You are on page 1of 57

SIKAP TERHADAP PERJUDIAN: SATU KAJIAN DALAM

KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

JEPULSON JULIAN

SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2008
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan sikap terhadap perjudian dari segi jantina
(lelaki dan perempuan), di antara dua kategori pendapatan ibu bapa (di bawah RM1000
dan di atas RM1001), dan pengalaman berjudi (pernah atau tidak pernah). Kajian ke
atas perbezaan sikap terhadap perjudian dari segi jantina merangkumi tiga kategori lain
iaitu mengkaji perbezaan sikap terhadap perjudian secara umum, loteri dan kad. Di
samping itu, kajian ini juga mengkaji pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap
terhadap perjudian. Kajian pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian
ini juga mengkaji tiga kategori lain iaitu perbezaan sikap terhadap perjudian secara
umum, loteri dan kad. Seramai 155 orang subjek yang terdiri daripada pelajar Universiti
Malaysia Sabah (UMS) turut serta dalam kajian ini, iaitu 61 orang lelaki dan 94 orang
perempuan. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah Gambling Attitude
Survey (GAS) yang direka oleh Kassinove (1998). Alat dalam kajian ini diuji dengan
menggunakan ujian-t dan analisis regresi mudah. Keputusan menunjukkan terdapat
perbezaan signifikan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian.
Selain daripada perjudian kad, sikap terhadap perjudian secara umum dan loteri juga
menunjukkan keputusan yang signifikan. Dari segi pendapatan ibu bapa dan
pengalaman berjudi pula menunjukkan, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi
sikap terhadap perjudian. Kajian ini juga mendapati kekerapan berjudi memberi kesan
kepada sikap terhadap perjudian. Ini termasuklah dari segi sikap perjudian secara
umum, loteri dan kad dalam kalangan pelajar UMS.
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perjudian merupakan sejenis permainan yang melibatkan pertaruhan, sama ada

melibatkan wang, harta benda mahupun perkara lain. Melalui pertaruhan ini, seseorang

akan memperoleh keuntungan sekiranya bernasib baik. Faktor nasib adalah salah satu

elemen di dalam perjudian di samping teknik permainan yang betul. Menurut Kassinove

(1998), perjudian didefinisikan sebagai sebarang tingkah laku berisiko, berdasarkan

kepada gabungan beberapa teknik atau nasib atau juga keduanya sekali, iaitu suatu nilai

yang boleh membawa kepada kemenangan juga kepada kekalahan.

Menurut Wallisch (1996), terdapat beberapa faktor yang menyebabkan

seseorang itu berjudi. Antaranya keinginan untuk mendapatkan wang atau ingin

menjadi kaya, keseronokan, dapat bersosial dengan rakan-rakan, rasa dihormati dan

penting dalam kalangan rakan, melarikan diri daripada tekanan atau masalah, menguji

kemahiran di dalam membuat keputusan, untuk kepuasan diri, mendapat pengalaman

baru, dan berasakan dirinya seorang yang bertuah. Wallisch (1996) juga mendapati,

alasan yang paling kuat untuk membawa seseorang bertingkah laku kepada perjudian

adalah untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Di dalam kajiannya, 50%

responden mengatakan keseronokan adalah lebih penting berbanding mendapatkan

wang, yang hanya mencatatkan 28% sahaja.


Remaja atau golongan muda pada masa kini mudah mempelajari semua ini

dengan adanya informasi yang datang dari media massa mahupun elektronik. Menurut

Wood dan Griffiths (2002), remaja di United Kingdom (UK) memperoleh pengalaman

dan teknik bermain loteri dan kad gores dan menang melalui iklan perjudian yang

disiarkan di televisyen, radio, surat khabar, rancangan hiburan dan pada iklan yang

dipamerkan di kedai. Oleh itu, faktor media massa merupakan salah satu faktor yang

menyumbang kepada sikap positif remaja terhadap perjudian selain daripada faktor

pengaruh keluarga dan rakan-rakan.

Selain itu, perjudian sememangnya menjanjikan keseronokan dan kepuasan

kepada setiap pemainnya. Wood dan Griffiths (2002) mendapati cabutan tiket bertuah

untuk perjudian loteri kebangsaan (National Lottery) di United Kingdom disiarkan secara

terus ke televisyen dengan menjemput kumpulan atau individu popular sebagai salah

satu faktor yang boleh menarik perhatian para penonton. Rancangan televisyen yang

berbentuk perjudian yang disaksikan oleh seisi keluarga boleh membawa kepada

keseronokan dan menjadikan perjudian sebagai sesuatu yang boleh memberikan kesan

positif dalam hubungan kekeluargaan. Pusat Kajian Pew, iaitu sebuah pusat yang

mengkaji sikap dan tingkah laku rakyat Amerika mendapati, kepuasan atau keseronokan

yang diperoleh dalam kalangan pejudi Amerika apabila mereka menang adalah 87

peratus. Manakala yang lain tidak berasa seronok sekiranya mereka kalah berjudi ( Pew

Social Trends Reports ,2007).

Di negara Malaysia perjudian masih pada peringkat yang terkawal. Namun situasi

perjudian di Malaysia perlu diberikan perhatian yang serius. Hal ini kerana masyarakat

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Cina, India dan Melayu

mempunyai pelbagai perspektif atau sikap yang berbeza terhadap perjudian. Merujuk
kepada laporan kajian oleh National Council on Problem Gambling (2006) di Singapura,

negara yang terdiri daripada pelbagai masyarakat seperti Cina, India dan Melayu

mempunyai perspektif yang berbeza tentang pendirian. Bagi perspektif masyarakat Cina

dan India perjudian merupakan salah satu cara untuk bersosial, berseronok dan

beriadah berbanding masyarakat Melayu, yang sememangnya menekankan aspek

agama sebagai langkah penolakan terhadap aktiviti tersebut. Laporan tersebut juga

menyatakan masyarakat Cina dan India di Singapura berpendapat perjudian dalam

situasi yang terkawal adalah tidak salah. Sekiranya pemikiran sebegini juga berlaku

dalam kalangan masyarakat di Malaysia, tidak mustahil pembentukan sikap positif

masyarakat Malaysia terhadap perjudian akan berlaku secara drastik.

Negara Arab sebelum Nabi Muhammad S.A.W., iaitu semasa zaman Jahiliyah,

sememangnya pernah menjadikan perjudian sebagai aktiviti harian mereka (Lewis,

2008). Antara perjudian awal yang melibatkan pertaruhan di dalam perjudian adalah

seperti perjudian yang menggunakan dadu, catur, lumba kuda dan sabung ayam.

Keadaan ini menunjukkan perjudian sememangnya aktiviti yang telah lama dilakukan

oleh manusia, di mana ia telah wujud semasa zaman empayar seperti Mesir. Perjudian

juga merupakan salah satu aktiviti masyrakat di Eropah. Ini jelas di mana menurut

Suruhanjaya Kajian Impak Perjudian Nasional (National Gambling Impact Study

Commision, NGISC)(2007), perjudian loteri yang melibatkan tiket dan wang tunai

sebagai ganjaran telah berlaku di Eropah pada awal 1500an. Hasil perjudian loteri ini

dianggap penting sebagai hasil diraja yang utama pada waktu itu. Menurut Suruhanjaya

itu juga, Amerika Syarikat pada zaman dahulu menjadikan perjudian loteri ini sebagai

satu cara untuk mendapatkan dana untuk membina jambatan, bangunan, dan jalan
raya. Di samping itu, Amerika juga menjadikan perjudian loteri sebagai cara untuk

mengutip duit bagi membiayai pasukan tentera George Washington.

Kerajaan Nevada juga menjadikan aktiviti perjudian sebagai salah satu sumber

kewangan kerajaan di mana keuntungan yang diperoleh daripada industri perjudian

tersebut dapat disalurkan kepada negara. Laporan NGISC (2007) bagi tahun 1996

menyatakan perolehan perjudian loteri pada tahun tersebut berjumlah Dolar Amerika

42.9 billion (USD$42.9 billion). Perolehan ini semakin berkembang setiap masa dengan

wujudnya pelbagai kawasan perjudian yang sah, di Amerika mahupun negara lain.

Keadaan ini pastinya mewujudkan keuntungan kepada kerajaan dengan cukai yang

dikenakan kepada industri ini. Namun, impak negatif seperti masalah sosial juga

pastinya akan wujud akibat keghairahan meluluskan pembukaan pusat perjudian.

Keadaan ini harus diberikan perhatian oleh sesebuah kerajaan sebelum membuat

keputusan untuk membuka pusat–pusat perjudian di negara mereka.

Impak negatif daripada sikap terhadap perjudian juga harus dilihat daripada

negeri pertama yang mengesahkan perjudian tersebut iaitu Nevada. Dunia mengetahui

yang cukai daripada perjudian sememangnya dapat menjana hasil perolehan sesebuah

negeri atau negara. Namun kesan negatif yang bakal timbul juga akan membebankan

masyarakat dan juga negara. Menurut Rosati (2008) dalam kajiannya di Hawaii

berpendapat sekiranya Hawaii dijadikan seperti Nevada, masalah sosial juga akan wujud

di tempat tersebut. Nevada, negeri pertama di Amerika Syarikat yang menjadikan

perjudian sebagai sebuah perniagaan yang sah di sisi undang–undang juga merupakan

negeri pertama di Amerika yang banyak menimbulkan kes perceraian, pembunuhan,

bunuh diri dan juga kes pelajar yang dibuang sekolah. Keadaan ini menunjukkan sikap

positif terhadap perjudian sememangnya memberi kesan negatif kepada semua pihak
dalam tempoh jangka panjang. Namun, yang agak menghairankan, penyertaan

masyarakat ke dalam industri perjudian ini masih lagi tinggi. Justeru, sikap terhadap

perjudian khususnya dalam konteks tempatan seperti di Malaysia perlu dikaji walaupun

tahap perjudiannya masih pada peringkat yang terkawal.

Merujuk kepada hubungan sikap dengan tingkah laku terhadap perjudian,

seseorang itu harus mengubah sikapnya terhadap apa jua jenis aktiviti yang hendak

disertainya terlebih dahulu dan barulah tingkah laku akan terhasil (dlm. Abdullah Hassan

dan Ainon Mohd., 1997). Menurut Hovland (dlm. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,

1997) perubahan ini juga harus disertai dengan dorongan yang kuat bagi memastikan

individu tersebut mempunyai alasan untuk melakukan perkara tersebut. Wood dan

Griffiths (2004) ada menyatakan bahawa sebelum seseorang itu mahu melakukan

sesuatu tingkah laku, individu itu seharusnya telah mempunyai pengetahuan berkenaan

aktiviti tersebut dan seharusnya bermotivasi untuk mengawal tingkah laku baru itu. Ini

secara tidak langsung mempengaruhi tingkah laku individu tersebut.

Faktor dorongan atau motivasi ini mungkin dipengaruhi oleh faktor ekstrinsik dan

intrinsik. Menurut Adebayo (1998), dalam kajiannya yang mengkaji punca motivasi di

sebalik penglibatan ke dalam perjudian dalam kalangan pelajar kolej mendapati,

wujudnya pengaruh dari segi faktor motivasi ekstrinsik berbanding faktor intrinsik ke

atas penglibatan dalam perjudian. Faktor intrinsik mencatatkan 65% sahaja pengaruh

terhadap penglibatan pelajar kolej ke dalam perjudian berbanding faktor ekstrinsik 80%.

Faktor ekstrinsik merujuk kepada motivasi atau harapan untuk memenangi ganjaran dan

faktor intrinsik pula lebih kepada keseronokan individu. Namun adakah faktor ekstrinsik

ini penting bagi mereka yang berada dalam kumpulan masyarakat kaya yang sekadar

mencari keseronokan seperti yang dinyatakan oleh Wallisch (1996). Di mana


kebanyakan golongan kaya bermain judi hanya untuk keseronokan sahaja dan bukannya

disebabkan oleh wang atau ganjaran. Mungkin pembentukan sikap terhadap perjudian

berbeza mengikut tahap pendapatan seseorang atau sesebuah keluarga itu.

Menurut Wood dan Griffiths (2004) seseorang itu harus mempunyai

pengetahuan selain motivasi bagi mengawal sesuatu tingkah laku. Pengetahuan disini

merujuk kepada pengalaman yang pernah diperoleh kesan daripada aktiviti lepas.

Seseorang yang pernah berjudi sememangnya dipengaruhi oleh faktor luaran yang

menyebabkan individu tersebut akan bermain judi semula atau tidak. Kajian yang

dilakukan oleh Wallisch (1996) menyatakan, remaja yang pernah berjudi sememangnya

mempunyai rakan–rakan yang juga pernah berjudi. Daripada kajian yang dilakukan oleh

beliau, 60% responden menyatakan terdapat sebilangan rakan mereka bermain judi dan

29% responden pula menyatakan yang kesemua rakan mereka memang pernah

bermain judi dan 13% daripadanya pula mempunyai rakan yang kerap berjudi. Dalam

keadaan ini, pengalaman berjudi seseorang itu biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya

yang pernah berjudi, yang sememangnya faktor yang kuat untuk membawa dirinya

untuk berjudi sekali lagi. Namun, faktor lain seperti ibu bapa dan masyarakat juga tidak

boleh diendahkan.

Dalam dunia perjudian, golongan lelaki sememangnya telah dilabelkan sebagai

“golongan pejudi” biarpun ada individu yang menyatakan mereka tidak pernah berjudi

kerana setiap kali hasil kajian dilaporkan oleh para pengkaji, golongan lelaki merupakan

kriteria utama yang sering dikaitkan dengan perjudian (Wood dan Griffiths, 2002);

Stinchfield, 2004). Keadaan ini menunjukkan sekiranya seorang lelaki itu berjudi, stigma

atau label yang telah diberikan kepada mereka membuatkan golongan lelaki ini akan

berasakan perjudian merupakan sikap yang positif kerana masyarakat telah memberikan
tanggapan sedemikian kepada mereka. Wallisch (1996) berpendapat, golongan lelaki

lebih gemar berjudi kerana mereka inginkan cabaran dan juga hubungan sosial

berbanding golongan perempuan yang bermain judi sekadar untuk keseronokan.

Mungkin sikap golongan lelaki terhadap perjudian terbentuk akibat sikap gemarkan

cabaran seperti yang dinyatakan oleh Wallisch (1996). Namun golongan perempuan

juga mengemari permainan perjudian. Menurut kajian yang dilakukan oleh Kassinove,

Tsytsarev dan Davidson (1998) mendapati golongan perempuan di Russia lebih bersikap

positif terhadap perjudian terutamanya dari segi perjudian loteri.

Selain faktor jantina, kekerapan berjudi juga merupakan satu keadaan yang

mempengaruhi sikap positif seseorang individu terhadap perjudian. Menurut Volberg

(2003), separuh daripada remaja (52.7%) di Sacramento yang berumur 14 hingga 22

tahun akan berjudi separuh bulan dalam masa sebulan dan sekurang–kurangnya 1

daripada 6 orang remaja ini akan berjudi beberapa kali dalam masa seminggu. Selain

itu, Volberg (2003) juga menyatakan yang golongan remaja yang berumur 20 hingga 22

tahun, iaitu dalam 60% daripada penduduk Sacramento yang berusia sedemikian akan

berjudi secara berlarutan dalam masa sebulan. Kekerapan sebegini sememangnya

berbahaya kepada mereka yang terlalu kerap berjudi dalam masa sebulan apalagi dalam

tempoh masa seminggu. Sikap yang terlalu obses terhadap perjudian ini dikenali sebagai

‘Pathological Gambling’ atau pejudi patologikal di dalam Diagnostic Statistical Manual-IV

(DSM–IV). Individu yang mengalami masalah pejudi patologikal cenderung

menunjukkan ciri-ciri seperti mempertaruhkan wangnya dalam jumlah yang besar untuk

tujuan keseronokan, tidak berupaya mengurangkan atau memberhentikan aktiviti

perjudiannya, berusaha mendapatkan semula apa yang telah dibelanjakan, menipu,


mencuri, cuba membahayakan pasangan, depresi, meminjam wang yang banyak dan

selalu terfikir untuk membunuh diri (dlm. American Psychiatric Association, 1994).

Masalah pejudi patologikal ini mungkin disebabkan oleh wujudnya pusat-pusat

perjudian di kawasan awam contohnya seperti perjudian loteri yang kebanyakkannya

terletak di kawasan yang mudah dikunjungi oleh orang ramai termasuklah golongan

remaja di bawah umur 18 tahun. Peluang yang ada membolehkan mereka berjudi

secara bebas. Delfabro dan Thrupp (2003) mengatakan yang biarpun masyarakat

menghalang remaja untuk memasuki kawasan seperti pusat penjualan tiket loteri dan

kasino, namun perjudian seperti Blackjack dan kad masih boleh dimainkan secara bebas

oleh para remaja, terutamanya dengan rakan–rakan mereka. Selain itu, keadaan ini

menunjukkan yang pengalaman sememangnya boleh dibentuk pada mana–mana

peringkat umur kerana kebebasan berjudi boleh diperoleh melalui mana–mana sumber,

sama ada daripada rakan, ibu bapa, masyarakat mahupun media.

1.2 Permasalahan Kajian

Perjudian sering dikaitkan dengan golongan lelaki berbanding perempuan. Menurut

kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Pew ( Pew Social Trends Reports, 2007),

mendapati lelaki lebih cenderung bermain dalam apa jua jenis perjudian berbanding

perempuan. Keadaan ini menunjukkan golongan lelaki lebih mempunyai sikap yang

positif terhadap perjudian berbanding perempuan. Volberg (2003) juga menyatakan

golongan lelaki lebih kerap bermain judi berbanding perempuan. Oleh itu,

sememangnya keadaan ini harus dilihat dengan lebih teliti memandangkan keadaan ini

sudah menjadi satu penglabelan masyarakat kepada golongan lelaki. Justeru wujud

permasalahan sama ada lelaki lebih bersikap positif terhadap perjudian atau sebaliknya.

Hal ini kerana menurut Kassinove, Tsytsarev dan Davidson (1998) mendapati golongan
perempuan di Russia lebih bersikap positif terhadap perjudian terutamanya dari segi

perjudian loteri.

Selain itu, faktor pendapatan ibu bapa juga boleh dikaitkan dengan perjudian

dalam kalangan anak-anak. Hal ini kerana, menurut Wood dan Griffiths (2002),

perjudian mempunyai kaitan atau hubungan dengan peningkatan ekonomi, terutamanya

sebagai sumber pendapatan sampingan. Shu-Zhen Kuang(2005) berpendapat mereka

yang berpendapatan rendah mempunyai sikap yang lebih tinggi dan berisiko ke atas

sikap terhadap perjudian. Oleh itu, anak-anak yang tergolong dalam ibu bapa yang

berpendapatan rendah, pastinya merasakan perjudian adalah cara terbaik untuk

mendapatkan keuntungan dalam masa yang singkat. Ini secara tidak langsung

mempengaruhi sikap mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti perjudian.

Selain itu, wujud juga permasalahan di mana keseronokan yang dialami semasa

bermain judi pada kali pertama menyebabkan golongan ini cenderung untuk bermain

judi lagi berbanding mereka yang tidak pernah bermain judi. Ini mungkin bagi mereka

yang tidak pernah berjudi, keinginan mereka terhalang akibat pengaruh agama atau

kurang desakan daripada faktor persekitaran, seperti keluarga atau rakan-rakan (Pusat

Kajian Pew (Pew Social Trends Reports ), 2007). Namun, keinginan untuk mencuba yang

wujud dalam diri remaja atau belia biasanya akan mempengaruhi juga sikap mereka

terhadap perjudian di dalam kalangan mereka yang tidak pernah bermain judi ini. Oleh

itu, permasalahan seperti ini sememangnya perlu di kaji khususnya dalam kalangan

belia untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan di antara individu yang pernah

dan yang tidak pernah berjudi dari segi sikap terhadap perjudian.

Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian juga menimbulkan

permasalahan dalam kajian ini. Ini kerana ada pendapat yang mengatakan sekiranya
seseorang individu kerap berjudi, ia mungkin akan mempengaruhi sikapnya untuk

berjudi. Ini jelas menurut Moore dan Ohtsuka (1997) mendapati kekerapan berjudi

sering dikaitkan dengan individu yang mempunyai sikap yang positif dan optimistik

terhadap perjudian. Sikap yang positif terhadap perjudian ini akan menyebabkan

berlakunya masalah sosial seperti mencuri dan meminjam wang dalam jumlah yang

banyak apabila individu itu mula ketagih dengan permainan perjudian tersebut. Secara

tidak langsung, masalah ini akan membahayakan masyarakat dan diri, khususnya.

1.3 Tujuan Kajian

Antara tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk;

1. Mengkaji perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap

perjudian.

2. Mengkaji perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap

perjudian secara umum.

3. Mengkaji perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap

perjudian loteri.

4. Mengkaji perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap

perjudian kad.

5. Mengkaji perbezaan di antara dua kategori pendapatan ibu bapa dari segi sikap

terhadap perjudian.

6. Mengkaji perbezaan di antara pelajar yang pernah berjudi dengan yang tidak pernah

berjudi dari segi sikap terhadap perjudian.


7. Mengkaji pengaruh dari segi kekerapan berjudi memberi kesan ke atas sikap terhadap

perjudian.

8. Mengkaji pengaruh dari segi kekerapan berjudi memberi kesan ke atas sikap terhadap

perjudian secara umum.

9. Mengkaji pengaruh dari segi kekerapan berjudi memberi kesan ke atas sikap

terhadap perjudian loteri.

10. Mengkaji pengaruh dari segi kekerapan berjudi memberi kesan ke atas sikap

terhadap perjudian kad.

1.4 Kesignifikanan Kajian

Kepentingan kajian ini dijalankan adalah berdasarkan kepada beberapa kepentingan

seperti:-

1. Kajian sikap terhadap perjudian penting dijalankan khususnya kepada golongan belia

di institusi pengajian tinggi. Hal ini kerana sikap yang positif terhadap perjudian boleh

membawa masalah kepada individu dan juga masyarakat. Masalah sosial seperti

menipu, mencuri, cuba membahayakan pasangan, depresi, meminjam wang yang

banyak dan selalu terfikir untuk membunuh diri akan berlaku (dlm. American Psychiatric

Association, 1994). Oleh itu, sikap terhadap perjudian khususnya dalam kalangan belia

perlu dikaji kerana sikap sekiranya terlalu obses terhadap perjudian,pastinya akan

menimbulkan masalah sosial.

2. Kajian ini juga cuba mengesahkan kebenaran stereotaip dan stigma yang diberikan

kepada golongan lelaki di mana golongan ini lebih cenderung bersikap positif terhadap

perjudian berbanding golongan perempuan. Ini seperti yang dinyatakan oleh Stinchfield
(2004) di mana golongan lelaki merupakan kriteria utama yang sering dikaitkan dengan

perjudian berbanding golongan perempuan.

3. Kajian ini juga penting untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan dari segi

sikap golongan belia terhadap perjudian berdasarkan kepada pendapatan ibu bapa.

Selain itu, kajian ini juga penting bagi mengkaji sama ada pengalaman berjudi

seseorang individu akan mempengaruhi sikap individu itu terhadap perjudian semakin

meningkat atau tidak.

4. Kajian ini juga penting dalam menilai pengaruh kekerapan bermain judi ke atas sikap

terhadap perjudian. Seterusnya hasil dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai

bahan rujukan kepada pengkaji–pengkaji seterusnya yang berminat menjalankan kajian

yang menjurus kepada sikap terhadap perjudian. Hal ini kerana kajian sikap terhadap

perjudian masih kurang atau jarang dilakukan di Malaysia dan di Sabah amnya.

1.5 Sorotan Kajian Lepas

Salah satu kajian lepas yang pernah dilakukan adalah ke atas perjudian loteri dan kad

gores (scratchcard) dalam kalangan belia di United Kingdom. Wood dan Griffiths (1998)

mendapati daripada 1195 orang belia yang terlibat di dalam kajian tersebut, 48%

daripada mereka pernah bermain perjudian Loteri Kebangsaan United Kingdom ( U.K.

National Lottery). Biasanya mereka bermain bersama keluarga atau rakan mereka.

Manakala 30% dilaporkan bermain permainan itu semula. Kajian ini juga mendapati 6%

daripada subjek yang bermain perjudian Loteri Kebangsaan dan kad gores cenderung

untuk menjadi seorang pejudi patologikal.

Shaffer, Hall dan Vander (1999) melakukan kajian meta–analisis terhadap 119

orang subjek di Amerika Syarikat. Beliau mengkaji pelaziman dalam patologikal dan
masalah perjudian di Amerika Syarikat dan Kanada. Kajian mendapati daripada populasi

umum individu dewasa, 1.6% berada dalam tahap tiga (tahap pejudi patologikal) dan

selebihnya iaitu 3.85% berada pada tahap dua iaitu pejudi bermasalah. Kajian oleh

Creigh–Tyle dan Lepper (2007) pula mendapati kebanyakan rakyat Britain mempunyai

sikap gemar bermain perjudian loteri, di mana 53% daripada subjek mengatakan lebih

gemar kepada perjudian loteri. Sementara 20% mengatakan diri mereka tidak

mempunyai keinginan untuk terlibat dengan perjudian loteri.

Kajian oleh Shaffer, LaBrie, Scanlan dan Cummings (1994) telah dijalankan ke

atas 856 orang remaja yang berumur antara 13 hingga 20 tahun, yang terdiri daripada

pelajar–pelajar Sekolah Tinggi Boston. Dalam kajian in,i 96% daripada subjek terdiri

daripada pejudi patologikal, bukan patologikal dan remaja peralihan. Kajian tersebut

mengambil responden daripada kelas pertengahan dan atasan. Keputusan mendapati

tiada kesan signifikan bagi perbezaan demografi ke atas sekolah yang dijadikan kajian.

Burnett, Ong dan Fuller (1997) telah menjalankan kajian ke atas 778 orang

pelajar sekolah tinggi tahun akhir, dalam umur sekitar 16 hingga 18 tahun. Kajian

tersebut mendapati perjudian mingguan dikaitkan dengan ketidakselesaan subjek

semasa berada di sekolah terutamanya di kalangan pelajar lelaki, masalah sosial,

berkawan dengan individu yang berjudi dan juga terlibat dengan tingkah laku berisiko,

seperti meminum minuman keras di bawah umur dan memandu secara berbahaya.

Keputusan kajian ini sama seperti yang diperoleh oleh Jackson (1999) ke atas 2700

pelajar sekolah tinggi tahun pertama. Di mana dalam kajian tersebut mendapati pelajar

yang terlibat dengan perjudian cenderung terlibat dengan tingkah laku berisiko seperti

merokok, meminum alkohol dan penggunaan dadah. Selain itu, individu ini juga kurang

terlibat dengan aktiviti sekolah dan juga gemar mencederakan diri mereka sendiri.
Satu kajian secara tinjau selidik menggunakan telefon oleh Pusat Kajian Pew

(Pew Social Trends Reports, 2007) telah dilakukan pada 8 Febuari sehingga 7 Mac 2006

ke atas 2,250 sampel yang dipilih secara rawak. Salah satu dapatan penting dalam

kajian tersebut adalah perubahan sikap negatif terhadap perjudian. Subjek kajian lebih

bersikap negatif terhadap bilangan pejudi yang semakin bertambah berbanding sebelum

ini, sikap negatif perjudian disasarkan kepada aktiviti perjudian. Dalam tinjauan ini juga,

28% resonden mengatakan mereka percaya bahawa perjudian itu merupakan aktiviti

yang tidak bermoral.

Kajian yang dilakukan oleh Moore dan Ohtsuka (1997) ke atas lebih 1000 pelajar

sekolah dan universiti (14 sehingga 25 tahun) mendapati secara majoritinya pelajar–

pelajar yang menjadi responden pernah bermain judi dan sekurang-kurangnya pernah

berjudi sepanjang 12 bulan sebelumnya. Antara aktiviti perjudian yang paling popular

adalah perjudian loteri, kad dan perjudian mesin. Kajian yang dilakukan dengan

menggunakan alat ujian South Oaks Gambling Screen (SOGS) yang telah diubahsuai,

mendapati 3.1% daripada sampel diklasifikasikan sebagai pejudi yang bermasalah.

Mereka juga turut mendapati individu yang kerap berjudi dapat dikaitkan dengan sikap

positif dan optimistik terhadap perjudian. Keadaan ini juga dialami oleh ibu bapa dan

rakan individu tersebut. Kajian lanjutan yang dilakukan oleh Moore dan Othsuka (1997)

yang melibatkan 769 orang remaja berumur antara 15 hingga 18 tahun mengesahkan

hasil dapatan sebelum ini. Di mana 3.8% daripada sampel dikategorikan sebagai pejudi

bermasalah jika mengikut ukuran SOGS.

Kajian yang dilakukan oleh Wood dan Griffiths (2004) pula yang melibatkan 1195

orang remaja berusia antara 11 sehingga 15 tahun yang terdiri daripada 550 sampel

lelaki dan 641 sampel perempuan (4 orang tidak menyatakan jantina) mendapati, sikap
golongan remaja dapat mengukur hubungan di antara sikap mereka dengan tingkah

laku berjudi. Kajian ini mendapati, 48% daripada sampel pernah bermain loteri dan 30%

pula pernah bermain kad gores dan menang. Mereka cenderung melakukan aktiviti ini

secara bersendirian atau bersama dengan ibu bapa atau rakan mereka. Kajian yang

dilakukan di United Kingdom ini mendapati 76% daripada sampel menyatakan perjudian

merupakan satu aktiviti yang tidak baik. Namun, sampel yang menyertai kajian ini juga

menyatakan yang perjudian loteri adalah baik (49%) dan begitu juga dengan perjudian

kad gores dan menang (33%).

Kassinove (1998) juga telah menjalankan kajian ke atas 170 sampel, iaitu 71

orang lelaki dan 98 orang perempuan yang berumur di antara 17 sehingga 35 tahun.

Kajian yang menggunakan alat kajian Gambling Attitude Scales ini bertujuan menguji

sikap perjudian secara umum dan sikap terhadap perjudian seperti pertaruhan lumba

kuda, kasino, dan juga loteri. Sikap perjudian yang paling positif adalah terhadap

perjudian loteri dan kurang positif terhadap perjudian pertaruhan lumba kuda. Selain

itu, sampel lelaki didapati lebih bersikap positif terhadap perjudian berbanding sampel

perempuan. Kajian ini juga mendapati sikap positif terhadap perjudian berkaitan dengan

kecenderungan untuk sanggup menanggung risiko kesan daripada berjudi.

1.6 Pendekatan Teori

1.6.1 Theory of Reasoned Action

Jee Hyun Kim (1997) menyatakan niat merupakan peramal kepada tingkah laku dan

sikap terhadap tingkah laku. Selain itu, norma subjektif juga mempengaruhi niat untuk

bertingkah laku. Dalam teori yang dikemukakan oleh Ajzen dan Fishbein (dlm. Magee,

2001), niat merupakan premis utama dalam teori ini. Niat akan mempengaruhi dan
meramal sikap seseorang dan seseorang itu akan melakukan sesuatu tingkah laku itu

sekiranya dirinya berniat untuk melakukannya dan begitu juga sebaliknya.

Sikap terhadap tingkah laku merupakan sikap seseorang sebelum melakukan

sesuatu tingkah laku itu. Seseorang itu cenderung untuk memikirkan tentang hasil yang

akan mereka peroleh hasil daripada keputusan yang dilakukan. Sebagai contoh, individu

A ingin membeli tiket loteri. Namun, sebelum membuat keputusan, individu A ini

cenderung memikirkan tentang kebaikan yang bakal diperoleh jika dia membeli tiket

loteri tersebut. Contohnya mendapat wang ganjaran, kepuasan, keseronokan dan

sebagainya.

Menurut Ajzen dan Fishbein (dlm. Magee, 2001), norma subjektif merujuk

kepada kepercayaan dan motivasi indiividu ataupun kumpulan yang spesifik. Sebelum

membuat keputusan untuk bertingkah laku, norma subjektif yang wujud di kawasan

individu tersebut akan dinilai terlebih dahulu. Sekiranya tingkah laku yang ingin

dilakukan bersesuaian dengan norma, maka tingkah laku tersebut tersebut akan

dilakukan oleh individu tersebut. Sebagai contohnya, sekiranya norma masyarakat di

kawasan A memandang perjudian kad sebagai boleh diterima, maka individu yang

mempunyai niat untuk bermain perjudian kad akan bertingkah laku terhadap permainan

kad tersebut.
1.7 Kerangka Kajian

- JANTINA

- PENDAPATAN IBU BAPA


SIKAP TERHADAP
-PENGALAMAN BERJUDI PERJUDIAN

- KEKERAPAN BERJUDI

Rajah 1

Kajian sikap terhadap perjudian ( diubahsuai daripada Theory of Reasoned Action yang
dikemukakan oleh Ajzen dan Fishbein, (dlm. Magee, 2001).

Dalam kerangka kajian ini (Rajah 1), sikap ke atas perjudian merupakan pemboleh ubah

terikat. Terdapat empat pemboleh ubah bebas dalam kajian ini iaitu jantina (lelaki dan

perempuan), pendapatan ibu bapa (di bawah RM1000 dan di atas RM1001),

pengalaman berjudi (pernah atau tidak pernah) dan kekerapan berjudi. Pemboleh ubah

bebas ini akan memberi kesan kepada pemboleh ubah terikat. Pemboleh ubah terikat

juga termasuklah sikap terhadap perjudian secara umum, sikap terhadap perjudian loteri

dan sikap terhadap perjudian kad.

1.7.1 Hipotesis Kajian

Hip.1: Terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap

perjudian.

Hip.2: Terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap

perjudian secara umum.

Hip.3: Terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap

perjudian loteri.
Hip.4: Terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap

perjudian kad.

Hip.5: Terdapat perbezaan di antara pendapatan ibu bapa dengan sikap terhadap

perjudian.

Hip.6: Terdapat perbezaan di antara pelajar yang pernah berjudi dengan yang tidak

pernah berjudi dari segi sikap terhadap perjudian.

Hip.7: Terdapat pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian.

Hip.8: Terdapat pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian secara

umum.

Hip.9: Terdapat pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian loteri.

Hip.10: Terdapat pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian kad.

1.8 Definisi Konsep

1.8.1 Sikap

Thurstone (1931) menjelaskan sikap sebagai satu peringkat mental yang kompleks yang

mana melibatkan kepercayaan dan perasaan, nilai dan juga kedudukan untuk

berhubung atau bertindak mengikut sesuatu cara. Di samping itu, Thurstone (1931)

juga menyatakan sikap sebagai kesediaan untuk memberi respon kepada objek psikologi

mengikut tahap kegemaran dan kecenderungan.

Menurut Baltus (1995), sikap merupakan satu persediaan untuk bertingkah laku

dan ini termasuklah melalui pemikiran dan juga emosi seseorang terhadap sesuatu.

Beliau juga menyatakan yang setiap individu boleh memegang pelbagai sikap dan
individu tersebut akan menyesuaikan sikap mereka berdasarkan situasi semasa. Selain

itu, Fishbein dan Ajzen (1975) berpendapat sikap merupakan learned predisposition

untuk respon dalam keadaan kelakuan yang digemari atau tidak digemari.

Bagi Huffman (2004), sikap boleh dikategorikan kepada tiga elemen utama. Tiga

elemen tersebut adalah seperti kognitif, afektif dan kecenderungan untuk bertingkah

laku atau psikomotor. Elemen kognitif melibatkan pemikiran seseorang. Sementara

afektif pula melibatkan emosi iaitu merujuk kepada perasaan seseorang, contohnya

perasaan minat atau benci terhadap perjudian. Elemen psikomotor pula adalah

berkenaan dengan kecenderungan untuk bertingkah laku contohnya apabila individu itu

telah mula meminati dan asyik memikirkan tentang permainan judi, individu itu secara

tidak langsung akan cenderung bertingkah laku ke arah perjudian.

1.8.2 Perjudian

Menurut Pratte (2002), perjudian didefinisikan berdasarkan kepada empat kategori.

Antaranya perjudian merupakan satu permainan nasib atau kemahiran, satu pertaruhan

kerana melibatkan penggunaan wang dan satu perjanjian, di mana individu yang berjudi

sanggup menerima apa sahaja risiko, sama ada mengalami kekalahan atau kehilangan

harta benda. Selain itu, perjudian juga dijelaskan sebagai sebuah permainan yang tidak

adil dari segi ganti rugi iaitu individu yang kalah tidak akan menerima apa – apa juga

keistimewaan biarpun dirinya telah mengeluarkan wang ke atas permainan tersebut.

Menurut Kassinove (1998), perjudian yang biasa dimainkan adalah seperti loteri,

lumba kuda dan anjing, dan beberapa aktiviti kasino seperti blackjack dan roulette.

Beliau juga menyatakan terdapat perjudian yang jarang dimainkan seperti pertaruhan ke

atas perlumbaan kura-kura dan lipas, perlawanan anjing dan sebagainya. Anderson
(2005) mengatakan perjudian terbahagi kepada beberapa jenis. Perjudian yang paling

popular merupakan loteri. Kasino pula perjudian yang kedua popular. Perjudian sukan

seperti dalam sukan bola sepak merupakan perjudian ketiga yang diminati. Perjudian

melalui internet merupakan perjudian yang sedang berkembang pengaruhnya pada

masa kini.

1.9 Definisi Operasi

1.9.1 Sikap Terhadap Perjudian

Dalam kajian ini, sikap terhadap perjudian merujuk kepada gabungan tiga kategori iaitu

dari segi pendapat umum mengenai perjudian, perjudian loteri dan juga perjudian kad.

Sikap terhadap perjudian ini diukur dengan menggunakan soal selidik Gambling Attitude

Survey (GAS) oleh Kassinove (1998) yang mengandungi 23 item, selepas diubahsuai

mengikut kepada konteks kawasan kajian. Sebagai contohnya, item yang disoal adalah;

‘Saya seronok berjudi’, ‘Saya fikir berjudi baik untuk rakyat Malaysia’, ‘Saya mahu

membeli tiket loteri’, dan ‘Saya berasa membeli tiket loteri boleh diterima’. Item negatif

seperti; ‘Saya benci perjudian permainan kad’ dan ‘Saya fikir adalah baik jika perjudian

diharamkan di negeri saya’, juga turut dimasukkan ke dalam kajian ini.

Sikap terhadap perjudian secara umum mengukur pendapat individu terhadap

perjudian secara umum tanpa melibatkan mana-mana aktiviti perjudian. Item-item

soalan seperti; ‘Saya seronok berjudi’, ‘Saya menyokong hak rakyat Malaysia untuk

berjudi setiap hari mengikut kemahuan mereka’, dan ‘Saya berasa perjudian boleh

diterima’ merupakan persoalan mengenai pendapat individu. Terdapat 10 item

mengenai pendapat umum individu dalam kajian sikap terhadap perjudian secara

umum.
Dalam sikap terhadap perjudian loteri, tujuh item berkenaan loteri dimasukkan

ke dalam alat kajian ini. Antara item tersebut adalah; ‘Saya seronok membeli tiket loteri’,

dan ‘Saya akan membeli tiket loteri apabila peluang tiba’. Manakala dalam sikap

terhadap perjudian kad pula, terdapat enam item yang dikemukakan. Antaranya adalah;

‘Saya seronok berjudi dalam permainan kad’, dan ‘Perjudian permainan kad adalah sah’,

merupakan item yang mengkaji sikap terhadap perjudian kad.

1.9.2 Kekerapan Berjudi

Dalam kajian ini, kekerapan berjudi merujuk kepada jumlah perjudian seorang individu

dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan dalam kajian ini. Kekerapan berjudi ini

dinilai menggunakan lima skala yang telah ditetapkan iaitu tidak pernah, jarang

(beberapa kali dalam setahun), kadang-kadang (beberapa kali dalam sebulan), kerap

(beberapa kali dalam seminggu) dan sangat kerap (setiap hari). Soalan kekerapan

berjudi ini diletakkan pada bahagian A. Contoh soalan adalah; ‘Kekerapan anda bermain

judi:’, yang dijawab dengan menggunakan skala yang telah ditetapkan pengkaji. Selain

dari mengkaji kesan pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian,

kajian pengaruh kekerapan berjudi juga dilakukan bagi sikap terhadap perjudian secara

umum, loteri dan kad.


BAB 2

METODOLOGI

2.1 Pendahuluan

Bahagian ini akan mengemukakan metodologi kajian di mana perbincangan bermula

dari reka bentuk kajian, subjek kajian, tempat kajian, alat kajian, cara pemarkatan,

tatacara kajian, analisis data dan juga mengenai tahap reliabiliti dan validiti kajian.

2.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian lapangan bercorak tinjauan dengan menggunakan borang

soal selidik. Borang soal selidik digunakan kerana sampel yang diperlukan adalah dalam

jumlah yang banyak iaitu di atas 150 orang. Tambahan pula, sekiranya kajian lapangan

dijalankan secara temu bual atau temu ramah dilakukan, masalah seperti masa untuk

menjalankan kajian sukar untuk diselaraskan dengan masa sampel kajian yang

mengambil bahagian dalam kajian ini. Oleh itu, penggunaan borang soal selidik dapat

mengatasi masalah berkenaan masa untuk menjalankan kajian.

2.3 Subjek Kajian

Subjek kajian yang dipilih ialah pelajar sepenuh masa daripada Universiti Malaysia Sabah

(UMS). Subjek kajian juga terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan dalam

lingkungan umur 20 hingga 23 tahun. Subjek juga tidak ditetapkan kepada satu

program sekolah sahaja tetapi dipilih secara rawak daripada pelajar program sekolah

yang lain. Ini bagi mewakili keseluruhan populasi pelajar UMS.


2.4 Tempat Kajian

Kajian dilakukan di dalam kawasan kediaman pelajar UMS iaitu yang terletak di kawasan

kolej kediaman pelajar, dan juga di dalam kawasan pembelajaran UMS. Ini seperti

Dewan Kuliah Pusat, Bilik Seminar, Bilik Tutorial dan juga Perpustakaan UMS.

2.5 Alat Kajian

Terdapat dua bahagian dalam alat kajian ini. Bahagian A adalah soalan berkenaan

butir peribadi subjek contohnya jantina, etnik, pendapatan ibu bapa, kawasan tempat

tinggal dan juga kekerapan berjudi . Soal selidik ini diubah suai bagi menyesuaikan

soalan dengan persekitaran kawasan kajian. Pendapatan ibu bapa dibahagikan kepada

dua kategori iaitu ibu bapa yang berpendapatan RM1000 ke bawah dan ibu bapa

berpendapatan RM1001 ke atas. Bagi soalan kekerapan berjudi pula, lima pilihan

jawapan dibentuk iaitu; tidak pernah, jarang (beberapa kali setahun), kadang-kadang

(beberapa kali sebulan), kerap (beberapa kali seminggu) dan sangat kerap (setiap hari).

Bahagian B pula mengandungi 23 item untuk mengukur skala sikap subjek ke

atas perjudian. Item yang digunakan adalah berdasarkan alat kajian Gambling Attitude

Survey (GAS) yang dibentuk oleh Kassinove (1998). Item dalam bahagian ini

mengandungi tiga komponen yang mengukur sikap iaitu sikap terhadap perjudian

secara umum, loteri dan kad. Item sikap ini disesuaikan dengan tiga komponen sikap

iaitu afektif, kognitif dan psikomotor (tingkah laku). Contohnya, item berbentuk soalan

afekif; “ Saya seronok berjudi.” Skala Likert digunakan untuk mengukur skala sikap

subjek. Pilihan jawapan terdiri daripada 1 = Sangat tidak setuju, 2 = Tidak setuju, 3 =

Kurang pasti, 4 = Setuju dan 5 = Sangat setuju. Dalam bahagian ini, terdapat 20 item

positif dan tiga item negatif.


Jadual 1

Taburan Item Tinjauan Sikap Perjudian ( Gambling Attitude Survey)

ELEMEN ITEM JUMLAH


Sikap Terhadap Perjudian Secara Umum 1, 2, 4, 10, 12, 14, 18, 19, 21, 23 10
Sikap Terhadap Perjudian Loteri 3, 7, 11, 13, 15, 20, 22 7
Sikap Terhadap Perjudian Kad 5, 6, 8, 9, 16, 17 6
JUMLAH KESELURUHAN 23

Jadual 2

Senarai item positif dan negatif bagi soal selidik sikap terhadap perjudian

ELEMEN ITEM
Positif 1,2,3,4,5,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18,19,23
Negatif 6,20,21

2.6 Tatacara Kajian

Sebelum kajian dijalankan, kajian perpustakaan dilakukan bagi memilih tajuk yang

sesuai bagi kajian lapangan ini. Sumber maklumat mengenai tajuk diperoleh daripada

sumber buku dan jurnal akademik. Kajian tinjauan awal atau Pilot Test dilakukan

terlebih dahulu bagi menguji item dalam borang soal selidik yang telah diubah suai

daripada borang soal selidik yang asal. Cara ini bagi memastikan borang soal selidik

yang dibentuk adalah sesuai dalam konteks tempatan kerana soalan asal dibentuk

mengikut konteks masyarakat di Barat. Lebih kurang 30 borang soal selidik diedarkan

kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah. Subjek yang menjawab borang soal selidik

tinjauan ini akan diberikan masa 10 minit berdasarkan jumlah item sebanyak 23 soalan

sahaja. Borang kemudiannya dikembalikan dan set soalan tinjauan itu akan dikaji

kebolehpercayaan dan keesahannya.

Selepas proses pembaikan, set soal selidik yang baru akan diedarkan kepada

pelajar Universiti Malaysia Sabah. Sebanyak 200 borang diedarkan. Pengkaji akan
memberikan penerangan terlebih dahulu sebelum kajian dijalankan. Masa menjawab

adalah sama seperti semasa membuat kajian tinjauan awal. Setelah semua kertas soal

selidik siap diisi oleh subjek, keseluruhannya dikumpulkan untuk dianalisis. Kemudian,

soal selidik tersebut disemak sama ada lengkap diisi atau tidak. Soal selidik yang

lengkap diisi sahaja akan diterima dan yang mempunyai missing value akan ditolak bagi

mengelakkan berlakunya ralat. Selepas disemak, hanya terdapat 155 borang sahaja

yang lengkap diisi. Data kemudiannya dianalisa menggunakan Statistical Package for

the Social Sciences (SPSS) versi 12 dan akhir sekali melaporkan keputusan.

2.7 Analisis Data

Setiap data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan program komputer iaitu

Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 12. Hipotesis yang dibina akan

dianalisis menggunakan analisis ujian-t sampel bebas dan analisis regresi linear atau

mudah. Ujian–t sampel bebas digunakan untuk mengkaji perbezaan di antara dua

kumpulan berbeza. Dalam kajian ini, ujian–t sampel bebas digunakan untuk mengkaji

perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian, perbezaan

di antara pendapatan ibu bapa dari segi sikap terhadap perjudian dan juga mengkaji

terdapat perbezaan di antara pelajar yang pernah berjudi dengan pelajar yang tidak

pernah berjudi dari segi sikap terhadap perjudian. Analisis regresi mudah digunakan

untuk mengkaji sama ada terdapat pengaruh dari segi kekerapan bermain judi ke atas

sikap terhadap perjudian. Kajian reliabiliti dan validiti juga dijalankan bagi menilai sama

ada item yang dibentuk sesuai untuk digunakan atau tidak dalam konteks kajian

perjudian ke atas pelajar UMS.

2.8 Reliabiliti
Menurut Bar–On dan Parker (2000), tujuan menguji reliabiliti adalah untuk mengetahui

sama ada pengurusan kali kedua ujian berkenaan menghasilkan keputusan yang sama

seperti pada kali pertama. Selain itu, menurut Marvin dan Jack (dlm. Getrude C., 2001),

reliabiliti ialah darjah di mana sesuatu skala itu menghasilkan skor yang konsisten

apabila diukur berulang kali. Dalam kajian ini, kaedah Cronbach Alpha digunakan dalam

menganalisis reliabiliti. Melalui analisis reliabiliti, didapati nilai pekali Cronbach Alpha

yang diperoleh daripada alat kajian GAS ialah .966. Keputusan ini menunjukkan alat

kajian GAS ini menunjukkan tahap skala reliabiliti yang tinggi dan sememangnya boleh

digunakan untuk melihat sikap terhadap perjudian dalam persekitaran di kawasan

kajian.

Jadual 3

Reliabiliti Alat Kajian

Alat kajian Nilai Alpha Cronbach

Gambling Attitude Survey (GAS) .966

2.9 Validiti

Bar–On dan Parker (2000) menyatakan validiti sesuatu instrumen atau alat kajian adalah

had di mana ukuran tepat yang dilakukan dibina ataupun terbina bagi membolehkan

penilaian dibuat. Walau bagaimanapun, Bar–On dan Parker (2000) juga menyatakan

adalah mustahil mengetahui sama ada alat kajian tersebut benar–benar mengukur ciri–

ciri yang dikaji dengan tepat dan sempurna. Oleh itu, pengujian alat kajian yang

berterusan sering dilakukan bagi memastikan skala yang digunakan mengukur apa yang

sepatutnya diukur.
Bagi mengukur validiti sikap terhadap perjudian maka analisis item keseluruhan

telah digunakan. Ia dilakukan dengan melihat korelasi antara setiap item sikap terhadap

perjudian dengan total sikap terhadap perjudian. Dalam nilai korelasi setiap item sikap

terhadap perjudian dengan total sikap terhadap perjudian. Nilai korelasi setiap item

sikap adalah antara .42 hingga .88. Oleh itu, analisis item keseluruhan bagi faktor sikap

terhadap perjudian adalah sesuai digunakan dalam kajian ini(Sila rujuk Jadual dalam

Lampiran B halaman ).

BAB 3
KEPUTUSAN

3.1 Pendahuluan

Bab ini menerangkan keputusan daripada kajian yang diperoleh. Keputusan dalam

kajian ini menjawab segala persoalan kajian dan hipotesis yang diuji sama ada diterima

atau tidak. Kaedah ujian–t dan regresi mudah digunakan dalam menguji hipotesis yang

dinyatakan.

3.2 Maklumat Latar Belakang Sampel Kajian

Maklumat latar belakang daripada kajian ini boleh dikategorikan kepada jantina, etnik,

pendapatan ibu bapa (di bawah RM1000 dan di atas RM1001), kawasan tempat tinggal,

dan pengalaman berjudi (pernah atau tidak pernah). Selain itu, kekerapan bermain judi

juga diukur pada bahagian ini. Daripada 155 orang subjek, lelaki adalah seramai 61

orang dan perempuan adalah seramai 94 orang. Jumlah subjek yang pernah berjudi

adalah 72 orang (46.5%) berbanding 83 subjek (53.5%) lagi tidak pernah berjudi.

Daripada maklumat latar belakang ini menunjukkan 91 orang subjek (58.7%)

mempunyai ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM1000. Manakala 64 orang subjek

(41.3%) mempunyai ibu bapa yang berpendapatan di atas RM1001. Dalam kekerapan

berjudi, 83 subjek didapati tidak pernah berjudi. Subjek yang kerap berjudi adalah

dalam 14 orang subjek, kadang-kadang; 17 orang subjek dan jarang; 41 orang subjek.

Namun tidak terdapat sebarang dapatan analisis bagi subjek yang sangat kerap berjudi

Jadual 4

Maklumat Latar Belakang Sampel Kajian


Pemboleh ubah Kekerapan Peratus

Jantina Lelaki 61 39.4

Perempuan 94 60.6

Pendapatan Ibu Bapa Bawah RM1000 91 58.7

Atas RM1001 64 41.3

Pernah Berjudi Ya 72 46.5

Tidak 83 53.5

Kekerapan Berjudi Tidak pernah 83 53.5

Jarang 41 26.5

Kadang – kadang 17 11.0

Kerap 14 9.0

Sangat kerap 0 0.0

N=155

3.5 Perbandingan sikap terhadap perjudian berdasarkan jantina


Analisis ujian–t menunjukkan terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari

segi sikap terhadap perjudian (t = 3.42, k < .05). Ini menunjukkan lelaki lebih

mempunyai sikap positif terhadap perjudian berbanding perempuan. Oleh itu, hipotesis

pertama kajian ini diterima.

Jadual 5

Keputusan Ujian–t Perbandingan Sikap Terhadap Perjudian Berdasarkan Jantina

Sikap Terhadap Perjudian N Min S.P t Sig.

Lelaki 61 56.64 24.34


3.42 .002

Perempuan 94 43.93 19.66

Nota: Sig k < .05

3.6 Perbandingan sikap terhadap perjudian secara umum berdasarkan


jantina

Analisis ujian–t menunjukkan terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari

segi sikap terhadap perjudian secara umum (t = 3.21, k < .05).Ini menunjukkan lelaki

secara umumnya berpandangan positif terhadap permainan perjudian berbanding

perempuan. Oleh itu, hipotesis kedua kajian ini diterima.

Jadual 6

Keputusan Ujian–t Perbandingan Sikap Terhadap Perjudian Secara Umum Berdasarkan


Jantina

Sikap Terhadap Perjudian N Min S.P t Sig.

Lelaki 61 24.01 11.51

3.21 .00

Perempuan 94 18.49 8.66

Nota: Sig k < .05

3.7 Perbandingan sikap terhadap perjudian loteri berdasarkan jantina


Analisis ujian–t menunjukkan terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari

segi sikap terhadap perjudian secara umum (t = 3.45, k < .05). Iini menunjukkan lelaki

lebih mempunyai sikap positif terhadap perjudian loteri berbanding perempuan. Oleh itu,

hipotesis ketiga kajian ini juga diterima.

Jadual 7

Keputusan Ujian–t Perbandingan Sikap Terhadap Perjudian Loteri Berdasarkan Jantina

Sikap Terhadap Perjudian N Min S.P t Sig.

Lelaki 61 17.18 7.41

3.45 .02

Perempuan 94 13.23 6.18

Nota: Sig k < .05

3.8 Perbandingan sikap terhadap perjudian kad berdasarkan jantina

Analisis ujian–t menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan

dari segi sikap terhadap perjudian secara umum (t = 3.22, k > .05). Oleh itu, hipotesis

keempat kajian ini ditolak.

Jadual 8

Keputusan Ujian–t Perbandingan Sikap Terhadap Perjudian Kad Berdasarkan Jantina

Sikap Terhadap Perjudian N Min S.P t Sig.

Lelaki 61 15.44 6.47

3.22 .06

Perempuan 94 12.20 5.54

Nota: Sig k < .05

3.9 Perbandingan sikap terhadap perjudian berdasarkan pendapatan ibu


bapa
Hasil daripada analisis ujian–t yang dilakukan menunjukkan terdapat perbezaan yang

signifikan di antara pendapatan ibu bapa dari sikap terhadap perjudian, t = -3.16, k < .

05.. Dengan ini, hipotesis kedua kajian adalah diterima.

Jadual 9

Keputusan Ujian- t Perbandingan Sikap Terhadap Perjudian Antara Pendapatan Ibu


Bapa

Sikap Terhadap Perjudian N Min S.P t Sig.

Di bawah RM1000 91 44.05 18.71

-3.16 .00

Di atas RM1001 64 55.86 25.43

Nota: Sig k < .05

3.10 Perbandingan sikap terhadap perjudian berdasarkan pengalaman


berjudi

Hasil analisis ujian–t yang dilakukan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di

antara subjek yang pernah berjudi dan yang tidak pernah berjudi dari segi sikap

terhadap perjudian, t = 9.99, k < .05. Dengan ini, hipotesis ketiga juga diterima.

Jadual 10

Keputusan Ujian–t Perbandingan Sikap Terhadap Perjudian dengan Pengalaman


(Pernah Berjudi dan Tidak Pernah Berjudi)

Sikap Terhadap Perjudian N Min S.P t Sig.

Pernah Berjudi 72 64.36 21.73

9.99 .00

Tidak Pernah Berjudi 83 35.54 12.07

Nota: Sig k < .05

3.11 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian


Hasil analisis regresi menunjukkan kekerapan berjudi memberi sumbangan yang positif

dan signifikan ke atas sikap terhadap perjudian (Beta=.69). Kekerapan berjudi memberi

sumbangan sebanyak 47% ke atas sikap terhadap perjudian. Kesan positif ini

menjelaskan semakin kerap individu itu bermain judi, maka semakin positif sikapnya

terhadap perjudian. Dengan itu, hipotesis yang menyatakan terdapat pengaruh

kekerapan bermain judi ke atas sikap terhadap perjudian adalah boleh diterima.

Jadual 11

Regresi Mudah Kekerapan Perjudian ke atas Sikap Terhadap Perjudian.

Kekerapan Berjudi B R² F Constant Sig.

Sikap terhadap Perjudian .69 .47 136.79 37.0 .00

Nota: Sig k < .05

3.12 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian secara


umum

Analisis regresi menunjukkan kekerapan berjudi memberi sumbangan yang positif dan

signifikan ke atas sikap terhadap perjudian (Beta=.67). Kekerapan berjudi memberi

sumbangan sebanyak 45% ke atas sikap terhadap perjudian secara umum. Kesan positif

ini menjelaskan semakin kerap individu itu bermain judi, maka semakin positif sikapnya

terhadap perjudian secara umum. Hipotesis yang menyatakan terdapat pengaruh

kekerapan bermain judi ke atas sikap terhadap perjudian secara umum adalah diterima.

Jadual 12

Regresi Mudah Kekerapan Perjudian ke atas Sikap Terhadap Perjudian Secara Umum

Kekerapan Berjudi B R² F Constant Sig.

Sikap terhadap Perjudian .67 .45 124.22 15.38 .00

Nota: Sig k < .05

3.13 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian loteri


Analisis regresi menunjukkan kekerapan berjudi memberi sumbangan yang positif dan

signifikan ke atas sikap terhadap perjudian (Beta=.65). Kekerapan berjudi memberi

sumbangan sebanyak 42% ke atas sikap terhadap perjudian loteri. Keputusan ini

menjelaskan semakin kerap individu itu bermain judi loteri, maka semakin positif

sikapnya terhadap perjudian loteri. Hipotesis yang menyatakan terdapat pengaruh

kekerapan bermain judi ke atas sikap terhadap perjudian loteri adalah boleh diterima.

Jadual 13

Regresi Mudah Kekerapan Perjudian ke atas Sikap Terhadap Perjudian Loteri

Kekerapan Berjudi R R² F Constant Sig.

Sikap terhadap Perjudian .65 .42 111.04 11.30 .00

Nota: Sig k < .05

3.14 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian kad

Analisis regresi menunjukkan kekerapan berjudi memberi sumbangan yang positif dan

signifikan ke atas sikap terhadap perjudian (Beta=.67). Kekerapan berjudi memberi

sumbangan sebanyak 44% ke atas sikap terhadap perjudian kad. Keputusan ini

menjelaskan semakin kerap individu itu bermain judi kad, maka semakin positif sikapnya

terhadap perjudian kad. Hipotesis yang menyatakan terdapat pengaruh kekerapan

bermain judi ke atas sikap terhadap perjudian kad adalah boleh diterima.

Jadual 14

Regresi Mudah Kekerapan Perjudian ke atas Sikap Terhadap Perjudian Kad

Kekerapan Berjudi R R² F Constant Sig.

Sikap terhadap Perjudian .67 .44 122.06 10.33 .00

Nota: Sig k < .05

BAB 4
PERBINCANGAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini menumpukan perbincangan berdasarkan kepada keputusan yang diperoleh dan

dikemukakan dalam Bab Tiga. Dalam bab ini, tumpuan kepada perkara seperti

perbandingan di antara jantina dari segi sikap terhadap perjudian, perbandingan di

antara pendapatan ibu bapa dari segi sikap terhadap perjudian dan perbandingan di

antara pelajar yang pernah berjudi dan tidak pernah berjudi dari segi sikap terhadap

perjudian. Di samping itu, bahagian ini juga akan menjelaskan pengaruh kekerapan

berjudi ke atas sikap terhadap perjudian.

4.2 Perbandingan di antara jantina dari segi sikap terhadap perjudian

Keputusan menunjukkan golongan lelaki lebih cenderung bersikap positif dalam

perjudian. Jika dilihat daripada kajian lepas, semuanya menunjukkan keputusan yang

sama iaitu lelaki memang lebih gemar untuk berjudi. Wickwire et al. (2007) dalam kajian

mendapati lelaki lebih bersikap positif terhadap perjudian berbanding perempuan. Sikap

gemar berjudi di kalangan lelaki ini juga boleh dikaitkan dengan kecenderungan mereka

mencuba apa jua jenis perjudian berbanding golongan perempuan. Kajian yang

dilakukan oleh Pusat Kajian Pew ( Pew Social Trends Reports, 2007) berpendapat

golongan lelaki lebih gemar bermain apa jua jenis perjudian. Menurut Wallisch (1996)

golongan lelaki gemarkan perjudian kerana inginkan cabaran dan juga hubungan sosial.

Pendapat ini mengukuhkan dapatan pengkaji mengenai sikap positif golongan lelaki ke

atas perjudian.
Wallisch (1996) juga menyatakan golongan perempuan berjudi hanya untuk

keseronokan sahaja. Hraba dan Lee (1996) turut mendapati yang golongan perempuan

kurang berjudi berbanding lelaki. Dapatan ini menunjukkan yang golongan perempuan

sememangnya bersikap negatif terhadap perjudian. Di Malaysia faktor agama dan

budaya memainkan peranan yang kuat untuk menolak permainan ini dan keadaan ini

mungkin dapat menyokong kenyataan Hraba dan Lee (1996) walaupun kajian yang

dilakukan oleh mereka adalah kepada masyarakat di negara Barat. Walau

bagaimanapun, dalam kajian ini terdapat dalam 29 orang sampel perempuan yang

pernah berjudi dan lelaki seramai 43 sampel. Oleh itu, tidak boleh dikatakan yang

golongan perempuan menolak atau berpandangan negatif terhadap aktiviti perjudian

kerana terdapat sebilangan daripada sampel perempuan dalam kajian ini juga pernah

berjudi.

Kajian yang dilakukan oleh Kassinove, Tsytsarev dan Davidson (1998) mendapati

golongan perempuan di Russia lebih bersikap positif terhadap perjudian terutamanya

dari segi perjudian loteri. Keputusan min kajian yang menunjukkan golongan lelaki

mempunyai min 56.64 berbanding golongan perempuan dengan min 43.93

menunjukkan golongan lelaki sememangnya lebih bersikap positif terhadap perjudian di

dalam kajian ini. Pengkaji mendapati kumpulan perempuan yang berjudi lebih kepada

perjudian kad tetapi tidak melibatkan pertaruhan.

4.3 Perbandingan di antara jantina dari segi sikap terhadap perjudian

secara umum
Kajian ini mendapati golongan lelaki memberikan reaksi yang positif terhadap pendapat

secara umum di dalam perjudian berbanding golongan perempuan. Min bagi golongan

lelaki adalah 24.01 berbanding min daripada golongan perempuan 18.49. Keputusan

kajian ini menyokong kajian Kassinove (1998) yang menyatakan golongan lelaki lebih

bersikap positif terhadap perjudian. Kajian ini juga menyokong hipotesis pertama kajian

yang menyatakan golongan lelaki lebih cenderung ke atas perjudian berbanding

golongan perempuan. Sikap positif terhadap perjudian secara umum boleh dilihat

melalui item “Saya seronok berjudi” dan “ Saya mahu berjudi”.

Golongan lelaki lebih memberikan pandangan positif terhadap persoalan ini

berbanding golongan perempuan. Tetapi ini tidak bermaksud golongan perempuan

terlalu berpandangan negatif terhadap perjudian. Ini kerana perkembangan industri

perjudian ini telah menunjukkan golongan perempuan mula menerima perjudian

(Kassinove, Tsytsarev dan Davidson, 1998). Penerimaan ini menunjukkan golongan

perempuan secara umumnya mula merasakan perjudian satu cara bersosial pada masa

kini berbanding perjudian dahulu yang sering dikaitkan dengan tingkah laku negatif.

4.4 Perbandingan di antara jantina dari segi sikap terhadap perjudian

loteri

Keputusan yang diperoleh menunjukkan golongan lelaki lebih bersikap positif terhadap

perjudian loteri dengan min 17.18. Golongan perempuan pula hanya mencatatkan

keputusan min 13.23. Jelas di sini perjudian yang melibatkan kawasan yang lebih

terbuka seperti perjudian loteri kurang digemari oleh golongan perempuan. Mungkin

faktor budaya masyarakat di Malaysia amnya di Sabah, menunjukkan kekuatan stigma


yang melarang golongan perempuan ini melibatkan diri dalam aktiviti perjudian. Namun

jika dilihat daripada kajian yang dilakukan oleh Kassinove, Tsytsarev dan Davidson

(1998), yang mendapati golongan perempuan di Russia lebih bersikap positif terhadap

perjudian terutamanya dari segi perjudian loteri. Ini mungkin disebabkan masyarakat

Rusia dapat menerima golongan perempuan yang melibatkan diri dalam aktiviti

perjudian loteri.

Kajian oleh Wallisch (1996) ke atas penduduk Texas di Amerika mendapati

sekiranya individu itu lelaki, berpendidikan sekolah tinggi dan mempunyai pendapatan

yang tinggi, individu tersebut sememangnya pernah membeli tiket loteri pada tahun

sebelumnya. Kajian tersebut menunjukkan yang sememangnya golongan lelaki memang

gemar terhadap permainan judi. Keadaan ini mungkin merupakan sebab utama seorang

individu lelaki itu bermain loteri iaitu kerana mahukan aktiviti yang digemarinya

dilakukan.

4.5 Perbandingan di antara jantina dari segi sikap terhadap perjudian kad

Kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara lelaki dan

perempuan dari segi sikap terhadap perjudian kad. Namun min lelaki lebih tinggi

daripada min perempuan dengan min lelaki 15.44 dan min perempuan 12.20. Keputusan

ini menunjukkan kedua-dua golongan sememangnya bersikap positif terhadap perjudian

kad berbanding sikap terhadap perjudian loteri. Keadaan ini mungkin boleh dilihat

daripada aspek pembawaan awal permainan ini daripada rakan mahupun ibu bapa.

Permainan kad biasanya dimainkan dalam bentuk mengisi masa lapang seperti semasa

majlis harijadi mahupun semasa berkumpul dengan rakan–rakan lama. Permainan yang

pada awalnya hanya untuk berseronok akan membawa kepada permainan yang

melibatkan pertaruhan. Golongan lelaki biasanya menggunakan pertaruhan dalam


permainan kad. Ini supaya ia lebih menyeronokkan dan mencabar. Kenyataan ini

bersesuaian dengan hipotesis pengkaji yang pertama yang mengatakan golongan lelaki

menggemari cabaran semasa bermain judi, seperti juga yang dinyatakan oleh Pusat

Kajian Pew (2007) berkenaan dengan golongan lelaki yang mengemari permainan yang

melibatkan cabaran.

4.6 Perbandingan di antara pendapatan ibu bapa dari segi sikap terhadap

perjudian

Kajian ini mendapati wujudnya perbezaan yang signifikan bagi ibu bapa yang

berpendapatan di bawah RM1000 dan ibu bapa yang berpendapatan RM1001 ke atas.

Keputusan kajian menunjukkan min bagi ibu bapa yang berpendapatan di bawah

RM1000 adalah 44.05 dan min bagi ibu bapa berpendapatan RM1001 ke atas adalah

55.86. Keputusan ini menunjukkan individu yang mempunyai ibu bapa berpendapatan di

atas RM1001 lebih cenderung bersikap positif terhadap perjudian berbanding individu

yang mempunyai ibu bapa berpendapatan di bawah RM1000. Keadaan ini menunjukkan

mereka yang mempunyai ibu bapa yang berpendapatan melebihi RM1001 akan lebih

bersikap positif terhadap perjudian.

Menurut Wallisch (1996), mereka yang tidak mendapat pendidikan di sekolah

tinggi dan mempunyai pendapatan yang kurang atau sedikit adalah individu yang paling

sedikit bermain judi. Beliau juga menyatakan, keluarga yang berpendapatan di bawah

US$10,000 tidak akan kerap bermain judi. Keputusan kajian ini boleh dikaitkan dengan

keputusan yang diperoleh pengkaji. Sekiranya dinilai bagi mereka yang berpendapatan

RM1000 dalam masa setahun, pendapatan mereka hanya sebanyak RM12,000 sahaja.

Perbelanjaan wang lebih digunakan untuk perbelanjaan pendidikan, keperluan rumah,


bayaran elektrik dan air, dan juga keperluan lain. Justeru keinginan untuk berjudi

semakin kurang bagi keluarga yang berpendapatan di bawah RM1000.

Namun, menurut Shu–Zhen Kuang (2005), mereka yang berpendapatan rendah

dan mempunyai pendidikan yang terhad atau sederhana mempunyai sikap terhadap

perjudian yang lebih tinggi dan berisiko. Beliau juga turut menekankan yang kemahuan

untuk memenangi ganjaran yang besar telah menyebabkan mereka lebih kerap

mengunjungi kasino dan membeli tiket loteri. Hal ini kerana mereka mempercayai

mereka mempunyai peluang untuk menang. Perbezaan keputusan ini menunjukkan

penyertaan anak–anak yang mempunyai ibu bapa yang berpendapatan di bawah

RM1000 adalah bergantung kepada keyakinan individu untuk membabitkan diri dalam

aktiviti perjudian. Kepercayaan yang perjudian mampu mengubah kehidupan keluarga

individu itu mungkin akan menyebabkan dirinya bersikap positif terhadap perjudian.

Namun sekiranya dirinya merasakan perjudian itu sesuatu yang membazirkan dan salah

di sisi agama, sikap negatif terhadap perjudian pasti dapat mengawal individu tersebut

daripada terus bermain perjudian tersebut.

Keluarga yang mempunyai pendapatan RM1001 dan ke atas lebih kerap bermain

judi mungkin merasakan perjudian merupakan satu keseronokan. Adebayo (1998)

mendapati kebanyakan pelajar kolej menggambarkan perjudian sebagai satu bentuk

rekreasi dan juga sebagai satu cara paling cepat untuk memperbaiki masalah kewangan

mereka. Kemenangan dalam perjudian juga merupakan satu keseronokan dan maka

tidak hairanlah sekiranya keputusan yang diperoleh oleh pengkaji menunjukkan subjek

yang ibu bapanya berpendapatan tinggi cenderung bersikap positif terhadap perjudian.

4.7 Perbandingan di antara pelajar yang pernah berjudi dan pelajar yang

tidak pernah berjudi dari segi sikap terhadap perjudian.


Kajian ini mendapati terdapat perbezaan di antara pelajar yang pernah berjudi dengan

yang tidak pernah berjudi. Dapatan menunjukkan mereka yang pernah berjudi

mempunyai kecenderungan untuk bersikap lebih positif terhadap perjudian. Hasil

keputusan menunjukkan min bagi mereka yang pernah berjudi adalah 64.36 dengan 72

sampel mengatakan mereka pernah berjudi. Sementara itu, min bagi mereka yang tidak

pernah berjudi 35.54 dengan 83 sampel lelaki dan perempuan. Daripada 72 sampel

yang mengatakan mereka pernah berjudi, golongan lelaki adalah seramai 43 orang dan

perempuan sebanyak 29 orang.

Menurut Wallisch (1996), mereka yang tidak pernah berjudi adalah terdiri

daripada golongan perempuan, tidak mempunyai pendidikan yang tinggi sehingga ke

peringkat sekolah tinggi atau universiti dan mempunyai pendapatan isi rumah di bawah

US$20,000 setahun. Selain itu, faktor agama juga merupakan penyebab mereka tidak

pernah berjudi. Faktor agama dan moral ini dikuatkan lagi dengan 46% responden yang

ditemubual memberikan jawapan yang mengaitkan agama sebagai faktor yang

menyebabkan mereka tidak terlibat dengan aktiviti perjudian. Respon jawapan seperti, “

Saya merasakan berjudi sesuatu yang salah” dan “Kitab Injil melarang saya

melakukannya” adalah respon yang diberikan oleh penduduk Texas, Amerika Syarikat,

yang menjadi responden dalam kajian ini. Mungkin subjek dalam kajian ini tidak pernah

berjudi disebabkan oleh faktor moral dan agama. Situasi seperti ini juga mungkin dapat

dikaitkan dengan dapatan kajian ini di mana terdapat sebilangan subjek yang tidak

pernah berjudi. Ini mungkin disebabkan kebanyakkan subjek masih kuat dengan

pegangan agamanya dan budaya mereka.

4.8 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian


Kajian mendapati kekerapan seseorang itu berjudi akan mempengaruhi sikap seseorang

itu terhadap perjudian. Kekerapan bermain judi sememangnya akan memberi kesan

kepada sikap perjudian seseorang. Kekerapan berjudi ini mungkin dipengaruhi oleh

faktor kemenangan atau keseronokan. Menurut laporan National Council on Problem

Gambling (2006), selepas seseorang itu memperoleh kemenangan, individu itu akan

mempunyai keinginan untuk bermain semula permainan tersebut dengan tujuan untuk

menang dengan lebih besar lagi dan laporan tersebut menyatakan 20% responden

menyokong kenyataan tersebut.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Volberg (2003) ke atas 900 sampel yang

berumur lingkungan 14 hingga 22 tahun di sekitar 48 buah negeri di Amerika Syarikat

mendapati mereka yang berumur 18 hingga 22 tahun biasanya akan berjudi sekali

dalam seminggu. Dalam kajian sikap terhadap perjudian ini, pengkaji mendapati subjek

yang berjudi pada setiap minggu (dalam skala kerap) adalah seramai 14 orang. Umur

mereka dalam lingkungan 20 hingga 23 tahun. Keputusan kajian ini menyokong hasil

kajian Volberg (2003) di mana mereka yang berumur 18 hingga 22 tahun ini akan

berjudi sekurang–kurangnya sekali dalam seminggu.

Keputusan kajian juga menunjukkan 41 orang yang jarang bermain judi, iaitu

hanya beberapa kali dalam setahun. Jumlah ini lebih banyak berbanding mereka yang

kadang– kadang berjudi iaitu beberapa kali dalam sebulan hanya mencatatkan 17 orang

sampel. Keadaan ini masih boleh dianggap sebagai bersesuaian dengan keadaan budaya

di Malaysia di mana para belianya masih merasakan perjudian itu merupakan satu

tingkah laku yang negatif dan melanggar ajaran agama dan moral.

4.9 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian secara

umum
Kajian ini mendapati wujud pengaruh kekerapan ke atas sikap terhadap perjudian

secara umum. Individu yang kerap bermain judi akan mempunyai sikap yang positif

terhadap perjudian kerana berasakan perjudian memberikan keseronokan dan kadang

kala keuntungan kepada diri mereka. Griffiths dan Wood (2004) menyatakan golongan

remaja biasanya lebih memikirkan jumlah ganjaran yang bakal mereka menangi

berbanding peluang mereka untuk memenangi ganjaran tersebut. Harapan untuk

memenangi ganjaran yang juga dipengaruhi oleh kemenangan yang pernah mereka

peroleh atau menerusi pembacaan daripada mana-mana sumber media. Ini

meningkatkan lagi kekerapan mereka untuk bermain judi. Ini sekali gus akan

membentuk sikap positif terhadap perjudian secara umumnya dan secara tidak langsung

akan menyebabkan wujudnya pejudi patologikal secara perlahan-lahan.

4.10 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian loteri

Kassinove (1998) dalam kajiannya mendapati wujud sikap yang positif terhadap

perjudian loteri. Ini mungkin disebabkan penambahan bilangan pusat penjualan loteri

yang memudahkan pembelian dan juga keinginan bertingkah laku adalah punca kepada

sikap kongruen iaitu sikap positif terhadap sesuatu perkara itu (Myers, 1993). Dalam

kajian ke atas pelajar UMS, didapati kekerapan berjudi memberi sumbangan 42% ke

atas sikap terhadap perjudian. Kekerapan untuk membeli tiket loteri secara berulang kali

ini mungkin disebabkan wujudnya pusat-pusat penjualan tiket loteri. Tambahan pula,

wujud juga penjual tiket loteri dari rumah ke rumah yang biasanya ke kawasan

kampung yang jauh dari pusat penjualan tiket. Maka tidak hairanlah kekerapan berjudi

dapat mempengaruhi sikap seseorang terhadap perjudian, khususnya loteri. Ini kerana

semakin kerap individu itu bermain perjudian loteri ini, maka semakin positif sikap

individu tersebut terhadap perjudian loteri.


4.11 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian kad

Kajian ini mendapati kekerapan berjudi juga mempengaruhi sikap terhadap perjudian

kad. Perjudian kad merupakan permainan yang boleh dimainkan pada bila-bila masa

sahaja berbanding perjudian loteri yang mempunyai masa-masa tertentu bagi membuat

cabutan tiket pemenang. Perjudian kad biasanya berlaku semasa perayaan-perayaan

besar seperti Tahun Baru Cina dan perayaan Krismas. Namun pada waktu-waktu seperti

ahli keluarga berkumpul contohnya semasa harijadi ataupun semasa hari keluarga,

permainan perjudian kad ini sering digunakan sebagai hiburan dan juga untuk

mendapatkan keuntungan.

Walau bagaimanapun, perjudian ini hanya dimainkan sekiranya perayaan atau

aktiviti tersebut dirayakan. Namun ada juga individu yang akan bermain permainan

perjudian ini pada setiap minggu atau bulan. Kajian Volberg (2003), mendapati mereka

yang berumur 18 sehingga 19 tahun merupakan kumpulan yang paling kerap bermain

judi dalam masa sebulan iaitu sebanyak 27.5% berbanding mereka yang berumur 20

sehingga 22 tahun dengan 24.7% sahaja. Boleh dilihat di sini golongan remaja lebih

gemar bermain perjudian kad kerana mereka tidak dibenarkan bermain perjudian loteri.

Kekerapan mereka bermain perjudian kad berbanding perjudian lain yang tidak

dibenarkan menyebabkan sikap positif mereka terhadap perjudian kad akan semakin

meningkat dari semasa ke semasa. Mungkin apabila umur mereka meningkat, mereka

dapat membiasakan diri dengan perjudian kad dan mengganggap perjudian kad sebagai

sesuatu yang normal biarpun masyarakat memandangnya sebagai sesuatu yang salah di

sisi agama dan norma masyarakat.


BAB 5
PENUTUP

5.1 Pendahuluan

Bab ini mengutarakan rumusan daripada hasil kajian yang telah dilakukan dan diperoleh

daripada pengkaji. Di dalam bab ini juga, perbincangan berkenaan implikasi, masalah

yang dihadapi dan limitasi berkenaan kajian dikemukakan. Selain itu, saranan kajian

juga disertakan bagi pengkaji yang berminat mengkaji lebih lanjut berkenaan sikap

terhadap perjudian dalam konteks masyarakat yang berbeza pula.

5.2 Rumusan kajian

Kesemua hipotesis yang dibentuk oleh pengkaji secara keseluruhannya boleh diterima.

Kesemua hasil kajian menunjukkan keputusan yang signifikan dan keadaan ini

sememangnya menyokong hipotesis yang dibentuk. Hipotesis yang menyatakan

terdapat perbezaan di antara golongan lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap

perjudian disokong dalam kajian ini. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian–kajian

lepas yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji yang mengatakan golongan lelaki

sememangnya bersikap positif terhadap perjudian berbanding golongan perempuan.

Namun, dari segi sikap terhadap perjudian kad, keputusan yang tidak signifikan telah

diperoleh. Keadaan ini mungkin disebabkan golongan lelaki dan perempuan di dalam

kajian ini hanya berasakan perjudian kad boleh dimainkan secara bersama tanpa wujud

unsur pertaruhan dan hanya untuk keseronokan sahaja berbanding perjudian loteri yang

memerlukan wang untuk sebarang pertaruhan.


Kajian ini dapat merumuskan yang masyarakat di institut pengajian tinggi kini

khususnya di kalangan belia melihat perjudian itu sebagai satu permainan yang boleh

diterima di dalam konteks masyarakat di Malaysia, tidak kira sama ada individu tersebut

perempuan mahupun lelaki. Namun golongan lelaki sememangnya kumpulan yang telah

dilabelkan sebagai golongan yang gemar berjudi dan dapatan kajian ini dan kajian lepas

menyokong kenyataan ini. Merujuk kepada pendapatan ibu bapa atau isi rumah secara

keseluruhannya di dalam kajian ini, mereka yang mempunyai ibu bapa yang

berpendapatan isi rumah RM1001 dan ke atas mempunyai sikap yang positif untuk

bermain judi berbanding mereka yang mempunyai keluarga yang berpendapatan

RM1000 dan ke bawah. Keadaan ini menunjukkan pendapatan yang tinggi juga

menggalakkan masyarakat untuk berjudi dan situasi ini boleh dikaitkan dengan faktor

kepuasan dan keseronokan diri.

Kemiskinan yang dialami oleh sesebuah keluarga itu sehingga menjadikan

perjudian sebagai medan untuk mengubah keadaan keluarga tidak akan mampu

memberhentikan tabiat atau sikap terhadap perjudian. Hal ini kerana kemenangan akan

menyebabkan keseronokan dan kepuasan dalam diri seseorang seperti yang

dikemukakan oleh Abraham Maslow dalam Teori Hierarki Keperluan Maslow. Keadaan ini

sebagai motivasi yang diperoleh daripada kemenangan yang memuaskan kehendak

fisiologi dan seterusnya kepada penyempurnaan keperluan lain (Ma’rof Redzuan dan

Haslinda Abdullah, 2003).

5.3 Implikasi kajian


Daripada kajian ini, dapat dilihat beberapa implikasi yang wujud. Salah satunya adalah

kajian ini telah menyedarkan kita sebagai masyarakat bahawa faktor agama dan budaya

tidak lagi menjadi alasan mengapa sikap yang positif terhadap perjudian ini tidak

berlaku dalam kalangan belia di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Mungkin keadaan

ini berlaku akibat gerbang media terutamanya melalui laman – laman web internet yang

semakin mudah untuk dimasuki oleh para pengguna pelbagai umur. Pengusaha industri

ini telah menjadikan internet sebagai produk pengiklanan kepada pasaran perjudian

mereka yang sememangnya tanpa had. Permainan yang bercorak hiburan telah berjaya

membawa seseorang individu itu untuk lebih kerap bermain judi dalam apa jua jenis

permainan. Walaupun kajian yang dilakukan pengkaji hanya terhadap perjudian kad dan

loteri sahaja, informasi dan kaedah bermain mengenai perjudian permainan tersebut

begitu mudah diperoleh pada masa kini, apalagi sekiranya menggunakan internet. Oleh

itu, kajian ini serba sedikit dapat melihat situasi masa kini yang mempengaruhi sikap

seseorang itu terhadap perjudian.

Selain itu, kajian ini juga telah dapat mengetengahkan kepada masyarakat tahap

kekerapan berjudi dalam kalangan belia terutamanya golongan pelajar universiti.

Biarpun masih di tahap yang jarang bermain, namun tidak mustahil sekiranya mereka

yang dikategorikan jarang bermain akan berubah kepada tahap sering bermain pada

masa akan datang. Budaya perjudian ini akan semakin mudah menular sekiranya pada

peringkat awalan lagi masalah ini tidak disekat. Kajian ini diharap dapat menyedarkan

semua pihak, tentang penerimaan masyarakat terhadap perjudian masih pada tahap

sederhana dan masih boleh dikurangkan sebelum menimbulkan masalah lain seperti

pejudi patologikal dan masalah sosial. Oleh itu, kajian lanjutan harus sentiasa dijalankan

bagi mengetahui sikap masyarakat tempatan terhadap perjudian.


Kajian ini juga dapat memperbanyakkan lagi usaha dalam mengkaji aspek

perjudian dari sudut psikologi seperti sikap dan tingkah laku. Dapatan kajian ini diharap

dapat membantu pengkaji–pengkaji akan datang untuk mendapatkan sumber rujukan

tambahan terutamanya mereka yang mengaitkan aspek perjudian dalam psikologi.

5.4 Masalah kajian

Wujud beberapa masalah semasa pengkaji menjalankan kajian ini dan seharusnya

pengkaji lain yang mahu menjalankan kajian berkenaan aspek perjudian dapat

memperbaiki atau mencari penyelesaian awal sebelum kajian dilakukan. Salah satu

masalah utama yang dihadapi oleh pengkaji adalah masalah alat kajian yang digunakan.

Walaupun pengkaji mempunyai alat kajian yang mempunyai kebolehpercayaan yang

tinggi, namun banyak item–item yang terpaksa diubah daripada item yang asal. Hal ini

bertujuan menyesuaikan item tersebut dengan konteks masyarakat tempatan dan bagi

memastikan alat kajian ini boleh digunakan dan difahami oleh subjek kajian.

Selain itu, item yang menyoal berkenaan pendapat umum masyarakat terhadap

perjudian juga tidak banyak dalam alat kajian asal. Tambahan pula, persoalan yang

ditimbulkan sememangnya lebih kepada masyarakat di negara Barat dan ini

menyukarkan pengkaji mengubah set soalan kepada perspektif di negara Timur.

Pengkaji bimbang pengubahsuain ini akan mengganggu kebolehpercayaan dan

keesahan alat kajian. Di samping itu, banyak item yang hampir sama dalam setiap

soalan menyebabkan subjek kajian tidak memahami persoalan yang cuba diutarakan.

Keadaan ini memberi masalah kepada pengkaji pada peringkat awal namun melalui

perbincangan dengan pensyarah, keadaan ini telah dapat diatasi. Diharap, pengkaji

yang akan datang dapat memahami alat kajian dengan lebih jelas dahulu sebelum

menggunakannya dalam kajian sebenar.


Masalah lain yang wujud adalah dari segi kerjasama daripada subjek kajian.

Daripada 200 borang soal selidik yag diedarkan, hanya 155 borang yang lengkap diisi

sahaja diperoleh atau boleh dianalisa. Borang soal selidik yang selebihnya

sememangnya tidak boleh digunakan akibat beberapa masalah yang timbul. Antara

masalah tersebut adalah banyak bahagian yang tidak diisi contohnya pada bahagian

jantina dan pendapatan ibu bapa. Kekosongan ruangan ini sememangnya menyukarkan

kepada pengkaji kerana bahagian itu diperlukan dalam menjawab hipotesis yang telah

dibentuk. Ada juga borang soal selidik yang tidak dikembalikan dan keadaan ini

menyebabkan harapan untuk mendapatkan 200 borang soal selidik yang telah siap disi

tidak tercapai dalam kajian ini.

5.5 Limitasi kajian

Di dalam bahagian, terdapat beberapa limitasi kajian yang wujud. Dari segi alat kajian,

kebanyakkan alat kajian yang diperoleh pengkaji adalah lebih kepada perspektif

masyarakat Barat contohnya Gambling Attitude Survey yang dibentuk oleh Kassinove.

Kekurangan alat kajian berkenaan sikap terhadap perjudian ini dalam konteks tempatan

sememangnya menjadi limitasi dalam menjalankan kajian sebegini.

Selain itu, kajian ini juga tidak dapat mengkaji kesan judi ke atas masalah sosial

seperti mencuri, pengambilan alkohol dan dadah, dan masalah sosial yang lain. Kajian

ini hanya dapat melihat kekerapan berjudi seseorang itu sahaja. Pengkaji yang ingin

membuat kajian berkenaan aspek perjudian di masa akan datang seharusnya

menumpukan kaitan masalah sosial dengan perjudian. Perkaitan ini akan dapat

membantu mengenal pasti mengapa sesetengah pejudi itu kerap melakukan kesalahan

sosial.
Kajian ini juga tidak dapat mengkaji aktiviti perjudian yang lain seperti perjudian

di kasino, lumba kuda, kad gores dan menang dan sebagainya. Kajian ini hanya

mengkaji dua aktiviti perjudian yang sering dimainkan seperti perjudian loteri dan kad

sahaja. Limitasi ini dipengaruhi oleh kawasan kajian dan pengetahuan berkenaan

perjudian kerana selain perjudian loteri dan kad, perjudian yang lain kebanyakkan

dimainkan oleh golongan awal dewasa berbanding remaja. Pengkaji akan datang

seharusnya memperluaskan lagi kajian mereka dalam perjudian ini kerana banyak

terdapat banyak jenis perjudian masa kini yanng boleh dikaji.

Selain itu, pemilihan tempat kajian yang hanya fokus kepada subjek di kalangan

pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) sahaja adalah limitasi dalam kajian ini

juga. Pemilihan UMS sebagai lokasi kajian sahaja sebenarnya tidak mencukupi bagi

menilai tahap sikap remaja di Malaysia terhadap perjudian. Kajian ini juga tidak dapat di

jalankan ke atas remaja dari kalangan pelajar bukan IPTA iaitu golongan remaja yang

mengganggur ataupun bekerja. Golongan ini merupakan golongan yang mempunyai

risiko tinggi untuk menjadi pejudi patologikal kerana mereka lebih terdedah kepada

aktiviti perjudian berbanding golongan remaja yang berpendidikan.

5.6 Saranan kajian

Pengkaji menyarankan kepada pengkaji lain yang mahu menjalankan kajian bagi

permasalahan ini agar meluaskan lagi kajian mereka kepada perspektif belia yang lain

dan bukannya kepada belia yang sedang menuntut di IPTA mahupun IPTS. Ini bagi

meningkatkan lagi hasil keputusan yang bakal diperoleh. Selain itu, kajian ke atas

masyarakat Malaysia juga adalah disarankan bagi membolehkan pengkaji meneliti tahap

sikap masyarakat Malaysia terhadap perjudian masa kini. Di samping, kajian di setiap

negeri juga boleh dilakukan bagi mengetahui tahap sikap perjudian di negeri tersebut
supaya pemantauan oleh pihak berwajib boleh dilakukan bagi mengurangkan masalah

tersebut.

Alat kajian yang lebih bersesuaian dengan keadaan persekitaran masyarakat

tempatan harus dibentuk dan digunakan sebagai alat kajian bagi mengkaji sikap

terhadap perjudian di negara ini mahupun negara Asia yang lain. Dengan adanya alat

kajian ini, pengkaji–pengkaji lain yang hendak menjalankan kajian dapat menggunakan

alat kajian tersebut khususnya dalam konteks tempatan.

RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd.(1997). Daya pengaruh dan perubahan sikap. Kuala
Lumpur: Percetakan Cergas(M) Sdn.Bhd.

Adebayo, B. (1998). Luck of the dice: Gambling attitudes of a sample of community


college students. College Student Journal, 32, 255-257.
American Psychiatric Association (1994). Diagnostic and statistical manual of mental
disorders. (4th ed.). United States of America : Author.

Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action . United States of America:
Prentice Hall.

Bar-On, R. & Parker, D.A.J. (2000). BarOn emotional quotient inventory: youth
version(BarOn EQ – i:YV). United States of America: Multi – Health Systems Inc.

Burnett, J., Ong, B., & Fuller, A. (1999). Correlates of gambling by adolescents. In: J,
McMillen, L, Laker (Eds.), Developing strategic alliances. Proceedings of the 9th
National Association for Gambling Studies Conference (pp.216–234), Gold Coast,
Queensland.

Davidson, L., Collins M. L., & Romboy, D. (2005). Gambling spurs social, legal woes.
Amerika Syarikat: Desert Morning News.

Delfabbro, P. & Thrupp, L. (2003). The social determinants of youth gambling in South
Australian adolescents. Journal of Adolescent, 26(3), 313 – 330.

Fishbein, M. & Ajzen, L. (1975). Belief, attitude, intention and behavior: an introduction
to theory and research. Reading, MA: Addison – Wesley.

Furnham, A. (1986). Children’s understanding of the economic world. Australian Journal


of education, 30, 219 – 240.

Getrude Cosmas(1999). Sikap masyarakat luar bandar terhadap pembangunan dalam


usaha pembasmian kemiskinan. Koleksi kertas kerja mini seminar: peranan
psikologi dalam masyarakat Malaysia semasa. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia
Sabah.

Jackson, A. (1999). The impacts of gambling on adolescents and children . Report


prepared for the Department of Human Services, Victoria, School of Social Work,
University of Melbourne.

Kassinove, J.I. (1996). Pathological gambling: The neglect epidemic. The Behavior
Therapist, 19,102-104.

Kassinove, J.I. (1998). Development of the Gambling Attitude Scales: Preliminary


Findings. Journal of Clinical Psychology, 54(6), 763 – 771.

Kassinove, J.I., Tsytsarev V.S., & Davidson I. (1998). Russian attitudes towards
gambling.Journal of Psychology, 24(1), 41 – 46.

Moore, S.M. and Ohtsuka, K. (1997). Gambling activities of young Australians:


Developing a model of behavior. Journal of Gambling Studies, 13, 207–236.

Moore, S.M. and Ohtsuka, K. (1999). Beliefs about control over gambling among young
people, and their relation to problem gambling. Psychology of Addictive
Behaviors, 13, 339–347.
Ngo Pei Nee (2002). Waktu dating pertama dan sikap dating remaja: pengaruh strategi
keibubapaan dan faktor – faktor lain. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Oskamp, S. (1991). Attitudes and opinions.( 2nd Ed). New Jersey: Prentice Hall.

Shaffer, H.J., LaBrie, R., Scanlan, K.M. & Cummings, T.N. (1994). Pathological Gambling
Among Adolescents: Massachuttes Gambling Screen(MAGS). Journal of Gambling
Studies, 10(4), 339 – 370.

Shaffer H.J., Hall M.N., & Vander B.J. (1999). The prevalence of disordered gambling
behavior in the United States and Canada: A research synthesis. American
Journal of Public Health, 89(9), 1369 – 1376.

Stinchfield, R. (2004). Demographic, psychosocial, and behavioral factors associated


with youth gambling and problem gambling. In Gambling Problems in Youth:
Theoretical and Applied Perspectives, ed. Derevensky & Gupta, 27–40. New
York : Kluwer Academic/Plenum Publishers.

Thurstone, L.(1931). The measurement of social attitudes. New York: John Wiley &
Sons. Inc.

Wood, R.T.A., & Griffiths, M. (1998). The acquisition, development and maintenance of
lottery and scratchcard gambling in adolescence. Journal of Adolescence, 21, 265
– 273.

Wood, R.T.A., & Griffiths, M. (2002). Risk factors in adolescence: The case of gambling,
videogame playing, and the Internet. Journal of Gambling Studies, 16(2/3), 199–
226.

Wood, R.T.A., & Griffiths, M. (2004). Adolescent lottery and scratchcard players: do their
attitudes influence their gambling behaviour?. Journal of Adolescence, 27, 467 –
475.

Wickwire, M.E. , Whelan, P.J. , Meyers, W.A. , & Murray, M.D. (2007). Environmental
correlates of gambling behaviour in urban adolescents. Journal of Abnormal
Child Psychology. 35, 179 – 190.

RUJUKAN ATAS TALIAN

Anderson, K. (2005). Gambling. Dicetak pada 14 Jun 2008. (atas talian)


http://www.probe.org/content/view/662/0/
Creigh–Tyte, S. & Lepper, J.(2004). Survey of participation in, and attitudes
towards,gambling. Dicetak pada 16 November 2007. (atas talian)
www.culture.gov.uk.

National Gambling Impact Study Commision (2007). Lotteries. Dicetak pada 18


November 2007.(atas talian)
http://www.NationalGamblingImpactStudyCommision .

National Council on Problem Gambling (2006). Dicetak pada 14 Jun 2008. ( atas talian)
http://www.ncpg.org.sg/research/NCPG_PE_Baseline_Survey_Report.pdf

Lewis, E. (2008). Gambling and Islam: Clasing and Co – Existing. Dicetak pada 14 Jun
2008.(atas talian) http://www.math.byu.edu/~jarvis/gambling/Student-
papers/Eric-Lewis.pdf

Lotteries (2007). Dicetak pada 18 November 2007. (atas talian)


http://www.MSNEyclopediaArticle.com.

Lotteries (2007). Dicetak pada 18 November 2007. (atas talian)


http://www.NationalGamblingImpactStudyCommission.com.

Pusat Kajian Pew (2007) Pew Social Trends Reports. Dicetak pada 22 Febuari 2008.(atas
talian) http://www.pewresearch.org.

Pratte E.D (2002). Is Gambling Moral or Immoral? Dicetak pada 14 Jun 2008. (atas
talian) http://www.gospelway.com/morality/gambling.php.

Rosati, M.K. (2008) Legalized Gambling in Hawaii: A very Bad Bet. Dicetak pada 14 Jun
2008.(atas talian) http://www.HawaiiFamilyForum.com .

Shu-Zhen Kuang (2005). Compulsive Gambling:Why Gambling. Dicetak pada 14 Jun


2008. (Atas talian)
http://serendip.brynmawr.edu/bb/neuro/neuro05/web3/skuang.html

Volberg, R. (2003) On the Path to Problem Gambling: National Survey Shows Casinos,
Slots And Lotteries Attract Youth Into Potentially Addictive Habit. Dicetak pada
19 Januari 2008. (atas talian)
http://www.TheAnnenbergNationalRiskSurveyofYouth.com.

Wallisch, S.L. (1996). Gambling in Texas: 1995 Surveys of Adult and Adolescent
GamblingBehavior. Dicetak pada 14 Jun 2008. (atas talian)
http://www.tcada.state.tx.us

You might also like