MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG KAYA DENGAN PELBAGAI BUDAYA DANADAT RESAM
Kepelbagaian budaya di Malaysia telahpun terbentuk semenjak dari Zaman Kesultanan MelayuMelaka. Peranan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangasa telah membuka ruangkepada kemasukan para peniaga dan pedagang asing ke Tanah Melayu. Kebanjiran masyarakatasing di Tanah Melayu terus bertambah hasil daripada tindakan penjajah yang membawa masuk imigran-imigran asing sebagai buruh, petani dan askar upahan.Kini selepas 51 tahun merdeka, kesemua etnik utama seperti China dan India masih mampumengekalkan jati diri masing. Mereka masih lagi mengekalkan agama dan anutan nenek moyangmereka. Malahan pusat-pusat keagamaan bagi agama Hindu, Buddha dan Sikh bersilih gantimembawa masuk pengamal-pengamal agama atau sami-sami dari negara asal mereka ke negaraini bagi memastikan kesinambungan ajaran nenek moyang mereka.Walaubagaimanapun, evolusi terhadap µbudaya kebendaan¶ tetap berlaku. Kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni di antara orang Melayu dan bukan Melayu di negara initelah menjadi penggalak kepada berlakunya perkongsian budaya di mana budaya masyarakatMelayu dan bukan Melayu ini telah diterima pakai dan diserapkan ke dalam cara hidup satusama lain.
Pengaruh Budaya Melayu di Kalangan Masyarakat Bukan Melayu
Pengaruh budaya Melayu di kalangan masyarakat bukan Melayu paling jelas dapat dilihat dikalangan masyarakat Cina Peranakan dan Chetty.
Cina Peranakan
µCina Selat¶ atau lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya adalah golongan Cina yang telahmenyerap dan menjalani kebudayaan Melayu dalam kebudayaan mereka. Penyesuaian danresapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam,iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".Berbeza dengan Baba dan Nyonya di Melaka, Cina Peranakan Kelantan diberi banyak gelaran.Orang Melayu memanggil mereka Cina kampung, Cina Kelantan atau Orang Cina kita. BagiCina di bandar, mereka dipanggil Cina benua atau Cina Bandar manakala masyarakat Thai diKelantan menggelar mereka sebagai Cina Darat, Cina Kampung atau Cina Kelantan. Nama-nama yang digunakan seperti Gan Awang, Tan Awang Besar, Lau Cheng San atau Che Hassan,Che Midah, Mek Su dan nama-nama lain mencerminkan bagaimana proses asimilasi telahmerubah dan membentuk budaya tersendiri di kalangan masyarakat tempatan.Antara persamaan Cina Peranakan Kelantan dan Melaka dengan masyarakat Melayuadalah dari segi masakan, bahasa harian, pakaian dan aktiviti-altiviti kerakyatan. Dari segi bahasa, masyarakat Baba Nyonya di Melaka bertutur dalam bahasa Babaiaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu, manakala Cina Peranakan