Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
19Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sultan Mohd Al-Fateh

Sultan Mohd Al-Fateh

Ratings: (0)|Views: 3,220|Likes:
Published by Syed Adelli
Hasrizal Abdul Jamil BA (Hons) SHARIA Mu'tah University, Jordan

Hasrizal Abdul Jamil BA (Hons) SHARIA Mu'tah University, Jordan

More info:

Published by: Syed Adelli on Mar 26, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/16/2013

pdf

text

original

 
Sultan Muhammad Al-Fateh
SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
 Hasrizal Abdul Jamil  BA (Hons) SHARIA Mu'tah University, Jordan
Pengenalan
Istanbul atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkan statusnya sebagaisalah sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam manusia untuk meninjaudan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing dengannya Istanbul diasaskan pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I.Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart sebagai, “…kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadiibu negaranya!”. Costantinople telah pun menjadi ibu negara Empayar Byzantinesemenjak penubuhannya. Ini menjadikan bandar berkenaan sebagai salah sebuah bandar terbesar dan utama dunia.Kedudukan Costantinople yang sedemikian rupa, meletakkan ia di kedudukan yangistimewa apabila umat Islam memulakan agenda pertembungan mereka dengan Empayar Byzantine. Rasulullah SAW telah pun beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh Baginda SAW didalam peperangan Khandak. Sabda baginda SAW :
 
“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya,dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”Terdapat banyak lagi hadith lain seperti ini dan ia menimbulkan keghairahan parakhalifah dan pemimpin Islam untuk berusaha menawan kota Costantinople berkenaan.Usaha pertama dilancarkan pada tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA.Akan tetapi, usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salahseorang sahabat Nabi yang menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinople berkenaan. Manakala di zaman Sulaiman bin Abdul Malik pula, Khilafah Umayyah telahmenyediakan pasukan terhandal untuk menawan kembali kota berkenaan pada tahun 98Htetapi masih belum diizinkan oleh Allah SWT. (rujuk Al-Ibar oleh Ibnu Khaldun 3 / 70dan Tarikh Khalifah bin Khayyath ms. 315)Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi masihmenemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid tahun 190H.Selepas kejatuhan Baghdad tahun 656H, usaha menawan Costantinople diteruskan pulaoleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Minor (Anatolia) terutamanya Kerajaan Seljuk.Pemimpin masyhurnya, Alp Arslan (455-465H / 1063-1072M) telah berjayamengalahkan Maharaja Rum, Dimonos, pada tahun 463H / 1070M. Beliau telahmenangkap lalu memenjarakannya sebelum dibebaskan dengan persetujuan untuk membayar jizyah tahunan kepada Kesultanan Seljuk. Peristiwa ini telah meletakkansebahagian besar Empayar Rom di bawah pengaruh Kerajaan Islam Seljuk.Bagaimana pun, selepas daripada merosot dan jatuhnya Kerajaan Seljuk berkenaan,terbentuk pula beberapa kerajaan kecil di Anatolia. Antaranya ialah kerajaan Seljuk Rumyang telah berjaya meluaskan kekuasaannya sehingga ke pantai Laut Ege di barat,seterusnya melemahkan pengaruh dan kekuasaan Empayar Rom.
Costantinople Dan Daulah Othmaniyyah
Di awal kurun ke-8 hijrah / 14M, Daulah Othmaniyyah telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Persepakatan inimemberikan nafas baru kepada usaha umat Islam untuk menawan Costantinople. Usahaawal yang dibuat ialah di zaman Sultan Yildrim Beyazid yang mana beliau telah berjayamengepung kota itu pada tahun 796H / 1393M. Peluang yang ada telah digunakan olehSultan Beyazid untuk memaksa Maharaja Byzantine menyerahkan Costantinople secaraaman kepada umat Islam. Akan tetapi, usahanya itu menemui kegagalan dengankedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang sama, tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlank telah menyerang Daulah Othmaniyyah. Serangan itu dikenalisebagai Perang Ankara dan ini telah memaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik 
 
tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan Mongol. Dalam peperangan itu, beliau telah ditawan dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1402M. Kejadian itutelah menyebabkan idea untuk menawan Costantinople terhenti untuk beberapa ketika.Selepas Daulah Othmaniyyah mencapai ke peringkat yang lebih maju dan tersusun, roh jihad telah hidup semua dengan nafas baru. Semangat dan kesungguhan yang ada itutelah mendorong Sultan Murad II (824-863H / 1421-1451M) untuk meneruskan usahamenawan Costantinople. Beberapa usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itutetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. MahajaraByzantine telah mengambil peluang ini untuk menabur fitnah dan mengucar-kacirkan saf tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalahdi zaman anak beliau, Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Daulah Othmaniyyah.Semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fatih telah meneliti dan meninjau usaha ayahnyamenawan Costantinople. Bahkan beliau terus mengkaji tentang usaha-usaha yang pernahdibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu, sehingga menimbulkan keazaman yang kuatuntuk beliau meneruskan cita-cita umat Islam zaman berzaman itu. Ketika menaiki takhta pada tahun 855H / 1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan..Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih banyak terletak pada ketinggian peribadinya.Semenjak kecil, beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulamak terulung dizamannya. Di zaman ayahnya, iaitu Sultan Murad II, Asy-Syeikh Muhammad bin IsmailAl-Kurani telah menjadi murabbi Amir Muhammad (Al-Fatih). Ketika itu, Amir Muhammad adalah ketua bagi kawasan Manisa. Sultan Murad II telah menghantar  beberapa orang ulamak untuk mengajar anaknya sebelum itu, tetapi tidak diendahkanoleh Amir Muhammad. Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani dan memberikankuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika beliau membantah tunjuk ajar gurunya. Apabila beliau menemui Amir Muhammad dan menjelaskan tentang hak yangdiberikan oleh baginda Sultan, Amir Muhammad ketawa lalu dipukul oleh Asy-SyeikhAl-Kurani dengan begitu kuat sekali. Peristiwa ini telah menimbulkan kesan yangmendalam pada diri Amir Muhammad lantas selepas itu beliau terus menghafal Al-Qurandalam masa yang singkatTarbiah yang diberikan oleh para ulamak murabbi itu memberikan pengaruh yang besar, bukan hanya kepada peribadi Sultan, bahkan kepada corak pemerintahan dan adat resamDaulah Othmaniyyah itu sendiri. Sekiranya Sultan melakukan kesilapan, murabbinya ituakan menegur. Sultan juga dipanggilnya dengan nama dan apabila bersalam, Sultan yangakan mencium tangan ulamak yang menjadi murabbinya itu.Dengan tarbiah yang telitidan penuh terhormat seperti ini, tidak hairanlah jika peribadi-peribadi yang unggul sepertiMuhammad Al-Fatih lahir menempa nama di persada sejarah..
Asy-Syeikh Ak Semsettin

Activity (19)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Wan Cbuyoo liked this
Nur Hanz' liked this
Bapuk Ajah liked this
Bella Bellu liked this
wulan_ct71 liked this
nurulfathiyah liked this
nurulfathiyah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->