Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
 
Tanggam Kayu. 
Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan ataupunprojek siap dibina. Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu:· Tanggam melebar· Tanggam siku· Tanggam pemidang· Tanggam memanjang
Membuat tanggam
 · Tanggam dalam kerja kayu digunakan sebagai salah satu kaedah mencantum dua bahagian kayu.· Terdapat empat kategori tanggam dalam kerja kayu iaitu tanggam melebar,tanggamsiku, tanggam pemidang dan tanggam memanjang.· Tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah serta tanggam tetingkatadalah kategori tanggam melebar.· Manakala tanggam temu, tanggam rencong dan tanggam bajang adalah kategoritanggam siku.· Tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan tanggam lubang dan putingpula dikategorikan sebagai tanggam pemidang.· Tanggam skaf, tanggam plat sambut, tanggam sambung jari dan tanggam sambunglekap adalah kategori tanggam memanjang.· Tanggam penetap dipasang dengan menggunakan kayu yang dipanggil penetap atau³dowel´ yang mempunyai pelbagai saiz dan diameter.· Bahan pencantuman dan pemasangan seperti paku, glu, skru, bolt dan nat digunakanuntuk mengukuhkan lagi tanggam yang dibina.· Peralatan seperti ragum meja kayu, apit G dan apit panjang perlu semasa membuattanggam dan mencantum bahagian-bahagian tanggam.
Tanggam Lekap
 
 
 Digunakan dalam pembinaan dimana pemidang lintang bertemu pemidang tegak secaramelintang dihujungnya.Tanggam jenis ini dibuat dengan menarah kedua-dua bahagian keping kayu yang akandilekapkan. Tarahan hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkanpermukaannya berkeadaan rata. Tanggam lekap boleh dibuat dalam lima cara, iaitu :(a) Tanggam lekap siku atau pepenjuru· Digunakan pada sudut pemidang yang kecil(b) Tanggam lekap penjuru rencong· Digunakan untuk membuat kumai seperti pada kerangka gambar kerana pelitupannyadapat melindungi hujung ira kayu(c) Tanggam lekap T· Digunakan dalam pembinaan pemidang pada pemidang lintang yang bertemu denganpemidang tegak secara bersilangan jauh dari hujungnya(d) Tanggam lekap palang· Digunakan pada dua keping kayu yang bersilang(e) Tanggam lekap bajang· Kegunaannya sama dengan tanggam lekap T tetapi lebih kuat untuk menahan tarikandari sebelah luarIa digunakan pada dua keping kayu yang bersilang
Tanggam temu
 
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more