Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan agama,kepercayaan dan adat resamdengan bebas. Perlembagaan Persekutuan di negara kita memperuntukan bahawaIslam ialah agama rasmi tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan denganaman dan tenteram. Kita dapat melihat kebebasan menganuti agama melalui perayaan-perayaan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. Contohnya,perayaan Thaipusamadalah salah satu dari agenda perayaan dan kebudayaan masyarakat India di Malaysia.
perayaan Thaipusam merupakan salah satu upacara keagamaan yang merujuk kepada kepercayaanagama Hindu terhadap Tuhan Murugan
Perayaan Thaipusam ini bukan sahaja disambut olehmasyarakat beragama Hindu sebaliknya masyarakat yang berlainan bangsa turutmenyertai perayaan tersebut. Ini menunjukkan antara lambang perpaduan dankesejahteraan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini. Selain itu, masyarakatcina juga masih mengamalkan perayaan hantu semenjak masa dahulu. Bulan hantuialah penyembahan nenek moyang, di mana ketaatan para keturunan disambungkankepada para lelehur walaupun selepas kematian mereka. Antara kegiatan yangdijalankan pada bulan ini ialah menyediakan persembahan makanan secara ritual,pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mengandungi kain untuk memberipenghormatan kepada roh- roh lelehur yang menziarah, iaitu melayan orang yangmeninggal seolah mereka masih hidup.