You are on page 1of 369

K O L E K S I

Sajak
Ustaz Haji Ashaari Muhammad

Siri III
• Perjuangan
• Umum

© Penerbitan Minda Ikhwan (001283198-V)


KOLEKSI SAJAK
Ustaz Haji Ashaari Muhammad
Siri 3
• Perjuangan • Umum

oleh
Ustaz Haji Ashaari Muhammad

© Penerbitan Minda Ikhwan (001283198-V)

Semua hak cipta artikel dalam buku ini adalah terpelihara. Sebarang bahagi-
an daripada artikel dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan
dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam
sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik,
mekanik, penggambaran semula, perakaman
dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada
pemilik hak cipta.

Kali pertama diterbitkan


Mac 2006

ISBN 983-2492-50-5

Teks diset dalam


Palatino 10 poin

Terbitan:
Penerbitan Minda Ikhwan ( 001283198-V )
51-2, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes,
48000 Rawang. Selangor Darul Ehsan.
PERJUANGAN

4 Perjuangan

1
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

KANDUNGAN

Bahagian 4: PERJUANGAN

TUJUAN BERJUANG

1 Tujuan Berjuang 9
2 Kerja Pejuang Islam 11
3 Nilailah Perjuangan Kita 13
4 Mencintai Tuhan Rahsia Perpaduan 14
5 Ciri Perjuangan Kebenaran 15
6 Berjuanglah Hingga Orang Kenal Allah 16
7 Berjuang Mengajak Manusia Kepada Islam 18
8 Berjuanglah Atas Dasar Cintakan Tuhan 19
9 Bawalah Tuhan dalam Perjuangan 20
10 Aku Tidak Jemu Perjuangkan Tuhan 22
11 Tauhid dan Iman Tunggak Perjuangan 23
12 Jangan Jadikan Syariat Sebagai Ideologi 24
13 Berjuang Mencari Barang yang Hilang 25
14 Islam Ada Berbagai Aspek 26
15 Islam Global 28
16 Ikut Program Tuhan 32

SYARAT PEJUANG

17 Bukan Mudah Jadi Pejuang 33


18 Berjuang Ibarat Berjalan Atas Batu Kerikil 35
19 Perjuangan Laksana Menongkah Arus 36
20 Cita-cita Islam Bukan Sekadar Cakap 37
21 Beza Kita Berjuang dengan Sahabat Berjuang 38
22 Pejuang Dahulu dan Pejuang Sekarang 40
23 Senangnya Berjuang di Zaman Ini 41
24 Siapa Sebenarnya Wira? 42
25 Bawa Islam dengan Sikap Bukan Hanya Cakap 43
26 Sebenarnya Engkau yang Bermasalah 44
27 Tegakkan Islam dalam Diri Dahulu 46
28 Engkau Hendak Berjuang? 47
29 Engkau Ingin Berjuang 49
30 Perjuangan Rasulullah Meniti Ranjau 50
31 Bukan Semua Mampu Berjuang 51
32 Orang yang Tidak Kekal dalam Perjuangan 53

2
PERJUANGAN

33 Orang yang Ada Prinsip dan Cita-cita 54


34 Orang yang Ada Cita-cita Perjuangan 55
35 Pejuang Kebenaran Unik dan Istimewa 57
36 Apabila Kemenangan Atas Dasar Taqwa 59
37 Apabila Kemenangan Atas Dasar Quwwah 60
38 Aku Tidak Bimbang Usahaku Gagal 61
39 Kehidupan Orang Tuhan 62
40 Jangan Berdolak-dalik Lagi 63
41 Mencari Kebenaran Adalah Wajib 65
42 Berkorbanlah Untuk Agama, Bangsa dan Negara 66
43 Anggota Jemaah Tidak Sama Status 67
44 Baikilah Diri dalam Memperjuangkan Kebenaran 69
45 Berdisiplinlah dalam Perjuangan 70
46 Makin Ke Hujung Seriuslah Baiki Diri 71
47 Membaiki Diri Untuk Menjadi Rijalullah 73
48 Senjata Paling Ampuh 74
49 Muhasabah Pejuang 76
50 Ujian dalam Perjuangan Memang Berat 78

SYARAT PEMIMPIN

51 Syarat Jadi Pemimpin 80


52 Apalah Indahnya Jadi Pemimpin (1) 81
53 Apalah Indahnya Jadi Pemimpin (2) 82
54 Pemimpin Palsu Orang Benci 83
55 Pemimpin yang Ditunjuk Oleh Jari 84
56 Mendidik Rakyat Bukan dengan Gertak 86
57 Pemimpin yang Mengenal Perjalanan Hati 87
58 Taat Setia Bukan Boleh Dipaksa-paksa 88
59 Sifat Pemimpin yang Dijanjikan 90
60 Pemimpin Bersifat Rasul atau Nabi 91
61 Ulama Pewaris Nabi 93
62 Pemimpin Sejati Penghubung Kepada Tuhan 95
63 Ciri-ciri Pemimpin Sejati 96
64 Pemimpin yang Merendah Diri 97
65 Pemimpin Pilihan Tuhan 99
66 Jika Pemimpin Bertaqwa 100
67 Pemimpin Bagai Ibu Ayah 102
68 Indahnya Negara Jika Pemimpin Baik 104
69 Kemenangan Untuk Pemimpin yang Dijanjikan 106
70 Ulama Berwatak Rasul 108
71 Pemimpin Kebenaran 109
72 Super Zalim vs Super Soleh 111

3
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

73 Sohibuz Zaman 113


74 Tempalah Sejarah Pilihlah Mana Satu 115
75 Ajaran dan Pemimpinnya Mesti Diterima Sekaligus 116

PERJUANGAN YANG SALAH - I

76 Mengapa Kecil Sangat Cita-cita 118


77 Mengapa Derhaka dalam Membangun 119
78 Engkau Rosakkan Akidah Rakyat 121
79 Engkau Robekkan Akidah Rakyat 122
80 Apakah Kamu Masih Mengaku Islam? 124
81 Orang Berkuasa yang Tidak Ada Kuasa 125
82 Engkau Pemecah Belah Rakyat 126
83 Engkau Ingin Perpaduan Tapi Engkau Bawa Perpecahan 127
84 Engkau Sanjung Pemimpin yang Gila Kuasa 128
85 Apabila Ulama Tidak Takut Allah 129
86 Di Antara Ajaran Sesat 130
87 Kerja Sia-sia 132
88 Awaslah Namrud, Firaun, Hamman, Qarun
Dan Bal’am di Zaman Ini 134

PERJUANGAN YANG SALAH - II

89 Mengapa Ambil Berat Kezaliman Orang? 135


90 Tolak Kezaliman dengan Kebaikan Diri 136
91 Erti Zalim 137
92 Caraku Lain, Caramu Lain 139
93 Berjuanglah Membawa ‘Air’ Jangan Membawa ‘Api’ 141
94 Waktu Berkuasa Jangan Merasa Diri Luar biasa 142
95 Perjuanganmu Membesarkan Diri 144
96 Keadilan Apa yang Kamu Hendak Tegakkan? 146
97 Jangan Ingat Semua Orang Bodoh 148
98 Berjuang dengan Mengata-ngata 149
99 Tegakkanlah Keadilan dalam Kehidupan 151

PERJUANGAN ABUYA

100 Biografi Abuya Syeikh Imam Ashaari 152


101 Aku Sedih Kerana Tidak Dapat Membela 158
102 Islam Adalah Hidup Matiku 160
103 Hatiku Sedih Melihat Manusia Terbiar 161
104 Selagi Ada Nyawa di Badan 163
105 Kami Anggota Arqam Direman 164

4
PERJUANGAN

106 Tangisanmu Menghiburkan Aku 165


107 Musuh-musuhku Mengepungku 166
108 Ujian Anugerah-Mu Untukku 167
109 Di dalam Ujian Ada Rahmat 169
110 Baru Tahu Setelah Diuji 170
111 Baru Engkau Tahu Erti Perjuangan 171
112 Aku Berjuang dengan Keyakinan 172
113 Ramai Kawan-kawan Terkejut 173
114 Engkau Tidak Boleh Nilai Lagi? 174
115 Perjuangan Kebenaran Jauh Perjalanannya 175
116 Kalian Kan Sudah Dipulihkan? 176
117 Nilailah Iman Diri Sendiri 178
118 Engkau Akan Lihat Nanti 180
119 Aku Belum Mati 181
120 Aku Ucapkan Selamat Tinggal 182
121 Ujian Perjuangan Menapis dan Menyaring 183
122 Tapisan Demi Tapisan Berlaku 184
123 Tuhan, Janganlah Aku Dipersalahkan 185
124 Keluarga Role Model 186
125 Tuhan, Bila Lagi Bantuan-Mu Datang 187
126 Bilakah Lagi Engkau Datangkan Pembela? 188
127 Sudah Puluhan Tahun Kami Berjuang 189
128 Nenekku Tersayang 191
129 Mimpi Berada di Tanah Perkuburan 193

RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT

130 Kehidupan Para Sahabat Rasulullah 195


131 Nabi Muhammad Rasul Pilihan 197
132 Kebesaran Rasulullah SAW 199
133 Rasulullah Bulan Purnama 200
134 Rasulullah Pilihan Atas Pilihan 201
135 Engkau Laksana Purnama 203
136 Rahmat Allah Kepada Rasulullah 204

PENDIDIKAN

137 Bila Aku Renung Anak-anakku 206


138 Ibu Penyejuk Hati 207
139 Ibu Permata Hati 208
140 Jangan Sia-siakan Masa Mudamu 209
141 Salah Terima Didikan 210

5
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

142 Kalau Satu Bangsa Sudah Rosak 211


143 Ilmu Tanpa Didikan 213
144 Apabila Pemimpin atau Guru Hanya Pandai
Memberi Ilmu 214
145 Kalau Kita Seorang Pendidik 215
146 Bila Belajar dengan Tujuan Jawatan 217
147 Berbagai Cara Allah Mendidik 218

KEMASYARAKATAN

148 Di Akhir Zaman Wang Jadi Ukuran 220


149 Akibat Gagal Membangun Insaniah 222
150 Mencari Permata yang Hilang 224
151 Zaman Serba Moden dan Maju 225
152 Bila Pemimpin Hilang Wibawa 227
153 Tamadun Insaniah Punah-ranah 228
154 Anehnya Manusia 230
155 Gejala Masyarakat Makin Parah 231
156 Dunia Dipenuhi Krisis 232
157 Perlunya Seorang Penyelamat 233
158 Bagaimanalah Dunia Hendak Aman 234
159 Manusia Tidak Sedar Perangai Merekalah Hidup
Tidak Harmoni 235
160 Apa Nak Jadi? 236
161 Ke Mana Pergi Sudah Tidak Selamat Lagi 238
162 Bangunkan Syariat Semarakkan Syiar 240
163 Maju Bersama Ketakutan atau Mundur
Bersama Keamanan 241
164 Apa Erti Kemajuan Kalau Akhlak Menyapu Bumi 243
165 Kalau Dunia Ingin Damai 244
166 Orang Bertaqwa Aset Negara dan Ummah 246
167 Malaysia Negara Tercinta 247
168 Alangkah Indahnya Hidup Ini 248
169 Bila Dunia Hendak Jadi Syurga? 249

KASIH SAYANG

170 Kasih Sayang Sangat Diperlukan 250


171 Cinta Tuhan Pengikat Cinta Manusia 251
172 Alangkah Susahnya Menagih Kasih 252
173 Kasih Sayang Sudah Mati 253
174 Ikatan Kasih Sayang dalam Masyarakat 254

6
PERJUANGAN

175 Kasih Sayang Telah Hilang 256


176 Bagaimana Hendak Berkasih Sayang Kalau Lidah
Tidak Dijaga 257
177 Jika Kasih Sayang Tidak Wujud 259
178 Peringkat-peringkat Kasih 261

SAHABAT

179 Susahnya Mencari Kawan yang Setia 264


180 Watak Kawan Terhadap Kawan 265
181 Umat Islam Sudah Nafsi-nafsi 266
182 Jiwa Sudah Hilang 267
183 Susah Mencari Sahabat 268

KEMISKINAN, ORANG KAYA, ORANG MISKIN

184 Kemiskinan Dijadikan Bahan Propaganda 270


185 Fakir Miskin Dijadikan Bahan Publisiti 272
186 Fakir Miskin Sasaran Pemimpin 273
187 Orang Kayalah Membuat Masalah 274
188 Kemiskinan Bukan Masalah 276
189 Redhalah dengan Kemiskinan 277
190 Fungsi Orang Miskin dan Kaya 278
191 Miskin Bukan Satu Kesalahan 280
192 Jasa Orang Miskin 282
193 Allah Jadikan Manusia Tidak Sama 284
194 Masyarakat Mukmin Memang Unik 285

PENYAIR, PENASYID

195 Antara Penyair Sekular dan Penyair Mukmin 286


196 Jangan Lacurkan Ayat-ayat Allah 287
197 Engkau Puja Bunga di Taman 288
198 Jangan Jadi Penyair yang Melalaikan 290
199 Kalau Kamu Sudah Terkenal 292

MASJID

201 Fungsi Masjid Dirosakkan 293


202 Masjid Bukan Lagi Tempat Ibadah 295

MERDEKA

7
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

202 Erti Kemerdekaan 296


203 Carilah Kemerdekaan 297
204 Kemerdekaan Sejati 298
205 Mengisi Kemerdekaan Lebih Payah 299
206 Mengisi Kemerdekaan 301
207 Erti Merdeka 302

8
PERJUANGAN

1 TUJUAN BERJUANG

T UJUAN berjuang kerana hendak mengenalkan


Tuhan pencipta alam
Agar Dia disanjung, dicintai,
disembah dan dijadikan idola
Selepas itu hendak kenalkan syariat-Nya
untuk keselamatan manusia
Agar manusia hidup bersatu, bekerjasama,
harmoni dan bahagia
Berjuang bukan kerana ekonomi,
membangun dan berkemajuan
Ia merupakan sampingan sahaja,
kalau boleh dijadikan untuk Tuhan
Berjuang mengajak manusia membesarkan Akhirat
Mengingatkan manusia,
Akhirat tempat akhir buat insan
Di sana tempat kekal abadi
Sama ada di Syurga mahupun di Neraka
Itulah dia tugas-tugas para da’i,
mubaligh-mubaligh dan ulama
Mengajak manusia menyembah Tuhan
Jalan dan caranya itulah syariat-Nya
Jangan membesarkan Tuhan atau menyembah-Nya
cara yang kita reka-reka
Sekalipun yakin betul, tapi tersesat jalannya
Ingin kepada Tuhan, jalannya telah dinyatakan
dan dijelaskan
Kalau jalannya mengikut cara sendiri,
tidak sampai kepada-Nya
Hari ini dakwah dan ceramah merata negara
Mercup tumbuhnya macam cendawan tumbuh
di musim hujan
Tapi isinya politik dan unsur-unsur
yang membawa pergaduhan

9
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Tuhan tidak dikenalkan, jauh sekali untuk disanjung


dan dibesarkan
Ini bukan pendakwah tapi pendakyah
Ia bukan fisabilillah
Tapi jalan yang sudah tersalah
Ini bukan hendak mencari redha Allah
Tapi mencari bala dan dosa serta Neraka

Lepas Asar
24 - 09 - 1999

10
PERJUANGAN

2 KERJA PEJUANG ISLAM

B ERJUANG ertinya mengajak orang


mengenal Allah sebagai Tuhan
Kemudian mengajak agar akui Allah
adalah Tuhan yang wajib disembah
Ertinya mengajak orang masuk Islam
Yang sudah Islam, berjuang mengusahakan untuk menyubur-
kan dan meningkatkan Islamnya
Inilah kerja yang sepatutnya dibuat
oleh pejuang-pejuang Islam
Usaha-usaha inilah yang memerlukan pengorbanan
Korban harta, korban tenaga dan korban nyawa
Berjuang bukan ajak orang masuk politik
Tidak juga untuk menyokong kita
menjadi pemimpin
Datuk nenek kita dahulu masuk Islam
bukan kerana masuk politik
Bukan juga kerana melantik seseorang itu
menjadi pemimpin
Datuk nenek kita masuk Islam setelah dikenalkan
Tuhan itu adalah Allah
Tuhan itu wajib disembah,
dicintai dan ditakuti
Menjunjung suruhan dan larangan-Nya
Menerima syariat-Nya sebagai panduan hidup
Kerana itulah datuk nenek kita masuk Islam
Kita hanya sambung sahaja
kemudian memperjuangkannya
Bukan datuk nenek kita terima Islam
kerana politik
Atau kerana melantik seseorang itu
menjadi pemimpin
Hari ini para pejuang Islam telah menyelewengkan
matlamat perjuangannya
Bukan ajak orang masuk Islam

11
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Tidak juga mengajak umat Islam


meningkatkan Islamnya
Tapi ajak orang masuk partinya
Paling tidak mengajak orang ramai
menyokong partinya
Ini satu kesilapan yang paling besar
di dalam perjuangan
Satu penyelewengan telah berlaku
di dalam perjuangan

Menjelang tidur
24 - 09 - 1999

12
PERJUANGAN

3 NILAILAH PERJUANGAN KITA

B ERJUANG ertinya mencari Tuhan


Berjuang bermakna mencintai Tuhan
Berjuang bererti berusaha menjadikan Tuhan
sebagai idola
Kerana itulah berkorban habis-habisan
Untuk membuktikan kecintaan terhadap idola kita
Berkorban apa sahaja demi keredhaan-Nya
Jangan pula berjuang hingga kehilangan Tuhan
Atau makin gigih berjuang makin jauh dari Tuhan
Akibatnya berjuang tidak lagi bersama Tuhan
Apabila terjadi di dalam perjuangan kehilangan Tuhan
Ertinya kita mengajak manusia
menjadikan diri kita idolanya
Aduh malangnya, secara tidak disedari
kita jadikan diri kita sebagai tuhan
Sekalipun kita tidak pernah mengajak manusia
menuhankan diri kita
Janganlah hendaknya terjadi di dalam perjuangan
kehilangan Tuhan
Perjuangan kita di dalam kerugian
Pergorbanan kita menjadi sia-sia
Kita akan dilaknat oleh Tuhan
Dan oleh seluruh makhluk kecuali jin dan manusia
Nilailah semula perjuangan kita
Koreksi lahir dan batinnya
Sebelum terlajak jauh tersilap agar sempat
membetulkannya

Menjelang tidur
20 - 09 - 1999

13
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

MENCINTAI TUHAN
4 RAHSIA PERPADUAN

B ERJUANG ertinya mengenalkan manusia,


Allah adalah Tuhannya
Agar Tuhan disembah, diagung, dicintai dan diingati
Hingga manusia merasakan Tuhan adalah idolanya
Supaya hidupnya, matinya, tidak lain
melainkan untuk Tuhannya
Untuk memuja dan membesarkan Tuhan,
syariat adalah jalannya
Apabila Tuhan menjadi idola
Manusia berlumba-lumba mencintai Tuhan
untuk keredhaan-Nya
Dari setiap manusia yang sama-sama mencari Tuhan,
akan terjalin persaudaraan
Makin ghairah manusia mencintai Tuhan,
makin rapat manusia berkawan
Ukhwah, perpaduan, adalah buah dari manusia
sama-sama mencintai Tuhan
Kalau begitu persaudaraan tidak perlu dikumandangkan
Ukhwah tidak payah dislogankan
Kasih sayang sesama manusia tidak perlu disibuk-sibukkan
Berjuanglah mengajak manusia mencari Tuhan
Berjuanglah mengajak manusia mencintai Tuhan
Automatik persaudaraan terjalin
Automatik ukhwah dan perpaduan akan berlaku
sesama insan
Itulah dia rahsia persaudaraan
Itulah dia rahsia ukhwah dan perpaduan
Iaitu manusia sesama manusia menjadikan Tuhan idolanya
Sama-sama meminati Allah sebagai Tuhannya
Mencari keredhaan Tuhan adalah rahsia perpaduan

Menjelang tidur
20 - 09 - 1999

14
PERJUANGAN

5 CIRI PERJUANGAN KEBENARAN

P ERJUANGAN kebenaran jelas jalannya


Jelas matlamatnya, jelas dasar dan konsepnya
Jalannya tidak perlu dicari-cari
Dasar ajarannya jelas bak matahari
Di dalam berjuang masih tercari-cari tidak akan berlaku
Mana boleh kebenaran diperjuangkan
sambil mencari-cari dan mencuba-cuba
Ilmunya adalah Al Quran dan Hadis Nabi
Sikap dan perbuatannya adalah peribadi Nabi
dan Sahabatnya
Rasulullah SAW akidahnya mengajak bertuhan
dan rasa bertuhan
Disiplin ibadahnya teratur dan penuh khusyuk
dan tawadhuk
Akhlaknya begitu terserlah yang merupakan
bunga diri mereka
Ramai orang tertawan dengan peribadinya sebelum tahu
ilmunya dan tentang ajarannya
Sentiasa membaiki diri, sentiasa merasa berdosa
Malam mengabdikan diri kepada Tuhan
Siang berjuang bak singa lapar
Berusaha mengajak orang masuk Islam
matlamat perjuangannya
Lain sekali perjuangan Islam di masa kini
Jalannya masih mencuba-cuba dan mencari-cari
Cakap politik lebih banyak daripada mengajak orang
bertuhan dan rasa bertuhan
Mengata, mengecam, perli jadi budaya
Musuhnya lebih banyak dihina daripada didoakan
Akhlak diri tidak jauh bezanya dengan lawannya

Menjelang tidur
11 - 09 - 1999

15
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

BERJUANGLAH HINGGA ORANG


6 KENAL ALLAH

B ERJUANGLAH hingga orang kenal Allah itu


adalah pencipta segala-galanya
Berjuanglah sehingga orang faham Allah itu
adalah Tuhannya
Berjuanglah hingga Tuhan disembah,
ditakuti dan dicintai orang
Berjuanglah hingga orang berbangga
Bahawa Allah itu adalah Tuhannya,
pemimpinnya, idolanya
Bahkan Kawan Setianya
Berjuanglah hingga orang menyerahkan
Seluruh harta, tenaga dan jiwa raganya untuk-Nya
Berjuanglah hingga syariat Tuhan sahaja
Yang menjadi disiplin hidup mereka
Selain syariat-Nya adalah tertolak
Bahkan perosak manusia dan dunia
Berjuanglah hingga manusia menyerahkan
Seluruh hidup matinya untuk-Nya
Berjuanglah hingga manusia merasakan bahawa
Tuhan sahaja yang Maha Berkuasa
Kuasanya yang diberi sedikit oleh Tuhannya
Bila-bila sahaja boleh ditarik balik
oleh Tuhan pencipta manusia
Berjuanglah hingga manusia
Sabarnya, redhanya, syukurnya untuk Tuhannya
Penyerahan diri kepada Tuhan secara total
Berjuanglah hingga manusia membawa Tuhan
ke mana-mana
Hingga manusia menganggap Kawan Setianya
yang membelanya
Tidur bersama Tuhan, duduk bersama Tuhan,
makan bersama Tuhan
Berjalan bersama Tuhan, bermusafir bersama Tuhan

16
PERJUANGAN

Di waktu rehat bersama Tuhan


Di waktu aman dan damai bersama Tuhan
Di masa susah dan payah bersama Tuhan
Berjuanglah hingga dirasakan Tuhan itu
amat diperlukan
Bahkan manusia tidak akan selamat dan hidup
tanpa Tuhan
Berjuanglah hingga manusia merasakan Tuhan
adalah segala-galanya
Berjuanglah hingga manusia seluruhnya
Memburu keredhaan dan kasih sayang-Nya
Hingga dengan itu manusia akan berkasih sayang
sesama manusia
Begitulah berjuang yang dikehendaki Tuhan

Lepas Zuhur
01 - 11 - 1999

17
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

BERJUANG MENGAJAK MANUSIA


7 KEPADA ISLAM

B ERJUANG membunuh musuh bukanlah utama


Mengalahkan musuh dengan meng-Islamkan mereka lebih
mulia
Daripada mengalahkan musuh dengan cara membunuhnya
Rasulullah pernah berkata,
aku tidak mahu membinasakan mereka
Kerana aku harapkan zuriat-zuriatnya
di dalam sulbi mereka yang akan menerima Islam
Tujuan berjuang sebenarnya untuk mengajak
manusia masuk Islam
Mengajak mereka menyembah Tuhan dan membesarkan-Nya
Mencintai Tuhan, menyanjung, memuja
dan menjadikan-Nya idola
Bukan membunuhnya kecuali tidak dapat dielakkan
Mengapa umat Islam berjuang suka sangat bunuh orang
Mengapa tidak diusahakan agar mereka masuk Islam
Mengapa umat Islam hendak sangat
mengalahkan musuh-musuhnya dengan senjata
Tapi tidak bersungguh-sungguh membaiki diri sebagai senjata
Bermujahadah melawan hawa nafsu pun tidak ada
Membersihkan jiwa daripada mazmumah apatah lagi
tidak ada di dalam kamus perjuangannya
Kerana itulah seluruh perjuangan umat Islam
belum mendapat kemenangan
Kerana senjata yang utama di dalam perjuangan diabaikan
Iaitu berusaha membaiki diri dan berusaha
memiliki sifat taqwa
Taqwa di dalam Islam adalah aset yang paling utama
Ia adalah merupakan sumber rezeki,

Menjelang tidur
05 - 10 - 1999

18
PERJUANGAN

BERJUANGLAH ATAS DASAR


8 CINTAKAN TUHAN

B ERJUANGLAH atas dasar cintakan Tuhan


Atau berjuanglah atas dasar takutkan yang Maha Pencipta
Membangunlah atas dasar tuntutan Tuhan
Berekonomilah atas dasar perintah Tuhan yang Maha Esa
Berpendidikanlah atas dasar cintakan Tuhan
Bahkan buatlah apa sahaja tapi untuk Tuhan dan kerana Tuhan
Barulah segala apa yang dihasilkan selamat-menyelamatkan
Bahagia dan membahagiakan sesama manusia
Bahkan segala yang dihasilkan itu akan menjadi
lambang kebesaran Tuhan
Ia akan menjadi ‘ayat min ayatillah’
Dari buah usaha dan perjuangan itu
nampak kebesaran Allah Taala
Manusia akan malu dan bersyukur kepada-Nya
Dan manusia akan merendah diri di hadapan kebesaran Tuhan
Di waktu itu yang terasa Allahlah yang Maha Kuasa,
Maha Besar dan Maha Agung
Tapi apabila manusia itu berusaha dan berjuang
tidak ada hubung kait dengan Tuhan
Maka akan berlakulah nanti hasil dari usaha dan perjuangan
itu sebagai tuhan
Walaupun manusia tidak mengatakan itu tuhan
Matlamat yang telah dicapai itu,
manusia mentuhankan benda itu
Jadi manusia itu sama ada disedari atau tidak
telah mentuhankan benda
Kerana itulah apabila benda itu sudah tidak boleh
menyelamat manusia lagi
Manusia akan jemu, resah dan gelisah
bahkan kecewa dan putus asa

Menjelang tidur
28 - 01 - 2000
(21 Syawal 1420)

19
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

BAWALAH TUHAN
9 DALAM PERJUANGAN

J ANGAN hanya bersyariat sahaja


tanpa membawa Tuhan sama
Bersyariatlah bersama Tuhan agar rasa bertuhan
dan rasa kehambaan hidup di jiwa
Berpuasalah, berzakat dan berhajilah bersama Tuhan
agar tebal rasa kehambaan
Juga agar ibadah-ibadah itu membangunkan insaniah
atau memberi kesan
Begitulah seterusnya berjuanglah bersama Tuhan
Kalau Tuhan tidak dibawa bersama
di dalam perjuangan
Perjuangan kita akan jadi perjuangan ideologi
Sekalipun perjuangan itu selaras dengan syariat Tuhan
Memperjuangkan syariat Tuhan tidak bersama Tuhan
akan lahir sifat-sifat mazmumah
Di dalam dia bersyariat sombong, ego, riyak,
gila nama, gila glamour terbawa sama
Di dalam bersyariat takut atau cintanya
dengan Tuhan sudah tiada
Tapi kalau bersyariat dan berjuang bersama Tuhan
Dari syariat dan perjuangan itu
lahirlah akhlak yang mulia
Lahir sifat kasih sayang, timbang rasa,
dan mengutamakan manusia
Terbit dari sifat mahmudah, bertolong bantu
dan kerjasama
Merendah diri, sabar dan redha
Tawakal subur bersama
Dari syariat dan perjuangan lahirlah
peribadi-peribadi yang indah
Bahkan buatlah apa sahaja,
tapi biarlah bersama Tuhan
Agar bersyariat itu kerana Tuhan
Bukan bersyariat untuk syariat atau untuk fadhilat

20
PERJUANGAN

Agar dari bersyariat dan berjuang itu


kita benar-benar kenal Tuhan
Jangan sampai berjuang dan bersyariat
sampai tidak kenal Tuhan
Kalau berlaku seseorang itu bersyariat
dan berjuang tidak kenal Tuhan
Atau bersyariat dan berjuang tidak bersama Tuhan
Sia-sia sahajalah syariat dan perjuangan itu

Menjelang Maghrib
22 - 02 - 2000

21
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

AKU TIDAK JEMU


10 PERJUANGKAN TUHAN

A KU tidak jemu-jemu perjuangkan Engkau wahai Tuhan


Aku tidak jemu-jemu dan tidak tahu rehat,
mengenalkan Engkau
Aku sudah gadaikan nyawaku agar Engkau dikenali
oleh hamba-hamba-Mu
Aku mahu satu hari nanti Engkau dikenali dunia
Hingga Engkau disembah di mana-mana dan waktu apa pun
Cita-citaku agar engkau dijadikan idola
Disanjung dan dipuja
Moga-moga Engkau sahaja yang akan
diagungkan dan dibesarkan
Aku sedang berjuang bersama kawan-kawanku
Mengenalkan Engkau kepada manusia
Selagi ada nyawa di badan
Aku tidak akan berhenti berusaha dan berjuang
Selagi aku ada tenaga
Selama itulah aku tetap memperjuangkan Engkau
Aku merasa bangga kalau Engkau disembah orang
Aku rasa gembira kalau Engkau dicintai dan disanjung
Aku mahu di mana sahaja nama-nama-Mu
disebut-sebut orang
Sebutan nama-Mu bergema di mana-mana
Engkau dipuji, Engkau dipuja, Engkau disanjung
Engkaulah tempat rujuk orang segala perkara
Tempat bertanya, tempat meminta
Tempat mengadu semua masalah
Tempat harapan, tempat munajat
Tempat bermanja
Engkau adalah tempat meluahkan
segala kehendak dan perasaan
Moga-moga perjuanganku berjaya
dan cita-cita sampai
Selepas Isyak
09 - 11 - 1999

22
PERJUANGAN

TAUHID DAN IMAN


11 TUNGGAK PERJUANGAN

M EMPERJUANGKAN Islam ertinya


memperjuangkan iman dan tauhid
Agar Tuhan disembah, dicintai dan ditakuti
Supaya Tuhan menjadi idola setiap manusia
Kalau undang-undang Islam dan syariatnya sahaja diperjuang-
kan, siapa mahu hormati
Ia sepertilah memperjuangkan isme dan ideologi
Tidak ada tempat orang yang hendak takut
Kalaupun berjaya diperjuangkan syariat
dan undang-undang Islam
Tanpa bertunjangkan tauhid dan iman
Hanya berjaya menegakkan hukumnya sahaja
Namun orang-orang tidak bertuhan juga, iman tidak ada juga
Atau orang boleh mengelak hukum,
secara rasuah dan berbagai-bagai lagi
Lebih-lebih lagi pihak berkuasa menguatkuasa
undang-undang Islam tanpa iman
Mereka boleh melepaskan diri, yang kena hanya rakyat jelata
Di zaman sains teknologi canggih ini
Alat-alat perhubungan begitu mudah,
orang boleh pergi ke luar negara
Tidak berani melakukan maksiat di negaranya,
mereka pergi ke negara luar
Selamatlah mereka daripada dikenakan hukuman
Undang-undang Islam jika berjalan bukan atas dasar iman
Mereka kalau kena hukuman, maka berlakulah penzaliman

Lepas Asar
29 - 09 - 1999

23
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

JANGAN JADIKAN SYARIAT


12 SEBAGAI IDEOLOGI

J ANGAN engkau jadikan syariat Tuhan sebagai ideologi


Kalau ideologi tidak bertunjangkan iman
Nanti syariat juga tidak bertunjangkan iman
Mana boleh syariat tanpa iman
Membangunkan syariat mestilah bertunjangkan iman
Syariat tanpa iman tidak dapat pahala dan keredhaan
Syariat tanpa iman belum selamat daripada Neraka
Syariat, Tuhan yang punya,
mestilah perjuangkan Tuhan lebih dahulu
Kenalkan Tuhan, agar Dia dicintai dan ditakuti
Apabila orang kenal Tuhan maka syariat
akan dibangunkan kerana Tuhan
Kerana syariat itu adalah jalan kepada Tuhan
Tidak akan sampai kepada Tuhan
kalau bukan menempuh jalan-Nya
Menuju Tuhan tidak boleh buat jalan sendiri
Menuju kepada Tuhan kenalah juga ikut jalan-Nya
Tapi kalau syariat Tuhan sahaja diperjuangkan
tanpa bertunjangkan iman
Seperti orang tidak kenal Tuhan atau rasa bertuhan tidak ada
Walaupun syariat Tuhan itu diamalkan
Ia akan sama kedudukannya seperti ideologi
Tuhan dengan syariat-Nya tidak boleh dipisahkan
Bila bertuhan kenalah ikut syariat-Nya
Jika bersyariat kenalah dihubung kait dengan Tuhan
Mana boleh ambil Tuhan tanpa syariat-Nya
Begitu juga mana boleh mengguna syariat tanpa Tuhan
Bersyariatlah kerana Tuhan

Lepas Isyak
01 - 10 - 1999

24
PERJUANGAN

BERJUANG MENCARI BARANG


13 YANG HILANG

K ITA berusaha dan berjuang mencari barang yang hilang


Hilang yang sudah lama berlaku dicari semula
Macam-macam perkara yang hilang,
untuk hendak mendapatkannya kembali
Kehilangan Tuhan, kehilangan syariat,
kehilangan akhlak yang mulia
Kehilangan kasih sayang, kehilangan ukhwah,
kehilangan simpati
Kehilangan tawakal, kehilangan sifat merendah diri
Kehilangan pemurah, kehilangan bertolak ansur,
kehilangan ilmu
Kehilangan sifat redha, kehilangan sifat sabar,
kehilangan timbang rasa
Mengapa di dalam berjuang mencari barang yang hilang,
kita maki orang?
Kenapa berjuang mencari barang yang hilang,
menghina orang?
Siapa ajar kita berjuang mencari barang yang hilang, memfit-
nah orang?
Cara ini bukan mencari barang yang sudah hilang!
Tapi menghilangkan lagi barang yang ada
Maka makin banyaklah barang yang hilang
Barang yang hilang tidak dapat dicari
Yang masih ada hilang pula
Akhirnya makin gigih kita berjuang
Makin lama kita berjuang, semakin banyak barang yang hilang
Padahal berjuang hendak mencari barang yang hilang
Ini makin gigih berjuang makin banyak yang hilang
Ini perjuangan kartun namanya
Cara ini perjuangan angan-angan Mat Jenin
Perjuangan semacam ini,
perjuangan membunuh diri
Menjelang tidur
12 - 10 - 1999

25
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

14 ISLAM ADA BERBAGAI ASPEK

I SLAM ada berbagai-bagai aspek


Mendapatkan negara, menjalankan pentadbiran,
menegakkan hukum ibarat membuat pagar
dan benteng pertahanan
Ertinya membuat pagar atau benteng ada benda
dan perkara yang hendak dijaga dan dikawal
Agar benda dan perkara itu selamat daripada dirosakkan
Biasanya yang hendak dipagar dan dibenteng
ialah kebun buah-buahan, taman bunga,
ladang tanam-tanaman dan ternakan
Ini dinamakan aspek luaran
Ia di luar diri yang hendak dipagar
Aspek yang penting di dalam Islam ialah
cintakan Tuhan dan rasa bertuhan
Hingga Tuhan benar-benar dirasakan pentadbir, penjaga,
penyelamat dan idola manusia
Aspek yang lain pula menghayati syariat-Nya
Itulah dia jalan kepada Tuhan
Dari penghayatan syariat itu lahirlah akhlak yang mulia
di dalam diri manusia
Seperti berkasih sayang, bertimbang rasa, pemurah,
pemalu, tawadhuk, sabar, redha, bekerjasama
Perikemanusiaan yang tinggi, mengutamakan orang lain, hor-
mat-menghormati, bertolak ansur, maaf-bermaafan
Dari akhlak yang mulia inilah wujudnya
kehidupan yang murni dan harmoni
Kehidupan itulah semua golongan manusia menginginkan
kerana ia membawa ketenangan dan kebahagiaan
Aspek yang dua inilah ia ibarat ladang-ladang buah-buahan,
taman-taman bunga, kebun sayuran, biji-bijian dan ternakan
Maksudnya orang yang berjuang hendakkan negara, men-
egakkan hukum dan pentadbiran
kerana hendak melindunginya
Iaitu hendak melindungi orang yang sudah cintakan Tuhan,

26
PERJUANGAN

orang yang bersyariat dan mempunyai akhlak yang mulia


Agar dengan adanya negara, hukum dan pentadbiran
dapat menjaga ini semuanya
Tapi kalau Tuhan pun orang belum kenal,
syariat belum dihayati, akhlak yang mulia
belum wujud lagi
Apa ertinya dapat negara, menegakkan hukum
dan pentadbiran?
Apa yang hendak dijaga?
Macamlah kita membuat pagar, ladang buah-buahan
belum ada, taman bunga belum wujud,
ladang sayuran dan makanan pun belum ada
Kita ingin membuat pagar kerana hendak menjaga tanaman
agar tidak dirosakkan oleh musuh
Pagar itu perlu kerana tanaman telah wujud
Begitulah apabila Tuhan dicintai dan dijadikan idola,
syariat sudah dihayati, akhlak yang mulia
sudah menjadi pakaian manusia
Maka perlulah kepada negara dan menegakkan hukum
untuk menjaga manusia yang sudah bersyariat
lahir dan batin
Tapi kalau Tuhan pun belum dikenali, syariat belum dihayati,
akhlak yang mulia belum wujud lagi
Bukankah lebih baik perjuangkan Tuhan lebih dahulu,
hayati syariat, tegakkan akhlak
Daripada sibuk-sibuk hendak memperjuangkan negara
dan pentadbiran lebih dahulu
Janganlah kita jadi para pejuang yang tertipu dan penipu
Akhirnya rakyat pula tertipu oleh perjuangan kita

Menjelang tidur
1 Safar 1421

27
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

15 ISLAM GLOBAL

M ARILAH kita mengenal Islam secara global


Global yang ringkas dan intensif sebagai ilmu pengetahuan
Untuk mengukur diri kita, keluarga kita,
seterusnya masyarakat dan negara
Sejauh mana Islam secara syumul itu telah diamalkan
di dalam kehidupan
Sama ada di peringkat individu, rumah tangga,
masyarakat dan negara
Islam adalah agama syumul atau global
Global dan syumul itu berlaku di dalam empat peringkat
Global pada individu, global di dalam keluarga,
global di dalam masyarakat atau jemaah seterusnya negara
Syumul di dalam individu tidak sama dengan global
di dalam keluarga
Global di dalam keluarga tidak sama dengan syumul
di dalam masyarakat
Syumul di dalam masyarakat tidak sama dengan global
di dalam negara
Mari kita mengenal Islam secara global di setiap peringkat
Global pada individu dia hendaklah mengetahui
dan meyakini rukun iman secara ilmu
Iman itulah yang menjadi akidah dan pegangannya
terutama Tuhan dicintai atau ditakutinya
Faham rukun Islam yang lima serta mengerjakan
dan menghayatinya
Tahu sifat-sifat mahmudah yang sepuluh seperti ikhlas,
sabar, pemurah, amanah, tawadhuk, pengasih,
tawakal dan lain-lain
Terbangun di dalam jiwanya sifat-sifat mahmudah itu
Faham juga sifat-sifat mazmumah yang menjadi lawannya
dan membuangnya seperti pemarah, hasad, dendam, som-
bong, riyak, sum’ah, bakhil, tamak dan lain-lain
Faham halal haram dalam makan minum, pakaian,
pergaulan dan lain-lainnya

28
PERJUANGAN

Faham dosa-dosa besar dan kecil serta menjauhinya


Faham cara bersuci dan tahu mandi hadas
Global di dalam keluarga dan rumah tangga
sudah bertambah pula aspek-aspeknya
Suami atau ayah sebagai pemimpin keluarga,
Mendidik, menjadi imam sembahyang
dan bertanggungjawab makan minumnya,
pakaian dan tempat tinggalnya secara halal
Dia tempat rujuk keluarga, dihormati dan ditaati
Isteri atau ibu membantu suami di dalam mengurus
anak-anaknya dan tempat anak-anak bermanja
Satu sama lain berkasih sayang dan bekerjasama
Nasihat-menasihati, maaf-bermaafan,
bertolak ansur dan berlapang dada
Masyarakat global atau jemaah global pula
hormat-menghormati, bertolong bantu,
bekerjasama di antara jiran dengan jirannya
dan penduduk setempat
Maruah dan nama baik satu sama lain kenalah dijaga
Ziarah-menziarahi terutama di waktu
kematian dan kesusahan
Keaiban jiran, penduduk setempat jangan dibuka
Orang miskin tidak meminta-minta
dan menjaga maruahnya
Orang-orang kaya pula sentiasa membantu
dan menolong orang-orang susahnya
Pemimpin masyarakat atau jemaah laksana ayah bertanggung-
jawab kepada masyarakatnya atau jemaahnya
Menjadi imam di dalam masyarakat, mendidik anggota
masyarakat atau anggota jemaah dan berlaku adil pula
Kasih sayang kepada orang bawahnya,
Dan tempat rujuk orang ramai di dalam masyarakatnya
atau di dalam jemaahnya
Kalau adalah masalah dan perbalahan
dialah yang menyelesaikannya
Tetamu yang datang di dalam masyarakat dihormati
dan dilayan dengan baik
Masing-masing berebut-rebut hendak membawa ke rumahnya

29
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Bahkan musafir yang kehabisan belanja masing-masing mem-


beri dan membantunya
Kebaikan sama-sama ditegakkan, kejahatan sama-sama ditolak
Ulama-ulama di tempat itulah menjadi petunjuk
dan menjadi ikutan kerana wibawanya
Menjadi obor di masyarakatnya, masyarakat mendapat
cahaya kehidupan dari mereka
Adanya usaha-usaha untuk menghasilkan makan minum,
pakaian, tempat tinggal, keperluan-keperluan masyarakat,
tempat pendidikan kerana ia adalah fardhu kifayah
Akhir sekali negara Islam yang dicita-citakan
Globalnya pula lebih luas lagi
Pemimpin ada wibawa kerana ketaqwaannya
Dia ditaati, dihormati dan disayangi
bahkan tempat rujuk rakyatnya
Rakyat dikasihi, dipertanggungjawab
dan diberi keadilan yang saksama
Di dalam negara adanya berbagai-bagai sistem kehidupan
Demi untuk membawa umat hidup yang berkasih sayang,
berdisiplin, murni dan harmoni
Al Quran dan Hadis adalah menjadi perlembagaan negara
Adanya sistem pendidikan yang membawa umat
mencintai Tuhan dan mengagungkan-Nya
Menghormati ibu bapa, guru-guru dan berkasih sayang
sesama warganegara
Adanya sistem ekonomi yang sihat, bersih daripada riba
dan penindasan
Adanya sistem pentadbiran yang berasaskan
ikatan hati dan jiwa
Hingga dasar yang ditulis berjalan dengan baik
dan penuh kerjasama, tiada khianat
dan kecuaian di dalamnya
Adanya sistem perhubungan untuk kemudahan
kehidupan rakyatnya
Tempat-tempat tinggal yang selesa yang sesuai
di zamannya
Adanya ketenteraan dan kepolisian yang dapat menjaga

30
PERJUANGAN

maruah agama, bangsa dan negara


Kerana pengawal-pengawal negara itu
orang-orang yang bertaqwa pula
Agar tidak terjadi pagar makan padi
Sistem politiknya bersih, tiada jatuh-menjatuhkan
dan tiada khianat-mengkhianati
Adanya sistem mahkamah yang bebas,
hakim-hakimnya orang yang bertaqwa
Hingga keputusan atau hukum yang dijatuhkan
adil dan bertanggungjawab
Tiada rakyat yang teraniaya dan terzalim
Begitulah seterusnya adanya sistem-sistem yang lain
yang tidak perlu diperkatakan di sini
Selagi ia diperlukan oleh negara dan rakyat di zamannya
kenalah diwujudkan
Semuanya itu termasuk fardhu kifayah
Setelah kita mempelajari global Islam di semua peringkat
Untuk hendak mencari global di dalam individu pun
payah wujud di zaman ini.
Kerana itulah kerosakan dan gejala
di dalam masyarakat berleluasa
Kerana itulah memperjuangkan negara hanya sia-sia sahaja
Sekalipun telah diberi kuasa dan dapat mentadbir negara
Namun pengisian tidak berjaya
Justeru ia tidak bertapak di dalam individu setiap insan
Para pujangga ada berkata:
Dirikanlah kedaulatan Islam di dalam diri kamu,
Nescaya ia akan dapat ditegakkan di dalam negara kamu.

Selepas Asar
01 - 08 - 2000

31
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

16 IKUT PROGRAM TUHAN

H IDUP ini Tuhanlah yang menjadi tujuan


Segala apa yang hendak dibuat kerana Tuhan
Tuhan adalah menjadi idaman setiap insan
Menuju Tuhan ada jalannya yang tersendiri
Melalui sembahyang, puasa, zakat dan haji
Membaca Al Quran, zikir, selawat Nabi
Tafakur, berdoa, bersedekah, membantu
dan berkhidmat kepada insan
Memperjuangkan agama-Nya, mengikut jalan-Nya
Jangan menuju Tuhan buat jalan sendiri
Kerana Tuhan, jangan buat program sendiri
Tapi Tuhan ada program-Nya, kena ikut program-Nya
Tuhan ada jadual, jangan buat jadual sendiri
Sekalipun niat kerana Tuhan
Tidak akan kesampaian jika buat jalan sendiri
Walaupun ingin kepada Tuhan
Namun tidak akan kesampaian
jika jalan Tuhan tidak diikut
Oleh itu ingin kepada Tuhan jangan memandai-mandai
Ingin kepada Tuhan ikutlah jalan Tuhan
Perhatikan kehendak-Nya, suruhan dan larangan-Nya
Adab-adab dan disiplin-Nya
Jangan mereka-reka untuk menuju Tuhan
Tidak akan sampai kepada Tuhan
Tapi ia akan sampai kepada syaitan
Janganlah sampai tertipu di dalam perjuangan

Lepas Zuhur
12 - 10 - 1999

32
PERJUANGAN

17 BUKAN MUDAH JADI PEJUANG

S EBUAH jemaah kebenaran yang berjuang


untuk mendapat kemenangan,
bukan mudah dan senang
Ia terpaksa melalui liku-liku perjuangan
yang lama dan panjang
Setidak-tidaknya melalui puluhan-puluhan tahun
baru menang
Kemenangan yang akan diberi adalah kepada
pejuang-pejuang yang telah melalui proses saringan
Mereka telah dilengkapkan dengan berbagai-bagai
kekuatan lahir dan batin
Setelah mereka melalui ujian yang kecil dan besar
di dalam perjuangan yang ditempuhnya
Mereka perlu menguasai ilmu
yang cukup lebih dahulu
Mesti telah melalui proses pembersihan jiwa
Setelah ibadahnya baik dan istiqamah
di dalam beribadah
Boleh menjadi abid di malam hari
dan pejuang di siangnya
Kemudian akhlak mereka pun tinggi dan mulia
sebagai bunga diri
Sudah terlatih tabah dan sabar di dalam perjuangan
Berkasih sayang sesama sendiri laksana satu keluarga
Sanggup mentaati pemimpin tidak berbelah bahagi
Rasa bertuhan benar-benar bertapak di dalam jiwa
Hingga rasa kehambaan memenuhi jiwa setiap pejuang
Mereka penuh berdisiplin di dalam beribadah dan bekerja
Berkorban apa sahaja telah menjadi budaya mereka
Kerana itulah mereka terpaksa menempuh masa
yang lama dan panjang
Kerana untuk memiliki itu semua ia bukan
boleh dapat dua tiga hari

33
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Tetapi melalui didikan, pimpinan dan latihan


yang panjang dan berterusan
Hingga pengikut yang setia tinggal sedikit
Mereka benar-benar menjadi orang Tuhan
atau rijalullah di zamannya
Mereka membawa rahmat dan barakah dari Tuhan
Barulah mereka diberi kemenangan
Begitulah berlaku perjuangan kebenaran sepanjang zaman
Dari semenjak zaman para rasul hinggalah di zaman pem-
impin berwatak rasul
Oleh itu sabarlah menunggu kemenangan

Menjelang Tidur
Malam alaf baru
31 - 12 - 1999
(23 Ramadhan)

34
PERJUANGAN

BERJUANG IBARAT BERJALAN


18 ATAS BATU KERIKIL

B ERJUANG ertinya ibarat berjalan


di atas batu-batu kerikil
Aduh sakitnya
Memijak onak, duri, ranjau-ranjau
Berdarah kaki dibuatnya
Seolah-olah masuk hutan belantara gelap-gelita
Amat sengsara, penuh bahaya
Berhadapan dengan kesusahan dan kesulitan
Yang sangat menakutkan
Menyabung nyawa dengan binatang-binatang buas
Yang ganas, yang tidak ada hati perut
Tidak kurang binatang yang berbisa
yang sangat menakutkan
Menurun lurah, mendaki gunung,
merenangi sungai-sungainya
Adakalanya dihanyut arus yang kencang
Terumbang-ambing dibawa ke hilir yang mengerikan
Ada yang tenggelam timbul, meneguk air yang melemaskan
Belum lagi buaya-buaya yang ganas yang menggerunkan
Menunggu mangsanya untuk membaham
Kemudian menongkah arus ke hulu semula
Kalau kurang tenaga, kurang kesungguhan, hanyut ke muara
Cuba lagi menongkah pasang ke hulu yang dituju
Memerlukan horse power yang cukup untuk ke destinasinya
Sedikit yang sampai ke matlamatnya
Banyak yang hanyut sampai ke laut,
tidak tahu ke mana perginya
Aduh ngerinya
Begitulah gambaran simbolik perjuangan kebenaran
Lantaran inilah tidak banyak
yang sanggup menempuhnya!

Selepas Asar
01 - 05 - 1997

35
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

PERJUANGAN LAKSANA
19 MENONGKAH ARUS

P ERJUANGAN laksana menongkah arus


Arus yang deras bergelombang pula
Menongkah sungai yang dalam dan berliku-liku
Di dalamnya penuh buaya
Sangat merbahaya
Kayu-kayu besar dari hulu merempuh
Sampah sarap dan kekotoran tak usah dikira
Kalau sampan horse powernya kecil
Mudah tertolak dan terdesak
Kalau saiz kecil mudah sahaja tenggelam kena rempuh atau
kena tolak
Ia memerlukan sampan horse powernya besar
Saiznya besar, kebal pula
Jurumudinya yang gigih dan berpengalaman serta siap siaga
Tabah dan sabar
Bijaksana mengemudikannya
Beraninya berdisiplin
Takutnya berhikmah dan berstrategi
Memerlukan anak-anak kapal yang bekerjasama
Yang siap siaga setiap masa
Jika jatuh pandai berenang
Kalau hanyut mampu ke tepi
Kalau tenggelam nafas panjang
Sempat timbul di permukaan

36
PERJUANGAN

CITA-CITA ISLAM
20 BUKAN SEKADAR CAKAP

C ITA-CITA Islam itu bukan cukup sekadar cakap-cakap


Tidak juga cukup sekadar membaca kitab
Begitu juga tidak akan selesai sekadar membahas ilmiahnya
Atau menghurai falsafahnya dan hikmahnya
Cita-cita Islam itu ibarat permata paling berharga di atas pun-
cak gunung
Senangkah hendak didaki?!
Berapa ramaikah yang sanggup mendaki?!
Atau berlian yang tersembunyi di dasar lautan yang dalam,
gelap, kelam
Senangkah hendak diselaminya?!
Berapa orangkah yang sanggup menyelaminya?!
Atau berlian yang ada di dasar bumi
Di tengah padang pasir yang kering-kontang
Perjalanan yang amat jauh sekali
Dinaungi oleh panas terik, tiada yang melindunginya
Mudahkah hendak mengambilnya?!
Siapakah yang sanggup mencarinya?
Memang setiap zaman ada orang mencuba mencarinya
Yang mendaki gunung ramai yang jatuh
Terguling-guling, remuk-redamlah jasadnya
Yang menyelam ke dasar lautan ramai yang tenggelam
Atau dimakan jerung yang kejam
Yang mengembara di padang pasir dan menggali bumi
Ramai yang mati kehausan
Tidak kurang yang sakit separuh jalan lantaran kepanasan
Tapi tidak mengapa
Mereka telah mencubanya
Sejarah mereka tetap dicatat dengan tinta emas
Di dalam fail Tuhan yang tetap akan dibaca

20 - 05 - 1997

37
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

BEZA KITA BERJUANG


21 DENGAN SAHABAT BERJUANG

R ASULULLAH SAW dan para Sahabat


gigih berjuang
Akhlak mereka cemerlang dan gemilang
Kita gigih berjuang, akhlak kita sangat malang
Mereka berjuang begitu serius
Di malam hari menjadi abid
menangis mengenang dosa
Kita serius juga berjuang
Tapi sembahyang Subuh yang wajib, terabai
Mereka sibuk berjuang
Balik ke rumah laksana Syurga
Kita sibuk berjuang
Balik ke rumah bermasam-masam muka
Mereka bila berhadapan dengan ujian
Sabarnya amat ketara
Musuh-musuhnya didoakannya
Kita bila berhadapan dengan ujian
Rasa derita dan kecewa
Maka kita pun melaknat dan mencerca
musuh kita
Kita pun mengata di sini, mengata di sana
Seluruh negara mendengarnya
Mereka berjuang, Sahabat-Sahabat yang miskin dipertang-
gungjawab oleh yang kaya
Yang kaya gembira memberi,
yang miskin tidak meminta-minta
Kita yang kaya menambah lagi harta
Kawan seperjuangan tinggal menderita
Kita susah hendak memberi
Yang miskin pula meminta-minta
dan mengadu-ngadu di sini sana
Mereka dan kita, tentang berjuang
sama-sama gigih dan sibuk

38
PERJUANGAN

Tapi di dalam perkara lain jauh berbeza


Mereka benar-benar model di zamannya
Tapi kita modelnya tiada
Marilah kita berjuang sama-sama
membetul dan membaiki diri
Agar Allah Taala redha,
manusia senang menerima

29 - 07 - 1999

39
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

PEJUANG DAHULU
22 DAN PEJUANG SEKARANG

D AHULU Rasulullah SAW dan para Sahabatnya berjuang


Disajikan dengan lemparan batu dan debu
Hari ini selepas berjuang disaji dengan daging,
ayam dan nasi beriani
Mereka berjuang dihalau orang dan dibuang orang
Ada orang kita berjuang menghalau orang
Melempar orang, memenjarakan orang
Pejuang-pejuang dahulu disakiti
Pejuang-pejuang sekarang menyakiti orang
Pejuang-pejuang Islam dahulu berkorban
Harta-harta mereka diinfakkan
Pejuang-pejuang sekarang membuat harta
Bahkan menipu harta negara dan rakyat jelata
Pejuang-pejuang dahulu menutup aurat
Pejuang-pejuang sekarang mendedahkan aurat
Pejuang-pejuang sekarang menggalakkan membaca Al Quran
Kalau dahulu menggalakkan mengamalkan isinya
Pejuang-pejuang dahulu musafir dan mengembara
kerana berdakwah
Pejuang-pejuang sekarang musafir dan mengembara
Kerana ekonomi dan mencari makan
Pejuang-pejuang dahulu berukhwah
Pejuang-pejuang sekarang berpecah-belah dan berbalah
Tapi masing-masing mengaku konon memperjuangkan Islam
Atau mengaku memperjuangkan keadilan
Berapa lama lagi mereka ini mahu tipu orang?
Allah tidak akan membiarkan berlama-lama menipu orang
Lambat-laun Allah akan buka tembelang

01 - 05 - 1997

40
PERJUANGAN

SENANGNYA BERJUANG
23 DI ZAMAN INI

S ENANGNYA berjuang di zaman ini


Setiap orang merasakan dirinya wira
Dipanggil, dihormati, didudukkan
di atas pentas yang tinggi
Bercakaplah dengan lantangnya
Sepadang yang mendengarnya
Adakalanya ketawa berdekah-dekah
Riuh-rendah kedengaran suaranya
Bila pulang dihantar ke kereta
Di samping seorang panitia menghulur envelope
Di dalamnya sudah tentu ada ganjarannya
Di masa-masa lain panggil lagi
Di tempat lain di hari yang lain
Sepadang pula yang mendengarnya
Selepas berforum atau ceramah tentang agama
Dijemput ke majlis khas pula
Masya-Allah hidangan telah tersedia
Macam-macam lauk-pauk, kuih-muih,
makanan yang menyelerakan
Apabila balik envelope dihulurkan
Di dalamnya sudah tentu ada fulus
Mungkin ada yang merah, ada yang hijau
Gaji tambahan di atas gaji yang ada
Atau overtime namanya
Aduh seronoknya, hati berbunga
Ingin berjuang setiap masa
Harta bertambah dan ada makan-makan
Tapi Rasulullah SAW berjuang macam mana?
Semua orang tahu jauh bezanya
Kalau macam Rasulullah SAW,
tidak ada yang sanggup jadi wiranya

Selepas Asar
23 - 05 - 1997

41
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

24 SIAPA SEBENARNYA WIRA?

B UKANLAH setiap yang menempa nama wira


Tidak setiap yang ada glamour banyak peminat
jadi wira
Tidak semesti setiap yang kuat itu wira
Bukan pula setiap yang gagah itu wira
Tidak juga yang berani itu wira
Kalaulah setiap yang berani itu wira
Yang paling berani yang membunuh dirinya
Apakah dia yang paling wira?
Dialah yang paling celaka!
Dialah yang paling malang dan hina!
Siapa yang sebenarnya wira?
Yang sanggup menyeberangi lautan?
Yang menawan angkasa?
Wira yang sebenarnya mengikut Nabi yang bersabda
Siapa yang sanggup melawan nafsunya

Selepas Asar
02 - 06 - 1997

42
PERJUANGAN

BAWA ISLAM DENGAN SIKAP


25 BUKAN HANYA CAKAP

D I AKHIR zaman ini susah dicari mubaligh


membawa Islam dengan sikap, bukan dengan cakap
Da’i-da’i di akhir zaman banyak membaca firman,
bukan suri teladan
Sunnah-sunnah Rasul alhamdulillah dibacakan,
malangnya tidak dikotakan
Falsafah-falsafah Islam dihuraikan,
realitinya terburai, berkecai
Islam hari ini kering dengan suri teladan
Banjir dengan syarahan-syarahan dan slogan-slogan
Mabuk memperdengar dan mendengar,
sepi dengan amalan
Dimandikan dengan teori, praktikal tidak disiram
Kita mahu Islam dijadikan tabiat
bukan sekadar diingat-ingat
Kita mahu Islam jadi budaya, bukan istiadat
Tuhan! Engkau lahirkanlah pemimpin-pemimpin
Dan mubaligh-mubaligh membawa teladan
Bukan untuk didengar, tapi untuk ikutan

Selepas Asar
16 - 05 - 1997
(8 Muharam 1418)

43
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

SEBENARNYA ENGKAU
26 YANG BERMASALAH

E NGKAU gaduh perjuangan engkau


tidak diterima orang
Sedih hati engkau dakwah engkau ditolak orang
Engkau merungut ceramah engkau,
kurang orang mengambil perhatian
Bahkan perjuangan engkau dicaci orang
di belakang engkau
Apabila berlaku ini semuanya
engkau marah-marah kepada orang
Siapa sebenarnya yang salah?
Engkau yang bersalah atau orang yang bersalah?
Penceramah yang bermasalah
atau pendengar yang bermasalah?
Sebenarnya engkau yang bermasalah
Orang ramai melihat engkau amat menakutkan
Orang ramai melihat engkau amat menjijikkan
Badan engkau penuh dengan kudis dan tokak
yang terlalu kronik
Badan engkau penuh dengan nanah, darah,
danur yang amat busuk
Diserta pula dengan ulat-ulat yang amat meloyakan
Engkau tidak nampak
Kerana penyakit di badan engkau
adalah penyakit rohani dan maknawi
Badan engkau yang penuh darah dan nanah itu
ialah dosa-dosa engkau
Dosa mengumpat, dosa mengata, dosa memfitnah
Ditambah lagi dengan dosa sombong, ego,
riyak, gila nama dan glamour
Belum lagi dosa-dosa sembahyang
yang tidak khusyuk
Bahkan entah apa lagi dosa-dosa
yang engkau buat

44
PERJUANGAN

Jadi bagaimanalah orang mahu menerima


perjuangan engkau
Di dalam keadaan badan engkau
penuh dengan darah dan nanah?
Bersihkan badan engkau lebih dahulu
Sucikan hatimu lebih dahulu
Keluarkan segala mazmumah-mazmumah
yang sangat merbahaya
Yang merosakkan manusia
Selepas itu barulah orang boleh menerimanya

Menjelang tidur
12 - 10 - 1999

45
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

TEGAKKAN ISLAM
27 DALAM DIRI DAHULU

E NGKAU ingin memperjuangkan Islam


Perjuangkan Islam di dalam diri lebih dahulu
Engkau ingin didik orang, didiklah diri lebih dahulu
Engkau ingin menyampaikan risalah Islam?
Engkau hayati lebih dahulu
Kalau engkau merasa Islam itu satu kebenaran
Tegakkanlah kebenaran di dalam diri lebih dahulu
Islamkanlah diri lebih dahulu
Sebelum meng-Islamkan orang
Kalau tidak begitu, nanti akan ditertawakan orang
Jika di dalam diri belum kelihatan Islamnya
Mana boleh mempengaruhi orang lain
untuk menerima Islam
Di dalam diri belum selesai
Mana boleh meyakinkan orang untuk menerimanya
Pakailah Islam itu di dalam diri lebih dahulu
Orang akan melihatnya
Kalau indah dilihatnya
Akan ramai pula yang akan memakainya
Islam bukan macam menjual barang
Apa yang kita jual tidak mesti kita pakai
Kita tidak memakai apa yang kita jual,
orang tidak akan mempertikaikan
Tapi Islam adalah keyakinan,
keindahan dan keselamatan
Tentulah kita dahulu yang mengamalkannya

Menjelang tidur
01 - 10 - 1999

46
PERJUANGAN

28 ENGKAU HENDAK BERJUANG?

E NGKAU hendak berjuang?


Bagus kalau itulah yang kamu mahu
Berjuang sasarannya adalah manusia
Engkau mesti kenal manusia lahir dan batin
Engkau tidak akan kenal manusia
sebelum engkau mengenal dirimu sendiri
Sudahkah engkau kenal dirimu sendiri?
Sejauh mana engkau kenal perjalanan fikiranmu?
Apakah fikiranmu sudah Islam?!
Sudahkah engkau kenal nafsumu?
Fahamkah engkau kehendak-kehendak nafsumu?
Ke mana dia hendak membawamu?!
Apakah kehendak Islam
dengan kehendak nafsumu selari?
Lebih-lebih lagi sudahkah engkau faham jiwamu?
Jiwa ada perasaannya
Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif
Yang positif hendak dilepaskan
Yang negatif hendaklah ditahan
Melepaskan yang positif, menahan yang negatif
Adalah satu perjuangan
Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini
Bahkan yang lahir ini ditentukan
oleh yang batin, iaitu jiwamu
Kalau engkau berjuang tidak faham ini semua
Ertinya engkau laksana masuk ke hutan belantara
Yang tidak mempunyai pedoman
Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan
Jangan-jangan engkau akan tersesat nanti
Marabahaya hutan akan membinasakan kamu
Bahkan rimau pun boleh membaham kamu
Kawan, perkataan berjuang mudah disebut
Tapi tidak mudah difahami
Berjuang mudah diperkatakan

47
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Tapi tidak mudah dikotakan


Ia memerlukan ilmu yang cukup
Tidak sekadar semangat yang cukup
Ia memerlukan pemimpin yang tepat
Yang boleh memimpin dan ia ditaati
Kalau belum sampai ke taraf ini
Engkau tidak berjuang lebih selamat
daripada berjuang
Kalau engkau berjuang juga
Ingatlah kerosakan yang engkau lakukan
lebih banyak, tanpa disedari
Sekalipun niat engkau suci

Menjelang Zuhur
29 - 07 - 1999

48
PERJUANGAN

29 ENGKAU INGIN BERJUANG

E NGKAU ingin berjuang, tapi tidak mampu menerima ujian


Engkau ingin berjuang, tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan
Engkau ingin berjuang, tapi tidak begitu setia dengan kawan
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang, tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang, menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang, tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang, kesihatan dan kerehatan
tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang, masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang, kerenah isteri engkau tidak tahan
Engkau ingin berjuang, rumah tangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang, diri engkau tidak engkau tingkatkan
Engkau ingin berjuang, disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang, janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang, kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang, tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang, anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang, ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang, kekasaran dan kekerasan
engkau amalkan
Engkau ingin berjuang, pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang, rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang, iman dan taqwa engkau lupakan
Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan?

Menjelang tidur
14 - 09 - 1999

49
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

PERJUANGAN RASULULLAH
30 MENITI RANJAU

R ASULULLAH dan para Sahabat


meniti ranjau di dalam perjuangan
Jalan yang ditempuh penuh dengan onak dan duri
Memijak batu kerikil, menempuh jalan
yang lekak-lekuk apatah lagi
Puluhan tahun berjuang
dengan penuh iman dan keyakinan
Terseksa di dalam perjuangan
Hati terhibur, jiwa bahagia, tidak pernah kecewa
Kerana membuat kerja-kerja Kekasih Agungnya
Kawan! Engkau kata hendak ikut
Rasul dan para Sahabat
Tapi tidak berani menempuh jalan ini
Engkau kata hendak mengikut Sunnah Rasul
Sudahkah menjadi rahib di malam hari,
singa di siangnya?
Engkau mengeluh di dalam perjuangan
Itulah tanda engkau bukan orangnya
Engkau rasa sakit di dalam perjuangan
Itulah menunjukkan bukan kepada kamu
diberi kemenangan
Allah hendak menunggu orang yang
terhibur dengan perjuangan
Tuhan menanti orang yang sabar dengan ujian
Syukur dengan kesusahan
Yang merasa belum berjuang
Orang yang merasa berdosa setiap masa
Barulah kemenangan itu diberi

Selepas Subuh
30 - 10 - 1998

50
PERJUANGAN

BUKAN SEMUA
31 MAMPU BERJUANG

B UKAN semua orang


boleh memperjuangkan kebenaran
Tidak semua orang mampu memperjuangkan Islam
Kerana di dunia ini tidak dijanjikan apa-apa
kecuali kesusahan dan penderitaan
Lantaran itu kita lihat di dalam sepanjang sejarah
Para pejuang kebenaran bukan calang-calang orang
Orang yang yakin, siddiq, ikhlas, sabar
Dan mempunyai ilmu yang memandu
perjalanan hidup para pejuang
Orang yang setia dan telah menjual dunianya
untuk Tuhannya sahaja yang tahan
Orang yang memandang Akhirat itu besar,
dunia itu amat hina
Yang mampu berjuang bukan macam berkelah
dan piknik-piknik
Berjuang adalah berkorban, berkorban, terkorban
Berjuang memberi tenaga, ini amat meletihkan
Berjuang berhadapan dengan ujian dan cabaran,
memerlukan kesabaran
Berjuang adakalanya terbuang,
tidak kurang juga ke penjara
Kemuncaknya mati dibunuh orang
Para pejuang bukan senang hendak setia
dengan pemimpin
Bukan mudah bersama pemimpin
di waktu susah dan senang
Jangan pula apabila kena ujian besar-besaran
lari bertempiaran
Apabila di waktu tenang, pemimpin diterima
Orang datang pula kembali berjuang
Apabila di waktu disanjung orang,
kita pun macam singa garang
Apabila mendapat kesusahan

51
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

lari pula tinggalkan pemimpin keseorangan


Nanti apabila terasa kena tipu,
perjuangan diterima orang datang pula
merayu-rayu ingin bersama
Ini bukan pejuang sejati dan hakiki
Pejuang yang ikhlas sanggup berjuang
bersama pemimpin
Di waktu susah dan senang
Tidak mengapa waktu tertentu mengundur diri
Mengatur strategi dan menunggu peluang
Bukan lari kerana menentang
Atau bekerjasama dengan musuh-musuh kebenaran

Lepas Zuhur
25 - 09 - 1999

52
PERJUANGAN

ORANG YANG TIDAK KEKAL


32 DALAM PERJUANGAN

D I DALAM jemaah perjuangan Islam,


orang yang cinta dunia tidak akan kekal lama
Atau tidak akan ada ikut sama dari mula
Orang yang terlalu kuat berpegang dengan hukum logik,
payah menerima semua
Mereka selalu sahaja terkeliru oleh logik akalnya
Orang yang lemah jiwa lebih-lebih lagi
payah sampai ke hujung perjuangannya
Lebih-lebih lagi setelah mereka kena uji
Jiwa tidak tahan berhadapan dengan cabaran
Bahkan bila teruji selalu sahaja
menyalahkan kawan atau pemimpin
Biasanya orang yang boleh kekal
di dalam perjuangan kebenaran
Dari permulaan hingga ke destinasinya
Orang-orang yang tidak ada kepentingan dunianya
Orang yang jiwanya kuat bagaikan besi waja
Yang boleh menerima khawariqul ‘adah
tanpa logik akalnya
Orang yang tidak ada sifat kibir dan ego
Yang mudah memberi taat dan setia
Orang yang ingin membaiki diri di dalam jemaahnya
Orang yang telah menjual dunianya untuk Akhiratnya
Orang yang tidak merasa pandai
sekalipun memang pandai
Orang yang ingin dipimpin kepada Tuhannya
Mereka itulah yang biasanya boleh berjuang
sampai ke hujung
Berdoalah kepada Allah agar kita istiqamah
dalam perjuangan

Selepas Subuh
30 - 09 - 1998

53
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

ORANG YANG ADA PRINSIP


33 DAN CITA-CITA

O RANG yang ada prinsip dan cita-cita


tidak banyak atau tidak ramai
Orang yang ada prinsip dan cita-cita,
orang yang ada pendirian
Orang yang ada prinsip dan cita-cita
sanggup menderita
Dia rasa puas mempertahankan prinsip
sekalipun dihina
Yang ramai di dunia
Manusia yang memikirkan makan minum dan betina
Mencari pangkat pun kerana inilah
Mencari nama pun kerana ini juga
Mencari wang ringgit pun tujuan yang sama
Kerana inilah orang yang sedikit
selalunya menguasai manusia
Orang yang ada cita-cita selalunya berkuasa
Sekalipun salah prinsip dan cita-citanya
Kerana orang yang berprinsip itu mereka berjuang
Kerana prinsip mereka tahan menderita
Bahkan ada yang sanggup mati
kerana mempertahankan prinsipnya

Selepas Asar
02 - 06 - 1997

54
PERJUANGAN

ORANG YANG ADA


34 CITA-CITA PERJUANGAN

O RANG yang ada cita-cita perjuangan itu


Sanggup berkorban apa sahaja
Sanggup terkorban
Pandai berstrategi
Pandai memperimbang perbelanjaan keluarga
dengan pendapatannya
Mendidik sama anak dan isteri kepada perjuangan
Tidak meminta-minta kecuali kepada orang
yang sangat dikasihi
Pandai menilai kawan dan lawan
Sentiasa siap siaga
Tidak menyesal terkorban
Tidak kecewa berhadapan dengan kegagalan
Pandai menilai masyarakat zamannya
Sama ada yang berlaku di dunia mahupun
yang berlaku di negaranya
Pandai mengorak langkah
Ertinya adakalanya dia mundur setapak ke belakang men-
gumpul kekuatan
Adakalanya berhenti beberapa ketika
Adakalanya terus maju
Optimis masa depan
Melakukan tipu daya di dalam perjuangannya
Tidak melahirkan keluhan ketika terdesak
Tidak menghampakan permintaan kawan-kawannya
atau orang yang susah
Berahsia kepada sesetengah orang dan tidak berahsia
kepada sesetengahnya pula
Di dalam perjuangannya dia tidak melobi dan memaksa
Tapi dia tetap sentiasa memberi penjelasan
dan kesedaran
Mendekatkan diri kepada Allah
dan selalu mengadu kepada-Nya

55
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Tidak membuang-buang masa


Identiti diri dibawa ke mana-mana
Dengan kata-kata yang lain
Orang yang ada prinsip peka
dengan sebarang kejadian
Tidak melulu, tidak mudah melatah
Setiap berita yang datang dia meneliti
dan kaji lebih dahulu
Kehidupan hariannya melambangkan perjuangannya
Keluarganya contoh cita-citanya
Sentiasa mencari ilmu dan pengalaman
Terutama yang ada hubungan dengan membaiki diri
dan perjuangannya
Serius tetapi mesra

Selepas Asar
04 - 04 - 1997

56
PERJUANGAN

PEJUANG KEBENARAN
35 UNIK DAN ISTIMEWA

P EJUANG-PEJUANG kebenaran sepanjang sejarah


unik dan istimewa
Berbeza sekali kemenangan dengan musuh-musuhnya
Pejuang-pejuang musuhnya kalau mereka menang
kerana mempunyai quwwah atau kekuatan
Setelah banyak tentera-tentera musuhnya dibunuh
barulah diberi kemenangan
Berlainan sekali tentera-tentera kebenaran
mendapat kemenangan
Bukan kerana quwwah atau ramai bilangan
Tidak juga setelah banyak membunuh
tentera musuhnya baru menang
Tapi yang membunuh tentera musuhnya
dan mengalahkan adalah Tuhan
Allah Taala datangkan tentera-tentera
yang bukan jenis manusia
Adakalanya para malaikat datang berperang
Seperti yang dapat dilihat oleh para Sahabat
di peperangan Badar yang terkenal
Tidak kurang juga tentera daripada
ribut yang kencang
Menghuru-harakan, tentera-tentera musuhnya
tunggang-langgang
Seperti yang telah berlaku di dalam
peperangan Ahzab atau Khandak
Begitulah seterusnya Al Quran bercerita
kepada kita
Tentera-tentera kebenaran mendapat kemenangan
dibantu Allah
Seperti Nabi Musa dan tenteranya mendapat kemenangan
bukan mereka yang berperang
Tapi Firaun dan tentera-tenteranya dimusnahkan
oleh air lautan, semuanya tenggelam
Begitu juga Nabi Allah Ibrahim mengalahkan Namrud

57
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

dan tenteranya bukan dengan perang


Allah Taala datangkan tentera nyamuk
memusnahkan Namrud dan tentera-tenteranya
mati bergelimpangan
Kalau begitu jika ada di setiap zaman
pejuang-pejuang Islam berjuang
Tidak dapat bantuan-bantuan dari Allah
di waktu berperang
Membuktikan pejuang-pejuang Islam itu
penuh dengan dosa, akhirnya kecundang
Kita hendak menunggu kemenangan kita
bukan dari kita
Kita hendak menunggu kemenangan ini
di tangan Tuhan
Kita hanya bersungguh-sungguh membaiki diri
untuk keredhaan Tuhan

Menjelang tidur
02 - 09 - 1999

58
PERJUANGAN

APABILA KEMENANGAN
36 ATAS DASAR TAQWA

A PABILA satu bangsa itu mendapat kemenangan


Dan kejayaan atas dasar taqwa
Kerana menjadikan Tuhan itu matlamat hidup mereka
Tuhan adalah cinta agung disembah dan dipuja
Kerana sangat membaiki diri dan membersihkan jiwa
Maka lahirlah kemajuan dan tamadun
Berkat dan rahmat melimpah-ruah merata negara
Hingga orang kafir pun mendapat untung sama
Rezeki dimurahkan, kemakmuran luar biasa
Tidak tahu mana puncanya
Side effectnya adalah positif
Rakyat berkasih sayang sesama mereka
Mereka hidup hormat-menghormati
Bertolong bantu, bekerjasama menjadi budaya
Manusia pemurah, suka memberi dan membantu
Para pemimpin dan orang kayanya tawadhuk
Ulama-ulama merendah diri dan menjadi obor
kepada masyarakatnya
Kemungkaran dan maksiat terang-terangan tidak kelihatan
Jenayah terlalu kurang
Hidup penuh aman damai dan harmoni
Hingga rakyat hidup di dalam bahagia dan ceria
Kebimbangan dan ketakutan tidak ada
Ramai rakyat yang bersyukur
Beginilah kalau sesuatu bangsa itu
Mendapat kemenangan dan kejayaan atas dasar taqwa
Tapi ini berlaku di dalam sejarah
Beratus tahun sekali
Kita harap ia akan datang atau terjadi
Sekali lagi di zaman kita ini

Menjelang Maghrib
12 - 12 - 1999
(3 Ramadhan)

59
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

APABILA KEMENANGAN
37 ATAS DASAR QUWWAH

A PABILA satu bangsa itu mendapat kemenangan


dan kemajuan atas dasar quwwah
Kerana usaha dan tenaga,
ia dapat kejayaan secara istidraj
Side effect yang negatif terlalu banyak
Akan berlaku kezaliman dan kesombongan
terutama terhadap musuh-musuhnya
Kemungkaran dan maksiat merata negara
Secara menjolok mata
Berlakulah hasad dengki, jatuh-menjatuhkan
dan perpecahan
Bangsa dan negara maju tetapi
tidak ada keadilannya
Negara cantik tetapi rakyat hidup
di dalam kebimbangan dan ketakutan
Ukhwah dan kasih sayang hilang
Lahirlah budaya ampu-mengampu,
jatuh-menjatuhkan
Hidup kepura-puraan berlaku
kerana manusia tidak boleh dipercayai
Masyarakat huru-hara, disiplin hidup tidak ada
Jenayah berleluasa, zina, rogol, bunuh perkara biasa
Akhirnya kejayaan itu tidak mempunyai erti apa-apa
Kemajuan yang dapat, membawa bala dan marabahaya
Kemudian semua golongan pening kepala,
inginkan pembelaan
Manusia hidupnya tidak ada ceria
Bahkan ramai yang kecewa
Banyak yang sakit jiwa dan putus asa

Menjelang Maghrib
12 - 12 - 1999
( 4 Ramadhan)

60
PERJUANGAN

AKU TIDAK BIMBANG


38 USAHAKU GAGAL

A KU tidak bimbang usahaku gagal


Yang aku bimbang kalau dia batal
Aku tidak takut perjuanganku tidak berjaya
Yang aku takut kalau perjuangan itu tidak dapat pahala
Di dalam perjuangan, yang kita kejar adalah kebenaran bukan
kemenangan
Kemenangan itu adalah nikmat sampingan
Kalau kita terpaksa kalah kerana kebenaran, biarlah kalah
Kalah bukanlah satu kesalahan
Tidak menegakkan kebenaran adalah satu kesalahan
Biar kita kalah daripada berlaku salah
Biar tidak berjaya daripada menanggung dosa
Kebenaran mesti ditegakkan sekalipun pahit
Kebenaran wajib dibangunkan, jangan ditentang
Kebenaran tidak boleh ditukar dengan kemenangan
Tidak mengapa kalah, kebenaran dapat ditegakkan
Pilihlah kebenaran sekalipun kalah
Justeru kalah tidak mesti salah

Selepas Asar
02 - 06 - 1997

61
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

39 KEHIDUPAN ORANG TUHAN

O RANG-ORANG Tuhan biasanya hidup


di dalam penderitaan dan sengsara
Dizalim, dianiaya itu adalah perkara biasa
Tersingkir, terbuang, dipenjara basahan hidup mereka
Dikejar-kejar dan diburu hingga melarikan diri
jadi budaya
Miskin, papa, dihina, didusta menimpa mereka
Lihat sahajalah para-para rasul dan para-para nabi
Sahabat-Sahabat dan Tabi’in dan para solehin
Tapi tidak pernah menukar keyakinan
Sikap mereka tidak pernah berubah
Ibadah dan taqwanya kepada Allah Taala
sentiasa bertambah
Mereka itu adalah orang luar biasa
Ujian dan keadaan tidak merubah keyakinan
dan sikapnya
Kalau mereka susah, sabarnya terserlah
Jika mereka senang, syukurnya terserlah
ibadahnya bertambah
Begitulah kehidupan orang-orang Tuhan
sepanjang sejarah
Sibuk dengan perjuangan dan khidmat kepada manusia
Penuh di dalam penderitaan dan kesengsaraan
Namun Tuhan tidak pernah ditinggalkan
Bahkan Tuhan adalah kawan setianya

Selepas Asar
10 - 09 - 1999

62
PERJUANGAN

40 JANGAN BERDOLAK-DALIK LAGI

K ALAU telah yakin dengan perjuanganku ini


Jangan berdolak-dalik lagi
Kenalah ikhlas
Kenalah bersungguh-sungguh
Kenalah berkorban
Takkan tidak nampak lagi kebenaranku ini
Perjuanganku kan unik
Perjuanganku kan berlainan sekali
Bukankah khawariqul ‘adah amat banyak terjadi
Bukankah cerita-cerita yang aku cerita telah terjadi
Bukankah kejatuhan musuh-musuhku
bukan aku yang melakukannya
Tapi ia berlaku Tuhan sendiri yang membuatnya
Itukan satu keanehan yang berlaku
Sifat-sifat dan watak-wataknya
Seakan-akan yang berlaku di zaman para nabi
Apakah tandanya akan terjadi secara total
baru kita percaya
Baru hendak berkorban dan berjuang
tidak belah bagi
Keyakinan itu mahal nilainya
di waktu belum terjadi
Setelah terjadi baru hendak percaya,
kita sudah jadi orang biasa
Di waktu itu kita tidak ada istimewanya
Sebelum berlaku
Kita berkorban, besar sangat nilainya
Setelah berlaku
Pengorbanan kita kecil sangat harganya
Kerana itulah di masa inilah kentalkan keyakinan
Gigihkan perjuangan, sungguh-sungguh berkorban
Di waktu ini jika kita boleh lakukan
Kita termasuk orang pilihan Tuhan

63
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Kita juga akan diiktiraf sebagai ikhwan


seperti yang disabdakan
Ikhwan, Sahabat-Sahabat iri hati
mendengarnya
Ada yang berdoa agar dipanjangkan umurnya
Bersedialah menjadi ikhwan,
ini adalah tawaran yang tidak ada tandingan

Lepas Asar
16 - 09 - 1999

64
PERJUANGAN

MENCARI KEBENARAN
41 ADALAH WAJIB

M ENCARI kebenaran adalah wajib


Ia merupakan aset yang paling berharga di dua negara
Di negara yang sementara waktu dan negara
yang kekal abadi
Kebenaran itu hanya satu
Tidak ada dua, tidak ada tiga dan seterusnya
Kebenaran itu hanya yang datang dari Allah Taala
yang menjadikan manusia
Kebenaran ialah kejayaan yang paling besar lagi agung
Ia merupakan kebahagiaan di dunia dan di Akhirat
Kebenaran itu satu jalan yang bersifat rohani
dan maknawi
Tapi buahnya dapat dilihat di dalam kehidupan
yang sangat indah
Carilah kebenaran itu, jika dapat perjuangkanlah
Kalaulah kebenaran itu di atas gunung, dakilah
Jika di dalam laut, selamlah
Sekiranya di dalam bumi, galilah
Kalau didapati di dalam hutan, terokalah
Mencari kebenaran itu amat susah dan sulit
Memperjuangkan amat pahit tapi di hujungnya manis
Di dalam perjalanannya terseksa,
tapi kesudahannya bahagia
Jika kebenaran sudah didapati
pertahankanlah bermati-matian
Dengan harta, tenaga dan jiwa
Peganglah kebenaran itu,
jangan sampai terlepas
Sekalipun panas

13 - 08 - 2001

65
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

BERKORBANLAH UNTUK AGAMA,


42 BANGSA DAN NEGARA

B ERKORBANLAH untuk agama, bangsa dan negara


Berkorban apa sahaja, harta dan jiwa raga
Pengorbanan itu tidak sia-sia
Setiap keringat, setiap harta diberi pahala
Bahkan setiap dosa berjatuhan dan berguguran
Apatah lagi jiwa raga lebih besar nilainya
Kalau terkorban kerananya syahid namanya
Wah! Alangkah indahnya terlepas seksa kubur
dan tiada hisabnya
Kalau kita mengata Akhirat kekal abadi
Sama ada di dalam Syurga ataupun di dalam Neraka
Berkorban tidak ada susahnya
Bahkan mudah dan ghairah kerana Tuhan
Dan kerana mencintai kehidupan di sana
Berkorbanlah! Berkorbanlah! Berkorbanlah!
Sementara nyawa masih di badan
Peluang masih luas, pintunya terbuka
Terpulanglah kepada kita mahu atau tidaknya
Mengapa kita mahu bertangguh-tangguh lagi?!
Masa tidak menunggu kita!
Kematian kita boleh berlaku bila-bila masa!
Biarlah sedikit susah sekarang
Jangan menyesal di kemudian hari
Berkorbanlah apa saja!
Segala pengorbanan tidak sia-sia
Rabbul Hannan wal Mannan tetap membalasnya

Selepas Asar
20 - 05 - 1997
(12 Muharam 1418)

66
PERJUANGAN

ANGGOTA JEMAAH
43 TIDAK SAMA STATUS

D I DALAM sebuah jemaah Islam


anggota-anggotanya tidak sama status
Orang kaya atau berduit,
berkorban duit dan hartalah
Ada yang ada hanya tenaga
berilah tenaga dengan sesungguhnya
Tidak kurang yang ada ilmu
berilah ilmunya kepada jemaahnya
Ada yang uzur dan cacat,
harta juga tidak ada
Panjatkanlah doa selalu kepada Tuhan
untuk jemaahnya
Ada di antara mereka yang serius membaiki dirinya
Ibadahnya baik, akhlaknya mulia,
jiwanya bersih
Jadilah dia orang yang bertaqwa di kalangan
ahli jemaah
Walaupun dia tidak ada harta
tapi dari dialah disebabkan datangnya harta
Dari berkatnyalah kesenangan jemaah
dapat dikongsi bersama
Tapi tidak ada siapa yang tahu
Kerana rezeki yang datang melalui orang lain
bukan darinya
Bantuan yang datang tidak diduga disebabkan dia
Kerana dialah orang mudah mahu memberi
kepada jemaah
Dari sebab dialah pandangan Allah
orang lain diberi rezeki
Jadi di dalam sebuah jemaah
jangan nampak yang memberi sahaja yang berjasa
Jangan hanya orang berkorban sahaja
nampak menyumbang harta

67
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Tapi ada rezeki yang lebih banyak lagi


mengalir ke dalam jemaah
Disebabkan seseorang yang bertaqwa
orang lain jadi pemurah
Bantuan Tuhan melimpah-ruah
Semua anggota jemaah mendapat faedah
Kerana itulah orang yang pemurah
jangan merasa megah
Kerana mudah dia jadi pemurah
disebabkan orang yang bertaqwa
Berkat dialah yang menjadi jemaah mendapat rezeki
yang melimpah-ruah

Menjelang tidur
03 - 10 - 1999

68
PERJUANGAN

BAIKILAH DIRI DALAM


44 MEMPERJUANGKAN KEBENARAN

D I DALAM memperjuangkan kebenaran baikilah diri


Dosa-dosa jangan dilakukan sama sekali
Tajamkanlah rasa kehambaan setiap hari
Aturlah strategi
Elakkanlah perpecahan, satukan pandangan
Awasilah perjalanan musuh
Pemimpin taati kecuali yang melanggar syariat
Kemudian berkorbanlah segala yang ada
Sabarlah segala ujian
Tradisi musuh janganlah diikuti
Musuh ada jalannya sendiri
kita ada jalan yang tersendiri
Kemudian tunggulah hasilnya
Kalau memang kita orang yang dijanjikan
kemenangan pasti terjadi
Kalau kita bukan orangnya
yang lain menerima kemenangan
Ikhlaskanlah diri
Pahala tetap diperolehi

Selepas Subuh
20 - 10 - 1998

69
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

BERDISIPLINLAH
45 DALAM PERJUANGAN

B ERDISIPLINLAH di dalam perjuangan kebenaran


Bertata-susilalah di dalam pergaulan dengan manusia
Bersopan-santunlah di dalam bercakap dan berbicara
Beradablah dengan Tuhan di dalam sebarang keadaan
Terutama waktu beribadah dan menyembah-Nya
Memintalah sepadan dengan kedudukan kita
di dalam kehidupan
Mohonlah kepada Tuhan yang munasabah
Itulah yang dikatakan disiplin seorang mukmin
Berdisiplin dengan Tuhan dan berdisiplin dengan insan
Beradab dengan Tuhan dan beradab juga sesama manusia
Ini termasuklah siasah syar’iah
Atau syariat yang tersirat di sebalik yang tersurat
Boleh juga dikatakan kita berhadapan dengan Tuhan
dan manusia dengan penuh berhikmah
Berhikmah dengan Tuhan dan juga berhikmah
dengan manusia
Ini bukan pimpinan akal fikiran
Tapi ianya merupakan pimpinan hati yang murni
Hatinya sahaja yang boleh faham dan nampak
perkara-perkara yang halus dan seni
Jiwa yang bersih sahaja yang dapat melihat
perkara yang tersirat
Oleh itu bersihkanlah hati
Murnikanlah jiwa kita dari mazmumah
Kalau tidak, kita hanya boleh mendapat ilmu sahaja
Namun hikmah tidak mungkin kita memperolehinya

Menjelang Tidur
21 - 09 - 1999

70
PERJUANGAN

MAKIN KE HUJUNG
46 SERIUSLAH BAIKI DIRI

M AKIN ke hujung marilah kita


serius membaiki diri
Semakin dekat ke destinasi perjuangan
barisan perjuangan sepatutnya semakin padu
Begitu juga pengorbanan,
lajukan macam angin kencang
Macam lumba lari
di saat-saat akhir itulah makin kencang
kerana ia masa penentu
Minda-minda dan ilmu-ilmu
sungguh-sungguh dikuasai
Setelah pintu terbuka nanti
Minda-minda dan ilmu-ilmu kita ini
hendak disampaikan di seluruh negara
Kitalah orangnya yang akan menyampaikan
Orang lain kita tidak boleh harap
kerana ilmunya sudah mustakmal
Gerakan kita adalah gerakan tajdid
Segala-galanya akan diperbaharui
Sama ada caranya mahupun penghurainya
Pendekatannya dan stailnya
Barulah perubahan jiwa rakyat cepat berubahnya
Sampingkan remeh-temeh,
tunaikan kewajipan
Yang kurang penting dibelakangkan atau ditinggalkan
Bukan masa lagi kita membuang-buang masa sia-sia
Kita perlu serius, kita kenalah bekerjasama
yang padu sesama kita
Janganlah hal kecil dan remeh-temeh
mengganggu kita
Janganlah hal-hal dunia menghalang kita
Bantuan Allah sudah hampir,
moga-moga kita orangnya yang menerimanya

71
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Bersedia sungguh-sungguhlah kita dari sekarang


Kemenangan sudah di depan mata
Apakah kita mahu bercuai-cuai
dan berlalai-lalai lagi
Ayuh! Marilah kita gembleng tenaga
Menunaikan syarat-syaratnya untuk kemenangan
yang dijanjikan itu

Menjelang tidur
25 - 07 - 2001

72
PERJUANGAN

MEMBAIKI DIRI UNTUK


47 MENJADI RIJALULLAH

M EMBAIKI diri ialah untuk menjadi rijalullah


Menjadi orang Allah lebih tajam daripada pedang
yang paling tajam
Menjadi rijalullah lebih berkesan daripada senjata
yang amat canggih
Rezekinya dijamin Tuhan sekalipun kurang berusaha
Doanya boleh menggoncangkan dunia
Ke mana pergi di mana sahaja berada,
Tuhanlah yang menjaga dan memelihara
Walaupun ada ujian tapi rahmat dan bantuan Tuhan
lebih lagi berlipat-lipat ganda
Walaupun bilangannya sedikit tapi terasa kuat dan hebat
Di dalam perjuangan diberi jaminan dengan kemenangan
Kalau ditakdirkan Tuhan mematikannya
di dalam perjuangan
Dipastikan oleh Tuhan mendapat syahid
Dosa-dosanya diampunkan Tuhan
Darjatnya ditinggikan Tuhan
Bahkan boleh diizinkan memberi syafaat siapa
yang dia suka
Kepada mereka diberi berkat
Keberkatannya orang lain dapat sama merasa
Sekalipun orang kafir pun dapat berkatnya
Begitulah istimewanya orang Tuhan
Oleh itu di dalam perjuangan,
membaiki diri lebih utama
Itulah strategi yang paling ampuh
Kemudian barulah susun strategi yang boleh difikirkan
Untuk lebih sempurna dan berkesan

Lepas Zuhur
13 - 10 - 1999

73
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

48 SENJATA PALING AMPUH

U MAT Islam hari ini sudah tidak pandai lagi


hendak mencari kemenangan
Mereka sudah tidak tahu
Bagaimana hendak mendapat bantuan Tuhan
Umat Islam berfikir, bantuan dan kemenangan itu
Dengan ilmu dunia dan membuat kemajuan
Berusaha bersungguh-sungguh menggunakan akal
Fikiran macam orang bukan Islam
Islam memandang usaha lahir itu
hanya sampingan bukan kewajipan
Ada yang lebih penting dari itu
Untuk mendapat kemenangan bahkan keredhaan
Jadikan Tuhan sebagai kawan
dan bawa Ia ke mana-mana
Menjadi orang yang bertaqwa
setiap masa dan waktu
Membaiki diri dengan membetulkan
sembahyang lima waktu
Serius menjauhi dosa dan membersihkan jiwa
dari mazmumah
Berkasih sayang, bersatu padu
dan bertolong bantu
Inilah dia senjata umat Islam
Yang tersirat dan tersembunyi
Yang diabaikan oleh umat Islam
Seluruh dunia sekalipun ulama-ulamanya
Senjata yang tersirat itulah yang paling tajam
Senjata yang tersembunyi itulah yang paling ampuh
Untuk mengalahkan musuh-musuhnya
Senjata lahir yang diusahakan oleh umat Islam
Sama seperti yang ada pada musuh
Bahkan senjata yang ada pada musuh
Umat Islam tidak boleh menandinginya
Kerana kita juga berguru dengan musuh Islam

74
PERJUANGAN

Lantaran itu hingga hari ini


Kemenangan dan bantuan belum lagi datang
Kerana kita masih bersandar dengan musuh,
hendak melawan musuh
Tetapi senjata yang tersirat dan tersembunyi
Itu tidak ada pada musuh
Senjata itu kita dapat direct dari Tuhan
Jika kita memilikinya ertinya kita menjadi orang Tuhan
Bila jadi orang Tuhan kita dapat pembelaan
dari Tuhan yang Esa
Tuhan bila-bila masa sahaja
boleh mengalahkan musuh-musuh

Selepas Zuhur
27 - 10 - 1999

75
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

49 MUHASABAH PEJUANG

I NGIN kukatakan kepada para pejuang


Juga ingin aku ajukan pertanyaan
kepada pendakwah-pendakwah merata dunia
Khususnya para pejuang dan pendakwah-pendakwah
di negaraku
Di antara kalian ada yang sudah berjuang
puluhan tahun lamanya
Selama saudara berjuang sudah berapa orang
yang saudara Islamkan?
Di antara orang Islam pula berapa ramai
yang tidak bersembahyang, lalu bersembahyang?
Yang sudah bersembahyang berapa ramai pula
yang sembahyangnya memberi kesan?
Memberi kesan di dalam peribadinya,
di dalam keluarganya, di dalam tindak-tanduknya,
di dalam pergaulannya?
Kalau ada yang insaf, kemudian menyerah diri
kepada kalian
Sudahkah saudara memberi mereka tempat
untuk hidup secara Islam?
Jika saudara tidak dapat memberi jawapan
yang memuaskan
Ingin aku bertanya, selama ini apa yang
saudara perjuangkan?
Apa yang saudara cakapkan selama ini?
Dakwah yang saudara lakukan ke mana
saudara ajak orang ramai?
Kepada Tuhan? Kepada diri? Kepada partai?
Atau dakwah saudara itu sebagai hobi?
Untuk seronok-seronok dan penghibur hati?
Aku harap nilai semula perjuangan saudara!
Koreksi hati tujuan apa saudara berjuang
Sebelum terlanjur berpanjangan

76
PERJUANGAN

Selama nyawa masih ada di badan


Agar selepas mati tidak menyesal
Takutilah Allah di setiap perkataan!
Ingatlah Allah di dalam perjuangan
Agar dakwah dan perjuangan kita itu
untuk keredhaan Tuhan
Bukan hobi, dan bukan tujuan menghentam orang

Menjelang Tidur
28 - 08 - 2000

77
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

UJIAN DALAM PERJUANGAN


50 MEMANG BERAT

S IFAT dan watak perjuangan sejak rasul-rasul


ujiannya memang berat
Kerana itulah tidak semua orang
boleh menjadi pengikut-pengikutnya
Orang yang yakin, ikhlas dan jujur
serta setia sahaja yang boleh menjadi pengikut
Oleh kerana kebenaran itu dari Tuhan
Dengan rahmat-Nya ada perimbangan
dengan ujian-ujian itu
Di dalam kesusahan ada busyra
atau berita gembira
Iaitu Allah Taala datangkan dengan
berbagai-bagai pertolongan dan bantuan
Di dalam bala rahmat-Nya juga banyak
Dengan mukjizat, karamah, maunah,
khawariqul ‘adah
Mimpi yang benar, hatif, kasyaf, berita ghaib,
bantuan ghaib dan firasat
Siapa saja dan di zaman bila dan di kurun yang mana,
pejuang-pejuang kebenaran itu
begitu sifatnya dan wataknya
Ujian yang berat, bantuan yang berbagai-bagai bentuknya
sama-sama naik
Sama ada berlaku secara zahir mahupun
secara maknawi dan rohani
Kalau pejuang-pejuang di zamannya
tidak mendapat bantuan seperti yang disebut tadi
Yang ada hanya ujian-ujian yang berat sahaja terjadi
Sekalipun mereka mengatakan
memperjuangkan Islam
Itulah menunjukkan perjuangannya
tidak membawa kebenaran
Mungkin konsepnya telah tersalah
atau matlamatnya telah tersasar

78
PERJUANGAN

Boleh jadi juga di dalam berjuang


penuh dengan dosa
Usaha membaiki diri tiada atau tidak diambil kira
Paling tidak cara dan jalannya menyalahi Sunnah
Atau banyak cakap amalan tiada
Kerana itulah bantuan Tuhan tidak ada
Yang hanya ada kesusahannya sahaja

Menjelang Tidur
21 - 09 - 1999

79
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

51 SYARAT JADI PEMIMPIN

K ALAU engkau ingin jadi pemimpin


Sanggupkah engkau menjadi ayah,
bertanggungjawab kepada mereka?
Kalau engkau suka menjadi pemimpin
Sanggupkah engkau menjadi ibu tempat bermanja-manja?
Jika engkau hendak menjadi pemimpin
Sanggupkah engkau menjadi guru kepada mereka?
Boleh memberi didikan dan ilmu
Jika engkau mahu menjadi pemimpin
Sanggupkah engkau menjadi kawan yang setia?
Bila-bila masa boleh memberi pertolongan
dan bantuan kepada mereka
Jika engkau ingin jadi pemimpin
Ertinya engkau sanggup jadi ayah, jadi ibu,
jadi guru, jadi kawan setia
Kalau manusia fahamlah kedudukan pemimpin
Kepimpinan tidak akan jadi rebutan di kalangan manusia
Bahkan kalau orang memintanya pun dia akan menolaknya
Kecuali tidak dapat dielakkan kerana kehendak orang banyak
Sekarang kepimpinan menjadi rebutan dan buruan
Bukan ingin jadi watak-watak manusia yang kita sebutkan
Tapi di sana ada kepentingan dan keuntungan
Kerana itulah dunia hari ini huru-hara
Dikeranakan pemimpin yang tidak bertanggungjawab
dan mementingkan diri
Oleh itulah pemimpin hari ini dicaci-maki oleh rakyat

Menjelang tidur
17 - 12 - 1999
(9 Ramadhan)

80
PERJUANGAN

APALAH INDAHNYA
52 JADI PEMIMPIN (1)

A PALAH indahnya kalau kita seorang pemimpin


Yang memuji dan menyanjung kita itu orang yang berpura-
pura
Yang inginkan sesuatu dari kita
Apalah hendak dibanggakan orang
yang mengangguk-angguk depan kita
Di belakang kita dia mengutuk
Apalah ertinya orang membawa itu dan ini kepada kita
Sedangkan niatnya ada udang di sebalik batu
Apalah ertinya kepada kita
Yang menyambut kedatangan kita dan yang berdiri
di keliling kita hipokrit belaka
Pengaduannya kepada kita dusta belaka
Yang sejengkal jadi sehasta
Yang sehasta jadi sejengkal
Yang hitam jadi putih
Yang putih jadi hitam
Yang tiada diada-adakan, yang ada ditiadakan
Ambillah pengajaran masa yang lalu
Beberapa ramai pemimpin yang sudah bersara
keseorangan diri
Tiada yang mempeduli
Tiada yang datang, tiada yang menjenguk
Macam barang buruk yang tiada berharga!
Mana orang kiri kanan?!
Mana kawan seperjuangan?!
Ke mana pergi yang memuji dan yang menyanjung?!
Di mana sekarang yang mengaku setia?!
Mana orang yang bertempik mendengar pidato kita?!
Ke mana perginya orang yang mengangguk-angguk memben-
arkan kata kita?!

Selepas Subuh
03 - 05 - 1997

81
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

APALAH INDAHNYA
53 JADI PEMIMPIN (2)

A PALAH indahnya engkau menjadi pemimpin


Orang yang di keliling-kelilingmu bukanlah setia
Hormatnya kepadamu hanya pura-pura
Kasihnya kepadamu hanya dibuat-buat sahaja
Di hadapanmu mereka mengangguk-angguk
Di belakangmu mereka mengutuk
Terjadi begini kerana engkau memimpin untuk dirimu
Bukan untuk Allah yang menjadikan kamu
Kerana itulah pengikutmu mengikutmu
ada kepentingan juga
Mereka pura-pura taat kerana inginkan
sesuatu daripadamu
Seperti kamu juga memimpin untuk mendapatkan
sesuatu buat dirimu
Kerana itulah orang yang memimpin macam kamu
Ramai sekali di dunia ini
Apabila jawatan sudah tidak ada lagi
Aduh! Ramai orang di keliling-kelalangmu habis lari
Engkau tinggal keseorangan,
seolah-olah orang tidak kenal
Engkau berjalan seorang diri
Tidak ada siapa yang mempeduli
Barang bawa sendiri
Semuanya engkau urus sendiri
Di waktu engkau memimpin dahulu
engkau tinggalkan Tuhan
Kerana itulah Tuhan membiarkan orang
meninggalkan kamu
Apalah indahnya menjadi pemimpin begini
Di dunia lagi sudah nampak terhinanya
Di Akhirat kelak apatah lagi

Menjelang tidur
10 - 09 - 2000

82
PERJUANGAN

54 PEMIMPIN PALSU ORANG BENCI

P EMIMPIN yang sejati lagi hakiki itu


orang hormati dan sayangi hingga mati
Pemimpin yang palsu makin ke hujung kepimpinannya
makin orang benci
Kerana takut, rakyat di hadapannya pura-pura hormat,
di belakangnya dikutuk dan dilaknat
Pemimpin yang gagal untuk taatkan rakyat,
banyak akta dan peraturan yang dibuat
Berbagai-bagai undang-undang yang dibuat untuk menyekat
Apabila dengan undang-undang pun gagal mengawal rakyat
Ugutan-ugutan pun dibuat
Gertak-gertak dan bentak-bentak dilakukan selalu
apabila bercakap
Bercakap selalu marah-marah, jasa dan baktinya
mulalah diungkit-ungkit di hadapan rakyat
Menuduh rakyat tidak mengenang jasa
Bercakap selalu sahaja mengikut rasa
Pertimbangan sudah tidak ada
Selalu sahaja melatah, selalu sahaja menuduh melulu
Apabila berbagai cara dibuat, rakyat makin marah
Rakyat makin mengata, orang ramai makin menghina
Tuduhan-tuduhan pun dibuat oleh pemimpin
yang sudah kecewa
Carilah salah musuh-musuhnya, yang kecil dibesar-besarkan
Yang tiada diada-adakan
Diwujudkanlah perkara-perkara yang tidak wujud
Maka tangkapan pun dilakukan
untuk mempertahankan kedudukan
Begitulah pemimpin yang tidak popular
Yang gagal mendidik rakyat
Sepatutnya mengundur diri,
bukan bertindak terhadap rakyat

13 - 08 - 2001

83
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

PEMIMPIN YANG DITUNJUK


55 OLEH JARI

B ELUM pernah pemimpin yang ditunjuk oleh jari


di dalam sejarah dapat menegakkan keadilan
Mereka kalau ada pun paling baik hanya dapat membangun
Dapat membuat berbagai-bagai kemajuan dan kemudahan
di dalam negara
Belum pernah berlaku di dalam sejarah pemimpin
yang dilahirkan oleh demokrasi
dapat membawa kasih sayang
Kalau berlaku pada lahirnya ada kasih sayang
hanya kasih sayang yang pura-pura
Kalau begitu mengapa kita mengharapkan sangat
keadilan dari seorang pemimpin yang ditunjuk oleh jari
Lebih-lebih lagi apa yang kita harapkan
dapat kasih sayang darinya?
Padahal kita yang inginkan keadilan dari pemimpin itu, men-
empuh jalan demokrasi juga
Menempuh jalan yang sama, hasilnya sama juga
Kalau pemimpin itu kita tukar dengan jari kita
maka diganti pula pemimpin yang lain
Kita akan dapat jawapannya sama sahaja
Mana boleh sistem demokrasi melahirkan
pemimpin yang adil dan dapat memberi
kasih sayang yang tulen
Kalau begitu lebih baik kita didik rakyat
dan asuh orang ramai membaiki diri
Terutama kita yang menganjurkan itu
lebih dahulu membaiki diri
Moga-moga dengan itu Tuhan akan lahirkan segera
pemimpin yang Allah sendiri tunjuk
Apabila Tuhan yang tunjuk pasti pemimpin itu adil
dan pengasih serta penyayang
Mana boleh kita hendak makan kuih bahulu,
mengikut acuan apam balik
Mana mungkin kita tanam pokok rambutan

84
PERJUANGAN

inginkan buah durian


Tidak mungkin di kalangan rakyat yang masih jahat
hendak melahirkan pemimpin yang baik
Pemimpin cara demokrasi ertinya pemimpin dari rakyat
Kalau kita sendiri pun dan rakyat seluruhnya masih jahat
bagaimana hendak melahirkan pemimpin yang baik
Berapa banyak pemimpin yang silih berganti
yang berlaku oleh sistem demokrasi
Hasilnya sama sahaja bahkan adakalanya yang mengganti
lebih jahat lagi daripada yang diganti
Sekalipun yang mengganti itu atau yang menang itu
katanya memperjuangkan Islam
Bukankah dunia telah membuktikan
berapa ramai pemimpin yang silih berganti
oleh sistem demokrasi
Tidak ada seorang pun yang adil
dan membawa kasih sayang
Mengapa kita tidak boleh berfikir lagi?!

Selepas Asar
1 Safar 1421

85
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

MENDIDIK RAKYAT
56 BUKAN DENGAN GERTAK

M ENDIDIK rakyat bukan boleh gertak-gertak


dan membentak-bentak
Apatah lagi mengugut-ugut bukan caranya
Hendak menjadikan rakyat yang baik kenalah bijaksana
Kerana manusia itu ada akal boleh berfikir
Ada jiwa yang mempunyai perasaan
Perasaan manusia kenalah jaga
Mendidik rakyat kenalah pemimpin ada ilmu yang banyak
Ilmu yang sentiasa baru
Jangan ilmu yang itu sahaja diulang-ulang manusia jemu
Mendidik rakyat si pendidik ada contoh
yang baik pada dirinya
Ibadahnya baik, akhlaknya baik, tutur kata
dan pergaulannya baik
Kalau cakapnya tidak serupa bikin, rakyat melihat dan menilai
Mungkin di hadapan pemimpin rakyat mengangguk-angguk
Di belakang pemimpin rakyat mengata dan mengutuk
Mengugut dan menghukum itu adalah usaha yang terakhir
Setelah rakyat dididik dengan bijaksana, lama pula masanya
Adakalanya kejahatan rakyat disebabkan kejahatan kita
Kerana itulah jika rakyat jahat, jangan salahkan mereka sahaja
Jangan-jangan kita pemimpin yang jahat,
bagaimana rakyat hendak taat
Ketaatan itu adalah perasaan hati setelah dinilai oleh mata
Kalau mata selalu melihat pemimpin bejat
Bagaimanalah rakyat mahu taat dan setia

Selepas Zuhur
04 - 08 - 2001

86
PERJUANGAN

PEMIMPIN YANG MENGENAL


57 PERJALANAN HATI

P EMIMPIN yang mengenal perjalanan hati manusia


hampir tiada
Yang faham perjalanan hati manusia
Pemimpin yang lahir mudah sahaja
Ramai pemimpin telah buta
dengan perjalanan hati manusia
Sebab itu hati tidak diambil kira
Apabila hati buta tidak nampak jalan yang merbahaya
Setiap hari pemimpin membawa rakyatnya ke Neraka
Dia sangka ke Syurga
Setiap hari pemimpin menggilap lahir rakyatnya
Tapi menggelapkan hati mereka
Pemimpin yang membawa mala petaka itu
berpengaruh sekali
Bahkan mereka dianggap berjasa
Mereka dipuja, walaupun secara pura-pura
Mereka disanjung, sekalipun di belakangnya dibohongi
Mereka dipuji, walaupun di belakangnya dicaci-maki
Lupa daratanlah pemimpin-pemimpin itu
Dibuai oleh rakyatnya yang tidak setia tapi tidak ketara
Namun mereka diperlukan
Mereka membawa syurga dunia
Menjamin kemewahan yang sementara

Selepas Subuh
19 - 11 - 1998

87
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

TAAT SETIA BUKAN BOLEH


58 DIPAKSA-PAKSA

T AAT setia bukan boleh dipaksa-paksa


dan diminta-minta
Juga kasih sayang bukan boleh ditagih,
diarah-arah dan dirayu-rayu
Ia adalah persoalan batin dan hati manusia
Taat setia dan kasih sayang ada sebab-sebabnya
Ada faktor-faktor yang tertentu
yang menyebabkan berlakunya
Kalau seseorang yang zalim, ego dan sombong
Fitrah semula jadi manusia automatik benci
dan menolaknya
Kalau seseorang kasar dan kesat bahasanya
dan tidak kasih kepada orang
Mudah terjadi hilang kasih sayang dari jiwa manusia
Taat setia bukan persoalan fizikal
Juga kasih sayang bukan persoalan fizikal dan luaran
Tapi ia adalah persoalan dalaman dan kejiwaan
Hati dan jiwa manusia, ia dengan sendiri faham
Sekalipun tidak pernah masuk ke sekolah
dan mempunyai pelajaran
Dia tahu sahaja siapa yang mesti ditaati
Dan siapa yang patut diderhakai
Juga dia faham, kepada siapa
yang dia hendak berkasih sayang
dan yang patut dibenci
Kalau kita ingin ditaati
Tidak payah diminta-minta atau digesa-gesa
Juga kalau ingin dikasihi tidak payah ditagih
dan diminta-minta
Betulkan diri kita dan berakhlak mulialah
Orang akan memberi taat setia
Walaupun tidak diminta
Juga orang akan memberi kasih sayang

88
PERJUANGAN

Sekalipun kita tidak menagihnya


Jika orang tidak taat dan setia
Janganlah salahkan orang
Kalau orang tidak memberi kasih dan sayang
Jangan marahkan sesiapa
Salahkanlah diri sendiri dan betulkanlah diri
Kerana hati dan jiwa tidak pernah berdusta
Ia faham kepada siapa sepatutnya
memberi kasih sayang dan taat setia

Menjelang tidur
26 – 10 – 1999

89
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

59 SIFAT PEMIMPIN YANG DIJANJIKAN

P EMIMPIN yang sejati itu walaupun bukan rasul


Wibawanya nampak terserlah
Lebih-lebih lagi pemimpin yang dijanjikan
Akhlaknya tinggi lagi mulia
Sabarnya luar biasa, tidak ada taranya di zamannya
Ilmunya tajam sangat memberi kesan kepada jiwa
Apa yang keluar dari lisannya seolah-olah
tidak pernah didengar dari sesiapa
Kedatangannya membawa berkat
yang melimpah-ruah di dalam kumpulannya
Bahkan ia merupakan sumber rezeki
Daripada peribadinyalah orang ramai ditolong dan dibantu
Karamahnya banyak sama ada yang bersifat maknawi
dan rohani mahupun maddi
Kerana itulah orang yang sayang terlalu amat sayangnya
Orang yang benci terlalu benci pula
Pemimpin yang macam ini datang beratus tahun sekali
Macam kedatangan rasul dan nabi
Ajarannya sangat membawa perubahan
kepada yang menerimanya
Yang tidak ada hasad dengki, walaupun tidak menerima
tapi senang dengannya
Ia sangat mencabar ajaran dan ideologi di zamannya
Kerana itulah ajarannya dan kedatangannya
Sangat dimusuhi oleh para pemimpin di zamannya
Lebih-lebih lagi pemerintah di zamannya
Kerana itulah pemimpin sejati itu
Sentiasa diburu oleh musuh-musuhnya
Ada di kalangan mereka yang dibunuh dan dipenjara

Menjelang Maghrib
10 - 12 - 1999
(2 Ramadhan)

90
PERJUANGAN

PEMIMPIN BERSIFAT
60 RASUL ATAU NABI

R ASUL atau nabi, dan juga ulama


yang bersifat rasul atau bersifat nabi
Adalah pemimpin
Pemimpin yang membawa manusia kepada Tuhan
Kalau begitu bukan semua orang
yang boleh jadi pemimpin
Jika dia bukan rasul atau nabi atau ulama
yang bersifat rasul atau nabi
Ramai para pemimpin
bukan membawa orang kepada Tuhan
tapi kepada syaitan
Tapi mereka tidak sedar
Kerana mungkin niatnya baik
tapi dia bukan orangnya
Betapalah kalau dia niatnya tidak baik
Sudah tentu dia membawa manusia
kepada syaitan
Membawa kepada Tuhan
bukan satu yang mudah atau senang
Kerana jalan kepada Tuhan itu
adalah bersifat maknawi dan rohani
Ia memerlukan akal yang terpimpin
Dan hati yang bersih dari mazmumah
Yang dapat memikirnya
dan yang dapat merasakannya
Kalau ilmunya sahaja yang banyak
Sedangkan hatinya penuh dengan mazmumah
Dia tidak akan nampak jalan kepada Tuhan
Diri sendiri dia tidak boleh memimpinnya
Betapalah orang lain
Tapi hari ini ramai orang berebut-rebut
hendak jadi pemimpin
Diri rosak dan merosakkan orang banyak

91
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Kerana itulah ramai orang


tidak kenal Tuhan
Kerana pemimpin sendiri pun
tidak kenal Tuhan
Bagaimana hendak mengenal rakyat
atau pengikut-pengikutnya
Pemimpin yang dapat mengenalkan Tuhan
tidak banyak
Menjadikan orang banyak
susah mencari Tuhan

Lepas Zuhur
09 - 12 - 1999
(1 Ramadhan)

92
PERJUANGAN

61 ULAMA PEWARIS NABI

U LAMA adalah pewaris nabi


Pewaris ertinya memiliki, mempunyai
apa yang dipusakakan oleh Nabi
sebagai peninggalannya
Pewaris bukan sekadar memiliki ilmunya
Kerana ilmunya, orang kafir pun boleh
memilikinya
Pewaris nabi ertinya memiliki ilmunya,
ketaqwaannya, ibadahnya dan akhlaknya
Tawadhuknya, pemurahnya bayangan Nabi
Kasih sayangnya, pemaafnya mencontohi Nabi
Keyakinannya, kesabarannya,
kegigihannya berjuang juga ada padanya
Cintakan Tuhan lebih daripada segala-galanya
Takutkan Tuhan memenuhi jiwanya,
adakalanya terpancar di mukanya
Bijaksananya di dalam mendidik
Ramai manusia yang mendapat kesedaran darinya
Keberaniannya luar biasa
Tegasnya beragama sangat ketara
Korban apa sahaja untuk Tuhannya
Cinta dunia tiada kerana Akhirat
matlamat hidupnya
Risalah Tuhan sangat gigih memperjuangkannya
Begitulah yang dikatakan ulama pewaris nabi
Walaupun bukan nabi tapi tabiatnya
adalah tabiat nabi di dalam semua halnya
Kalaulah zaman kenabian masih ada
Merekalah nabi-nabi di zamannya
Sungguh hebat ulama pewaris nabi!
Kerana hidupnya bayangan nabi
Di mana kita hendak cari
ulama pewaris nabi di zaman ini?!

93
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Kerana kebanyakan ulama telah menjadi


pewaris sultan atau wuzarak
Atau mereka telah memiliki tabiat orang banyak
Cumanya beza dengan orang ramai
ilmunya banyak

Lepas Zuhur
09 - 12 - 1999
(1 Ramadhan)

94
PERJUANGAN

PEMIMPIN SEJATI PENGHUBUNG


62 KEPADA TUHAN

P EMIMPIN sejati itu adalah penghubung


di antara hamba dengan Tuhan
Tidak ada pemimpin ertinya tidak adalah
penghubung kepada Tuhan pencipta alam
Orang ramai perlu kepada penghubung untuk menuju Tuhan
Pimpin diri sendiri sekalipun ulama,
tidak mungkin sampai kepada Tuhan
Kerana itulah perlu adanya rasul atau nabi
Dan juga perlu adanya ulama yang berwatak rasul atau nabi
Untuk memimpin manusia menghubung
atau menuju Tuhannya
Tidak mahu dipimpin, hanya berjalan sendiri
akan gagal menuju Tuhan
Sekalipun niat kita betul dan cuba menujunya
Kerana jalan kepada Tuhan jalannya tidak nampak
Ia adalah dipandu oleh pemimpin yang berilmu
dan jiwa yang suci
Kerana pemimpin sejati itu fikirannya terpimpin
Jiwanya bersih tempat ilham Tuhan
Siapa yang tidak mahu dipimpin
Dia akan gagal menuju Tuhan
Kerana sudah menjadi tradisi sejak zaman-berzaman,
adanya pemimpin
Janganlah anggap menuju Tuhan boleh sampai
tanpa pemimpin
Nanti yang akan memimpin adalah syaitan
Pimpinan syaitan adalah menyesatkan
Oleh itu harap mengambil perhatian
Setiap orang mesti perlukan pimpinan
Agar segala usahanya sampai kepada Tuhan

Lepas Zuhur
10 - 12 - 1999
(2 Ramadhan)

95
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

63 CIRI-CIRI PEMIMPIN SEJATI

P EMIMPIN sejati itu sangat disayangi


oleh pengikut-pengikutnya
Tapi dia sangat didengki oleh orang yang berpenyakit hati
Terutama para pemimpin yang tidak disayangi
oleh pengikut-pengikutnya
Kerana iri hati, kerana tercabar dia tidak dapat
kasih sayang itu dari pengikut-pengikutnya
Maka dituduhlah jangan fanatik dengan pemimpin
Fanatik dengan pemimpin itu amat bahaya
Pemimpin akan menyalahgunakan pengikut-pengikutnya
untuk kepentingan diri
Begitulah di antara tuduhan kepada pemimpin sejati
Pemimpin sejati itu di tengah-tengah pengikutnya,
pengikut merasakan senang dan bahagia
Berpisah dengannya dirasa satu kekosongan
Bersama pemimpin terasa kenyang, berpisah dengannya
terasa kehilangan
Bersama pemimpin rasa tidak mahu berpisah
Berpisah dengan pemimpin terasa rindu
Pemimpin sejati itu lebih diperlukan
daripada seorang ayah dan ibu
Bersama pemimpin terasa kuat
Berpisah daripadanya terasa lesu
Mendapat pemimpin sejati itu, bagaikan dapat ayah,
ibu, pemimpin, kawan dan guru
Bagaimanalah hendak mendapatkan pemimpin
di akhir zaman ini semacam itu
Kebanyakan di akhir zaman
adalah pemimpin-pemimpin yang palsu
Kerana itulah ketaatan pengikut tidak padu

Menjelang tidur
17 - 08 - 2001

96
PERJUANGAN

64 PEMIMPIN YANG MERENDAH DIRI

K ALAU orang miskin merendah diri,


kita tidak hairan
Mungkin dia sedarkan dirinya kerana miskinnya
atau kesusahannya
Mungkin dia inferiority complex,
bukan kerana tawadhuk
Jika orang kaya merendah diri,
ia manusia luar biasa
Biasa mereka ego dan sombong sesama manusia
Kerana merasa manusia luar biasa
Lebih-lebih lagi seorang pemimpin besar
atau pemimpin negara merendah diri
Kasih sayangnya pula kepada rakyatnya
atau pengikut-pengikutnya amat ketara
Biasa mereka bukan sahaja sombong tapi menindas
dan menzalim terhadap manusia
Ini adalah manusia yang sangat luar biasa
Pemimpin semacam ini sudah tentu
disayangi oleh rakyatnya
Orang ramai dan pembesar-pembesar
pun sangat menghormatinya
Nama mereka akan disebut selalu
sekalipun selepas matinya
Mereka sudah mesti akan ditulis di dalam sejarah
Mereka akan dipuji dan dikenang
Kematiannya dirasakan satu kehilangan
yang besar kepada rakyat
Pemimpin semacam ini mungkin berlaku
ratusan tahun sekali
Macam kedatangan rasul, ratusan tahun
baru berlaku
Pemimpin yang merendah diri ini
kedatangannya memang dirindui

97
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Semua golongan menunggu-nunggu kedatangannya


Kerana sebelum itu telah didahului
puluhan pemimpin yang sombong dan zalim
Rakyat jemu hidup beratus tahun
dengan pemimpinnya
Mereka hidup terumbang-ambing
Bahkan hidup di dalam ketakutan
dan kebimbangan
Di masa ini seluruh rakyat di dunia
menunggu pemimpin yang adil
Pemimpin yang merendah diri
dan kasih sayang dengan rakyatnya

Lepas Zuhur
22 - 12 - 1999
(15 Ramadhan)

98
PERJUANGAN

65 PEMIMPIN PILIHAN TUHAN

T UJUH ratus tahun umat Islam menjadi empayar


Selama itu kerajaan yang berkuasa bertukar ganti
atau silih berganti
Disandarkan kerajaannya mengikut bani masing-masing
Daerah bertambah luas
Ilmu pengetahuan pesat berkembang
dengan berbagai-bagai cabangnya
Rakyat ramai berbagai-bagai bangsa memeluk Islam
Tetapi kerajaan atau pemerintahan yang adil boleh dibilang
Rasulullah SAW dan Khulafa-Khulafaur Rasyidin
Ditambah lagi Umar Ibnu Aziz, Salehuddin Al Ayubi, Muham-
mad Al Fateh
Ini menunjukkan keadilan itu sangat mahal
Hanya pemimpin pilihan Tuhan atau yang ada isyarat
dari Tuhan sahaja yang boleh melakukan keadilan
Selain itu sekalipun ada, yang boleh banyak beribadah
Namun untuk menegakkan keadilan sangat susah
Kerana keadilan itu sangat mahal
Satu sifat ini sahaja sudah mendekati taqwa
Pemimpin yang adil itu termasuk orang yang
dapat perlindungan Tuhan di Padang Mahsyar
Di setiap zaman kita tahu bahawa
pemimpin yang adil itu datang sekali-sekala
Yang ramai itu adalah pemimpin yang zalim
Yang melakukan sewenang-wenangnya
di dalam pemerintahannya
Yang beraja di nafsu dan beraja di mata
Yang bertindak mengikut rasa
Tidak kira dosa dan pahala,
Tuhan redha atau Tuhan murka
Itu semuanya sudah tidak diambil kira
Menjelang tidur
19 - 12 - 1999
(11 Ramadhan)

99
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

66 JIKA PEMIMPIN BERTAQWA

A PABILA pemimpin yang berkuasa itu


mempunyai sifat taqwa yang tinggi
Maka Tuhan pun membantu dengan mengalirkan
rahmat dan berkat-Nya kepadanya
Dari berkat itu melimpah dan mengalir
ke seluruh rakyat di dalam negara
Maka Tuhan pun campur tangan
ikut mengawal dan menjaga
Dimurahkan rezeki
maka jadilah negara makmur, rakyat mewah
Pintu hati manusia pun tertutup
untuk melakukan jenayah
Maka berlakulah keselamatan dan keamanan
di merata negara
Kebimbangan dan ketakutan pun hilang
Tuhan masukkan di dalam hati manusia
malu hendak membuat maksiat
Maka bersihlah negara dari sebarang kemungkaran
Mata selamat, hati tidak ternoda, iman tidak tercacat
Kelihatan manusia penuh tawadhuk, malu
bermaruah dan berdisiplin
Berkasih sayang sesama manusia
bekerjasama dan hormat-menghormati
Bertolak ansur, simpati
mengutamakan orang lain dan harmoni
Tidak ada orang miskin yang terbiar
Tidak ada orang sakit yang terlantar
yang tidak diambil peduli
Tidak ada orang kaya yang tamak dan bakhil
Masing-masing menjadi pemurah
seronok berkhidmat kepada orang yang susah
Di mana-mana dan ke mana sahaja perempuan pergi
tidak ada yang akan menodai
Barang yang tercicir dijumpa kembali

100
PERJUANGAN

atau akan dikembalikan semula kepada yang empunya


Orang-orang yang bermusafir
berebut-rebut untuk dijadikan tetamu
Di mana-mana sahaja kelihatan Tuhan itu dibesarkan
dan disembah orang
Syariat diamalkan orang
akhlak ibarat bunga yang indah di dalam kehidupan
Syiar Islam itu kelihatan di mana-mana sahaja
Alangkah indahnya hidup ini
kerana adanya pemimpin yang bertaqwa
Dengan sebabnyalah
seluruh rakyat mendapat rahmat dan berkat
Dengan sebab pemimpin itulah
rakyat dibantu dan diberi rezeki

Menjelang tidur
22 - 11 - 1999

101
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

67 PEMIMPIN BAGAI IBU AYAH

A PABILA mendapatkan pemimpin atau guru


Bukan sahaja mendapatkan ilmu
Tapi mendapatkan ibu dan ayah
Mendapat bapa yang pengasih
dan mendapat ibu tempat bermanja
Lebih-lebih lagi mendapat pelindung
Dan tempat mengadu segala masalah
Bahkan peranan pemimpin dan guru
Lebih tinggi daripada peranan ibu dan ayah
Biasanya peranan ibu dan ayah
Memberi makan minum,
menjaga kesihatan badan
Tapi guru lebih-lebih lagi pemimpin
memberi ilmu, tunjuk ajar, makan dan minum
Tempat berlindung, tempat kasih sayang
dan bermanja
Tempat mengadu, tempat menyelesaikan masalah
Apabila dapat guru atau pemimpin
Tidak ada ibu dan ayah pun tidak mengapa
Pemimpin dan gurulah pengganti tempat ibu dan ayah
Segala persoalan hidup
pemimpin dan gurulah yang bertanggungjawab
Masih ada pelindung, masih ada tempat bermanja
Dan masih ada tempat kasih sayang

Guru-guru tidak lagi bertanggungjawab sebagai guru


Kerana itulah banyak manusia yang terbiar
Ramai orang yang kehilangan tempat kasih sayang
Dan tempat bermanja
Terdedahlah perlindungan manusia
Padahal kehilangan tempat bermanja
kehilangan tempat kasih sayang
Dirasakan oleh manusia sangat terseksa

102
PERJUANGAN

Kehidupan mereka terasa kosong


sekalipun banyak harta
Jiwa resah dan gelisah
sekalipun di dalam keadaan mewah

Kasih sayang tempat bermanja


tidak boleh ditukar ganti
Kasih sayang tempat bermanja
Tidak boleh ditukar dengan wang ringgit,
pangkat dan harta
Ia sangat diperlukan oleh manusia setiap masa
Sekalipun orang dewasa dan orang tua

Lepas Zuhur
28 - 10 - 1999

103
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

INDAHNYA NEGARA
68 JIKA PEMIMPIN BAIK

A LANGKAH indahnya sebuah negara


Pemimpin-pemimpinnya laksana ayah
Di dalam bertanggungjawab kepada rakyatnya
Dia seperti ibu, sifat kasih sayangnya

Ibarat guru memberi ilmu dan tunjuk ajarnya


Dengan penuh kasih sayang
Bijaksana dan dia dahulu menghayatinya
Wibawanya tinggi, akhlaknya mulia

Adakalanya dia berwatak pemimpin


Memberi arahan-arahan kepada rakyatnya
dan menghukum dengan adil
Dengan tegas dan penuh hikmah
Tidak ada diskriminasi dilakukannya

Di waktu tertentu sebagai kawan setia


Mengutamakan kawan-kawannya dari dirinya
Memberi maaf ke atas kesalahannya
Meminta maaf kalau dia pula yang bersalah

Apabila berlaku sifat-sifat ini


pada para pemimpin
Alangkah mudah mendidik rakyatnya
di dalam negara
Mereka akan taat dan setia kepada pemimpin
Pemimpin dihormati dan dimuliakan
dengan tidak berpura-pura

Rakyat bekerja dengan penuh gembira dan ceria


Untuk agama, bangsa dan negara
Mereka sanggup mati kerananya
Kedaulatan agama, bangsa dan negara terpelihara

104
PERJUANGAN

Lahirlah masyarakat yang berkasih sayang


sesama mereka
Bertolong bantu, bekerjasama
Hidup aman, damai dan harmoni
di dalam negara
Dengan pimpinan Allah Taala
yang Maha Esa lagi Berkuasa

April 2001

105
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

KEMENANGAN UNTUK
69 PEMIMPIN YANG DIJANJIKAN

A PABILA Allah Taala menjadikan kemenangan


kepada umat Islam di suatu zaman, di sebuah negara, ber-
laku di dunia ini
Tuhan akan pilih seorang pemimpin yang dijanjikan
Allah mencukupkan dan lengkapkan
keperluan-keperluan pada seseorang pemimpin itu
jasmani dan rohaninya
Hingga terserlah kemampuan
dan kewibawaannya
Orang-orang yang direzekikan
menjadi pengikut-pengikutnya
jatuh hati kepadanya
Maka pemimpin itu pun mendidik
dan memimpin pengikutnya
Tuhan permudahkan pengikut-pengikutnya
menghayati didikannya dan mengamalkannya
Maka terjadilah jemaah dan pengikut-pengikutnya
menjadi role model di zamannya
Rahmat dan berkat dari Allah pun mencurah-curah datang
di bumi dan langit
Khawariqul ‘adah dan berita-berita ghaib pun berlaku
sebagai bantuan dan keyakinan
Dalam masa yang sama ujian-ujian-Nya pun ditimpakan
kepada pemimpin dan pengikut-pengikutnya
Untuk menyaring di kalangan para pejuang
di antara yang ikhlas dengan yang mengambil peluang
Natijahnya terjadilah saringan
Ada yang kekal dan ada yang terbuang
Ada yang tinggal ada yang menentang
Yang tinggal Allah takdirkan mereka
makin serius membaiki diri
Malam menjadi abid mengadukan halnya
kepada Tuhan

106
PERJUANGAN

Siang hari berusaha dan berjuang


macam singa yang garang
Barisan pejuang bertambah bersatu dan berdisiplin
di dalam satu pimpinan
Bantuan Tuhan yang besar pun datang
secara luar dugaan
Iaitu diberi kemenangan di dalam perjuangan
Yang selama ini memang ditunggu-tunggu
dengan penuh kesabaran

Menjelang tidur
11 - 10 - 1999

107
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

70 ULAMA BERWATAK RASUL

U LAMA yang berwatak rasul,


tugasnya memimpin secara umum
Ulama yang berwatak nabi, kepimpinannya secara khusus
Iaitu yang lebih tertonjol adalah ibadahnya
‘Rasul yang bukan rasul’, penumpuan ibadahnya 30 peratus
Kepimpinannya untuk manusia 70 peratus itulah yang utama
Tapi boleh juga untuk Tuhan dan untuk manusia 50-50
Ini adalah yang sederhana
Ulama yang berwatak nabi, untuk ibadah 70 peratus
Untuk kepimpinannya 30 peratus itulah yang utama
Di sini baru kita faham
‘Rasul yang bukan rasul’, pimpinannya yang lebih menonjol
‘Nabi yang bukan nabi’, ibadahnya yang lebih menonjol
Di antara dua golongan ini jangan ditukar
watak dan peranannya
‘Rasul yang bukan rasul’ jangan bertukar
berwatak ‘nabi yang bukan nabi’
Begitu juga ‘nabi yang bukan nabi’ jangan pula bertukar ber-
watak ‘rasul yang bukan rasul’
Masing-masing berperananlah mengikut watak
yang Tuhan anugerahkan
‘Nabi yang bukan nabi’ abidnya yang ketara
‘Rasul yang bukan rasul’ kepimpinannya yang lebih nyata
Kalau dua golongan ini faham kedudukan diri
Kemudian masing-masing boleh berperanan
mengikut watak semula jadi
Alangkah indah dan cantiknya
Manusia umum terpimpin dengan penuh disiplinnya
Mereka selamat dan menyelamatkan

Menjelang tidur
20 - 09 - 1999

108
PERJUANGAN

71 PEMIMPIN KEBENARAN

D I DALAM satu perjuangan kebenaran


mestilah satu pimpinan
Pemimpinlah yang memberi ilmu,
minda dan didikan
Siapa yang datang kemudian
walau bijak macam mana sekalipun
dia tidak boleh campur tangan
Dia kenalah menerima ilmu, minda, didikan
dari pimpinannya
Walaupun ideanya tidak menyalahi,
idea pemimpin mesti didahulukan
Bila satu pimpinan dari pemimpin nombor satu
Akan lahirlah akidah yang satu, fikiran yang satu
di dalam satu barisan
Pengikut-pengikutnya sangat berdisiplin
terutama di dalam ibadahnya
Sikap dan tindakan tidak jauh perbezaan
Barulah dapat dilihat begitu cantik
ahli-ahli di dalam barisan
Kerana itulah pemimpin nombor satu
bukan calang-calang orang
Ilmunya cukup, wibawanya tinggi,
mindanya tidak kehabisan
Agar siapa sahaja yang datang kemudian
di kalangan cerdik pandai
boleh menerima pimpinannya
Dia disegani, dihormati kerana mempunyai wibawa
dan peribadi yang tinggi
Oleh itu pemimpin tidak boleh jadi rebutan
Kalau wibawa seseorang itu tidak cukup terserlah
sekadar pandai bercakap sahaja, siapa boleh hormati
Pemimpin Islam itu sebenarnya
peribadinya adalah bayangannya

109
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Kerana itulah jemaah kebenaran


sedikit sekali daripada anggotanya di kalangan ulama
Lantaran ulama tidak sanggup menerima pimpinannya
Tapi manakala sebuah jemaah Islam itu
disiplinnya longgar
Pemimpinnya pula kurang berwibawa
Para-para ulama akan berani berada di sana
kerana masing-masing mahu mencorak
Akibatnya lahirlah pimpinan di dalam pimpinan
Tidak akan terjadilah satu akidah, satu fikiran
dan satu jalan di dalam satu barisan
Inilah yang berlaku kepada jemaah-jemaah Islam
di akhir zaman
Kerana itulah pemimpin Islam
tidak dilantik oleh jari
Tapi dilantik oleh fitrah semula jadi,
macam kedatangan nabi

Selepas Asar
13 - 09 - 1999

110
PERJUANGAN

72 SUPER ZALIM VS SUPER SOLEH

P ARA super zalim dan penzalim martabat tinggi


tidak akan jatuh
Atau mereka tidak akan dapat dikalahkan
oleh sesiapa juga
Terutama para-para pemimpin
dan pembesar-pembesarnya
Kecuali mereka akan jatuh atau dikalahkan
di waktu yang sama adanya super soleh
atau orang-orang yang sangat soleh
Terutama di waktu itu ada pemimpin kebenaran
yang bertaraf super soleh
Kerana di waktu itu berhadapan dua golongan,
satu mempunyai istidraj dan quwwah
dan satu lagi mempunyai taqwa
Golongan bertaqwa mengikut janji Tuhan
pasti menang
Super zalim dan penzalim martabat tinggi ini
tidak akan dapat dikalahkan oleh golongan
yang peribadinya di antara kedua puak ini
Kalau setakat baik sedikit sahaja dari super zalim,
super zalim tidak akan jatuh terhina
Pencabar pemimpin super zalim
mestilah pemimpin yang super soleh pula
Super zalim kepunyaan syaitan,
super soleh kepunyaan Tuhan
Orang Tuhan pasti menang,
orang syaitan pasti kecundang
Oleh itu di sini kita ingatkan
kepada para-para pejuang kebenaran
Menentang penzalim
terutama penzalim martabat tinggi,
kenalah serius membaiki diri
Kenalah sungguh-sungguh mujahadatunnafsi

111
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Bersihkan sungguh-sungguh hati nurani,


hingga murni
Pejuang-pejuang Islam
kalau secara umum peribadi mereka
‘separuh orang Tuhan separuh orang syaitan’
Sedangkan musuh-musuhnya adalah ‘orang syaitan’
Maka pejuang-pejuang yang ‘separuh orang Tuhan
separuh orang syaitan’ pasti kecundang
Syaitan pun tidak menolong,
Tuhan pun tidak menolong
Tuhan berkecuali, syaitan pun berlepas diri
Bagaimanalah hendak menang
Untuk menang berhadapan dengan ‘total orang syaitan’ ke-
nalah kita jadi ‘total pula orang Tuhan’
Maka para-para pejuang kebenaran hendaklah faham!

Selepas Zuhur
02 - 09 - 1999

112
PERJUANGAN

73 SOHIBUZ ZAMAN

S ETIAP masa ada Sohibuz Zaman


Ertinya orang yang menguasai di zamannya
Begitulah ketentuan dari Allah Taala setiap zaman
Sebagai rahmat Allah kepada umat khususnya umat Islam

Sohibuz Zaman ada dua kategori


Sohibuz Zaman di awal kurun adalah mujaddid
laksana kedatangan rasul di zaman adanya rasul
Kalau bukan di awal kurun dia adalah Ghaus
Ketua wali di zamannya
Dia adalah laksana nabi di zaman adanya nabi
Pimpinan mujaddid adalah memimpin lahir
dan batin manusia
Pimpinan ghaus adalah secara batin dari berkatnya
Mujaddid yang menonjol padanya
adalah perjuangan, mindanya dan pimpinannya
Tapi ghaus yang menonjol padanya
adalah ibadahnya dan zuhudnya

Apa maksud Sohibuz Zaman?


Iaitu orang yang paling arif atau kenal Tuhan di zamannya
Dan yang sangat mendalam rasa bertuhan
dan rasa kehambaannya
Yang sangat mendalam tentang ilmu hati manusia
Dia dapat ilham dari Tuhan
Sangat faham mendidik manusia dan memberi kesan
Peristiwa-peristiwa di zamannya dia sangat faham
Sekali-sekala mendapat berita ghaib dari Tuhan
Yang diberitakan oleh Nabi kepadanya
Dia sentiasa mendapat petunjuk dari Allah Taala
Bahkan dia adalah orang yang paling bertaqwa di zamannya
Sebagai anugerah Tuhan kepadanya
Kedatangan Sohibuz Zaman ramai yang tidak kenal

113
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Kecuali sedikit di kalangan umat Islam


Bahkan manusia menimpakan kesusahan kepadanya
Padahal secara tidak disedari dia membawa berkat
Manusia di zamannya mendapat berkat daripadanya
Dengan sebabnya mereka diberi rezeki dan dibantu
Mungkin ada orang dimurahkan rezeki disebabkannya
Mungkin ada orang mendapat keselamatan kerananya
Tidak kurang juga ada orang yang mudah mendapat ilmu
kerana berkatnya
Ada orang yang dijauhkan bala bencana kerananya
Doanya kabul, orang boleh bertawasul kepadanya
Kerana Allah Taala hendak memperlihatkan kemuliaannya
kepada manusia
Kedua-dua peringkat Sohibuz Zaman itu
masing-masing diberi karamah oleh Tuhan
Biasanya karamah yang berlaku kepada mujaddid
banyak yang bersifat maknawi dan rohani
Seperti mindanya, kesabarannya, keberaniannya
mudah orang jatuh hati, doanya
perjuangan dan strateginya yang tepat
Berlainan sekali karamah yang berlaku kepada ghaus
Karamah mereka banyak yang bersifat lahir atau zahir
Seperti berjalan di atas air, duduk di udara
menunggang harimau
makanan terhidang tanpa mengusahakannya
pegang daun jadi duit
Mereka itu siapa yang menghinanya akan terhina
Kalau tidak jangka pendeknya akan berlaku jangka panjang
Begitulah sedikit ilmu atau pengetahuan
tentang Sohibuz Zaman
Moga-moga kita faham erti Sohibuz Zaman
dan bagaimana sifat-sifatnya

Menjelang Maghrib
14 - 02 - 2000

114
PERJUANGAN

TEMPALAH SEJARAH
74 PILIHLAH MANA SATU

N AMRUD, Firaun telah menempa nama


Dengan kuasanya dan kekejamannya
Ditambah lagi dengan panjang umurnya
Ditokok lagi dengan kehebatan pembangunannya
Apatah lagi dengan keganasan dan kezalimannya
Dia tangkap manusia, dia jel, dia bunuh sesuka hatinya
Dia buang orang, dia asingkan orang yang tidak disukai
Dia sebat orang, dia rantai orang yang tidak mengikutnya
Begitulah tradisi dan budaya raja-raja
Atau orang yang berkuasa sejak zaman-berzaman
Atau pemerintah di dalam sejarah manusia

Berbeza sekali para rasul a.s.


Sejarah mereka amat gemilang dan cemerlang
Dibaca orang sepanjang zaman
Gemilang mereka bukan kerana pembangunan
Tidak juga kerana selalu tangkap orang
dan penjarakan orang
Bukan juga kerana lama pemerintahannya
Kegemilangan mereka kerana kuat imannya
Ditambah lagi dengan akhlak mereka yang mulia
Kasih sayang mereka merata
Keadilan mereka menakjubkan dunia
Pemurah mereka tidak ada tandingannya
Tempalah sejarah, pilihlah mana satu
yang hendak kita ikut
Seperti sejarah raja-raja atau sejarah para rasul
Tepuk dada tanyalah selera

Selepas Asar
02 - 06 - 1997

115
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

AJARAN DAN PEMIMPINNYA


75 MESTI DITERIMA SEKALIGUS

B ELUM pernah berlaku di dalam sejarah


Ada orang ingin jadi muslim
ajaran Rasul diterima
tapi peribadi Rasul tidak diterima
Apa yang berlaku di dalam sejarah
siapa yang ingin menjadi muslim
ajarannya diterima Rasulnya juga diterima
Ajaran Rasul dan Rasul
dua perkara yang tidak boleh dipisah
Tidak pernah kita dengar
Rasul diterima, ajarannya tidak diterima
Begitu juga tidak pernah berlaku di dalam sejarah
ajaran Rasul diterima, Rasulnya tidak diterima
Seseorang yang menjadi muslim
ajaran Rasul dan Rasul, kedua-duanya diterima

Begitulah di zaman tidak ada rasul


Seseorang pemimpin itu kalau ajarannya
memberi kesan di dalam mengubah fikiran,
jiwa dan sikap masyarakat
Sudah tentu ajarannya diterima
lebih-lebih lagi kepimpinannya diterima
Tidak pernah berlaku di dalam sejarah
ajaran pemimpin tanpa pemimpin
boleh mengubah masyarakat
Kalau ajaran boleh mengubah masyarakat
yang punya ajaran lebih-lebih lagi
diterima oleh masyarakat
Ajaran Islam tidak seperti ajaran ideologi
Sesuatu ideologi diterima dan diperjuangkan
orang tidak ambil tahu pun siapa yang punya ideologi
Orang tidak kenal pun tokoh yang punya
Tapi ajarannya diperjuangkan orang
Ini tidak berlaku kepada ajaran Islam dan perjuangannya

116
PERJUANGAN

Kalau berlaku juga


ajaran seseorang itu sangat memberi kesan
maka orang itu diterima dan diajarkan kepada orang
Tapi yang punya ajaran tidak diterima
mestilah orang itu ada kepentingan peribadi
Mesti ada tujuan mencari nama atau ganjaran
atau komersil
Sudah tentu dia ingin hidup di atas ajaran orang itu
Ini adalah manusia yang menipu di dalam kebenaran
Orang yang ego dan sombongnya terlalu tinggi
Orang yang tidak kenal budi orang
Orang Islam apa ini?
Itulah orang Islam yang menipu dan mengelirukan

Menjelang tidur
13 - 10 - 1999

117
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

76 MENGAPA KECIL SANGAT CITA-CITA

M ENGAPA kecil sangat cita-cita kita?


Kenapa dibataskan perjuangan kita
dengan wawasan yang ditentukan?
Dunia sudahlah singkat masanya
Kemudian masa perjuangan kita
disingkat-singkatkan pula
Umat Islam mesti berjiwa besar
dan bercita-cita besar
Agar perjuangannya menjadi besar
Perjuangan umat Islam amat jauh
Kerana wawasannya jauh
Iaitu wawasan Akhirat yang abadi
Berjuanglah untuk persiapan wawasan Akhirat yang jauh
Berilah ruangan yang luas untuk perjuangan yang luas
Bangunkanlah kemajuan sepadan dengan wawasan
Dirikanlah bangunan
seimbang dengan wawasan yang kekal abadi
Agar pahalanya besar, untuk wawasan yang besar
Yang penting pada kita setiap pembangunan itu ibadah
Setiap kemajuan itu pahala
Ia jadi ibadah
Justeru itu syariat kena jaga
Diberi pahala pula, mengapa wawasan kita dibataskan?
Nabi ada bersabda jika kita tahu besok Kiamat
Hari ini kita menanam juga

09.57 pagi
05 - 06 - 1997

118
PERJUANGAN

MENGAPA DERHAKA
77 DALAM MEMBANGUN

I SLAM tidak melarang membangun,


bahkan menggalakkan
Mampu membangun, membangunlah
Tapi mengapa derhaka di dalam membangun?
Islam membenarkan berkemajuan
Sejauh yang termampu buatlah
Mengapa berkemajuan bersama kederhakaan?
Atau berkemajuan membuat yang haram?!
Tidak bolehkah membangun dan berkemajuan
tanpa derhaka serta hindarkan perbuatan haram
Gunakanlah kebebasan
Tapi jangan sampai merobek-robek hak asasi manusia
Atau hingga melanggar larangan Tuhan
Buatlah apa sahaja tapi jangan menjolok mata
Hingga separuh telanjang pun tak apa?
Pakaian jarang jadi budaya
Jangan sampai terlanggar akta
Jangan pula undang-undang dilanggar
Atau untuk golongan tertentu aja
Berusahalah untuk kemajuan
Untuk keluarga, untuk bangsa, untuk negara
Jangan pula sampai agama terhina
Atau agama tidak diambil kira
Carilah kekayaan, perolehilah kesenangan
Tapi jangan makan seorang
Hidup di dunia ini kenalah fikir semua hal
Di dalam memikirkan diri,
fikirlah juga orang
Di dalam membangun dan berkemajuan
agama jangan korbankan
Di dalam menegakkan kebebasan
jangan korbankan maruah
dan adat resam yang mulia

119
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Di dalam berusaha untuk kekayaan dan kesenangan


jangan menyusahkan orang
Pelajarilah dan dalamilah ilmu apa sekalipun
tiada larangan
Tapi maruah diri, agama, bangsa dan negara
kenalah jaga
Beginilah hidup manusia sebagai hamba Allah di dunia
Semuanya ada peraturan, ada tata susilanya
ada panduan, ada budi bicaranya
Bukan sekadar hidup mengikut kemahuan
Bagaimana hidup, tidak dipersoalkan

Menjelang tidur
25 - 07 - 2001

120
PERJUANGAN

ENGKAU ROSAKKAN
78 AKIDAH RAKYAT

E NGKAU telah rosakkan akidah rakyat


Di kalangan mereka sudah banyak yang sesat
Sehingga rakyat sudah ada
yang manusia berupa syaitan dan haiwan
Sifat malu mereka telah terkorban
Engkau telah jadikan syariat sebagai kain buruk
Engkau campakkan kerana sudah tidak ada harganya lagi
Negara membangun, maju dan indah
Tapi kemanusiaan telah engkau punahkan
insaniah telah engkau hilangkan
Engkau didik rakyat: dunia jadi agama, agama jadi dunia
Engkau lalaikan rakyat
hingga mereka lupa Tuhannya dan Akhirat
Apakah perbuatan engkau ini boleh didiamkan?
Apakah usahamu ini boleh dimaafkan?
Tidak! Sekali-kali tidak
Saya tidak akan bertindak macam orang yang telah kecewa
Saya tidak bertindak membabi buta
Tapi ingat! Saya sedang berdoa dengan Tuhan
Perbuatan engkau sedang kuadukan kepada Allah Taala
yang Maha Menghukum
Aku merintih dan mengadu kepada Tuhanku
Agar jangan membiarkan perbuatan engkau
yang sudah terlalu
Sudah ada tanda-tanda doaku kabul
Telah mula dapat dilihat bahawa doaku diterima
Kalau engkau tidak sedar dan insaf juga
Insya-Allah! Engkau akan nahas dan terhina

Selepas Zuhur
01 - 09 - 1999

121
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

ENGKAU ROBEKKAN
79 AKIDAH RAKYAT

E NGKAU telah robek-robek akidah rakyat


Sudah ramai rakyat yang sesat
Tidak kurang sudah banyak yang tidak kenal Tuhan
Kemudian Engkau ganti
dengan jalan raya yang luas dan panjang
Dan juga bangunan-bangunan yang tinggi pencakar langit
Engkau pun berkata:
“Malaysia telah dikenal oleh dunia, kita telah berjaya.”
Ini sepertilah seorang yang memberi seseorang
sebuah basikal
Tapi dia menzinahi anak orang itu
Kemudian dia berkata: “Saya telah membantu”

Syariat Tuhan engkau telah koyak-koyakkan


Engkau anggap barang yang tidak berguna lagi
Kemudian engkau tukar dengan pangkat
bintang kehormatan
jawatan tinggi
Engkau pun mendabik dada dan berkata:
“Kita telah membuat jasa.”
Ini sepertilah seseorang yang datang ke rumah orang
Dipecah dan dirosaknya barang-barang
dan perabot rumah orang itu
Dan caci-maki orang itu dan diberi malu
Kemudian dihadiahkan seguni beras
Dia pun berkata: “Kita telah memberi bantuan”

Akhlak rakyat, engkau telah punah-ranahkan


Hingga ada yang berupa manusia
perangainya syaitan dan haiwan
Engkau ganti dengan biasiswa
ramai orang yang pandai
Engkau pun berkata:
“Kita telah banyak menolong bantu, kita telah maju”

122
PERJUANGAN

Ini sepertilah seseorang yang datang mengajar


di rumah orang
Kemudian dirogolnya anak dan keluarganya
Kemudian dia hadiahkan sekilo gula dan berkata:
“Saya sudah membantu”

Maruah rakyat telah engkau gadai


Hingga sudah tidak ada lagi identiti diri sendiri
Kemudian engkau telah ganti
dengan menempa nama dan glamour
Engkau pun berkata: “Malaysia boleh”
Ini sepertilah seseorang
yang telah merosakkan nama baik seseorang
Hingga dia terfitnah
Kemudian dia telah menghadiahkan sedikit duit
Dia pun berkata: “Saya telah bertanggungjawab”

Dengan tamsilan yang lain


Seseorang yang telah menukar
intan berlian kita dengan batu
Ditukar emas dengan besi
Ditukar daging dengan ikan masin
Padankah?
Seimbangkah?
Adakah cara ini lebih menguntungkan?

Lepas ekspedisi
01 - 09 - 1999

123
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

APAKAH KAMU MASIH


80 MENGAKU ISLAM?

A PAKAH kamu mendabik dada


masih mengaku orang Islam?!
Padahal sebut sahaja nama Tuhan
hati rasa tidak senang
Sebut sahaja Akhirat
terasa benci di dalam hati
Sebut sahaja dosa pahala
sakit hati mendengarnya
Yang engkau sebut setiap hari
ekonomi, pelaburan, pinjaman, keuntungan
Yang engkau kumandangkan kemajuan, pembangunan
masa depan yang terjamin
Tuhan engkau sebut sekali-sekala
itu pun sekadar di mulut bukan di hati
Adakala sesetengahnya
rasul engkau jadikan bahan perli
Tidak sedikit pun engkau takut dengan Tuhan
Walaupun engkau percaya dengan Tuhan
tapi tidak rasa apa-apa
Ada dan tiadanya Tuhan sama sahaja
Adanya macam tiada
Kerana padamu Tuhan tidak perlu ditanya
Bahkan Tuhan tidak dipedulikan
Seolah-olahnya Tuhan itu menyusahkan
Tuhan padamu tidak masuk kira
Padamu duit, kemajuan, pembangunan
telah menjadi Tuhan

Ogos 1999

124
PERJUANGAN

ORANG BERKUASA
81 YANG TIDAK ADA KUASA

E NGKAU adalah orang yang berkuasa yang tidak ada kuasa


Kerana di atas kuasamu ada lagi Yang Maha Kuasa
Yang berkuasa di atas kuasamu
Oleh itu jangan sombong dan bangga dengan kuasamu
Engkau tidak sedarkah engkau berkuasa yang tidak ada kuasa
Rakyatmu sendiri telah membenci bahkan memakimu
Engkau tidak mampu membendungnya
Bahkan orang yang engkau suap nasi ke mulutnya
pun telah membencimu
Engkau tidak dapat menahan kebenciannya
Mereka mengangguk di depanmu
Di belakangmu mencercamu
Pengawal keselamatan yang menjagamu pun
telah jemu melihat telatahmu
Orang di keliling-kelalangmu pun lain di mulut lain di hati
Takkan engkau tidak dapat membaca
Aku tahu yang engkau tahu mereka semuanya
telah membencimu
Tapi sengaja engkau buat-buat tidak faham
Berlakon macam pemimpin
yang konon masih disayangi orang
Tapi hatimu bolehkah berbohong
Bila engkau balik ke rumah setelah terpisah dari rakyat
Segala kebencian rakyat berkumpul semuanya
di dalam fikiranmu
Macam ada duri yang mencucuk-cucuk
Engkau kan tidak boleh tidur malam
Bagaimana mahu tidur malam
Seluruh rakyatmu telah mengetuk dan memukul

125
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

82 ENGKAU PEMECAH BELAH RAKYAT

E NGKAU sarankan perpaduan rakyat demi keharmonian


Tapi engkau sendiri pecah belah rakyat
Engkau tidak senang dengan tuduhan dan fitnah
Walhal engkau adalah bapa pembawa fitnah
Engkau ajak rakyat jangan berbohong
Tapi engkau telah jadikan berbohong itu sebagai budaya
Engkau kumandangkan Islam
tapi amalan engkau adalah kekufuran
Engkau marah orang lain fanatik dengan pemimpinnya
Tapi pengikut engkau fanatik dengan engkau
Engkau rasa senang dan membenarkan
Baru aku tahu fanatik itu bukan tidak boleh
Ia boleh dilakukan tapi bukan kepada pemimpin lain
Ia boleh dilakukan bahkan mesti dilakukan
kepada engkau sebagai pemimpin
Yang tidak boleh kepada orang lain
tapi kepada engkau boleh
Sampai bila engkau hendak menipu rakyat?
Aku ingatkan kepadamu
Ini adalah akhir zaman, awal kurun Hijriah
Ini adalah giliran Islam
Kalau engkau tidak kembali kepada Tuhan
Engkau pasti jatuh
Engkau akan terhukum di dunia lagi
dengan penuh kehinaan
Sedarlah! Kalau mahu sedar
Sebelum terlambat

Julai 1999

126
PERJUANGAN

ENGKAU INGIN PERPADUAN


83 TAPI ENGKAU BAWA PERPECAHAN

E NGKAU inginkan perpaduan


Cakap-cakap engkau membawa perpecahan
Engkau menyeru perpaduan dan kesatuan
sikap engkau memecah-belahkan
Engkau ajak umat bersatu padu
saranan engkau merenggangkan
Engkau mengingatkan rakyat jangan berpecah
Tapi pidato engkau menghentam orang
Engkau ajak umat Islam bersatu
Tapi pengikatnya engkau putuskan
Engkau ingatkan manusia jangan timbulkan perpecahan
Sikap engkau merobek-robek perpaduan
Engkau ingatkan kesatuan umat
Tapi pengikatnya engkau tidak tunjukkan

Fahamkah apa yang engkau cakapkan


Atau engkau hanya berangan-angan
Atau engkau menyorokkan kelemahan
Maka engkau pun menslogankan perpaduan
Agar rakyat menganggap engkau wira umat
Engkau mengajak rakyat bersatu padu
Tapi engkau dalang perpaduan
Engkau bapa perpecahan
Ingatlah perpaduan terjadi bukan slogan
Bukan selalu di dalam perjumpaan dan pertemuan
Perpaduan terjadi ada tali pengikatnya
Iaitu sama-sama cintakan dan takutkan Tuhan
Syariatnya menjadi pakaian setiap umat Islam
Itulah dia anak kunci perpaduan
Selain itu hanya angan-angan

11.25 malam
11 - 07 - 2001

127
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

ENGKAU SANJUNG PEMIMPIN


84 YANG GILA KUASA

D EMI negara dan bangsa, juga pemimpin yang gila


Demi nama, glamor dan ingin jadi wira
Gunung setinggi mana pun engkau daki
Lautan seluas mana pun engkau jelajahi
Sungai sepanjang mana pun engkau harungi
Hutan belantara engkau teroka
Tapi demi keredhaan Tuhan
Boleh didapati di rumahmu sendiri engkau tidak mampu
Pahala di depan mata pun engkau tidak peduli
Untuk Tuhan serba tak boleh
Untuk negara dan bangsa
Bahkan untuk pemimpin yang derhaka
Kita boleh kata:
Malaysia boleh, kita boleh
Apa yang boleh dibuat oleh bangsa lain
bangsa kita pun boleh
Engkau sanjung hak negara dan bangsa
Tapi engkau korbankan hak Tuhan
Engkau sanjung kehendak-kehendak pemimpin negara
yang gila kuasa
Engkau korbankan hak agama
Bolehkah bangsa dan negara membelamu!
Bolehkah pemimpin negara menyelamatkan kamu
Nasib pun belum tahu

Ogos

128
PERJUANGAN

APABILA ULAMA
85 TIDAK TAKUT ALLAH

A PA sudah jadi kepada setengah-setengah ulama kita


Terutama ulama-ulama rasmi
Jika ada orang mengamalkan Islam secara syumul
Untuk melindungi kelemahan diri
Dituduhlah orang itu hendak mencari nama
Kalau ada orang mengamalkan Islam
yang dia tidak ada ilmunya tentang itu
Dituduhlah orang itu membawa ajaran sesat
Apa sudah jadi kepada ulama makan gaji
Jika pemimpin tidak suka sesuatu amalan
yang ada di dalam Islam
Ulamalah yang mencari hujah dan dalilnya
Untuk mengambil hati pemimpin
Dituduhlah orang itu ekstrimis
atau tidak sesuai lagi dengan zaman
Apa sudah jadi dengan ulama kerajaan
Kerana mereka bergondol
Lantaran itu mereka pun anti-serban
Katanya serban bukan pakaian Islam
ia adalah budaya Arab
Apabila sesuatu amalan yang dia tidak amalkan
Ada orang yang mengamalkan
dituduhlah orang itu sesat
Tapi kalau sesuatu amalan itu mereka setuju
Sekalipun nyata sesat, tidak pun dituduh sesat
Begitulah apabila ulama
sudah tidak takut lagi dengan Allah
Mereka pun menuduh sesuka hati

Menjelang tidur
03 - 08 - 2001

129
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

86 DI ANTARA AJARAN SESAT

D I ANTARA ajaran sesat,


orang yang memuja negara
Ia lebih dicintai dan dipuja daripada Tuhan
yang mencipta negara
Sikit-sikit negara
sikit-sikit demi negara
negara mesti dijaga
Apa sahaja hendak dibuat kerana negara
Berjuang kerana negara
membangun kerana negara
segala-galanya untuk negara
Mereka telah syirik di dalam keyakinannya
Jangan siapa sahaja yang menyentuh negara
dia tersinggung sungguh
Tuhan kalau dihina dia tidak pun rasa tersentuh
Syariat Tuhan bukan sahaja kalau orang menghina
Dia sendiri pun menghina tidak terasa apa-apa
Orang ini negara telah menjadi agamanya
Negara disanjung dan dipuja
lebih daripada segala-galanya
Sekalipun Tuhan yang Maha Pencipta
Di mana sahaja dan di masa bila pun
kalau bercakap, negara mesti disebut
Tuhan jarang-jarang sekali disebut
Kalaupun Tuhan disebut
bukan kerana cinta atau takut
Hanya penyedap mulut
Kesalahannya terhadap negara dipandang besar
Mereka dianggap subversif dan mesti dihukum
Kesalahan terhadap Tuhan
sudah tidak terasa lagi satu kesalahan
Betapalah hendak dihukum
memang tidak terfikir oleh fikirannya

130
PERJUANGAN

Orang ini sungguh tersesat jalan


Orang ini bukan senang untuk dibetulkan
Kerana keyakinannya telah mendarah mendaging
Telah menjadi hati dan fikiran
Dia sanggup mati kerana negara
Sanggup mengorban apa sahaja demi kerananya
Kasihan orang ini, negara telah jadi agama

Lepas Asar
24 - 09 - 1999

131
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

87 KERJA SIA-SIA

P EMIMPIN sekular berfikiran memang teruk


Walaupun dia sihat, tapi macam orang gila
Kalau tidak sihat bagaimana agaknya?
Tentu dua kali gila

Adakah disuruh seluruh rakyat


meniru orang yang membuat kerja yang sia-sia?
Faedah agama pun tiada
faedah dunia pun tiada juga
Menjelajah lautan bukan buat kerja agama
Untuk menjadi wira agama dan bangsa
Membawa intan berlian kemegahan orang dunia
pun tiada
Untuk menjadi wira bangsa
Yang sudah pasti hanya menghabiskan duit negara
Di dalam Islam, mengislamkan satu orang
nilainya tiada taranya
Macam korbankan emas sebesar Gunung Uhud
untuk Tuhan
Kalaupun nak jadi wira bangsa
dapat menawan negara
Atau membawa balik timbunan emas dan mutiara
yang sangat berharga
Boleh tahan juga
Ini seorang yang membuat kerja dunia pun tidak
kerja Akhirat pun tidak
Kemudian dianggap wira
Disambut kepulangannya oleh pemimpin negara
Dipuji dipuja hingga meluat orang mendengarnya
Ajak rakyat ikut semangatnya
Apa sudah jadi kepada pemimpin kita?
Sudah nyanyukkah dia?
Apakah orang macam ini dianggap wira bangsa?
Atau wira agama

132
PERJUANGAN

Kita sangat malu


wira yang bukan wira dianggap wira bangsa
Saya rasa ini satu petanda
Pemimpin kita sudah penghujung kuasanya
Selepas itu dia akan terhina
Atau dilupakan orang jasanya

Selepas Zuhur
17 - 08 - 1999

133
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

AWASLAH NAMRUD, FIRAUN, HAMMAN,


88 QARUN DAN BAL’AM DI ZAMAN INI

R UPANYA masa dan zaman peristiwanya sentiasa berulang


Dia sentiasa menempa sejarah yang berulang-ulang
Walaupun masa yang pergi tidak akan kembali
tapi yang belum berlalu tetap datang
Rupanya setiap zaman ada Firaun dan Namrud
Begitu juga wujudnya Hamman dan Qarun
Tidak kurang wujudnya Bal’am Ba’ura
Begitu juga nabi yang bukan nabi
dan rasul yang bukan rasul sentiasa ada di setiap zaman
Mereka berhadapan dengan Firaun, Namrud
Hamman, Qarun dan Bal’am di zamannya
Yang anehnya bahkan dahsyat
ada orang yang menceritakan tentang Namrud dan Firaun
Tapi dia juga Namrud dan Firaun di zamannya
Ada orang yang bercerita tentang Hamman dan Qarun
Dia juga Hamman dan Qarun di zamannya
Juga ada orang yang bercerita tentang Bal’am
rupanya dia adalah Bal’am di zamannya
Malang sekali ada orang yang sudah jadi Namrud dan Firaun
tapi dia tidak sedar bahawa dirinya
adalah Namrud dan Firaun
Begitulah seterusnya Hamman, Qarun
dan Bal’am di zaman ini menceritakan
Hamman, Qarun dan Bal’am di zaman dahulu
Kalau mereka sedarlah tentu mereka malu
Kalau mereka sedarlah
tentu mereka tidak akan menceritakan diri sendiri
Awaslah bahawa Namrud, Firaun, Hamman, Qarun, Bal’am
ada di setiap zaman
Janganlah kita menjadi seperti mereka itu

Selepas Asar
07 - 07 - 1999

134
PERJUANGAN

MENGAPA AMBIL BERAT


89 KEZALIMAN ORANG?

E NGKAU mempersoalkan ketidakadilan orang lain?


Mengapa engkau mengambil berat sangat kezaliman orang?
Engkau laung-laungkan, engkau pekik-pekikkan
Engkau ajak dan hasut orang ramai bersimpati dengan engkau
Mereka pun riuh-rendahkan ke seluruh negara
Engkau dan mereka caci-maki si penzalim
Engkau dan orang ramai sakit hati
dengan ketidakadilan mereka
Engkau atur strategi menentang mereka
Engkau tuduh dan tohmah berbagai cara
Tapi perlu ingat, engkau dan orang ramai sudah adilkah?
Apakah engkau dan orang ramai tidak melakukan kezaliman?
Sudahkah engkau dan orang ramai adil dengan diri sendiri?
Sudahkah berlaku adil dengan anak dan isteri?
Dengan kawan-kawan dan dengan orang-orang
yang pernah terzalim?
Engkau tahukah beza, zalim martabat tinggi itu
ialah orang yang tidak kenal Allah
Orang yang tidak menjadikan Tuhannya itu idolanya
Orang yang tidak mengagungkan, menyanjung
dan tidak menyembah Allah
Zalim yang engkau perkatakan itu terlalu kecil sahaja
Tidak adil di bidang ekonomi
pembahagian projek yang tidak seimbang diagih
Pemimpin yang mementingkan kroni-kroninya sahaja
yang engkau benci
Ini adalah ketidakadilan yang remeh-temeh
dibandingkan orang yang tidak mempedulikan Tuhan
Ini bererti engkau menentang penzaliman yang kecil
Sedangkan kezaliman engkau lebih besar lagi

Menjelang Zuhur
18 - 10 - 1999

135
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

TOLAK KEZALIMAN
90 DENGAN KEBAIKAN DIRI

T OLAKLAH kezaliman manusia dengan kebaikan diri


Mengadulah kepada Allah selalu
Dan cara bertindak berserahlah kepada Allah
Memohon ampunlah kepada Tuhan sebanyak-sebanyaknya
Akuilah bahawa berlakunya penzaliman itu
Disebabkan dosa-dosa kita
Jangan memaki-hamun dan menghina si penzalim
Tapi doakanlah mereka agar mereka mendapat petunjuk
Sabarlah di atas kezaliman mereka
Cepat membaiki diri, cepat pulalah Tuhan menyelesaikannya
Kezaliman manusia, jangan membalas penzaliman
dengan penzaliman
Akan berlaku nanti penzaliman itu bertambah besar
dan merata negara
Ia adalah hukuman dan pembalasan
terhadap rakyatnya yang derhaka
Oleh itu para ulama dan pemimpin masyarakat
Ajak rakyat bertaubat banyak-banyak
Baiki diri, bersihkan hati atau jiwa
Doakan si penzalim agar diberi hidayah
oleh Tuhan yang mencipta
Bukan secara menghasut-hasut rakyat menumbangkannya
Cara itu boleh menimbulkan huru-hara di dalam negara
Yang akan mendapat kesusahan semua rakyat jelata
Ertinya kita telah melakukan penzaliman
kepada manusia pula
Berhati-hatilah bertindak terhadap penzalim
Nanti kita pun menjadi penzalim juga

Menjelang tidur
22 - 10 - 1999

136
PERJUANGAN

91 ERTI ZALIM

L AFAZ zalim berasal daripada perkataan zulmun (


Zulmun bererti kegelapan
Hakikat kegelapan di sini adalah bersifat
)

maknawi dan rohani


Buta jiwanya (hatinya) dan akalnya melihat kebenaran
zalimlah dia
Buta jiwa tidak kenal lagi Tuhannya
Sama ada langsung tidak tahu atau tahu Tuhan
kerana buta hatinya salah pengenalannya
Dari sini baru kita faham erti zalim luas maknanya
Buta syariat-Nya dikatakan zalim di dalam Islam
Buta daripada mengetahui adanya Tuhan,
zalim martabat tinggi
Buta daripada mengetahui Tuhan yang sebenar,
zalimlah juga
Bila buta jiwa dia ambil pakaian Tuhan
iaitu sombong dan ego
zalim kelas dua
Tidak tahu adanya Tuhan atau tidak mengenal Tuhan
ini adalah zalim martabat tinggi
(super zalim namanya)
Kerana itulah di dalam Al Quran dikatakan syirik itu
zalim yang maha besar yang tiada taranya
Zalim dengan manusia adalah zalim
martabat yang rendah sahaja
Termasuk juga syariat tidak berjalan di dalam diri
zalim kelas bawah sahaja
Zalim yang paling tinggi, zalim terhadap Tuhan
Tidak percaya Tuhan
syirik dengan Tuhan
tidak mempeduli Tuhan
Hari ini yang diriuh-rendahkan
zalim dengan manusia

137
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Padahal mereka yang riuh-rendahkan


zalim terhadap manusia
mereka zalim dengan Tuhan
Zalim dengan Tuhan adalah super zalim namanya
Yang anehnya pejuang-pejuang Islam pun
tidak memahami erti zalim
Fahaman mereka tentang zalim
sama sahaja apa yang difaham oleh kafir durjana
Kerana itulah mereka menentang kezaliman
boleh bekerjasama dengan mereka
Sampai bilakah mereka hendak
membetulkan perjuangannya!

Selepas Asar
29 - 08 - 1999

138
PERJUANGAN

92 CARAKU LAIN, CARAMU LAIN

A PAKAH engkau ingat aku setuju


Dengan orang yang zalim dan penzaliman?!
Apakah engkau anggap aku tidak berjuang
Menentang kezaliman dan pemimpin yang zalim
Jangan-jangan dengan izin Allah Taala
aku lebih menentang darimu
Cuma jalan dan cara aku lain
Dan jalanmu lain
Mungkin caraku lebih benar dari caramu
Engkau melepaskan kemarahan
Sedangkan Islam menyuruh
menyembunyikan kemarahan
Aku marahkan diriku sendiri
Mungkin kerana dosaku dan dosa orang lain juga
Allah datangkan pemimpin yang zalim
Kerana itu aku lawan kezaliman
dengan membaiki diri
Serta aku ajak pengikut-pengikutku
Aku mendoakan mereka yang zalim
Bukan memaki-hamun
Tidakkah kamu tahu, di dalam kitab ada menyatakan
Bahawa apabila rakyat sudah jahat
Allah hukum mereka
dengan didatangkan pemimpin yang zalim
Ertinya kejahatan pemimpin itu kerana kejahatan kita
Kezaliman pemimpin itu kerana kezaliman kita
Mungkin caraku ini nafsumu tidak setuju
Tapi jiwa yang murni menerima
Yang lebih baik, baikilah diri
Kalau mampu nasihat, nasihatkan mereka
Di samping doakan
Bukan melepaskan marah
Tidak juga melepaskan geram

139
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Jangan kejahatan dibalas dengan kejahatan


Jangan dendam dibalas dengan dendam
Biarlah penzalim itu mengorbankan akhlaknya
Tapi kita menegakkan akhlak
Nanti orang ramai akan melihat dan menilai
Allah dan Rasul sudah pasti menilai
Bila bunga diri ada pada kita
Insya-Allah, rakyat akan menolak mereka
dan menerima kita
Begitulah caranya berhadapan
dengan penzalim dan kezaliman
Memang nafsu tidak boleh terima
Tapi orang yang jiwa murni pasti menerimanya

Selepas Zuhur
29 - 07 - 1999

140
PERJUANGAN

BERJUANGLAH MEMBAWA ‘AIR’


93 JANGAN MEMBAWA ‘API’

E NGKAU meluahkan rasa marahmu melalui lidahmu


Rasa marah itu ibarat bara api gunung berapi
Luahan itu adalah laharnya
Laharnya telah melimpah-ruah
Melanda apa saja
Aduh berapa banyak harta yang musnah
Manusia yang cacat dan mati
Begitulah perjuanganmu sekarang
Kamu membawa api
Membakar jiwa-jiwa manusia
Mereka pun sakit hati
Mereka pun membawa api
membakar hati-hatimu semula
Akhirnya bakar-membakar hati terjadi
Dendam kesumat pun membara
Hina-menghina, kata-mengata terjadi
Beginikah perjuangan nabi?
Bilakah kamu berjuang membawa air
menyejukkan jiwa
Islam itu adalah indah
Bak bunga di taman
Senang-menyenangkan setiap hati
Hati bahagia dan tenang
Berjuanglah membawa air, jangan membawa api
Biarlah musuh berjuang membawa api
Kita membawa air memadamkan api

Selepas Asar
29 - 07 - 1999

141
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

WAKTU BERKUASA JANGAN MERASA


94 DIRI LUAR BIASA

W AKTU kau di atas takhta


Engkau merasa diri manusia luar biasa
Di waktu duduk di mercu ketinggian
Engkau tidak sedar diri
Engkau membuat sesuka hati
Apa yang team engkau buat semuanya elok belaka
Sistem perlembagaan engkau puji
Sistem kehakiman engkau pertahankan
Undang-undang ISA engkau kata perlu lagi
demi keselamatan negara
Engkau biarkan Islam dinodai
Maksiat-maksiat dan kemungkaran bila ditegur
engkau katakan jangan ekstrim
Ini zaman IT
Perjuangan ulama engkau pandang sepi
Engkau sindir mereka, engkau pandang sinis
Engkau lupa Allah yang Maha Kuasa
Engkau lupa diri yang tiada kuasa
Tiba-tiba dengan mengejut
engkau dibuang dari takhta
Engkau macam cacing kepanasan
Atau macam kera yang dikacau
di dalam kurungan
Terlonta-lonta ke sana, terlonta-lonta ke sini
Demi meraih simpati orang ramai
Engkau pun melaungkan reformasi
Engkau katakan keadilan sudah tiada lagi
Demokrasi sudah mati
Undang-undang dan ISA menafikan
hak asasi manusia
Batalkan dengan segera
Reformasi, reformasi, reformasi
Engkau cuba menipu rakyat
Di waktu masih di atas takhta

142
PERJUANGAN

Apa yang dijalankan oleh pemerintah baik belaka


Dasar pemerintah perlu didokong bersama
Undang-undang ISA masih perlu lagi,
demi keselamatan rakyat
Sekarang apa telah terjadi?
Senjata makan diri
Engkau sangka hendak memerangkap orang
Rupanya kena pada diri sendiri
Duduk di dalam kandang seorang diri
Tanpa isteri
Baru sedar mana ada kuasa
Ingatlah Allah yang Maha Kuasa

Selepas Asar
09 - 10 - 1998

143
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

95 PERJUANGANMU MEMBESARKAN DIRI

A PABILA engkau kena diskriminasi,


engkau sakit hati
Bila pembahagian rezeki engkau tidak perolehi,
engkau tersinggung
Manakala jawatan diberi kepada orang
yang bukan patut menerimanya
Agihan biasiswa tidak diberi secara saksama
Engkau memekik-mekik dan melaung-laung
ke sini ke sana, isytihar ke seluruh negara
Tanda kecewa, melahirkan sikap tidak boleh terima
Bila engkau dikata, dituduh, difitnah
lagilah engkau menderita
Bersyarah dan berceramah ke merata negara,
memberitahu rakyat jelata
Hak-hak asasi engkau tersekat dan dibataskan,
aduh bukan main lagi marahnya
Tapi engkau tidak pernah tersinggung
manakala Allah tidak dipeduli
Engkau tidak pernah sakit hati
Tuhan tidak dicintai
Tidak sedikit pun engkau marah
Tuhan tidak dijadikan idola
Hak-hak Allah setiap hari dicabuli
Engkau tidak rasa tersinggung
dan tidak terasa hendak marah
Ertinya perjuangan engkau
telah membesarkan dirimu daripada Tuhan
Hak engkau lebih diutamakan dan dibesarkan
daripada hak Tuhan
Engkau berjuang mementingkan diri engkau sendiri
Engkau memuja dirimu daripada Tuhan
Engkau tidak menjadikan Tuhan sebagai idola,
tapi idola itu dirimu sendiri

144
PERJUANGAN

Ertinya engkau dengan orang yang engkau menentang


sama sahaja
Orang yang engkau tentang tidak pedulikan Tuhan,
engkau juga tidak pedulikan Tuhan
Perjuangan engkau dengan musuh engkau
sama sahaja
Sama-sama anti-Tuhan,
sama-sama tidak pedulikan Tuhan
Engkau tuduh musuh engkau zalim
Engkau pun sama juga zalim seperti mereka
Engkau tuduh orang zalim bila kena dirimu sendiri
Tapi apabila Tuhan yang kena zalim
engkau tidak peduli
Engkau telah menganggap dirimu
lebih besar dari Tuhan

Selepas ekspedisi
22 - 09 - 1999

145
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

KEADILAN APA YANG KAMU


96 HENDAK TEGAKKAN?

A KU angkat tangan kepada kalian


Aku ucapkan syabas kepada kamu semua
Kegigihan kamu memperjuangkan keadilan
Kamu sanggup berkorban
Bahkan kamu sanggup terkorban
Tangkapan tidak menakutkan kamu
Penjara tidak dapat mengugut kamu
Tapi aku sangsi
Bahkan aku keliru dan bercelaru
Keadilan apa yang kamu hendak tegakkan?!
Keadilan sejagat?
Keadilan untuk diri?
Untuk kawan separti atau simpati?
Kalau keadilan sejagat kita tidak pilih bulu
Siapa sahaja yang teraniaya kita bela
Sekalipun bukan kawan kita
Walaupun tidak separti namun dibela juga,
bila teraniaya
Tapi lumrah berlaku di dunia kini
Jika orang tertentu atau pemimpin tertentu
kita bela bermati-mati
Kita caci-maki penzalim durjana
Kita kata dan hina mereka
Ada golongan tertentu atau orang tertentu teraniaya,
kita membisu seribu bahasa
Boleh tahan juga kalau membisu
Tapi kita tumpang semangkuk
mencerca dan menghina
Kita kata patut mereka dimusnah sahaja
Di waktu itu kita sama-sama bersekongkolnya
dengan penzalim yang kita kutuk
Bila kena kawan kita,
kita kata dia itu zalim

146
PERJUANGAN

Bila kena orang yang kita tidak suka,


dia itu penegak keadilan
Kawan! Berjuang biarlah jelas matlamatnya!
Prinsip perjuangan biarlah nyata
Dasar perjuangan janganlah berubah
mengikut angin situasi
Al Quran dan Sunnah tidak pernah berubah
dengan berubahnya masa
Kamu berjuang dengan gigih
Tapi biarlah jelas tidak mengelirukan

Selepas Asar
25 - 09 - 1999

147
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

JANGAN INGAT
97 SEMUA ORANG BODOH

K AMU sibuk dengan perjuangan


Kamu kutuk si polan itu dan si polan ini
Konon hendak menegakkan keadilan
Kawan! Allah Taala memerhati, Rasul juga melihat
Orang mukmin sezaman menilai
Engkau boleh melaungkan: Tegakkan keadilan!
Engkau boleh bertempik: Mari tumpaskan penzaliman!
Engkau boleh berslogan: Mari perjuangkan reformasi!
Engkau boleh berkata: Demokrasi sudah mati!
Engkau berjuang boleh bercakap apa sahaja
Untuk menarik perhatian
Tapi ingat, tidak semua orang bodoh
Perlu diingat masih ada lagi orang yang Allah bantu
Yang boleh berfikir dan menilai
Yang mereka diberi petunjuk
Mereka tidak mudah dipesona oleh kata-kata muluk
Mereka tidak mudah dikeliru dengan kata-kata semangat
Mereka tidak terpengaruh dengan pidato membelah bumi
Mereka tidak mudah terikut dengan kata-kata main bahasa
Mereka faham, mereka ada pendirian
Mereka tidak ramai,
memang pejuang-pejuang kebenaran tidak ramai
Tapi perlu ingat
Apabila Allah Taala takdirkan hendak diberi kemenangan
Kepada merekalah
Begitulah yang berlaku sepanjang sejarah
Perlulah ambil ingatan

Selepas Asar
25 - 09 - 1999

148
PERJUANGAN

BERJUANG DENGAN
98 MENGATA-NGATA

B ERJUANG dengan mengata-ngata


Luahkan perasaan hati apa sahaja yang terasa
Mereka tidak adil!
Penzaliman berleluasa, hak asasi kita sudah tiada!
Maksiat, kemungkaran berlaku merata-rata!
Nepotisme, kronisme, rasuah amalan pihak berkuasa!
Diskriminasi, politik wang mesti dibasmi!
Kita menuntut keadilan
Kita mahu kebebasan
Demokrasi sudah mati
Reformasi, reformasi, reformasi!
Begitulah laungan yang selalu didengar
terutama di waktu demonstrasi
Apakah cara ini perjuangan yang hakiki?
Bolehkah cara ini menyelesaikan segala masalah?
Rasulullah SAW dahulu menanamkan iman
atau akidah lebih dahulu
Hingga setiap orang cinta atau takut
dengan Maha Pencipta
Cinta Syurga, takutkan Neraka
Setiap orang mendisiplinkan diri dengan syariat
Nampak syiarnya di mana-mana
Dihiasi diri dengan akhlak mulia
Kelihatan indah laksana bunga di taman bunga
Kasih sayang begitu nyata,
bertolong bantu begitu ketara
Sepatutnya para pejuang mengusahakan ini semua
Pejuang yang berjaya boleh mendidik manusia
sekalipun tiada kuasa
Apatah lagi jika ada kuasa
Allah Taala cinta agungnya, Rasul pemimpinnya
Akhirat menjadi matlamat hidupnya
Syahid menjadi cita-citanya
Mana? Mana? Pemimpin yang boleh buat ini semua?

149
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Mana? Mana? Pemimpin peribadi dan pengikutnya


menjadi role model?
Kalau ada pasti Allah Taala bantu
Walaupun kena uji selalu,
akhirnya kepada mereka akan diberi kuasa
Mana mereka itu? Siapa mereka itu?
Manusia sedang menunggu
Kerana manusia sudah jemu
dengan pejuang-pejuang yang ada

Selepas Asar
29 - 09 - 1998

150
PERJUANGAN

TEGAKKANLAH KEADILAN
99 DALAM KEHIDUPAN

T EGAKKANLAH keadilan di dalam kehidupan,


bukan saranan
Lahirkan kasih sayang dengan perbuatan,
bukan slogan
Pemurahlah dengan budi,
bukan teori
Merendah dirilah dengan sikap,
bukan cakap
Berdisiplinlah, bukan membuat disiplin
Ajaklah orang membuat baik
bermula dari diri sendiri
Orang akan turut setelah memerhati
Tunjukkanlah akhlak baik,
bukan menyarankan falsafah akhlak
Akhlak adalah pakaian batin,
seperti kain pakaian lahir
Orang yang tiada pakaian lahir
keaibannya nampak
Orang yang tiada pakaian batin
kejahatannya nampak
Janji kita kotakanlah,
bukan hanya berkata

Selepas Asar
09 - 05 - 1997

151
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

BIOGRAFI ABUYA
100 SYEIKH IMAM ASHAARI

U SIAKU telah menjangkau enam puluh tahun


Sepanjang umurku aku telah menempuh hidup berliku-liku
Cabaran demi cabaran menggugat kehidupanku
Masam, manis, masin, pahit maung telah aku rasai
Aku telah menempuh berbagai-bagai zaman
Satu kali adalah zaman Jepun yang ganas dan kejam
Dua kali berlaku zaman British yang halus diplomasinya
Di zaman peralihan ialah Komunis mengganas 10 tahun
Sudahlah miskin, hidup pula dalam ketakutan
Setiap hari ada orang yang dibunuhnya
Ada kenderaan yang dibakarnya
Balai-balai polis yang diserangnya
Masa Jepun, papa kedana merata-rata negara
Sangat mengancam kehidupan termasuk aku dan keluarga
Ubi keledek sebagai nasi,
itulah ‘beras A1’ makananku yang biasa di waktu itu
Adakalanya sehari sekali makan nasi atau pisang
Itu pun beras yang berdebu dengan kapur dicampur ubi
Ubi pun payah dicari
Sagu rumbia, buah getah makanan harianku yang istimewa
Makan nasi hanya 6 bulan atau setahun sekali
Pucuk-pucuk kayu, daun kali layau, cendawan kulat
setiap hari aku makan
Pernah satu hari waktu hendak memakan sayur kali layau
Terjumpa seekor lintah di celah daun
Untungnya di waktu itu ikan-ikan darat senang didapati
Bahan-bahan hutan mudah dicari
Kerana di masa itu bahan-bahan semula jadi
Belum dimusnahkan oleh pembangunan dan kemajuan
Zaman ini juga harimau, babi, buaya, ular,
mengganas di mana-mana
Kejamnya macamlah Jepun-Jepun yang selalu menzalim orang
terutama bangsa Cina

152
PERJUANGAN

Hampir setiap hari lembu, kerbau, kambing dibahamnya


Zaman Jepun pakaian sangatlah susahnya
Sedikit-sedikit yang ada itu pun amat daifnya
Kain dan baju seribu tampungan
Bahkan setengah-setengah orang sudah ada
yang memakai daun-daun lebar yang keras
Atau kulit kayu yang diselimutkan di badan
Orang yang mati digulung sahaja dengan tikar mengkuang
kemudian dikuburkan
Rumah-rumah tempat tinggal rata-rata
macam rumah orang asli di hutan sekarang
Rumahku dan keluargaku semacam rumah mereka juga
tidak ada bezanya
Penyakit mengganas tidak ada orang yang terkecuali
daripada serangannya
Ubat-ubatnya tiada, kecuali ubat tradisi sahaja
Zat makanan kurang sekali
Apabila berkudis susah mahu sembuh
Sering sahaja berulat di dalamnya
Masjid surau terbiar kambinglah penghuninya
Di waktu itu orang beragama macam antah di dalam beras
Seluruh penduduk kampung kalau ada dua atau tiga orang
Yang sembahyang secara istiqamah sudah dibanggakan
Di zaman Jepun aku pernah kematian keluarga
Di dalam masa setahun empat orang,
ibu, kakak, adik, pak cik
Perhubungan sangat sulit dan susah
Alat-alat perhubungan sangat payah
Menyeberang sungai melalui jambatan buluh
Atau setengah tempat menggunakan rakit buluh
Berjalan kaki menjadi basahan harian
Adakalanya berjalan kaki berbelas-belas batu jauhnya
Berbatu-batu naik kereta lembu sering berlaku
Naik kereta mungkin satu atau dua tahun sekali, biasanya lori
Pernah berlaku dua kali di zaman Jepun
kapal terbang Jepun datang
Satu kampung penduduk kampung lari ketakutan
termasuk aku yang masih kecil

153
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Pernah aku melihat sebuah kapal terbang terbakar di udara


kemudian jatuh di tempat yang aku tidak tahu
Beberapa lama kemudian aku tahu
Sebuah kapal terbang British jatuh ditembak oleh Jepun
jatuh di Kampung Sawah Raja, Rembau
Di zaman permulaan British kehidupan
agak lebih baik sedikit
Namun kebatilan dan kemiskinan merata negara
Beras sudah ada, tepung seperti biasa
Tapi masih terbatas dan terhad
Pakaian sudah dijual merata-rata
Kebanyakannya kain belacu
Namun bermewah-mewah belum ada
Kalaupun ada golongan atasan sahaja
Itu pun hanya golongan terlalu minoriti
Pekerjaan sangat terbatas
Tidak seperti hari ini
Lumrah pekerjaan orang Melayu
ialah mata-mata, askar, cikgu
Kerani dan kastam satu dua termasuk ayahku
Perhubungan sudah ada tapi tidak selesa
Perjalanan satu jam di waktu ini
mungkin lima jam di waktu itu
Di zaman itulah aku dan keluarga naik bas turun bas
Masanya agak lama juga
Pergi ke Kelantan di zaman itu dua hari
baru sampai ke Kota Baru
Rata-rata orang Melayu masih jahil
dan mundur di dalam pelajaran
Buta huruf merata negara terutama penduduk desa
Yang berkelulusan universiti bilangan jari
Aku adalah termasuk orang yang terkorban
di dalam pelajaran di masa itu
Kalau aku ringkaskan sejarah hidupku secara umum
Dari zaman British hingga ke hari ini lebih kurang begini
Jalan kaki budayaku, kereta lembu kenderaan istimewaku
Makan ubi, buah getah, sagu rumbia mengganti nasi
makanan utamaku

154
PERJUANGAN

Pakaianku bertampung seribu,


akulah yang tampung sendiri
Di waktu masih kecil lagi
Ketika ibu dan bapa tiada di rumah
Aku masak sendiri
Baju aku basuh sendiri
Koyak aku jahit sendiri
Belum bersekolah aku sudah pandai memancing sendiri
Hasilnya dibawa pulang
Duduk di gerobok buruk
Di waktu itu reban ayam sekarang ini
adalah lebih cantik dari rumahku
Kenderaanku silih berganti
Tidak ada melangkau, ia berlaku secara bertahap-tahap
Dia berlaku secara meningkat dan berperingkat-peringkat
Dari berjalan kaki
Kemudian naik basikal hinggalah dapat beberapa orang anak
Berbasikal adakalanya berpuluh-puluh batu
Berkaki ayam biasa sahaja di zaman kanak-kanak
Enak saja tidak pula terasa kaki sakit
Selepas itu alhamdulillah lega sedikit
Boleh naik motosikal Honda 65, kemudian Honda 90
Setelah itu Allah memberi rezeki kereta Helman second hand
Kemudian Morris Minor second hand juga
Sesudah itu Holdan second hand pula
Kemudian sedikit demi sedikit bertambah canggih
Kereta Corolla permulaannya
Berpindah pula kereta Peugeot 404 kemudian 504
Setelah itu barulah Mercedes
Selepas itu kenderaanku adalah Pajero
Kemudian Mercedes MPV (multipurpose van)
Kenderaan awam kemuncaknya adalah kapal terbang
Jadi kehidupanku mengalami bermacam-macam
dan berbagai-bagai peringkat
Dari papa-kedana, fakir miskin, senang, kaya biasa
Yang belum lagi kaya luar biasa
Di aspek-aspek lain yang teringat elok juga diceritakan
Disengat ikan sembilang, baung perkara biasa

155
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Diserang penyengat bermacam-macam jenisnya, sering sahaja


Digigit lipan dua kali, satu kali disengat kala jengking
Keling keliak tidak terkira, mungkin puluhan kali
Dikejar oleh anjing, diburu oleh kera jantan
hampir digigitnya
Digigit lintah, pacat memang tidak boleh dielakkan
memang perkara biasa
Jatuh dari rumah, jatuh dari pokok berlaku juga
Pernah di rumah orang kenduri, sedang makan
serambi rumahnya roboh
Kuah gulai menyimbahi pakaianku
Di waktu itu hari pertama aku mengajar sebagai guru kerajaan
Jatuh dari basikal berdarah lutut tidak boleh dilupa
Kereta masuk gaung, patah kaki lebih-lebih
lagi tidak boleh lupakan
Di waktu kecil beberapa kali lemas di sungai,
mujur dapat diselamatkan atau terselamat
Dicucuk paku dua kali pun merasa, parutnya masih ada
Kali kedua gelap mata beberapa ketika
Aku dipelihara dari satu tangan ke satu tangan
Dengan ibu dan ayah tidak sempat bermanja
Berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat jadi budaya
Berpindah dari rumah setinggan ke rumah setinggan
cara menyewa perkara biasa
Di umur persekolahan, mengangkat air, cari kayu api,
ambil pucuk paku, menyapu laman, tukang masak kerja saya
Tinggal merata-rata tempat, di kampung dan di bandar
Pernah tinggal di tengah hutan, di kebun getah,
di sawah padi, di tepi laut, di tepi kubur
Di dalam pendidikan banyak sekolah tempat belajar
dan mengajar
Berpindah dari sekolah ke sekolah
Di dalam perjuangan, Allah takdirkan di dalam persekolahan
lagi sudah ada cita-cita perjuangan
Keluar sahaja dari sekolah, perjuangan pun bermula
Berbagai-bagai harakah Islamiah yang aku sertai
PAS, Jamiatul Dakwatul Islamiah, Ikhwan dan ABIM
Namun hati tidak puas

156
PERJUANGAN

Semuanya aku tinggalkan


Aku bangunkan jemaah sendiri, Darul Arqam namanya
Sempat aku pimpin 28 tahun lamanya
Di dalam jemaah sendiri, ke luar negeri perkara biasa
Bahkan tinggal di luar negara berturut-turut 7 tahun lamanya
Di dalam jemaah, berbagai-bagai aktiviti dapat dibangunkan
Hal ini tidak payah diceritakan
Ramai orang yang faham dan tahu ceritanya
Ujian-ujian di dalam perjuangan
Memang banyak yang dirasa
Tangga rumah dibuang, motosikal dibubuh garam
Beberapa kali hendak dipukul orang
Dipanggil ke Jabatan Agama dua kali disoal siasat
Kerana tidak senang dengan perjuangan yang aku lakukan
Pernah di waktu malam rumah dikepung polis beberapa kali
Namun tidak menangkapnya
Tohmah, fitnah perkara biasa
Inilah yang paling banyak dilemparkan kepadaku
Akhir sekali aku ditangkap, diambil di luar negara
secara ekstradisi
Direman dua bulan, kemudian diasingkan di Rawang
di bawah akta ISA
Sekarang sudah memakan masa enam tahun
Namun belum dibebaskan lagi
Kalau aku panjang umur
Entah apa lagilah peristiwa-peristiwa yang akan berlaku
pada diriku
Tuhan sajalah yang tahu

02 - 06 - 2000

157
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

AKU SEDIH KERANA


101 TIDAK DAPAT MEMBELA

T UHAN! Aku rasa sedih ramai orang di waktu ini


sudah tidak beragama
Tapi aku tidak dapat menyedarkan
Dan tidak mampu menginsafkannya
Aku susah hati ramai orang yang kelaparan
Tidak ada apa yang hendak dimakan
Aku tidak dapat memberi mereka makan
Tuhan! Jiwaku sedih banyak orang terlantar kesakitan
Namun aku tidak dapat merawat dan membantunya
Jiwaku menderita ramai orang tidak berpakaian
Kerana aku tidak mampu memberi mereka pakaian
Tuhan! Jiwaku terseksa ramai orang yang terzalim
Sedangkan aku tidak dapat membelanya
Ramai orang yang menzalim,
aku tidak dapat menahannya
Tuhan! Berapa ramai anak-anak yatim
Fakir miskin dan janda-janda yang terbiar
Di dalam semua hal
Aku tidak dapat membelanya dan mengurusnya
Mereka setiap masa menunggu pembelaan
Namun demikian tidak kunjung tiba
Berapa ramai orang-orang tua yang terbuang
Keluarga mereka pun sudah tidak
mempedulikan mereka
Aku tidak tahu bagaimana hendak membelanya
Kerana aku juga tidak ada tenaga dan kuasa
Tuhan! Itulah di antara yang aku rintihkan
Masalah inilah yang selalu aku renung
dan menungkan
Tapi aku sendiri pun tidak dapat
mengadakan jalan penyelesaian
Adakalanya aku menangis bersendirian
Terutama menjelang tidur di waktu malam

158
PERJUANGAN

Kerana aku tidak dapat menjadi pembela


kepada mereka semuanya
Aduh! Sedihnya aku
Aduh! Hibanya hatiku
Tuhan! Apa yang berlaku pada mereka
janganlah aku dipersalahkan
Lebih-lebih lagi jangan Engkau bertindak
terhadap aku kerana terbiarnya mereka
Aku memohon maaf dan ampun
kerana tidak dapat membela mereka
Berilah aku kekuatan agar aku dapat
menjadi pembela
Ataupun Engkau datangkanlah pembela
agar masalah mereka selesai

Selepas Asar
20 - 06 - 2000

159
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

102 ISLAM ADALAH HIDUP MATIKU

I SLAM adalah hidup matiku


Lebih kusayang dari diriku sendiri
Aku tidak dapat membezakan Islam dengan diriku
Dengan darah dagingku, dengan akal fikiranku,
dengan jiwaku
Dari kecil lagi aku dididik begitu
Kalau aku miskin pun biarlah dengan Islam
Kalau aku kaya pun tetap dengan Islam
Islam darah dagingku
Aku mesti perjuangkan setiap waktu
Aku rasa lapang dan luas dengan Islam
Aku rasa senang dan tenang dengan Islam
Kalau aku diasingkan kerananya, uzlahlah aku
Kalau aku dibuang, berkelanalah aku
Kalau aku dihalang, ibadahlah aku
Di samping menulis idea-ideaku
Aku tidak terasa susah dengan Islam
Bahkan aku rasa kenyang dengannya selalu
Sekalipun fizikal lahirku adakalanya susah
dan terhalang
Tuhan, tetapkanlah hatiku dengan Islam
Hidupkan aku dengan Islam
Susah dan payahku dengan Islam
Miskin dan kayaku dengan Islam
Berkawan dan bermusuh pun dengan Islam
Penutupnya hidupku dengan Islam
Islam adalah hidup matiku
Tuhan, begitulah harapanku dengan-Mu
Kabulkanlah permintaanku Tuhan!

Selepas Subuh
08 - 05 - 1997

160
PERJUANGAN

HATIKU SEDIH MELIHAT


103 MANUSIA TERBIAR

H ATIKU sedih melihat manusia khususnya umat Islam


Mereka serba-serbi terbiar tidak ada yang
benar-benar menjadi penyelamat
Kalaupun ada yang nampaknya
hendak menjadi penyelamat ada kepentingan diri,
ada udang di sebalik batu
Penyelamat tidak juga sampai mereka tetap terbiar
Ada juga yang ingin menjadi penyelamat,
tapi jahil tidak tahu caranya
Masalah manusia tidak selesai-selesai juga
Ada di kalangan manusia fakir, miskin, papa-kedana, ke-
hidupan mereka tidak terurus
Tidak ada siapa yang membela dan memikirkan
Kerana kesusahan mereka terdedah kepada
berbagai-bagai penyakit,
tidak ada siapa yang mempedulikan
Ramai di kalangan mereka tidak kenal Tuhan
dan tidak mempedulikan Tuhan
Tidak ada siapa yang hendak menyampaikan
risalah Tuhan kepada mereka
Kalau ada pun yang datang berdakwah kepada mereka
lebih bermotif politik atau ada tujuan hidup
Maka agama mereka pun tetap terbiar,
mereka tetap kehilangan Tuhan
Kerana kehilangan Tuhan maka hilanglah
kasih sayang sesama manusia
Bila hilang kasih sayang sesama manusia
berlakulah hasad dengki, hina-menghina,
kata-mengata
Lahirlah fitnah-memfitnah, jatuh-menjatuhkan,
mementingkan diri
Maka krisis, pergaduhan dan peperangan
berlaku di kalangan manusia
Lebih-lebih lagi tidak ada siapa yang datang

161
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

menjadi pendamainya
Kalau ada pun nampaknya pendamai
macam cerita kucing melantik hakim seekor beruk
Kucing tetap berkelahi, beruk yang senang
dan kenyang atau mendapat untung
Ada penguasa-penguasa dan orang-orang kaya
menindas dan menzalim
Mereka melakukan sewenang-wenangnya
dengan kekuasaan dan kekayaannya
Namun tidak ada pun tangan-tangan besi
yang dapat menghalangnya
Kalaupun ada tangan-tangan yang hendak menghalangnya
tapi tangan yang lumpuh
Namun penindasan dan penzaliman
tetap bermaharajalela
Aku memohon maaf kepada-Mu Tuhan
kerana tidak dapat menjadi pembela
atau penyelamat
Janganlah kerana kemiskinan
dan tidak sampainya risalah Islam kepada mereka
aku dipersalahkan
Jangan pula seluruh kesalahan mereka dipertanggungjawab-
kan kepada bahuku
Aku memohon maaf dan ampun
di atas kelemahanku Tuhan
Janganlah Engkau bertindak ke atas diriku

6 Safar 1421

162
PERJUANGAN

104 SELAGI ADA NYAWA DI BADAN

S ELAGI ada nyawa di badan


Cita-cita Islamku tidak akan padam
Selama mana darah masih mengalir
Perjuanganku tetap akan mengalir macam air
Selama darahku masih merah
aku tidak akan menyerah kalah
Selama mataku belum pejam
Akal masih boleh berfikir
Jiwaku masih berperasaan
Perjuanganku tidak akan aku abaikan
Selama mana aku masih boleh bernafas
Maka perjuanganku belum tumpas
Cita-cita perjuanganku tidak akan pudar
Bahkan dia tetap segar dan subur
Jiwa perjuanganku tetap berbunga dan berbunga
Islam adalah hidup matiku
Kalau aku tidak perjuangkan,
aku membiarkan diriku
Orang yang membiarkan dirinya
Orang yang ingin hidup di dalam kematiannya
Cuba gambarkan kalau orang itu mati
Mati di dalam kematian itulah jawapannya
Orang yang tidak memperjuangkan cita-citanya
Orang itu telah mati sebelum kematiannya
Bangkai bernyawa yang tidak ada nilainya

Selepas Asar
19 - 05 - 1997
( Muharam 1418)

163
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

105 KAMI ANGGOTA ARQAM DIREMAN

K AMI sebahagian bekas anggota Arqam


direman dua bulan
Diasingkan di kawasan yang terhad
di beberapa tempat
Entah berapa kali kami dikursuskan
Konon untuk memulihkan akidah
dan syariat kami yang tidak murni lagi
Yang mengambil bahagian banyak agensi
Dari pihak keselamatan (SB), hakim,
BTN dan lain-lain lagi
Yang kami lihat mereka tidaklah lebih baik dari kami
Walaupun kami yang jahat
Sifat ammarah mereka begitu terserlah
Marah-marah jadi budaya mereka
Ada yang tidak kelihatan bersembahyang
Ada yang sembahyang lewat
Pakaian, ada yang berseluar ketat
Ada pensyarah bila dihujah merajuk, jenuh dipujuk
Pantang kita memberi pandangan yang berlainan
Ugutan-ugutan dan kata-kata menakutkan pun dimuntahkan
Hendak tunjuk pandai tidak boleh langsung
Kenalah kami membuat bodoh
Kalau dibodoh-bodohkan kami diam sahaja

Selepas Subuh
15 - 01 - 1998

164
PERJUANGAN

106 TANGISANMU MENGHIBURKAN AKU

M ENDENGAR tangisanmu menghiburkan aku


Apatah lagi mendengar gelak tawamu
Melihat mukamu gembira selalu, lembut hatiku
Adakalanya hatiku sayu, pilu
Telatahmu, kemanjaanmu buat aku terharu
Kecomotan mukamu membuatkan engkau cantik
pada pandanganku
Susah rasanya hendak berpisah lama-lama denganmu
Ketiadaanmu dirasakan kehilangan sesuatu
Rinduku padamu bertambah mendalamnya
Itulah dia anakku Mubarakah dan Fathiyah, jantung hatiku
Engkau berdua menempa sejarah, yang tidak boleh kulupakan
Engkau direman dua bulan bersama ibumu
Tapi engkau tidak tahu
Engkau tetap gembira selalu
Seolah-olah pergi berkelah
Tapi aku sayu lebih-lebih lagi ibumu
Jika engkau panjang umur, engkau akan terkejut
Ibarat main filem, engkau termasuk pelakon tambahan
Anakku Mubarakah, Fathiyah
Moga-moga panjang umurmu
Agar engkau dapat membaca sejarah hidupmu
bersama ayah dan ibumu
Sejarahmu tercatat nak, bersama perjuangan suci ini
Di Akhirat kelak engkau berdua turut menjadi saksinya
Apabila ayah mati, sekiranya panjang umurmu,
sambunglah perjuanganku ini
Inilah perjuangan Nabi yang ayah pusakai
Engkau warisilah wahai anakku
bersama kakak-kakak dan abang-abangmu

10.35 malam
23 - 05 - 1997
(16 Muharam 1418)

165
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

107 MUSUH-MUSUHKU MENGEPUNGKU

M USUH-MUSUHKU mengepungku berbagai-bagai jalan


Pintu-pintu masuknya telah ditutup rapat-rapat
Segala perhubungan diputuskan
Setiap pertemuan dihalang dan disekat
Senjataku hanya doa dan doa
Di samping penyerahan diriku kepada-Nya
Lahirnya sekatan yang berlaku padaku dari manusia
Hakikatnya dari Tuhan yang mentakdirkannya
Mesti ada hikmah dan pengajaran
Aku sentiasa menunggu buahnya atau natijahnya
Aku yakin pintu-pintu sekatan akan terbuka semula
Jalan-jalan yang dihalang melaluinya akan dilalui
Kesusahan tidak selamanya berkekalan
Begitu juga kesenangan tidak selamanya bertakhta
Bila Allah mengizinkan pintunya terbuka
Tidak ada siapa yang boleh menghalang melaluinya

Selepas Asar
23 - 05 - 1997
(16 Muharam 1418)

166
PERJUANGAN

108 UJIAN ANUGERAH-MU UNTUKKU

T UHAN, aku panjatkan syukur pada-Mu


Satu anugerah yang Engkau kurniakan padaku
sangat bernilai
Nilainya sangat tersembunyi
Banyak orang tidak tahu
Aku diasingkan di satu kawasan
yang sangat terbatas buatku
Waktu aku menulis ini sudah tiga tahun berlalu
Lahirnya macam menyeksakan,
batinnya hiburan
Lahirnya macam menyusahkan,
yang tersirat untuk mengelirukan
musuh atau lawan
Kejadian ini penuh hikmah, banyak pengajaran
Ia tersembunyi, banyak orang tidak mengerti
Ia mengandungi pengajaran dan didikan
Ramai orang tidak faham
Justeru itu dengan bantuan-Mu
aku tenang di dalam kesusahan
Ini satu rahmat dan nikmat
Pengajaran yang tersirat,
moga-moga penghapusan dosa-dosaku
Membuktikan kebenaran yang aku bawa
Sekalipun ada sedikit-sedikit kesilapan yang berlaku
Tidaklah hairan aku bukan nabi
Sudah tentu aku tidak maksum
Orang-orang yang menghukum aku
tidak lebih baik dariku
Di antara sifat-sifat kebenaran memang begitu
Di samping itu banyak masa aku muhasabah diri
Membetulkan mana yang salah
Membuang mana yang tidak perlu
Memantapkan mana-mana yang fardhu

167
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Boleh banyak membaca menambah ilmu


Dapat mendidik anak-anak dan keluarga
secara langsung
Mendisiplinkan kehidupan mereka
Di saat-saat masyarakat penuh dengan gejala tidak sihat
Hikmah yang lain, di dalam perjuangan perlukan tapisan
Di dalam ujian ini Allah perlihatkan
siapa ikhlas dan sebaliknya
Siapa kawan dan siapa lawan
Siapa sebenar, siapa pura-pura
Siapa layak, siapa tidak layak
Allah luahkan hati perut yang tersembunyi selama ini
Ia tidak boleh disembunyikan lagi
Pura-pura tidak ada lagi
Semuanya telah terbuka oleh ujian
Benarlah apa kata Tuhan melalui Al Quran
Orang kafir diuji untuk menambahkan dosa-dosa mereka
Orang mukmin diuji untuk membezakan
di antara yang baik dan yang jahat

November 1997

168
PERJUANGAN

109 DI DALAM UJIAN ADA RAHMAT

T UHAN, aku faham mengapa Engkau uji perjuangan ini


Aku tahu mengapa Engkau pisahkan Aku
dengan pengikut-pengikutku
Itulah caranya saringan akan Engkau lakukan
Cara itulah Engkau lakukan untuk memilih orang pilihan
Setelah dibersihkan di dalam jemaah ini orang-orangnya
Akan tinggallah hanya orang-orang yang dibantu
Kalau tidak, lambat lagilah bantuan-Mu itu
Jika belum lagi berlaku saringan itu
Aku syukur pada-Mu Tuhan
Di dalam kesusahan ada kebaikan
Di dalam ujian ada rahmat
Di dalam keperitan ada keinsafan dan pengajaran
Begitulah wahai Tuhan setiap yang berlaku
ada hikmahnya
Ada pendidikan dan pengajaran
Perbuatan-Mu tidak ada sia-sianya
Kecuali orang yang tidak mengenal-Mu
Setiap yang berlaku mereka terkeliru
Atau mereka menjadi tanda tanya
dan hairan terpinga-pinga

Selepas Asar
21 - 10 - 1998

169
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

110 BARU TAHU SETELAH DIUJI

B ARU tahu setelah diuji


Sebelum diuji semua rasa mampu
Sebelum diuji terasa pejuang sejati
Sesudah diuji baru kenal diri
Rupanya di dalam perjuangan perlu diuji
Jangan dipinta
Melalui ujian, dapat pejuang-pejuang yang hakiki
Para pejuang perlu tapisan
Justeru tanggungjawab yang berat
hendak diamanahkan
Bukan semua orang boleh memikulnya
Tidak setiap orang boleh bertanggungjawab
Hanya orang pilihan sahaja
yang boleh melakukannya
Apabila diuji saringan pun berlaku
Ada yang lari
Ada yang memukul kawan sendiri
Ada yang kesal dan sedih hati
Ada yang terus menyebelahi musuhnya
Begitulah peranan ujian
Ia sangat perlu tapi jangan dipinta

26 - 11 - 1997

170
PERJUANGAN

BARU ENGKAU TAHU


111 ERTI PERJUANGAN

B ARU engkau tahu erti perjuangan?


Engkau ingat perjuangan itu mudah?!
Bila engkau berjuang kemudian disanjung,
dipuji, engkau rasa sudah berjuang?
Sekarang engkau telah diuji
Engkau dikurung dua bulan, dikata,
dicaci maki, dihina, disusahkan
Engkau ditengking, diherdik,
tidak dibenarkan rehat dan tidur
Engkau telah kenal dirimu sekarang
Engkau dibuang daerah mengikut akta ISA
atau ditahan di Kemunting
Terserlahlah segala-galanya diri engkau
Terdedah dan terbuka segala rahsia
Rupanya engkau orang yang keluh-kesah
Merungut-rungut dan melatah-latah
Tuduh sana, tuduh sini
Hingga guru engkau pun engkau hina dan malukan
Makin menderita jiwamu, makin kusut fikiranmu
Kesal tidak kesudahan, kecewa berpanjangan

Selepas Asar
(7.00 petang)
20 - 08 - 1998

171
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

AKU BERJUANG
112 DENGAN KEYAKINAN

E NGKAU anggap aku berjuang main-main?!


Atau aku berjuang sebagai hobi?!
Atau aku berjuang kerana mencari makan?!
Kawan aku berjuang dengan keyakinan
Aku berjuang dari hati
Semangat perjuanganku telah sebati
Telah mendarah mendaging
Janganlah diugut-ugut dan ditakut-takutkan
Sekarang aku dikurung, aku cari kekuatan
Masaku banyak dengan Tuhan
Mengumpul tenaga iman
Ada masanya engkau akan lihat nanti
Engkau akan terkejut, moga-moga tidak pengsan
Engkau lihatlah apa telah terjadi kepada musuhku?!
Tanpa aku apa-apakan,
mereka bermusuh sesama sendiri
Dahulu bersatu menangani aku
Hari ini berpecah-belah dan dapat malu
Dunia membencinya, apatah lagi rakyatnya
Porak-peranda sesama sendiri
Jiwa derita, buat apa sahaja serba tidak kena
Tunggulah masanya,
akan berlaku lebih parah dari ini

Selepas Subuh
11 - 11 - 1998

172
PERJUANGAN

113 RAMAI KAWAN-KAWAN TERKEJUT

R AMAI kawan-kawan terkejut bila diuji


Padahal sebelum ini mereka pidatokan
orang mukmin itu diuji
Mereka lupa, mereka juga akan diuji
Mengapa terkejut?
Bukankah engkau tahu?
Bahkan engkau pidatokan!
Engkau peringatkan ujian kepada umat
Menunjukkan engkau riyak dengan pidato itu
Engkau pidatokan untuk penyedap cakap dan bahasa
Bukan keyakinan, bukan penghayatan
Justeru itu engkau terkejut
Engkau menyesal dan kesal dengan ujian
Engkau menuding jari menyalahkan orang lain
Orang lain yang bersalah, engkau tidak bersalah
Sekarang engkau kenal dirimu
Engkau nilai sendiri
Orang lain hanya melihat
Musuh gembira dengan sikapmu
Di dalam hati mencemik
Di belakangmu mereka berkata: “Padan muka!”

Selepas Asar
26 - 11 - 1997

173
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

114 ENGKAU TIDAK BOLEH NILAI LAGI?

E NGKAU kata perjuanganku sudah penghujung


Perjuanganku telah menurun
Masa depanku sudah tiada lagi
Kasihan! Sudahkah engkau berfikir dahulu sebelum berkata
Atau engkau bercakap mengikut rasa
Engkau kecewa kerana kena belasah di tempat kurungan?
Sedarkah apa yang engkau kata?
Aku lihat masa depanmu sudah tiada
Buktinya, kawan sudah tiada
Tidak ada satu jemaah pun yang engkau menjadi ahlinya
Hendak makan pun susah sekali
Berjalan ke sana ke mari seorang diri
Mukamu yang kusut menggambarkan hati
Daripada pakai Pajero, berjalan kaki
Tidak ada seorang pun kawan lama yang ambil peduli
Engkau tidak boleh nilai lagi?!
Aku yakin engkau telah sedar, tapi ego engkau tinggi
Sudah terlanjur dan tersasar jauh sekali
Malu hendak mengaku kebenaran ini
Sekarang tanggunglah sendiri
Jadual tetap berjalan, engkau lihatlah sendiri
Aku belum mati
Kehidupanku alhamdulillah
dari dahulu hingga sekarang tidak berubah
Ahli dan simpati bertambah setiap hari
Di waktu ini kehidupanku terbatas
Gambarkanlah kalau aku bebas
Akan bertambah meriah lagi
Tunggulah masa, engkau akan lihat nanti

Selepas Subuh
10 - 11 - 1998

174
PERJUANGAN

PERJUANGAN KEBENARAN
115 JAUH PERJALANANNYA

E NGKAU jemu dengan perjuangan ini


Kerana sudah puluhan tahun di dalam keadaan begini
Hari demi hari, minggu demi minggu
engkau menunggu
Bahkan bulan demi bulan, tahun demi tahun
menunggu janji
Namun perjuangan tidak menentu
Musuh-musuh Islam bermaharajalela
Bertindak membuat apa sahaja
Engkau kecewa dengan perjuangan ini
Moga-moga tidak putus asa
Kawan! Apakah perjuangan kebenaran
semudah yang kamu fikirkan?
Perjuangan kebenaran perjalanannya jauh
Jalanannya berliku-liku, mendaki dan menurun
Kiri kanannya jurang yang dalam,
amat mengerikan
Kemenangan tidak diberikan
kepada orang yang seperti kamu
Baru sedikit berjuang sudah jemu
Engkau mudah letih di dalam perjuangan
Mudah kecewa, moga-moga tidak putus asa
Takkan orang yang seperti engkau
Allah Taala hendak memberi kemenangan
Pengorbanan tidak sejauh mana
Membaiki diri belum bersedia
Kalau kemenangan itu diberi
kepada orang seperti engkau
Sudah tentu engkau terpengaruh dengan dunia
Justeru itu Allah hendak menunggu
orang yang layak menerimanya

Selepas Subuh
30 - 10 - 1998

175
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

116 KALIAN KAN SUDAH DIPULIHKAN?

K ALIAN kan sudah dipulihkan


Akidah kalian kan sudah dimurnikan
Melalui kursus entah berapa kali dilakukan
Oleh tokoh-tokoh rasmi
Kalian pun rasa puas hati
Konon kebenaran telah ditemui
di dalam pemulihan akidah itu
Tapi aku hairan, pelik dan ajaib
Akidah sudah murni boleh cuai sembahyang
Dahulu sembahyang jemaah jadi tradisi
Sekarang jarang-jarang sekali
Dahulu di awal waktu sekarang tidak menentu
Dahulu lemah lembut sekarang keras hati
dan kasar sekali
Marah-marah sahaja dengan anak-anak isteri
Dahulu anak-anak dijaga dengan rapi
kini kurang dipeduli
Dahulu serban jadi mahkota
Sekarang kopiah sahaja
Mungkin ingin bergondol sahaja
tapi takut orang kata
Kini orang ramai terkejut
Anak-anak kalian telah melakukan
berbagai-bagai jenayah
Rokok, dadah, telah menjadi sunnah
Berpacaran tanpa malu-malu di hadapan ramai
Mencuri telah mula dilakukan sebagai amalan
Bergaduh bercerai-berai
Saya dengar katanya ada yang berzina
Moga-moga itu adalah fitnah
Tuntut-menuntut di mahkamah syariah
Berebut harta bukan kepunyaan kalian
Nampak sangat gila dunia

176
PERJUANGAN

Inikah semuanya hasil pemulihan?


Inikah yang dikatakan satu kejayaan?
Apakah ini yang hendak disembahkan
kepada Tuhan?
Inikah amal soleh dan taqwa bekal ke sana?
Padahal orang yang dikatakan belum pulih
tidak macam kalian
Mereka tetap dengan pendiriannya
Alhamdulillah, mereka nampaknya Allah selamatkan

177
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

117 NILAILAH IMAN DIRI SENDIRI

O RANG yang macam kamu ini


siapa pun tiada mahu menerimanya
Kalau setakat berkenalan sementara waktu,
orang mungkin tidak tahu
Bila lama-lama terutama di dalam jemaah,
tembelang akan terbuka
Di waktu itu orang akan tahu siapa kamu
Kalau kamu tidak mengundur diri,
kamu akan diundurkan
Sekarang rasalah sendiri
Mana mahu pergi, ke mana pergi ditolak orang
Sekarang kamu macam cacing kepanasan
Pergi sana tidak kena, pergi sini tidak kena
Adakalanya kamu takut jumpa orang
Mengapa takut? Kata kamu benar,
orang benar mana takut
Kata akidah telah murni
Selama ini katanya dikotorkan orang
Mengapa akidah sudah murni
Islamnya mundur ke belakang
Yaqazah tolaklah, yang lain mengapa tolak sama
Takkan akidah sudah murni, anak-anak dibiarkan
Rumah tangga bergolak macam air laut bergelombang
Akidah sudah murni, serban berat hendak dipakai
Menolak yaqazahkah? Atau sudah mula
menolak Islam secara perlahan-lahan?
Apakah Islam tinggal akidah murni sahaja
Mana syariatnya?
Mana akhlaknya?
Akidah murni membolehkan mengumpat,
menghina, mengata?
Siapa ajar?
Al Quran, As sunnah?

178
PERJUANGAN

Jangan berlakon lagilah!


Janganlah hendak menilai iman orang
Nilailah iman diri sendiri!
Islam menyuruh menjaga diri lebih utama
Janganlah anggap diri sudah bersih
Konon mendengar ceramah Doktor Syeikhul Quran dan Hadis
Nampaklah sesatnya orang lain
Masya-Allah! Astaghfirullah!
Mudahnya membersihkan jiwa?!
Dengan sekelip mata?
Kemudian terus nampak kesesatan orang lain?!

Selepas Asar
21 - 08 - 1998

179
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

118 ENGKAU AKAN LIHAT NANTI

K AWAN!
Tunggulah, engkau akan lihat nanti
Apa yang aku katakan akan terjadi
Sebahagiannya sedang terjadi
Engkau buat-buat tidak tahu
Kerana engkau telah membenci
Tapi engkau jangan membohongi diri
Aku tahu jiwamu tergugat setiap hari
Engkau cuba membohongi dirimu sendiri
Lantaran itu jiwamu tidak tenang
Fikiranmu tidak menentu
Kamu tidak tahu ke mana hendak dituju
Kamu telah kehilangan haluan
Kalau ada yang aku kata satu dua tidak terjadi
Itu perkara biasa, jangan dicerca
Aku bukan rasul, aku bukan nabi bahkan bukan wali
Itulah bezanya nabi dengan orang biasa
Cuma aku ada cita-cita
Aku telah cuba memperjuangkannya
Sekali-sekala dibantu juga
Kata-kataku adakalanya terjadi juga,
sebelum orang menduganya
Aku bersyukur kepada Allah
Walaupun perjuanganku diperkecil-kecilkan orang
menggugat juga
Sebuah kuasa sangat takut
Tandanya, jemaahku diharamkan, aku ditangkap
Kalau tidak mencabar masakan diharamkan jemaah
Kalau tidak menggugat kepimpinan
masakan aku di-ISAkan

Selepas Asar
12 - 06 - 1998

180
PERJUANGAN

119 AKU BELUM MATI

K AWAN! Janganlah engkau anggap


perjuanganku telah mati
Engkau janganlah tafsirkan diriku macam dirimu
Engkau tetaplah engkau tapi aku tetaplah aku
Kawan, aku belum lagi mati
Darahku masih mengalir dan masih merah
Ia masih mengalir dan masih panas
Nafasku masih turun naik
Perjalanan jantungku masih normal
Otakku masih boleh berfikir dan boleh menilai
Mataku masih boleh membezakan
mana yang hitam dan mana yang putih
Mana boleh aku berdiam
Mana boleh aku diam dan membisu
Jiwaku masih macam dahulu
Semangatku masih membara dan menyala
Semangat juangku masih hidup dan subur
Sementelahan pula aku tidak keseorangan
Aku masih ada kawan
Kawan yang telah tertapis dan tersaring
Jiwa juang mereka masih membara dan setia
Aku dan mereka menunggu masa
Mereka yang kecewa bahkan ada yang berputus asa
Aku ucapkan selamat tinggal
Aku insya-Allah akan tetap meneruskan perjuangan
Perjuangan adalah hidup matiku
Bersama kawan-kawan yang sejiwa dan setia

Selepas Asar
12 - 06 - 1998

181
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

120 AKU UCAPKAN SELAMAT TINGGAL

A KU ucapkan selamat tinggal kepada kalian


Dahulu kita bersama menuju satu tujuan
Bila ujian datang kalian lari bertempiaran
Kalian bertukar haluan
Bahkan tidak menentu haluan
Begitulah hikmah ujian dari pencipta alam
Dengan ujian, pura-pura dan kepuraan
tidak boleh lagi berlaku di dalam perjuangan
Kini segala-galanya terserlah,
tersingkap dan terdedah isi hati yang mazmumah
Indahnya ujian tapi jangan dipinta
Ia memisahkan yang soleh dengan yang toleh
Ia membezakan yang berjuang
dan yang mengambil peluang
Dengan ujian kita telah kenal diri masing-masing siapa kita
Aku tetap aku yang dahulu hinggalah sekarang
Kebenaran yang aku pegang
moga-moga sampai ke hujung jalan
Kalian carilah jalan, buatlah pilihan
Perjuangkanlah keyakinanmu
katanya engkau telah dipulihkan
Insya-Allah aku akan terus berjuang
Bersama kawan-kawan selama ada nyawa di badan
Selamat tinggal kalian semua, selamat jalan
Aku tetap sebagai aku dahulu dan sekarang
Aku tetap akan meneruskan perjuangan
hingga ke hujung jalan

182
PERJUANGAN

UJIAN PERJUANGAN MENAPIS


121 DAN MENYARING

U JIAN di dalam perjuangan menapis dan menyaring para


pejuang
Memisahkan yang sejati dengan yang berpenyakit hati
yang tersembunyi
Membezakan yang tulen dengan yang pura-pura selama ini
Melahirkan identiti diri yang hakiki setiap pejuang
Hingga dapat dilihat oleh setiap orang
Semuanya terserlah segala-galanya terang
Macamlah di dalam satu guni yang bercampur di dalamnya
di antara hampa dan padi
Yang sambang dengan yang berisi
Bila diindang atau ditampi
Yang sambang terbang terbuang
Yang kekal itu yang berisi
Begitulah di dalam perjuangan bila diuji
Di waktu itu pura-pura tidak boleh lagi
Segala isi hati keluar terserlah menghiasi diri
Sifat-sifat ular, harimau, nyamuk, lalat, syaitan
Nampak dilihat oleh manusia nyata sekali
Selama ini disembunyikan kerana ada kepentingan diri
Bila diuji keuntungan pun sudah tiada lagi
Kepura-puraan tidak boleh bertahan lagi
Allah mengeluarkan apa yang mereka sembunyikan selama ini
Mazmumah di dalam tanpa boleh dibendung
Keluar melimpah-ruah macam lahar gunung berapi
Meledak keluar memusnah
Merosakkan harta benda tidak kira apa sahaja
Begitulah mazmumah di dalam hati
Bila diuji dia meledak keluar merosakkan manusia
Terutama yang dia benci
Begitulah hikmah ujian besar sekali
Membeza-bezakan yang pura-pura dengan yang sejati

183
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

122 TAPISAN DEMI TAPISAN BERLAKU

T APISAN demi tapisan telah berlaku di dalam perjuangan


Sejak aku mula menggerakkan perjuangan
hingga aku diasingkan
Kawan-kawan seperjuanganku
ada yang pergi ada yang datang
Pergi dan datang silih berganti sebagai tapisan
Tapisan yang paling berkesan melalui fitnah,
tohmah dan sekatan
Yang tinggal selepas itu yang pilihan
Tapisan yang paling serius pengharaman,
tangkapan dan pengasingan
Golongan pilihan tadi mereka juga ditapis lagi,
Macam beras diindang
Ada yang terpelanting, ada yang bertahan
ada yang di dalam kehairanan
Tinggallah golongan yang sedikit
tapi memuaskan dan menyenangkan
Golongan yang sedikit ini sangat meyakinkan
Untuk merekalah perjuangan di masa hadapan
Kepada merekalah yang sangat kita harapkan
Perjuangan ini akan bersemarak dan bergema semula
Ia akan datang ke tengah kehidupan
lebih hebat dan agungnya
Mereka yang menghindarkan diri
akan tergigit jari melahirkan kesalnya
Ada yang datang meminta maaf kerana keterlanjurannya
Simpati-simpati yang keyakinannya tidak luntur
Merekalah pendukung-pendukungnya
Ajaran kebenaran di waktu itu begitu cepat terserlahnya

Selepas Asar
23 - 05 - 1997
(16 Muharam 1418)

184
PERJUANGAN

TUHAN, JANGANLAH AKU


123 DIPERSALAHKAN

T UHAN!
Janganlah dipersalahkan aku jika risalah-Mu
tidak sampai kepada setengah golongan
Jangan pula besok di Akhirat mereka akan menjadikan hujah
di hadapan-Mu aku tidak menyampaikan
Maafkan aku Tuhan jika apa yang aku sampaikan
tidak merata semua orang
Tuhan, masih ramai lagi hamba-hamba-Mu
yang miskin di bumi-Mu ini
Yang tidak ada apa yang hendak dimakan
dan yang hendak diminum
Tidak kurang yang tidak ada pakaian dan
yang tidak ada tempat tinggal
Mereka terbiar dan dibiarkan
Janganlah Engkau bertindak ke atas aku
kerana tidak dapat menolong mereka
Apatah lagi bagi hamba-hamba-Mu yang terzalim di dunia ini
Aku tidak dapat membela dan menyelamatkannya
Entah berapa ramai yang menderita,
melarat dan papa tidak dapat aku membantu
Aku pun tidak tahu apakah kerana tidak mampu
atau kerana kecuaian
Walau bagaimanapun aku memohon ampun kepada-Mu
Kemaafan-Mulah yang aku pinta setiap peristiwa yang berlaku
Aku berlindung dengan-Mu
jangan sampai segala tragedi menjadi bala
Tuhan!
Bantulah aku
Berilah aku kekuatan, keyakinan serta kesabaran
Agar segala masalah dapat diselesaikan

Selepas Asar
27 - 08 - 1999

185
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

124 KELUARGA ROLE MODEL

Y A ALLAH!
Engkau jadikanlah rumah tanggaku syurga sebelum Syurga
Anak-anak cahaya mata, isteri mengikut kata
Tuhan! Jadikanlah rumahku masjid mengingati-Mu
Sumber ilham dan ilmu
Tempat hiburan dan ketenanganku dan keluargaku
Tetamu yang datang membawa rahmat
Perginya, penghapusan dosa
Wahai Tuhan, jadikanlah rumahku kerehatanku,
tempat aku mendapat kekuatan jiwa
Tempat aku mengecas bateri jiwaku
Apabila aku keluar rumah
Kereta perjuanganku bertambah laju
Ya Allah!
Engkau jadikanlah keluargaku tapak perjuanganku
Role model untuk ditiru
Berilah aku kekuatan memimpin diri dan keluargaku
Memimpin masyarakat diharapkan juga
Berilah aku kekuatan iman dan ilmu
Kesihatan dan buah fikiran
Kelapangan masa untuk berjuang
Boleh menilai diri baik buruknya
Ya Allah, jadikanlah Engkau cinta agungku
Agar seluruh apa yang ada aku korbankan untuk-Mu
Bahkan jiwa ragaku
Dan berikanlah aku kawan-kawan yang setia
Yang boleh berjuang bersamaku susah dan senang
Akhir sekali, ya Allah
Ampunkanlah seluruh dosa-dosaku
Dan dosa-dosa keluargaku serta pengikut-pengikutku
Amin, ya Rabbal Alamin
Istajib do’ai

186
PERJUANGAN

TUHAN, BILA LAGI


125 BANTUAN-MU DATANG

T UHAN, bila lagikah bantuan-Mu datang


Tuhan, bila lagikah pertolongan-Mu tiba
Moga-moga permintaanku ini tidak melanggar adab
Tuhan, bila lagi pejuang-pejuang kebenaran
diberi kemenangan
Pejuang-pejuang kebatilan dikalahkan
Tuhan, janganlah biarkan kami tanpa bantuan
Jangan tinggalkan kami tanpa pertolongan
Puak-puak kebatilan telah melakukan sewenang-wenang
Mereka telah melakukan maksiat dan kemungkaran
Mereka telah menganiaya dan menzalim setiap masa
Tapi mereka dianggap pejuang-pejuang kebenaran
Mereka dianggap wira-wira bangsa dan agama
Golongan yang benar-benar menegakkan
yang hak dan keadilan
Tersisih di tengah-tengah kehidupan
Mereka sudah tidak dianggap manusia yang patut dibela
Sekalipun oleh pejuang-pejuang yang memberi nama Islam
Aku membisikkan ini kepada-Mu bukan rasa kecewa
jauh sekali putus asa
Tapi Engkau adalah tempat aku mengadu
Bisikanku kepada-Mu Tuhan, rasa bahagia
Aku rasa dapat bermanja dan bermesra
Engkau Tuhan adalah hiburan hatiku

187
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

BILAKAH LAGI ENGKAU


126 DATANGKAN PEMBELA?

T UHAN! Hatiku terlalu rusuh


Selalu sahaja hatiku merintih
Melihatkan kejadian setiap hari menyayat hati
Ramai sudah orang yang hidup tidak ada panduan
Tidak fikir halal dan haram,
tidak ada yang menunjuk jalan
Ada orang yang bercakap Islam hanya hobi,
bukan dari hati
Bercakap sekadar untuk hidup, bukan untuk mati
Di sana-sini ramai yang melarat
Hidup miskin, makan minum dan tempat tinggal
tidak terurus
Tidak ada yang simpati, tidak ada yang ambil peduli
Di celah-celah itu hidup pula di dalam ketakutan
Kerana jenayah sering berlaku di mana-mana merata negara
Jenayah politik, jenayah sosial, jenayah fizikal
Aduh dengan siapalah hendak mengadu
Tempat mengadu pun sudah tidak boleh dipercayai lagi
Setiap hati sudah merintih
Merasakan hidup sudah tidak selamat lagi
Kegelisahan di mana-mana,
resah yang tidak berkesudahan
Begitulah dunia-Mu di waktu kini
Manusia hidup sentiasa di dalam kebimbangan
Bilakah lagi pembela Engkau akan datangkan
Menyelamatkan manusia yang di dalam ketakutan
Janganlah Engkau biarkan mereka berlama-lama
tidak ada pembela
Cucurilah rahmat ke atas mereka
Dengan tibanya seorang pembela yang ada kuasa

Menjelang tidur
04 - 08 - 2001

188
PERJUANGAN

SUDAH PULUHAN TAHUN


127 KAMI BERJUANG

T UHAN!
Sudah puluhan tahun kami berjuang
Di samping berjuang, kami membaiki diri
Demi untuk mencari keredhaan-Mu
dan inginkan pertolongan dan bantuan-Mu
Engkau pun tahu bahawa pemimpinnya bukan Rasul
Dan pengikutnya bukan Sahabat
Sudah pasti tidak mungkin kepimpinannya
lebih baik dari Rasul
Dan juga sudah tentu pengikut-pengikutnya
tidak mungkin lebih baik
dari pengikut-pengikut Rasul
Engkau pun tahu perjuangan kami
tidak akan sama kualitinya
dengan perjuangan Rasul dan para Sahabat
Kalau Engkau hendak memberi kemenangan
kepada kami setelah kami dapat berbuat
seperti apa yang dibuat oleh Rasul
Sampai bila pun kami tidak akan mendapat kemenangan
Oleh itu wahai Tuhan, kami memohon
dengan rahmat-Mu, berilah kemenangan
dan kejayaan
Kami memohon dengan kasih sayang-Mu
Engkau kalahkanlah musuh-musuh kami
Atas dasar itu ada harapan kami
akan dapat kemenangan

Tuhan!
Kasihanilah kami!
Janganlah Engkau serahkan lagi kami ini
kepada musuh
Walaupun kami belum baik tapi Engkau tahu
kami ada cita-cita baik
untuk memperjuangkan agama-Mu

189
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Janganlah biarkan kami berlama-lama


tanpa bantuan-Mu
Lebih-lebih lagi jangan sampai musuh-musuh
dapat menguasai kami

Tuhan!
Engkau pun tahu bukan senang membangunkan jemaah sete-
lah dihancurkan
Berilah kami kemenangan mengikut ukuran kami
yang bukan Rasul
Janganlah hendak memberi kemenangan kepada kami
mengikut ukuran Rasul
Kerana Rasul itu, ada jaminan dari-Mu
bahawa dia adalah maksum
Tapi kami walaupun pemimpin, tidaklah maksum
Kami baik sangka dengan-Mu Tuhan
Engkau akan memberi juga kami kemenangan
mengikut ukuran kami
Kami sentiasa menunggu dan menanti
Kemenangan itu pasti akan tiba dan terbukti

Menjelang Maghrib
11 - 01 - 2000
(4 Ramadhan)

190
PERJUANGAN

128 NENEKKU TERSAYANG

N ENEKKU tersayang!
Satu hari bertemu, rasa setahun
Nenek yang diingati dan dirindu!
Sekali bertemu ingin bertemu
Mendengar perbualanmu tidak jemu-jemu
Cerita yang kamu bawa, adalah pengalamanmu
yang berisi pengajaran
Kami mendengarnya menyedarkan jiwa
dan menghidupkannya
Menjadikan kami ingin mengubah sikap selalu
Kami duduk di hadapanmu boleh berlama-lama
Tiada terasa letih, tiada terasa jemu
Engkau adalah termasuk orang yang
dipanjangkan umur yang luar biasa
Mungkin di dalam seribu orang,
hanya seorang sahaja
Walaupun tidak pandai menulis dan membaca,
tapi penuh barakah, hidup mulia
Gurumu tidak banyak tetapi mempunyai
karamah dan basirah
Kerana itulah barakahnya mengalir kepadamu
Sejarah hidupmu penuh ranjau dan duri
Di situlah terletaknya didikan Tuhan-Mu
Apabila engkau menceritakannya semula,
boleh dikongsi bersama
Kami tidak jemu-jemu mendengarnya
Walaupun kami terpaksa berpisah,
hanya fizik sahaja
Namun hati kami tidak terpisah darimu
Kami sentiasa ingat selalu
Ingin bertemu lagi
Kami doakan nenek panjang umur
Diberikan kesihatan badan selalu
Sentiasa di dalam hidayah dan taufik Tuhanmu

191
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Kami ingin bertemu lagi


Inginkan mendengar pengalamanmu
Engkau adalah nenek tersayang
Engkau adalah nenek kepunyaan kami bersama
Jangan lupakan kami, nek!
Bahkan kami inginkan doamu

Selepas Asar
31 - 12 - 1998

192
PERJUANGAN

MIMPI BERADA
129 DI TANAH PERKUBURAN

A KU tidur qailullah seperti biasa


Di waktu itu giliran isteriku Ummu Ain
Tiba-tiba aku bermimpi berada
di suatu kawasan tanah perkuburan
Di dalam suasana kampung
Aku tidak tahu di mana, dan kampung apa
Aku hairan di tengah-tengah perkuburan itu
isteriku Ummu Jah sedang berbaring
Dia tidak tidur, dan aku di sampingnya,
sedang duduk
Di sebelahnya isteriku, aku rasa
ada seorang anak perempuanku yang kecil
Tapi aku tidak pasti anak yang mana
Aku tidak sakit, tapi aku merasakan
sedang menunggu kematianku
Di dalam sebuah kubur di sebelah isteriku,
aku difahamkan akan ditanamkan
sebentar lagi
Sedangkan kubur itu sudah pun ada penghuninya
Aku pun bercerita kepada isteriku
Bahawa sebentar lagi aku akan mati
dan akan dikuburkan di dalam kubur
yang sudah ada penghuninya
Isteriku mendengar, tanpa sepatah kata
Dia diam sahaja, mendengar ucapanku
Makin dekat saat kematian
Aku makin takut, jiwaku kecut,
badanku gementar
Susahnya hati Tuhan sahajalah yang tahu
Aku pun menangis dengan badan yang menggeletar,
air mataku berguguran,
dunia akan meninggalkan aku sebentar lagi
Aku takut, kerana belum yakin

193
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

yang aku sudah membuat persiapan


Di dalam ketakutan itu,
di waktu sedang menangis teresak-esak
Tiba-tiba aku terkejut dari tidur
Aku lihat jam dinding menunjukkan 12.40 tengah hari
Aku tidak tahu apa maksud mimpi itu

Pagi Isnin
Selepas ekspedisi
19 - 08 - 2001

194
PERJUANGAN

KEHIDUPAN PARA
130 SAHABAT RASULULLAH

S AHABAT-SAHABAT Rasulullah
apabila bertemu satu sama lain
Tidak akan bercerita tentang dunia
Mereka tidak akan bercakap tentang makan minum,
rumah dan pakaian
Kecuali menceritakan terhadap sahabatnya yang lain,
jika mereka mendapat kesusahan
Agar sahabat-sahabat bersimpati
dan memberi bantuan
Pertemuan para Sahabat di antara satu sama lain
akan bertanya kecacatan diri
Untuk diketahui dan dibaiki
Bertanyakan khabar Rasulullah, keluarganya
dan tentang keadaannya
Lebih-lebih lagi bertanya apa wahyu
yang baru turun
Apakah sabdanya yang baru diterima darinya
Beritakanlah, kita boleh kongsi bersama
Para Sahabat bertemu, berbincang-bincang
apa lagi kebaikan yang hendak dibuat
Kalau tidak ada yang perlu untuk dibualkan,
masing-masing diam sahaja
Namun hal-hal dunia tidak dijadikan perbincangan
dan perbualan
Apatah lagi hendak bercerita-cerita
hal keburukan orang
Mereka kalau ramai berada di dalam masjid
Orang yang lalu di tepi masjid menyangka
tidak ada orang di dalam masjid
Kerana sunyi sepi daripada perbualan
Kalau adapun Al Quran dibaca orang,
Sahabat tidak menguatkan suara
Agar tidak mengganggu orang

195
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

macam masjid di zaman kita


Mereka di dalam masjid sangat tawadhuk,
tadharuk dan khusyuk
Membanyakkan sembahyang, zikir, tasbih, selawat
Membaca Al Quran, tafakur, tidak sempat berbual dunia
Masing-masing dengan dirinya masing-masing
Hening, tenang dan sepi
Orang menyangka di masjid tidak ada orang
Mereka sangat menjaga kehormatan masjid
dan kesuciannya

Lepas Asar
25 - 09 - 1999

196
PERJUANGAN

131 NABI MUHAMMAD RASUL PILIHAN

N ABI Muhammad Rasul pilihan ikutan umat akhir zaman


Membawa Quran sebagai panduan,
Sunnahnya suri teladan sebagai ikutan
Suasana jahiliah menjadi berubah,
kepada kehidupan Islam amat indahnya
Dari pimpinan berpandukan Al Quran,
manusia yang kejam boleh beriman
Perjuangan Rasul yang utama, mengenalkan Tuhan
yang sebenar kepada manusia
Tuhan yang Esa, Maha Pencipta lagi berkuasa
Ramai manusia meninggalkan berhala,
menggantikan Allah sebagai Tuhannya
Mereka agungkan Allah, memuji, memuja
dan mensucikan-Nya setiap masa
Syariat yang dibawa mendisiplinkan manusia
cara hidup mereka
Menjadilah manusia yang rajin,
cergas dan kuat bekerja
Menyembah Allah untuk kekuatan jiwa
Berbakti kepada manusia demi persaudaraan
dan perpaduan
Lahirlah keadilan di dalam kehidupan
Tercetuslah kasih sayang di dalam pergaulan
Manusia hidup macam satu keluarga
dari satu ibu dan bapa
Masya-Allah indahnya hidup di dalam kebahagiaan,
bertolong bantu sentiasa ada
Kemungkaran dan maksiat,
gejala masyarakat bersih di dalam pergaulan
Manusia hidup aman damai bersih
dari dosa dan noda
Didikan Rasullulah di zaman Sahabat,
akhlak mereka menjadi mulia

197
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Akhlak mereka laksana bunga-bunga


di taman yang indah amat meriah
Melihat kehidupan Sahabat sejuk mata,
tenang jiwa bahagia dirasa
Berduyun-duyunlah manusia bersama mereka
menyembah Allah yang Maha Esa
Bersungguhmu wahai Rasulullah
Namamu disebut setiap masa oleh semua bangsa
Namamu dikampilkan bersama
dengan nama Allah yang Maha Esa
Patutlah Allah, para malaikat dan orang Islam menselawatkan-
nya

25 - 05 - 1997

198
PERJUANGAN

132 KEBESARAN RASULULLAH SAW

K EBESARAN Rasulullah SAW dapat dilihat pada peribadinya


Sekaligus ia adalah ayat Allah yang agung
yang terserlah sebagai akhlaknya
Kehebatan Rasulullah SAW dapat dilihat
pada peribadi para Sahabat
Para Sahabat adalah ayat Allah sebagai keagungan Rasul
Kebesaran Sahabat dapat dilihat pada peribadi para Tabi’in
Ia adalah ayat Allah sebagai keagungan para Sahabat
Para Tabi’in adalah hasil didikan para Sahabat
ridwanullahu alaihim
Adanya Tabi’in terserlahlah kebesaran para Sahabat
Keagungan para Tabi’in dapat dilihat pada diri
para Tabiut Tabi’in
Ia adalah merupakan ayat Allah sebagai kehebatan para Tabi’in
Mereka para Tabi’inlah yang mendidik mereka hingga berjaya
Selepas Tabiut Tabi’in ayat Allah secara amnya
sudah tidak terserlah lagi
Kebesaran dan kehebatan mereka secara menyeluruh
sudah tidak wujud lagi
Ayat Allah yang berlaku pada peribadi mereka
sudah terlalu minoriti
Kebesaran dan kehebatan mereka
sudah tidak begitu dapat dilihat lagi
Daripada kita ini lebih-lebih lagi
Ayat Allah di dalam diri umat Islam hampir hilang
Kebesaran dan kehebatan mereka atas nama Islam
sudah tidak kelihatan lagi
Yang ada pun mereka secara majoritinya
adalah lambang-lambang kebesaran syaitan
Peribadi mereka menggambarkan keagungan
dan kehebatan Barat
Kerana mereka adalah hasil didikan kafir keparat

199
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

133 RASULULLAH BULAN PURNAMA

R ASULULLAH bulan purnama,


cahayanya cerah menerangi buana
Menyuluh kehidupan manusia,
memandu perjalanan mereka menuju Tuhannya
Manusia selamat di dalam perjalanan mereka
Dari kesesatan dan khurafat serta marabahaya
Para Sahabat laksana bintang-bintang di keliling purnama
Bertambah indah purnama dan makin terserlah
cahaya kebesarannya
Laksana raja-raja dikelilingi oleh pembesar-pembesarnya
Bertambah hebat dan agung Rasulullah dibuatnya
Para Tabi’in laksana bintang-bintang
yang berselerak di seluruh dunia
Menyuluh di malam gelap-gelita dan memeriahkan suasana
Panduan orang yang berjalan di tengah padang pasir
dan hutan belantara
Banyak orang yang selamat daripada kesesatan perjalanan
di malam yang gelap-gelita
Para mujtahidin, para mujaddidin dan ulama ul ‘amilin
obor di zamannya
Menerangkan juga alam buana, kehidupan manusia
yang hiruk-pikuk dan sibuknya
Cahaya-cahaya yang dibawa mereka boleh juga
diguna dan dimanfaatkan
Mudah juga manusia berjalan di dalam suasana gelap-gelita
Para mubaligh dan da’i membawa pelita kehidupan
di zamannya
Walaupun cahayanya tidak jauh pancarannya
Namun cahaya-cahayanya mencerahkan juga
kehidupan manusia
Siapa yang sudi bernaung di bawah cahayanya,
pimpinan kehidupan dapat juga

25 - 05 - 1997

200
PERJUANGAN

134 RASULULLAH PILIHAN ATAS PILIHAN

R ASULULLAH pilihan daripada seluruh rasul pilihan


Pilihan atas pilihan untuk rasul akhir zaman
Membawa Quran dari Tuhan
Untuk panduan umat kemudian
Hatinya bersih, sabarnya keras,
Ulul Azmi tidak ada taranya
Berbagai-bagai rintangan, bermacam-macam cabaran
Menghadapi puluhan peperangan, hatinya tahan
Seluruh hidupnya di dalam penderitaan,
tidak pernah surut di dalam perjuangan
Betullah Rasul contoh daripada segala contoh
seluruh rasul pilihan
Hatinya dengan Tuhan tidak pernah putus hubungan
Ibadahnya kepada Tuhan bayangan sifat kehambaannya
amat ketara
Pengorbanannya macam angin kencang lajunya
Dengan harta, tenaga dan jiwa raga
Di dalam masa hidupnya tidak membuat harta kekayaan
Segala hak kepunyaannya habis dikorbankan
Beliau orang kaya, hidupnya jadi miskin
Agar Islam itu manusia terima sambung-bersambung
ke akhir zaman
Masya-Allah akhlaknya bulan purnama
sangat terserlahnya
Tidak ada tandingannya, tidak ada bandingannya
di seluruh dunia
Kalaulah umat Islam, Rasulullah itu
suri teladan mereka
Mereka akan kembali berdaulat serta mulia
seperti zaman kegemilangan
Memang patah lidah hendak memperkatakan
terhadap Rasulullah
Di semua aspek kehidupannya dan peribadinya luar biasa

201
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Ibadahnya banyak, gigih perjuangannya,


pengorbanannya tidak terkira
Akhlaknya bak bunga-bunga di taman indah
Apatah lagi kasih sayangnya bak bunga raya
Allahumma salli ala Sayidina Muhammad!
Allahumma salli ala Sayidina Muhammad!
Allahumma salli ala Sayidina Muhammad!

Selepas Subuh
25 - 05 - 1997
(16 Muharam 1418)

202
PERJUANGAN

135 ENGKAU LAKSANA PURNAMA

E NGKAU laksana purnama di malam gelap-gelita


Cahayamu memenuhi alam buana
Semua makhluk bergembira dan ria
Makhluk mendapat rahmat dengan kehadirannya
Wahai Rasul, engkau Rasul pilihan
Membawa cahaya Al Quran untuk semua insan
Agar manusia hidup di dalam kebahagiaan
Berkasih sayang, bersatu padu dan aman
Engkau pemimpin luar biasa
Tiada pemimpin menandinginya
Engkau berkata, engkau mengkota
Semua orang menghormatinya
Keberanianmu besi waja
Gentar dengan musuh tiada
Kepimpinanmu yang bijaksana merubah dunia
Akhlakmu laksana bulan di malam hari,
ertinya terserlah sekali
Melihat mukamu rasa bahagia,
ketiadaanmu rasa rindu
Keberadaanmu rasa tenang dan senang
Lupa makan minum, perut rasa kenyang
Di waktu malam engkau laksana bulan
Di waktu siang laksana matahari yang terang
Merata semua makhluk merasa
Rahmatmu merata
Semua makhluk merasa
Berjasanya engkau wahai Rasulullah

Selepas Asar
23 - 04 - 1997

203
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

RAHMAT ALLAH
136 KEPADA RASULULLAH

D I ANTARA rahmat Allah kepada Rasulullah SAW


sebagai pemimpin kepada semua kaum dan bangsa
Ialah Nabi Muhammad bukan sahaja
mampu mempersatukan di antara puak-puak,
kabilah-kabilah, kaum, golongan dan bangsa di dunia
Tapi berjaya menanamkan kasih sayang
di antara hamba dengan tuan,
di antara Badwi dengan orang pekan,
di antara orang miskin dengan orang kaya
Mampu mendidik orang cinta-mencintai satu sama lain walau-
pun berlainan kaum dan warna kulit
Boleh cinta-mencintai di antara Arab dengan Ajam,
di antara bangsa Timur dengan bangsa Barat
Di antara orang biasa dengan
pembesar-pembesar kaum dan bangsa
Yang lebih aneh dari itu boleh berkasih sayang
di antara rakyat dengan para pemimpin
Setelah tercetus kasih sayang, cinta-mencintai
lahirlah satu bangsa yang bersatu padu
Akibat dari kasih sayang dan cinta-mencintai
lahir pulalah buah akhlak yang mulia di antaranya:
Malu, pemurah, tawadhuk,
mengutamakan orang lain, bertimbang rasa, perikemanu-
siaan yang tinggi, bekerjasama
Secara automatis pula tidak berlaku hasad dengki,
pemarah, khianat, penipu, pembohong,
berdendam, pergaduhan dan perbalahan
Ya Rasulullah sungguh besar jasamu!
Jasamu patut dikenang oleh setiap orang
di setiap zaman
Ya Allah ya Tuhanku!
Bila lagikah Engkau hendak lahirkan
seorang pemimpin yang boleh membawa kasih sayang

204
PERJUANGAN

Yang dapat mempersaudarakan dan menyatukan


semua golongan manusia seolah-olah hidup
macam satu keluarga
Manusia hari ini di dunia ini di dalam penderitaan
Kerana kehilangan kasih sayang di kalangan manusia
Mereka satu sama lain sentiasa di dalam perpecahan
dan perbalahan
Satu sama lain sentiasa curiga-mencurigai
bahkan prejudis sesama sendiri
Mereka sentiasa jatuh-menjatuhkan
di antara satu sama lain
Kata-mengata, hina-menghina, fitnah-memfitnah
berlaku setiap hari
Aduh, manusia sudah hidup terseksa
dengan perbuatan mereka sendiri
Tuhan segerakanlah datangkan seorang pemimpin
sebagai penyelamat
Agar dengan pimpinannya
manusia satu sama lain
dapat dipersaudarakan semula

Selepas Asar
1 Safar 1421

205
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

137 BILA AKU RENUNG ANAK-ANAKKU

B ILA aku renung-renung anak-anakku


Sedangkan mereka masih kecil-kecil lagi
Sebahagian mereka belum bersekolah
Sebahagian besar masih bersekolah
Hatiku sayu, pilu, bukan sedih tentang makan minumnya
Tapi agamanya, iman dan Islamnya, syariat dan akhlaknya
Justeru pada hari ini di mana sahaja dan ke mana sahaja pergi
Tidak boleh selamat
Aku bolehlah didik mereka di rumah
Disiplinkan ibadah mereka, pimpin akhlak mereka
Beri kesedaran kepada mereka
Tapi di sekolah? Di dalam perjalanannya?
Di tempat-tempat membeli-belah, di masyarakat umum
Sudah tidak selamat lagi
Bukankah media massa setiap hari memaparkan
Pelajar-pelajar terlibat dengan dadah,
dadah diedar di sekolah
Di dalam perjalanan anak-anak perempuan dilarikan, kemu-
dian dirogol
Pelajar-pelajar menjadi samseng,
bergaduh di luar sekolah
Pemuda remaja melepak di mana-mana
Kidnap berlaku di mana-mana
Pelajar-pelajar sekolah muda remaja
sering melakukan zina
Manusia satu sama lain tidak boleh dipercayai lagi
Tipu-menipu berlaku
Jatuh-menjatuhkan, tuduh-menuduh jadi budaya
Aduh, susahnya hendak menjaga anak-anak
Di zaman membangun dan berkemajuan ini

Selepas Asar
24 - 04 - 1997

206
PERJUANGAN

138 IBU PENYEJUK HATI

I BU penyejuk hati, bapa penyemangat jiwa


Bapa pembangun jiwa, ibu penyuburnya
Anak-anak selalu dengan ibu, jagalah akhlak mereka
Melalui pengajaran, melalui didikan,
yang paling berkesan melalui teladan
Bapa jarang ada di rumah, jadikanlah tempat rujuk sahaja
Apabila ada masalah di dalam keluarga, tanyalah bapa
Melalui ibu sebagai perantaraan berilah tahu kepadanya
Tiada salah kalau anak-anak terus direct kepadanya,
asalkan jaga adab-adabnya
Segala sifat-sifat mahmudah latihlah di rumah,
di sekolah menambahnya
Latihlah mereka beribadah, disiplinkanlah sembahyangnya
Ajak mereka bekerjasama mengurus rumah tangga
Programkan kerja-kerja mereka,
di samping kerja-kerja sekolahnya
Anak-anak berilah kasih sayang,
tapi jangan terlalu dinampakkan
Kecuali yang kecil-kecilnya
Latih juga di kalangan mereka berkasih sayang sesamanya
Bertolong bantu, bermaaf-maafan, bertolak ansur
dan berlebih kurang ajarlah juga
Wujudkan di dalam keluarga, ibu dan ayahlah modelnya,
mereka akan menirunya
Galakkan makan bersama di dalam institusi keluarga
Ajar mereka adab-adab dan disiplin-disiplinnya
Tidur baring mereka, membaca dan rehat
tunjuklah juga cara-caranya
Agar keluarga terurus, disiplin ada, wujud harmoni
Itulah syurga rumah tangga,
sebelum Syurga di Akhirat sana

SelepasAsar
03 - 05 - 1997

207
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

139 IBU PERMATA HATI

I BU permata hati
Bapa besi waja jiwa
Hiburan dari ibu
Semangat dari bapa
Bermanja-manja dan bermesra dengan ibu
Penyejuk hati yang derita
Bapa keris pusaka hati
Pembangun jiwa yang kecewa
Penghidup jiwa yang mati, setelah gagal cita-cita
Oh ibu! Engkau penyejuk jiwa
Kesedihan yang ada pulih semula
Oh bapa! Engkau penyemangat jiwa
Jiwa yang sudah luntur, datang semangat waja
Perjuangan yang sudah mundur,
bangun mara semula

Selepas Asar
15 - 05 - 1997
(5 Muharam 1418)

208
PERJUANGAN

140 JANGAN SIA-SIAKAN MASA MUDAMU

W AHAI pemuda, wahai pemudi


kasihanilah dirimu
Di waktu badan masih segar, fikiran masih cerah,
mata terang manfaatkanlah
Jangan sia-siakan tenagamu percuma terbuang
Masa inilah mengaut pahala dengan sebanyak-banyaknya
Kamu aset agama, bangsa dan negara
Tenagamu sangat berguna dan amat diperlukan
Korbankanlah tenagamu untuk agama,
bangsa dan negara
Mudamu bukan selalu, dia datang sekali sahaja
Wahai muda-mudi, tenagamu jangan sia-siakan
Jangalah setelah tua, tenaga telah lemah
baru digunakan
Masa kuat dan gagah inilah perlu dimanfaatkan
Lebih-lebih lagi Tuhan tidak berjanji pada kita
hidup sampai tua
Sedarlah wahai saudara dan saudari,
muda hanya sekali
Janganlah mudah kita dipesona oleh suasana
Lebih-lebih lagi kita jangan dipengaruhi
oleh nafsu dan syaitan durjana
Jangan kita hidup sia-sia, agama,
bangsa dan negara kerugian
Kita belum terlajak lagi
Kita masih sempat membetulkan diri
Marilah kita ubah sikap dari sekarang lagi
Agama, bangsa dan negara
mengalu-alukan sumbangan kita

31 - 03 - 1997

209
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

141 SALAH TERIMA DIDIKAN

K ALAU dari kecil sudah salah terima pengajaran


dan didikan
Pengajaran dan didikan tidak lagi
bertunjangkan iman dan ketuhanan
Maka manusia akan tersalah berfikir
Jiwa manusia akan rosak fitrahnya
Dirosakkan oleh cara berfikirnya sejak dari kecilnya
Apabila fikrah sudah sebati dengan keyakinan
yang tidak bertunjangkan iman
Jiwa pula hitam dengan mazmumah
disebabkan ajaran yang diterimanya
Kalau ia menjadi pengajaran dan didikan rakyat umum
Aduh, punahlah satu bangsa di dalam sebuah negara
Punahnya memakan masa paling tidak puluhan tahun
Kalaupun tidak ratusan tahun
Jika ia telah menjadi fikrah dan jiwa satu bangsa
Bukan senang hendak dipulihkan semula
Biasanya ia akan pulih manakala Allah Taala utuskan
di kalangan mereka pemimpin yang dijanjikan
Atau pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan
Kerana itulah setiap pendidikan dan pengajaran
Yang hendak dijadikan warisan bangsa
Hendaklah berhati-hati dan penuh teliti
Kerana kalau tersilap dari mula mengasaskannya,
oleh kerana kesilapan pemimpin-pemimpin bangsa itu
Rosak binasalah bangsa itu hingga beberapa generasi
Hendak membetulkannya semula
Terpaksa makan masa berpuluh
atau beratus tahun lamanya

Menjelang Maghrib
11 - 12 - 1999
(3 Ramadhan)

210
PERJUANGAN

KALAU SATU BANGSA


142 SUDAH ROSAK

K ALAU satu bangsa itu berpecah-belah


Sering jatuh-menjatuhkan satu sama lain
Orang kayanya tamak dan bakhil
Mementingkan diri sendiri
Masing-masing mencari untung, mencari nama
Mencari bintang gelaran
Hormat-menghormati sudah tidak wujud
Sekalipun di antara murid dengan guru
Anak-anak dengan ibu bapa
Rakyat dengan pemimpin
Perhubungan suami isteri
adalah perhubungan biologi
Satu sama lain curiga-mencurigai
Pemimpin dan orang-orang kaya sombong,
angkuh, ingin dipuji
Para ulama tidak dikenal lagi sebagai ulama
Rakyat jelata hidup sudah tidak boleh
didisiplinkan lagi
Kejahatan dan kemungkaran berlaku terang-terangan
tanpa segan silu
Muda-mudi berlalai-lalai,
hidup tidak ada tujuan
Kasih sayang, timbang rasa, mengutamakan orang lain
sudah hilang
Kata-mengata, fitnah-memfitnah,
tuduh-menuduh jadi budaya
Hal-hal yang kotor dan menjijikkan dipertahankan
Semuanya itu adalah berpunca dari asasnya
Adalah daripada sistem pendidikan yang sudah rosak
Kerana dibangunkan oleh pemimpin yang berkuasa
yang sudah rosak fikrah dan jiwanya
Environment dan situasi masyarakat
hanya menyuburkan lagi

211
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Oleh itu bangsa itu perlu adanya pemimpin


yang baik
Agar dapat melagangkan satu sistem pendidikan
yang baik
Untuk memulihkan semula kerosakan bangsa itu
yang sudah kronik
Ini sudah tentu memakan masa berpuluh tahun
untuk memulihkan
Begitulah kalau satu bangsa itu sudah rosak
jiwa dan tingkah lakunya

Menjelang tidur
11 - 12 - 1999
(3 Ramadhan)

212
PERJUANGAN

143 ILMU TANPA DIDIKAN

A PABILA ilmu sahaja yang diberi


Didikan tidak ada
Kalau ada pun tidak sempurna
Manusia berjaya menjadi pandai
Maju di dalam berbagai-bagai bidang kehidupan
Kemudahan-kemudahan hidup amat menyelesakan
Tamadun kebendaan mengkagumkan
Tapi di dalam kemajuan itulah berlakunya hasad dengki
Di dalam kemewahan itulah hilang budi
Manusia sombong, angkuh dan mementingkan diri
Manusia berlagak, mencari nama, glamour
Perikemanusiaan punah, timbang rasa musnah
Hidup nafsi-nafsi pun bermaharajalela
Berlaku jenayah setiap hari
Hilang ukhwah, kasih sayang punah
Akhirnya di dalam berkemajuan itu penuh ketakutan
Di dalam bertamadun itu kebimbangan dan kegelisahan meny-
erang setiap hari
Akhirnya manusia hilang kebahagiaan
Oleh itu biar ilmu sederhana, didikan perlu sempurna
Kalau ilmu banyak didikan sempurna pula itulah yang utama
Zaman ini kerana memburu ilmu, mengabaikan pendidikan
Akibatnya lahirlah manusia-manusia yang pandai
Tapi akhlaknya bersifat haiwan dan syaitan
Paling tidak hidup macam pokok kayu di hutan

Menjelang tidur
15 - 07 - 2001

213
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

APABILA PEMIMPIN ATAU GURU


144 HANYA PANDAI MEMBERI ILMU

A PABILA pemimpin atau guru hanya pandai memberi ilmu


Mengasuh dan mendidik tidak pandai
Apatah lagi diri pula tidak terdidik
Murid atau orang yang dididik hilang identitinya
Rupanya sahaja manusia perangainya syaitan atau haiwan
Haiwan dan syaitan yang berupa manusia
Gambarkanlah manusia yang bersifat syaitan dan haiwan
yang berperanan
Apakah akan terjadi kepada kehidupan insan?!
Sudah tentu yang terjadi di kalangan manusia
nafsunya yang berperanan
Makan, minum, tidur, kahwin, berkelahi dan merosakkan
Apatah lagi syaitan dan haiwan yang rupa manusia itu ber-
ilmu pengetahuan
Pergaduhan dan perkelahian mereka lebih terancang
Kejahatan mereka lebih luas dan merata
Di waktu itu terjadilah perpecahan di dalam keluarga,
puak, masyarakat dan bangsa
Kasih sayang hilang, timbang rasa tiada,
perikemanusiaan gersang
Ketakutan menghantui manusia
Musnahlah ketenangan, hilanglah bahagia
Pertemuan sesama manusia sudah tidak indah lagi
Tidak bertemu manusia tidak boleh hidup keseorangan
Apabila bertemu hanya secara terpaksa
Pertemuan itu penuh bimbang
Keindahan pertemuan hilang
Bahkan sentiasa bimbang
Kerana keharmonian sudah tidak ada

Menjelang tidur
11 - 07 - 2001

214
PERJUANGAN

145 KALAU KITA SEORANG PENDIDIK

K ALAU kita sebagai pendidik,


fikiran (akal) dan jiwa orang kenalah diambil kira
Cara orang berfikir secara umum kenalah tahu
Psikologi orang atau perasaan orang kenalah boleh dibaca
secara rambang setidak-tidaknya dan diambil kira
Engkau mesti faham tentang nafsu dan tabiat nafsu
Mendidik orang bererti membangunkan insaniahnya
Mendidik orang fikirannya (akal), jiwa dan nafsunya
adalah menjadi target
Soal fizikal perkara gampang, bahkan sampingan sahaja
Ketiga-tiga anggota manusia yang bersifat batiniah itu men-
didiknya tidak sama
Mendidik akal ada caranya, mendidik jiwa ada caranya
dan mendidik nafsu ada caranya pula
Mendidik akal memberi ilmu, maklumat dan pengalaman
yang berguna dunia dan Akhiratnya
Disuburkan dengan cara mengkaji, berfikir,
membaca serta mengamalkannya
Mendidik jiwa menanamkan keyakinan dengan Tuhan
dan apa-apa sahaja yang diwajibkan percaya
Suburkan rasa bertuhan supaya lahir sifat kehambaan
kerana manusia itu hamba
Setiap hamba mesti ada rasa bertuhan dan rasa kehambaan
Mendidik nafsu pula tunjukkan cara bermujahadah
Agar sifat-sifat mazmumah dibuang
dan sifat-sifat mahmudah disuburkan
Tanamkan rasa bertuhan sangat membantu
membuang mazmumah dan lahirnya sifat mahmudah
Adakah zaman sekarang ini pendidik-pendidik
yang faham mendidik akal, jiwa dan nafsu insan?!
Itulah yang menjadi tanda tanya kita
Kalau kita kata tidak ada, ramai cerdik pandai yang sensitif
Yang berkecil hati dan tidak boleh menerimanya

215
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Yang sebenarnya pemberi ilmu ramai,


pendidik tidak ramai
Kerana itulah manusia sudah ramai yang rosak
dan punah-ranah insaniahnya
Yang sangat menonjol yang dapat dilihat
ialah kasih sayang sudah hilang
Maka seluruh manusia di dunia
telah menderita dan kecewa

Selepas Asar
28 Muharam 1421

216
PERJUANGAN

BILA BELAJAR DENGAN


146 TUJUAN JAWATAN

A PABILA kebanyakan manusia telah diasuh dari kecil lagi


oleh ibu bapanya, guru-gurunya, masyarakatnya, pemerin-
tahnya bahkan cita-cita diri sendiri
Bahawa belajar itu dengan tujuan jawatan, mencari nama,
kekayaan dunia, kemegahan dan pangkat kebesaran
Sudah tentu buahnya akan lahirlah nanti manusia
Di kalangan bangsa di negara ini
Doktor-doktor yang mementingkan diri
Ahli-ahli undang-undang yang mementingkan diri
Ahli ekonomi yang mementingkan diri
Ahli politik yang mementingkan diri
Ahli pentadbir yang mementingkan diri
Ahli sains yang mementingkan diri
Ahli sastera yang mementingkan diri
Ahli pasukan keselamatan mementingkan diri
Kesannya orang awam atau rakyat jelata
akan menjadi sasaran negatif
Timbul kegelisahan di dalam masyarakat
oleh sikap golongan tadi
Itulah dia gejala masyarakat yang kebanyakan manusia
tidak sedari
Bila lahir gejala masyarakat dari golongan
yang menjadi penyebab gejala itu terjadi
Golongan itu pulalah yang bangun
kononnya hendak menangani gejala masyarakat
Bolehkah gejala masyarakat menjadi baik?!
Apabila gejala masyarakat telah kronik
Kejahatan sudah merata negara
Golongan-golongan tadi juga akan menerima padah
dan susahnya
Akhirnya keistimewaan-keistimewaan yang ada
tidak ada apa-apa ertinya
Selepas Asar
23 - 04 - 1997

217
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

BERBAGAI CARA
147 ALLAH MENDIDIK

B ERBAGAI cara Allah mendidik


dan menginsafkan manusia
Merayu, memujuk, mengumpan, menakutkan,
melihatkan kekuasaan
Memperlihatkan kebesaran,
menceritakan kesudahan
orang yang baik dan jahat
Semua bentuk pendidikan ini
untuk menarik perhatian manusia
Agar terpujuk kepada Allah yang Maha Esa
Namun manusia degil juga
Perhatiannya tiada
Ada mata dipejamkan,
ada telinga dipekakkan,
ada akal tidak difikirkan
Ada hati tidak ada perhatian
Seolah-olah manusia tidak ada mata,
tidak ada telinga, tidak ada akal,
tidak ada hati
Nafsu sahaja yang dibelainya
Bertindaklah nafsu sesuka hatinya
Manusia telah menjadi tawanan nafsunya
Marilah segera kepada-Ku, kata Tuhan
Manusia buat-buat tidak dengar aja
Syurga-Ku indah,
nikmatnya belum pernah mata melihat
Belum pernah telinga mendengar
Manusia tidak peduli, adakalanya jadi bahan perli
Neraka-Ku dahsyat, hebat untuk orang jahat
Manusia tidak rasa apa-apa, biasa sahaja
Engkau tidak lihatkah
Bagaimana langit, bumi, gunung, haiwan,
sungai, lautan Aku cipta?!

218
PERJUANGAN

Manusia tidak ambil tahu penciptanya


Tapi ambil tahu khazanahnya
untuk keuntungan dunianya
Hujah-hujah dan tanda-tanda kekuasaan, kebesaran Tuhan
untuk menyedarkan manusia terlalu banyaknya
Namun manusia tidak juga beriman
Kalau beriman pun tidak bersyariat
Munasabah manusia masuk Neraka dengan keadilan

Selepas Subuh
03 - 06 - 1997

219
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

DI AKHIR ZAMAN
148 WANG JADI UKURAN

D I AKHIR zaman wang ringgit atau kekayaan


menjadi ukuran
Mulia atau hormat seseorang itu
jika ada duit atau kekayaan
Hafaz Quran, hafaz Hadis, banyak ilmu
tidak akan dipandang orang
Kalau seseorang itu tidak ada duit,
tidak ada kekayaan
Ada duit, ada kekayaan banyak kawan,
belum tentu sayang
Tidak ada duit, tidak ada kekayaan,
kawan hilang dan dihina orang
Sanak-saudara tidak peduli,
keluarga pun pandang serong
Anak isteri pun tidak hormat,
silap sedikit mereka meradang
Ada duit, ada kekayaan adalah saudara,
banyaklah kawan
Apabila miskin papa di tengah ramai,
hidup keseorangan
Orang mengata, orang menghina,
di mana pergi dicemek orang
Isteri boleh lari, anak-anak akan benci,
kawan-kawan tidak peduli
Seseorang yang sedang disanjung,
tiba-tiba miskin, kawan-kawan lari
Sedikit sahaja yang silap,
orang hamun, orang maki
Kalau tidak sabar mahu cabut lari,
hidup bersendiri
Jika iman lemah, sakit jiwa susah hati
Begitulah duit atau kekayaan
di dalam kehidupan menjadi tuan

220
PERJUANGAN

Sesetengah orang duit dan kekayaan


menjadi tuhan, sekalipun tidak dipanggil tuhan
Ada duit, ada kekayaan dihormat orang,
walaupun tidak sembahyang
Kalau dia menjadi calon di dalam pilihan raya
mudah menang
Apabila ada kekayaan, di dalam keluarga
dialah yang paling disayang
Di tengah masyarakat ramai
dialah dipandang orang atau dihormat orang
Di dalam kumpulan kawan-kawan,
dialah selalu diziarah orang
Tapi apabila jatuh miskin
semuanya habis menghilang

11.53 malam
25 - 05 - 1997
(17 Muharam 1418)

221
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

AKIBAT GAGAL
149 MEMBANGUN INSANIAH

P ARA pemimpin atau guru juga ibu bapa


Berbagai-bagai ilmu boleh diajarnya
Berbagai-bagai kajian boleh dibuat
Hingga boleh menyelam berbagai-bagai ilmu
Membuat berbagai-bagai kemajuan
Membangun tamadun material mengkagumkan
Tapi hendak mengenal Tuhan tidak tahu
Betapa hendak mengajar rasa bertuhan
Pemimpin ingin ditaati
Tapi pemimpin tidak tahu bagaimana rakyatnya
hendak mentaati mereka
Guru-guru ingin mereka dihormati
Tapi tidak tahu bagaimana hendak mendidik
murid-muridnya ke arah itu
Ibu bapa juga ingin anak-anaknya menghormatinya
Tapi tidak tahu hendak melakukannya
Berbagai-bagai kepakaran dimiliki
oleh cerdik pandai
Mereka bingung bagaimana hendak menjadikan
studentnya menghormatinya
Kasih dan sayang kepadanya, juga mentaatinya
Padahal sama ada pemimpin, guru, ibu bapa
Semuanya suka jika mereka dihormati
Oleh rakyatnya, oleh murid-muridnya
dan oleh anak-anaknya
Di sini kita lihat para pemimpin, guru, ibu bapa
Berjaya membangunkan tamadun material dan fizikal
Tapi mereka gagal membangunkan
tamadun insaniah dan rohaniah
Oleh itu apa yang berlaku di dunia ini
Berjaya berilmu, tapi tidak berjaya menahan
pergaduhan dan peperangan
Berjaya membangun dan berkemajuan

222
PERJUANGAN

Tapi tidak berjaya menahan


daripada pengkhianatan dan penipuan
Tamadun yang tinggi dapat dibangunkan
Tapi gagal menjadi manusia berakhlak tinggi
Ramai manusia yang pandai
tapi pandai pula merompak dan menyamun
Perempuan berjaya setanding dengan laki-laki
Tapi hilang malunya, hancur maruahnya
Negara menjadi cantik,
perhubungan bertambah mudah
Tapi di dalam ketakutan
Berjaya mendapat isteri atau suami
Kedua-duanya berpelajaran
tapi tidak mampu bersefahaman
Ertinya manusia gagal di dalam kejayaan
Akalnya bergeliga, kemajuan luar biasa
Tapi hati atau jiwanya mati atau buta
Kerana rasa bertuhan sudah tidak ada

Menjelang tidur
26 - 10 - 1999

223
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

MENCARI PERMATA
150 YANG HILANG

M ERATA kupergi
Mencari permata yang hilang
Persaudaraan dan perpaduan
yang dikehendaki semua orang
Di luar negeri, merata negara
Di dalam negara aku jelajah pelosok-pelosoknya
Belum kutemui di dalam realitinya
Tidak kujumpa lagi di dalam sikap
Di pasar kucari tidak kujumpa
Di majlis-majlis kenduri sama sahaja
Di majlis-majlis pengajian kupergi, nafsi-nafsi juga
Di masjid-masjid kutinjau, serupa sahaja
Perpaduan dan persaudaraan baru kudengar
di dalam perbincangan ilmu
Persaudaraan dan perpaduan kutemui
baru bersifat saranan-saranannya
Baru sekadar kudengar pada slogan-slogan
dan tema-tema sebagai slogan
Baru kulihat ulasan-ulasan media massa
Di dalam praktikal belum kujumpa
Di dalam realiti tidak kulihat lagi
Di dalam sikap jauh sekali
Baru kusedar kita sedang membangun
Di dalam masa persaudaraan dan perpaduan
yang telah hilang
Ini amat merbahaya di dalam kita
menuju wawasan

Selepas Asar
16 - 05 - 1997
(8 Muharam 1418)

224
PERJUANGAN

ZAMAN SERBA MODEN


151 DAN MAJU

Z AMAN serba moden dan maju ini


sepatutnya kita rasa bahagia
Sementelahan pula manusia pun sudah bijak-bijak
dan pandai-pandai belaka
Di mana sahaja berada tentulah rasa senang dan tenang aja
Tentulah lebih berakhlak dan berperikemanusiaan
Ke mana saja kita pergi tidak perlu takut dan bimbang
Maklumlah negara telah maju
Serba-serbi moden kemudahan ada
Takkan manusia rasa takut macam duduk di dalam hutan
Rupanya tidak begitu
Telahan kita meleset belaka
Apa yang berlaku, ramai orang hidup
keluh-kesah dan gelisah
Walaupun hidup di dalam negara moden,
mewah dan indah
Kita buat contoh di dalam satu aspek aja
Di zaman ini di dalam menjaga anak
Kita di dalam ketakutan dan bimbang aja
Di waktu mereka ke sekolah,
ibu bapa di rumah resah gelisah
Takut terlibat dengan dadah
Atau sumbang sesama mereka
Atau kena belasah
Atau kena noda
Di perjalanannya takut dipujuk orang,
dibawa ke mana-mana kemudian dirogolnya
Atau berjumpa lelaki perempuan sesama mereka
membuat perhubungan cinta pula
Kita simpan aja di rumah tak mungkin juga,
boring pula mereka
Sekali-sekala kenalah kita benarkan mereka keluar
melihat masyarakatnya
Berehat-rehat dan makan-makan angin

225
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

untuk menghibur jiwa mereka


Tapi selamatkah mereka dari melepak-lepak?!
Bohsia dan bohjan?
Ejen-ejen mempengaruh mereka di mana-mana ada
Bahkan di mana saja anak-anak kita pergi,
kita sentiasa takut dan bimbang
Pergi ke rumah keluarga, macam-macam kita dengar
anak-anak kena noda
Berjalan ke rumah jiran pun sama saja
Berlaku macam-macam kejadian yang mendukacitakan
Aduh! Susahnya di zaman ini menjaga anak-anak
Ke mana saja mereka pergi ibu bapa di rumah
resah dan gelisah
Gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat
yang merosakkan di mana-mana saja
Ibu bapa sentiasa tidak tenang
memikirkan anak-anaknya
Wahai Tuhan!
Selamatkanlah kami dan keluarga kami
daripada fitnah akhir zaman ini!

Selepas Asar
20 - 05 - 1997
(12 Muharam 1418)

226
PERJUANGAN

152 BILA PEMIMPIN HILANG WIBAWA

B ILA pemimpin hilang wibawa, rakyat kurang taat setia


Bila ibu bapa tidak bermaruah, anak-anak kurang hormat
Bila orang tua tidak menjadi contoh, kata-katanya sia-sia saja
Bila berkawan tidak setia, hilang keyakinan kawan kita

Para pemimpin jadilah teladan agar rakyat mudah dipimpin


Wahai ibu bapa, jagalah maruah agar anak-anak mengikut kata
Wahai orang tua, jagalah wibawa agar orang muda
mendengar nasihat
Wahai saudara, setialah berkawan,
keyakinan orang itu aset kita

Gambarkanlah jika rakyat tidak taat di dalam negara


Anak-anak pula tidak taat kepada ibu bapa
Anak-anak muda tidak mendengar nasihat dan kata
Manusia satu sama lain curiga-mencuriga

Bila masalah timbul di dalam masyarakat umat


Kehidupan manusia tercabar setiap detik dan masa
Ketenangan hidup yang dicari hancur dan punah
Maka carilah punca mengapa timbul masalah

Setiap golongan bercakap untuk mengatasi masalah


Diberilah pandangan mengapa perkara negatif itu terjadi
Dikatalah sebab-sebab masalah terjadi kerana itu dan ini
Yang sebenarnya sebab-sebab itu ada pada diri sendiri

Mengapa perkara yang mudah, amat sulit mengatasinya


Mengapa perkara yang dekat, terlalu jauh kelihatan
Kerana panduan semata-mata nafsu dan otak manusia
Agama Islam sudah tidak menjadi panduan sejati

04 - 08 - 95

227
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

TAMADUN INSANIAH
153 PUNAH-RANAH

K EMAMPUAN yang Tuhan anugerahkan


kepada manusia sungguh luar biasa
Negara maju, membangun dan sangat cantik dibuat-Nya
Di masa yang sama akhlak runtuh,
punah-ranah separas bumi
Bangunan-bangunan yang dibina
pencakar-pencakar langit
Tapi ego dan kesombongan manusia setinggi langit
Jalan-jalan raya berselirat, luas bertaraf super highway
Tapi jiwa-jiwa manusia telah sempit
Berjalanlah manusia di atasnya himpit-menghimpit
Ramai yang hatinya sakit
Manusia sudah terlalu pandai
Berbagai-bagai alat-alat kemudahan hidup
yang canggih-canggih diciptanya
Berlakulah keselesaan hidup yang luar biasa
Tapi di masa yang sama budi bahasa sudah tiada
Satu sama lain curiga-mencuriga
Dengan alat-alat perhubungan yang canggih,
dunia sudah dekat dan sempit
Semua golongan boleh bertemu di mana-mana sahaja
di negara di dunia ini dengan cepatnya
Tapi dengan kemudahan bertemu ini
Kemungkaran dan maksiat amat pesat
Penyakit-penyakit yang menakutkan
seperti AIDs menyerang dan membunuh manusia
dengan dahsyatnya
Kemajuan ilmu di berbagai-bagai bidangnya
amat menonjol
Ahli-ahli ilmuan sungguh ramai,
cerdik pandai tidak terbilang
Tapi di waktu inilah manusia khianat, curang,
penipu dan pembohong

228
PERJUANGAN

Hingga susah hendak dipercaya pada seseorang


Makin seseorang itu pandai semakin kita bimbang
dan hilang keyakinan
Tamadun kebendaan sungguh mengkagumkan
Tapi tamadun insaniah sangat rendah
bahkan telah punah-ranah
Kerana itulah manusia semua golongan
sudah hidup di dalam ketakutan
Di mana pergi sudah tidak ada keselamatan dan keamanan
Berlaku rompak, samun, kidnap setiap hari
Rogol, pukul, zina, bunuh sudah jadi budaya manusia
Ditambah lagi dengan tuduh-menuduh,
kata-mengata, fitnah-memfitnah lumrah berlaku
Serang-menyerang, peperangan
sudah jadi budaya antarabangsa
Kaum wanitanya sudah berpelajaran
Sama-sama menyumbang membuat kemajuan
Tapi di masa yang sama sifat malunya punah-ranah
Benteng kewanitaannya sudah rebah dan terdedah
Lahirlah budaya bebas, budaya zina,
budaya lepak-melepak
Dunia sungguh indah dan cantik
Tapi penyakit masyarakat sudah kronik

Lepas Asar
17 - 09 - 1999

229
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

154 ANEHNYA MANUSIA

A NEHNYA manusia ini


Di dalam perlu-memerlukan satu sama lain
ada pengkhianatan
Di dalam bekerjasama ada jatuh-menjatuhkan
Manusia tidak boleh hidup keseorangan
Perlu bermasyarakat dan pergaulan,
tapi tidak ada kejujuran
Begitulah telah menjadi tradisi kehidupan manusia
Bahkan telah menjadi budaya sepanjang manusia
Indahkah hidup begini?
Di dalam memerlukan orang lain, tapi curiga
Di dalam bergaul, bimbang sahaja
Di dalam menghadapi kehidupan,
ketakutan memburu kita
Orang lain pula, bimbang dengan kita
Dengan kita orang pun takut juga
Macam kita curiga dan takut kepada mereka
Beginilah manusia berhadapan dengan kehidupan
Jiwa tidak pernah terasa tenang
Kerana banyak sangat yang menakutkan
Akibat tidak mengikut syariat Tuhan

Selepas Subuh
10 - 11 - 1998

230
PERJUANGAN

GEJALA MASYARAKAT
155 MAKIN PARAH

G EJALA-GEJALA masyarakat makin lama makin parah


Makin dibuat peraturan dan undang-undang
makin terserlah
Dia berlaku macam air
Mula-mula titis-titis air kemudian berkumpul menjadi bah
Bah gejala ini, sekarang telah bertambah-tambah
Dari sehari ke sehari dia makin bertambah dan melimpah
Air gejala tidak sihat ini telah melimpah-ruah meredah
Dia meredah di mana-mana, melanda apa sahaja
Memusnah taman yang indah
Empang di sana, empang di sini, semua empang pecah
Bendung di sana, bendung di sini, semuanya bolong
Sekat merata tempat, tembok merata jalan, pun rebah
Dihalang dengan benteng yang kuat,
pun telus dan tembus ke sebelah
Macam-macam pakar jurubina membuat empangan
Berbagai-bagai kemahiran architecture
membuat benteng sekatan
Semuanya belum memberi kesan
Kita tunggulah jurubina-jurubina
yang pakar mampu membuat empang
Kita nantilah pakar-pakar architecture membuat halangan
Moga-moga gejala masyarakat yang telah banjir itu
tersekat dan terhalang

Selepas Asar
19 - 05 - 1997
(11 Muharam 1418)

231
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

156 DUNIA DIPENUHI KRISIS

D UNIA penuh dengan berbagai-bagai krisis


Tidak ada negara yang sunyi daripadanya
Krisis politik, krisis ekonomi
Krisis akhlak, krisis nilai
Krisis rumah tangga, krisis sosial
Krisis kaum, bangsa dan puak
Hidup di dalam ketakutan, mana pergi bimbang
Keamanan sudah tidak ada lagi
Kasih sayang dan keharmonian sudah hilang
Bangunlah ulama, para pemimpin,
dan cendekiawan menangani krisis
Yang memikirkan krisis pun terlibat dengan krisis
Kalau tidak krisis politik, krisis akhlak
Jika tidak krisis sosial, krisis keluarga
Kalau tidak krisis nilai, krisis puak
Apakah kaki krisis hendak membaiki krisis?
Apakah orang yang membuat masalah
boleh mengatasi masalah?
Apakah penjenayah-penjenayah
boleh menangani jenayah?
Tuhan! Datangkanlah penyelamat dengan segera
Agar dunia aman semula
Yang ada ini adalah pemusnah dan penjenayah

Menjelang tidur
03 - 08 - 2001

232
PERJUANGAN

157 PERLUNYA SEORANG PENYELAMAT

D I WAKTU ini di negara kita, setiap jemaah


atau kumpulan atau parti masing-masing mengaku benar
Setiap kumpulan menuduh kumpulan yang lain adalah salah
Yang lebih parah lagi ada yang menuduh
kumpulan yang lain sesat lagi menyesatkan
Ada yang kena tuduh sudah kafir, ada yang kena tuduh kha-
warij, ada yang kena tuduh membawa ajaran sesat
Yang menghairankan orang yang tidak bersembahyang pun
menuduh orang sesat
Tidak kurang juga kaki rasuah, zina, penipu, dedah aurat men-
uduh orang sesat
Di waktu pilihan raya, di ketika hendak bertanding suara,
banyak yang datang berjumpa bomoh
Bomoh yang membawa ajaran karut dan khurafat
Mereka-mereka ini juga mudah menuduh orang sesat
Padahal mereka telah terjebak dengan ajaran syirik
Ertinya orang yang sudah sesat, menyesatkan orang
Adakalanya orang yang baik kena sesatkan
Kerana kalau orang ramai sudah banyak yang batil
Sudah tentulah yang benar disesatkan orang
Apabila berlaku masyarakat yang semacam ini
Siapa pun tidak boleh menyelesaikan masalah
Tidak ada orang tengah yang menjadi pendamai
Pemimpin-pemimpin yang ada tidak lagi jadi penyelamat
Hanya menunggu bantuan Allah yang Maha Berkuasa
Menunjukkan seorang pemimpin
yang ada keramat dan berkat
Yang akan boleh menyelamatkan keadaan
Seolah-olahnya seperti kedatangan rasul di tengah umatnya
Ertinya perlu seorang pemimpin yang berwatak rasul
di dalam kemelut masyarakat

15 - 08 - 2001

233
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

BAGAIMANALAH DUNIA
158 HENDAK AMAN

B AGAIMANALAH dunia hendak aman


Yang berkuasa, gila kuasa takut jatuh tekan siapa sahaja
Yang belum berkuasa mencari peluang untuk berkuasa
Berusaha seribu cara dan daya
Menjatuhkan kawannya untuk naik perkara biasa,
bahkan jadi budaya
Yang kaya tidak cukup dengan kekayaan yang ada
Sifat bakhil dan tamak merangsang
menimbunkan lagi harta yang ada
Jadilah lintah darat, menghisap darah
golongan yang lemah
Golongan bawah atau yang lemah
merasa terhimpit bangkit marah
Demonstrasi sana sini
Berpiket setiap negara dan negeri sebagai membantah
Datang pengawal kepunyaan yang berkuasa
Lanyak siapa sahaja yang tunjuk marah
Berlakulah pertembungan dan pertempuran
Adakalanya menumpahkan darah
Membaralah dendam kesumat memupuk jiwa
Berdendam sepanjang masa
Dendam yang membara itu sekali-sekala apinya menyala
Membakar apa yang ada, memusnah harta benda
Huru-haralah lagi di mana-mana
Dendam kesumat itu laksana bom jangka
Sekali-sekala meledak, lahir kesumatnya bertindak
Rupanya ilmu yang banyak, tamadun yang tinggi
Belum menjamin manusia bersifat lunak

Selepas Asar
05 - 05 - 1997

234
PERJUANGAN

MANUSIA TIDAK SEDAR PERANGAI


159 MEREKALAH HIDUP TIDAK HARMONI

T ELAH menjadi fitrah semula jadi manusia


Tidak kira apa bangsa dan etniknya
Ingin dikasihi, dihormati dan bersatu-padu
serta hidup harmoni
Tapi kebanyakan mereka menyumbang
kepada orang lain membencinya
Sedar atau tidak, tabiat mereka
banyak yang membawa kepada pecah belah
Sikap manusia banyak yang membawa
mementingkan diri sendiri
Tamak, bakhil, hasad, sombong, ingin nama dan glamour
Ia adalah sebahagian penyakit yang membawa
benci-membenci, renggang-merenggang
dan berpecah-belah
Akibat daripada mazmumah-mazmumah itu
fitrah semula jadi manusia tidak terisi
Keinginan bersama selalu sahaja tidak sampai matlamatnya
Apa yang tidak dikehendaki bersama itulah yang terjadi
Yang dikehendaki bersama oleh manusia tidak terjadi
Hiduplah manusia di dalam kemajuan tapi di dalam ketakutan
Ada setengah orang dia senang tapi di dalam kebimbangan
Manusia makin pandai tapi tidak ada kebebasan
Kerana tidak semua tempat berada di dalam keselamatan
Sekalipun tidak ada undang-undang menyekat untuk ke sana
Tapi diri manusia sendiri yang membataskan
Kerana takut di tempat itu banyaknya jenayah
Begitulah kehidupan manusia sentiasa di dalam ketakutan
Oleh perbuatan mereka sendiri
Yang adakalanya mereka tidak sedar perangai mereka meny-
umbang kepada hidup tidak harmoni

10.50 malam
18 - 07 - 2001

235
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

160 APA NAK JADI?

A PA nak jadi? Apa perasaan kita!


Dan bagaimana sikap kita?
Apabila terjadi di rumah kita
Tiang-tiang rumah sudah dimakan bubuk,
lantai telah reput, atap berlubang-lubang
Ditambah pula dinding, alang-alang
dan kasau telah rapuh
Lantai dipijak sini terjungkit di sana
Pijak di sana terjungkit di sini
Disisip atap, berguguran pula yang di tempat lain
Ditupang tiang, retak pula alang-alang
Disulam lantai, bertaburan benda-benda lain
Begitulah seterusnya
Dibaiki di satu aspek, merosakkan aspek yang lain
Makin dibetulkan rumah,
makin bertambah masalah
Masalah yang ada tidak selesai,
timbul masalah yang lain
Begitulah negara kita hari ini
Apa nak jadi?
Bagaimana perasaan kita?
Apabila berlaku masalah, bila hendak dibaiki,
lahir masalah lain
Lahir suatu yang negatif
Setelah ditangani yang ada tidak selesai,
timbul negatif yang lain
Satu gejala masyarakat difikirkan,
timbul gejala yang lain
Gejala demi gejala timbul,
tidak perlu gejala itu disebut, semua orang tahu
Mengenai ekonomi, politik, masyarakat,
pendidikan, kesihatan
Ibarat mengubat pesakit

236
PERJUANGAN

Makin banyak makan ubat,


semakin banyak penyakit yang lahir
Bermacam-macam kaedah yang diberi,
makin menyusahkan pesakit
Sekarang penyakit pesakit telah kronik
Doktor telah pusing kepala, buntu fikiran,
habis ikhtiar
Begitu kita rakyat Malaysia
Kita di dalam ketakutan, kebimbangan,
resah gelisah, susah
Setiap hari timbul gejala yang menakutkan
Makin banyak memikirkannya,
makin menjadi-jadi gejala timbul
Apa nak jadi? Bagaimana kita sekarang?
Apalagi sikap kita?

09.15 pagi
19 - 06 - 1997

237
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

KE MANA PERGI SUDAH


161 TIDAK SELAMAT LAGI

K E MANA sahaja mahu pergi


sudah tidak selamat lagi
Di mana sahaja kita berada
keamanan tidak terjamin
Aduh! Ketakutan berlaku di mana-mana
Kebimbangan sentiasa memburu
di mana sahaja kita berada
Tiada manusia yang boleh dipercaya lagi
Hidup keseorangan tidak mungkin
Hidup bersama orang takut sentiasa memburu
Aduh ke mana mahu lari?
Ke masjid tempat kata-mengata dan mencerca
Di pasar-pasar tempat penipuan
dan berlalai-lalai
Di tempat-tempat keramaian
dan di stesen-stesen bas atau keretapi
tempat penyeluk saku
Bersama orang kaya kita terhina
Kerana mereka sombong dan berbangga
Bersama orang politik berkawan tidak setia
Masing-masing mementingkan diri
Sudah dapat kawan, mudah pula jadi lawan
Pagar-pagar negara, ibarat pagar makan padi
Para ulama hasad dengki
Membangga diri, memuji diri
Payah hendak dijadikan kawan sejati
Di tempat-tempat gelap, di kawasan-kawasan sunyi
bahaya sekali
Di situlah tempat kidnap dan rogol
Pemuda-pemudi liar, tidak boleh dikawal
Pergaulan bebas, hingga melahirkan
anak-anak zina
Berlakulah bayi dibuang di mana-mana

238
PERJUANGAN

Membuang bayi macam buang anak kucing


yang dibenci
Orang-orang tua sudah hilang wibawa
Kerana maruah mereka tidak dijaga
Hingga ada yang menjadi haruan makan anak sendiri
Aduh sedihnya! Hidup sentiasa di dalam ketakutan
Tuhan! Datangkanlah penyelamat dengan segera
Agar kasih sayang berbunga semula

Menjelang tidur
25 - 07 - 2001

239
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

BANGUNKAN SYARIAT
162 SEMARAKKAN SYIAR

B ERTELUT, berlutut dan bersujudlah kepada Tuhanmu


Beribadahlah dan sembahlah Tuhan
Dia adalah penciptamu dan pencipta dunia Akhirat
Besarkan syariat-Nya, meriahkan syiar-Nya
Di dalam menyembah-Nya di situlah kebahagiaan
Membangunkan syariat-syariat-Nya
menyemarakkan syiar-Nya di situlah keamanan
Kalau Tuhan sudah ditinggalkan tidak ada erti
kekuasaan dan kekayaan
Engkau boleh berlakon macam orang senang,
tapi hatimu tidak akan tenang
Engkau boleh berlagak macam orang tidak ada masalah,
tapi jiwamu tidak akan merasa bahagia
Engkau burulah pangkat, kekayaan dan kemewahan
hingga segala-galanya engkau miliki
Kalau tidak berserta dengan Tuhan
engkau tidak akan merasa kepuasan
Bahkan engkau akan merasa sentiasa tidak mencukupi
Mahu cari lagi, mahu buru lagi,
sudah dapat tidak puas-puas lagi
Kasihan! Malang sekali engkau telah jatuh miskin
lebih dari si miskin yang redha
Si miskin tadi telah menjadi kaya, kamu menjadi miskin pula
di waktu punya kuasa dan punya harta
Berfikirlah cepat, renunglah, kehidupan ini tanpa Tuhan
ertinya kehilangan segala-galanya,
walaupun mempunyai segala-galanya
Cepatlah bertindak mengubah sikap, sebelum terlambat
Cepatlah kembali kepada Tuhanmu sebelum buruk padahnya
Agar kita tidak menyesal tidak berkesudahan

Selepas Asar
07 - 07 - 1999

240
PERJUANGAN

MAJU BERSAMA KETAKUTAN


163 ATAU MUNDUR BERSAMA KEAMANAN

K ALAU aku disuruh pilih maju bersama ketakutan,


mundur bersama keamanan
Aku memilih mundur bersama keamanan
Kerana tidak adanya keamanan
ia lebih menakutkan daripada tidak ada kemajuan
Jika memperjuangkan kekayaan
lahir perpecahan dan pergaduhan
Tapi di dalam kemiskinan
lahir kasih sayang dan perpaduan
Aku memilih kemiskinan
Kerana kasih sayang diperlukan setiap masa
oleh setiap manusia dan insan
Ia merupakan makanan jiwa
Apa ertinya kekayaan kalau jiwa menderita
Tidak mengapa miskin jika jiwa bahagia
Kalau aku mempunyai dan memiliki
berbagai-bagai keistimewaan
tapi kehilangan Tuhan
Tapi dapat memiliki Tuhan
hilang segala-gala keistimewaan
Biarlah aku kehilangan segala-gala keistimewaan
Kehilangan segala-galanya tapi memiliki Tuhan
Kehilangan segala-galanya tidak mencacatkan
Tapi kalau kehilangan Tuhan dapat segala-galanya
Segala-galanya sudah tidak memberi erti apa-apa
Kerana kehilangan Tuhan mendapat
kecacatan yang terlalu besar
atau cacat yang maha besar
Segala-galanya tidak akan dapat menampungnya
Jika dapat Tuhan ia dapat menampung
segala-galanya yang tidak ada
Kerana itulah di dalam kehidupan ini
jangan sampai kehilangan Tuhan

241
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Tuhan adalah segala-galanya


Korbankanlah segala-galanya
demi mendapatkan Tuhan
Jangan korbankan Tuhan untuk segala-galanya
Kita akan berhadapan dengan kerugian
yang maha besar

Lepas Asar
11 Safar 1421

242
PERJUANGAN

APA ERTI KEMAJUAN KALAU AKHLAK


164 MENYAPU BUMI

A PALAH erti kemajuan, pembangunan,


pencakar langit, gedung besar-besar,
Akhlak manusia menyapu bumi
Apalah ertinya negara cantik
Akhlak manusia jelik
Sains teknologi tinggi, canggih sekali
Hidup tidak mengerti, nafsi-nafsi menjadi-jadi
Ilmu banyak untuk kepentingan diri
Amalan Akhirat kering-kontang di musim kemarau
Taman perumahannya indah teratur sekali
Penghuni sendiri-sendiri,
satu sama lain tidak peduli-mempeduli
Ya, kemakmuran material kita akui terbeliak mata dunia
Kemakmuran hati punah sama sekali
Taman mahmudah musnah
Taman mazmumah berdiri gagah
Lahirlah gejala masyarakat yang tidak sihat
Membunuh kasih sayang
Memusnahkan keamanan dan keharmonian
Jiwa diburu ketakutan, kebimbangan di mana-mana

Selepas Isyak
04 - 05 - 1997

243
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

165 KALAU DUNIA INGIN DAMAI

K ALAU dunia ingin aman damai,


hidup penuh bahagia dan harmoni
Para pemimpin kenalah kasih sayang
macam ibu kepada anak-anaknya
Dapat menegakkan keadilan
kepada seluruh rakyatnya
Orang-orang kaya jangan sombong
bahkan pemurah kepada fakir miskin
Para ulama, guru-guru berlemah lembut
Sentiasa sahaja menjadi obor
kepada kehidupan manusia
Hingga orang awam terasa diberi kasih sayang
Dan kehidupan mereka sentiasa terpimpin
dan mendapat panduan
Teras-teras masyarakat seperti ulama, pemimpin,
orang kaya, guru-guru berakhlak tinggi
Bahkan mereka dikasihi dan disayangi
oleh seluruh manusia
Wibawa mereka tinggi hingga mereka dihormati
dan disegani
Tapi apa yang berlaku pada hari ini
Tiang-tiang seri masyarakat telah rosak
Maka masyarakat umum pun ikut rosak
Bila masyarakat umum sudah rosak
gejala masyarakat dan jenayah merebak
Sedangkan yang hendak membaikinya
adalah tiang-tiang seri masyarakat
Padahal tiang-tiang seri masyarakat sudah rosak
Gambarkanlah orang yang sudah rosak
memikirkan orang yang sudah rosak?
Orang-orang yang sudah rosak
hendak mendidik orang yang sudah rosak?
Maka masyarakat pun bertambah rosak

244
PERJUANGAN

Kemurkaan Tuhan pun berlaku


kepada bangsa itu
Maka Allah telah pun menimpakan bala bencana
yang berbagai-bagai bentuknya
Sebagai hukuman dari Allah
Tuhan pencipta manusia
Agar mereka kembali kepada Tuhan.

Selepas Asar
14 - 07 - 2000

245
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

ORANG BERTAQWA ASET NEGARA


166 DAN UMMAH

O RANG-ORANG bertaqwa adalah aset negara dan ummah


Dari merekalah turunnya berkat dan rahmat
Kemakmuran wujud, kemewahan melimpah-ruah
kerana mereka
Disebabkan mereka rezeki murah, keamanan wujud,
bala dijauhkan
Tapi ramai manusia yang tidak sedar
dan tidak mengerti soal ini
Bahkan setengah manusia bermusuh dengan mereka
Mereka difitnah, disusahkan bahkan adakalanya mereka
dibuang daripada tanah airnya
Manusia menganggap aset negara itu ialah
bahan-bahan mentah yang berharga
Bangunan yang komersil, harta yang tersimpan,
mata benda yang bernilai, kenderaan yang mahal
Mereka tidak terfikir orang yang bertaqwa adalah aset negara
Adanya mereka terjatuhnya pandangan Tuhan
Kepada merekalah keredhaan Tuhan
Kerana mereka adalah orang Tuhan dan kesayangan-Nya
Keberadaan mereka orang ramai mendapat keselamatan
dan perlindungan
Awaslah jangan sampai bermusuh dengan mereka
Memusuhi mereka laksana memakan racun
Siapa memakan racun pasti binasa
Ertinya Tuhan akan mendatangkan bala bencana
di dalam negara
Kesusahan yang akan menimpa adalah merata manusia
Takutilah Allah pada mereka
Kalau tidak boleh mengikut mereka
jangan bermusuh dengan mereka
Kita akan nahas dan bahaya

Menjelang tidur
18 Muharam 1421

246
PERJUANGAN

167 MALAYSIA NEGARA TERCINTA

M ALAYSIA negara tercinta, tempat tumpah darah kita


Tempat dilahirkan, tempat dibesarkan
Tempat menerima bermacam-macam nikmat Tuhan
Ia perlu dijaga, perlu dimajukan, perlu dibangunkan
Jangan dibiarkan ia ternoda,
jangan dibiarkan ia dirosakkan
Malaysia negara kita, kitalah yang menjaganya
Cintailah Malaysia, macam mencintai diri kita
Sumbangkanlah apa yang ada untuk negara Malaysia
Agar ia tetap berdaulat, dihormati sepanjang masa
Pagarlah Malaysia dengan iman,
teguhkan iman dengan taqwa
Semarakkanlah dengan amal bakti,
indahkanlah dengan akhlak dan harmoni
Bersatupadulah kita menegakkan amar makruf
nahi mungkar
Bertolakansurlah kita di sekitar yang tidak merosakkan
Malaysia kenalah jaga, inilah satu-satunya negara kita
Keselamatan hendaknya biarlah berlaku sepanjang masa
Gejala-gejala sosial hendaklah dibanteras di mana sahaja
Agar kehidupan kita bersama tidak terganggu dan tergugat
Ayuh, marilah kita bersama berbakti kepada ibu pertiwi
Menyumbang apa saja yang ada demi kedaulatannya
Jangan buang masa, jangan bertangguh-tangguh lagi
Paling-paling tidak kita doakan
agar kedaulatannya kekal abadi

247
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

168 ALANGKAH INDAHNYA HIDUP INI

A LANGKAH indahnya hidup ini


Pemimpin adil mengasihi rakyatnya
Ibu bapa mendidik dengan penuh kasih sayang
Anggota masyarakat bertolong bantu, bekerjasama

Allah diagungkan, disembah dan ditaati


Sunnah Rasulullah dihayati bak bunga-bunga
kembang di waktu pagi
Kasih sayang sesama makhluk menjadi budaya
Maaf-bermaafan menjadi tradisi

Para ulama bintang-bintang bergemerlapan


di waktu malam
Menjadi pedoman musafir di dalam perjalanan
Mereka terpandu menuju ke destinasi dengan selamat
Terhindar dari gangguan dan tersesat

Tidak ada kasta-kasta di dalam masyarakat


Setiap orang mendapat tempat
mengikut kebolehan masing-masing
Tidak ada yang terbiar dan tersisih
Hak asasi manusia dijamin dan terpelihara

Ke sana-sini berpergian dengan aman


Tidak ada gangguan di dalam perjalanan
Di mana-mana singgah diucapkan ahlan wasahlan
Menjadi tetamu yang diurus dan dihormati

07 - 08 - 95

248
PERJUANGAN

BILA DUNIA HENDAK


169 JADI SYURGA?

T UHAN!
Bilakah dunia ini hendak Engkau jadikan syurga?
Mana pergi hati senang
Di mana saja bergaul hati tenang
Di mana saja berjumpa manusia
dirasakan saudara atau keluarga
Berkelana di mana pun kita dipelawa
Pergi masuk kampung keluar kampung
Penduduk mengucapkan ahlan wasahlan
Singgahlah dulu saudara!
Ke kota tidak terasa asing
Berebut-rebut orang mempelawa ke rumahnya
menjadi budaya
Di mana saja letak barang tidak akan hilang
Barang yang tercicir akan dipulang
Kehabisan bekalan ada orang yang menolong
Di mana saja kita tidur baring
tidak ada yang akan menganiaya
Kaum ibu mengembara tiada yang menoda
Sakit pening diubati orang
Waktu kelaparan dijamu orang
Walhasil ke mana sahaja kita pergi
tidak takut dan bimbang
Tuhan, Engkau dengarlah rintihan kami ini!
Istajib do’aii
Terimalah doa kami!

Selepas Asar
24 - 04 - 1997

249
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

170 KASIH SAYANG SANGAT DIPERLUKAN

K ASIH sayang sangat diperlukan, di samping iman


Penyubur jiwa, pengikat hati, membuahkan perpaduan
Jika tiada, jiwa derita, fikiran kusut, badan sengsara
Ke mana sahaja pergi, serba tidak kena, serba tidak selesa
Justeru itu Islam menganjurkan kasih sayang
Kerana perlunya, ia satu perkara yang sangat diwajibkan
Lahirkanlah sebab-sebabnya,
usahakanlah ke arah mewujudkannya
Ia satu perjuangan yang digalakkan,
dari situlah timbulnya perpaduan
Pemurahlah, ia boleh menggembirakan jiwa
Satu sifat mahmudah yang boleh mencetuskan kasih sayang
Bermesralah sesama manusia, ia boleh mengikat jiwa
Berilah kemaafan tanpa diminta dari kesalahan mereka
Kita juga perlu meminta maaf kepada manusia
Ketika kita bersalah dengan mereka
Jangan tunggu mereka meminta dari kita
Apabila kita bersalah jangan malu-malu
memohon maaflah kepada mereka
Ziarah-menziarahi sangat dianjurkan,
sambil membawa buah tangan
Salah faham hilang semuanya, kasih sayang akan berbunga
Apabila kasih sayang berbunga di jiwa
Walaupun miskin dan papa tiada terasa di dalam kesusahan-
nya
Tiada kasih sayang, manusia menderita
Tiada kasih sayang, tiada saudara
Tiada kasih sayang, tiada ukhwah, tiada perpaduan
Tanamkanlah kasih sayang secara mengkota,
bukan berkata

Selepas Asar
03 - 05 - 1997

250
PERJUANGAN

CINTA TUHAN PENGIKAT


171 CINTA MANUSIA

K ASIH sayang adalah fitrah semula jadi manusia


Ia adalah makanan jiwa
Penyubur jiwa, penceria muka
Sangat diperlukan oleh setiap hati insan
Setiap orang tidak kira bagaimana kedudukan
sangat berhajat kepadanya
Makanan jiwa lebih diperlukan daripada makanan fizikal
Kerana darinyalah sebahagian daripada sumber
kebahagiaan manusia
Dari kasih sayang manusia bersaudara
Bertimbang rasa, bermaaf-maafan dan boleh bekerjasama
Suburnya kasih sayang fakir miskin terbela
Perikemanusiaan wujud, kemesraan sentiasa berbunga
Mudah bertolak ansur di dalam setiap perkara
Dari kasih sayang hasad dengki kurang
Kata-mengata, hina-menghina jarang berlaku
di kalangan manusia
Suburkanlah kasih sayang!
Bermula daripada mencintai Tuhan pencipta manusia
Cintakan Tuhan adalah anak kunci cintakan sesama manusia
Ertinya cintakan Tuhan mengikat hati manusia sesama mereka
Cinta sesama manusia tidak akan wujud oleh harta
Tidak akan berlaku dengan sebab ilmu atau pangkat
Tidak akan terjadi dengan hanya slogan-slogan
Juga tidak akan berlaku hanya di majlis-majlis makan
Oleh itu siapa sahaja yang inginkan
memperjuangkan perpaduan
Perjuangkanlah kasih sayang
Dengan memperjuangkan cintakan Tuhan khaliqul ‘alam
Cintakan Tuhan adalah menjadi pengikat
cinta sesama manusia

Selepas Asar
07 - 11 - 2000

251
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

ALANGKAH SUSAHNYA
172 MENAGIH KASIH

A LANGKAH susahnya menagih kasih,


laksana mutiara yang sudah hilang
Cari di sana, cari di sini, merata tempat dicari
sudah tiada lagi
Aduh, hati ini ibarat bendang yang sudah gersang
Merekah di sana merekah di sini
Kerana hujan kasih sudah lama tidak menyiramnya lagi
Kasih sayang sudah tiada lagi entah ke mana hilangnya
Sedangkan kasih sayang itu sangat diperlukan setiap insan
Manusia kini tercari-cari kasih sayang penghibur jiwanya
Namun demikian mutiara jiwa yang hilang itu
tidak juga dijumpa
Aduh, kosongnya jiwa manusia setiap masa
Sudahlah rasa bertuhan sudah tiada,
kasih sayang pula hilang
Hidup di dalam keluh-kesah dan gelisah
Akibat dari itu, mudah merajuk dan mudah marah-marah
Tuhan! Tanamkanlah rasa mencintai-Mu di dalam hati kami
Kalau kasih sayang dari manusia tiada,
cukuplah kami dengan-Mu
Moga-moga hati yang kosong ini terubatlah sudah
Tiada kasih yang lebih agung dari mengasihi-Mu Tuhan
Inilah harapan kami Tuhan, jangan biarkan kami
terumbang-ambing
Kasihanilah kami, selamatkan kami, Tuhan
Tuhan kalau kasih sayang kami dengan-Mu berbunga
Kasih-Mu kepada kami berbalas pula
Segala-gala masalah kami terungkai dan selesai

31 - 03 - 1997

252
PERJUANGAN

173 KASIH SAYANG SUDAH MATI

S ETIAP manusia merindui kasih sayang


Tapi di mana dia? Kasih sayang sudah mati!
Manusia inginkan simpati terutama di waktu susah
Tapi di mana ada? Di mana?
Simpati kan sudah hilang
Manusia inginkan pertolongan,
terutama di waktu perlu
Pertolongan sudah gersang
Setiap manusia inginkan kawan
Kerana itu adalah fitrah semula jadi
Mana ada kawan di waktu ini
Yang ada hanya kenalan
Kawan sudah tidak ada lagi
Manusia inginkan perlindungan
Daripada para pemimpin dan ulama
Di mana hendak didapatkan perlindungan?
Perlindungan sudah koyak-rabak
Terdedahlah manusia kepada kejahatan
Terdedahlah manusia kepada kesesatan
Entah bermacam-macam lagi
keinginan manusia yang dicari
Untuk keselamatan hidupnya
Tapi semuanya atau segala-galanya sudah hilang
Bilakah barang yang hilang
di kalangan manusia itu ditemui lagi?

Selepas Asar
07 - 08 - 1999

253
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

IKATAN KASIH SAYANG


174 DALAM MASYARAKAT

J ADIKANLAH kemesraan dan harta


penghubung kasih sayang sesama manusia
Jawatan dan pengaruh membela semua bangsa
Jadikanlah ilmu penghubung kasih di antara guru
dan yang memerlukan atau murid-muridnya
Si guru merasa dapat anak dari murid-muridnya
Si murid merasakan mendapat ayah dari gurunya
Berlakulah perhubungan di antara murid dan guru
laksana ayah dengan anak-anaknya
Begitulah hendaknya setiap orang jadi guru
Juga begitulah semestinya setiap orang yang jadi murid
Jadikan majikan dan buruh-buruhnya
merasa satu sama lain bertolong bantu
Buruh memerlukan majikan,
majikan memerlukan buruh
Setiap orang merasa bahawa majikan
terhutang budi dengan buruhnya
Dan buruh terhutang budi pula dengan majikannya
Kalaulah setiap golongan itu
seperti yang disebut begitu perasaannya
Akan terjadilah kasih sayang sesama manusia
Tapi apa yang berlaku sekarang ini
Kemesraan dan pengorbanan harta
ada udang di sebalik batu
Ada maksud peribadi yang tersembunyi
Begitu juga guru merasa adanya murid
di situlah gajinya
Murid pula merasakan bertemu guru inginkan ilmu
untuk kehidupan masa depannya
Seterusnya majikan merasakan buruhnya
adalah kulinya
Buruh pula merasa bahawa majikannya
adalah tuannya

254
PERJUANGAN

Kalau satu pihak merasa tuan


dan satu puak lagi merasa kuli
Tidak mungkin terjadi kasih sayang
sesama manusia
Sedih di zaman ini peranan dan fungsi manusia
segala-galanya telah berubah
Masing-masing ada tujuan peribadi
dan kepentingan diri

Lepas Asar
28 - 09 - 1999

255
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

175 KASIH SAYANG TELAH HILANG

S ETIAP manusia inginkan kasih sayang


Kerana ia adalah makanan jiwa
Tapi di mana ada kasih sayang?
Kasih sayang telah hilang
Seolah-olah setiap orang berkata:
Aku minta kasih sayang dari ibu bapaku
Kasih sayang keduanya telah hilang
Aku minta dengan isteri atau suami,
dia buat biasa sahaja
Aku minta kasih sayang dengan adik-beradikku
Kasih sayang mereka juga telah gersang
Aku tagihkan kasih sayang dengan guru-guruku
Kasih sayangnya juga telah kering ketandusan
Aku cari kasih sayang dengan pemimpinku
Kasih sayangnya lebih-lebih lagi
telah hilang entah ke mana perginya
Aku cuba mencari kasih sayang dengan kawan-kawanku
Kasih sayang mereka juga entah ke mana hilangnya
Aku cuba meminta-minta kasih sayang dengan orang ramai
Aduh, kasih sayang mereka juga sudah kering-kontang
Begitulah setiap manusia sudah kehilangan kasih sayang
Juga kasih sayang itu telah hilang
daripada orang yang hendak menagihnya
Setiap orang sudah tidak membawa kasih sayang lagi
Kita pun tidak dapat dari mereka
Mereka pun tidak mendapat dari kita
Aduh, sungguh mahal kasih sayang di akhir zaman
Hingga susah hendak menemuinya
Kerana itulah manusia hari ini hidup resah,
gelisah, derita dan kecewa

Menjelang tidur
17 - 12 - 1999
(9 Ramadhan)

256
PERJUANGAN

BAGAIMANA HENDAK BERKASIH SAYANG KA-


176 LAU LIDAH TIDAK DIJAGA

B AGAIMANALAH hendak berlaku hidup kasih sayang, ba-


hagia dan harmoni?!
Lidah tidak dijaga, ia bercakap sesuka hatinya sahaja
Banyak hati-hati yang cacat
Kalau ada yang bersalah tidak ada
yang hendak meminta maaf
Yang tidak bersalah tidak ada yang hendak
memberi maaf bahkan berdendam pula
Kalau ada gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat
Masing-masing menuding jari,
mencari kesalahan orang
Untuk menutup kesalahannya sendiri,
maka dikutuknya yang dikambing-hitamkan
Maka orang yang tidak bersalah pun terzalim
dan teraniaya
Orang yang bernasib baik sombong,
tidak mahu merendah diri
Yang tidak bernasib baik hasad dengki
Budaya bertimbang rasa, bertolak ansur,
berlapang dada sudah mati
Yang senang, senang sendiri
Yang susah dan menderita terbiar
tidak ada siapa ambil peduli
Mencari nama, glamour, kekayaan menjadi budaya
Hidup nafsi-nafsi, jaga diri sendiri
Padahal apabila kasih sayang hilang,
harmoni tiada
Semua golongan hilang bahagia
Setiap orang menderita dan sengsara
Di waktu itu hendak berjumpa orang
macam hendak bertemu ular, harimau dan singa
Tidak bertemu orang manusia tidak mungkin
hidup keseorangan
Apabila bertemu orang aduh,

257
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

takut dan bimbang sahaja


Masing-masing prejudis satu sama lain
Bersangka jahat sesama sendiri
Aduh, bertemu pun seksa,
tidak bertemu pun seksa

Selepas Asar
14 - 07 - 2000

258
PERJUANGAN

177 JIKA KASIH SAYANG TIDAK WUJUD

J IKA kasih sayang sudah tidak wujud


di kalangan manusia, perpaduan tidak akan berlaku
Kalau kasih sayang sudah hilang,
bekerjasama jika berlaku adalah secara terpaksa
dan pura-pura
Manakala kasih sayang sudah gersang,
perikemanusiaan pun hilang
Jika kasih sayang sudah tidak ada,
yang miskin papa tidak akan terbela
Bertimbang rasa sesama manusia pun tidak akan ada
Orang yang susah akan terbiar di dalam penderitaan
Jikalau kasih sayang sudah hilang, orang yang teraniaya
tidak akan ada orang yang membela
Penzalim-penzalim bermaharajalela
tidak siapa yang akan menghalang
Bila kasih sayang hilang mudah sahaja terjadi
perbalahan dan permusuhan
Mudah sahaja berlaku pergaduhan dan perkelahian
di kalangan manusia
Apabila kasih sayang hilang
maaf-bermaafan payah berlaku di dalam pergaulan
Masing-masing individu-individu prejudis satu sama lain
Kalau begitu di manalah kebahagiaan dan keharmonian
Sudah tentu kebahagiaan dan keharmonian hilang
Hiduplah manusia di dalam ketakutan dan kebimbangan
Jiwa manusia tidak tenang, fikiran berserabut dan kusut
Barulah kita sedar kasih sayang adalah anak kunci
segala kebaikan
Kasih sayang tidak akan wujud jika setiap insan
tidak mencintai Tuhan
Cintakan Tuhan rahsia kasih sayang sesama manusia
Kalau inginkan perpaduan, berjuanglah untuk menanamkan
rasa cinta dengan atau kepada Tuhan

259
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Secara automatis akan berlaku kasih sayang


sesama manusia
Di sini kita faham, perpaduan bukan boleh berlaku
sekadar slogan-slogan
Lebih-lebih lagi perpaduan tidak akan wujud
dengan diakta dan diundang-undangkan
Kerana perpaduan adalah bersifat kejiwaan
Kalau jiwa kasih sayangnya sudah hilang
bagaimana mungkin lahir perpaduan?!

Lepas Asar
11 Safar 1421

260
PERJUANGAN

178 PERINGKAT-PERINGKAT KASIH

K ASIH ada berbagai-bagai peringkat ada yang sejati,


ada yang tidak hakiki
Cinta atau kasih ada yang mudah luntur,
ada yang payah hendak luntur
Ia adalah satu sifat ada yang berpanjangan,
ada yang tercicir di dalam perjalanan hidup
Setiap kasih yang berlaku ada yang bersebab
ada yang semula jadi
Kasih ada yang asli dan ada yang aradhi
Berlakunya kasih atau cinta seseorang terhadap
atau kepada seseorang tidak sama
Ada yang cinta dan kasih semula jadi
Yang langsung tidak ada hubungkait
dengan benda dan kebendaan
Seperti kasih anak kepada ibu bapanya
Sekalipun ibu bapa itu miskin, cacat,
tidak ada pangkat, buruk
Namun anaknya tetap cinta dan kasih
kepada ibu bapanya
Kasih semula jadi ini payah luntur
kecuali kalau ibu bapanya terlalu kejam
Ada kasih kerana kecantikan seseorang wanita,
kerana tubuh badannya yang seksi
Kasih ini ada hubungan dengan rangsangan nafsu
Kalau sebab-sebab ghairahnya nafsu sudah hilang
Seperti sudah tua, atau kecantikan hilang disebabkan sakit,
atau kemalangan yang mencacatkan badan
Kasih pun hilang, kecuali ada pada perempuan itu
akhlak yang mulia
Kasihnya masih tersangkut disebabkan akhlaknya
Berlaku juga kasih atau cinta disebabkan ilmu
atau kepandaian seseorang
Terjatuh hati dengan ilmunya, maka automatik jatuh hati
kepada orangnya

261
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Kasih ini juga mudah luntur


Jika orang itu rosak akhlaknya, hilang kasihnya
Tidak kurang juga kasih seseorang pada seseorang
kerana ternama dan ada glamour
Dia jatuh hati pada orang itu kerana terkenalnya orang itu
Cinta yang begini juga mudah luntur
Jika orang itu sudah tidak terkenal mungkin kerana sakit,
atau jatuh wibawanya
Mungkin juga jatuh pangkatnya, luntur pula kasihnya
pada orang itu
Biasa juga berlaku cinta seseorang pada seseorang
kerana hartanya
Kekayaanlah membuatkan dia jatuh hati
Kasih yang seumpama ini mudah sahaja pudar
Jika hilang kekayaan, atau ditimpa miskin dan papa-kedana
luntur pula kasihnya
Ada orang jatuh hati pada seseorang kerana pangkat
dan kedudukan yang tinggi di dalam sesuatu jawatan
Dia terpikat dengan kedudukannya
Kasih yang semacam ini juga mudah luntur
Di waktu ada pangkat kasih berbunga,
di waktu pangkat tidak ada kasih hilang entah ke mana
Di dalam pada itu ada orang terpaut dengan seseorang
kerana kuat dan gagah
Hatinya pun terpaut dengan orang itu
Cinta yang begini juga palsu
Apabila orang itu lumpuh atau lemah kerana penyakit
Kasih pun hilang, orang yang dikasihi dahulu
tinggal seorang
Ramai orang di dunia ini jatuh hati dan cinta
pada orang yang akhlaknya tinggi
Seperti pemurah, juga kasih sayang, merendah diri, mesra,
pemaaf, bertimbang rasa, bertolak ansur,
Berlemah lembut pakaiannya, mengutamakan orang buday-
anya dan lain-lain lagi sifat yang mulia
Pada orang ini semua golongan jatuh hati dan cinta
Orang ramai mabuk dengannya,
sekalipun orang yang jahat perangainya

262
PERJUANGAN

Walaupun dia seorang kafir


Kecuali orang yang hasad dengki sahaja
Yang sebenarnya kasih yang hakiki yang kekal abadi
Cinta yang murni dan ikhlas yang tidak bersifat kebendaan
Kasihkan Allah Tuhan yang ada pada-Nya segala-galanya
Kasih yang tidak akan berhadapan dengan cacat celanya
Sekalipun Tuhan tidak dapat dilihat oleh mata
Tapi dia terasa ada-Nya di dalam jiwa
Cinta ini hanya diperolehi oleh orang yang bertaqwa
Cinta yang luar biasa
Sesiapa yang memperolehinya tidak mampu lidah bercerita

Selepas ekspedisi
02 - 09 - 2001

263
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

SUSAHNYA MENCARI
179 KAWAN YANG SETIA

B UKAN senang untuk mendapat kawan yang setia


Boleh berkawan waktu susah dan senang
Di waktu dukacita dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan
Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuan
Boleh memberi pertolongan sebelum diminta,
kerana faham masalah kawan
Apatah lagi apabila diminta
Waktu sakit diziarahi
Di waktu mendapat nikmat, dia melahirkan kegembiraan
Kesusahan kawan kesusahannya
Kesedihan kawan adalah kesedihannya
Keluarganya dijaga dan diambil berat tentang kehidupannya
Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga
Ia merasakan maruah diri sendiri juga
Apabila sudah agak lama tidak berjumpa
sudah bertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa
Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya
Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak diumpat
Mengutamakan kawan dari dirinya
Selepas mati keluarganya tetap dihubungi
Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung
Susah payah keluarga kawannya selepas mati tetap ditolong
Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi
Penulis pun belum boleh setia dengan kawan
Aku memohon ampun kepada Tuhan
Kerana belum boleh setia dengan kawan

Lepas Asar
25 - 09 - 1999

264
PERJUANGAN

WATAK KAWAN
180 TERHADAP KAWAN

K ALAU engkau miskin, sabar atau redhalah,


jangan meminta-minta
Meminta-minta itu adalah jatuh maruah dan air muka
Kalau engkau kaya, jadilah pembela orang-orang yang susah
Juga korbankan harta untuk fisabilillah
Kalau engkau pemimpin, jadilah pelindung
Berilah kasih sayang kepada pengikut-pengikut
Seperti bapa kepada anak-anaknya
Urus agama mereka
Berilah ilmu untuk penyuluh hidup mereka
Urus makan minum mereka
Berilah simpati di waktu susah seperti ziarah
atau beri nasihat
Dengarlah pengaduan mereka
Mengadu itu cara mereka bermanja-manja
Kerana salah satu watak pemimpin itu adalah berwatak ibu
Ibu tempat anak-anak bermanja
Kalau engkau kawan, utamakan kawan lebih dahulu
daripada dirimu
Bantulah di waktu dia kesusahan
Setidak-tidaknya tunjukkan simpati
Serta lahirkan rasa sedih di waktu kesedihannya
Bantulah lebih dahulu sebelum dia meminta
Tanda kita peka dengan kehidupan mereka
Bahkan keluarga mereka juga kenalah jaga
Ambillah berat tentang kehidupan mereka
Bagaimana makan minumnya, tempat tinggalnya,
rumahnya
Sakit peningnya dan kesusahannya
Begitulah sifat atau watak seorang kawan
terhadap kawannya

24 - 09 - 1999

265
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

181 UMAT ISLAM SUDAH NAFSI-NAFSI

K E MANA sahaja kita pergi terasa sepi


Sekalipun di tempat ramai
Ke mana sahaja kita berada, kita rasa macam berdagang
di negeri orang
Padahal di negeri sendiri
Kerana tidak ada siapa yang ingin bertanya,
berkenal dan bermesra
Lebih-lebih lagi tidak akan ada sesiapa
Yang mengajak ke rumah sebagai tetamunya
Tegur sapa sesama umat Islam terlalu kurang
Memberi salam jarang sangat berlaku
Kalau kita orang yang baru datang di satu tempat
Dia pandang kita, kita pandang dia
Namun tegur sapa ingin tahu sudah jarang terjadi
Hanya pandang-memandang, namun ingin berkenal jauh
sekali
Umat Islam hari ini masing-masing satu sama lain
curiga-mencurigai
Kerana itulah kemesraan sudah tidak ada lagi
Ingin berkenal satu sama lain sudah tidak perlu
Betapalah untuk mendapat kawan, jauh panggang dari api
Aduh, sepinya dunia ini
Walaupun di dalam hiruk-pikuk manusia
Sekalipun di tengah ramai
Tapi umat Islam sudah hidup nafsi-nafsi
Masing-masing menjaga diri
Satu sama lain tidak percaya-mempercayai
Sungguh rasa asing sekali ke mana kita pergi
Sungguh rasa sepi di mana sahaja kita berada
Di negeri sendiri terasa macam berdagang di negeri orang
Sekarang ini seolah-olahnya kita musafir sepanjang masa
Kerana orang tidak ingin
Lepas Zuhur
25 - 09 - 1999

266
PERJUANGAN

182 JIWA SUDAH HILANG

D I WAKTU manusia hidup nafsi-nafsi


Di masa manusia mementingkan diri
Ketika sifat kemanusiaan telah tercabut di dalam hati
Kerana rasa bertuhan sudah mati,
rasa kehambaan punah sama sekali
Aduh seksanya hidup
Walaupun hidup di dalam masyarakat ramai terasa sepi
Inginkan kasih sayang, kasih sayang sudah hilang
Mahukan simpati, ia telah mati
Inginkan bantuan, bantuan telah gersang
Tidak ada seorang pun yang boleh dipercayai lagi
Kerana kejujuran dan amanah telah punah
Dengan siapalah hendak mengadu
Bukan sahaja pengaduan tidak dipeduli
Bahkan adakalanya dikhianati dan ditipu pula
Aduh sedihnya! Manusia sudah kehilangan jiwanya
Kerana itu timbang rasa sudah tiada
Manusia sudah kehilangan hatinya
Lantaran itulah cinta-mencintai sudah mati
Tuhan! Berapa lama lagikah Engkau biarkan
kami hidup begini?!
Bila lagikah seorang penyelamat Engkau lahirkan
di kalangan kami?!
Agar mengembalikan rasa bertuhan yang sudah mati
Dan mengembalikan kasih sayang yang sudah hilang
Agar manusia hidup sesama mereka
bagaikan satu keluarga

Menjelang tidur
24 - 08 - 1999

267
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

183 SUSAH MENCARI SAHABAT

D I AKHIR zaman, di zaman moden,


di zaman sains teknologi
Susah mencari sahabat
Sejak dari zaman persekolahan
Disambung di zaman dewasa
Berterusanlah ke zaman tua,
sahabat sentiasa bertukar ganti
Bersahabat payah hendak kekal sampai ke mati
Ia sentiasa silih berganti
Ada yang datang ada yang pergi
Yang pergi tidak datang lagi
Yang datang bilakah hendak lari?!
Susah mendapat sahabat yang kekal sampai mati
Bersahabat tidak menentu
Ada yang setakat zaman persekolahan
Habis persekolahan habislah persahabatan
Ada yang setakat sebelum berkeluarga
Setelah beristeri, sahabat lari tidak tahu mana pergi
Kalaupun tahu dia tidak sudi bersahabat lagi
Ada yang setakat sebelum bekerja
Setelah bekerja dia pun lari
Kalaupun bertemu tidak semesra dulu
Jika hendak dirapati semula dia lari-lari
Ziarah-menziarahi jauh sekali
Adakalanya putus persahabatan
kerana berlainan ideologi
Kita Parti A, dia Parti B
Rindu-merindui sudah mati berkubur sama sekali
Adakalanya putus persahabatan,
kedudukan tidak selari
Satu orang besar, satu orang kecil
Yang seorang rasa terhina untuk bertemu
Yang seorang lagi rasa malu untuk didekati

268
PERJUANGAN

Haluan masing-masing engkau engkau, aku aku


Satu ke hilir, satu ke hulu
Yang satu menjaga status
Yang satu lagi rasa tidak kufu
Satu helang, satu pipit
Begitulah berlaku di seluruh negara, bahkan dunia
Persahabatan tidak mahu kekal sampai ke mati
Di dalam suasana beginilah kita membangun
Di dalam keadaan tautan hati telah mati,
kita sedang maju
Apakah kemajuan dan pembangunan
boleh menyelamatkan kita dalam keadaan begini!?

Selepas Subuh
20 - 05 - 1997
(12 Muharam 1418)

269
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

KEMISKINAN DIJADIKAN
184 BAHAN PROPAGANDA

M ISKIN dan kemiskinan telah dijadikan


bahan propaganda
Kemiskinan telah dijadikan isu
menyalahkan dan tuduh-menuduh
di kalangan pejuang-pejuang
Miskin dan kemiskinan telah dijadikan isu
mencari nama dan glamour
Sepatutnya miskin dan kemiskinan
tempat orang-orang yang berjuang
membela mereka
Menggembar-gemburkan orang miskin
adalah satu penghinaan terhadap mereka
Sudahlah mereka miskin, dijadikan alat pula
oleh pejuang-pejuang mencari nama
Fakir miskin bukan sahaja semua golongan
patut membantu dan menolongnya
Bahkan mereka didekati, diziarahi
dan duduk bersama mereka
Hati mereka perlu dijaga
Bukan sahaja bantuan material patut diberi
kepada yang tiada empunya
Yang lebih utama kasih sayang patut diberi
untuk rohani mereka
Kemiskinan bukan boleh diselesaikan
dengan meriuh-rendahkan berita mereka
Yang penting bantuan diberi, berita mereka
jangan didedah ke seluruh dunia
Mereka pun ada maruah,
air muka kenalah dijaga
Berita mereka didedahkan, mereka tentu
mendapat malu sebagai manusia
Kecuali mereka yang maruah diri sudah musnah
sama sekali
Sepatutnya semua golongan maruah mereka

270
PERJUANGAN

patut dijaga
Berilah pertolongan secara senyap-senyap,
tanpa masyarakat umum tahu
Didiklah mereka lahir batin
Agar kesusahan orang ramai dibantu,
mereka tidak pula meminta-minta

Selepas ekspedisi
02 - 09 - 1999

271
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

FAKIR MISKIN DIJADIKAN


185 BAHAN PUBLISITI

A PA sudah jadi!
Fakir miskin sudahlah malang
Hidup susah kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang
Mereka dijadikan subjeknya pula
oleh petualang-petualang
Oleh pemimpin-pemimpin politik
yang tidak memikirkan perasaan orang
Mereka dijadikan bahan publisiti untuk kepentingan diri
Mereka diberi bantuan bukanlah seberapa
Mereka diisytiharkan di seluruh dunia di media massa
Malunya mereka dijadikan bahan berita
Mereka juga dijadikan bahan propaganda
Untuk menjatuhkan lawan politiknya
Kerana tidak mempedulikan mereka menderita
Untuk mengangkat diri sebagai pembela
Menuduh si polan si polan itu bukan pembela
Kasihan fakir miskin
Telah menjadi mainan oleh para pemimpin
Mereka dijadikan alat
Sekaligus menaikkan diri sebagai pembela konon
Orang yang ikhlas bantu sahajalah mereka senyap-senyap
Tanpa heboh-heboh dan bising-bising
Mereka terbela tanpa orang tahu
Selamatlah mereka daripada mendapat malu
Maruah mereka sama-sama kita jaga
Isytihar kemiskinan mereka bukan caranya
Kerana mereka juga ada maruah

272
PERJUANGAN

FAKIR MISKIN
186 SASARAN PEMIMPIN

A LANGKAH kasihan si fakir miskin


Sudahlah papa-kedana
Mereka dijadikan sasaran para pemimpin pula
Bukan sasaran untuk menolong mereka
tapi sasaran untuk mencari nama
Untuk menjatuhkan lawan atas nama mereka
Para pemimpin masing-masing menggunakan mereka
Tapi setengah fakir miskin tidak mengerti
Ada yang gembira, berita mereka dipapar
di media massa
Mereka tidak sedarkan diri
Pemimpin menggunakan nama mereka
Dengan tujuan mencari nama
Agar rakyat menganggap mereka pembela
Kalaupun mereka memberi,
pemberian mereka tidak sampai ke mana
Yang penting pada mereka pemberian itu diberi berita
Agar mereka dianggap pembela fakir miskin
Padahal sedikit pun tidak ada di dalam hati mereka
cintakan fakir miskin
Tapi pemberian yang sedikit itu penting buat mereka
untuk berita di media massa
Pilihan raya sudah hampir tiba
Moga-moga budi mereka dikenang juga
Undi untuk mereka

273
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

ORANG KAYALAH
187 MEMBUAT MASALAH

Y ANG sebenarnya orang yang kayalah


di dunia ini menjadi masalah
Terutama ahli-ahli perniagaan
dan golongan korporat
Sistem ekonomi mereka riba
adalah menjadi punca rakyat teraniaya
Mereka monopoli di bidang ekonomi
Merekalah yang menentukan harga bahan mentah
yang dibeli dari rakyat
Dan mereka jugalah yang menentukan
harga barang yang hendak dijual kepada umum
Kerana mereka ingin untung banyak,
bahan mentah dibeli dengan harga yang murah
Setelah jadi barang, dijual pula
dengan harga yang mahal
Rakyat yang menghasilkan baranglah
yang menjadi susah
Disusahkan lagi pula oleh kesalahan
menjual barang yang terlalu mahal
Ditambah lagi rasa malang,
timbul rebutan dan saingan
Bakhil pun timbul, tidak mahu menolong
fakir miskin
Orang yang susah bertambah susah,
si miskin bertambah miskin
Begitulah seterusnya kerana mahu untung banyak
Kapitalis membuka tempat-tempat judi dan hiburan
Lahirlah pelacuran kerana ingin hidup
atau ingin senang, jual diri dan maruah
Gaji buruh pula terlalu murah
Tidak setimpal dengan tenaga dan titik peluh
Makin lama, di antara orang kaya dengan orang miskin
jurang kehidupan mereka terlalu jauh bezanya
Timbul kelas-kelas di dalam masyarakat

274
PERJUANGAN

Di antara satu sama lain tidak boleh duduk sama


Golongan yang miskin ini akhirnya sedar
Mereka telah dizalimi dan dipermainkan oleh si kaya
Pertarungan dan pertembungan pun berlaku seluruh dunia
Demonstrasi di sana sini
Kidnap, pembunuhan, pergaduhan berlaku setiap hari
Akibatnya keamanan tidak wujud
Kerajaan pening kepala, orang kaya di dalam ketakutan,
orang ramai tergugat keselamatannya
Ini adalah akibat orang kaya yang membuat masalah

Menjelang Zuhur
09 - 10 - 1999

275
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

188 KEMISKINAN BUKAN MASALAH

K EMISKINAN bagi orang beriman bukanlah satu masalah


Sama ada yang ditimpa kemiskinan mahupun yang kaya
Si miskin terhibur dengan kemiskinan
kerana dapat pahala sabar
Yang kaya pula tempat dia berhibur
untuk menyukakan hamba Allah
Si miskin tidak meminta-minta,
si kaya pula tempat cari pahala
Si kaya pun gembira ada tempat mereka membela
Si miskin pula redha apa yang ada
Kemiskinan bukan sahaja tanggungjawab negara
semata-mata
Tapi tanggungjawab semua manusia
Terutama jiran yang rapat,
dan juga keluarga yang terdekat
Selepas itu jiran sekampung
dan juga keluarga yang jauh titisan darahnya
Jadi kalau setiap golongan itu bertanggungjawab
Tidak ada orang miskin yang menjadi susah
Tapi hari ini kerana tidak ada iman atau iman lemah
Fakir miskin meminta-minta kerana tidak ada sabarnya
Si kaya tidak mahu memberi kerana bakhil dengan hartanya
Bagaimana kemiskinan tidak menjadi masalah
Si kaya tidak mahu memberi, si miskin sabarnya tiada

Menjelang tidur
10 - 09 - 1999

276
PERJUANGAN

REDHALAH DENGAN
189 KEMISKINAN

B ERBAHAGIALAH fakir miskin yang redha


Kewajipan mereka ringan, tanggungjawab mereka kurang
Terhiburlah hendaknya mereka
Kerana tentang mereka Nabi ada bersabda
yang bermaksud lebih kurang:
“Ya Allah, jadikan aku miskin, dan jadikan aku
cintakan orang miskin dan dudukkan aku
bersama-sama fakir miskin”
Ini tidak pun disabdakan oleh Nabi
kepada orang-orang kaya
Untunglah orang miskin yang redha
Hisabnya sedikit, orang kaya hisabnya banyak
Setiap hajatnya yang tidak dapat diberi pahala
Amal ibadah yang sedikit besar nilainya
Bergembiralah wahai orang-orang miskin
Di dalam kitab ada diberitakan
Bahawa di dalam Syurga ramai di kalangan mereka
Mereka mendapat kasih sayang dari Rasul
Ini tidak diperolehi oleh orang kaya yang berharta
Tapi ingat kalau mereka tidak sabar dengan kemiskinan
Tidak redha apa yang menimpa mereka
Mereka mengeluh dan rasa kecewa
Lebih-lebih lagi rasa putus asa
Di dunia rugi, di Akhirat Neraka
Oleh itu redhalah dengan kemiskinan

Selepas Zuhur
14 - 09 - 1999

277
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

FUNGSI ORANG MISKIN


190 DAN KAYA

D I DALAM masyarakat manusia Allah Taala jadikan


satu sama lain tidak sama
Di antaranya adanya miskin dan kaya
ada hikmahnya
Miskin walaupun tidak diminta,
ia diperlukan
Kaya juga di dalam masyarakat lebih-lebih lagi
Adanya miskin dan kaya satu keindahan
Di situ ada kerjasama dan perlu-memerlukan
Kalau semua orang kaya,
kaya yang tidak mempunyai apa-apa
Kerana banyak keperluan hidup
yang orang kaya tidak mampu menyediakan,
tiada siapa yang mengadakan
Ertinya akan terjadi kaya yang menyusahkan
Lebih-lebih semuanya miskin,
lagi menyusahkan dan menyulitkan
Adanya fakir miskin membolehkan si kaya membela,
dapat pahala
Timbul kasih sayang dari bantuannya
Fakir miskin mendapat hiburan dari pembelaan
Terjalinlah di antara orang kaya dan orang miskin
jalinan persaudaraan
Persaudaraan tidak ada manusia yang menolaknya
Fitrah manusia semuanya sama,
persaudaraan diperlukan
Bukankah indahnya adanya miskin dan kaya
Bilamana setiap orang itu berfungsi
mengikut kedudukannya
Lahirlah buahan ukhwah dan perpaduan
Memang semua orang sangat memerlukan
Kalau begitu apalah yang menjadi masalah
dengan kemiskinannya?
Tidak ada masalah, kerana masalah itu

278
PERJUANGAN

membawa kebaikan
Melainkan setelah manusia rosak jiwanya
Si miskin tiada sabarnya,
si kaya tidak mahu membela
Maka lahirlah dua puak yang begitu jauh jurangnya
Satu sama lain sentiasa bermusuh-musuhan
Akibatnya kedua-dua puak mendapat kesusahan

Selepas ekspedisi
11 - 09 - 1999

279
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

191 MISKIN BUKAN SATU KESALAHAN

M ISKIN bukan satu kesalahan atau satu masalah


Yang salah kerana miskin mencuri,
menipu dan meminta-minta, kerana tidak redha
Yang menjadi masalah, orang kaya
dan orang yang berharta
Dia sudah kaya, merasa tidak ada
Suka banyak harta, merasa tidak cukup-cukupnya
Suka menimbun-nimbun dan menompok-nompok,
tanpa menginfakkannya
Penyakit tamak pun tiba,
penyakit bakhil pun ikut sama
Kapitalis monopoli harta negara
Bahan-bahan mentah dikontrol oleh mereka
Harga barang mereka yang menentukannya
Orang miskin dan buruh dijadikan hamba
Kemudian disalahkan si miskin yang menderita
Orang miskin bukan hendak ditolong
Tapi mengambil kesempatan
mengguna tenaga fakir miskin
untuk mencari kekayaan
Sudahlah orang miskin susah dan menderita
Diperhamba pula oleh orang kaya
yang tidak pernah merasa cukup
Oleh itu bukan orang miskin yang menjadi masalah
Yang menjadi masalah di dalam kehidupan
adalah orang kaya dan punyai harta
Kerana mereka rasa miskin lebih daripada si miskin
Orang miskin terbiar tidak ada siapa yang membela
Tapi tidak pernah orang menganggap
orang kaya yang membuat masalah
Tidak pernah dituduh orang kaya yang bersalah
Tapi yang menjadi sasaran tuduhan
adalah si miskin yang menderita

280
PERJUANGAN

Kerana yang menuduh itu orang yang kaya juga


Kerana hendak menyorokkan kesalahan,
dituduhlah fakir miskin pemalas
Kalaupun ingin membantu,
untuk mencari nama dan glamour
Pemberiannya tidak sampai ke mana,
fakir miskin pula terhina
Begitulah watak dunia akhir zaman
Orang yang miskin dan susah tidak ada pembela

24 - 09 - 1999

281
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

192 JASA ORANG MISKIN

I NGIN kami mengingatkan saudara dan saudari,


tuan dan puan
Jasa fakir miskin yang selama ini kita lupakan
Setengah orang pula memandang jijik
dan menghinanya
Kalau kita renungkan, masya-Allah
mereka telah berjasa kepada bangsa dan negara
Cuba gambarkan kalau fakir miskin tiada
atau tiada bekerjasama
Apa akan jadi kepada bangsa dan negara
dan kepada kita semua
Beras dan sayur, lauk-pauk,
siapa yang menyediakannya
Di ladang-ladang kapas,
di fabrik-fabrik benang dan kain
siapa yang bekerja?
Sudah tentu tiada apa yang dimakan
Apatah lagi mana hendak dicari kain untuk dipakai
Bagaimana pula tempat tinggal kita
tiada buruh kasar membinanya
Sudah tentu tiada erti kuasa dan kaya,
kalau tempat tinggal tidak selesa
Marilah kita renungkan
betapa besarnya jasa mereka
Entah berapa batang dan panjangnya jalan raya
yang mereka bina
Setiap hari mengeluarkan keringat
membanting tulang
Kerja di ladang dan membangun negara
Untuk hasil dan kemajuan serta makanan
semua kaum dan bangsa
Setiap hari mereka dilambung ombak
menangkap ikan, nelayan namanya

282
PERJUANGAN

Untuk kepentingan orang lain,


sedangkan mereka tidak menjadi kaya
Adakalanya tenggelam di laut
untuk bangsa dan negara
Marilah bersama-sama kita mengenang jasa mereka
Marilah bersama-sama kita bantu kehidupan mereka
Marilah kita berdoa agar mereka menjaga syariat
Moga-moga kerja mereka diberi pahala

30 - 03 - 1997

283
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

ALLAH JADIKAN MANUSIA


193 TIDAK SAMA

A LLAH jadikan manusia satu sama lain tidak sama


Allah jadikan begitu adalah rahmat dari-Nya
Kalau manusia dijadikan sama saja, manusia akan sengsara
Di sinilah rahsia yang tersembunyi banyak manusia
tidak mengetahui
Ada manusia yang kaya, untuk ekonomi bangsanya
Ada manusia yang berilmu, untuk kemajuan negaranya
Ada manusia yang berkuasa, untuk kepentingan rakyatnya
Ada yang memikul senjata, untuk mengawal
kedaulatan agama, bangsa dan negara
Manusia yang miskin perlu ada, kerana itu Allah wujudkan
Kerja-kerja berat, kerja-kerja pembangunan,
tulang urat mereka sangat diperlukan
Doa mereka diperlukan juga untuk keselamatan negara
Mereka jangan dihina, tapi uruslah kehidupan mereka
Kalau semua golongan faham dan boleh bekerjasama
Kehidupan mereka tidak akan diabaikan
Mereka pula jangan terasa hina, mereka juga boleh berjasa
Yang penting setiap orang masing-masing faham kedudukan-
nya dan meletakkan diri pada tempatnya
Kemudian berjuang dan berkorbanlah
mengikut kemampuan dengan ikhlasnya
Hormat-menghormatilah satu sama lain,
setiap orang ada jasanya
Berkasihsayanglah, kerana satu sama lain
perlu-memerlukan
Janganlah hina-menghina, lebih-lebih lagi kata-mengata
Setiap orang ada gunanya,
jika mahu dimanfaatkan tenaganya

Selepas Asar
30 - 03 - 1997

284
PERJUANGAN

MASYARAKAT MUKMIN
194 MEMANG UNIK

M ASYARAKAT orang mukmin itu memang unik


Orang-orang kaya, tidak sempat berlaku kaya
Kerana apabila mendapat harta atau apa-apa nikmat,
tidak sempat disimpan lama
Terus sahaja diagihkan
Dapat lagi, diagih lagi kepada orang yang patut menerimanya
Begitu juga orang yang miskin, tidak jadi miskin berlama-lama
Dia tetap diistilahkan miskin kerana sumber usahanya
tidak ada
Namun kehidupannya semakin tidak miskin
Kerana masyarakat sentiasa mengutamakannya
Setiap orang memikirkannya
Kerana orang ramai tahu yang dia miskin
Dia tempat sasaran pemberian orang ramai
Kerana itulah di dalam masyarakat orang mukmin
Orang kaya dengan orang miskin tidak jauh bezanya
Yang berada tidak sempat kaya berlama-lama
Atau tidak akan menjadi sangat kaya
Kerana dia sentiasa sahaja menginfakkan hartanya
Yang miskin pula tidak sempat miskin berlama-lama
Atau tidak menjadi miskin sekalipun dia diistilahkan miskin
Kerana dia tempat orang ramai mencurahkan sedekah
dan bantuannya
Begitulah indahnya hidup di dalam masyarakat orang muk-
min
Orang kaya sentiasa berkorban
Orang miskin adalah tempat orang ramai memberi bantuan
Akhirnya masyarakat mukmin sentiasa makmur
Berkat dan rahmat Allah sentiasa mencurah-curah
Kita merindui masyarakat yang beginilah

Menjelang tidur
21 - 12 - 1999
(13 Ramadhan)

285
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

ANTARA PENYAIR SEKULAR


195 DAN PENYAIR MUKMIN

P ENYAIR-PENYAIR sekular selalu memuja betina


Dicintai, dikagumi dan dikhayali di dalam hati
Bunga-bunga yang mekar yang indah di taman
ikut serta dipuja
Digambarkan dengan bahasa yang indah
untuk menyentuh rasa
Gelombang air laut yang menghempas dan memulas dikagumi
Digambarkan di dalam tulisan untuk mempesona manusia
Begitulah seterusnya memuja-muja benda dan benda yang
berbagai-bagai jenisnya
Berfikir dan berkhayal yang tidak ada matlamat dan tujuannya
Berlainan sekali dengan penyair-penyair mukmin yang sejati
Di dalam syair-syairnya Tuhanlah yang dipuja dan dicintai
Diagungkan dan dibesarkan serta diingati di dalam hati
Tuhan adalah pemimpin dan idolanya yang ditakuti dan dir-
indui
Setiap keindahan yang dilihat dan setiap perkara yang di-
geruni
Terus teringat penciptanya
Betapa Qudrat, Iradah dan pentadbiran dan bijaksana Tuhan-
nya
Setiap yang dilihat Tuhan terus mengusik-usik hati
Berbagai-bagai perasaan yang datang silih berganti
Cinta, takut, syukur, sedih dan lain-lain lagi
Setiap yang dilihat menebalkan iman
Berlainan sekali dengan penyair sekular, setiap yang dilihat
terkorban imannya
Kerana itulah Allah Taala berkata melalui Al Quran:

Menjelang tidur
24 - 08 - 1999

286
PERJUANGAN

JANGAN LACURKAN
196 AYAT-AYAT ALLAH

S ATU ingatan untuk semua


Solawatunnabi sesuatu yang mulia
Zikrullah adalah agung sekali
Berhati-hatilah jangan sampai dilacurkan
atau dinodai
Takutilah Allah, ayat-ayat-Nya jangan dicemari
Ayat-ayat-Nya kenalah dijaga dan dihormati
Jangan dicampuradukkan dengan noda dan dosa
Jika dilakukan, satu penghinaan
kepada Tuhan yang Maha Esa
Berhati-hatilah menggunakan kalimah suci
Kalimah-kalimah suci jangan dijadikan
untuk berlalai-lalai atau mencari rezeki
Janganlah dijadikan lafaz-lafaz yang mulia
untuk cari nama
Untuk mendapatkan harta dunia dan glamour
Mencari makan luas gelanggangnya
Seluas bumi Tuhan di dunia ini
Janganlah mencari makan dengan kalimah-kalimah
yang suci
Takutilah Allah, malulah dengan diri sendiri
Jangan pula kerana nama dan glamour,
kalimah suci dinodai
Malulah kepada Tuhan dan malulah juga
dengan orang mukmin
Kerana Tuhan melihat dan orang mukmin memerhati
Takutilah Allah
Agar kita sentiasa berhati-hati

28 - 12 - 1999
(20 Ramadhan)

287
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

197 ENGKAU PUJA BUNGA DI TAMAN

E NGKAU puja bunga di taman


Engkau terpesona dengan keindahannya
Engkau tulis di dalam sajak-sajakmu
Hingga lupa engkau dengan Tuhan
Bukankah dia akan layu kemudian jatuh ke bumi
ia tidak berguna lagi
Engkau puja perempuan,
engkau lukis dengan kata-kata
Hingga lalai dengan Tuhan
Bukankah dia akan tua bangka
Atau adakalanya dia tidak setia
yang akan mengecewakan engkau
Engkau kagum dan puja awan
yang berarak dan beralih
Engkau gambarkan dengan bahasa yang indah
Hingga lupa kewajipan kepada Tuhan
Padahal awan boleh hilang
Engkau berkhayal-khayal dengan gunung-ganang
Kemudian engkau ungkap di dalam syair-syairmu
Padahal kalau engkau dekat
Ia adakalanya menakutkan, membencikan,
menjemukan dan memayahkan
Entah apa-apa lagi yang engkau berkhayal
dengan hal yang ada di dunia ini
Hingga engkau berfoya-foya
dan menghabiskan masa
Lupa Tuhan, lupa agama,
lupa Hari Pembalasan
Sedangkan semua itu akan binasa
Padahal kalau mata hatimu hidup jiwamu celik
Engkau puja Tuhan, engkau besarkan Dia
Seterusnya engkau cintakan Dia
dan engkau jadikan Dia idolamu

288
PERJUANGAN

Tuhan adalah kekal, Ia adalah pembela


Dia adalah sumber segala-galanya
Inikan lebih menguntungkan engkau
Kerja engkau tidak sia-sia
Untungnya hingga ke Syurga

Menjelang tidur
31 - 08 - 1999

289
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

JANGAN JADI PENYAIR


198 YANG MELALAIKAN

E NGKAU puja gunung,


engkau lihat sesuatu yang indah
Mata telah menipu engkau
Kalau engkau naik ke puncaknya,
mengerikan engkau
Padanya penuh dengan serangga
yang menakut dan menjijikkan
Ada pokok-pokok yang berduri
yang merbahaya dan menyusahkan
Engkau puja bunga
Engkau rasa indah, beberapa hari layu,
kemudian jatuh ke bumi, kering dan busuk
Selepas itu sudah tidak ada nilai apa-apa lagi
Mengapa engkau puja benda
yang tidak berharga kesudahannya
Engkau gambarkan gelombang laut
Mempesonakan engkau,
engkau rasa dia hebat
Apalah hebatnya penuh dengan kekotoran,
baunya busuk yang meloyakan
Bahayanya sangat menakutkan
Engkau gambarkan seorang wanita cantik
Engkau puja kecantikannya,
hingga engkau terpesona
Engkau khayalkan di waktu keseorangan
atau di waktu engkau sepi
Engkau berangan-angan untuk memilikinya
Tidak dapat, menyusahkan engkau
Kalau dapat pun belum tentu menyenangkan engkau
Begitulah hobi engkau setiap hari
Engkau puja alam yang tiada kuasanya
Yang tidak kekal seperti engkau
Tapi engkau lupa penciptanya

290
PERJUANGAN

Sumber segala keindahan,


sumber segala kebahagiaan,
sumber segala keselamatan
Tuhan yang kekal abadi
Yang patut dipuja dan dipuji
Yang menentukan nasib segala makhluk
Yang patut dicintai dan ditakuti
Janganlah engkau menjadi penyair yang melalaikan
Seperti orang gila yang berjalan-jalan
di lembah-lembah yang kotor
Begitulah firman Tuhan melalui Al Quran,
mengingatkan kita

16 - 08 - 2001

291
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

199 KALAU KAMU SUDAH TERKENAL

K ALAU kamu sudah terkenal


Jangan sampai tidak kenal
dari mana asal usulmu
Kalau kamu sudah masyhur
Jangan sampai tidak kenal
siapa yang mengajarmu
Kalau kamu sudah terkenal
Ada orang berjasa padamu
Ingat-ingatlah mereka, jangan lupa siapa kamu
Kalau kamu ada nama, orang terpesona denganmu
Jangan pula sampai ingin dipuja,
inginkan glamour
Kalau kamu popular, syukurlah kepada Tuhanmu
Kalau kamu dipuja, tanamkanlah rasa malu
Ingatlah Allah yang mentadbir segala-galanya
Begitu juga kemasyhuranmu,
ada penyebab-penyebabnya
Ingatlah selalu di mana kamu berada
Kamu berpijak di bumi Tuhan
Di mana sahaja kamu,
yang menaungi adalah langit-Nya
Engkau sedut udara-Nya,
engkau bercahaya dari matahari-Nya
Engkau bermandi dengan cahaya sang rambulan-Nya
Kalau engkau sedar ini semua,
sifat sombong hilang padamu
Ingatlah selalu nikmat Tuhan
Satu masa nanti Allah akan cabut nikmat darimu

Selepas Asar
21 - 08 - 1998

292
PERJUANGAN

200 FUNGSI MASJID DIROSAKKAN

M ASJID rumah Tuhan


Sudah dirosakkan orang fungsinya
Masjid bukan lagi lambang ketaqwaan
Tapi ia telah dijadikan rebutan
untuk sesetengah orang dapat kuasa
Dapat kuasa masjid seolah-olah
dapat nama dan glamour
Bahkan masjid tempat setengah orang
mencari makan
Lumrah berlaku masjid dikuasai oleh orang
yang berpura-pura beragama
Yang sebenar, untuk menyekat agama yang tulen
agar jangan mendapat tempat
Pakaian mereka kadang-kadang
orang awam terkeliru dibuatnya
Pakaiannya adalah pakaian ahli agama
Tapi hati dan jiwanya penuh dengan
sifat kesyaitanan dan kehaiwanan
Ibarat musang berbulu ayam
Untuk menyesat orang ramai yang sudah jahil
tentang agamanya
Orang-orang yang baik tidak dapat tempat
di dalam masjid
Bahkan mereka tersisih dari masjid
Adakalanya mereka malas datang ke masjid
Kerana tidak sanggup melihat masjid
yang sudah dirosakkan orang fungsinya
Orang-orang munafik yang berkuasa,
berpura-pura menjadi orang soleh
Yang sebenarnya kebanyakan mereka
mencari makan di dalam masjid
Atau untuk menguasainya agar jangan sampai
orang yang membawa kebenaran

293
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

mengimarahkan masjid
Menyedarkan orang ramai di dalam mimbar
Kerana itulah orang-orang jahat itu
menjadikan masjid kubu pertahanannya
Agar kebenaran yang tulen tidak dapat lagi
terpancar dari mimbar
Yang akan membawa cahaya kebenaran
ke tengah masyarakat
Kerana orang-orang munafik ini takut
kalau orang ramai sedar dari masjid
Mereka akan disisihkan dan ditolak
oleh masyarakat

Menjelang tidur
17 - 12 - 1999
(9 Ramadhan)

294
PERJUANGAN

MASJID BUKAN LAGI


201 TEMPAT IBADAH

M ASJID rumah-Mu Tuhan bukan lagi tempat ibadah


Kebanyakan mereka beribadah tidak jadi ibadah
Lahirnya taat hakikatnya derhaka
Pengurusan rumah-Mu ditadbir oleh si jahil
Atau yang ada kepentingan dunia dan ingin nama
Rumah-Mu yang sepatutnya lambang perpaduan
Sudah bertukar menjadi lambang permusuhan
Di sana telah mereka tuduh-menuduh dan kata-mengata
Kemesraan sudah tidak ada, senyuman hanya pura-pura
Satu sama lain sentiasa curiga-mencurigai
Di sinilah tempat mereka berpuak-puak
Ibadah tidak sampai ke mana,
tapi bercerita dan berboraklah yang banyak
Kalau ada orang ingin lebih sedikit beribadah
Akan ada orang yang tidak senang
Tuhan! Sebenarnya rumah-Mu telah menjadi
gelanggang fitnah
Kalaulah rumah-Mu manusia sudah tidak bersopan
dan beradab
Gambarkanlah kalau di rumah, macam mana agaknya
Jika di pasar jangan cerita, memang sumber segala fitnah
Masjid bukan lagi lambang tawadhuk dan syiar agama
Tapi telah menjadi lambang kesombongan
dan tempat hiruk-pikuk
Kelazatan beribadah di dalamnya sudah tidak dapat dirasa
Bahkan di rumah sendiri kelazatannya lebih dapat dirasa

Menjelang tidur
27 - 08 - 1999

295
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

202 ERTI KEMERDEKAAN

M ERDEKA bukan ertinya boleh buat apa sahaja


Dengan tidak memikirkan halal dan haramnya
Merdeka bukan bermakna membina
dan mencetuskan apa sahaja
Dengan tidak memikirkan pantang-larang Tuhannya
Merdeka bukan ertinya boleh melakukan
apa sahaja yang dikehendak oleh nafsu
Dengan tidak memikirkan syariat Tuhannya
Merdeka bukan ertinya bebas tanpa batas
Merdeka kita bebas dari penjajah
Tapi tidak bebas di dalam semua hal dengan Tuhannya
Tiadanya penjajah kita bebas memilih identiti kita sendiri
Kita bebas untuk rujuk kepada Tuhan
Kita bebas memilih cara hidup Sunnah Nabi
Kalau bebas membuat apa sahaja
Ertinya manusia yang telah hilang kemanusiaannya
Nafsu telah bermaharajalela,
syaitan telah menjadi kawan
Apa akan jadi kepada dunia
Kalau manusia berperangai syaitan dan haiwan

Ogos 1999

296
PERJUANGAN

203 CARILAH KEMERDEKAAN

C ARILAH kemerdekaan, memang ia disuruh


Bebaskanlah dirimu, memang ia diperintah
Agar kita boleh mencorak diri dengan identiti sendiri
Yang mengganggu dan menggugat tiada lagi

Kemerdekaan itu banyak peringkatnya


Bebas tanah air dari penjajah yang memperbodoh
Bebas ekonomi dari kapitalis yang menindas
Bebas undang-undang di dalam menegak keadilan

Dari seluruh kemerdekaan itu ada yang lebih utama


Bebaskanlah diri dari belenggu nafsu dan syaitan
Kedua-duanya amat merbahaya
Kerosakan membawa kita ke Neraka

Memerangi penjajah setakat kemerdekaan tanah air


Memerangi kapitalis, bila berjaya berakhir penindasan
Berjuang menegakkan keadilan ada kesudahannya
Berjuang melawan nafsu dan syaitan
selagi nyawa ada di badan

Banyak wira-wira kemerdekaan


mampu mengalahkan penjajah
Tidak kurang pejuang-pejuang ekonomi
menumpas kapitalis lintah darat
Tapi bila berhadapan dengan nafsu syaitan mereka kalah
Hakikatnya kebanyakannya masih tidak merdeka
sepanjang hayatnya

29 - 08 - 95

297
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

204 KEMERDEKAAN SEJATI

K EMERDEKAAN adalah hidup permulaan pada satu bangsa


Kerana kebebasan baru bermula di tangan mereka
Selepas itu berkewajipan mengisi di dalam negara
Ini bererti perjuangan rakyat mesti diteruskan

Mengisi kemerdekaan bukan setakat membangunkan material


Sekadar itu semua bangsa boleh bangunkan
Tidak juga sekadar mengusahakan rakyat menjadi pandai
Hal ini orang Barat boleh jadi model

Mengisi kemerdekaan lebih berat dari itu


Menanamkan kesedaran kepada rakyat
terhadap Tuhan yang Esa
Taatkan Allah, mengikut Rasul, cintakan Akhirat
Mengguna seluruh nikmat untuk semuanya itu

Isi lagi kemerdekaan itu setiap waktu


Tanamkan kasih sayang agar tercetus bersatu padu
Lahirlah hidup harmoni dan bekerjasama
Hidup bersama, tiada kasta-kasta, bertolong bantu

Berlumba-lumba membuat kebaikan,


berkhidmat kepada semua
Kepentingan diri diketepikan, kepentingan agama
dan bangsa diutama
Jasa kita lupakan saja jangan diungkit-ungkit
Hapuskan kemungkaran perangilah kezaliman
warabbun ghafur

31 - 09 - 95

298
PERJUANGAN

MENGISI KEMERDEKAAN
205 LEBIH PAYAH

M EMPERJUANGKAN kemerdekaan lebih mudah


daripada mengisinya
Berjuang ke arah kemerdekaan oleh semua rakyat
dan setiap golongan hanya satu matlamat
Matlamat menghalau penjajah dengan tujuan
mendapat kemenangan
Di waktu itu kesatuan lahir pada bangsa itu agak nampak
Di waktu berjuang mendapat kemerdekaan
krisis sesama sendiri kurang
Tetapi apabila telah mencapai kemerdekaan
untuk mengisinya amat susah dan banyak cabaran
Kalau dahulunya semua rakyat dan golongan
hanya satu matlamat
Setelah merdeka matlamat mengisinya
sudah banyak matlamat dan
sudah banyak kehendak dan cita-cita
Ada cita-cita peribadi, ada cita-cita parti
mengikut ideologi dan prinsip parti
Setiap parti yang mempunyai ideologi
ada mempunyai cita-cita yang sendiri
Selepas merdeka masing-masing berjuang
mengikut keyakinan dan ideologi parti
Kalau dahulunya hanya satu matlamat
sekarang sudah banyak matlamat
Di dalam berjuang untuk mengisi kemerdekaan
datanglah cabaran daripada parti-parti yang berlainan isme
Satu sama lain tidak sehaluan
Musuh daripada luar pula mengambil peluang
Masing-masing mengaku dialah yang paling benar
dan patut diberi sokongan
Maka terjadilah perang ideologi, perang prinsip,
perang teknik
Berlakulah perang mulut, perang psikologi, perang dingin

299
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Makin lama makin panas, makin lama makin ganas


Berbalah-balah pun terjadi, tuduh-menuduh,
khianat-mengkhianati, serang-menyerang
Makin jauh makin runcing dan gawat,
berlakulah pembunuhan, mungkin peperangan saudara
dan di antara etnik
Di dalam suasana itulah membangunnya
Bagaimana hendak lancar dan cepat?
Ada yang hendak membangun,
ada yang hendak meruntuhkan
Ada yang hendak maju, ada pula yang berusaha
hendak memundurkan
Di dalam ada yang hendak mempersatukan rakyat,
ada golongan yang hendak memecahbelahkan
Berlakulah sabotaj di sana, sabotaj di sini
Membangun dan membuat kemajuan di dalam masa krisis
yang hebat tidak habis itu
Didik rakyat tidak sempat, atau tidak serius
atau tidak minat atau tidak faham
Maka timbul pulalah gejala-gejala lain di dalam masyarakat
bangsa dan negara
Pemuda-pemudi berlepak-lepak membuang masa
di sinilah berlaku rogol, zina, liwat, buang bayi
Perkelahian, pembunuhan, vandalisme yang tidak terkawal
Sogok-menyogok, rasuah-merasuah, tipu daya,
khianat berlaku di dalam negara
Rakyat terbiar, hiduplah mereka di dalam kemiskinan,
akhlak rosak
Beginilah keadaan hampir semua negara-negara
yang pernah dijajah
Hendak pulih semula amat susah
memerlukan pemimpin yang dibantu Tuhan

Selepas ekspedisi
01 - 09 - 2001

300
PERJUANGAN

206 MENGISI KEMERDEKAAN

M ARILAH kita isi kemerdekaan kita dengan segala kebaikan


Untuk faedah dunia kita, lebih-lebih lagi
keselamatan di Akhirat sana
Kita gunakan segala kekuatan yang ada pada kita
untuk membinanya
Dengan ilmu, dengan harta dan dengan seluruh jiwa raga
Setiap warganegara Malaysia hendaklah menyumbang mem-
bina negara
Mengikut taraf, mengikut kedudukan dan mengikut kemam-
puan yang ada
Saham setiap masa terbuka, dan sentiasa terbuka
Siapa yang dapat ikut menyumbang,
ia adalah warga yang setia
Malaysia memerlukan kekuatan ekonomi,
agar boleh berdiri sendiri
Malaysia memerlukan syariat untuk keselamatan
dunia Akhirat
Malaysia memerlukan ilmu pengetahuan
untuk kemajuan dan pembangunan
Malaysia memerlukan perpaduan
untuk kekuatan dan keharmonian
Marilah menyumbang untuk negara,
jangan tangguh-tangguh lagi
Marilah membina agama untuk keutuhan Malaysia
Hindarkanlah kepentingan diri demi agama,
bangsa dan negara
Bila negara berdaulat ertinya bangsa Malaysia dihormati
Berhati-hatilah kita jangan tersilap isi
Hindarkanlah kezaliman, perangilah politik wang dan rasuah
Buanglah sifat fitnah-memfitnah dan adu domba serta dadah
Jauhilah zina, arak, judi, berfoya-foya
membuang masa yang sia-sia

301
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

207 ERTI MERDEKA

E RTI kemerdekaan, hati dan fikiran bebas


Daripada terikat dengan dunia dan kebendaan
Lebih-lebih lagi bebas daripada sebarang ideologi
Hati dan fikiran semata-mata dengan Tuhan
Inilah dia kemerdekaan yang hakiki dan sejati
Merdeka dari Tuhan adalah merdeka
yang palsu dan menipu
Pautan hati dengan Tuhan terasa luas,
manusia puas
Pautan hati dengan dunia,
ingin buat apa sahaja
Terasa terbatas walaupun ingin bebas
Tidak bebas dengan Tuhan itulah kebebasan
Ingin bebas dari Tuhan inilah keterbatasan
Jiwa sentiasa tidak puas
Kerana dunia memang terbatas
Manusia ingin merdeka dan bebas,
padahal kuasa sangat terbatas
Walaupun dengan Tuhan tidak bebas,
kuasa Tuhan tidak terbatas
Lahirnya tidak bebas tapi jiwanya bebas dan puas
Merdeka dengan Tuhan nampaknya bebas,
tapi terbatas jiwa tidak puas
Ertinya orang yang berfahaman sekular
tersekat di dalam kemerdekaan
Orang yang berfaham Islam
merdeka di dalam sekatan
Kemerdekaan orang sekular
Adalah kemerdekaan yang tertipu dan palsu
Mereka masih terbelenggu,
kerana itulah jiwa mereka selalu gelisah
Bahkan ada yang kecewa
Orang mukmin nampaknya terbelenggu

302
PERJUANGAN

Tapi jiwanya merdeka, puas dan bahagia


Merdeka dari dunia dan manusia
Itulah hakikat kemerdekaan
Merdeka dari Tuhan itulah
hakikatnya tidak ada kebebasan
Orang mukmin mempunyai kemerdekaan
yang sejati
Orang sekular adalah golongan yang terjajah
yang hakiki

Selepas ekspedisi
04 - 09 - 1999

303
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

304
UMUM

5 Umum

305
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

KANDUNGAN

Bahagian 5: UMUM

UMUM

1 Pertarungan Hidup 309


2 Macam-macam Mabuk 310
3 Hati Telah Gersang 311
4 Manusia Hidup dengan Peperangan 312
5 Tentera Allah Menyerang Manusia 313
6 Di Manalah Kehebatanmu Manusia? 314
7 Peperangan Nafsu Tidak Kunjung Padam 315
8 Jenis-jenis Air Mata 316
9 Derita dan Gembira Silih Berganti 318
10 Manusia Hamba dan Khalifah 319
11 Bangsa yang Berdaulat 320
12 Banyak Manusia Memuja Alam Semesta 321
13 Engkau Boleh Belajar dengan Jiwa Engkau Sendiri 322
14 Ekonomi Tidak Menyelesaikan Masalah 323
15 Manusia Adalah Satu Keturunan 324
16 Kasih Fitrah 325
17 Kasih Sayang Sudah Gersang 327
18 Keperluan Manusia Terlalu Banyaknya 328
19 Matlamat Hidup Kita 330
20 Perkara yang Menggugat Jiwa Terlalu Banyak 331
21 Ramai Manusia Dapat Malu oleh Sikapnya Sendiri 333
22 Tabiat Semula Jadi Manusia Kenal Tuhan 335
23 Watak dan Tabiat Setiap Jenis Makhluk 337
24 Akhlak Mulia Bunga Diri 339
25 Nilai Seorang Wanita 341
26 Carilah Syafaat 342
27 Orang yang Ada Prinsip Hidup 343
28 Manusia Sentiasa Disaring 345
29 Kebersihan Asas Ibadah 346
30 Kesihatan Badan 347
31 Kalau Kamu Kaya 348
32 Alangkah Indahnya Panjang Umur 349
33 Yatim Piatu 350

306
UMUM

34 Anehnya Sejarah 351


35 Ilmu Melahirkan Tamadun 352
36 Adil Bukan Seimbang 353
37 Tajamkan Bahasa Hati dan Jiwa 355

HAJI

38 Kebesaran Allah di Musim Haji 356


39 Adab-adab Haji 357
40 Ole-ole Haji 358
41 Hikmah Ibadah Haji 359
42 Hikmah Rukun Islam Tidak Diperolehi 360
43 Jemaah Haji Aset Berharga 361
44 Haji Kemuncak Ibadah 363
45 Meriahkan Hari Raya Aidil Adha 366

307
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

308
UMUM

1 PERTARUNGAN HIDUP

D I DALAM pertarungan hidup yang tercabar dan mencabar


Berbagai-bagai coraknya, bermacam-macam bentuknya
Bermacam-macam ragamnya
Macam berhadapan dengan gelombang laut
di waktu angin kencang
Seperti arus sungai yang deras arusnya
di waktu hujan di hulunya
Orang yang bersemangat besi waja, ditunjang oleh iman
Yang mampu menempuhnya
Orang yang kehilangan iman dan jiwanya bak buih di laut
Tak mungkin berhadapan dengan gelombang hidup
yang selalu bergelora
Tidak mampu berhadapan
dengan lambungan ombak kehidupan
Yang tidak pernah tenang
Banyak orang karam di dalam gelombang kehidupan
Ramai orang hanyut di dalam arus kencang kehidupan
Tidak kurang orang yang tersadai
dipukul gelombang kehidupan
Ada juga orang yang tenggelam
Timbul semula, berenang ke tepian pantai
Ada yang sudah hanyut ke hilir
Mudik semula ke hulu
Walaupun penuh keletihan
Ada orang belum pun ke mana-mana
Tenggelam di situ juga
Entah ke mana perginya
Sedikit sangat yang tidak pernah tenggelam
Tidak pernah tersadai
Dan tidak pernah hanyut
Mereka itulah menjadi kekasih Tuhan

Selepas Subuh
15 - 05 - 1997

309
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

2 MACAM-MACAM MABUK

M ACAM-MACAM mabuk berlaku di dunia


Ramai manusia yang tidak lepas darinya
Semuanya meruntuhkan fikiran dan jiwa manusia
Apabila mabuk itu menimpa manusia
Manusia lupa di dalam kesedarannya
Di waktu itu tiada ibu bapa walaupun ada
Tiada keluarga, tiada saudara,
tiada teman seia sekata
Ada mabuk harta, ada mabuk nama,
ada mabuk takhta
Tidak kurang yang mabuk dadah,
mabuk arak, mabuk betina
Tapi malangnya yang ditakuti
hanya mabuk dadah sahaja
Apabila manusia itu mabuk
dengan bermacam-macam tadi
Agama tinggal sebutan
Iman dan Islam setakat slogan
Islam setakat forum-forum dan syarahan-syarahan
Di waktu itu manusia membuat gejala-gejala masyarakat berb-
agai-bagai bentuknya
Untuk menghukum manusia
yang sudah ramai mabuk-mabuk
Moga-moga mereka sedar
di atas kesalahan yang telah dilakukan
Agar segala bentuk yang memabukkan itu ditinggalkan
Dan semua orang kembali kepada Tuhan

Selepas Asar
19 - 05 - 1997
(11 Muharam 1418)

310
UMUM

3 HATI TELAH GERSANG

H ATI telah gersang macam bumi di musim kemarau


Pokok-pokok mahmudah tidak tumbuh seperti semalam
Benih-benih mahmudah telah dirosak
oleh kuman dan serangga-serangga pokok
Dia tidak menumbuhkan lagi pokok-pokok Islam
yang rendang, menjulang
Hujan iman pun sudah agak lama
tidak turun menyuburkan
Justeru itu hasil negara yang bersifat rohaniah
dan maknawiah sangat kurang
Pakaian rakyat yang bersifat rohaniah
dan maknawiah sangat membimbangkan
Dari sehari ke sehari bertambah kurang
Sudah ramai di kalangan rakyat,
makanan rohaniahnya tidak kenyang
Jasad rohaniah telah kurus kering
Makanannya terpaksa berceking,
lantaran kekurangan
Bilakah kemakmuran rohaniah subur semula
seperti semalam
Jika tidak jiwa-jiwa akan mati
Di waktu itu malang sekali
Buah-buah mazmumah dan buah-buah kekufuran
akan memenuhi bumi
Menjadi racun di dalam kehidupan
yang amat merbahaya sekali
Gejala-gejala masyarakat akan tumbuh subur
merata bumi
Macam cendawan tumbuh di musim hujan

Selepas Asar
10.5.97

311
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

MANUSIA HIDUP
4 DENGAN PEPERANGAN

N AMPAKNYA manusia lahir ke dunia


untuk berperang
Berperang sesama manusia
Bangsa dengan bangsa
Etnik dengan etnik
Ideologi, agama, ekonomi, negara
Mati sana mati sini, luka,
menderita di mana-mana
Memusnah apa sahaja
Yang paling teruk berperang dengan kuman
Terlalu halus, tapi amat merbahaya
Setiap hari manusia mati kerananya
Sakit teruk, terlantar di mana-mana
Menderita, melarat sepanjang masa
Dikerahkan tentera-tentera
dengan kepandaian, kepakaran
Dengan berbagai jenis alat senjata canggih
Bertahan dengan kubu-kubu pertahanannya
Namun dia tembus dan telus di mana-mana
Harta dicari habis dikorbankan kerananya
Belanja untuk melawannya tidak terkira
Dia menyerang tidak kira siapa
Raja, pembesar, orang yang pandai
apatah lagi rakyat jelata
Peperangan dengan kuman
tidak pernah ada genjatan senjata
Tidak ada perjanjian yang boleh dibuat
Dia tetap menyerang setiap detik dan masa

Pagi
10 - 11 - 1997

312
UMUM

TENTERA ALLAH
5 MENYERANG MANUSIA

P ENING kepala manusia


Bingung manusia dibuatnya
Ditambah lagi peperangan dengan air, angin, api
Api memusnahkan apa sahaja
Manusianya, harta bendanya, jiwanya,
pembangunannya
Berbagai-bagai unit pasukan tentera
melawannya
Namun tentera-tentera Allah ini tetap menyerang
bila-bila masa
Mereka tidak pernah surrender
Dia berhenti sekejap,
kemudian dia menyerang lagi
Begitulah berlaku sejak dunia wujud
Manusia tidak boleh aman dibuatnya
Setiap masa berperang
Dengan sesama manusia, dengan alam,
dengan binatang
Yang paling teruk dengan kuman
makhluk yang paling kecil
Peperangan dengan kuman
tanpa henti-hentinya

10 - 11 - 1997

313
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

DI MANALAH
6 KEHEBATANMU MANUSIA?

A LLAH lepaskan tentera-tenteranya yang paling halus


Kuman namanya, bermacam-macam virus,
berbagai-bagai speisis
Manusia sudah tidak mampu melawannya
Ditubuhkan berbagai pasukan tentera memeranginya
Ada pasukan doktor, ada unit penyelidikan,
ada unit pemakanan
Mengguna bermacam-macam jenis alat-alat yang canggih
Namun tentera-tentera seni ini belum pernah kalah
Belum pernah berlaku genjatan senjata
Tidak pernah mengangkat tangan surrender
Mereka terus menyerang dan menyerang
Tidak kira tempat dan masa
Setiap hari manusia mati dibunuhnya
Merata dunia manusia sengsara dan derita diserangnya
Entah beberapa banyak harta terkorban memeranginya
Di manalah gagahnya manusia?
Di manalah kehebatan mereka?
Alangkah lemahnya manusia
dengan kuman yang paling halus
tidak mampu memeranginya!
Mengapa manusia tidak mengambil iktibar?
Kenapa tidak dijadikan pengajaran?
Agar tunduk, khusyuk dan tawadhuk
Hilang ego, sombong dan megah diri
Moga-moga melutut di hadapan Tuhan!
Rukuk dan sujud kepada-Nya!
Tunduk dan patuh dengan syariat-Nya!
Mengucapkan zikir, tahmid
dan tasbih pada-Nya!

10 - 11 - 1997

314
UMUM

PEPERANGAN NAFSU
7 TIDAK KUNJUNG PADAM

D I ANTARA hati nurani dan nafsu sentiasa berperang


Peperangan yang tidak kunjung padam
Peperangan yang sungguh sengit dan menggerunkan
Di dalam sejarah peperangan batin,
nafsu selalu sahaja menang
Nafsu sering memacak bendera, tanda kemenangan
Kemenangan yang selalu di pihak nafsu itulah
yang membawa bencana kepada alam
Kerananyalah berlakunya penzaliman, penindasan, peperan-
gan dan pembunuhan
Darah tumpah setiap hari
Manusia mati merata bumi
Belum lagi yang cacat anggota,
ada yang merana sepanjang masa
Aduh! Dahsyatnya peperangan batin ini
Bahaya dan kerosakannya melibatkan
kehidupan yang lahir ini
Manusia kebingungan, mati akalnya, fikirannya buntu
Tidak tahu bagaimana hendak dilakukan
Agar peperangan ini kemenangannya
di pihak hati nurani, bukan nafsu
Tidak ada profesor yang mampu menyekat kemenangan nafsu
Ahli-ahli fikir telah kecewa, bahkan ada yang putus asa
Terhadap kemaraan dan kemenangan demi kemenangan
yang diperolehi nafsu
Penduduk dunia bingung, putus asa dan kecewa
Mereka telah lama jemu dengan kehidupan yang begini
Kita harap Allah Taala akan lahirkan pemimpin rohani
Yang mampu menyekat kemenangan nafsu
Dan mampu memberi kemenangan kepada hati nurani
Agar dunia aman, damai, bahagia dan harmoni

Selepas Asar
26 - 07 - 1999

315
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

8 JENIS-JENIS AIR MATA

B ANYAK air mata yang mengalir di dunia ini


Sumbernya dari mata mengalir ke pipi,
terus jatuh ke bumi
Mata itu kecil sahaja tapi tidak pernah kering airnya
Ia berlaku setiap hari tidak putus-putus
Sepertilah air sungai yang mengalir ke laut
tidak pernah berhenti
Kalaulah air mata itu ditampung,
banjirlah dunia ini
Air mata itu bermacam-macam jenisnya
Ada air mata sedih
Ada air mata gembira
Ada air mata kasih
Ada air mata simpati
Ada air mata kecewa
Air mata sedih mungkin dimarah ibu
atau dimarah guru dan lain-lainnya
Air mata gembira bermacam-macam pula
Di antaranya dapat markah cemerlang
di dalam tugasnya
Air mata kasih melihat anak yang dicinta
atau ibu yang tersayang
Air mata simpati melihat orang miskin,
papa dan yang seumpamanya
Air mata kecewa banyak contohnya
Di antaranya suami kahwin lagi
Orang yang dicintai tidak membalas cintanya
Harap dapat kerja tapi ditolak aja
Begitulah sebab-sebab air mata mengalir dari sumbernya
Lumrahnya ia mengalir kerana dunia
Jarang sekali ia mengalir kerana sedih membuat dosa
Susah sekali air mata hendak mengalir
kerana kebesaran Tuhannya

316
UMUM

Payah sekali air mata hendak mengalir


kerana sensitif dengan nikmat Tuhannya
yang Al Hannan dan Al Mannan
Jarang berlaku air mata mengalir kerana dosa
Alirkanlah air mata sebanyak-banyaknya
kerana takut kepada Tuhan yang Maha Pencipta

Selepas Asar
18 - 05 - 1997
(10 Muharram 1418)

317
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

DERITA DAN GEMBIRA


9 SILIH BERGANTI

D ERITA dan gembira dua pertentangan yang silih berganti


Satu datang yang satu pergi
Macam jugalah malam dan siang, pagi dan petang
Ia datang silih berganti
Begitulah berlakunya sunnatullah yang ditakdirkan
Setiap yang berlawanan silih bergantinya pergi dan datang
Kalau kita faham sunnatullah ini
Yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Khaliqul ‘Alam
Kita manusia hamba Allah ini
sudah pasti pandai menyesuaikan diri
Di waktu senang kita faham, satu ketika kita akan sengsara
Di waktu kita derita, satu masa kita akan senang
Di masa kita senang pandai kita membuat jadual hidup kita
Demikian juga di waktu susah tahu pula kita
bagaimana mengaturnya pula
Di waktu senang jangan bertindak macam orang susah
Di waktu susah jangan berbuat macam orang senang
Kita akan tercabar oleh suasana
Atau keadaan akan memerangkap kita
Kalau tidak kena gayanya kita kecundang
di dalam kehidupan
Gunakanlah akal, bijaksanalah kita
Jadikanlah iman tunjang kehidupan,
syariat pengaturnya

Selepas Subuh
17 - 05 - 1997
(9 Muharam 1418)

318
UMUM

MANUSIA HAMBA
10 DAN KHALIFAH

K ITA manusia hamba dan khalifah


Sebagai hamba kenalah beribadah
Sebagai khalifah kenalah mengatur, menyusun,
mendidik, membangun dan berkemajuan
Dibangunkan itu semua untuk keperluan insan
Politiknya, ekonominya, pendidikannya,
kebudayaannya, masyarakatnya,
perhubungannya, tugasnya
Syariat jadikanlah panduan di semua aspek kehidupan
Apabila manusia berjalan seimbang kehambaannya
dan kekhalifahannya
Dunia ini syurga sebelum Syurga
Manusia berakhlak mulia bersama tamadun
Laksana satu keluarga bersama pembangunan
Bekerjalah bersama kemajuan
Berukhwah, bersatu dan harmoni
Tidak ada ketakutan, tidak ada kebimbangan
Keadilan merata
Kasih sayang jadi budaya
Pemimpin payung, ulama obor,
pemuda-pemudi tenaga
Orang tua doanya, kanak-kanak cahaya mata

Selepas Asar
05 - 06 - 1997

319
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

11 BANGSA YANG BERDAULAT

A PABILA rakyat di sebuah negara pemimpinnya,


orang-orang kayanya, cerdik pandainya
dan rakyat jelata merendah diri
Tanda bangsa itu Allah Taala hendak mengangkat
menjadi penaung kepada manusia
Mereka akan diangkat dan ditinggikan
oleh Tuhan menjadi empayar
Atau akan berdaulat di dalam negaranya
Menjadi bangsa yang mulia, berwibawa,
disegani dan dihormati
Jika sesuatu bangsa setelah berjaya menjadi sombong
Suka menceritakan kebolehan-kebolehan
dan jasanya kepada manusia
Mengangkat-angkat diri dan menghina-hina orang lain
Suka pembaziran dan berfoya-foya di dalam kehidupan
Sering berlaku berbahas-bahas dan mujadalah
terutama di majlis-majlis ilmu
Terlalu suka bercakap sekalipun tidak perlu
Suka menegur tidak suka ditegur
Suka memberi nasihat tidak suka dinasihat
Menunjuk-nunjuk kebolehan masing-masing dan berbangga
Tuhan dilupakan
Hingga tersinggung orang-orang yang
tidak mempunyai keistimewaan
Tanda bangsa itu hendak hancur dan runtuh
Kalau bangsa itu menjadi empayar, empayarnya akan runtuh
Jika berkuasa di sesebuah negara
tanda kuasanya akan berakhir
Akan diganti dengan satu bangsa atau puak lain pula
Sama ada bangsa yang kejam untuk menghukum
Atau bangsa yang baik menggantinya,
sebagai menghinanya
Selepas Asar
07 - 11 - 2000

320
UMUM

BANYAK MANUSIA
12 MEMUJA ALAM SEMESTA

B ANYAK manusia memuja alam semesta


Kerana mudah dinilai oleh dua mata
Banyak orang memuja wang dan harta
Di sini kemudahan hidup dapat dirasa

Tidak kurang yang memuja perempuan-perempuan cantik


Kerana nafsu mudah merangsang dan tertarik
Dikorbankan segala kesenangan hidup untuk memiliki
Hingga terkorban maruah dan nilai-nilai agama

Ada lagi yang dituju dan diburu oleh manusia


Memburu pangkat atau ketua yang berkuasa
kerana di situ kunci segala-galanya
Bila dapat memiliki itu, memiliki semua
Untuk mendapatkannya lakukan apa saja

Kalau boleh dibeli dengan wang, ya, sogok jangan kira


Kalau boleh dengan betina, ya, cari dan beri saja
Kalau ada pengaruh orang yang menghalang
diupah membunuhnya
Bahkan seribu satu usaha untuk mendapatkannya

04 - 08 - 1995

321
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

ENGKAU BOLEH BELAJAR


13 DENGAN JIWA ENGKAU SENDIRI

S EPATUTNYA engkau boleh belajar dengan jiwa engkau sendiri


Itulah yang dikatakan fitrah semula jadi
Ilmu Islam hanya menguatkan sahaja
Fitrah semula jadi manusia sama sahaja
Apa yang dimaksudkan boleh belajar dengan jiwa
atau perasaan sendiri?
Iaitu jiwa kita kan suka dikasihi orang
Begitulah perasaan orang lain
Sepatutnya kita boleh memberi kasih sayang
kepada orang lain pula
Jiwa kita suka dibantu terutama di waktu kesusahan
Mengapa kita tidak suka membantu orang
seperti kita suka dibantu?
Jiwa kita terhibur kalau ada ilmu, kekayaan
dan lain-lain kesenangan
Sepatutnya kita rasa terhibur dengan keistimewaan orang lain
Sepertimana yang kita rasa dan suka
Cukuplah itu contoh yang kita datangkan
Jadi manusia boleh belajar dengan jiwa dan perasaan sendiri
Cuma ilmu Islam datang menyuburkan sahaja
atau menguatkan sahaja
Namun demikian tidak ramai orang boleh belajar
dengan jiwa sendiri
Kerana itulah perikemanusiaan sudah hilang,
bertimbang rasa dengan manusia sudah gersang
Kehendak jiwa sendiri tidak dapat diapplykan
kepada orang lain
Sepertimana orang lain juga tidak dapat lakukan kepada kita
Kerana masing-masing terlalu mementingkan diri
Cintakan Tuhan sudah hilang dari jiwa manusia
Akibatnya cinta sesama manusia kering-kontang

Selepas Asar
22 Muharam 1421

322
UMUM

EKONOMI TIDAK
14 MENYELESAIKAN MASALAH

ENGAPA manusia menghabiskan masa


memikirkan ekonomi
Mengorbankan tenaga, hingga letih lesu
Berbincang, berseminar, mengkaji untuk itu
Setiap hari diperkatakan di media massa
Ekonomi bukanlah segala-galanya
Ekonomi bukanlah penentu kebahagiaan manusia
Keperluan manusia bukan ekonomi sahaja
Ekonomi hanya untuk fizik manusia
Untuk memuaskan nafsu
Keperluan nafsu pada haiwan pun ada
Tapi manusia ada keperluannya
yang lebih penting dari itu
Iaitu keperluan akal dan rohnya
Kalau akal terabai dan roh tidak diberi makan
Manusia hidup tidak tahu ke mana hendak dituju
Jiwa akan kosong
Apabila ada masalah, manusia bingung
Di waktu itu ekonomi,
tiada boleh menyelesaikan masalah
Jiwa manusia akan menderita
Seterusnya akan kecewa
Kalau dibiarkan jiwa terus kosong
Manusia akan putus asa
Di waktu itu ekonomi tidak ada erti apa-apa

Selepas Subuh
10 - 11 - 1998

323
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

MANUSIA ADALAH
15 SATU KETURUNAN

M ANUSIA adalah satu keturunan


Daripada satu ibu dan bapa
Asal-usul keturunan manusia satu
Daripada Adam dan Hawa
Tuhan adalah Esa yang menjadikan
seluruh manusia
Yang akhirnya lahirlah bangsa-bangsa
dan etnik-etnik yang berbagai-bagai bahasa
Manusia satu sama lain perlu-memerlukan
Di antara bangsa dengan bangsa perlu kerjasama
Manusia tidak mungkin hidup sendirian
Sekalipun pandai dan kaya
Matlamat manusia adalah satu
Inginkan perlindungan Tuhan
Inginkan kasih sayang, inginkan kebahagiaan
Oleh itu mengapa bermusuhan
Mengapa berkelahi dan berperangan
Kenapa korbankan kasih sayang,
mengapa korbankan kebahagiaan
Ia adalah makanan jiwa
Semua manusia memerlukan
Hentikanlah permusuhan, hindarkanlah pergaduhan
Perjuangkanlah kasih sayang, yang disukai oleh Tuhan
Demi keamanan, keharmonian dan kebahagiaan
Bermula daripada kasih sayang seorang pemimpin menyela-
mat manusia

13 - 08 - 2001

324
UMUM

16 KASIH FITRAH

F ITRAH semula jadi manusia


kasih sayang kepada ibu bapanya
Kasih fitrah ini tidak payah diajar-ajar
dan diasuh kepada manusia
Diajar-ajar dan diasuh hanya untuk
menyuburkannya sahaja
Begitulah fitrah semula jadi manusia kasih
kepada orang yang berjasa kepadanya
Seperti guru-gurunya, pemimpin-pemimpinnya,
orang yang pemurah kepadanya
Kasih fitrah ini payah hendak dibuang
dan diungkai
Kalau terjadi di dalam kehidupan ini
di kalangan manusia
Anak-anak hilang kasih sayang dengan ibu bapanya
Terungkai kasih sayang dengan guru-gurunya,
pemimpin dan orang-orang yang berjasa kepadanya,
Lebih-lebih lagi hingga membenci dan derhaka
kepada mereka
Mesti ada yang tidak kena
Kesalahan dan kesilapan itu ia mesti bermula
daripada ibu bapa, guru, pemimpin
dan orang yang berjasa
Kesalahan itu mesti lebih berat dan lebih besar
daripada jasa-jasanya
Kerana kasih sayang yang bersifat fitrah itu
bukan senang hendak diungkai
Kalau sedikit-sedikit sahaja yang berlaku
kepada orang yang telah disebut dahulu
Orang boleh melupakannya
Tidak akan sampai terungkai kasih sayangnya
Oleh itu kalau anak-anak derhaka kepada ibu bapa
Murid-murid membenci kepada guru-gurunya

325
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Rakyat jelata membenci dan derhaka


kepada pemimpin-pemimpinnya
dan orang yang berjasa kepadanya
Yang paling utama mengoreksi diri
adalah ibu bapa, guru-guru dan para pemimpin
Janganlah hendak menuding jari kepada orang lain
Kalaupun kesalahan itu ada pada orang lain
Hanya sebagai sampingan
dan tambahan-tambahan sahaja
Tapi bukan sebagai kesalahan yang asas
apa yang telah terjadi itu

Selepas Asar
21 - 07 - 2000

326
UMUM

KASIH SAYANG
17 SUDAH GERSANG

K ASIH sayang telah gersang


Sekalipun anak dan ibu
Di mana-mana pergi kasih tidak ditemu
Kasih sayang telah tandus
Kerana itulah kebahagiaan sudah putus
Jiwa gelisah, terseksa, derita

Berkali-kali sudah kutagih kasih


Namun kasih tidak juga diperoleh
Berkali-kali sudah menagih kasih
Kasih sudah tidak ada di mana-mana
Hanya kuharapkan cinta Tuhan
Padaku yang sudah derita ini
Moga-moga aku juga cintakan Tuhan

06 - 08 - 2000

327
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

KEPERLUAN MANUSIA
18 TERLALU BANYAKNYA

K EPERLUAN manusia terlalu banyaknya


Untuk mendapatkan keperluan hidup itu
memang dibenarkan
Keperluan hidup manusia itu di antaranya
Ialah makanan, minuman, pakaian,
tempat tinggal, kenderaan
Alat-alat kemudahan di dalam mengendalikan
kehidupan terlalu banyak pula
Isteri atau suami sebagai kawan di dalam kehidupan
dan juga untuk hiburan
Anak dan cucu untuk menyambung perjuangan
Tapi ramai manusia dirosakkan
oleh keperluan-keperluannya
Sama ada rosak di dalam mencari
atau rosak di dalam menggunakannya
Kerana itulah manusia perlu kepada Tuhan
Sebagai idola dan cinta agungnya
untuk memelihara, mentadbir, menjaga
Memimpin dan menyelamatkannya
Syariatnya itu adalah jalan atau panduan
di dalam mengendalikan keperluan
hidup manusia
Sesiapa yang menjadikan Tuhan
cinta agungnya dan idolanya
Dan juga menjadikan syariat-Nya panduan
di dalam mengendalikan keperluan kehidupannya
Pasti Tuhan akan selamatkan mereka
daripada dirosakkan oleh keperluan kehidupannya
Sesiapa yang kehilangan Tuhan
dan tidak berpandukan syariat-Nya
Mereka akan rosak, dirosakkan oleh
keperluannya sendiri.
Keperluan manusia itulah

328
UMUM

yang menghancurkan kehidupan manusia


Sama ada disedari atau tidak disedari
Sedangkan keperluan kehidupan manusia itu
adalah kawan di dalam hidupnya
Tapi kebanyakan kawan-kawannya itu tidak setia
Kerana selalu sahaja menipu dan mengkhianatinya

Selepas Asar
27 Muharam1421

329
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

19 MATLAMAT HIDUP KITA

N UN di sana matlamat hidup kita


Di Akhirat selepas mati negara yang abadi
Bukan di hujung umur muda di waktu tua
Tidak di umur tua selepas pencen dari kerja
Di waktu tua kan masa panjang yang pendek
Dan Akhirat kan masa panjang yang panjang
Mengapa menjadi fokus masa panjang yang pendek
Tidak masa panjang yang panjang yang tidak berkesudahan
Janganlah kita tertipu oleh slogan-slogan
Bukankah akal orang yang cerdik boleh memikirkan
Mengapa kita tertipu oleh ajakan yang tidak sihat
Dari orang-orang yang membelakangkan agama dan Akhirat
Hidup mesti ada panduan, hidup mesti ada pedoman
Agar di dunia tidak sesat jalan
Carilah panduan, carilah pedoman,
Quran di hadapan kita, Hadis huraiannya jadikan panduan
Bukankah Islam mengutamakan Akhirat lebih dari dunia
Dunia menjadi jambatan ke Akhirat sana
Jadikanlah dunia jambatan ke Akhirat
Jangan harap tinggal di dunia berlama-lama

1995

330
UMUM

PERKARA YANG MENGGUGAT


20 JIWA TERLALU BANYAK

Y ANG menggugat jiwa kita


di dalam kehidupan kita terlalu banyaknya
Sedikit yang kita dapat duga
banyaknya yang tidak dapat diduga
Kadang-kadang yang mengugat jiwa
hingga hilang ketenangan dan kebahagiaan kita itu
datang bertimpa-timpa di dalam satu masa
Jika kata pepatah Melayu:
“Sudah jatuh ditimpa tangga pula”
Ujian-ujian yang datang adakalanya ringan
adakalanya berat
Adakalanya sekali-sekala datang
adakalanya sering sahaja datang menimpa
Walhasil manusia tidak terlepas daripada ujian
Ertinya di dalam kehidupan manusia
hati atau jiwa manusia sentiasa sahaja
tergugat dan digugat
Jiwa tidak pernah tenang sentiasa sahaja
bergolak berhadapan dengan ujian
Apabila ujian datang lebih-lebih lagi jika berat pula
segala apa yang ada pada kita
tidak dapat mengubatnya
Tidak dapat diubat oleh harta dan kekayaan,
oleh nama dan glamour, oleh pangkat,
oleh kekuasaan, oleh ilmu
Setengah orang bila ditimpa dengan berbagai-bagai ujian
jiwanya sentiasa gelisah dan sengsara
Dia menjadi orang yang kecewa
bahkan ada yang putus asa
Biasanya berlaku kepada orang yang lemah iman
atau yang tidak ada iman
Di sinilah perlunya kita mengenal Tuhan
dan perlu kepada-Nya
Walaupun fitrah semula jadi jiwa manusia

331
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

rasa susah dengan ujian dan penderitaan


Tapi bagi iman orang yang soleh
walaupun rasa sedih terasa juga
tapi tidak sampai menggugat
Dia tidak sampai hilang pertimbangan
dengan mujahadahnya kelihatan tenang juga
Tapi bagi iman orang yang muqarrobin
lebih-lebih lagi golongan siddiqin
Dia terasa terhibur pula dengan ujian itu
Dia merasakan bernasib baik Tuhan ada
mengambil perhatian terhadap dirinya
Dia sungguh tenang dan bahagia dengan ujian itu
Ini adalah orang yang luar biasa
Ini benar-benar orang Tuhan ahlillah atau rijalullah
Di sinilah perlunya kita mengenal Tuhan
dan perlu kepada Tuhan
Tuhan adalah pengubat segala penyakit jiwa
yang menimpa manusia

Selepas Asar
6 Safar 1421

332
UMUM

RAMAI MANUSIA DAPAT MALU


21 OLEH SIKAPNYA SENDIRI

R AMAI manusia di dunia ini dia tidak sedar


dia dapat malu oleh sikapnya sendiri
Kerana setengah-setengah hal dapat malu itu
ia sangat tersembunyi
Kecuali orang yang mata hatinya tajam
Tajam oleh kerana rasa bertuhannya tajam sekali
Ketajamannya itu mudah dia menilai rasa hatinya
Menjadikan ia mudah menilai yang mana mulia
dan mana yang terkeji
Sebagai contoh kita bawa di sini sebagai perhatian
Ada orang di dalam perbualannya
atau di dalam berpidato memuji-muji diri
Memuji kepandaiannya, memuji kedudukannya,
memuji kemampuannya
Atau bercakap besar, menunjukkan kesombongannya
agar dihormati
Padahal orang yang mendengar meluat
dan membencinya
Di belakangnya dikata dan dicaci
Orang mencaci dibawa ke mana-mana
di dalam perbualan sehari-hari
Dijadikan bahan umpatan dan mengata
Padahal yang memuji diri tadi ingin dihormati
Ingin dimuliakan dan dikagumi
Tapi berlaku sebaliknya dia dicaci dan dibenci
Hilang penghormatan orang oleh sikapnya sendiri
Di sini baru kita mengerti
Otaknya sahaja tajam belum menjamin seseorang itu
boleh menilai diri
Otak tidak mampu menilai baik buruk diri sendiri
Kalau dia tidak dipimpin oleh hatinya yang tajam
Yang menghidupkan fitrah semula jadinya,
iaitu rasa bertuhan menghayati hati

333
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Rasa kehambaan menjadi pakaian diri


Di sinilah hebatnya kedatangan para-para rasul
dan nabi
Dan juga golongan kerohanian di dunia ini
Dapat menghidupkan fitrah dan hati
yang sudah mati
Hingga pandai menilai yang baik dan yang buruk,
yang mulia dan yang keji

Menjelang Zuhur
27 - 08 - 2000

334
UMUM

TABIAT SEMULA JADI


22 MANUSIA KENAL TUHAN

T ABIAT dan watak semula jadi manusia


adalah mengenal Tuhan, mencintai
dan takut kepada-Nya
Begitulah apa yang telah terjadi di alam arwah
Tapi manusia ini boleh hilang rasa cintanya
dan takutnya kepada Tuhan
dan terus hilang rasa bertuhan
Jika dari kecil lagi dia dipisahkan
dengan Tuhannya
Ertinya apabila lahir sahaja ke dunia
sudah tidak dikenalkan lagi kepada Tuhan,
cinta dan takutnya sudah tidak ada
Sebagai contoh kita datangkan di sini
untuk mudah difaham
Seorang bayi lahir-lahir sahaja diserahkan
kepada seorang ibu angkat
Setelah dewasa atau tua barulah dikenalkan
kepada ibunya yang sebenar
Dia boleh percaya bahawa itu adalah ibunya
Tapi kasih sayangnya kepada ibunya
sudah tidak ada
Kerana dari kecil lagi terpisah tidah pernah
diperkenalkan kepada ibunya
Begitulah kalau manusia itu dari kecil lagi
tidak kenal Tuhan
Setelah dewasa atau tua barulah diperkenalkan
kepada Tuhan
Dia percaya adanya Tuhan tapi cinta dan takut
kepada Tuhan tidak ada
Begitulah merbahayanya manusia ini
kalau tidak dikenalkan Tuhan dari kecilnya
Hanya dikenalkan setelah dewasa atau tua
Cinta dan rasa bertuhan tidak ada

335
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Rasa bertuhan tidak menghayati jiwanya


Kalaupun beribadah tidak memberi kesan apa-apa
kepada peribadinya
Ibadah yang tidak dapat melahirkan
akhlak yang mulia
Yang tidak boleh jadi benteng dari maksiat
dan kemungkaran
Ibadah yang tidak boleh merubah perangai
dari jahat kepada baik
Kerana itulah manusia perlu kenal Tuhan
sejak kecil lagi
Agar bukan sahaja dia percaya Tuhan
tetapi supaya dia cinta dan takut kepada-Nya

Selepas Asar
2 Safar 1421

336
UMUM

WATAK DAN TABIAT


23 SETIAP JENIS MAKHLUK

D I ANTARA kekuasaan dan kebesaran Allah Taala


setiap jenis makhluk yang dicipta-Nya
ada mempunyai tabiat dan watak yang tersendiri
Pada tabiat dan watak pada setiap jenis makhluk itulah per-
anan mereka
Tabiat dan watak yang ada pada setiap jenis makhluk itulah
keistimewaan dan kekuatan jenis itu
Seperti ular tabiatnya mematuk dan ada mempunyai bisa
Melalui tabiatnya dan wataknya ia boleh hidup
Harimau tabiatnya garang, bengis, menerkam,
ganas dan sangat menakutkan
Bermodalkan tabiat-tabiat dan watak-watak itu
harimau boleh hidup
Tabiat dan watak pada setiap jenis makhluk itu
ia boleh hilang atau dingin
Mungkin kerana ia telah diasuh oleh manusia,
atau dipisahkan dengan binatang yang sejenisnya
Akhirnya rupanya ular, tabiatnya bukan ular lagi
Begitu juga harimau tapi tabiat dan wataknya
bukan harimau lagi, makhluk lain pun
sudah tidak takut
Begitulah manusia ia ada mempunyai tabiat
dan wataknya yang tersendiri
Di antaranya pemalu, berkasih sayang, merendah diri, bertim-
bang rasa, berperikemanusiaan, simpati,
sedih dengan kesedihan orang
Tidak sampai hati, bekerjasama, suka berkawan
Tabiat dan watak semula jadi pada manusia
ia boleh hilang
Mungkin kerana salah asuh dan salah didikan
Atau terbiar tanpa ada yang mendidik dan mengasuh
Atau bergaul dengan orang yang telah rosak
tabiat dan watak semula jadinya
Maka apakah yang akan terjadi kepada manusia?

337
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Iaitu rupanya masih kekal manusia


tapi tabiatnya atau wataknya haiwan,
atau kayu-kayan atau syaitan
Haiwan atau kayu-kayan atau syaitan
yang berupa manusia
Itulah yang telah berlaku kepada ramai manusia
di zaman ini
Tabiat dan watak semula jadinya
sudah punah-ranah
Akibat salah asuh dan salah didikan

Lepas Asar
2 Safar 1421

338
UMUM

24 AKHLAK MULIA BUNGA DIRI

A KHLAK-AKHLAK mulia adalah bunga-bunga diri


Kecantikan dan keindahan pada taman peribadi
Orang melihat senang hati,
banyak orang jatuh hati
Akhlak bunga diri,
nilai diri manusia
Tiada bunga diri, tiada harga diri,
tiada siapa menghormati
Tiada harga diri, tiada siapa pun simpati
Bahkan orang benci, orang selalu caci
dan tidak disenangi
Pemarah, sombong, hasad dengki
adalah kudis-kudis, pekung-pekung yang bernanah
Haloba, tamak, gila puji, gila nama
Danur-danur busuk pada diri
yang meloyakan tekak
Orang benci, orang lari, orang caci,
orang tidak senang hati
Tanamlah bunga di dalam diri,
sebagai taman yang indah
Jika tiada bunga diri, kalau pemimpin
orang hormat berpura-pura
Orang takut sayang tiada
Orang kaya, orang segan hormat tiada
Ulama tiada bunga diri, orang tiada hormat
Kata-katanya tiada didengar lagi
Jika berlaku pada pemuda,
orang tolak pinangannya
Pemudi tiada bunga diri, orang takut meminangnya
Akhlak bunga diri, taman indah berseri
pada peribadi
Tanamlah bunga dengan banyaknya
dalam taman diri kita

339
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Muka buruk pun dipandang cantik


Muka yang cantik apatah lagi bertambah cantik
dan menarik
Jika ramailah di dalam sebuah negara
rakyatnya mempunyai taman bunga diri
Rakyat-rakyatnya dimulia, negara bangga,
agama bertambah tinggi nilainya
Setiap peribadi kenalah berusaha
menanam bunga di dalam diri
Terutama para ulama, para pemimpin
dan orang-orang kaya
Kerana mereka tempat pandangan rakyat jelata
Mereka itulah menjadi model di dalam negara

Selepas Subuh
09 - 05 - 1997

340
UMUM

25 NILAI SEORANG WANITA

H ARGA dan nilai seorang wanita


lebih-lebih wanita muda
Adalah sifat malu dan akhlak dirinya
Bukan kecantikan dan kepandaiannya
Pakaiannya sopan, pandai menjaga maruah dirinya
Jika pakaian tidak sopan, maruah tidak dijaga
Lelaki hidung belang, mata keranjang memang suka
Tapi dia tetap tidak dipercaya
Lelaki yang soleh tidak akan menjadikannya isterinya
Kecuali lelaki yang macam dia
Tapi biasanya susah hendak kekal
di dalam perkahwinannya
Selalu sahaja bercerai, sekalipun cantik mukanya
Adakalanya masih muda lagi suaminya sudah dua, tiga
Kalaupun kekal kerana hendak menjaga wibawa dirinya
Rumah tangga macam Neraka
Duduk di rumah amat terseksa
Anak-anak porak-peranda
Masyarakat benci, orang tidak percaya
Di mana-mana sahaja orang akan bercakap dan berkata
Mengumpat dan menghina

03 - 08 - 1999

341
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

26 CARILAH SYAFAAT

B ANYAKKANLAH selawat,
engkau akan dapat syafaat Rasulullah
Berkawanlah dengan orang-orang yang soleh,
mereka juga boleh memberi syafaat
Carilah mursyid, bergurulah dengannya, dia juga
boleh memberi syafaat dengan izin Allah
Beradalah di dalam jemaah di kalangan mereka yang soleh,
juga dapat keizinan memberi syafaat
Ibu bapa yang soleh juga diizinkan memberi syafaat,
taatilah keduanya
Di kalangan keluarga yang bertaqwa
juga boleh memberi syafaat
Amal kebaikan yang dipandang besar yang sangat ikhlas
juga memberi syafaat
Di kalangan kawan-kawan yang soleh juga
memberi syafaat sebagai memberi kehormatan kepadanya
Takut sangat dengan Allah Taala juga
memberi syafaat kepada tuannya
Al Quran yang dihafal juga memberi syafaat
kepada yang menghafal
Di sini fahamlah kita saluran syafaat terlalu banyak dan luas
Ini menunjukkan kasih sayang Tuhan dan rahmat-Nya
kepada hamba-hamba-Nya terlalu besarnya
Oleh itu carilah sebab-sebab yang boleh mendatangkan syafaat
Pelbagailah usaha untuk mendapatkan syafaat
Ini baru fasal syafaat telah memberi khabar gembira
kepada kita
Ini belum lagi amalan-amalan yang lain yang boleh menyela-
matkan seseorang hamba
Betapalah taqwa seseorang lebih-lebih lagi
akan menyelamatkannya

Menjelang tidur
27 - 09 - 1999

342
UMUM

ORANG YANG ADA


27 PRINSIP HIDUP

O RANG yang ada prinsip hidup itu


adalah orang yang beragama
Kerana mempertahankan prinsip,
dia tidak berubah mengikut suasana
Dia kayakah atau miskin, sikapnya sama
Bertemu orang besar atau orang kecil,
amalan kebiasaannya tetap dipertahankan
Bagaimana sibuk sekalipun,
amal ibadahnya tidak akan dicuaikan
Dia tidak akan inferiority complex bertemu orang kaya sekali-
pun dia miskin
Dia boleh bergaul dengan sesiapa
sekalipun dia berpangkat dan kaya
Walaupun berhadapan dengan keadaan apa sekalipun,
disiplin hidupnya tetap dipertahankan
Syariat tetap dijaga, maruahnya tidak dikorbankan
oleh suasana
Di waktu susah atau senang,
sikap hidupnya tidak berubah
Di masa sakit atau sihat,
sikap hidupnya sama sahaja
Berubah suasana, dia tidak akan mengubah
sikap hidupnya
Kata-kata dan penghinaan orang
tidak akan menggugat pendiriannya
Keyakinannya tidak akan berubah
dengan berubahnya suasana
Dengan Tuhan sangat taat,
dengan cara menjaga syariat-Nya
Walau dalam keadaan apa sekalipun
Begitulah orang yang hidup yang ada prinsip
Dia tetap istiqamah di dalam mempertahankan
disiplin hidupnya

343
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Kerana rasa bertuhan begitu dijiwainya


Rasa kehambaan subur sekali
Menjadikan dia orang yang ada pendirian
Yang tidak dapat digugat oleh suasana kehidupan
Walau di dalam keadaan apa sekalipun
dia tetap dengan prinsipnya

Menjelang tidur
21 - 12 - 1999
(13 Ramadhan)

344
UMUM

28 MANUSIA SENTIASA DISARING

ANUSIA yang hidup di dunia sentiasa disaring


Untuk memilih yang solehnya
Tapi manusia tidak terasa
Padahal ia berlaku setiap masa
Cara menyaringnya Allah datangkan ujian-ujian
Ujian-ujian kesusahan dan ujian-ujian kesenangan
Ada yang tersaring disebabkan kesusahan
Ada yang tersaring disebabkan kesenangan
Ada yang tertapis disebabkan kesusahan dan kesenangan
Maka dengan tapisan itu maka lahirlah
bermacam-macam kategori manusia
Ada yang menjadi kafir yang berbagai-bagai golongannya
Ada yang zalim berbagai-bagai sifatnya
Ada yang menjadi fasik yang bermacam-macam corak
dan ragamnya
Tinggallah yang soleh terlalu sedikit
Mereka terdiri beberapa golongan pula
Ada yang diberi nama siddiqin
Juga ada golongan muqarrobin
Tidak kurang juga yang menjadi syuhada
Yang teramai di kalangan mereka
adalah golongan orang soleh yang biasa
Atau mereka dipanggil golongan Ashabul Yamin
Kita golongan yang mana?
Allah Taala sahaja yang mengetahuinya
Ya Allah, masukkanlah kami
di dalam salah satu golongan yang selamat

Selepas Asar
16 - 03 - 1998

345
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

29 KEBERSIHAN ASAS IBADAH

I SLAM sangat mementingkan kebersihan


Kebersihan lahir dan batin
Kebersihan jasmani dan rohani
Ia merupakan asas ibadah
Kebersihan lahir kalau tidak dijaga
Mudharatnya tidak merata
Ia memberi mudharat orang yang dekat sahaja
Atau yang di kiri kanan kita
Tapi kebersihan batin atau rohani kalau tidak dijaga
Merbahayanya merata-rata dunia
Ia akan merosakkan dan memusnahkan seluruh dunia
Membinasakan dan memusnahkan apa sahaja yang ada
Harta dan negara
Haiwan dan manusia
Itulah yang sedang berlaku di dunia hari ini
Harta musnah, apa yang dibangunkan binasa
Manusia mati setiap masa
Akibat batin atau rohani manusia
tidak dibersihkan daripada mazmumah
Batin manusia terbiar tidak dijaga
Kerosakannya merata-rata dunia
Neraka dunia sebelum Neraka di sana

Selepas Asar
04 - 04 - 1999

346
UMUM

30 KESIHATAN BADAN

K ESIHATAN badan suatu yang berharga


Gunakanlah buat kerja-kerja yang berguna
Jangan biarkan tidak diguna
Jika datang sakit, tenaga sudah tiada
Waktu kelapangan jangan dikosongkan
Isilah dengan jihad dan khidmat
Kalau sudah sibuk dengan keadaan yang menekan
Di waktu itu terlepaslah peluang keemasan
Waktu muda tenaga ada
Gunakanlah untuk agama dan bangsa
Bila sudah tua lemahlah badan
Di waktu itu susah nak buat kebajikan
Waktu hidup sembahlah Tuhan
Ikutlah suruhan-Nya hindarkan larangan
Bila mati peluang keemasan habis hilang
Penyesalan di waktu itu tiada gunanya
Di masa kaya korbankanlah harta untuk kebajikan
Saham Akhirat yang berkekalan
Jika kedatangan miskin apa nak korban?
Di waktu itu susah nak makan

347
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

31 KALAU KAMU KAYA

K ALAU kamu kaya bersyukurlah


Kalau kamu miskin bersabarlah
Berusahalah selalu
Kemudian tawakal kepada Tuhan
Jangan tawakal saja tanpa usaha
Bekerja itu syariat yang dituntut
Bertawakal itu satu aspek
dari akhlak orang yang berakidah
Gabungkanlah syariat dengan akidah
Satukanlah tawakal dengan usaha
Itulah pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah
Di dalam pergaulan hendaklah bertolak ansur
Bekerjasama di dalam kebaikan
Salah dan silap maaf-bermaafan
Jangan sombong dengan kebolehan
Merendah dirilah sesama manusia
Ibadah jangan dicuaikan kerana kita hamba
Kalau ibadah dicuaikan, kita sombong dengan Tuhan
Bagaimana sibuk, ibadah jangan ditinggalkan
Begitulah perintah dari Tuhan kita

348
UMUM

ALANGKAH INDAHNYA
32 PANJANG UMUR

A LANGKAH indahnya
Panjang umur, matang imannya
Ibadah telah mendarah mendaging
Sebati pada dirinya
Cintakan Allah amat mendalamnya
Pengaruh dunia tidak mengganggu hatinya
Di waktu itu ada keluarga atau tiada
Tidak akan mencacatkan hatinya
Pada mereka cukuplah Tuhan cinta agungnya
Menunggu-nunggu mati untuk melihat wajah-Nya
Wahai ibu-ibu tua dan nenek-nenek yang lanjut umurnya
Janganlah sedih tiada keluarga
Janganlah susah hati tiada milik apa-apa
Tajamkanlah iman, zikrullah jangan lupa
Itulah harta di Akhirat sana
Ingatlah usaha di dunia tidak berpanjangan
Penderitaan di dunia ada kesudahan
Tapi penderitaan Akhirat tiada sempadannya
Utamakan iman itulah penolong kita
Selamatkan diri dengan iman
Dengan dunia jangan angan-angan lagi
Kalau dapat pun bukan boleh digunakan
Pentingkanlah Akhirat dengan iman dan ibadah

349
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

33 YATIM PIATU

B UKANLAH yatim piatu itu tiada berayah tiada beribu


Yatim piatu itu yang tiada beradab dan ilmu
Tiada ibu dan bapa tidak mengapa
Tidak ada ilmu dan adab, manusia terhina
Tiada ibu dan bapa bukanlah aib
Nilai manusia bukan di situ
Bila tiada ilmu dan akhlak tidak ada nilai dirinya
Ilmu dan akhlak nilai diri manusia
Wahai anak-anak yang tiada ayah dan ibu
Jangan hati susah ketiadaan mereka
Pentingkanlah ilmu dan akhlak mulia
Lebih-lebih lagi iman dan taqwa
Ada ibu dan ayah tiada apa-apa erti
Jika iman, ilmu, akhlak tiada diperolehi
Mereka akan derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya
Juga kepada dua ibu bapa mereka
Berapa banyak manusia yang masih ada ibu bapa
Tapi derhaka kepada kedua-duanya
Kerana iman dan ilmu tiada di dada
Akhlak yang mulia tidak lahir dari mereka
Janganlah sedih ketiadaan ibu dan bapa
Nasib kita bukan ditentukan oleh keduanya
Carilah iman pentingkan ilmu
Hiasilah diri dengan akhlak, Tuhan cintakan kita
Sedihkanlah kalau kita tidak ada itu semua

350
UMUM

34 ANEHNYA SEJARAH

A Aneh sekali sejarah paparkan kepada kita


Banyak tokoh-tokoh Islam dari kalangan yang menderita
Banyak di kalangan fakir miskin menjadi tokoh
Tidak kurang dari golongan yatim piatu pula
Rasulullah namanya terkenal anak yatim piatu
Miskin pula, musuhnya banyak merata-rata
Berpindah-randah mencari perlindungan
Tapi kejayaan membawa kebenaran tiada taranya
Sayidina Ali orangnya miskin sejak kecilnya
Wajahnya pula tidaklah cantik
Tapi ilmunya banyak, waraknya luar biasa
Jihadnya tiada tandingan
Jasanya kepada Islam sangat banyaknya
Imam Syafie yang terkenal namanya
Imam mujtahid yang tiada bandingannya
Ilmu banyak jadi warisan kita
Waraknya ketara di masa hidupnya
Tapi dia siapa?
Dia kan anak yatim, ibunya miskin pula
Hidupnya berpindah-randah merata-rata
Di situlah kejayaannya membawa ilmu dan taqwa
Lihatlah Imam Ghazali mujaddid kelima
Ahli sufi, fekah dan falsafah
Ilmunya dimanfaatkan hingga kini
Dia seorang yang miskin
Ayahnya mati sebelum dewasanya

351
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

35 ILMU MELAHIRKAN TAMADUN

I LMU pengetahuan perlu dicari


Jangan diabaikan dan dicuaikan
Setelah dapat, perlu diamalkan
Ia akan melahirkan kemajuan
Ilmu tauhid, ilmu pembangunan
Dua ilmu ini kenalah gabungkan
Agar pembangunan bertunjangkan iman
Itulah yang disuruh oleh Tuhan
Ilmu adalah harta
Lebih baik daripada wang
Dengan ilmu mendapatkan harta
Tapi harta tidak mendapatkan ilmu
Tiada ilmu tiada kemajuan
Bagaimana hendak membangunkan bangsa
Ada ilmu ada kemajuan
Dengan ilmu boleh jadi bangsa maju
Kemajuan perlu dibangunkan
Pembangunan perlu ada ilmu
Satu bangsa tiada kemajuan,
selamanya jadi bangsa terhina

352
UMUM

36 ADIL BUKAN SEIMBANG

E RTI adil bukan ertinya seimbang


Tidak juga bererti ukuran sama panjang
Definisi ini adalah tanggapan biasa
yang lumrah kita terima
Bukan takrif yang dikehendaki oleh Islam
Erti adil meletakkan sesuatu itu sesuai
dengan tempatnya atau kedudukannya
Iaitu utama mesti diutamakan
Yang tidak utama mesti dikemudiankan
Yang penting didahulukan,
yang tidak penting dibelakangkan
Yang wajib diutamakan, yang sunat atau yang harus ditinggal-
kan jika berlaku di dalam satu keadaan
Mungkin tidak boleh difaham jika tidak dihuraikan
Mari kita menghurai agar kita faham
Adil yang paling besar atau super adil
Allah Taala kita jadikan sebagai Tuhan
Kita sembah, kita besarkan, kita puja sepanjang masa
Kita cinta dan kita takut dan ingat
serta sebut di mana-mana
Jangan jadikan selain Allah Tuhan,
atau kita utamakan dan besarkan lebih darinya
Adil martabat tinggi syariat Tuhan diutamakan
atau didahulukan
Atau hak Tuhan kita dahulukan
Peraturan manusia ditinggalkan
Hak Tuhan kita utamakan
hak manusia kita kemudiankan
Adil martabat rendah ialah mengikut faham biasa
Adil martabat kedua
mendahulukan hak ibu bapa dari kita
Guru-guru kita juga patut diutamakan
dari kepentingan kita

353
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Mendahulukan hak suami dari kita


adalah utama dan mulia
Jika berkongsi berniaga saham sama banyaknya
untung bagi dua
Kalau saham tidak sama untung
diberi mengikut saham sedikit banyaknya
Jawatan yang hendak diberi kepada seseorang
sesuai dengan kebolehannya
Gaji diberi sesuai dengan jawatan dan tanggungjawab
Inilah dia erti adil dan keadilan
Tapi kita sedih adil yang diperjuangkan
oleh para pejuang adil martabat rendah
Super adil dan adil martabat tinggi tidak diendah
Bermati-matian keadilan peringkat rendah diperjuangkan
hingga sanggup menumpahkan darah
Keadilan martabat tinggi dan super adil diabaikan
dan tidak diendah

Menjelang tidur
04 - 09 - 1999

354
UMUM

TAJAMKAN BAHASA
37 HATI DAN JIWA

B AHASA hati adalah rasa dan perasaan


Bahasa akal adalah berfikir dan fikiran
Bahasa nafsu runtunan kehendak dan rangsangan
Bahasa mata adalah menangkap rupa dan warna
Bahasa lidah adalah perkataan dan percakapan
Bahasa jawarih sentuh dan sentuhan
Banyakkanlah hati berkata dan berbahasa
Tajamkanlah bahasa hati dan jiwa
Biarlah di dalam diri hati atau jiwa jadi jurubicara
Kerana patut dan memang patut kerana dia raja
Raja dirilah pemutus kata
Raja dirilah yang punyai perintah yang sah
Yang lain-lain itu biarlah jadi rakyat yang taat setia
Yang akan menjadi rakyat yang berkhidmat kepada raja
Yang akan menjadi tentera-tentera yang setia
Kalau setiap manusia boleh melakukan ini semuanya
Perjalanan hidup mereka sangat indah dan berfaedah
Segala-galanya akan menuju kepada Tuhannya
Sesuai dengan kehendak Tuhan
mengapa manusia dijadikan
Iaitu mengabdikan diri kepada Allah
dan menjadi khalifah-Nya

Selepas ekspedisi
07 - 09 - 1999

355
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

KEBESARAN ALLAH
38 DI MUSIM HAJI

K EBESARAN Allah sangat dapat dilihat di musim haji


Di sudut dan di aspek yang mana saja,
dapat dilihat keagungan-Nya
Kerana panggilan-Nya, manusia berduyun-duyun
menuju ke sana
Semua bangsa, bermacam-macam bahasa dan warna kulitnya

Bersusah payah mereka datang dari jauh di pelosok dunia


Meninggalkan kampung halaman dan juga sanak saudara
Korban harta, korban tenaga dan masa
Kalau panggilan manusia tidak akan berlaku sebegitu rupa

Mereka melaksanakan satu niat, satu perbuatan, satu ucapan


Berkumpul beramai-ramai di Padang Arafah
bayangan Padang Mahsyar
Mengelilingi Kaabah, sembahyang jemaah,
rukuk sujud rentak yang sama
Memuji Allah dengan takbir dan tahmid serta tasbih dan doa

Di waktu itu tidak dikenal mana rakyat mana raja


Mana yang jahil mana yang alim
Mana yang miskin mana yang kaya
Tidak mempeduli satu sama lain kecuali menuju Tuhan yang
Esa
Masing-masing membakar diri, masing-masing buat kerja
sendiri

Tidak akan ada mana-mana dunia suasana yang sebegini rupa


Segala etnik yang berbagai-bagai bahasa dan warna kulit ber-
kumpul di sana
Setiap orang mewakili negara mereka

1996

356
UMUM

39 ADAB-ADAB HAJI

P ERGI ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah


Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima
Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah
Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya

Menunaikan ibadah di sana jangan gopoh-gapah


Tawadhuk dan khusyuk mestilah ada
Merempuh-rempuh dan bertolak-tolak sesama manusia
jauhkanlah
Kerana bukan begitu kita beribadah kepada Allah

Jagalah tata-tertib agar mampu menyenangkan orang lain


Ia termasuk ibadah yang disebut hablumminannas
Kalau ada makhluk yang susah, senangkanlah
Ia juga termasuk ibadah yang sangat diperintah

Tawadhuk dengan Allah serta malu kepada-Nya


Ia adalah sifat hamba yang mesti dimuliakan
Kerana ibadah itu hendak melahirkan sifat kehambaan
Kalau tidak lahir sifat kehambaan daripadanya
ia bukanlah ibadah

Perhubungan dengan manusia kenalah jaga


Hak-hak mereka jangan sampai dicerobohi
Berkasar-kasar dan bertengkar-tengkar elakkanlah
Kerana kasih sayang di dalam Islam mesti ada dan dijaga

10 - 03 - 1996

357
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

40 OLE-OLE HAJI

B ALIK dari Mekah jangan hanya tamar dan zam-zam


yang dibawa pulang
Lebih-lebih lagi tidak igal dan barang-barang mahal
yang dibawa pulang
Bukan itu semua yang penting dibawa pulang
Tapi pengajaran dan hikmah yang patut dibawa dari sana

Ole-ole dari haji bukan bersifat material yang dibawa pulang


Tapi yang bersifat maknawiah dan rohaniah
yang lebih penting
Pengalaman yang luas, akhlak yang tinggi di dalam diri
Itulah dia buah haji yang mabrur lagi sejati

Buanglah perangai buruk, gantilah dengan perangai mulia


Tanamkanlah keinsafan di dalam diri dengan agama
Jadikanlah agama hidup mati kita
Sesuai dengan semangat haji kemuncak rukun Islam yang lima

Kebanyakan jemaah haji pulang ke tanah air tidak berubah


Sifat-sifat mazmumah yang lama masih dibawa pulang
Perjuangan tidak wujud, pengorbanan tidak bertambah
Yang bertambah cinta dunia, gila pangkat, suka glamour

Kalau itulah yang dibawa,


tanda haji yang dibuat tidak berbuah
Mengikut kitab haji yang tidak mengubah perangai,
namanya haji mardud
Terbuanglah masa, habislah duit, sia-sia tenaga
Yang dapat hanya susah payah, letih badan,
pahala tiada, berdosa pula

10 - 03 - 1996

358
UMUM

41 HIKMAH IBADAH HAJI

P ERGI ke Mekah bukan sahaja beribadah


Tapi pergi belajar serta mengambil hikmah
Menanamkan semangat berkorban
seperti Nabi Allah Ismail dan Sayidina Ibrahim
Meniru kesabaran Siti Hajar, mencontohi ketaatannya
kepada suaminya

Tawakalnya Siti Hajar perlu ditiru,


sifat mahmudah yang perlu
Terutama para-para isteri yang solehah
Dia di antara serikandi Islam yang patut dicontohi
Selain Siti Fatimah dan para isteri-isteri Rasul
ummahatul mukminin

Pergi ke Mekah kenangkanlah sejarah Rasulullah


Bersusah payah membangunkan Islam kepada umat
Berhadapan dengan cabaran, bergelut dengan kesusahan
Namun demikian baginda tidak menyerah kalah

Semangat itulah yang patut dibawa balik selepas haji


Agar perjuangan Islam di tanah air menyemarak lagi
Bersabarlah dan tabahlah berhadapan dengan ujian
Seperti semangat yang telah disampaikan oleh Nabi

Dari Mekah dan Madinah contohilah pengorbanan Nabi


Bangunkan Islam dengan harta dan jiwa raga
Jangan takut, jangan gentar menerima risiko
Demi keredhaan Allah agar terhindar dari Neraka

10 - 03 - 1996

359
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

HIKMAH RUKUN ISLAM


42 TIDAK DIPEROLEHI

S ETELAH kelima-lima rukun Islam


seseorang itu melaksanakannya
Sebelum itu sembahyang, puasa, zakat telah dilakukan
Namun segala hikmah-hikmah rukun-rukun Islam itu
tidak diperolehinya
Seperti pemurahnya tiada, takabur pakaiannya,
tamak masih subur, kasih sayang luntur

Syariat-syariat lahir pula lemah mengamalkannya,


sunat dicuaikannya
Gila nama, mencari glamour, mabuk pangkat masih diburunya
Orang-orang macam ini tiada harap dididik lagi
Kebanyakannya perangai-perangai keji
akan dibawa sampai mati

Mereka kalau ditegur sakit hati, membesar diri


Pengajaran-pengajaran yang didengar sekadar hobi
Atau mabuk ilmu bukan untuk diamalkan
Atau ada tujuan-tujuan lainnya, mungkin mental exercise

Mereka-mereka ini sebenarnya menyibuk-nyibuk sahaja


di musim haji
Sembahyangnya khusyuknya tiada,
segala zikir di mulut tiada di hati
Amalan lahir saja dibina, amalan hati runtuh sama sekali
Segala amalan tiada membuahkan akhlak mulia

Malanglah mereka ini, rugilah mereka ini


Mereka-mereka itulah di Akhirat nanti menjadi muflis
Apa yang diperniagakan di dunia semuanya rugi
Hutang tiada terbayar, terhukumlah mereka di Akhirat nanti

1996

360
UMUM

43 JEMAAH HAJI ASET BERHARGA

S EPATUTNYA kembalinya jemaah haji


merupakan aset yang berharga
Aset agama, bangsa dan negara
Membawa pengalaman, membawa hikmah,
membawa akhlak yang mulia
Dengan aset itu akan dibangunkan agama,
bangsa dan negara

Aset yang dimaksudkan pulangnya man power


yang berjiwa pengorbanan
Yang bersemangat juang, sabar dan tabah
dibawa dari sana
Hikmah seluruh rukun Islam yang dimilikinya
Hidup matinya, seluruh tenaganya untuk membina
segala yang diredhai Tuhannya

Begitulah sepatutnya bertambah tenaga


di dalam negara
Setiap kembalinya jemaah membawa apa
yang telah dikata
Dari tahun ke tahun tenaga yang berguna
bertambah banyaknya
Kesan dari praktis haji yang besar hikmahnya

Tapi malang sekali apa yang sepatutnya


berlaku sebaliknya
Man power yang diharapkan pulang biasa sahaja
Tenaga lahir batin yang diharapkan
dari hikmah haji tidak dimilikinya
Ramai yang naik haji tidak ada apa-apa ertinya

Di sinilah membuktikan kebanyakan mereka


membawa haji mardud

361
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

Tidak ada apa-apa hasil kecuali menghabiskan duit


membuang masa
Kesan dari haji yang membawa manfaat tiada
Sulit sekali mendapat keampunan Allah
seperti baru lahir dari ibunya

10 - 03 - 1996

362
UMUM

44 HAJI KEMUNCAK IBADAH

I BADAH haji adalah kemuncak ibadah


Bermula daripada pengakuan: Allah adalah Tuhan
yang patut disembah, Nabi Muhammad Rasulullah
Kemudian dimulai dengan ibadah sembahyang
yang menjadi tiang seri seluruh ibadah
Disusul pula ibadah puasa, kemudian zakat,
penutupnya ibadah haji, semuanya menjadi rukun Islam,
haji kemuncak ibadah
Tujuan ibadah untuk melahirkan dua perkara
yang utama
Menajamkan rasa bertuhan, menebalkan rasa kehambaan
Dua perkara ini ia lazim-melazimi,
tidak boleh kedua-duanya bercerai perasaan
Jika rasa bertuhan tajam, rasa kehambaan menebal
Kalau rasa bertuhan tidak ada atau tipis,
rasa kehambaan juga ikut sama tidak ada
Dengan kata-kata yang lain
jika wujud cintakan Tuhan dari ibadah,
takutkan Tuhan ikut serta
Hasil ibadah itulah yang menjadikan Tuhan redha
pada seseorang hamba
Di sini fahamlah kita tujuan ibadah
untuk menebalkan rasa bertuhan,
dan untuk menebalkan rasa hamba
Side effectnya: Hamba itu merendah diri, pemurah,
bertimbang rasa, pemaaf dan meminta maaf
Ditambah lagi dengan sifat-sifat sabar, redha,
tawakal, bertolak ansur, kasih sayang,
rasa bersama dan bekerjasama
Maka sombong, pemarah, riyak, ujub, bakhil, tamak,
dengki, mementingkan diri, dendam dan lain-lain lagi
sifat negatif secara automatik musnah
Di dalam sajak ini fokus kita adalah ibadah haji
Haji ertinya menuju Allah secara rohaniah

363
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

dan maknawiah
Ingin mencintai Tuhan yang bersifat kasih sayang
kepada manusia
Menuju Allah tafsirannya adalah
hendak menebalkan lagi rasa bertuhan
dan sekaligus menebalkan lagi rasa kehambaan
Hasil dari itu dapat memiliki sifat-sifat mahmudah,
sekaligus sifat-sifat mazmumah pun musnah
Kalaulah ibadah dari sembahyang
hingga ibadah haji dihayati
Ia sangat berkesan di dalam jiwa dan hati,
akhirnya di dalam kehidupan manusia
Apabila sampai ke ibadah haji
ia telah sampai ke kemuncak ibadah
Rohaniahnya juga sepatutnya turut memuncak
Pulang ke tanah air membawa jiwa yang suci murni
Membawa sifat mahmudah yang tinggi,
akhlak yang mulia, peribadi contoh
Memiliki rasa cintakan Tuhan dan takutkan Tuhan
telah sebati menjadi jati diri
Mempunyai sifat dan rasa bertuhan
memenuhi hati nurani
Dapat merasa kehambaan menghayati hati sanubari
Mereka pulang membawa sebahagian besar
sifat-sifat malaikat berupa manusia
Mereka menjadi role model di kalangan bangsanya
untuk ditiru dan dicontohi
Kalaulah mereka setiap pulang dari haji membawa sifat-sifat
dan sikap seperti yang telah digambarkan tadi
Makin ramailah bilangan bangsa itu menjadi role model
untuk diikuti setiap tahun oleh bangsanya
Jangka panjang bangsa itu akan berkasih sayang,
rasa bersama, bekerjasama, bersatu padu
Lahirlah kemajuan, bangunlah tamadun,
bangsa bermoral dan bermaruah tinggi
Semua golongan hidup aman damai dan harmoni
Tapi inikah yang terjadi kepada kebanyakan jemaah haji
umat Islam seluruh dunia?

364
UMUM

Mereka pulang ke tanah air membawa perangai lama juga


Ibadah mereka walaupun sudah sampai ke kemuncaknya
iaitu ibadah haji
perubahan sikap tidak ada
Kerana itulah kehidupan umat Islam seluruh dunia
berpecah-belah, mundur, akhlak rosak,
hina, hidup porak-peranda
Ibadah mereka tidak membawa erti apa-apa
di dalam kehidupan mereka
Kerana ibadah itu dibuat tidak dihayati
bahkan sekadar faham tidak ada
Ibadah yang tidak dihayati itu
tidak dapat membangunkan jiwa bangsa
seterusnya tidak dapat membangunkan kekuatan bangsa

Menjelang tidur
15 - 01 - 2003

365
KOLEKSI SAJAK – SIRI III

MERIAHKAN HARI RAYA


45 AIDIL ADHA

H ARI Raya Haji atau Hari Raya Korban / Aidil Adha


Ia lebih besar dari Raya Aidil Fitri
Sambutlah ia dengan takbir dan salam 4 hari
Meriahkan juga dengan sembahyang sunat dua rakaat
serta mendengar khutbahnya

Ceriakan lagi dengan takbir dan tahmid di merata-rata tempat


Di jalan-jalan raya, di lorong-lorong, di dalam kereta
apatah lagi di masjid
Begitulah sepatutnya mengikut Sunnah Nabi
Agar dengan syiar-syiar itu kita membesarkan Aidil Adha

Jangan lupa ziarah-menziarahi sanak saudara


dan sahabat handai
Juga kaum muslimin apatah lagi yang kita kenal
Bersalam-salamanlah dan bermaaf-maafanlah sesama mereka
Agar kasih sayang, rasa ukhwah berbunga semula

Elok juga dibuat rumah terbuka ditetapkan masa


Semua kaum dipelawa datang,
tidak mengapa tidak ada salahnya
Agama Islam menggalakkan hidup yang harmoni
Di hari raya elok diambil peluang melahirkan sebab-sebabnya

Ayuh marilah kita meriahkan Aidil Adha


dengan takbir dan tahmid
Bukan dengan pergaulan, berjoget-joget dan lawak jenaka
Meriahkan juga dengan ziarah-menziarahi
dan bermaaf-maafan
Ditambah lagi menolong fakir miskin
dan siapa juga yang mendapat kesusahan

10 - 03 - 1996

366

You might also like