isalnya, suka, takut, marah, sedih atau suka, terkejut danminat. Nada persaan emosi dipercayai timbul pada peringkat awal semasabayi. Ketika lahir, emosi seorang bayi merupakan kebangkitan yang berhubungdengan perasaan yang menyenangkan dan yang tidak menyenangkan sepertiyang digambarkan melalui tindakan menagis apabila berasa lapar. Apabilaberasa kebangkitan yang tidak menyenangkan, tindakbalas terhadap emosi iniakan diluahkan melalui gerak badan sepeti menendang sambil menjerit apabilasedang menangis. Pada masa bayi berumur kurang 3 bulan, emosi yangdialaminya merupakan tidak balas terhadap kebangkitan. Dalam usia yangsama emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan. Pada masa usianya 18 bulanpula rasa cemburu mulai timbul. Manakala pada umur 24 bulan, emosi baruiaitu keriangan mulai timbul.
Emosi Kesedaran Kendiri
Emosi kesedaran kendiri mula wujud pada usia 2 tahunketika konsep kendiri wujud. Pada umur 18 – 36 bulan kanak-kanak mulamenunjukan emosi malu, bersalah, dengki dan bangga. Kanak-kanakmempunyai perasaan malu dan bersalah sekiranya ditegur oleh ibubapa ataupenjaganya. Mereka juga bangga sekiranya ibu bapa mereka memuji. Persaandengki atau cemburu jelas kelihatan pada usia 3 tahun apabila ibu bapamenunjukan sifat sayang pada anak yang lain. Pada peringkat pra sekolah,perasaan cemburu terhadap kawan sekelas adalah perkara biasa keranamereka masih memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa dan guru.Kanak-kanak pada peringkat prasekolah kerap mengalami emosi kesedarandiri dan menjadi semakin sensetif pada pujian dan kritikan orang lain.(Lewis,1995; Alessandri & Sullivan ,1992). Sekiranya kanak-kanak selaludipuji, mereka akan merasa bangga dan yakin terhadap kebolehan merekasendiri. Sebaliknya sekirannya mereka dimarah kerana salah laku, merekaakan merasa bersalah walaupun perkara itu satu kemalangan atau dilakukansecara tidak sengaja.Bandura (1986;1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkahlaku emosi yang