Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword or section
Like this
16Activity

Table Of Contents

0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Imam Mahdi

Imam Mahdi

Ratings: (0)|Views: 3,770|Likes:
Published by axtivis
ops
ops

More info:

Published by: axtivis on Mar 26, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/11/2012

pdf

text

original

 
Kependekan-kependekan Yang Lazim Digunakan Di Dalam Buku Ini.
1. Khusus Untuk Allah, Tuhan Yang Maha Esa: 
SWT - Subhanahuwataala.
2. Untuk Nabi-nabi: 
SAW - Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (untuk Nabi Muhammad al-Mustafa sahaja).Maksudnya ialah di dalam buku ini sahaja. AS - 1. Alaihis Salam (seorang rasul / nabi, selain Nabi Muhammad Al-Amin).2. Alaihumas Salam (dua orang rasul / nabi, mana-mana dua dari mereka).3. Alaihimus Salam (tiga orang rasul / nabi atau lebih, sebahagian darimereka).
3. Untuk Para Sahabat: 
KMW - Karramallahu Wajhah (khusus untuk Sayidina Ali bin Abi Talib sahaja).RA - 1. Radhiyallahu ‘Anhu (seorang sahabat, mana-mana seorang di antaramereka).2. Radhiyallahu ‘Anha (seorang sahabiah iaitu sahabat wanita).3. Radhiyallahu ‘Anhuma (dua orang sahabat serentak, lazimnya anak-beranak).4. Radhiyallahu ‘Anhum (ramai sahabat, sekumpulan dari mereka).
4. Untuk Para Tabiin, Tabiit Tabiin dan Ulama Muktabar: 
RH - Rahimahullahu Taala ‘Anhu (seorang tabiin, tabiit tabiin atau ulamamuktabar).Rahimahullahu Taala ‘Anhuma (dua orang dari mereka)Rahimahullahu Taala ‘Anhum (sebilangan dari mereka).
Persoalan Yang Ditimbulkan Orang:
Bukankah Baginda Rasulullah pernah menyebutkan orang yang enggan berselawat kepadabaginda sebagai orang yang kedekut? Para ulama juga sudah sejelas-jelasnya menyatakan bahawa tidak harus memendekkan perkataan selawat ke atas baginda itu. Bolehkah dipendekkan juga?Hukum memendek atau meringkaskan perkataan selawat ke atas baginda Nabi Muhammaddan rasul-rasul yang lain memang makruh, dan dikira sebagai umat baginda yang bakhil. Itu sudahjelas dan terang nyata hukumnya, laksana terangnya matahari yang memancar. Tetapi ini benar danberlaku hanya pada kitab-kitab yang ditulis dengan huruf-huruf jawi atau huruf-huruf Arab. Hukummakruh ini tidak harus dikaitkan sekali dengan tulisan rumi kerana jika kalimah selawat itu ditulis jugasepenuhnya dengan huruf rumi, bunyinya tetap tidak akan sama dengan bunyi asalnya (yang ditulis)dalam huruf Arab.Oleh itu, memendek atau meringkaskan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad al-Mustafadengan ringkasan seperti SAW, S.A.W., (SAW) atau S. A. W. itu tidak mendatangkan makruh.Ringkasan yang ditulis itu adalah lambang bagi sebutan yang sebenarnya di dalam bahasa Arab. Malahpara penulis yang menulis dengan penuh bacaan selawat itu dalam tulisan rumi, tidak akanmendatangkan pahala, malah melambangkan kekeliruan dan ketidakfahamannya terhadap pokok persoalan yang sebenarnya, dan sekali gus merupakan perbuatan yang sia-sia.
 
Imam Mahdi adalah satu nama yang cukup gah di kalangan umat Islam seluruh dunia, sejak dahulu hinggalah hari kiamat. Imam Mahdi atau sebutan Melayunya,
Imam Mahadi
, sudahmendarah daging di kalangan umat Islam. Semua umat Islam yang mencintai kebenaran, sudah pastiternanti-nanti bilakah akan munculnya Imam yang sebenar itu, tangan yang cukup kuat untuk melakukan tangkisan ghaib untuk semua umat Islam terhadap segala perkara, dari yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada yang sebesar-besarnya, sehingga hidup mereka menjadi sangat aman,makmur, bahagia, penuh berkat dan mencapai kemuncak keemasan bagi segala zaman keemasan.Sebenarnya, kitab-kitab karangan para ulama sejak dari zaman dahulu hinggalah ke saat yang terkini, yang ditulis sama ada secara khusus atau secara umum, yang menyentuh mengenai ImamMahdi adalah terlalu banyak, jauh lebih banyak daripada hadis-hadis yang ada, yang menyebut tentang diri Imam Mahdi itu sendiri.Begitu juga buku-buku ilmiah, kertas-kertas kerja, tesis-tesis dan sebagainya yang adakaitannya dengan Imam Mahdi itu, sama ada yang ditulis oleh orang yang memang ahli ilmu atau olehorang biasa, sudah terlalu banyak hingga tidak dapat lagi disenaraikan, kerana sudah terlalubanyaknya. Di samping itu, kebanyakannya sudah diterbitkan, manakala sebahagian besar lagi masihdalam bentuk mentah - belum diterbitkan oleh mana-mana pihak. Tujuan mereka menulis kitab, buku, kertas kerja, tesis, analisis, dan sebagainya itu juga adabermacam-macam. Ada yang tujuannya semata-mata untuk memberi ilmu kepada semua umat Islamsepanjang zaman, ada yang tujuannya untuk mendapatkan wang - mencari untung semata-mata, adayang menulis kerana ingin mendapatkan segulung ijazah, ada yang bertujuan mencari nama, ada yang menulis untuk menambahkan bilangan kitab-kitab karangannya, ada yang menulis kerana minatterhadap bidang penulisan, ada yang menulis kerana mahu mempertahankan kesahihan hadis-hadisImam Mahdi daripada dituduh secara semberono sebagai amat dhaif malah mauduk, walaupunsebenarnya tidak demikian, ada yang menulis kerana mahu mempertahankan kebenaran munculnyaImam Mahdi dan bermacam-macam niat lagi. Ada yang menulis mengenai Imam Mahdi itu dari satu aspek saja, ada yang menulis dari duatiga aspek, dan ramai yang menulis dalam banyak aspek. Banyak karangan tersebut yang berbentuk cerita, untuk memberi lebih kefahaman kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak dan orang yang baru belajar mengenali Imam Mahdi itu. Bentuk ini dapat
membebaskan 
mereka daripada ikatanhadis-hadis yang banyak itu dan memberikan lebih ruang kepada mereka untuk menyalurkanpendapat dan pandangan sendiri. Ada karangan yang berbentuk huraian hadis, ada yang berbentuk penilaian hadis-hadis sama ada boleh dipercayai atau tidak, ada yang berbentuk kritikan sama adaterhadap rawi mahupun terhadap isi kandungan hadis itu sendiri, ada yang berbentuk penjelasanterhadap permasalahan semasa Imam Mahdi yang selalu ditimbulkan, ada yang berbentuk ringkasancerita dan banyak pula yang berbentuk selari iaitu hadis-hadis dimasukkan tanpa sebarang ulasan ataukomen.Ada yang begitu rajin memberikan sumber rujukannya sekali, berserta ulasan sama ada hadis
 
itu sahih, hasan atau dhaif. Kebanyakan hadis yang diberi disertakan sekali sanad-sanadnya untuk lebih meyakinkan dirinya dan para pembaca. Yang mengkaji Imam Mahdi dari mazhab lain juga amatramai, terutama di sebelah Timur Tengah dan Utara Afrika sana. Selain ditulis, banyak pula yang dibincangkan secara hangat di pentas pelbagai jenis forum, seminar, simposium, kolokium, ceramah,penerangan dan bermacam-macam nama lagi. Namun hasilnya, umat Islam di seluruh dunia masihtetap berpecah seperti sebelumnya juga, tidak berkurang. Yang menulisnya itu, ada yang imam mujtahid, ada yang imam mujaddid, ada yang ulamabesar yang fakih, ada ulama besar yang fiqh, ada yang ulama kecil, ada yang ahli tasawuf, ada yang ahlisejarah, ada yang ahli hadis terkemuka, ada yang merupakan sarjana, ada yang merupakan ahliakademik, ada yang ahli kemasyarakatan, ada yang merupakan peramal masa hadapan, ada yang orang kafir dari kalangan Yahudi dan Nasrani dan ada yang orang biasa, ada yang dari kalangan orientalisBarat, malah ada yang menulis semata-mata kerana cukup berminat dengan peribadi Imam Mahdiyang dijanjikan itu.Penulis sendiri, pada peringkat awalnya tidak berhasrat untuk menulis mengenai ImamMahdi ini dengan dua alasan utama.
Pertama
, kerana sudah terlalu banyak buku dan kitab di pasaranyang menceritakan secara lengkap mengenai Imam Mahdi. Terdapat bermacam-macam bentuk penulisan dan gaya mereka untuk menarik minat orang ramai agar membeli buku keluaran mereka. Tajuk-tajuk yang diberikan juga amat menarik dan penuh psikologi. Membaca buku-buku dan kitabkarangan mereka sudah cukup memuaskan hati dan menambahkan ilmu.
Kedua
, kerana penulis sendiri bukanlah orang yang terlalu ahli dalam bidang ini. Penulissendiri ketika itu masih belajar dan mencari hadis-hadis yang berkaitan dengan Imam Mahdi itu.Kerana itu, penulis tidak bercadang untuk menulis dan menambahkan lagi kemeriahan buku-bukumengenai Imam Mahdi ini. Cukuplah dengan apa yang sudahpun ada di kalangan umat Islam. Tetapi rupanya kehendak Allah itu tidak dapat dihalang oleh sesiapa pun dan dengan apacara pun. Dia Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak. Dia juga Maha Tahu setiap apa yang dibuat-Nya. Setelah mengkaji dengan lebih dalam dan lama, rupa-rupanya ada banyak perkara yang selamaini tidak tersingkap di sebalik hadis-hadis yang jika dilihat sekali lalu, sangatlah bertentangan antarasatu sama lain dan juga isinya kelihatan berterabur di sana-sini. Juga kerana banyak daripada hadis berkenaan yang selama ini didakwa sebagai dhaif, malahbanyak yang dikatakan mauduk, tetapi yang sebenarnya tidaklah demikian. Banyak pula hadis-hadisberkenaan yang jika dilihat secara kasar, amat berlawanan matannya antara satu sama lain. Hadis-hadis yang begini sifatnya sepatutnyalah dikaji semula dengan lebih mendalam, dinilai balik menurut
ukuran zaman sekarang
, kerana Imam Mahdi itu zahir pada zaman kita - bukan pada zaman lapanratus tahun dahulu, atau empat ratus tahun dahulu - kemudian dihurai kembali menurut tafsiran yang lebih sahih dan sesuai dengan zaman kita ini.Sebab itulah juga rupanya yang mendorong penulis untuk mengemukakan kembali hadis-hadis mengenai diri Imam Mahdi itu, dengan harapan supaya hadis-hadis itu tidak disalahanggapkansebagai dhaif dan berlawanan. Maka motif utama penulisan buku ini adalah untuk mengembalikansemula hadis-hadis yang selama ini dipandang serong dan dhaif oleh sebahagian besar umat Islam -termasuk para cendekiawannya - ke tempatnya semula, tempat yang selayaknya untuk hadis-hadisNabi SAW yang mulia itu.Salah satu sebab utama buku ini ditulis pun adalah kerana di dalam tulisan mereka, penulis-penulis lain tidak berani memasukkan hadis-hadis yang dilihat berlawanan kerana pada pendapatmereka, tindakan ini hanya mengundang lebih banyak masalah daripada baiknya dan kemungkinanpula mereka sendiri turut terpengaruh (secara sedar atau tidak) dengan pendapat yang menerima

Activity (16)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Lony Depp liked this
Rahimah D'lah liked this
nabilah liked this
nabilah liked this
aburedza liked this
Iwan Husdiantama liked this
idna liked this
kamaruddin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->