dan lelaki, sebaliknya melibatkan pelajar lelaki dan lelaki (homoseksual)serta perempuan dan perempuan (lesbian).Hasil kajian beliau mendapati ibu bapa gagal mengesan perubahan tingkah laku anak-anak di peringkatawal.``Hanya apabila anak gadis hamil atau anak perempuan memilih untuk menjadi berlagak seperti lelakiatau sebaliknya, barulah ibu bapa sedar masalah yang dihadapi oleh anak masing-masing,'' katanya.Beliau menjelaskan, masalah kecelaruan gender dalam kalangan pelajar sukar dikesan pada peringkatawal kerana ibu bapa tidak mengesyaki apa-apa jika melihat anak lelaki atau perempuan mereka tidur sebilik dengan rakan sama jantina.Kajian beliau turut menyentuh perkara berkaitan masalah dadah, rokok, laku musnah, menonton videodan melihat gambar lucah serta kurang motivasi dalam kalangan pelajar.Mengulas pelajar kurang motivasi, beliau berkata, pelajar menjadi begitu kerana tidak meminati bidangilmu atau akademik.Pelajar itu katanya perlu dibantu dengan menggalakkannya mengambil bidang yang diminati sepertidalam bidang teknikal, sukan atau muzik.Mengenai faktor penyumbang masalah itu, Dr. Zuria berkata, antara yang paling jelas ialah masalahkeluarga yang tidak stabil dan pengaruh rakan sebaya terutama jika rakan sebaya itu sudah berhentisekolah.Justeru apakah penyelesaian masalah itu? Menurutnya, antara strategi yang boleh dilakukan ialahmendekati pelajar tanpa mengira waktu sama ada ketika di kelas, waktu rehat atau pelajar berada dirumah.Menerusi pendekatan itu, katanya, pelajar bermasalah akan berasa diri mereka dihargai, disayangi dandiperlukan sekali gus mengurangkan kecenderungan mereka untuk terus terlibat dalam masalah sosial.``Sebenarnya, pelajar bermasalah memerlukan sokongan semua pihak dan berilah peluang kepadamereka untuk bercerita dan meluahkan apa yang terbuku di hati,'' katanya.Kajian beliau mendapati pelajar lebih suka bercerita mengenai masalah masing-masing kepadakaunselor berbanding ibu bapa.Ini kerana katanya, ibu bapa kerap memotong cakap anak-anak yang baru mahu berkongsi cerita(masalah) dengan ibu bapa.``Baru nak cerita, dah kena marah. Ini yang pelajar tidak suka. Sepatutnya ibu bapa sedia menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak,'' ujarnya.Mengenai usaha kolaborasi dalam menangani masalah sosial pelajar, Dr. Zuria berkata, kaunselor perlumempunyai hubungan baik dan kerjasama dengan guru, pentadbir sekolah, persatuan ibu bapa danguru, polis, masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak hospital.Pemantauan berterusan boleh dilakukan oleh semua pihak berkenaan termasuk melaporkan segera kes-kes pelajar bermasalah kepada pihak berkaitan.``Ketua-ketua agama juga perlu memainkan peranan untuk membawa kembali pelajar bermasalah ke pangkal jalan menerusi pendekatan agama masing-masing,'' katanya.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->