You are on page 1of 40

JAHITAN TAHUN 5

ALATAN JAHITAN ASAS

Terdiri daripada :

 alat mengukur dan menanda seperti pita ukur,


kayu ukur, tolok ukur, roda surih dan kertas
karbon

 alat memotong seperti gunting fabrik, gunting


benang, gunting sulam, gunting bergerigi dan
gunting lubang butang.

 Alat menjahit seperti jarum dan benang.

 Alat menekan seperti seterika, bod seterika dan


kain lembap
ALAT MENGUKUR DAN MENANDA

Pita ukur

• Panjang pita ukur yang biasa ialah 150cm


• Gunakan pita ukur yang berkualiti, iaitu tidak mudah
memeri dan berbulu.
• Pilih pita ukur yang bertada dengan terang dan berlogam
pada kedua-dua hujungnya.
GUNTING FABRIK

• Gunakan gunting yang diperbuat daripada kekuli berkilat


• Panjang gunting hendaklah tidak kurang daripada 20 cm dan
bermata tajam.
• Gunakannya untuk mengunting fabrik sahaja.
• Kesat mata gunting supaya bersih dan kering sebelum
simpan.
RODA SURIH

Roda surih digunakan bersama-sama kertas karbon untuk


menanda garisan-garisan pola pada selapisan fabrik atau lebih.
PEMBARIS

• Kayu ukur diperbuat daripada kayu atau plastik.


• Kayu ukur didapati dalam ukuran panjang 100cm.
• Ada beberapa jenis kayu ukur iaitu kayu Siku-Siku, kayu
pembentuk
KAPUR TANDA

• Kapur tanda digunakan untuk menandakan tanda-tanda


pola pada fabrik buat sementara.
• Tanda-tanda ini akan tertanggal apabila fabrik dicuci.
• Kapur tanda boleh didapati dalam pelbagai warna seperti
putih, hitam, merah, biru dan kuning. Ia berukuran 6cm
serta berbentuk tiga atau empat segi.
JARUM JAHITAN TANGAN

• Saiz jarum ditentukan mengikut nombornya. Jarum yang


kasar bernombor besar.
• Jarum bernombor 7 – 9 digunakan untuk jahitan tangan
biasa.
• Simpan jarum di dalam kertas pembungkusnya atau
didalam kotak jarum.
PENETAS JAHITAN

• Digunakan untuk menanggalkan benang jelujur atau


menetaskan jahitan.
• Selepas digunakan mata penetas harus disarungkan
dengan penutup semula untuk mengelakkan sebarang
kemalangan.
JIDAL

• Jidal digunakan untuk menutup atau melindungi jari


hantu semasa menjahit dengan tangan
• Jidal diperbuat daripada keluli atau plastik
BENANG JAHIT

• Pilih benang yang sesuai dengan fabrik yang hendak dijahit.


• Gunakan benang nombor 40 atau 50 untuk jahitan biasa dan
nombor 70 untuk fabrik halus.
JARUM PEN ITI

••Jarum peniti yang baik adalah jarum yang :


- halus
- tajam
- dibuat daripada keluli berkilat
• Jarum peniti digunakan untuk menyemat pola kertas dan
• lapisan fabrik untuk menetapkan kedudukannya.
JAHITAN ASAS
 Terbahagi kepada 2:
i. Jahitan sementara
ii. Jahitan Kekal
1. Jahitan sementara
 Jahitan jelujur
i. Jelujur halus
ii. Jelujur kasar
iii. Jelujur serong
iv. Jelujur tidak sama
v. Jelujur panjang pendek
JELUJUR HALUS
1. Kegunaan jelujur halus
(a) Untuk menyambungkan dua atau lebih
kepingan kain jika tidak ada mesin jahit
(b ) Untuk menggantikan jahitan jelujur buat
sementara.
(c) Untuk membuat kedut dan mengetatkan kepala
lengan.
2. Cara menjahit
(a) Mula dan kahirkan dengan jahit kia.
(b) Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang
halus dan sama besar dengan jaraknya 3 hingga 5 mm.
JELUJUR HALUS
JELUJUR KASAR @ SAMA
1. Kegunaan Jelujur Kasar
(a ) untuk menetapkan kedudukan kelepet, kocek dan
kelim sebelum jahitan kekal.
(b) Untuk menetapkan bahagian kain yang melengkung
atau berkedut yang akan teregang semasa
memadankan pakaian.
2. Ia senang dicabutkan.
3. Cara menjahit:
(a) Dengan satu lembar benang, mulakan dengan jahitan
kia dari kanan ke kiri.
(b) Mata jahitan di bawah dan di atas adalah sama
panjang iaitu 1 ¼ cm.
(c) Akhirkan dengan jahitan kia.
JELUJUR KASAR @ SAMA

S.L
JELUJUR TAK SAMA
1. Kegunaan Jelujur tak sama
(a ) Untuk menetapkan kedudukan kelepet,
kelim dan sebagainya sebelum dijahit kekal.
(b) ia tidak begitu kukuh dan senang dicabutkan.
2. Cara menjahit:
(a) Mulakan dengan satu lembar benang,
mulakan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
(b) Mata jahitan pada sebelah luar adalah 1 ¼
cm.
(c) Akhirkan jahitan dengan jahit kia.
JELUJUR TAK SAMA
JELUJUR PANJANG PENDEK
1. Kegunaan jelujur paiijang
(a) Untuk menetapkan kelepet, kocek dan sebagainya
sebelum jahitan kekal dibuat
(b) Untuk menandakan kedudukan sesuatu bahagian dan
garis tengah hadapan dan belakang
2. la lebih teguh dan sesuai terutama untuk kain-kain yang
tebal, lembut dan yang mudah tergelincir.
3. la agak susah dicabut.
4. Cara menjahit
(a) Mulakan dengan jahit kia dari kanan ke kiri
(b) la terdiri daripada mata jahitan yang panjang 1 ¼ cm dan
pendek ½ cm dan jaraknya ½cm.
(c) Akhirkan jahitan dengan jahit kia.
JELUJUR PANJANG PENDEK
2. Jahitan kekal
a. Jahitan penyambung
b. Jahitan pengemas
c. Jahitan hiasan
a. Jahitan penyambung
i. Jahitan kia
ii. Jahitan halus
iii. Jahitan mesin
JAHITAN KIA
1. Kegunaan jahit kia:
( a ) Untuk menyambung kain bagi menggantikan jahitan
mesin.
( b ) Untuk memula dan mengakhiri mata jahitan.
2. Cara menjahit:
( a ) Mula dan akhirkan jahitan dengan jahit kia,
( b ) Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan ( 3mm –
5mm)
( c ) Jahitan pertama adalah seperti jeiujur halus,
kemudian jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan
dijahit ke hadapan semula.
3. la kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahit mesin pada
sebelah luar dan seperti jahit batang di sebelah dalam.
JAHITAN KIA
b. Jahitan pengemas
i. Sembat susup
ii. Sembat halus
iii. Jahitan insang pari
iv. Jahitan silang pangkah
v. Jahitan lilit ubi
Jahitan Sembat Susup
1. Cara menjahit
(a) Dijahit dari kanan ke kiri di sebelah dalam (S.D.)
kain.
(b) Mulakan dengan jahit kia di bawah Iipatan.
(c) Ambil sedikit kain serapat yang boleh dengan tepi
berlipat.
(d) Tarik jarum keluar. Kemudiannya, susupkan jarum
di dalam Iipatan dengan jaraknya kira-kira ½ cm
2. Jahitan ini sangat kemas dan hampir tidak kelihatan di
sebelah luar pakaian.
3. la tidak sekukuh jahit sembat
4. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepek dan lapik.
Jahitan Sembat Susup
Lipatan kelepek

Kelepet dilipat balik ke S.L.


JAHITAN SEMBAT
JAHITAN SEMBAT
JAHITAN INSANG PARI
• Kegunaan:
( a ) Untuk mengemas tepi kain atau basi kain
( b ) Untuk ulat-ulat
( c ) Untuk menjahit rumah butang tersirat atau
bergelung untuk butang cangkuk.
( d ) Sebagai jahitan perhiasan
2. Cara menjahit
( a ) Mulakan dengan jelujur halus menegak pada sebelah
kiri.
( b ) Jarum menegak tepat dan ke arah penjahit
( c ) Jahit dari kiri ke kanan dengan benang bergelung di
bawah jarum.
JAHITAN INSANG PARI
JAHITAN SILANG PANGKAH
• Kegunaan;
- Sebagai jahitan pengemas untuk menetapkan kelepet, lipatan
atau mengemas tepi kain.
• Cara Menjahit:
a. Jahit dari kiri ke kanan
b. Jahit satu mata jahitan sembat pada satu lapisan fabrik
di bawah tepi berjerumbai.
c. Tarik jarum keluar di bawah hujung jahit kia yang telah
dibuat.
d. Buat mata jahitan berikutnya pada dua lapisan fabrik
dan di atas hujung mata jahitan sembat yang pertama.
e. Ulang jelujur halus mengikut cara ini berselang-selang
dengan selapisan dan dua lapisan fabrik.
JAHITAN SILANG PANGKAH
JAHITAN LILIT UBI
JAHITAN LILIT UBI

Kain renda
c. Jahitan hiasan
i. Jahitan sulaman (krostis)
ii. Jahitan quilting
iii. Jahitan tampal hias
JAHITAN HIASAN
JAHITAN HIASAN

You might also like