Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
APCO Pendedahan Oleh Anwar

APCO Pendedahan Oleh Anwar

Ratings: (0)|Views: 732|Likes:
Published by ijoks2009
PENDEDAHAN ANWAR IBRAHIM ISU APCO DI DEWAN RAKYAT 30 MAC 2010
PENDEDAHAN ANWAR IBRAHIM ISU APCO DI DEWAN RAKYAT 30 MAC 2010

More info:

Published by: ijoks2009 on Mar 30, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/24/2014

pdf

text

original

 
PENDEDAHAN DSAI ISU APCO DI DEWAN RAKYAT 30 MAC 2010
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberipenjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernamaAPCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namundemikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyatyang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupunreputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya.Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronismeyang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkankepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadapkeselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asingdan tercalarnya maruah umat.Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari inibukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataansaya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yangditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaansaya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaandan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit;peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapikenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yanglebih menyeluruh dan membimbangkan.Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di JabatanPerdana Menteri sendiri yang menyatakan:“Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakanperkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secaramenyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosidan meningkatkan imej Malaysia di luar negara ”Manakala bagi pihak APCO sendiri, merekamerumuskan penglibatan mereka seperti berikut:“APCO's work has included communication support for a broad range of reform initiativesundertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs,promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyakpersoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapanmahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walauitupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usahaini menelan belanja sekitar RM 20 juta. Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakuibahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh,bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalampelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam
1
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
 
mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan denganmendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.Pada 18hb Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan merekadengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagaifirma perunding.Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untukmengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran PerdanaMenteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyaisebarang hubungan dengan pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, atau Dato’ Sri Najib sendiri,pembantunya atau para penasihatnya.Sebuah portal berita telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCOdengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.Antara lain, dilaporkan bahawaperkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha,penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi dalam firmaperunding Ethos Consultancy. Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antaraOmar Mustapha dan APCO sebelum pun APCO dilantik secara rasmi sebagai perundingkerajaan.Walaupun yang diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan sendirioleh Perdana Menteri peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyatakebanyakan dari kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masihberterusan.Sebab itu kita tidak hairan, sebaik sahaja Dato’ Seri Najib menjadi PerdanaMenteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO menjadi perundingkomunikasi kerajaan.Malah, laporan berita tersebut dengan jelas menyatakan bahawaseorang penasihat dari APCO telah pun ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak dariawal Perdana Menteri mengambil alih.APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 haripentadbirannya, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yanglain.Berdasarkan laporan tersebut juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidakselesa apabila Perdana Menteri ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepadaAPCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan kepada kerajaan. Kontrak itu dijangkadianugerahkan antara bulan Julai dan September 2009; iaitu selepas penglibatan individudari APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta – semuanya telah pundilaporkan sejak tahun lalu dan ianya belum pun dinafikan pihak yang dikatakanterlibat.Sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabilakerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbillionringgit; atau diaibkan di peringkat antarabangsa; saya melihat episod perlantikan APCO inisebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugikan dan membahayakan negara.Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaanuntuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lepas apabila terlalu percayakan penasihatasing sehingga kita tidak memeriksa dengan tepat reputasi mereka serta penglibatan
2
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
 
mereka sebelum ini. Apatah lagi perlantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpapenelitianDulu, mantan Perdana Menteri mengizinkan kerajaan melantik David Zaidner darifirma Marc Rich untuk menasihati agensi kerajaan dan Bank Bumiputra cuba memanipulasipasaran timah sedunia sehingga kita kerugian besar. Tidak sewajarnya kita lupa skandalMaminco itu. Mantan Perdana Menteri ketika itu seolah-olah tidak meneliti dahulu rekodDavid Zaidner, yang diketahui umum tidak suka mengikut peraturan dan undang-undang didalam amalannya.Kemudian, episod yang membabitkan Jack Abramoff hanya untuk mendapatkan satutemujanji dengan Presiden Bush dalam tahun 2002 dengan membayar USD$1.2 juta tanpamemeriksa dahulu latar belakang Jack Abramoff. Dalam tahun 2006, kerajaan Malaysiadimalukan apabila Jack Abramoff didapati bersalah menipu dalam satu transaksi kewangansehingga dipenjarakan dan pada masa itulah semua penglibatan kerajaan Malaysiadidedahkan. Abramoff juga merupakan seorang pelobi yang terlibat dalam penipuan tanahkaum peribumi Amerika Syarikat(Red Indian) untuk tujuan pembinaan kasino. PerlantikanAbramoff juga dibuat dengan penuh kerahsiaan dan pasti tidak diketahui umum sekiranyaAbramoff tidak diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat.Walaubagaimanapun,mantan Perdana Menteri tersebut hanya memberikan tugasan yang spesifik kepada firmaMarc Rich dan Jack Abramoff dan tidak melibatkan perjalanan jentera kerajaan yangmenyeluruh.Dalam konteks inilah, kita melahirkan kebimbangan kerana kenyataan keraajaan sendirimenjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasikerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat. Kenyataan APCOmenyatakan:“will work to assist in strengthening the government’s online and other strategiccommunication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media andpublic.”Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatanAPCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaandengan APCO.
APCO DAN MODUS OPERANDI
Tetapi sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapatdengan kerajaan merupakan satu risiko yang wajar kita elakkan, kita perlu meneliti dahulumodus operandi firma-firma seperti APCO.Hanya dengan memahami modus operandi yangdigunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengankerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilapkerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat ataupun ahli-ahli politik di Capitol Hill.Pada masa yang sama, APCO juga menggunakan khidmatmereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalaukita lihat senarai Panel Penasihat Antarabangsanya, ahli penasihat APCO termasuklah
3
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
SyifaRosli liked this
Cascade Asia liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->