Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Keterancaman Ekosistem Bukit Fraser

Keterancaman Ekosistem Bukit Fraser

Ratings: (0)|Views: 476 |Likes:
Published by afiqzaini

More info:

Categories:Types, Research, Science
Published by: afiqzaini on Mar 31, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/10/2012

pdf

text

original

 
 
Seminar Bio-kejuruteraan, Penilaian Ekosistem & Spesies 2009. Shahzan Inn, Bukit Fraser, Pahang13-15 April 2009 1
KETERANCAMAN KESIHATAN EKOSISTEM BUKIT FRASER:IMPAK PENJANAAN SISA BUANGAN
Zaini Sakawi, Asmah Ahmad & Mohd Hairimi Mohd Ali
ABSTRAK Penjanaan sisa buangan merupakan sebahagian daripada komponen pencemar alam sekitar. Masalah penjanaan sisa buangan yang terdiri daripada sisa pepejal, cecair dan gas bukan sahaja menjadi isu kronik dalam ekosistem bandar, tetapi juga dalam pelbagai ekosistem terestrial lain dan juga ekosistem akuatik.Kewujudan ekosistem tanah tinggi sebagai sumber pelancongan juga merupakan sebahagian daripadaekosistem yang tidak terkecuali menerima impak penjanaan sisa buangan sebagai manifestasi sikapmasyarakat, tahap kesedaran alam sekitar yang rendah, kelemahan pengurusan dan pentadbiran sesuatukawasan. Bagi merungkai masalah ini, kajian ini cuba melihat bagaimana penjanaan sisa buangan sama adasecara semulajadi atau/dan akibat aktiviti manusia menjadi salah satu punca perubahan danketidakseimbangan kesihatan ekosistem tanah tinggi, khususnya di Bukit Fraser. Dapatan kajianmenunjukkan punca penjanaan sisa di kawasan ini tidak sahaja terhad kepada faktor manusia sebagai penjana utama, tetapi punca semulajadi juga dilihat penyumbang besar penjanaan sisa apabila aspek  pengurusan diabaikan. Kehadiran sisa buangan ini dilihat sebagai ancaman utama kepada keseimbangankesihatan ekosistem Bukit Fraser kerana penjanaan yang berterusan bukan sahaja memberi impak ke atas persekitaran fizikal, tetapi impak negatif ke atas persekitaran manusia.
Kata Kunci
: Sisa buangan semulajadi, sisa buangan buatan, penjanaan sisa buangan, keterancamanekosistem, pengurusan alam sekitar ABSTRACTWaste generation is a component of environmental pollutant. The problem of waste generation albeitsolid wastes, liquid and gaseous, has not only become a chronic issue in the urban ecosystem, but also inother terrestrial ecosystems as well as aquatic. The conversion of highland ecosystem for tourism has notspared it from the impacts of waste generation, a manifestation of societal attitude, low environmentalawareness, and weakness in the management and administration of an area. To understand the problem, thisstudy attempts to find out how does waste generation, either via natural or/and man-made activities, acts asone of the sources of change and disequilibrium in highland ecosystem health, particularly at Bukit Fraser.Findings from the study showed that waste generation in the latter area was not only limited to the humanfactor as the main polluter or waste generator, but was also mainly contributed by nature especially whenwaste management was ignored. The presence of the wastes was seen to be a major threat to the healthequilibrium of Bukit Fraser’s ecosystem. This is because continuous generation of wastes does not onlyimpact the physical environment negatively, but the human environment as well.Key words: natural wastes, man-made wastes, waste generation, ecosystem vulnerability, environmentalmanagementPENGENALANKeseimbangan ekosistem merupakan satu keadaan yang stabil antara sistem yang terdapat di permukaan bumi. Salingkaitan antara manusia dan alam sekitar sendiri boleh memberi impak ke atas kepelbagaianekosistem sama ada ekosistem terrestrial dan ekosistem akuatik. Impak salingkaitan ini bukan sahajaterjana dalam impak positif, tetapi juga memberi impak negative kepada persekitaran. Antara impak negative yang mungkin wujud dari salingkaitan ini ialah perubahan persekitaran fizikal, khususnya berkaitan dengan pencemaran udara, kualiti air, gangguan bunyi bising, hakisan, tanah runtuh, banjir kilat,
 
 
Seminar Bio-kejuruteraan, Penilaian Ekosistem & Spesies 2009. Shahzan Inn, Bukit Fraser, Pahang13-15 April 2009 2
dan masalah sisa buangan. Gangguan keseimbangan ekosistem ini tidak sahaja terhad dalam ekosistemurban yang memang secara luwesnya amat terdedah kepada perubahan dan gangguan yang berlaku.Perubahan keseimbangan ekosistem ini boleh berlaku dalam ekosistem hutan, akuatik, dan ekosistem tanahtinggi.Kewujudan ekosistem tanah tinggi yang berkaitan dengan keindahan semulajadi dan nilai estetikayang tinggi boleh mengundang manusia datang menikmati keindahan tersebut. Dalam konteks ini,kewujudan salingkaitan atau interaksi ini akan menjana kepelbagaian impak. Antara impak yang akandibincangkan dalam perbincangan ini, khususnya di tanah tinggi peranginan seperti Bukit Fraser ini ialah penjanaan sisa buangan. Isu sisa buangan di kawasan tanah tinggi bukan merupakan isu semasa yangkurang penting berbanding dengan peranannya dalam ekosistem Bandar, tetapi ia juga boleh memberiimpak negatif ke atas pembangunan pelancongan di kawasan Tanah tinggi sepert kawasan peranginan tanahtinggi Bukit Fraser.Penjanaan sisa buangan berlaku tidak sahaja terhad disebabkan pengaruh manusia khususnya berkaitan dengan penjanaan dan pelupusannya, tetapi ia juga boleh berlaku secara semulajadi (Zaini 2006a:Zaini et al. 2009)). Faktor penguatkuasaan dan kelemahan pentadbiran boleh menjadi sebagai satu perisaiyang boleh mengurangkan masalah penjanaan sisa buangan ini. Penjanaan sisa buangan di kawasan peranginan tanah tinggi seperti Fraser Hill bukan sahaja wujud dalam bentuk pepejal, tetapi turut menjanasisa dalam bentuk cecair dan gas. Kepelbagaian isu berkaitan dengan pengurusan sisa buangan ini memberiharapan bukan sahaja terhadap kesejahteraan dan keamanan persekitaran, tetapi turut mengundang kepadakelestarian ekosistem khususnya pembangunan di sekitar pusat peranginan Bukit Fraser 
METOD KAJIAN
Umumnya, kajian ini lebih fokus kepada pemerhatian dan data primer di lapangan. Kaedah pengamatan dilapangan adalah proses untuk penerangan terperinci berhubung dengan sesuatu fenomena yang berlaku bagi membuktikan situasi dan kejadian yang wujud. Pemerhatian dan pengamatan di lapangan ini bertujuanmendapatkan maklumat berkaitan persekitaran semasa kawasan kajian khususnya berkaitan dengan penjanaan sisa buangan dalam ekosistem daratan dan akuatik di Bukit Fraser. Kaedah ini jugamembolehkan pengkaji mendapat maklumat secara terus tentang perubahan yang berlaku dan disokongdengan gambar semasa sebagai bukti. Data dan maklumat yang diperolehi dapat membantu melengkapkankajian ini khususnya perbincangan berkaitan dengan keterancaman kesihatan ekosistem Bukit Fraser impak  penjanaan sisa buangan.
PERSEKITARAN BUKIT FRASER 
Keindahan ekosistem tanah tinggi Bukit Fraser yang terserlah melalui persekitaran tanah tinggi yang masih belum ketara perubahan ekosistem terestial dan akuatik di sekitarnya serta keselesaan cuaca tempatannyamampu mengamit pelancong untuk berkunjung. Nilai estetika semulajadi ekosistem tanah tinggi ini harusdikekalkan sebagai daya tarikan kepada orang ramai yang inginkan ketenangan, kedamaian dan pelariandari ekosistem (Rajah 1). Bandar yang terdedah dengan pelbagai pencemaran dan ketidak selesaan seperti pencamaran bunyi, udara dan kawasan hijau. Pembangunan sedia ada yang terhad dan selari dengankeperluan dan rupa bumi tanah tinggi harus dikekalkan bagi menjamin kesejahteraan Bukit Fraser terusterpeliharaan. Gunatanah semasa yang lebih tertumpu kepada penginapan dan perhotelan bagi pengunjungmerupakan persekitaran sedia ada yang memberi ruang dan kesempatan bagi pengunjung berehat sambilmenikmati khazanah semulajadi ekosistem tanah tinggi ini.Kewujudan kawasan kediaman khususnya pekerja di kawasan tanah tinggi yang berpusat di sekitar Taman Hijau mencerminkan perancangan yang teratur kerana fenomena ini harus diwujudkan bagimemastikan tidak berlaku kecelaruan kawasan kediaman yang merupakan punca penting yangmenyumbang kepada keterancaman kesihatan ekosistem tanah tinggi, khususnya yang berkaitan dengan penjanaan sisa buangan. Begitu juga dengan kawasan gerai makan serta jualan cenderamata berpusatmemberi satu persekitaran yang sihat khususnya memudahkan aspek pengurusan dan pentadbirannya
 
 
Seminar Bio-kejuruteraan, Penilaian Ekosistem & Spesies 2009. Shahzan Inn, Bukit Fraser, Pahang13-15 April 2009 3
Rajah 1: Pemandangan Pintu Masuk Utama ke Bukit Fraser Sumber: Kerjalapangan, November 2008
KONSEP EKOSISTEM KESIHATAN DAN SISA BUANGAN
Ekosistem kesihatan merujuk kepada kesejahteraan, keseimbangan dan kestabilan sesuatu ekosistem samaada merujuk kepada ekosistem terrestrial dan ekosistem akuatik. Perubahan yang berlaku ke atas sebarangekosistem ini bukan sahaja memberi impak kepada gangguan kesihatan ekosistem yang boleh menjejaskankualiti alam sekitar Bukit Fraser tetapi juga memberi impak persekitaran manusia khususnya sebagai dayatarikan kepada pelancong yang mencintai keaslian alam sekitar. Perubahan yang berlaku yang bolehmemberi impak langsung dan tidak langsung ke atas kesihatan ekosistem boleh berlaku dalam bentuk gangguan kualiti udara, air, bunyi, landskap dan sisa buangan. Gangguan yang tidak terkawal dan berterusan ini bukan sahaja menjadi penyumbang kepada kecacatan imej Bukit Fraser sebagai destinasi pelancong tetapi keseimbangan dan keaslian ekosistem semulajadi harus dikekalkan demi kesihatanekosistem yang seimbang dan berterusan akan terus kekal dan terpelihara.Sementara sisa buangan merupakan kumbahan atau buangan yang tidak diperlukan oleh sebarangaktiviti manusia ke dalam sebarang bentuk ekosistem sama ada secara langsung dan tidak langsung. Walau bagaimanapun penjanaan sisa buangan dalam ekosistem ini juga boleh berlaku secara semulajadi. Peranansisa buangan dalam kesejahteraan dan kestabilan kesihatan ekosistem amat penting dan tidak harus dilihatsebagai gangguan yang biasa. Ini kerana perubahan kesihatan ekosistem yang wujud impak penjanaan sisa buangan ini bukan sahaja terjana dalam bentuk nilai estetika sesuatu ekosistem, tetapi impak jangka panjang terhadap kesihatan ekosistem wujud dalam bentuk perubahan kualiti udara, air, bunyi, landskapdan hakisan. Menurut Zaini (2009)gangguan kesihatan ekosistem impak penjanaan sisa buangan berterusanini memberi kesan penting ke atas kesejahteraan dan kesimbangan persekitaran fizikal dan manusia.
SALINGKAITAN ANTARA MANUSIA DAN ALAM SEKITAR 
Interaksi antara manusia dan alam sekitar melibatkan pelbagai aktiviti (Zaini 2006b; Abdul Samad Hadi1993). Antara aktiviti yang sinonim dengan persekitaran indah Bukit Fraser ialah
 Jungle tracking 
melaluitrail, perkhemahan,
nature walks
,
bird watching, boat padding, mountain ride, waterfall picnics
dan pelbagai aktiviti
out door.
Interaksi ini akan menjadi punca utama atau sumber penting yang akanmenyumbang kepada penjanaan sisa buangan dalam ekosistem daratan dan akuatik di Bukit Fraser. Penjanaini bukan sahaja dalam bentuk sisa pepejal, tetapi wujud dalam bentuk cecair (Zaini 2007, Zaini et al. 2009)khususnya melalui effluen kumbahan yang dilepaskan dari aktiviti perhotelan, perniagaan, dan perumahandi sekitarannya. Sumbangan penjanaan sisa buangan sebagai satu bentuk ‘input’ ke atas terancamankesihatan ekosistem Bukit Fraser tidak harus dipandang mudah memandangkan keaslian dan unsur semulajadi yang sedia ada di Bukit Fraser harus dikekalkan kerana ia merupakan tarikan utama pelanconguntuk mengunjungi Bukit Fraser selain sebagai destinasi berehat yang paling santai jauh dari gangguankota dan suasana tercemar.

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ryan Ronaldo liked this
Evans Eyan liked this
alengs76 liked this
NaNa Chan liked this
NaNa Chan liked this
Zareena Mohamed liked this
Liseh Suyan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->