Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
98Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sirrul Assrar dari Syeikh Abdul Qadir Jailani

Sirrul Assrar dari Syeikh Abdul Qadir Jailani

Ratings:

4.77

(13)
|Views: 5,722 |Likes:
Published by wanaizuddin
kitab tasawuf
kitab tasawuf

More info:

Published by: wanaizuddin on May 08, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/15/2013

pdf

text

original

 
Sirrul Assrar dari Syeikh Abdul Qadir Jailani1: UCAPAN UNTUK PARA PEMBACA(Petikan surat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani)Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamumesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamuitu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahasia-rahasia Ilahi.Bila cahaya dari “ Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi… †pertama
 menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada didalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…â€
 Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panahkilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat,dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…†dan memancarkan cahaya ke atas poko
  penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh apiâ. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala
 sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahasia Allah menyinarinya?Sekiranya cahaya rahasia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahasia-rahasia akanmenjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan berpandukan bintang-bintang (kamu)temui jalan (kamu)…†. Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi.
 Lantaran Allah “…menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintangâ€.
 Sekiranya lampu rahasia-rahasia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akandatang secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagianyang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit ketidaksedaran(kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan “cahaya di atas cahayaâ€
  berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allahtelah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengahlangit, menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam apabila iasenyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…†malam ketidaksedaran kamu akan
 melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan“bertaubat di awal pagi†terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu
 yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi haridan kamu akan mendengarnya berkata:Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunanAllah Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mulaterbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjukâ€dan kamu “berada pada jalan yang benar†dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan
 di dalam kesesatanâ€. Dan kamu akan memahami rahasia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiapsesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatuâ, dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan
  pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupanmukanya.Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahasia-rahasia Ilahiakan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya,dengan-Nya.
 
Sirrul Assrar dari Syeikh Abdul Qadir Jailani2: PENGENALANSegala puji dan puja untuk Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . Diayang mengumpul segala pengetahuan di dalam Zat-Nya dan Dia jualah Pencipta segala pengetahuan dengan keabadian. Segala kewujudan bersumberkan Wujud-Nya. Segala puji bagi Allah lantaran Dia menghantarkan Quran yang mulia yang mengandungi di dalamnyasebab-sebab ia diturunkan iaitu untuk memperingatkan manusia tentang Allah. Dihantarkan- Nya kepada pembimbing yang memandu manusia pada jalan yang benar dengan yang palingPerkasa di antara agama-agama. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang tidak diajar oleh makhluk tetapi diajar oleh-Nya sendiri. Baginda s.a.w adalah nabi-Nya yangterakhir, penyambung terakhir pada rantaian kenabian yang diutus kepada dunia yang sedanghanyut di dalam huru hara, yang paling mulia di kalangan nabi-nabi-Nya, dimuliakan dengankitab suci yang paling suci dan paling mulia. Keturunan baginda s.a.w adalah pembimbing bagi orang-orang yang mencari. Sahabat-sahabat baginda s.a.w adalah pilihan dari kalanganorang yang baik-baik dan murah hati. Semoga kesejahteraan dan keberkatan yang melimpah-limpah dikurniakan kepada ruh-ruh mereka.Tentu sekali yang paling berharga di antara yang berharga, paling tinggi, permata yang tidak ternilai, barang perniagaan yang paling menguntungkan manusia, adalah ilmu pengetahuan.Hanya dengan hikmah kebijaksanaan kita boleh mencapai keesaan Allah, Tuhan sekalianalam. Hanya dengan hikmah kebijaksanaan kita boleh mengikuti rasul-rasul-Nya dan nabi-nabi-Nya. Orang yang berpengetahuan, yang bijaksana, adalah hamba-hamba Allah yangtulen yang Dia pilih untuk menerima perutusan Ilahi. Dia lebihkan mereka daripada yang lainsemata-mata dengan kebaikan rahmat-Nya yang Dia curahkan kepada mereka. Mereka adalah pewaris nabi-nabi, pembantu-pembantu mereka, yang dipilih oleh rasul-rasul-Nya untuk menjadi khalifah kepada sekalian manusia. Mereka berhubungan dengan nabi-nabi dengan perasaan yang amat seni dan kebijaksanaan yang sangat tinggi.Allah Yang Maha Tinggi memuji orang-orang yang memiliki hikmah kebijaksanaan:“Kemudian Kami wariskan Kitab itu kepada mereka yang Kami pilih daripada hamba-hamba Kami, tetapi sebahagian daripada mereka menganiayai diri mereka sendiri, dansebahagian daripada mereka cermat, dan sebahagian daripada mereka ke hadapan dalamkebajikan-kebajikan dengan izin Allah, yang demikian adalah kurniaan yang besarâ€.
 ( Surah Fatir, ayat 32). Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pemegang hikmah kebijaksanaan adalah pewaris nabi-nabi. Penduduk langit mengasihi mereka dan di atas muka bumi ini ikan-ikan di laut bertasbih untuk mereka hingga kepada hari kiamatâ€.
Dalam ayat lain Allah Yang Maha Tinggi berfirman:“Tidak takut kepada Allah daripada hamba-hamba-Nya melainkan orang-orang yang berilmu Pengetahuan†(Surah Fatir, ayat 28).
 Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pada hari pembalasan, Allah akan mengumpulkansekalian manusia, kemudian mengasingkan yang berilmu di antara mereka dan berkatakepada mereka: ‘Wahai orang-orang yang berilmu. Aku kurniakan kepada kamu ilmu-Kukerana Aku mengenali kamu. Tidak aku kurniakan hikmah kebijaksanaan kepada kamu untuk Aku hukumkan kamu pada hari ini. Masuklah ke dalam syurga-syurga-Ku. Aku telahampunkan kamu' â.
Segala puji milik Allah, Tuhan sekalian alam lantaran Dia kurniakan makam yang tinggikepada hamba-hamba-Nya yang taat dan memelihara mereka daripada dosa danmenyelamatkan mereka daripada diseksa. Dia berkati ahlul hikmah dengan menghampirimereka. Sebahagian daripada murid-murid kami meminta supaya kami sediakan sebuah bukuyang memadai buat mereka. Sesuai dengan permintaan dan keperluan mereka kami siapkan
 
 buku yang ringkas ini Semoga ia dapat mengubati dan memuaskan mereka serta yang lain juga. Kami namakan buku ini “ Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar †atau
 â€œrahasia dalam rahasia-rahasia yang Kebenarannya sangat diperlukanâ€. Dalam
  pekerjaan ini kenyataan di dalam kepercayaan dan perjalanan kami dibukakan. Setiap orangmemerlukannya. Dalam menyampaikan hasil kerja ini kami bahagikannya kepada 24 babkerana terdapat 24 huruf di dalam pengakuan suci “La ilaha illah Llah, Muhammadunrasulu Llahâdan juga terdapat 24 jam dalam satu hari.
Sirrul Assrar dari Syeikh Abdul Qadir Jailani3: PERMULAAN PENCIPTAANSemoga Allah s.w.t memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukai- Nya dan Semoga kamu memperolehi keredaan-Nya. Fikirkan, tekankan kepada pemikirankamu dan fahamkan apa yang aku katakan.Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripadacahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman: “Aku ciptakan ruhMuhammad daripada cahaya Wajah-Kuâ€.
Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan sabdanya:“Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suciâ€.
“Mula-mula Allah ciptakan qalamâ.
“Mula-mula Allah ciptakan akalâ€.
Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada NabiMuhammad s.a.w, Kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi namayang indah-indah. Dia dinamakan nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapanyang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yangmenerangkanâ€. (Al-Maaidah, ayat 15)
Dia dinamakan akal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenalisegala-galanya. Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan diamencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataanalam maya. Baginda s.a.w menyatakan hal ini dengan sabdanya, “Aku daripada Allah dansekalian yang lain daripadaku†. Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh
 daripada roh baginda s.a.w di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik. ‘Muhammad' adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Diaadalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.Empat ribu tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan arasy daripadacahaya mata Muhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripada arasy. Kemudian Diahantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alamkebendaan, alam jirim dan badan.“Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah†. (Surah Tin, ayat
 15)Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataansifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal). Di sanaDia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan ‘roh pemerintah'.

Activity (98)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Fais Jamil liked this
Wirata Manggala liked this
Eko Setiyo Putro liked this
sifulee liked this
AtenAthirah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->